Utama Bilik (28) Bidaah Nusantara Siri Qawaid Bid’ah 3/16: Semua Bid’ah Adalah Haram, Tidak Ada Yang Makruh

Siri Qawaid Bid’ah 3/16: Semua Bid’ah Adalah Haram, Tidak Ada Yang Makruh

219
0
Iklan

Berzikir dalam kubur ????

???? Siri Qawaid Bid’ah 3/16:
Semua Bid’ah Adalah Haram, Tidak Ada Yang Makruh

(القاعدة الثالثة: البدع كلها محرمة وليس فيها ما هو مكروه)

Menjawab isu ada fuqaha’ yang menyatakan ada bid’ah yang berstatus makruh.

Pertama: Makruh bermaksud, tidak berdosa melakukannya dan diberi pahala meninggalkannya. Ini yang kita faham selama ini tetapi bila dikatakan ada bid’ah yang makruh, ini kenyataan yang pelik kerana bagaimana bid’ah bisa dilakukan sedangkan semuanya sesat dan haram. Ikuti penjelasan Syaikh al-Albani.

3/16 Bah 2 : Syarah Tiada Bid’ah Yang Makruh

Kata Syaikh Allamah al-Albani (w. 1999, Syria):

قال الألباني في حجة النبي صلى الله عليه وسلم “103”: ولكن يجب أن نعلم أن أصغر بدعة يأتي الرجل بها في الدين هي محرمة بعد تبين كونها بدعة فليس في البدع كما يتوهم البعض ما هو في رتبة المكروه فقط

Terjemahan: Bid’ah yang kecil sekalipun jika terbukti ianya memang bid’ah, maka ia adalah Haram. Tidak ada di sana bid’ah yang makruh seperti yang dikatakan segelintir orang. (Hajjah al-Nabi ms 103)

3/16 Akhir: Syarah

Imam al-Syatibi ada membahagikan Bid’ah kepada bid’ah yang haram dan makruh, apakah maksudnya. Lihat al-I’tishom, 2:49

Maksud al-Syatibi bid’ah yang haram di sisinya ialah makruh Tahrim, sejenis makruh yang amat hampir kepada haram (Maulana Zakariya al-Pakistani, Usyul Fiqh di sisi Ahli hadith,1/200)????

Soalan:
Kalau diikutkan Imam Syatibi, bid’ah makruh masih lagi valid/sah untuk dibuat selagi ianya bukan haram total? Apa contoh bid’ah makruh syeikh?

Jawapan:
Contoh bid’ah makruh: Menghias masjid dengan emas dan perak; menghiasi percetakan Al-Quran.

Komen dan Soalan