Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 36 (Umum)

Fiqh Wanita 36 (Umum)

309
0
Iklan

#ElRose

S&J Fiqh Wanita ????
———————————-
Soalan 1 dan jawapan Thtl

a) Apa hukum berjimak sambil dengar Al -Quran?

Jawapan

Menghinanya. Dalil :
“Dan apabila dibacakan AlQuran ,maka dengarkanlah baik- baik, & perhatikanlah dgn tenang agar kamu mendapat rahmat “(AQ.7:204)
Bila jimak, fokus kepada pasangan dan kelazatannya,maka AQ diketepikan .

 

b) Betulkah bila berjimak sambil dengar Alquran yg dipasang ,boleh dapat anak yang baik dan solehah?

Jawapan

Anak soleh adalah suatu perjuangan dan perjalanan. Dalil:

كُلُّ إِنْسَانٍ تَلِدُهُ أُمُّهُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

“Setiap manusia dilahirkan ibunya di atas fitrah. Kedua orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi.” HR Muslim
Dengar AQ masa jimak tak ada hujahnya .

 

 

Soalan 2

Bolehkah kita makan hasil sembelihan orang syiah ?

Jawapan 2 Thtl

Boleh, bahkan dari ahlil kitab, dalilnya:

Hari ini dihalalkan yang baik-baik buat kamu dan begitu juga makanan orang-orang yang pernah diberi kitab (ahli kitab) adalah halal buat kamu, dan sebaliknya makananmu halal buat mereka.”

(QS al-Maidah: 5)
Jika yahudi dan nasara pun boleh, maka apatah lagi org yg bersyahadah .

 

 

Soalan 3

Apa hukuman yang setimpal bagi pesalah rogol?

Jawapan 3 Thtl

Hukuman jenayah rogol .
*Ikut mazhab Maliki, ia dibawah hudud jinayah Hirabah. dipotong kaki dan tangan secara menyilang, *Manakala di KSA, dihukum pancung .

 

 

Soalan 4 dan jawapan Thtl

a) Bagaimana pula status anak hasil zina ini dengan adik beradik yang lain?

Jawapan

Anak zina yg sah taraf, didaftar dan dibinkan kpd ayah kpd adik beradik yg lain, maka jatuh mahram. kalau JPN halang pendaftaran, maka jika dibinkan kepada Abdullah, maka jadi non-mahram .

b) Setelah anak hasil zina ni berkahwin ibunya hendak putuskan hubungan dengan anak ini .

Jawapan

Ibu ingin putuskan hubungan anak zina. Kenapa, si anak itu tersabit nasabnya dengan ibu jika lahir dari kemaluannya.

c) Apa hukumnya jika anak ini tak nak datang jenguk orang tuanya adakah dikira durhaka

Jawapan

Anak zina tak datang ziarah ibunya. Durhaka jika tindakan itu menimbulkan dukacita kpd ibunya .

 

 

Soalan 5 dan jawapan Thtl

a) Apa status anak luar nikah dengan anak sah taraf tapi mereka dari rahim yang sama dan susuan ibu yang sama?

Jawapan

Anak luar nikah vs anak sah taraf
Jika bin/bintinya tak sama, maka taraf mereka ialah bukan mahram.

b) Anak luar nikah ini boleh fight di court tak jika nama ayah dan harta tak sama pembahagiannya?

Jawapan

Boleh, dan kena buat ujian DNA tetapi kosnya mahal .

c) Jika sah terbukti ,dia boleh guna nama dan harta ayah . Tapi macamana dengan hukum syarie?

Jawapan

Dia tak dosa, yg kena tanggung ialah parents dia . Anak zina tidak akan pikul dosa org tuanya . Dia berhak guna nama ayah biologinya .

d) Sekiranya anak itu dalam kandungan 6 bulan baru mak dan ayahnya dinikahkan , maknanya memang kena bin abdullah juga ke?

Jawapan

6 bulan minima tu peraturan mazhab syafi’iy di Malaysia la. Kalau 6 bulan pregnant, maka anak kena bin kpd Abdullah .

 

 

Soalan 6

Solat sunat mutlak didirikan untuk apa syeikh?

Jawapan 6 Thtl

Solat sunat mutlak utk semua keadaan .Contoh kita rasa takut,solat 2 rakaat .

 

 

Soalan 7

Adakah terbatal perkahwinan sekiranya pasangan suami atau isteri menghidap amnesia akibat kemalangan?

Jawapan 7 Thtl

Tak batal secara auto .Kena lalui proses mahkamah…khulu’ .

 

 

Soalan 8

Apa hukum mendoakan kebinasaan dan keburukan sesama muslim?

Jawapan 8 Thtl

Boleh kalau dizalimi.Doa orang yang dizalimi makbul.

 

 

Soalan 9 dan jawapan Thtl

a) Dizalimi mohon pencerahan Sheikh .

Jawapan

Kita kena zalim atau aniaya . Maka kita boleh doa agar penzalim tersebut binasa .
*Cth , kena perkosa , kena ragut handbag
*Zaman nabi bila utusan nabi kena bunuh , nabi doa qunut – Qunut nazilah . Qunut binasakan penzalim .

b) Kalau difitnah, backstabbing boleh dikategorikan sebagai dizalimi?

Jawapan

Ya, Fitnah lebih besar dari bunuh.

 

 

Soalan 10

Apakah perjuangan dan mati syahid itu lebih utama berbanding keluarga dan isteri?

Jawapan 10 Thtl

Mati syahid lebih utama kerana dia dapat memberi syafaat kpd familinya seramai 70 orang.

 

 

Soalan 11

Benarkah seorang janda tidak perlu meminta izin daripada walinya untuk pernikahannya yg kedua ?

Jawapan 11 Thtl

Hanya dalam mazhab Hanafi, manakala Jumhur mazhab, janda masih perlu izin wali utk menikah lagi .

 

 

Soalan 12

Untuk tempoh tamatnya eddah, 3 kali sucikan? Maksudnya di datangi haid selama 3 kali dalam beberapa bulan tersebut. Situasi :  dia baru dua kali suci. Bulan ketiga bagi tempoh eddah, tidak datang haid.Refer doctor sebab takut pregnant tapi tiada simptom pregnant. Macam mana eddahnya?

Jawapan 12 Thtl

Iddah, 3 X suci. Dalil:
وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ وَلَا يَحِلُّ لَهُنَّ أَنْ يَكْتُمْنَ مَا خَلَقَ اللَّهُ فِي أَرْحَامِهِنَّ إِنْ كُنَّ يُؤْمِنَّ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ

“Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru’. Tidak boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya, jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat.” (QS. Al Baqarah: 228).
tiga kali haidh .

 

Soalan 13 dan jawapan Thtl

a) Perempuan tak boleh sambut jenazah dalam kubur kan. Apa hukum dia ?

Jawapan

Makruh, dalilnya:

عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ – رضى الله عنها – قَالَتْ نُهِينَا عَنِ اتِّبَاعِ الْجَنَائِزِ ، وَلَمْ يُعْزَمْ عَلَيْنَا

Dari Ummu ‘Athiyah ra, ia berkata, “Kami (para wanita) dilarang mengiringi jenazah. Namun larangannya tidak terlalu keras bagi kami.” (HR. Bukhari no. 1278 dan Muslim no. 938).
Maka, jika iringi jenazah pun makruh, apatah lagi masuk kubur utk sambut mayat dan mengebumikannya. WA

b) Maksudnya bolehlah kan?

Jawapan

Boleh, tapi amat makruh . menyalahi amalan kaum salaf .

 

 

Soalan 14

Apa hukum kalau solat tak khusyu’? Bagaimana nak stay fokus semasa solat?

Jawapan 14 Thtl

Solat tanpa khusyuk .Hadith nasa’iy
كم من قائم حظه من صلاته التعب والنصب” اخرجه النسائي من حديث ابي هريرة

“Betapa banyak orang yang mengerjakan shalat namun ia hanya mendapatkan penat lelah sahaja dari shalatnya itu.’” HR Nasaiy, kata al-Iraqi, hadith hasan
Solatnya sah, tapi markahnya amat kurang.WA

 

Soalan 15

Ada dalil ke selawat 1000x sehari ?

Jawapan 15 Thtl

Hadith dhaif
من صلى علي في يوم ألف مرة لم يمت حتى يرى مقعده من الجنة ” حديث ضعيف
وفي السلسلة الضعيفة قال عنه: ضعيف جداً.

“siapa yang bershalawat atasku sehari 1000X, dia tidak akan mati sebelum melihat tempatnya di syurga” kata albani, hadith mungkar .

 

 

Soalan 16 dan jawapan Thtl

a) Sekiranya ibubapa anak luar nikah telah berkahwin, masih kekalkah statusnya sebagai anak luar nikah ?

Jawapan

Kalau anak dapat didaftar statusnya, anaknyer sah taraf.

b) Aurat anak dengan sibapa?

Jawapan

Dah daftar , mmg ayah dialah . Beres , no aurat .

c) Bagaimana kalau perempuan hamil luar nikah dikahwinkn dengan lelaki bukan yg menghamilinya?
lelaki itu pula dalam kondisi dipaksa dan terpksa ikut atas sebab tidak dapat dielakkan?

Jawapan

Itu aurat kena jaga

d) kalau aurat kena jaga , jika terjadi perceraian antara si ibu dengan suaminya , adakah sianak boleh berkahwin dengan bekas suami ibunya?

Jawapan 

Kalau tak sah taraf boleh kawinlah .

Komen dan Soalan