Utama Blog Halaman 267

Fiqh Wanita 35 (Umum)

1

#ElRose

S&J Fiqh Wanita
——————————–

 

Soalan 1

Jika kita niat nak stay 3 hari dan kurang boleh jamak. Tapi jika niat nak stay lebih dari 3 hari , tak boleh jamak. Jadi yang sebenarnya bagaimana?

Jawapan 1 Thtl

Itu kalau nak ikut mazhab syafi’iy.
Jika nak ikut Ibn taymiyah-Ibn Qayyim, tak usah kira hari…selagi tak selesai kerja, lakukanlah ini kerana AQ tak tetapkan bilangan hari, fuqaha’ je yg set hari…

 

 

Soalan 2 dan jawapan Thtl

a) Nak tanya hukum  ambil upah buat assignment untuk working adult learner terutama guru-guru yang sambung ijazah. Alasannya sibuk dengan workload dan family , tak sempat nak siapkan . Jadi upah kawan-kawan siapkan assignment ,

Jawapan :

Haram menipu dalam akademik . Itu tanda matlamat belajar hanya kejar degree je. Paenipuan semuanya haram, “siapa yg menipu, bukan dari golongan kami” alhadith .

b) Maksudnya haram bagi yang amik upah dan memberi upah dalam completing the assignments?

Jawapan :

Takleh sebab penipuan, plagiarism…maksud/tujuan akademik akan rosak .
*akademik ni kena hasil usaha kita sendiri .
*Jgn tipu utk mendapat segulung ijazah .

 

 

Soalan 3

Zakat emas nak bayar  dan kiraan nisbah macam mana ?

Jawapan 3 Thtl 

Gold.
1. simpanan
kalau melebihi nisab 85 gm, kena keluar 2.5%
2. perhiasan, melebihi nilai uruf. cek local PPZ, kelantan tak ada nilai uruf, maka emas perhiasan tak kena zakat walaupun banyak
3. emas perniagaaan, untung melebihi 85 gm emas, 2.5%
*85 gm x harga semasa satu gram

 

 

Soalan 4

Apa yang tidak kenanya zikir mathurat tu atau manzil ya, Sheikh?

Jawapan  4 Thtl

*Makthurat zikir susunan tareqat Hasyafiyah hasan albanna.susunan dia tak ikut wirid nabi .
*Manzil karya tareqat Tabligh jamaat India…
maulana zakariyya al-kandahlavi .
*Manzil bukan wirid tapi ayat jampi dan pelindung .

 

 

Soalan 5

Adakah doa- doa dan zikir- zikir dalam keduanya itu yang tidak warid dari nabi saw?

Jawapan 5 Thtl 

Makthurat ada yg warid sbb hasan albanna kutip dr semua kitab sunan. Manzil tak warid .

 

 

Soalan 6

Boleh ke bagi daging aqiqah pada orang kafir? sebab ada yang cakap org kafir tak boleh makan. Sedangkan benda tu ibadah kita .Sebab kalau nak bagi kat jiran pun, kena masak daging lain.

Jawapan 6 Thtl 

Daging akikah org kafir boleh makan .
Dalil: Mumtahanah ayat 10:

Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu.
org yang kata tidak boleh tu yang kena bawa dalil

 

 

Soalan 7

Syeikh , apa hukum mentafsir atau memberi pandangan ayat Aq, walaupun pandangan tersebut betul ?

Jawapan 7 Thtl

Boleh , jika ia ayat muhkamat, ayat yg terang benderang.
ayat mutasyabihat mmg kena rujuk tafsir dulu.

 

 

Soalan 8 dan jawapan Thtl

a) Orang yang sedang sakit tenat apa kondisi nya dalam islam, solat masih diwajibkan lagi ke keatas dia?

Jawapan

Orang yang sakit tenat memang kena solat sedaya upaya dia,selagi dia ada akal

b) Bagaimana pula dengan hukum tidak faham makna bacaan dalam solat .

Jawapan

Orang yang tak faham bacaan solat sah , cuma kurang sempurna

c) Orang yang sakit tenat , yang terbaring tetap teruskan ibadah tapi macamana dengan cara untuk berwuduk?

Jawapan 

Orang lain yang tolong wudhu’kan…atau tayammum .

 

 

Soalan 9

Jika dengar Azan dah masuk tapi kita masih teruskan membaca Aq dan ada masanya lebih kurang setengah jam , baru berhenti dah solat. Apa hukumnya?

Jawapan 9 Thtl

Semasa azan boleh baca AQ cuma tak dapat pahala mendengar azan dan menjawabnya

 

 

 

Soalan 10

Sahkah mandi wajib jika darah beku masih ada dikaki?

Jawapan 10 Thtl

Sah kerana darah bukan najis .

 

 

Soalan 11 dan jawapan Thtl

a) Satu lagi, jika teddy bear boleh disimpan ,bagaimana pula dengan hukum menyimpang patung mainan seperti  star wars sebagai koleksi ?

Jawapan

Semua boleh asalkan ia bukan untuk takdis atau pemujaan atau dijadikan idola.

(Qardhawi, Halal & Haram)

b) Budak budak lelaki suka patung batman ,spider man ,detektif conan

Jawapan 

Itu ada unsur pemujaan dan takdis, makruh tahrim .

c) Makhruh tahrim apa maksudnya?

Jawapan

Makruh Tahrim=hampir dengan haram

 

 

Soalan 12

Apakah hukum menggunakan air/minyak wangi yang telah dibacakan ayat-ayat  ruqyah? Adakah hadis sahih yang mengharamkan atau mengharuskannya?

Jawapan 12 Thtl 

Meruqyah ke atas cecair dihukumkan harus
Dalil:
Nabi saw juga pernah membacakan (ayat Qur’an dan doa-doa yang ma’tsur, ed.) pada air untuk Tsabit bin Qais ra (ketika Tsabit sakit)  lalu memerintahkan ia untuk memercikkan air tersebut pada dirinya. Sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam kitab Ath Thib dengan sanad yang hasan.

 

 

Soalan 13

Kalau suami berkeinginan seksualiti yang tinggi tapi tak mampu  beristeri lebih dari 1, option apa yang boleh diguna pakai?

Jawapan 13 Thtl

Puasa dan tahajjud.

 

 

Soalan 14

Sekiranya suami di luar kesadaran dan pengaruhi arak dan menjatuhkan talak pada si istri adakah jatuh talak ?

Jawapan 14 Thtl 

Talaq dalam keadaan mabuk tak jatuh sebab hakim akan tanya bila mabuk dah hilang .

 

 

Soalan 15 dan jawapan Thtl

a) Apakah hukum angkat tangan (berdoa) selepas solat ?

Jawapan

Angkat tangan berdoa tak ada isu .Ia bukan bid’ah.

b) Bolehkah kita berdoa dengan doa yang sama setiap hari ?

Jawapan

Boleh jika itu jer yang dia hafal .

 

 

Soalan 16

Solat sunat boleh dibuat secara duduk ,bagaimana caranya?

Jawapan 16 Thtl 

Cara duduk. Bersila boleh, iftirash boleh.

 

 

Soalan 17

Al-Quran menyatakan “kahwinilah hanya seorang..”. Ayat ini tedapat dalam Surah An-Nisa’:
“..Maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi; dua, tiga, atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka nikahilah seorang saja..” (An-Nisa’ 4:3)
ayat awal ni yg selalu dipegang kebanyakkan lelaki untuk mmbolehkanya berkahwin lebih daripada 4… penegasan terakhir dalam ayat itu tidak diikut.

Jawapan 17 Thtl

Isu poligami menjadi semakin sulit termasuk di saudi kerana:
 1. wanita semakin terpelajar dan semakin sedar akan hak2 mereka
 2. kuasa ekonomi, wanita ada pendapatan sendiri dan mampu hidup tanpa suami
 3. Malaysia bukan secara tradisi amalkan poligami
 4. rekod kajian IPTA mendapati banyak isteri pertama dan anak2 terbiar selepas poligami
 5. kekangan dari Penguasa kerana nak menjaga institusi family dan abuse of power suami
 6. Uruf Malaysia tidak sokong poligami, poligami menadi outcast

*Poligami jika:
1. isteri mandul
2. isteri hilang kemampuan seksual
3. perang meletus dan jumlah janda perang yg ramai
4. Jika bilangan wanita jauh melebihi lelaki
5. Suami yg kuat daya seksualiti

 

 

Soalan 18

Bila anak bagi nafkah kepada orang tuanya , terpulang pada mereka untuk buat apa pun dengan duit itu . Tapi kalau anak tersebut tahu mereka gunakan duit pada jalan yang salah , boleh tak kalau lepas itu tak bagi dah? Dikira mengabaikan ibu bapa tak?

Jawapan 18 Thtl 

Ya, kalau mereka buat kefasikan, stop la. AQ 5:2

 

 

Soalan 19 dan jawapan Thtl

a) Hukum berkaraoke di majlis perkahwinan dan menghadiri majlis perkahwinan yang ada hiburan macamni

Jawapan

Hari kawin mmg boleh nyanyi dan karaoke, cuma jangan melampau sebab nabi suruh pukul gendang dan meriahkan . Kawin takleh senyap sepi

b) kalau bacaan surah AQ , boleh tak?

Jawapan

Tak boleh .

c) Kenapa tak boleh ? bukankah nak majlis lagi berkat ?

Jawapan

Sebab Aq tidak dipedulikan. Takder sapa yg follow. Semua makan dan borak.

d) Maksudnya bila AQ dibacakan kita kena diam dan dengar supaya beroleh rahmat ?

Jawapan

Ya .

 

 

Soalan 20 dan jawapan Thtl

a) Ada masalah muslimat selepas berjimak.Sudah di cuci bersih selepas berjimak , tapi masih keluar sedikit-sedikit hingga kadang kadang the whole day .Macam bertakung pulak . Apa muslimat itu perlu buat, setelah mandi junub jika masih keluar hanya perlu cuci bersih sahaja dan berwudhu bila nak solat ?

Jawapan

Jika masih keluar, maka tidak perlu ulangi mandi, memadai dengan membasuh dan memperbaharui wuduk.
*hujah: mandi kerana bersetubuh atau keluar mani dengan rasa orgasm

b) Mungkin semen lelaki ?  Selepas penetration and ejaculation . Memang ada kes sepanjang hari boleh terasa discharge . Gradually discharge . Betulke Syeikh ?

Jawapan

Kalau semen lelaki, maka tak perlu mandi, basuh dan perbaharui wuduk sahaja .
Ini kes-kes yg unik dan terpencil . 1 dalam sejuta kes.
Semen = mani lelaki

c) Maksudnya sekali jerlah mandi walaupun air keluar lagi ,ini kan sisa baki air mani ?

Jawapan

Jika jimak . Maka jika sudah mandi, maka terangkatlah hadats`. Jika mani suami masih keluar, maka tidak perlu mandi, memadai dengan membasuk kemaluan dan ambik wuduk yg baru je. Cecair yang keluar itu ialah baki mani.

d) Kalau seseorang mencapai orgasm tapi tak keluar mani, kena mandi wajib tak? Orgasm bukan kerana berjimak dengan pasangan tapi dengan cara lain ke?

Jawapan  

Orgasm dan mandi.
Mandi kerana dua benda:
1. jimak atau intercourse
2. keluar mani, basah kemaluan.
*Jika orgasm atau klimaks tapi tak ada basah pada kemaluan, maka tak adalah kena mandi.

e) Kalau mimpi basah tidak perlu mandi wajibkah?

Jawapan

Mimpi basah wajib mandi sebab melihat atau mengalami kebasahan.
Basah itu adalah mani .

 

 

Soalan 21 dan jawapan Thtl

a) Air keputihan wanita itu apa sheikh?

Jawapan : Cecair yg selain haid, nifas dan istihadzah.
keputihan atau vaginal discharge kerana bacterial infection pada vagina .

b) Nak kena jumpa doktor atau ada  rawatan tradisi?

Jawapan : Kena jumpa doktor.

 

 

Soalan 22 dan jawapan Thtl

a) Hukum bermeditasi pula ?

Jawapan

Yoga takleh. Ia cabang hinduism

b) walaupun cuma follow pergerakan?

Jawapan

Yoga bukan pergerakan je.Ia ada akidah dia .

c) Tapi ramai orang melayu follow , apa cara terbaik kita nak bagitau dorang ini , yoga ini salah?

Jawapan 

Surah alkafirun dan tasyabbuh . Hindu agama paling korup.

 

 

Soalan 23 dan jawapan Thtl

a) Betulkah puak syiah kata ada golongan yang sorok hadis yg diriwayatkan oleh fatimah?
Sebab hadis dari fatimah ni katanya, sikit sangat berbanding dengan hadis yang diriwayatkan oleh aisyah ?

Jawapan

Tipu je syiah tu…jarum halus .

b) Tapi memang betulkah hadis dari fatimah sikit sangat berbanding dengan hadis dari aisyah?

Jawapan

Sahih . Sebab hadis ali dah banyak . Juga hadis hasan dan husin

Lintasan Hati Manusia.

0

Lintasan Hati Manusia.

Lintasan hati yang datang kedalam hati manusia ada empat jenis :

1. Lintasan Hati Datang Ilham Daripada Allah SWT.

Ialah lintasan ilahi yang datang dengan begitu kuat kedalam hati seseorang yang tidak dapat ditolak olehnya sama sekali. Ilham atau petunjuk daripada Allah SWT. Hadis yang menjelaskan tentang fadhilah Umar bin Khattab, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda.

قَدْ كَانَ يَكُونُ فِي الْأُمَمِ قَبْلَكُمْ مُحَدَّثُونَ فَإِنْ يَكُنْ فِي أُمَّتِي مِنْهُمْ أَحَدٌ فَإِنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ مِنْهُمْ قَالَ ابْنُ وَهْبٍ تَفْسِيرُ مُحَدَّثُونَ مُلْهَمُونَ

Sesungguhnya telah ada pada umat-umat sebelummu muhaddatsun, dan kalau ada pada umatku seorang darinya, maka Umar bin Al Khattab adalah orangnya.
Ibnu Wahb berkata: makna muhaddatsun adalah mulhamun (orang yang mendapatkan ilham). (HR.Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Mimpi yang benar itu ialah sebahagian daripada empat puluh enam sifat kenabian.” (Hadis Riwayat Muslim)

2. Lintasan Hati Datang Perasaan Kedamaian , Ketenangan dan Kegembiraan Sehingga Mengalirkan Air Mata.

Ialah lintasan yang datang disertai oleh rasa tuma’ninah dan ketenteraman serta menjadi lebih kuat dengan kita berzikir kepaad Allah SWT, perasaan ini mengajak kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan serta membuka pintu-pintu ma’rifah dan memberikan kefahaman terhadap wahyu Allah dan ayat-ayat Nya. Allah SWT akan memberi kefahaman terhadap agama Islam dan mampu pula menghayatinya sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan pada dirinya, pasti Allah menganugerahinya pemahaman dalam agama.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muhammad bin Ismail. Sahih al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, Beirut, 1987, jil. 1, hlm. 39, no. hadis : 71.)

3. Lintasan Hati Daripada Gangguan Syaitan.

Lintasan ini selalu berubah-ubah, ia menyuruh kepada banyak kejahatan, tidak bermaksud untuk menyuruh kejahatan tertentu, tapi maksudnya agar seseorang terjerumus ke dalam kejahatan apapun.

Tandanya, lintasan tersebut menjadi lemah tatkala kita berzikir kepada Allah dan wajib bagi orang yang diserang oleh hal ini untuk berlindung dengan berzikir kepada Allah SWT dan meminta pertolongan-Nya serta membenci lintasan hati ini dan menolaknya. Lintasan semacam ini akan cair dengan zikrullah. ‘Utsman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancu”. Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT (mengucap Audzu billahi minas syaithanir rajim ) Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)

4. Lintasan Daripada Nafsu.

Lintasan ini berhubungan dengan tujuan-tujuan nafsu dan syahwat. Tandanya iaitu, orang tersebut akan selalu terus menerus menggapai tujuan tertentu yang berlawanan dengan syariat. Lintasan ini tidak akan melemah kecuali dengan mengingat Allah SWT dan mengingati kematian. Lintasan hati nafsu ini akan datang bersama bisikan syaitan.

Wajib bagi seseorang yang diserang oleh lintasan hati ini untuk menolaknya dengan mengingat tempat kembalinya kepada Allah SWT, mengingat kematiannya dan kepulangannya kepada Allah SWT, serta menyibukkan dirinya dengan membaca al-Quran, solat malam dan zikrullah dan merenungi hari akhirat.

Hal ini dapat membimbing seseorang untuk menuju jalan yang baik dan menjauhkannya dari kejahatan lintasan hati.

Semoga Allah senantiasa menjaga hati-hati kita dari lintasan hati yang dapat menjerumuskan kepada jurang kebinasaan dan menyinarinya dengan cahaya-Nya yang dapat membangkitkan semangat dalam ketaatan dan berbuat kebajikan.
Links

https://m.facebook.com/groups/1589179494684890?view=permalink&id=1684039228532249

Hadith 95: Andaikata ia meminta sesuatu pada Ku, pastilah Ku beri

0

Bab: Mujahadah

95.  Pertama: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman – dalam Hadis qudsi : “Barangsiapa memusuhi kekasihKu, maka Aku memberitahukan padanya bahawa ia akan Ku perangi – Ku musuhi.

Dan tidaklah seseorang hambaKu itu mendekat padaKu dengan sesuatu yang amat Kucintai lebih daripada apabila ia melakukan apa-apa yang telah Kuwajibkan padanya. Dan tidaklah seseorang hambaKu itu mendekatkan padaKu dan melakukan hal-hal yang sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Aku lah yang sebagai telinganya yang ia gunakan untuk mendengar, Aku lah matanya yang ia gunakan untuk melihat, Aku lah tangannya yang ia gunakan untuk mengambil dan Aku lah kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Andaikata ia meminta sesuatu pada Ku, pastilah Ku beri dan andaikata memohonkan perlindungan padaKu, pastilah Ku lindungi.” (Riwayat Bukhari)

Makna lafaz Aadzantuhu, artinya: “Aku (Tuhan) memberitahukan kepadanya (yakni orang yang mengganggu kekasihKu itu) bahawa Aku memerangi atau memusuhinya, sedang lafazIsta’aadzanii, artinya “Ia memohonkan perlindungan padaKu. Ada yang meriwayatkan dengan ba’, lalu berbunyi Ista’aadza bii dan ada yang meriwayatkan dengan nun, lalu berbunyi Ista’aadzanii.

«95» فالأول: عن أبي هريرة رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((إنَّ الله تَعَالَى قَالَ: مَنْ عادى لي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بالحَرْبِ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدي بشَيءٍ أَحَبَّ إلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيهِ، وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقرَّبُ إلَيَّ بالنَّوافِلِ حَتَّى أحِبَّهُ، فَإذَا أَحبَبتُهُ كُنْتُ سَمعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ، وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ، ويَدَهُ الَّتي يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشي بِهَا، وَإنْ سَأَلَني لأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِي لأُعِيذَنَّهُ)). رواه البخاري.
((آذَنتُهُ)): أعلمته بأني محارِب لَهُ. ((اسْتَعَاذَني)) روي بالنون وبالباءِ.
الولي: مَنْ تولى الله بالطاعة والتقوى، فإنَّ الله يتولاه بالحفظ والنصرة.
وفي الحديث: الوعيد الشديد لمن عادى وليًّا من أجل طاعته لله عزَّ وجلّ.
وأنَّ أحب العبادة إلى الله أداء فرائضه.
وأنَّ من تقرَّب إلى الله بالنوافل أحبه، ونصره، وحفظه، وأجاب دعاءه، ورقاه من درجة الإِيمان إلى درجة الإِحسان، فلا ينطقُ بما يسخط الله، ولا تُحَرَّك جوارحه في معاصي الله.

Bila Allah Menyukai Satu Kaum…

0

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4031.

Mewartakan kepada kami Muhammad bin Rumh, memberitakan kepada kami Al-Laits bin Sa’ed, dari Yazid bin Abu Habib, dari Sa’ed bin Sinan, dari Anas bin Malik, dari Rasulullah S.A.W., bahawasanya beliau bersabda:

“Besarnya pahala/balasan adalah seimbang dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya Allah, bila menyukai suatu kaum, Dia akan memberi cubaan kepada mereka. Maka barangsiapa yang redha kepada Allah, maka baginya mendapat keredhaan Allah. Dan barangsiapa yang marah” tidak menerima mendapatkan cobaan”, maka baginya mendapat kemurkaan Allah”.

#tazkirahharianUiTO

Wujudkah Hadis Menutup Kepala Sewaktu Ke Tandas ?

0

Ada tak hadis Nabi pakai tutup kepala untuk masuk ke tandas?

Jawapan:
Oleh Benjamin Syazwan

Ada, penjelasan Maulana Asri amat bagus pasal hadis tu, try buka di Youtube. Kalau nak penjelasan bertulis kena tunggu Ustaz Meor.

Tiada larangan masuk tandas tanpa menutup kepala, cuma ada sesetengah fuqaha mengatakan ia makruh.

Antara dalilnya ialah satu hadis Aisyah “Adalah Rasulullah SAW apabila masuk tandas, baginda menutup kepala, dan apabila mendatangi isterinya baginda menutup kepala”. Riwayat Baihaqi (no: 460). Dinilai Dhaif oleh Imam Nawawi dalam Majmuk.

Tetapi sabit daripada Abu Bakar r.a. tentang tutup kepala ketika masuk tandas sebagaimana kata Imam Baihaqi. Lihat Sunan Kubro Baihaqi (no: 460).

Dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah: kata ABu Bakar: Wahai orang Islam, malulah kepada Allah. Demi Yang aku berada di tangan-Nya, ketika pergi ke tempat lapang untuk qadha hajat dalam keadaan menutup kepala, kerana malu kepada Tuhanku”. (no: 1127).

Rujukan:
-Majmuk Nawawi 2/93-94.
-Majmuk Fatawa Uthaimin (bab Istinja).
-Sunan Baihaqi
-Musannaf Ibn Abi Syaibah

dari al-ahkam.net

Antara yang ana ingat, Nabi tutup kepala tu sebab nak halang orang lihat siapa yang buang hajat/masuk ke WC tu, mafhumnya begitulah
jaga kehormatan diri.

Wallahu’alam.

Pautan Bilik 03 Ilmu Hadith

https://telegram.me/joinchat/A0jOFDvr9Du81gVFGQqP3A

Sahihkah Hadis Jihad Melawan Pencuri?

0

Assalamualaikum Ustaz
Mohon untuk disemak status hadis ni.

Jawapan:
Sahih.

صحيح مسلم ٢٠١: حَدَّثَنِي أَبُو كُرَيْبٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ حَدَّثَنَا خَالِدٌ يَعْنِي ابْنَ مَخْلَدٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ الْعَلَاءِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ جَاءَ رَجُلٌ يُرِيدُ أَخْذَ مَالِي قَالَ فَلَا تُعْطِهِ مَالَكَ قَالَ أَرَأَيْتَ إِنْ قَاتَلَنِي قَالَ قَاتِلْهُ قَالَ أَرَأَيْتَ إِنْ قَتَلَنِي قَالَ فَأَنْتَ شَهِيدٌ قَالَ أَرَأَيْتَ إِنْ قَتَلْتُهُ قَالَ هُوَ فِي النَّارِ

Shahih Muslim 201: Telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib Muhammad bin al-‘Ala’ telah menceritakan kepada kami Khalid -yaitu Ibnu Makhlad- telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja’far dari al-Ala’ bin Abdurrahman dari bapaknya dari Abu Hurairah dia berkata, “Seorang laki-laki mendatangi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam seraya berkata,

‘Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika ada seorang lelaki yang ingin merampas harta bendaku? ‘ Beliau menjawab: ‘Jangan kamu berikan hartamu kepadanya! ‘ Laki-laki itu bertanya lagi, ‘Lalu bagaimana jika dia hendak membunuhku? ‘ Beliau menjawab: ‘Bunuhlah dia! ‘ Laki-laki itu bertanya lagi, ‘Lalu bagaimana pendapatmu kalau dia berhasil membunuhku? ‘ Beliau menjawab: ‘Maka kamu syahid’. Dia bertanya lagi, ‘Bagaimana pendapatmu jika aku yang berhasil membunuhnya? ‘ Beliau menjawab: ‘Dia yang akan masuk ke dalam api neraka’.”

Pautan UiTO Bilik 03 Ilmu Hadith
https://telegram.me/joinchat/A0jOFDvr9Du81gVFGQqP3A

Diskusi bersama Doktor

3

Diskusi bersama Doktor

Pautan untuk bilik 50 Diskusi bersama Doktor: https://telegram.me/joinchat/A0jOFDww51H7qlBUifi3jA

S1 kenapa saya rasa dada kiri saya ketat sambil saluran tekak saya macam terhimpit. Bila saya bawa berjalan.. dada saya rasa sakit macam dicucuk dan saya rasa sakit dihujung tekak bila menarik nafas ke dalam..

mungkin rasa sempit pada saluran tekak disebabkan oleh reflux atau gerd. Ini akan menyebabkan rasa susah bernafas semasa berjalan disebabkan perut penuh dengan gas. Cuba buat pemeriksaan di hospital

S2  Anak saya 14 tahun perempuan. mengalami masalah keguguran
rambut. Apa pandangan doktor

Memang kadangkala rambut kita akan gugur lebih banyak dari biasa dan ini normal. Tapi jika sampai botak atau ada sakit sendi atau ada ruam merah di pipi sila ke hospital untuk buat pemeriksaan
S3 Lelaki umur 40tahun keatas bolehkqn makan supplement testoron doctor?
bergantung pada individu, jumpa doktor untuk memastikan samada perlu atau tidak. Body builders je yang hormone ni
S4  sy nk tau normal ke bila batuk tanpa hnti dlm 2minit lps tu prut trasa ada sesuatu brgrk dr bwh ke ats.. dan rasa sakit sangat.,bila nk brdiri tgk kn bdn akn rasa kejng di perut..kna kli kdua dr kiri ke knan prut.,sy tak tau knape..pertme kli kna,,sebb dmm dan batuk2 yg truk..
ini normal bila otot strain di sebabkan batuk yang panjang dan bertalu talu. Rasa sakit besar kemungkinan disebabkan muscle cramps
S5  Sy nak tanya apakah side efek sekiranya selalu bersukan di sebelah malam sehingga pukul 12@1pagi.
Mungkin susah nak tidur selepas bersenam disebabkan oleh hormone dan transmitters yang dikeluarkan dan kita kurang rehat. Tentang penyakit yang akan terjadi disebabkan bersenam lewat saya belum pernah lagi terjumpa
S6 mcm mna cara nk mohon bantuan dri kerajaan untuk tampung kos operation(jantung).
sebab nk byr kos tu keluarga x mampu..ada jalan x? kos 35k
Tak pasti minta maaf, jumpalah pegawai kebajikan yang bertugas di hospital, boleh tanya di kaunter bayaran
S7 kelopak mata kiri berdenyut sgt kuat.. Dkt kelopak mata berdekatan ngn btg hidung tu…makin lama makin kuat.. Mata smpai berair.. Apa masalahnya doc ?
Muscle twitching, berair mungkin twitching ini mengganggu pengaliran air mata di nasolacrimal duct yang terletak di situ
S8 kenapa kencing berminyak. Apakah ubatan yg boleh diambil jika kencing tak lawas.. Asyik
terasa nak kencing walaupun baru lepas kencing…
Belum pernah lihat kencing berminyak. Jika kencing tidak lawas mungkin disebabkan infeksi, batu karang atau prostate membesar bagi yang lebih 60 tahun, buatlah pemeriksaan air kencing dan ujian lain untuk menentukan sebabnya
S9  menurut setengah artikel yg sya baca,rokok elektronik ini tidak memudaratkan dan dpt membantu perokok2 tegar untuk berhenti merokok,dan kenapa sesetengah pakar perubatan dinegara kita mgatakan rokok elektronik ni memudaratkan?
Vapes merbahaya kerana kandungan nikotin tidak konsisten dengan label, tambahan pula kita tidak pasti apa lagi bahan campuran yang terkandung di dalamnya. Secara lojiknya pengeluar tidak akan mahu orang yang menghisapnya berhenti jadi bolehkah kita percaya dengan isi kandungan cecair dalam vapes
S10  Ank sy umur stahun lebih kena cirit birit n tongsil bengkak.
Dh g klinik doc just bg ubat dmm n garam yg larut dlm air. Cumanya ank syxnk minum air garan tu. Ada jalan lain x
cirit birit pada kanak kanak disebabkan oleh sejenis virus biasanya dan tonsil besar tetapi jika tiada tanda jangkitan bakteria seperti ada follicles, okay je jika hanya diberi ors untuk mengelakkan dari dehidrasi
S11 apakah itu Postural orthostatic tachycardia (POTS)?

pots sejenis penyakit rentak jantung laju bila pesakit berdiri dan ianya bukan sebab anxiety atau panik attack dan biasanya tekanan darah normal

s12 apakah punca / penyebab terjadinye POTS ini?

Punca terjadi bergantung samada primary atau secondary. Jika primary sebabnya tiada diketahui dan secondary pula disebabkan oleh keadaan kesihatan seseorang termasuklah kencing manis

s13 siapakah yg berisiko utk dpt POTS ini? Apakah rawatan yg sesuai bg POTS?

Tiada rawatan yang spesifik, biasanya dinasihatkan untuk mengambil air yang banyak 2 ke 3 litre air sehari dan tambah pengambilan garam. Ada juga yang diberi ubat tertentu

 s15 Bahayakah POTS ini kepada wanita yang mengandung? Apakah kesan kepada bayi yg dikandung itu?

Efek pada wanita mengandung saya tak pasti begitu juga kesan pada bayi

s16 kenapa tangan n kaki kiri saya terasa kebas apabila bangun dr tidur.

Keadaan biasa terutama bila cuaca sejuk

s17 Menurut doc yg merawat suami sy, rawatan stroke xsama. Ada dua keadaan samada stroke yg disebabkn salur darah pecah, atau stroke disebabkn salur darah tersumbat. Jadi rawatan dan ubatan pun xsama.. Cthnya mcm suami sy, dia belum diberi ubat utk cair darah kerana stroke berpunca dr bleeding.. Sama jugak dgn beberapa rawatan lain.. Cth stroke yg berpunca dr darah tinggi dan kencing manis, sgt tidak digalakkan mengurut dan bbrp rawatan lain.. So, bagus tak bagus berbekam bg pesakit stroke adalah bergantung pada keadaan pesakit.. Betul tak doc? Mohon pencerahan..

Bekam tidak boleh nak dikaitkan dengan teori perubatan sains, yang pasti darah kita sentiasa bersih, jika kotor kita tidak boleh survive

s18 salam dr2 sekalian saya nak tanya sikit boleh kalau dekat kaki kita timbul bisul2 kecil banyak dah sembuh dia muncul balik mcm mana rawatan terbaik ya?

Berkemungkinan tuan ada eczema yang menyebabkan kulit senang di jangkiti tapi elok juga untuk buat ujian terhadap kencing manis

s19 Betulkah makan telur setengah masak setiap hari tidak baik untuk kesihatan?

Pernah bertanya pada Dr Azlinda, ianya baik sebab telur merupakan protein yang bermutu tinggi dan jika setengah masak kolin yang ada di kuning telur tidak rosak dan ini membantu agar paras kolesterol darah tidak meningkat

s20 assalam doc..masalah saya skrng ni dah 6 bln hidng trsmbat..sihat tak sihat same je trsmbat..rawatan ape yg perlu dibuat ..pergi klink je doc bg ubat slseme je.,da bnyak mkn produk resdung tp tk jalan juga..ape perlu sy buat..syukran..

Harap dapat berjumpa dengan pakar ent mungkin turbinate dalam hidung sudah membengkak dan menyebabkan hidung sentiasa tersumbat. Jika turbinate bengkak boleh dirawat dengan ubat semburan ke hidung atau pembedahan untuk membuang turbinate yang bengkak

s21 Soalan ke 2..anak sy lps mmbuat injection umur 1 tahun..kaki nye mkin mem bngkok..sy perhatikan sehingga umur ank sthun 4 bln..dn smkn mmbengkok..sy pergi hospital bhgin pkr knk2 ..buat ujin mngatakan pnyakit ricket..mse lahir keadaan nye normal..mngkin ke kerana injection tu?umur ank skrng 2 tahun genap..

Ricket disebabkan oleh kekurangan vitamin d dan pada pendapat saya tiada kaitan dengan immunization yang diberikan. Sekarang macamana dengan keadaan anak puan

s22 Keadaan nye ukuran ktinggian nye mnurun,.mngkin sebb kakinye mkin mmbngkok..so dr bg ubt drop yg titis tu ..dan ubt asic folic..najisnye brtukar mnjadi kehitamn dan kdg kala hijau ke htmn..mngkin kh krna faktor ubt..dan doc sugest bli kt farmsi ubt colacyferol vitamin d 1000iu untuk 1 hr skli..amat susah mncri d farmsi mlka..so sy nk pndapt doc..boleh ke sy bg ank rwtn traditionl..khasiat daun kelor 4 kli tnggi klsium susu..so untuk ank 2 tahun boleh ke sy bust cra tu,,same ada kringkn daunnye n bncuh kdlm air atau jdkn pati ..

Minta maaf saya tak boleh nak beri pendapat sebab saya tidak mahir dalam perubatan tradisional

s23 Adakah ubt bisaprolol memberi effect kepada baby yg dikandung oleh ibunya menghidap POTS? Terima ksh

Bisoprolol memberi kesan pada janin di haiwan dan tiada kajian yang komprehensif terhadap janin manusia. Ubat hanya akan diberi jika advantages jauh melebihi kesan sampingan

s24 saya nak tau beza pressure stoking ngan anti embolism stoking utk.vena varicose vain…. Mne elok utk sya guna

Ini bergantung kepada kenapa, jika untuk mengelak dari mendapat varicose veins kena pakai compression stocking jika takut dapat dvt dan terjadi embolism kena pakai anti embolism stocking. Dvt disebabkan oleh keadaan kita yang tidak bergerak, terbaring terlalu lama

s25 Salam.nk.tanya kalo kte buat medical check up timr demam akan ada effect tak?untk wbc,gmt etc?

Akan effect wbc definitely

s26 Salam. Sebab apa ye berat badan susah naik?

Kena pastikan kita tiada penyakit apa-apa seperti kencing manis yang tidak terkawal, thyrotoxicosis ke, jika kita tiada sebarang penyakit, makan lah karbohidrat lebih dari biasa. Pertambahan berat badan ini hanya bergantung kepada 2 faktor, pengambilan makanan dan aktiviti. Jika makan lebih dari yang kita guna berat akan bertambah

s27 Saya pula berat badan tak mau turun

Makan kurang dari yang diguna dan lebihkan sayur, contohnya dalam satu pinggan, suku nasi, suku ikan/daging dan setengah sayur. Tambah dengan aktiviti fizikal, banyakkan berjalan kaki, kurangkan naik kenderaan

s28 salam,ubat homeopati bagus ke?dan betul ke jika simpan lama ubat lagi bagus?

Minta maaf, saya tiada pengetahuan tentang homeopathy, insyaAllah tahun depan nak cuba cari kursus homeopathy

 

Himpunan Ayat Al-Quran Bab Mujahadah

0

Bab Mujahadah

“Dan orang-orang yang berjihad dalam membelaagama Kami, maka pasti akan Kami tunjukkan mereka itu akan jalan Kami dan sesungguhnya Allah itu beserta orang-orang yang berbuat kebagusan.”(al-Ankabut: 69)

Allah Ta’ala berfirman lagi:

“Dan sembahlah  Tuhanmu sehingga datanglah keyakinan – kematian – itu padamu.” (al-Hijr: 99)

Lagi Allah Ta’ala berfirman:

“Dan ingatlah akan nama Tuhanmu serta beribadatlah kepada-Nya dengan sepenuh hati,” yakni hentikanlah segala pemikiran, untuk semata-mata menghadap kepadaNya.”

(al-Muzzammil: 8)

Allah Ta’ala juga berfirman:

“Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat timbangan debu, Dia pun pasti akan mengetahuinya.”

(az-Zalzalah: 7)

Juga Allah Ta’ala berfirman:

“Dan apa saja – perbuatan baik – yang engkau sekalian berikan untuk dirimu sendiri, nanti pasti akan engkau sekalian dapati di sisi Allah, keadaannya adalah lebih baik dan lebih besar pahalanya dan mohonlah pengampunan kepada Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Penyayang.”

(al-Muzzammil: 20)

Lagi firman Allah Ta’ala:

“Dan apa saja kebaikan yang engkau sekalian kerjakan, maka sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.”

(al-Baqarah: 215)

باب المجاهدة:
قَالَ الله تَعَالَى: {وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِينَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ} [العنكبوت: 69].

المجاهدة: مفاعلة من الجهد، فإن الإنسان يجاهد نفسه باستعمالها فيما ينفعها، وهي تجاهده بضد ذلك.
قال بعض العلماء: جهاد النفس هو الجهاد الأكبر. وجهاد العدو هو الجهاد الأصغر.
وَقالَ تَعَالَى: {وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا} [المزمل: 8]: أي: انْقَطِعْ إِلَيْه.

يقول تعالى: {وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ}، أي: أكثر من ذكره، وأخلِص واجتهد في وقت فراغك.
وَقالَ تَعَالَى: {وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ} [الحجر: 99].

أي: الموت.
وَقالَ تَعَالَى: {فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ} [الزلزلة: 7].

في هذا الآية تشويق لتقديم العمل الصالح بين يديه ليجد ثوابه عند قدومه على ربه.
وَقالَ تَعَالَى: {وَمَا تُقَدِّمُوا لأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا} [المزمل: 20].
أي ما أخرجتم لله خير لكم وأعظم أجرًا عند الله مما ادخرتم.
وَقالَ تَعَالَى: {وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللهَ بِهِ عَلِيمٌ} [البقرة: 273].

يعني: فيجزيكم بخير منه.
والآيات في الباب كثيرة معلومة.
وأما الأحاديث:

Halalnya Zina: Tanda Kiamat Ke-46

0

Tanda-tanda Kecil Kiamat
☑️ 46/131 Halalnya Zina
☑️47/131 Halalnya Sutera untuk Lelaki
☑️48/131 Halalnya Beer
☑️49/131 Halalnya Alat Muzik

Hadith dalil:

ليكونَنَّ من أمَّتي أقوامٌ ، يستحلُّونَ الحِرَ والحريرَ ، والخمرَ والمعازِفَ ، ……
الراوي : أبو مالك الأشعري / المحدث : البخاري/ المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 5590

“Akan ada di kalangan umatku suatu kaum yang menghalalkan zina, sutera, khamr, alat musik (al-ma’aazif). ” HR Bukhari,kitab Shahih-nya dalam Bab
{ باب ما جاء فيمن يستحل الخمر ويسميه بغير اسمه }
Bab Apa-Apa yang Datang Seputar Orang yang Menghalalkan Khamr dan Menamainya dengan Nama Lain.

Hadith ini sahih, sanadnya bersambung, yang mengatakan hadith ini cacat ialah Imam Ibn Hazm al-Zahiri dan Dr Qardhawi dalam fiqh Musiqi. Namun ittifaq ahli hadith mengatakan hadith ini sahih.

Tanda ke 46, Halalnya Zina.

Turki antara negara pertama OIC yang menghapuskan zina mengikut peraturan negara EC, zina hendaklah dihapuskan kerana seks suka sama suka (consensual sex). Kemudian mereka mencela hukum hudud kerana zina sepatutnya dihalalkan. Di Malaysia, ada kumpulan yang mengedarkan kondom percuma, mereka menukar zina kepada amalan safe sex atau seks yang selamat hendaklah memakai kondom. Ini petanda kiamat yang jelas.

Manhaj Generasi Salafus Shalih dalam masalah Aqidah secara ringkas

0

Oleh Syaikh ‘Abdussalam bin Salim As Suhaimi

Manhaj generasi Salafus Shalih dalam masalah aqidah secara ringkas adalah sebagai berikut:

  • Membatasi sumber rujukan dalam masalah aqidah hanya pada Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam serta memahaminya dengan pemahaman Salafus Shalih
  • Berhujjah dengan hadits-hadits shahih dalam masalah aqidah, baik hadits-hadits tersebut mutawatir maupun ahad.
  • Tunduk kepada wahyu serta tidak mempertentangkannya dengan akal. Juga tidak panjang lebar dalam membahas perkara gaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal.
  • Tidak menceburkan diri dalam ilmu kalam dan filsafat
  • Menolak ta’wil yang batil
  • Menggabungkan seluruh nash yang ada dalam membahas suatu permasalahan [1]

Inilah aqidah yang lurus yang berasal dari sumber yang murni, yaitu Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam, yang jauh dari hawa nafsu dan syubhat. Orang yang berpegang teguh dengan aqidah yang demikian, maka ia telah mengagungkan nash-nash Qur’an dan Sunnah karena ia mengetahui bahwa apa yang ada di dalamnya itu benar.

Imam Al Barbahari rahimahullah berkata:

واعلم رحمك الله أن الدين إنـما جاء من قبل الله تبارك وتعالى لم يوضع على عقول الرجال وآرائـهم وعلمه عند الله وعند رسوله فلا تتبع شيئاً يهواك فتمرق من الدين فتخرج من الإسلام فإنه لا حجة لك فقد بين رسول الله صلى الله عليه وسلم لأمته السنة وأوضحها لأصحابه وهم الجماعة وهم السواد الأعظم والسواد الأعظم الحق وأهله

“Ketahuilah saudaraku, semoga Allah merahmatimu, bahwa agama Islam itu datang dari Allah Tabaaraka Wa Ta’ala. Tidak disandarkan pada akal atau pendapat-pendapat seseorang. Janganlah engkau mengikuti sesuatu hanya karena hawa nafsumu. Sehingga akibatnya agamamu terkikis dan akhirnya keluar dari Islam. Engkau tidak memiliki hujjah. Karena Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam telah menjelaskan As Sunnah kepada ummatnya, dan juga kepada para sahabatnya. Merekalah (para sahabat) As Sawaadul A’zham. Dan As Sawaadul A’zham itu adalah al haq dan ahlul haq” [2].

Sebelum itu, beliau juga berkata:

والأساس الذي تبني عليه الجماعة وهم أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم وهم أهل السنة والجماعة فمن لم يأخذ عنهم فقد ضل وابتدع وكل بدعة ضلالة

“Pondasi dari Al Jama’ah adalah para sahabat Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam. Merekalah Ahlussunnah Wal Jama’ah. Barang siapa yang cara beragamanya tidak mengambil dari mereka, akan tersesat dan berbuat bid’ah. Padahal setiap bid’ah itu kesesatan” [3].

Beliau juga berkata:

قال عمر بن الخطاب رضي الله عنه : لا عذر لأحد في ضلالة ركبها حسبها هدى ولا في هدى تركه حسبه ضلالة فقد بُينت الأمور وثبتت الحجة وانقطع العذر وذلك أن السنة والجماعة قد أحكما أمر الدين كله وتبين للناس فعلى الناس الإتباع

“Umar bin Al Khattab Radhiallahu’anhu berkata: Tidak ada toleransi bagi seseorang untuk melakukan kesesatan, karena petunjuk telah cukup baginya. Tidaklah seseorang meninggalkan petunjuk agama, kecuali baginya kesesatan. Perkara-perkara agama telah dijelaskan, hujjah sudah ditetapkan, tidak ada lagi toleransi. Karena As Sunnah dan Al Jama’ah telah menetapkan hukum agama seluruhnya serta telah menjelaskannya kepada manusia. Maka bagi manusia hendaknya mengikuti petunjuk mereka” [4].

—

Penerjemah: Yulian Purnama
Artikel Muslim.Or.Id

—

[1] Diringkas oleh syaikh dari kajian kitab Al Minhaj yang diasuh oleh Syaikh Abdullah Al ‘Ubailan. Dan poin-poin ini sudah ma’lum dari pengamatan terhadap manhaj para salafus shalih

[2] Syarhus Sunnah, 1/66.

[3] Syarhus Sunnah, 1/65.

[4] Syarhus Sunnah, 1/66.

Sumber: http://www.almenhaj.net/tawheed/text.php?linkid=7621

Popular

Iklan

Iklan