Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 35 (Umum)

Fiqh Wanita 35 (Umum)

1444
1

#ElRose

S&J Fiqh Wanita
——————————–

 

Soalan 1

Jika kita niat nak stay 3 hari dan kurang boleh jamak. Tapi jika niat nak stay lebih dari 3 hari , tak boleh jamak. Jadi yang sebenarnya bagaimana?

Jawapan 1 Thtl

Itu kalau nak ikut mazhab syafi’iy.
Jika nak ikut Ibn taymiyah-Ibn Qayyim, tak usah kira hari…selagi tak selesai kerja, lakukanlah ini kerana AQ tak tetapkan bilangan hari, fuqaha’ je yg set hari…

 

 

Soalan 2 dan jawapan Thtl

a) Nak tanya hukum  ambil upah buat assignment untuk working adult learner terutama guru-guru yang sambung ijazah. Alasannya sibuk dengan workload dan family , tak sempat nak siapkan . Jadi upah kawan-kawan siapkan assignment ,

Jawapan :

Haram menipu dalam akademik . Itu tanda matlamat belajar hanya kejar degree je. Paenipuan semuanya haram, “siapa yg menipu, bukan dari golongan kami” alhadith .

b) Maksudnya haram bagi yang amik upah dan memberi upah dalam completing the assignments?

Jawapan :

Takleh sebab penipuan, plagiarism…maksud/tujuan akademik akan rosak .
*akademik ni kena hasil usaha kita sendiri .
*Jgn tipu utk mendapat segulung ijazah .

 

 

Soalan 3

Zakat emas nak bayar  dan kiraan nisbah macam mana ?

Jawapan 3 Thtl 

Gold.
1. simpanan
kalau melebihi nisab 85 gm, kena keluar 2.5%
2. perhiasan, melebihi nilai uruf. cek local PPZ, kelantan tak ada nilai uruf, maka emas perhiasan tak kena zakat walaupun banyak
3. emas perniagaaan, untung melebihi 85 gm emas, 2.5%
*85 gm x harga semasa satu gram

 

 

Soalan 4

Apa yang tidak kenanya zikir mathurat tu atau manzil ya, Sheikh?

Jawapan  4 Thtl

*Makthurat zikir susunan tareqat Hasyafiyah hasan albanna.susunan dia tak ikut wirid nabi .
*Manzil karya tareqat Tabligh jamaat India…
maulana zakariyya al-kandahlavi .
*Manzil bukan wirid tapi ayat jampi dan pelindung .

 

 

Soalan 5

Adakah doa- doa dan zikir- zikir dalam keduanya itu yang tidak warid dari nabi saw?

Jawapan 5 Thtl 

Makthurat ada yg warid sbb hasan albanna kutip dr semua kitab sunan. Manzil tak warid .

 

 

Soalan 6

Boleh ke bagi daging aqiqah pada orang kafir? sebab ada yang cakap org kafir tak boleh makan. Sedangkan benda tu ibadah kita .Sebab kalau nak bagi kat jiran pun, kena masak daging lain.

Jawapan 6 Thtl 

Daging akikah org kafir boleh makan .
Dalil: Mumtahanah ayat 10:

Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu.
org yang kata tidak boleh tu yang kena bawa dalil

 

 

Soalan 7

Syeikh , apa hukum mentafsir atau memberi pandangan ayat Aq, walaupun pandangan tersebut betul ?

Jawapan 7 Thtl

Boleh , jika ia ayat muhkamat, ayat yg terang benderang.
ayat mutasyabihat mmg kena rujuk tafsir dulu.

 

 

Soalan 8 dan jawapan Thtl

a) Orang yang sedang sakit tenat apa kondisi nya dalam islam, solat masih diwajibkan lagi ke keatas dia?

Jawapan

Orang yang sakit tenat memang kena solat sedaya upaya dia,selagi dia ada akal

b) Bagaimana pula dengan hukum tidak faham makna bacaan dalam solat .

Jawapan

Orang yang tak faham bacaan solat sah , cuma kurang sempurna

c) Orang yang sakit tenat , yang terbaring tetap teruskan ibadah tapi macamana dengan cara untuk berwuduk?

Jawapan 

Orang lain yang tolong wudhu’kan…atau tayammum .

 

 

Soalan 9

Jika dengar Azan dah masuk tapi kita masih teruskan membaca Aq dan ada masanya lebih kurang setengah jam , baru berhenti dah solat. Apa hukumnya?

Jawapan 9 Thtl

Semasa azan boleh baca AQ cuma tak dapat pahala mendengar azan dan menjawabnya

 

 

 

Soalan 10

Sahkah mandi wajib jika darah beku masih ada dikaki?

Jawapan 10 Thtl

Sah kerana darah bukan najis .

 

 

Soalan 11 dan jawapan Thtl

a) Satu lagi, jika teddy bear boleh disimpan ,bagaimana pula dengan hukum menyimpang patung mainan seperti  star wars sebagai koleksi ?

Jawapan

Semua boleh asalkan ia bukan untuk takdis atau pemujaan atau dijadikan idola.

(Qardhawi, Halal & Haram)

b) Budak budak lelaki suka patung batman ,spider man ,detektif conan

Jawapan 

Itu ada unsur pemujaan dan takdis, makruh tahrim .

c) Makhruh tahrim apa maksudnya?

Jawapan

Makruh Tahrim=hampir dengan haram

 

 

Soalan 12

Apakah hukum menggunakan air/minyak wangi yang telah dibacakan ayat-ayat  ruqyah? Adakah hadis sahih yang mengharamkan atau mengharuskannya?

Jawapan 12 Thtl 

Meruqyah ke atas cecair dihukumkan harus
Dalil:
Nabi saw juga pernah membacakan (ayat Qur’an dan doa-doa yang ma’tsur, ed.) pada air untuk Tsabit bin Qais ra (ketika Tsabit sakit)  lalu memerintahkan ia untuk memercikkan air tersebut pada dirinya. Sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam kitab Ath Thib dengan sanad yang hasan.

 

 

Soalan 13

Kalau suami berkeinginan seksualiti yang tinggi tapi tak mampu  beristeri lebih dari 1, option apa yang boleh diguna pakai?

Jawapan 13 Thtl

Puasa dan tahajjud.

 

 

Soalan 14

Sekiranya suami di luar kesadaran dan pengaruhi arak dan menjatuhkan talak pada si istri adakah jatuh talak ?

Jawapan 14 Thtl 

Talaq dalam keadaan mabuk tak jatuh sebab hakim akan tanya bila mabuk dah hilang .

 

 

Soalan 15 dan jawapan Thtl

a) Apakah hukum angkat tangan (berdoa) selepas solat ?

Jawapan

Angkat tangan berdoa tak ada isu .Ia bukan bid’ah.

b) Bolehkah kita berdoa dengan doa yang sama setiap hari ?

Jawapan

Boleh jika itu jer yang dia hafal .

 

 

Soalan 16

Solat sunat boleh dibuat secara duduk ,bagaimana caranya?

Jawapan 16 Thtl 

Cara duduk. Bersila boleh, iftirash boleh.

 

 

Soalan 17

Al-Quran menyatakan “kahwinilah hanya seorang..”. Ayat ini tedapat dalam Surah An-Nisa’:
“..Maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi; dua, tiga, atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka nikahilah seorang saja..” (An-Nisa’ 4:3)
ayat awal ni yg selalu dipegang kebanyakkan lelaki untuk mmbolehkanya berkahwin lebih daripada 4… penegasan terakhir dalam ayat itu tidak diikut.

Jawapan 17 Thtl

Isu poligami menjadi semakin sulit termasuk di saudi kerana:
 1. wanita semakin terpelajar dan semakin sedar akan hak2 mereka
 2. kuasa ekonomi, wanita ada pendapatan sendiri dan mampu hidup tanpa suami
 3. Malaysia bukan secara tradisi amalkan poligami
 4. rekod kajian IPTA mendapati banyak isteri pertama dan anak2 terbiar selepas poligami
 5. kekangan dari Penguasa kerana nak menjaga institusi family dan abuse of power suami
 6. Uruf Malaysia tidak sokong poligami, poligami menadi outcast

*Poligami jika:
1. isteri mandul
2. isteri hilang kemampuan seksual
3. perang meletus dan jumlah janda perang yg ramai
4. Jika bilangan wanita jauh melebihi lelaki
5. Suami yg kuat daya seksualiti

 

 

Soalan 18

Bila anak bagi nafkah kepada orang tuanya , terpulang pada mereka untuk buat apa pun dengan duit itu . Tapi kalau anak tersebut tahu mereka gunakan duit pada jalan yang salah , boleh tak kalau lepas itu tak bagi dah? Dikira mengabaikan ibu bapa tak?

Jawapan 18 Thtl 

Ya, kalau mereka buat kefasikan, stop la. AQ 5:2

 

 

Soalan 19 dan jawapan Thtl

a) Hukum berkaraoke di majlis perkahwinan dan menghadiri majlis perkahwinan yang ada hiburan macamni

Jawapan

Hari kawin mmg boleh nyanyi dan karaoke, cuma jangan melampau sebab nabi suruh pukul gendang dan meriahkan . Kawin takleh senyap sepi

b) kalau bacaan surah AQ , boleh tak?

Jawapan

Tak boleh .

c) Kenapa tak boleh ? bukankah nak majlis lagi berkat ?

Jawapan

Sebab Aq tidak dipedulikan. Takder sapa yg follow. Semua makan dan borak.

d) Maksudnya bila AQ dibacakan kita kena diam dan dengar supaya beroleh rahmat ?

Jawapan

Ya .

 

 

Soalan 20 dan jawapan Thtl

a) Ada masalah muslimat selepas berjimak.Sudah di cuci bersih selepas berjimak , tapi masih keluar sedikit-sedikit hingga kadang kadang the whole day .Macam bertakung pulak . Apa muslimat itu perlu buat, setelah mandi junub jika masih keluar hanya perlu cuci bersih sahaja dan berwudhu bila nak solat ?

Jawapan

Jika masih keluar, maka tidak perlu ulangi mandi, memadai dengan membasuh dan memperbaharui wuduk.
*hujah: mandi kerana bersetubuh atau keluar mani dengan rasa orgasm

b) Mungkin semen lelaki ?  Selepas penetration and ejaculation . Memang ada kes sepanjang hari boleh terasa discharge . Gradually discharge . Betulke Syeikh ?

Jawapan

Kalau semen lelaki, maka tak perlu mandi, basuh dan perbaharui wuduk sahaja .
Ini kes-kes yg unik dan terpencil . 1 dalam sejuta kes.
Semen = mani lelaki

c) Maksudnya sekali jerlah mandi walaupun air keluar lagi ,ini kan sisa baki air mani ?

Jawapan

Jika jimak . Maka jika sudah mandi, maka terangkatlah hadats`. Jika mani suami masih keluar, maka tidak perlu mandi, memadai dengan membasuk kemaluan dan ambik wuduk yg baru je. Cecair yang keluar itu ialah baki mani.

d) Kalau seseorang mencapai orgasm tapi tak keluar mani, kena mandi wajib tak? Orgasm bukan kerana berjimak dengan pasangan tapi dengan cara lain ke?

Jawapan  

Orgasm dan mandi.
Mandi kerana dua benda:
1. jimak atau intercourse
2. keluar mani, basah kemaluan.
*Jika orgasm atau klimaks tapi tak ada basah pada kemaluan, maka tak adalah kena mandi.

e) Kalau mimpi basah tidak perlu mandi wajibkah?

Jawapan

Mimpi basah wajib mandi sebab melihat atau mengalami kebasahan.
Basah itu adalah mani .

 

 

Soalan 21 dan jawapan Thtl

a) Air keputihan wanita itu apa sheikh?

Jawapan : Cecair yg selain haid, nifas dan istihadzah.
keputihan atau vaginal discharge kerana bacterial infection pada vagina .

b) Nak kena jumpa doktor atau ada  rawatan tradisi?

Jawapan : Kena jumpa doktor.

 

 

Soalan 22 dan jawapan Thtl

a) Hukum bermeditasi pula ?

Jawapan

Yoga takleh. Ia cabang hinduism

b) walaupun cuma follow pergerakan?

Jawapan

Yoga bukan pergerakan je.Ia ada akidah dia .

c) Tapi ramai orang melayu follow , apa cara terbaik kita nak bagitau dorang ini , yoga ini salah?

Jawapan 

Surah alkafirun dan tasyabbuh . Hindu agama paling korup.

 

 

Soalan 23 dan jawapan Thtl

a) Betulkah puak syiah kata ada golongan yang sorok hadis yg diriwayatkan oleh fatimah?
Sebab hadis dari fatimah ni katanya, sikit sangat berbanding dengan hadis yang diriwayatkan oleh aisyah ?

Jawapan

Tipu je syiah tu…jarum halus .

b) Tapi memang betulkah hadis dari fatimah sikit sangat berbanding dengan hadis dari aisyah?

Jawapan

Sahih . Sebab hadis ali dah banyak . Juga hadis hasan dan husin

1 KOMEN

Komen dan Soalan