Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Hadis 83: Kelebihan Tawakkal Ketika Keluar Rumah

Hadis 83: Kelebihan Tawakkal Ketika Keluar Rumah

141
0

Hadith ke-83

Kesepuluh: Dari Anas r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang mengucapkan, yakni ketika keluar dari rumahnya: Bismillah, tawakkaltu ‘alallah wala haula wala quwwata illabillah – ertinya: Dengan menyebut nama Allah, saya bertawakkal kepada Allah dan tiada daya serta tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah, maka kepada orang itu dikatakanlah: “Engkau telah diberi petunjuk, telah pula dicukupi keperluanmu, jika telah diberi penjagaan. Syaitanpun menyingkirlah dari orang tersebut.”

Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Tirmidzi dan Nasa’i serta lain-lainnya. Tirmidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Abu Dawud menambahkan lalu berkata: “Bahawa syaitan yang satu berkata kepada syaitan lainnya: “Bagaimana engkau dapat menggoda orang yang telah diberi petunjuk telah dicukupi dan telah pula diberi penjagaan.”

«83» العاشر: عن أنس رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ قَالَ- يَعْني: إِذَا خَرَجَ مِنْ بَيتِهِ: بِسمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، وَلا حَولَ وَلا قُوَّةَ إلا باللهِ، يُقالُ لَهُ: هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ، وَتَنَحَّى عَنْهُ الشَّيطَانُ)). رواه أبو داود والترمذي والنسائي وغيرهم. وَقالَ الترمذي: (حديث حسن)، زاد أبو داود: ((فيقول- يعني: الشيطان– لِشيطان آخر: كَيفَ لَكَ بِرجلٍ قَدْ هُدِيَ وَكُفِيَ وَوُقِيَ؟)).
معنى ((لا حول ولا قوَّة إلا بالله))، أي: لا حول عن المعاصي إلا بعصمة الله. ولا قوَّة على الطاعات إلا بالله.
ورُوي عن ابن مسعود قال: كنت عند رسول الله صلى الله عليه وسلم فقلتها. فقال: ((تدري ما تفسيرها؟))، قلت: الله ورسوله أعلم. قال: ((لا حول عن معصية الله، ولا قوَّة على طاعة الله إلا بمعونة الله)). أخرجه البزّار.
قال بعض العلماء: ولعل تخصيصه بالطاعة والمعصية؛ لأنهما أمران مهمان في الدين.

Komen dan Soalan