Utama Blog Halaman 25

Tafsir Surah Ali Imran: Tafsir Ayat Ke-197 hingga Ke-200

0

Tafsir Surah Ali Imran
Tafsir Ayat ke-197

مَتَٰعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَىٰهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ

(Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.

مَتَٰعٌ قَلِيلٌ

(Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit,

Jangan kita terpedaya dengan kesenangan yang mereka ada kerana kesenangan yang mereka ada itu hanya sementara sahaja. Sudahlah sementara, ianya sikit sahaja. Allah ﷻ beritahu kita yang apa sahaja kesenangan yang mereka ada itu sikit sahaja kerana Allah ﷻ yang beritahu kita.

Mungkin kita nampak mereka senang kerana tidak infaq, tetapi kesenangan yang mereka rasa itu hanya sementara dan sedikit sahaja. Maka jangan terpesona dan terikut-ikut dengan cara mereka. Ramai yang tergoda dengan kesenangan dunia dan rasa mereka kena ikut cara hidup golongan kafir itu untuk dapat kenikmatan dunia. Inilah fahaman yang bahaya.

ثُمَّ مَأْوَىٰهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ

kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.

Akhirnya, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka juga akhirnya. Lafaz الْمِهَادُ asalnya bermaksud pelukan ibu. Sepatutnya pelukan ibu adalah tempat yang amat menyenangkan bagi seorang bayi, dia akan rasa tenang dan dapat tidur dengan nyenyak dalam pelukan ibunya.

Namun,  Allah ﷻ gunakan perkataan itu dalam nada mengejek dalam ayat ini. Kerana sebenarnya, mereka tidak akan tenang langsung di neraka nanti. Apa guna kesenangan yang sementara di dunia kalau akhirnya akan kekal di neraka selama-lamanya?

Tafsir Ayat Ke-198

لَٰكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ لَهُمْ جَنَّتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَا نُزُلًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ وَمَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ لِّلْأَبْرَارِ

Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) daripada Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan).

لَٰكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ

Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka,

Tetapi sebaliknya, orang yang bertaqwa tidak seperti yang disebut dalam ayat sebelum ini. Orang yang bertaqwa adalah mereka yang jaga hukum yang telah ditetapkan oleh Allah ﷻ. Dalam segenap hal kehidupan mereka, mereka akan memikirkan apakah hukuman dan syariat Allah ﷻ dalam hal itu? Mereka taat kepada hukum Allah ﷻ kerana mereka takut kepada Allah ﷻ.

لَهُمْ جَنَّتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ

mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,

Balasan kepada mereka yang bertaqwa adalah mereka akan diberikan dengan syurga. Dan Allah ﷻ sebut tentang sungai-sungai yang mengalir dalam syurga itu sebagai penaik semangat untuk manusia memasukinya.

خَٰلِدِينَ فِيهَا

mereka kekal di dalamnya,

Kalau duduk sekejap sahaja di tempat yang baik macam mana pun, itu bukan nikmat sebenar. Sebab kita tahu yang kita tidak akan kekal di dalamnya. Tetapi, Allah ﷻ memberitahu kita yang penghuni syurga akan kekal di dalamnya. Jadi, penghuni syurga akan rasa tenang menikmati segala nikmat di dalam syurga itu, tanpa perlu risau yang mereka akan dikeluarkan dari tempat itu.

نُزُلًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ

sebagai sambutan tetamu daripada Allah.

Kalimah نُزُلًا bermaksud ‘hadiah tetamu’. Macam kita kalau layan tetamu tentu akan lebih sikit dari hari-hari biasa. Ini memberi isyarat yang Allah ﷻ akan layan kita macam layan tetamu istimewa. Kalau kita pergi rumah orang-orang besar sebagai tetamu, tentulah layanan mereka akan hebat, bukan? Sekarang Allah ﷻ kata, Dia yang akan menjadi tuan rumah. Kalau Dia yang jadi tuan rumah, tentulah layanan kepada tetamu-Nya itu amat hebat sekali, tidak dapat dibayangkan.

Dan نُزُلًا bermaksud appetizers sahaja. Macam ada tetamu datang rumah kita dan kita sudah sediakan makanan yang istimewa untuk mereka. Tetapi sebelum mereka dihidangkan dengan hidangan yang utama, kita berikan makanan ringan dulu kepada mereka, bukan?

Begitulah juga dalam ayat ini. Apa-apa sahaja yang Allah ﷻ sebutkan tentang nikmat dalam syurga, itu adalah makanan ringan sahaja dulu sebelum diberikan dengan hidangan utama. Kerana hidangan utama itu tidak boleh hendak dijelaskan dalam kata-kata. Kena pergi ke sana baru boleh tahu. Ia tentu lebih hebat lagi.

وَمَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ لِّلْأَبْرَارِ

Dan apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti

Apa yang Allah ﷻ ada di sisi-Nya tentulah amat hebat sekali. Dan Allah ﷻ telah berjanji untuk memberikan kepada mereka yang memiliki hati yang baik, yang berbakti selama mereka hidup di dunia.

Tafsir Ayat Ke-199

Ini adalah ayat tabshir lagi.

وَإِنَّ مِنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ لَمَن يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْكُمْ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْهِمْ خَٰشِعِينَ لِلَّهِ لَا يَشْتَرُونَ بِـَٔايَٰتِ اللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَٰئِكَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Qur’an) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisab-Nya.

وَإِنَّ مِنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ لَمَن يُؤْمِنُ بِاللَّهِ

Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah

Ada antara golongan Ahli Kitab itu yang beriman. Allah ﷻ ingatkan tentang adanya ahli kitab yang baik supaya kita tidak lupa. Bukanlah semua mereka orang yang jahat. Jangan kita pukul mereka semua sama rata dengan kata mereka semuanya jahat.

Memang telah banyak disebut bagaimana ramai dalam kalangan mereka yang cuba hendak menjatuhkan Islam. Tetapi secara umum, mereka bukanlah musuh. Pintu untuk mereka masuk Islam masih terbuka lagi. Asalkan mereka mahu beriman. Bukanlah asal nama sahaja Ahli Kitab, terus mereka semua dimurkai.

وَمَا أُنزِلَ إِلَيْكُمْ

dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu

Walaupun mereka Ahli Kitab, tetapi ada daripada kalangan mereka yang beriman dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad – iaitu Al-Qur’an. Dari zaman Nabi, sampailah kepada zaman sekarang, ada sahaja mereka daripada golongan Ahli Kitab yang beriman dengan Al-Qur’an.

Selalunya mereka itu mengkaji agama kerana mereka tercari-cari agama apakah yang sebenar. Akhirnya, kerana mereka memang mahukan kebenaran, maka Allah ﷻ telah temukan mereka dengan Al-Qur’an. Dan setelah mereka mengkaji Al-Qur’an, barulah mereka tahu bahawa ianya bukanlah kitab biasa, tetapi ia mempunyai banyak pengajaran-pengajaran penting dan tidak mungkin ia daripada manusia.

Maka, mereka akhirnya mencapai keputusan bahawa itu adalah kata-kata daripada Allah ﷻ, Tuhan sekalian alam. Dan mereka boleh jadi lebih baik daripada kita kerana mereka itu memang orang yang bijak pandai.

وَمَا أُنزِلَ إِلَيْهِمْ

dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka,

Sebelum itu mereka telah beriman dengan Kitab-kitab suci yang diturunkan untuk mereka iaitu mereka telah membaca kitab suci mereka dan mereka telah beriman dengan perkara-perkara akidah yang disampaikan di dalamnya.

Inilah kelebihan Ahli Kitab. Mereka beriman dengan dua Kitab dan kerana itu mereka jikalau mereka masuk Islam, mereka akan mendapat pahala dua kali ganda. Kelebihan ini tidak ada pada kita, kerana kita hanya beriman dengan satu kitab sahaja. Oleh kerana itu, mereka tidak akan rugi kalau mereka memeluk agama Islam. Malah mereka akan dapat lebih lagi dari orang-orang lain.

خَٰشِعِينَ لِلَّهِ

mereka khusyuk kepada Allah

Mereka merendahkan diri tunduk kepada Allah ﷻ. Maknanya, mereka tidak sombong untuk beriman dengan Allah. Mereka jenis yang taat kepada Allah ﷻ kerana takut kepada Allah ﷻ.

لَا يَشْتَرُونَ بِـَٔايَٰتِ اللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلًا

tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit.

Mereka tidak seperti Ahli Kitab yang lain yang jual ayat-ayat Allah ﷻ. Kita telah belajar bagaimana ada para pendeta yang menjual ayat-ayat dari Kalam Allah yang suci untuk mendapatkan habuan dunia. Mereka beri fatwa yang dikehendaki oleh pengikut mereka, walaupun ianya berlawanan dengan apa yang ada dalam Kitab.

Mereka yang akhirnya beriman dan masuk Islam, tidak melakukan perkara itu. Mereka jujur dengan apa yang tertulis dalam kitab suci mereka. Merekalah juga yang telah membongkarkan kesalahan-kesalahan dan penipuan yang dilakukan oleh ahli agama mereka.

أُولَٰئِكَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ

Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka.

Dari amal kebaikan yang mereka lakukan, Allah ﷻ akan beri balasan kepada mereka. Allah ﷻ tidak kira sama ada mereka itu berasal dari Ahli Kitab atau tidak. Asalkan kalau beriman dan berbuat kebaikan, Allah ﷻ akan beri balasan yang baik.

إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisab-Nya.

Allah ﷻ buat kiraan amal manusia dengan cepat. Masa menunggu di Mahsyar memang lama tetapi apabila Allah ﷻ sudah mula buat pengiraan audit segala amalan manusia, jadi ia akan berlaku dalam masa yang sekejap sahaja. Dalam riwayat hadith ada disebut bagaimana penghakiman akan dijalankan selama setengah hari sahaja.

Tafsir Ayat Ke-200

Ini adalah ringkasan kepada keseluruhan pengajaran yang ada dalam Surah Ali Imran ini.

يَٰأَيُّهَا الَّذِينَ ءآمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

يَٰأَيُّهَا الَّذِينَ ءآمَنُوا اصْبِرُوا

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu

Sabar dalam taat kepada perintah yang Allah ﷻ berikan iaitu segala perintah yang diberikan oleh Allah ﷻ dan disampaikan oleh Nabi-Nya. Hendak taat kepada arahan Allah ﷻ pun memerlukan kesabaran juga. Ia tidak mudah, terutama sekali kepada orang yang berasal daripada Ahli Kitab.

وَصَابِرُوا

dan kuatkanlah kesabaran kamu

Sekali lagi disebut arahan untuk sabar. Ini adalah suruhan untuk lawan dengan sabar puak kuffar. Hendaklah tambah lebih sabar daripada orang kafir dalam kesabaran. Orang kafir pun sabar juga, dan kita hendaklah lebih sabar daripada mereka.

Mereka yang kafir dan berusaha untuk jatuhkan Islam, mereka pun sabar juga. Tetapi kita kena lebih lagi sabar daripada mereka. Kita kena bertahan lebih lama daripada mereka. Usaha kita kena lebih. Jangan kita kalah dengan mereka.

وَرَابِطُوا

dan bersedialah

Lafaz رَابِطُوا dari katadar ر ب ط yang bermaksud ‘ikat’. Kalau zaman dahulu, perkataan ini digunakan kepada kuda yang diikat, yang sudah sedia untuk berperang.

Ayat ini memberi isyarat bahawa kita kena sentiasa bersedia untuk berperang dengan musuh kita. Hendaklah sentiasa berada di perbatasan untuk meneruskan perjuangan. Jangan kita duduk rehat-rehat sahaja kerana pada bila-bila masa sahaja kita bolehdipanggil untuk menegakkan jihad.

وَاتَّقُوا اللَّهَ

serta bertaqwalah kamu kepada Allah

Taqwa banyak disebut sebab ia adalah perkara penting. Yang bertaqwa sahaja yang boleh buat segala yang disuruh. Telah banyak arahan-arahan dan saranan yang kita telah belajar dalam surah ini. Mereka yang bertaqwa sahaja yang mampu menjalankannya.

لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

mudah-mudahan kamu berjaya

Mudah-mudahan kita berjaya di akhirat kelak. Perkataan إفلح bermaksud ‘kejayaan’ tetapi ia merujuk kepada kejayaan yang khusus di akhirat. Kerana ada kejayaan di dunia dan ada kejayaan di akhirat. Yang kita paling kehendaki adalah kejayaan di akhirat kelak.

Habislah sudah tafsir Surah Ali Imran dan sebelum ini Surah Baqarah. Kedua-duanya adalah surah yang panjang. Kedua-duanya penting sebagai asas kepada pembinaan masyarakat Islam.

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Ali Imran: Tafsir Ayat Ke-194 hingga Ke-196

0

Tafsir Surah Ali Imran
Tafsir Ayat Ke-194

رَبَّنَا وَءآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ

Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-Rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji

رَبَّنَا وَءآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ

Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-Rasul-Mu,

Mereka memohon supaya diberikan mereka dengan apa yang dijanjikan oleh-Nya melalui Rasul-rasul-Nya. Ia bermaksud syurga yang dijanjikan. Janji itu adalah, bagi sesiapa yang mengikut ajaran kitab akan diberi syurga manakala bagi sesiapa yang melanggar ajaran kitab pula, akan diberi neraka.

Ini mengajar kita, tidak salah kalau mengharap syurga kerana syurga itu sendiri dijanjikan oleh Allah ‎ﷻ dan disampaikan janji itu oleh Nabi Muhammad ﷺ. Janganlah jadi seperti golongan tarekat yang kononnya buat ibadah bukan kerana syurga. Kononnya mereka ikhlas sehinggakan tidak mengharapkan syurga. Mereka kata, kalau Allah ‎ﷻ masukkan mereka ke dalam neraka pun, mereka redha.

Itu semua adalah kata-kata khayalan sahaja daripada guru mereka yang khayal juga. Mereka itu golongan yang jauh daripada ilmu wahyu dan banyak ajaran dan fahaman mereka adalah rekaan dan khayalan sahaja. Semoga kita dan ahli keluarga kita diselamatkan daripada terjebak dengan golongan ini. Mereka memang berniat baik, namun sayangnya telah tertipu dengan perawakan golongan yang menamakan diri mereka sebagai ‘ahli sufi’.

Jadi kita tidak marah mereka dan benci kepada mereka. Kita kasihan kepada mereka dan kita hendaklah berusaha untuk menarik mereka kembali ke jalan yang benar. Mereka bukannya berniat hendak menentang Allah ‎ﷻ dan wahyu tetapi mereka telah tersilap memilih jalan.

وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ

dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat;

Jangan malukan kami. Kami tidak mahu dosa-dosa kami ditunjukkan kepada khalayak ramai. Di manakah hendak diletakkan muka masa itu?

إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ

sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji

Allah ‎ﷻ pasti tidak memungkiri janji-Nya. Maka kita berharap supaya Allah ‎ﷻ menetapkan janji-Nya dan dijamin Allah ‎ﷻ akan menepati janji-Nya itu. Maka ini adalah doa yang amat bagus sekali untuk diamalkan oleh kita.

Tafsir Ayat Ke-195

Dalam ayat sebelum ini telah disebut tentang ulul albab dan apakah kata-kata dan doa mereka. Sekarang adalah sambungan dari ayat-ayat itu.

فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَٰمِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِن دِيَٰرِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَٰتَلُوا۟ وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firman-Nya): “Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal daripada kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugama-Ku, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) – sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai ganjaran daripada sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah ganjaran yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)”.

فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ

Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka

Allah ﷻ terima doa mereka. Mereka telah berdoa supaya:
– Allah ﷻ ampunkan dosa mereka
– Tutup dosa-dosa mereka
– Matikan mereka bersama dengan orang-orang yang berbakti
– Masukkan mereka ke dalam syurga seperti yang pernah dijanjikan oleh Allah ﷻ
– Jangan hina mereka di akhirat kelak

Amat indah sekali doa-doa mereka dan ini menjadi panduan doa bagi kita tentang apakah yang penting dalam doa kita. Sudah sememangnya kita kena berdoa kepada Allah ﷻ. Tetapi kita tidak pasti sama ada Allah ﷻ makbulkan doa kita atau tidak. Dalam ayat ini, alangkah beruntungnya mereka, kerana Allah ﷻ telah kata yang Dia makbulkan doa mereka.

أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَٰمِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ

Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan,

Segala amal kebaikan yang kita lakukan di dunia tidak sia-sia. Kadang-kadang kita tidak ingat pun amal kebaikan yang kita lakukan. Entah ianya sekecil memberi senyuman kepada orang lain, dan benda itu sekejap sangat, tetapi Allah ﷻ akan balas juga dengan kebaikan.

Allah ﷻ akan balas, tidak kira lelaki atau perempuan. Ini menunjukkan persamaan taraf antara lelaki dan wanita. Sama-sama mudah untuk mendapatkan pahala. Islam tidak bezakan amal lelaki dan wanita. Maka, janganlah kita kata sebab ada yang dilahirkan sebagai perempuan, susah hendak buat pahala, susah hendak buat kebaikan – kerana tidak dapat keluar rumah selalu, tidak dapat hendak ke masjid selalu, kekuatan tubuh yang kurang, kekuatan kewangan yang kurang, atau apa-apa lagi.

Ingatlah yang Allah ﷻ Maha Adil. Dia tidak tarik atau kurangkan peluang sesiapa sahaja. Sesiapa sahaja ada peluang untuk mendapatkan pahala, asalkan mereka mahu berusaha. Kalau lelaki dengan cara lelaki, kalau perempuan dengan cara perempuan. Yang kaya dengan cara kaya dan yang miskin dengan cara miskinnya. Kita cuma dapatkan ilmu sebanyak mungkin supaya kita tahu apakah yang patut kita lakukan, dan bagaimana melakukannya dengan cara terbaik.

بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ

setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain;

Kenapa Allah ﷻ hendak bezakan antara lelaki dan perempuan sedangkan kita semuanya daripada golongan manusia juga. Kerana walaupun seseorang itu lelaki, tetapi dia pasti anak daripada seorang emak dan seorang ayah.

فَالَّذِينَ هَاجَرُوا

maka orang-orang yang berhijrah

Ada orang yang terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka untuk menjaga agama mereka. Walaupun mereka sayang dengan tempat tinggal mereka yang asal, tetapi mereka tahu mana yang lebih penting.

Kerana kalau kita duduk di dalam kawasan yang tidak sesuai untuk agama kita, maka eloklah kita tinggalkan sahaja. Mereka yang meninggalkan tempat tinggal mereka kerana hendak menjaga agama, telah melakukan satu tindakan yang berani dan besar sekali.

وَأُخْرِجُوا مِن دِيَٰرِهِمْ

dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya,

Ada juga yang sampai dihalau dari tempat tinggal mereka kerana mereka telah berkata benar. Memang berkata benar adalah satu perkara yang payah dilakukan. Kalau masyarakat itu tidak dapat terima, dan mempunyai sifat-sifat yang buruk, sampai ada yang sanggup menghalau orang-orang yang menyampaikan ajaran yang benar dari kampung halaman.

Zaman kita pun ada juga. Ada mereka yang hendak mengamalkan sunnah sampai kena pindah keluar kampung. Antaranya kerana tidak baca qunut subuh sahaja, sudah kena pulau dengan masyarakat kampung yang jahil.

وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي

dan juga yang disakiti kerana menjalankan ugamaKu,

Ada yang disakiti dengan berbagai-bagai cara. Sekurang-kurangnya disakiti dengan mulut dengan diberikan cemuhan dan sebagainya. Begitulah apabila telah buat keputusan untuk menjalankan agama dengan benar. Kalau buat biasa, buat tidak kisah tentang agama, tidak ada orang hendak kacau pun.

Tetapi kalau sudah ada niat hendak menegakkan agama, memang akan ada dugaannya. Kena terima dan ingat yang dugaan ini untuk menambah pahala kita sebenarnya. Kalau kita sabar, maka pasti pahala buat kita. Buat tidak tahu sahaja dengan cemuhan orang. Belajar senyum memanjang.

وَقَٰتَلُوا۟

dan yang berperang

Ini adalah ayat tentang jihad. Mereka yang mukmin sanggup untuk menyabung nyawa mereka untuk menegakkan agama Allah ﷻ di atas muka bumi. Telah banyak ayat-ayat tentang jihad yang kita telah belajar. Jihad ini perlu dijalankan dalam kehidupan kita. Sekurang-kurangnya jihad dakwah dengan lisan kerana sekarang tengah tidak ada jihad perang.

وَقُتِلُوا

dan yang terbunuh

Apabila berperang di jalan Allah, tentunya ada kemungkinan ramai yang terbunuh. Itulah bayaran yang mereka bayar, iaitu dengan nyawa mereka. Itulah harta mereka yang paling berharga.

Setiap manusia akan tetap mati, maka mati apakah yang paling baik daripada mati di jalan Allah? Mereka yang mati di Jalan Allah, tentunya mati syahid dan itu adalah jalan pintas ke syurga. Mereka terus dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka mati dan tidak perlu menunggu sekian lama di Mahsyar dengan orang lain yang tidak mati syahid.

لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ

sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka,

Inilah janji Allah ﷻ kepada mereka yang yang bersifat di atas tadi. Allah akan tutup dan hilangkan kesalahan dosa mereka. Tidak disebutkan langsung di khalayak ramai, maka tidak dimalukan. Bila tidak ada dosa, tentunya tempatnya di syurga kerana tidak perlu dibasuh dosa di neraka.

وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ

dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,

Allah ﷻ janjikan syurga kepada mereka. Dan Allah beritahu yang syurga-syurga itu akan ada sungai-sungai yang mengalir di bawahnya. Kerana hendak memberi gambaran kehebatan syurga-syurga itu. Syurga itu tidak dapat dibayangkan dengan akal tetapi Allah ﷻ telah memberi beberapa sifat Syurga itu, ditambah dengan hadith-hadith Nabi.

Semua itu untuk memberi motivasi kepada kita untuk memasukinya. Tentunya nikmat itu lebih lagi dari apa yang digambarkan. Tetapi kita sudah dapat bayangkan kehebatannya.

ثَوَابًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ

sebagai ganjaran dari sisi Allah.

Ganjaran itu semua adalah dari ‘sisi Allah’. Kalau daripada Allah ﷻ, tentunya hebat. Kehebatan sesuatu hadiah itu boleh dilihat daripada siapakah yang memberinya. Jikalau yang memberi itu orang yang hebat, tentunya hadiah itu pun hebat. Dan siapakah yang hebat daripada Allah ﷻ?

وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

Dan di sisi Allah jualah ganjaran yang sebaik-baiknya

Tentulah Allah ﷻ sebaik-baik pemberi ganjaran. Allah yang menjadikan kita maka Dia tahu apakah yang kita mahu. Dia juga Maha Kaya jadi Dia boleh beri apa sahaja yang akan memuaskan kita.

Tafsir Ayat ke-196

Sekarang kita masuk ayat tentang infaq pula kerana infaq itu amat penting untuk menjalankan jihad di jalan Allah. Kita kena ingat yang infaq ini adalah untuk kebaikan kita kerana infaq itu akan menjadi harta kita yang sebenar.

Cuma mungkin kita lihat mereka yang tidak infaq itu banyak harta kerana mereka sentiasa kumpul sahaja harta mereka tanpa diinfaqkan dan kerana itu tidak berkurangan harta mereka. Mungkin pada fikiran kita, itu adalah baik, tetapi tidak sebenarnya.

Mereka yang tidak infaq itu nampak hanya kepentingan dunia sahaja dan kerana itu mereka tumpukan usaha mereka untuk dapatkan kelebihan dunia semata-mata. Mereka takut untuk infaq kerana mereka takut mereka akan jatuh miskin kalau beri duit pada orang lain. Allah ﷻ ingatkan kita supaya jangan terpikat dengan cara-cara mereka itu kerana hujung nasib mereka adalah sengsara.

لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي ٱلْبِلَٰدِ

Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).

Jangan terpesona dengan bebasnya mereka yang kufur itu bergerak di dunia. Mereka tidak infaq dan kerana itu mereka nampak macam banyak harta dan boleh buat apa-apa dan pergi ke sana sini. Jangan terpesona dengan apa yang mereka ada dan bebasnya mereka. Kerana mereka tidak akan berjaya. Jangan kita terpesona sampai kita mahu jadi seperti  mereka pula. Kita sebagai orang Islam, hendaklah melakukan infaq.

Atau ayat ini bercakap tentang Ahli Kitab. Mereka memang nampak macam senang sahaja di dunia ini. Mereka ada kekayaan, ada kuasa, ada kesenangan hidup dan sebagainya. Tengoklah bagaimana kayanya orang-orang Yahudi dan Kristian di dunia ini. Namun, jangan terpesona dengan kesenangan hidup mereka. Mereka senang di dunia sahaja dan akan merana di akhirat kelak.

Dan kita telah bincangkan bagaimana mereka ada yang tidak suka dengan pencapaian orang Islam. Dan mungkin ada perancangan untuk menjatuhkan kita. Allah ﷻ hendak beritahu dalam ayat ini, jangan risau sangat. Musuh memang buat rancangan untuk menjatuhkan kita, tetapi kita kena serahkan kepada Allah ﷻ.

Namun, dalam masa yang sama kita kena berhati-hati. ‘Ghurur’ maksudnya menipu seseorang yang tidak beri perhatian. Maknanya, kita kena tengok juga apa yang mereka rancang. Kena perhatikan dan bersedia untuk bertindak. Dan bersedia supaya jangan tertipu dengan perancangan mereka. Jangan kita leka sampaikan mereka boleh buat apa sahaja. Tetapi janganlah terlebih percaya teori konspirasi yang berbagai-bagai sekarang ini. Itu hanya membuang masa.

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Ali Imran: Tafsir Ayat Ke-190 hingga Ke-193

0

Tafsir Surah Ali Imran
Tafsir Ayat Ke-190

Ini adalah dalil lagi kenapa Dia sahaja layak disembah.

إِنَّ فِي خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَالْأَرْضِ وَٱخْتِلَٰفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَأَيَـٰتٍ لِّأُولِي ٱلأَلبَـٰبِ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, adalah tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

إِنَّ فِي خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَالْأَرْضِ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi,

Segala apa yang terjadi adalah atas kehendak Allah ‎ﷻ. Alam ini adalah termasuk kehendak Allah ‎ﷻ dan kita boleh lihat betapa hebatnya alam ini. Kalau tidak percaya, boleh cuba-cubalah luangkan masa menonton rancangan dokumentari seperti National Geographic Special atau dokumentari lain seumpama itu.

وَٱخْتِلَٰفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ

dan pada pertukaran malam dan siang,

Setiap hari kita dapat melihat siang berganti malam dan malam berganti siang. Dengan ada siang kita boleh bekerja; dengan malam kita boleh rehat. Dengan bertukarnya siang malam itu, kita boleh membuat kalendar dan menyusun kehidupan kita juga. Juga terdapat banyak lagi kelebihan pertukaran siang dan malam itu.

Itu semua adalah dalam perancangan Allah ‎ﷻ dan kita tidak boleh membuat apa-apa pun. Kita tidak boleh hendak halang malam atau siang daripada terjadi.

لَأَيَـٰتٍ لِّأُولِي ٱلأَلبَـٰبِ

adalah tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal;

Semua itu adalah tanda-tanda yang boleh difahami oleh mereka berfikiran waras. Kita melihat perkara ini setiap hari tetapi mungkin tidak terfikir bahawa itu adalah tanda kekuasaan Allah ‎ﷻ. Ini kerana kita sudah biasa melihatnya dan fikiran kita tidak jernih serta kurang kesedaran. Jadi kita tidak nampak kehebatan Allah ‎ﷻ dalam perkara yang kita lihat setiap hari.

Yang boleh nampak adalah mereka yang fikiran mereka bebas daripada benda yang remeh temeh. Masalahnya zaman sekarang, pelbagai benda yang kita fikirkan dan kebanyakannya adalah benda yang remeh. Maka otak dan minda kita telah disibukkan dengan perkara yang tidak penting sampaikan dalil di hadapan mata pun kita tidak nampak.

Dalam fikiran kita terlalu banyak benda kosong yang kita isikan sehinggakan benda yang bagus susah hendak masuk. Sebagai contoh, kita selalu sangat menonton filem-filem dan rancangan TV yang entah apa-apa. Seumpama orang sudah biasa dengan makanan “junk”, maka dia tidak dapat lagi hendak menghargai makanan berkhasiat seperti sayuran atau buah-buahan.

Ayat yang lebih panjang tentang perkara ini terdapat dalam Surah Baqarah. Dalam ayat di hadapan kita ini pendek sahaja kerana akal yang bersih akan dapat berfikir panjang. Ini hanya mengingatkan kembali kepada ayat yang kita sudah belajar dalam Surah Baqarah, maka sepatutnya tidak perlu disebut dengan panjang lagi.

Tafsir Ayat Ke-191

Ayat sebelum ini tentang mereka yang berfikiran waras. Maka, siapakah yang berfikiran waras? Apakah ciri-ciri mereka? Apakah yang mereka fikirkan? Mari kita lihat dan kita cuba ikuti mereka.

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَـٰمًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَٰطِلًا سُبْحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَـٰمًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring,

Maknanya, mereka ingat kepada Allah ‎ﷻ dalam semua keadaan. Maksud ‘ingat Allah’ adalah dengan menjaga hukum iaitu mereka akan sentiasa ingat untuk menjaga hukum syari’at dalam semua keadaan. Setiap ketaatan yang kita buat, adalah dikira ‘zikir’ kepada Allah . Seperti kalau kita sedang puasa, kita tidak buat apa pun, namun pada waktu itu kita dikira zikir kepada Allah ‎ﷻ kerana kita sedang menunaikan hukum Allah ‎ﷻ. Ini kerana arahan Allah ‎ﷻ pada waktu itu adalah ‘tidak makan’.

Maknanya, bukanlah berzikir itu adalah zikir meratib sahaja. Zikru dalam Al-Qur’an disebut sebagai amalan hati. Yang penting, kita ingat siapa Allah ‎ﷻ dan kita taat kepadanya. Ini penting, kerana ada pihak-pihak yang salah faham, hanya menghadkan zikir kepada ‘ratiban’.

Mereka menyangka ayat ini adalah dalil bahawa boleh membuat amalan zikir ketika duduk, baring dan berdiri. Sampaikan digunakan ayat ini digunakan sebagai dalil untuk membolehkan zikir menari! Kita pun tidak tahulah dari mana mereka boleh mendapat dalil tafsir yang mengarut sebegini. Sudahlah amalan itu adalah amalan yang bid’ah, mereka menggunakan dalil yang tidak kena mengena langsung.

Begitulah kalau ada puak yang jahil, tidak belajar tafsir, maka mereka akan mengambil sahaja sebarang ayat yang ‘agak-agak’ kena. Mereka tidak ada dalil sebenarnya untuk amalan mereka, tetapi apabila kita desak mereka untuk diberikan dalil, maka mereka tangkap muat sahaja apa yang ada. Padahal, beratus tahun umat baca ayat ini, tidaklah terfikir untuk zikir sambil menari.

Oleh itu, tinggalkan mereka dan jangan buang masa lagi dengan mereka. Kalau ada kesempatan, ajak mereka belajar agama dengan benar. Masalahnya, mereka itu telah disibukkan oleh syaitan dengan amalan-amalan salah, sampaikan tidak ada masa hendak belajar. Jadi, mereka terus melakukan amalan salah tanpa ilmu. Mereka sangka mereka ada banyak ilmu, padahal, mereka itu mendapat ilmu khayalan sahaja.

Makna lafaz ‘Zikr’ adalah ‘ingat’, dan ingat itu adalah perkara yang kita sudah tahu. Bukan benda baru yang diperkenalkan kepada kita tetapi benda yang kita memang sudah tahu. Sebab itu kita selalu melakukan tazkirah, iaitu mengingatkan perkara yang kita sudah tahu pun. Oleh itu, janganlah bosan kalau kita diberitahu perkara yang sama berulang-ulang kerana itu adalah untuk mengingatkan kita dengan perkara yang kita memang sudah tahu. Ini kerana kita manusia adalah jenis pelupa, maka kita kena diingatkan selalu.

Amalan zikir paling baik dilakukan adalah cara yang Nabi ﷺ ajar. Yang pertama, salat itu pun adalah zikir. Begitu juga dengan membaca Al-Qur’an. Kedua-dua zikir inilah yang paling baik. Selain daripada itu, kita boleh mengamalkan zikir masnun, iaitu lafaz-lafaz zikir dan doa yang Nabi Muhammad ﷺ sendiri sudah ajar kita. Boleh dikatakan ada lafaz-lafaz doa untuk setiap keadaan. Ini akan mendekatkan diri kita dengan Allah ﷺ. Ini kerana dalam setiap keadaan, ada doa yang tertentu dan zikir-zikir itu mempunyai elemen tauhid maka ia selalu mengingatkan kita kepada tauhid.

Jangan amalkan zikir yang tidak datang daripada Nabi ﷺ atau dengan cara yang bukan ajaran daripada Nabi ﷺ. Pertamanya, janganlah cuba untuk menyertai pergerakan tarekat langsung. Kalau ada saudara mara kita yang baru hendak belajar pun, larang mereka dan tegah mereka kerana kalau sudah masuk dalam tarekat, sudah pasti akan ada amalan zikir yang bukan daripada ajaran Nabi ﷺ. Kalau sudah mula belajar, akan terbelenggu dengan amalan-amalan yang salah.

وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَالْأَرْضِ

dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi

Mereka juga sentiasa berfikir menggunakan panduan daripada kitab Allah ‎ﷻ, dengan melihat kepada kejadian langit dan bumi. Pemikiran ini pula mestilah berpandukan daripada Al-Qur’an, kerana kalau kita cari sendiri, jarang seseorang akan capai kepada Allah ‎ﷻ. Namun apabila kita diberitahu yang Allah ‎ﷻlah yang menjadikan alam ini, maka kita terpimpin membawa kepada terfikir kepada Allah ‎ﷻ.

Apabila melihat alam, kita teringat bahawa Allah ‎ﷻlah yang menjadikannya. Apa-apa terjadi kita akan teringat ayat-ayat Al-Qur’an kerana akan ada sahaja perkara yang berkenaan dengan Al-Qur’an. Lihat pada gunung, ada ayat tentang gunung. Lihat pada langit, ada ayat tentang langit; hujan; orang sedang marah; dan macam-macam lagi. Al-Qur’an telah sentuh semua perkara.

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَٰطِلًا

Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia,

Apabila kita sudah memikirkan tentang alam dan kaitannya dengan Allah ‎ﷻ, maka kita akan berkata seperti dalam ayat ini. Kita sedar yang tidaklah Allah ‎ﷻ menjadikan alam ini sia-sia kerana langit dan bumi adalah bekas atau tempat untuk menguji kita semua.

Maknanya, ada tujuan alam ini dijadikan. Allah ‎ﷻ yang mempunyai sifat yang Maha Mulia tidak akan membuat sesuatu yang sia-sia. Kita akan dapat pemahaman ini apabila kita telah kenal Allah ‎ﷻ daripada apa yang kita belajar dalam Al-Qur’an.

Lihatlah bagaimana Islam mengimbangkan antara ‘zikir’ dan ‘fikir’. Tidaklah kita disuruh terlalu banyak berzikir sampai menjadi seperti golongan tarekat. Tidaklah juga disuruh hanya berfikir sahaja tanpa ada zikir seperti golongan intelektual yang tidak mempunyai roh agama. Itulah antara maksud Islam itu adalah ‘umat pertengahan’. Maknanya, tidaklah kita disuruh menolak terus daripada menggunakan akal. Memang Al-Qur’an sentiasa menyebut gunakan akal yang Allah ‎ﷻ telah berikan.

سُبْحَٰنَكَ

Maha Suci Engkau

Orang itu membenarkan yang Allah ‎ﷻ suci daripada segala cacat cela dan suci daripada memerlukan kepada perantara dalam permohonan doa. Maknanya, dia menolak fahaman syirik. Dia menolak kata-kata manusia yang mengarah kepada syirik. Dia belajar apakah tauhid dan apakah syirik supaya dia tidak terjerumus melakukan perkara syirik.

فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

maka peliharalah kami daripada azab neraka.

Akhir sekali dia akan meminta supaya dijauhkan daripada neraka. Ini kerana apabila sudah belajar dan tahu apakah sifat neraka itu, tidak ada sesiapa yang mahu untuk masuk neraka. Langsung tidak mahu dengar, lihat atau dengar bunyi neraka pun. Dia berharap betul-betul dengan Allah ‎ﷻ kerana dia tahu yang Allah ‎ﷻlah sahaja yang boleh menyelamatkannya dari neraka.

Tafsir Ayat Ke-192

Sekarang diberitahu kenapa kita tidak mahu masuk ke dalam neraka. Tujuannya adalah untuk memberikan kita rasa takut yang amat sangat kepada neraka supaya kita ubah sikap kita dan berhati-hati dalam setiap perbuatan kita.

رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّلِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ

Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;

رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ

Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya,

Sesiapa yang dimasukkan ke dalam neraka adalah dihina. Kalimah أَخْزَيْتَهُ berasal daripada kalimah أخزي yang membawa maksud buka kesalahan seseorang di hadapan orang lain (memalukan orang). Ahli neraka akan terserlah segala kesalahan mereka semasa di dunia dan ini amat memalukan. Walaupun mereka mulia ketika berada di dunia, namun di neraka nanti, mereka akan dihinakan dengan teruk sekali.

وَمَا لِلظَّلِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ

dan bagi orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;

Ayat ini memberitahu kepada kita yang tidak ada syafa’at yang akan membantu mereka yang zalim. Banyak agama salah faham tentang perkara ini. Mereka menyangka tuhan-tuhan selain Allah ‎ﷻ yang mereka sembah itu akan dapat menyelamatkan mereka di akhirat kelak. Allah ‎ﷻ menolak pemahaman mereka itu dalam terdapat banyak ayat-ayat Al-Qur’an yang menekankan tentang perkara penting ini termasuk ayat ini.

Begitu juga, orang Islam pun ada salah faham ini. Ramai yang bergantung dengan sembahan-sembahan kepada ilah-ilah yang lain seperti Syeikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo, wali-wali yang pelbagai, golongan Nabi dan sebagainya. Mereka itu sangka dengan memuja-muja para wali, Nabi dan malaikat, mereka akan diselamatkan di akhirat kelak, tetapi tidak sebenarnya.

Ada pemahaman salah mereka tentang ilah menyebabkan mereka yang cenderung kepada fahaman syirik ini selamba sahaja dengan tanpa rasa bersalah memuja-muja manusia. Mereka sangka ia sebahagian daripada agama tetapi tidak sebenarnya. Mereka sangka itu perkara kecil sahaja, namun ia sudah masuk ke lembah syirik. Mereka sahaja tidak tahu kerana mereka jauh daripada wahyu.

Tafsir Ayat Ke-193

Ini adalah sambungan kata-kata mereka. Ayat ini tentang risalah (kenabian) supaya kita faham tentang kedudukan Nabi Muhammad ﷺ. Ingatlah bahawa kita hanya dapat faham agama melalui Nabi ﷺ dan ajaran yang disampaikan olehnya.

رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَٰنِ أَنْ ءآمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَـَٔامَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: `Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu’, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;

رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَٰنِ

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru yang menyeru kepada iman,

Mereka mengaku yang telah sampai penyeru tauhid kepada mereka. Penyeru tauhid itu adalah Nabi ﷺ dan para pengikut baginda. Kalimah مُنَادِيًا bermaksud seseorang yang menyeru dari jauh. Memang Nabi Muhammad ﷺ itu jauh daripada kita kerana baginda bukan lagi ada bersama-sama kita.

Namun begitu, kita masih mendengar seruan Nabi ﷺ kerana disampaikan oleh penyeru tauhid yang meneruskan dakwah baginda. Maka, kena dengarlah orang-orang yang ajar tentang tauhid kepada kita.

أَنْ ءآمِنُوا بِرَبِّكُمْ

katanya: `Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu’,

Inilah apa yang disampaikan oleh Nabi ﷺ dan penyeru tauhid itu – mengajak kepada beriman dengan Allah ‎ﷻ. Ini adalah ringkasan dakwah mereka. Tentunya banyak lagi seruan dan ajaran daripada mereka, tetapi diringkaskan keseluruhan ajakan itu terletak dalam beriman kepada Allah ‎ﷻ kerana inilah ajaran yang paling penting dan perlu dikemaskan.

فَـَٔامَنَّا

maka kami pun beriman.

Mereka mengaku telah beriman dan mengikuti seruan. Begitulah yang sepatutnya kita lakukan. Apabila seruan tauhid telah sampai kepada kita hendaklah kita beriman kepadanya. Bukannya menentang dan hendak berhujah menegakkan fahaman yang salah (contoh hujah: “Ini bukan syirik… ini penghormatan sahaja”… “Kami tak sembah wali dalam kubur itu, kami nak jadikan dia sebagai wasilah sahaja”, “Walaupun wali itu sudah mati, tapi dia masih dengar lagi seruan kita….”).

رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا

Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami,

Walaupun mereka telah mengaku beriman, tetapi mereka masih lagi memohon keampunan kepada Allah ‎ﷻ. Orang yang beriman memang mesti sentiasa risau tentang dosa-dosa mereka dan sentiasa meminta ampun di atas dosa-dosa mereka. Ini kerana kalau namanya manusia, tentulah ada sahaja dosanya. Kita amat takut kalau dosa kita harus dicuci dalam neraka pula. Kerana itulah kita mestilah meminta sangat semua dosa kita diampunkan.

وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا

dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami,

Dan mereka meminta Allah ‎ﷻ menutup segala kesalahan mereka supaya hilang, jangan ditunjukkan kepada sesiapa pun kerana amat memalukan sekali jikalau segala kesalahan itu dipertontonkan di khalayak ramai di akhirat kelak.

وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ

dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;

Mereka meminta supaya dimatikan mereka bersama orang-orang yang baik iaitu ahli syurga. Ia juga bermaksud mereka meminta supaya mereka dimasukkan bersama-sama golongan mereka yang baik dan berbakti itu. Ataupun ia bermaksud supaya mereka diambil nyawa mereka semasa mereka bersama dengan golongan itu.

Allahu a’lam.

Tahqiq Kitab at Tazkirah Qurthubi: Membaca Al-Qur’an di sisi Kubur – Bab 1

0

At-Tazkirah Qurthubi
Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi

Kod/Bab 28: Membaca Al-Qur’an Di Sisi Kubur

(باب ما جاء في قراءة القرآن عند القبر)

28-21 Tafsir Surah An Najm: 39

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya [ An Najm: 39 ].

و قال الربيع بن أنس : و أن ليس للإنسان إلا ما سعى يعني : الكافر . و أما المؤمن فله ما سعى ، و ما سعى له غيره .

Berkata Al Rabi’ bin Anas (Al Rabi’ bin Anas bin Ziyad Al Bakri, w. 139H, meriwayatkan daripada Anas bin Malik dan Al Hasan Al Basri), mengenai ayat (bahawa manusia tidak memperolehi selain apa yang dia usahakannya) An Najm:39 merujuk kepada orang kafir; Manakala orang mukmin pula dia memperolehi apa yang dia usahakan (semasa di dunia) dan apa yang dilakukan oleh orang lain.”

Ulasan muhaqqiq Dr Sadiq Ibrahim:
Takwil Al Rabi’ tiada asalnya yakni ayat ini merujuk kepada orang kafir atau ia sudah mansukh.

Kemudian Al Qurthubi membawa dalil-dalil amalan orang lain sampai kepada mayat.

28-22 Hadith Aisyah Ummul Mukminin رضي الله عنها sampai pahala puasa

و في الصحيح عن النبي صلى الله عليه و سلم : من مات و عليه صيام صام له وليه (رواه البخاري 2/ 690 (1851)، ومسلم 2/ 803 (1147)

Dalam As Sahih daripada Nabi ﷺ ,” Siapa yang mati dan memiliki tanggungan puasa yang belum dikerjakan, hendaknya walinya menggantikan untuk berpuasa.” (HR Bukhari, 1851; Muslim 1147).

Syarah:
Ini merupakan isu khilaf sejak dahulu lagi. (Surah An Najm ayat 39, ” Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya “, sekarang, dalam hadith sahihain pula menyatakan orang hidup boleh berpuasa untuk si mayat). Jadi, bagaimanakah caranya untuk mendamaikan 2 nas yang bertentengan ini?

Kata Syaikh Muhammad bin Soleh Al Uthaimin رحمه الله , (مجموع فتاوى ورسائل الشيخ محمد صالح العثيمين – المجلد الثاني – باب البدعة)
Ia adalah hukum istisna’iyah (pengecualian) sebab disebut dengan nas. Maka bukan semua amalan boleh dibuat atas nama mayat, kecuali apa yang disebut secara khusus oleh nas. Maka dalam hal ini puasa boleh.

Cuma perincian oleh Syaikh:

1. Jika sakitnya itu sakit yang tiada harapan sembuh seperti kanser, maka walinya tidak perlu qadha puasanya, memadai dengan fidyah.

2. Jika dia tidak puasa, tetapi belum ada kesempatan qadha, tiba-tiba dia mati, pun juga tidak perlu diqadha oleh walinya.

3. Jika dia tidak puasa, kemudian dia ada kelapangan menggantinya, tetapi tidak berbuat demikian, maka ini dibolehkan qadha oleh walinya.

Juga lihat fatwa Lajnah Daimah, 10/372.

28-23 Tafsir Surah An Najm: 39

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya [An Najm: 39]

Hadith Ibn Abbas (sahih)
pahala haji sampai kepada si mati.

و قال عليه السلام للرجل الذي حج عن غيره قبل أن يحج عن نفسه : حج عن نفسك ثم حج عن شبرمة

Nabi ﷺ mendengar seorang lelaki berkata: “Aku menyahut seruan-Mu bagi pihak Syubrumah (لَبَّيْكَ عَنْ شُبْرُمَةَ).” Lalu Nabi ﷺ bertanya: “Siapa Syubrumah?” Dia menjawab: “Saudara lelakiku – atau kerabatku.” Rasulullah ﷺ bertanya: “Sudahkah engkau menunaikan haji untuk dirimu?” Dia menjawab: “Belum.” Lalu Nabi ﷺ berkata: “Tunaikanlah haji untuk dirimu dahulu. Kemudian barulah tunaikan haji untuk Syubrumah.”

(رواه أبو داود (1811)، وابن ماجه (2903)، والبيهقي (8936). صححه الدارقطني في ((السنن)) (2/517)، وصحح إسناده البيهقي)

Takhrij:
HR Abu Daud, 1811, Ibn Majah, 2903, Al Baihaqi, Sunan Al Kubra, 8936, disahihkan olehnya, disahihkan oleh Daruqutni, sunan, 2/517.

Tahqiq Al Wada’iy:
Sahih, Al Sahih Al Musnad 629.
الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : الوادعي | المصدر : الصحيح المسند; الصفحة أو الرقم: 629.

Fiqh:
Jumhur membolehkan badal haji dan sampai pahalanya sebab thabit dengan nas kecuali dalam mazhab Maliki, tidak boleh badal haji, pahalanya tidak sampai sebab haji ibadah badaniah dan maliah atau harta.
Mengikut jumhur, sampai, dengan syarat, orang melakukan badal haji pernah mengerjakan haji untuk dirinya.

28-24 Tafsir Surah An Najm: 39

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya [An Najm: 39]

Atsar Aisyah رضي الله عنها (dhaif)
pahala sedekah kepada mayat

و روي أن عائشة رضي الله عنها اعتكفت عن أخيها عبد الرحمن بعد موته و أعتقت عنه

Diriwayatkan pula bahawa Aisyah رضي الله عنها pernah beri’tikaf untuk abang sulungnya Abdul Rahman bin Abu Bakar selepas kematiannya dan pernah memerdekakan hamba untuk rohnya.” ( أخرجه ابن أبي شيبة 3/ 94).

Tahqiq: Atsar riwayat Ibn Abi Syaibah, Al Musyanaf 3/94.
Komen
Dr Khalid bin Ali Al Musyaiqih, Al Qassim, KSA, murid Syaikh Ben Uthaimin berkata, dhaif athar ini kerana perawi Amir bin Mush’ab, guru Ibn Juraij, majhul, dan perawi Ibrahim bin Muhajir bin Jaabir Al Bajli Al kufi, saduq tetapi layyin (lemah ingatannya).

د. خالد بن علي المشيقح
عامر بن مصعب شيخ لابن جريج ; إبراهيم بن مهاجر بن جابر البجلي الكوفي صدوق لين الحفظ (التقريب 1/ 44).

28-25 Tafsir Surah An Najm: 39

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya [An Najm: 39]

Hadith Sa’ad bin Ubadah (dhaif)
pahala sedekah kepada mayat

و قال سعد للنبي صلى الله عليه و سلم : إن أمي توفيت ، افأتصدق عنها ؟ قال : نعم قال : فأي الصدقة أفضل ؟ قال : سقي الماء

“Wahai Rasulullah ﷺ , sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, apakah aku boleh bersedekah atas namanya?”. Beliau menjawab: “Ya”. Aku berkata: “Sedekah apa yang paling utama?”. Beliau menjawab: “Pengairan air”. HR Ahmad, 22512, An Nasa’iu, 6493, Said bin Manshur 406 daripada jalur Al Hasan Al Basri رحمه الله.

رواه أحمد(22512،23896)،والنسائي(6493،3666)، وابن أبي شيبة(23717)، وسعيد بن منصور(406) من طرق عن الحسن البصري به

Tahqiq Al Wada’iy:
Dhaif kerana terputus sanad antara Al Hasan dan sahabat Sa’ad bin Ubadah.
Ahaadith Mu’illah, 144.

الراوي : سعد بن عبادة | المحدث : الوادعي | المصدر : أحاديث معلة
الصفحة أو الرقم: 144 | خلاصة حكم المحدث : [فيه] الحسن لم يدرك سعد بن عبادة.

28-25 Tafsir Surah An Najm: 39

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya [An Najm: 39]

Atsar Ibn Abbas رضي الله عنهما (mauquf)

و في الموطأ عن عبد الله بن أبي بكر عن عمته ، أنها حدثته عن جدته أنها جعلت على نفسها مشياً إلى مسجد قباء ، فماتت و لم تقضه ، فأفتى عبد الله بن عباس ابنتها أن تمشي عنها

Dalam Al Muwattha’ Malik: (Disalin matan dan terjemahan daripada teks asal)

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ عَنْ عَمَّتِهِ أَنَّهَا حَدَّثَتْهُ عَنْ جَدَّتِهِ أَنَّهَا كَانَتْ جَعَلَتْ عَلَى نَفْسِهَا مَشْيًا إِلَى مَسْجِدِ قُبَاءٍ فَمَاتَتْ وَلَمْ تَقْضِهِ فَأَفْتَى عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ ابْنَتَهَا أَنْ تَمْشِيَ عَنْهَا قَالَ يَحْيَى و سَمِعْت قَوْله تَعَالَى يَقُولُ لَا يَمْشِي أَحَدٌ عَنْ أَحَدٍ

Telah menceritakan kepadaku daripada Malik daripada Abdullah bin Abu Bakar daripada makciknya bahawa ia menceritakan daripada Neneknya, bahawasanya ia pernah bernazar untuk berjalan hingga ke Masjid Quba, namun ia meninggal sebelum menunaikan nazarnya. Lalu Abdullah bin Abbas رضي الله عنهما memerintahkan anak perempuannya untuk berjalan hingga ke Masjid Quba menggantikan ibunya.” Yahya berkata, “Aku mendengar Malik berkata; “Seseorang tidak layak berjalan untuk menggantikan (nazar) orang lain.” Mawattha’ no 896, (namun komentar Imam Malik, hukum mengganti nazar si mati ke atas walinya adalah tidak wajib).

Tahqiq: Dinilai sahih oleh Al Albani, Al Irwa’ no 2093, Al Hafiz dalam Al Fath, 11/506, Al
Syaukani, Al Nayl. 9/155.

عن ابنِ عبَّاسٍ [ في ] امرأةٍ جعلَت على نفسِها مشيًا إلى مسجِدِ قُباءَ فماتَت ولم تقضِهِ فأفتى ابنتَها أن تمشِيَ عنها
الراوي : – | المحدث : الشوكاني | المصدر : نيل الأوطار
الصفحة أو الرقم: 9/155 | خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح

Rumusan: Fatwa Ibn Abbas رضي الله عنهما , jika si mati ada bernazar, tetapi dia meninggal dunia sebelum menyempurnakannya, maka walinya boleh menggantikan.

28-26 Tafsir Surah An Najm: 39

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya [An Najm: 39]

و يحتمل أن يكون قوله تعالى : و أن ليس للإنسان إلا ما سعى خاصاً في السيئة بدليل ما في صحيح مسلم ، عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه و سلم ، قال : قال الله عز وجل : إذا هم عبدي بحسنة و لم يعملها كتبتها له حسنة ، فإن عملها كتبتها له عشراً إلى سبعمائة ضعف ، و إذا هم بسيئة و لم يعملها لم أكتبها عليه ، فإن عملها كتبتها سيئة واحدة

Kata Al Qurthubi, kemungkinan maksud ayat ini [An Najm:39] ialah manusia tidak akan memperolehi khusus perbuatan buruk (yang belum dia lakukan) berdasarkan hadith qudsi dalam sahih Muslim:
Daripada Ibnu ‘Abbas رضي الله عنهما daripada Rasulullah ﷺ , beliau bersabda tentang sesuatu yang beliau riwayatkan daripada Rabbnya Tabaraka wa Ta’ala: “Sesungguhnya Allah‎ ﷻ menetapkan adanya kebaikan dan kejelikan, kemudian Dia menjelaskannya. Barangsiapa yang berniat untuk mengerjakan amal kebaikan namun belum terlaksana, maka Allah‎ ﷻ akan catat baginya satu kebaikan yang sempurna. Dan jika dia berniat untuk kebaikan dan mengerjakannya, maka Allah‎ ﷻ akan catat baginya dengan 10 kebaikan hingga 700 kali lipat, bahkan sampai berlipat–lipat banyaknya. Sebaliknya, apabila dia berniat untuk mengerjakan amalan kejelikan namun belum terlaksana, maka Allah‎ ﷻ akan catat baginya satu kebaikan yang sempurna. Dan apabila dia berniat untuk kejelikan dan mengerjakannya, maka Allah‎ ﷻ akan mencatat baginya satu kejelikan saja.” (HR Bukhari-Muslim), matan Arba’in, no 37.

Ini didukung oleh firman Allah ‎ﷻ :

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا ۖ

“Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya” [Al An’am:160]

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji” [Al Baqarah:261].

Ayat ini juga kata Qurthubi menggambarkan manusia memperolehi apa yang dia usahakan di dunia, akan tetapi Allah ‎ﷻ membalas berlipat kali ganda daripada hanya satu kebaikan yang dia lakukan ketika di dunia.

( إلا أن الله عز و جل يتفضل عليه بما لم يجب له كما أن زيادة الأضعاف فضل منه كتب لهم بالحسنة الواحدة)

28-27 tafsir surah An Najm: 39

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya [An Najm: 39]

Allah‎ ﷻ membalas kebaikan sampai 1 juta lipatan (gandaan)

إلا أن الله عز و جل يتفضل عليه بما لم يجب له كما أن زيادة الأضعاف فضل منه كتب لهم بالحسنة الواحدة : عشراً إلى سبعمائة ضعف إلى ألف ألف حسنة .

Mengenai tambahan berlipat kali ganda amalan manusia, Allah‎ ﷻ dengan anugerahnya bagi setiap kebaikan (hasanah) yang dilakukan maka dicatat untuknya 10X-700X, bahkan ada sampai 1 juta kali.

كما قيل لأبي هريرة : أسمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم ، يقول : أن الله ليجزي عن الحسنة الواحدة : ألف ألف حسنة .
فقال : سمعته يقول : إن الله ليجزي على الحسنة الواحدة : ألفي ألف حسنة

Diajukan soalan kepada Abu Hurairah رضي الله عنه, apakah dia pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda bahawa Allah ‎ﷻ membalas satu kebaikan dengan 1 juta kebaikan?” Jawab Abu Hurairah رضي الله عنه ,” Bahkan aku pernah mendengar beliau bersabda,” Sesungguhnya Allah ‎ﷻ membalas satu kebaikan dengan 2 juta kebaikan.”

Takhrij/Tahqiq:
HR Ahmad, musnad 7945, Ibn Abi Syaibah, 35,848, Al Bazzar, 9525; dinilai dhaif oleh Al Arnaout, takhrij Al Musnad.

الراوي : أبو هريرة | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند

الصفحة أو الرقم: 7945 | خلاصة حكم المحدث : إسناده ضعيف
التخريج : أخرجه أحمد (7945) واللفظ له، وابن أبي شيبة (35848)، والبزار (9525).

28-28 Tafsir Surah An Najm: 39

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya [An Najm: 39]

Allah‎ ﷻ membalas kebaikan sampai 1 juta lipatan (gandaan)

إلا أن الله عز و جل يتفضل عليه بما لم يجب له كما أن زيادة الأضعاف فضل منه كتب لهم بالحسنة الواحدة : عشراً إلى سبعمائة ضعف إلى ألف ألف حسنة .

Mengenai tambahan berlipat kali ganda amalan manusia, Allah ‎ﷻ dengan anugerahnya bagi setiap kebaikan (hasanah) yang dilakukan maka dicatat untuknya 10 kali – 700 kali, bahkan ada sampai 1 juta kali.

كما قيل لأبي هريرة : أسمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم ، يقول : أن الله ليجزي عن الحسنة الواحدة : ألف ألف حسنة .
فقال : سمعته يقول : إن الله ليجزي على الحسنة الواحدة : ألفي ألف حسنة

Diajukan soalan kepada Abu Hurairah رضي الله عنه , apakah dia pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda bahawa Allah ‎ﷻ membalas satu kebaikan dengan 1 juta kebaikan?” Jawab Abu Hurairah رضي الله عنه,” bahkan aku pernah mendengar beliau bersabda,” Sesungguhnya Allah ‎ﷻ membalas satu kebaikan dengan 2 juta kebaikan.”

Takhrij/Tahqiq:
HR Ahmad, musnad 7945, Ibn Abi Syaibah, 35,848, Al Bazzar, 9525; Dinilai dhaif oleh Al Arnaout, takhrij Al Musnad.

الراوي : أبو هريرة | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند

الصفحة أو الرقم: 7945 | خلاصة حكم المحدث : إسناده ضعيف
التخريج : أخرجه أحمد (7945) واللفظ له، وابن أبي شيبة (35848)، والبزار (9525).

28-29 Tafsir Surah An Najm: 39
Qaul Al Khara`ithi (mungkar)

و قد ذكر الخرائطي في كتاب القبور ، قال : سنة في الأنصار إذا حملوا الميت أن يقرأوا معه سورة البقرة

Al Khara’ithi (muhaddith Palestine, w.327H) menyebut dalam kitabnya Al Qubur,”Sudah menjadi sunnah kaum Ansar, apabila mereka mengusung jenazah sambil membaca surah Al Baqarah.”

Tahqiq: Muhaqqiq Khalid Uthman
Mungkar khabar ini kerana perawi dhaif bernama Mujalid (lihat Al Khalal, Al Qira’ah Alal Qubur ms 8).

28-30 (Akhir) Tafsir Surah An Najm: 39

Mimpi Mufti Sultanul Ulama’ (mungkar)

و إنما طولنا النفس في هذا الباب ، لأن الشيخ الفقيه القاضي الإمام مفتي الأنام عبد العزيز بن عبد السلام رحمه الله كان يفتي بأنه لا يصل للميت ثواب ما يقرأ ، و يحتج بقوله تعالى : و أن ليس للإنسان إلا ما سعى ، فلما توفي رحمه الله ، رآه بعض أصحابه ممن كان يجالسه و سأله عن ذلك ، فقال له : إنك كنت تقول : إنه لا يصل إلى الميت ثواب ما يقرأ و يهدي إليه ، فكيف الأمر ؟ فقال له : إني كنت أقول ذلك في دار الدنيا، و الآن فقد رجعت عنه لما رأيت من كرم الله تعالى في ذلك . و أنه يصل إليه ذلك

Kami ingin berbahas panjang dalam bab ini (bab sampai atau tidak pahala bacaan Al-Qur’an kepada si mayat) kerana Syaikh Al Faqih Al Qadhi Al Imam Al Mufti Al Anam Abdul Aziz Abdus Salam (mufti Mesir, w. 660H) juga dikenali dengan sultanul ulama, Al Izz Abdus Salam, dalam fatwanya bahawa bacaan Al-Qur’an tidak sampai kepada mayat, dalilnya adalah An Najm ayat 39 (bahawasanya seorang manusia tidak memperolehi melainkan apa yang dia sendiri usahakan).

Tetapi selepas beliau wafat, salah seorang sahabatnya bermimpi bertemu dengannya, aku bertanya kepadanya, “Dahulu kamu berfatwa tidak sampainya pahala orang hidup kepada orang mati, sekarang bagaimana (selepas kamu sudah mati).” Mufti Al Izz menjawab, “Memang aku berkata demikian semasa di dunia, akan tetapi sekarang aku menghapuskannya setelah melihat kemurahan Allah ‎ﷻ bahawa ternyata sampai semua kiriman itu kepada mayat.”

Komen muhaqiq Khalid Uthman dan Dr Saddiq Ibrahim, mimpi bukan hujah syara’.

 

Tahqiq Kitab At-Tazkirah Qurthubi: Bentang Kain di atas Kubur

0

Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi

Kod/Bab 27: Bab Membentang Kain di atas Kubur Ketika Penguburan Jenazah

(باب بسط الثوب على القبر عند الدفن)

27-1 Hadith Anas رضي الله عنه (Palsu)

أبو هدبة إبراهيم بن هدبة قال : حدثنا أنس بن مالك أن رسول الله صلى الله عليه و سلم تبع جنازة ، فلما صلى عليها دعا بثوب فبسط على القبر و هو يقول : لا تتطلعوا في القبر فإنها أمانة فلعسى يحل العقدة فيرى حية سوداء متطوقة في عنقه فإنها أمانة و لعله يؤمر به فيستمع صوت السلسلة

Abu Hadbah Ibrahim bin Hadbah (Ibn Jauzi berkata ia perawi yang dituduh pendusta) berkata, telah menceritakan kepada kami, Anas bin Malik رضي الله عنه, bahawa Rasulullah ﷺ pernah mengikuti jenazah. Setelah melakukan salat atasnya, beliau meminta untuk diambilkan sebidang kain lalu beliau membentangkannya di atas kuburnya seraya bersabda:

“Janganlah kamu sekalian melihat-lihat ke dalam kubur. Sesungguhnya jenazah itu amanat. Barangkali tali [kafan] terlepas, lalu seseorang melihat seekor ular hitam yang melilit leher mayit. Sesungguhnya jenazah itu amanah. Barangkali mayit itu diperintah [diseksa] lalu terdengarlah suara rantai.”

Takhrij/Tahqiq:
(Maudhu’: Abu Hadbah adalah pendusta, dikeluarkan oleh Ibnul Jauzi dalam Al-Maudhuuat, 3/547)

27-2 Hadith Sa’ad bin Malik (Dhaif)

و ذكر عبد الرزاق عن ابن جريج عن الشعبي عن رجل أن سعد بن مالك ، قال : أمر النبي صلى الله عليه و سلم بثوب فستر على القبر حين دفن سعد بن معاذ ، قال : و قال سعد : إن النبي صلى الله عليه و سلم نزل في قبر سعد بن معاذ و ستر على القبر بثوب فكنت فيمن أمسك الثوب

Abdur Razzaq (Abdul Razzaq bin Humam Al Syun’ani, w.211H, muhaddith Yaman) telah menyebutkan daripada Ibnu Juraij (tabi’ tabi’in Mekah, w.150H), daripada Asy-Sya’bi (tabiin kufah, w.103H), daripada seseorang, bahawa Sa’ad bin Malik berkata, “Nabi ﷺ pernah menyuruh ambilkan kain, lalu beliau menutupi [lubang] kubur ketika mengubur Sa’ad bin Mu’adz (sahabat Ansar Madinah).”

Perawi berkata, “Kata Sa’ad, ‘Sesungguhnya Nabi ﷺ itu turun ke kubur Sa’ad bin Mu’adz dan menutupi [lubang] kubur dengan kain, dan aku termasuk orang yang memegang kain itu.”

Takhrij:
Musyannaf Abdul Razzaq, 3/500; Ibn Sa’ad, Tabaqat Al Kubra, 6/169

Muhaqqiq At Tazkirah, Dr Sadiq Ibrahim berkata, dhaif, kerana dua isu, ada perawi majhul dalam sanad Abdul Razzaq dan Ibn Juraij adalah mudallis.

27-3 Hukum membentang kain di atas kuburan untuk melindungi jenazah daripada dilihat orang ramai.

فصل : اختلف العلماء في هذا الباب ، فكان عبد الله بن يزيد و شريح و أحمد بن حنبل يكرهون مد الثوب على الرجل ، و كان أحمد و إسحاق يختاران أن يفعل ذلك بقبر المرأة ، و كذلك قال أصحاب الرأي ، و لا يضر عندهم أن يفعلوا ذلك بقبر الرجل

Para ulama berselisih pendapat dalam masalah ini.

1. Makruh mayat lelaki, sunnah mayat perempuan.
Ini pendapat Abdullah bin Yazid (sahabat ansar, memeluk Islam pada bai’ah ridwan, w.70H) , Syuraih bin Al Harith bin Qis Al Jahm Al Kindi, muslim di zaman Nabi ﷺ tetapi tidak pernah berjumpa dengan baginda, wafat tahun 78H(شريح بن الحارث بن قيس بن الجهم الكندي) dan Ahmad bin Hanbal (pendiri mazhab Hanbali, w.241H), bahawa membentangkan kain di atas kubur oleh lelaki adalah makruh.

2. Sunnah untuk mayat perempuan, harus mayat lelaki.
Sedang untuk mayat perempuan, Imam Ahmad dan Ishaq (Imam Abu Ya’acob Ishaq bin Rahawaih, fuqaha Khurasan, w. 238H) memilih membentangkan kain padanya. Dan demikian pula kata para ulama Ahlu ra’yi (mazhab Hanafi). Bahkan menurut mereka, tidak membahayakan (tidak mengapa) apabila hal itu dilakukan terhadap kubur lelaki.

و قال أبو ثور : لا بأس بذلك في قبر الرجل و المرأة . و كذلك قال الإمام الشافعي و ستر المرأة عند ذلك آكد من ستر الرجل . ذكره ابن المنذر

3, (Mazhab) Abu Tsaur (fuqaha Iraqi, murid Sufyan Athauri dan Al Syafi’iy, w.240H) berkata, “Tidak apa-apa hal itu dilakukan terhadap kubur lelaki mahupun perempuan.”

4. Mayat perempuan lebih utama daripada mayat lelaki. Dan demikian pula menurut Imam Asy-Syafi’i (w.204H, Cairo), menutupi kain pada kubur perempuan adalah lebih kuat daripada menutupkannya pada kubur lelaki. (Al Umm, 1/462) )(demikian disebutkan oleh Ibn Mundzir, ulama Naisabur, wafat 318H dalam kitabnya Al Awsath, 5/457).

Rumusan Al Qurthubi:
قال الشيخ المؤلف رحمه الله : و يستر الرجل و المرأة للعلة التي جاءت في حديث أنس اقتداء بفعله عليه السلام في ستر سعد بن معاذ و الله أعلم

“Menutupkan kain pada kubur lelaki mahupun perempuan adalah kerana adanya suatu alasan yang terdapat dalam hadith riwayat Anas رضي الله عنه , iaitu mengikuti apa yang telah dilakukan oleh Nabi ﷺ . ketika menutupi Sa’ad bin Mu’adz.

27-4 Athar Al Qushairi (riwayat sufi, tiada asalnya)

و لقد أخبرني بعض أصحابنا : أنه سمع صوت جو السلسلة في قبر . و أخبرني صاحبنا الفقيه العالم شيخ الطريقة أبو عبد الله محمد بن أحمد القصري رحمه الله أنه توفي بعض الولاة بقسطنطينة فحفر له ، فلما فرغوا من الحفر و أرادوا أن يدخلوا الميت القبر إذا بحية سوداء داخل القبر ، فهابوا أن يدخلوه فيه فحفروا له قبراً آخراً ، فلما أرادوا أن يدخلوه إذ بتلك الحية فيه فحفروا له قبرا آخر فإذا بتلك الحية فلم يزالوا يحفرون له نحواً من ثلاثين قبراً و إذا بتلك الحية تتعرض لهم في القبر الذي يريدون أن يدفنوه فيه ، فلما أعياهم ذلك سألوا ما يصنعون ؟ فقيل لهم : ادفنوه معها . نسـأل الله السلامة و الستر في الدنيا و الآخرة

Salah seorang sahabat kami telah menceritakan kepada saya, bahawa dia pernah mendengar suara rantai ditarik di dalam kubur. Begitu pula berita yang disampaikan kepada saya oleh sahabat kami, Al-Faqih Al-Alim Syaikh Ath-Thariqah Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad Al-Qushairi رحمه الله (ahli sufi Baghdad,w.439H) bahawa ada seorang penjawat awam meninggal di Konstantinopel. Maka digalilah kubur untuknya. Ketika orang-orang selesai menggali dan mayat akan dimasukkan ke dalam kubur, tiba-tiba ada seekor ular hitam di dalam kubur. Tentu saja mereka takut untuk memasukkan mayit itu ke dalamnya. Lalu mereka menggali kubur yang lain untuknya. Dan ketika mereka akan memasukkan mayit tadi ke dalam lubang kubur yang kedua itu, ternyata ular pun sudah ada di sana. Begitulah seterusnya sampai 30 kubur yang mereka gali, namun ular tetap menghadang mereka pada setiap kubur yang akan dipakai untuk mayit. Tatkala mereka sudah kelelahan, mereka bertanya-tanya apa yang mesti mereka perbuat. Maka terdengarlah jawapan: “Kuburlah ia bersama ular itu.” Kita mohon kepada Allah‎ ﷻ atas keselamatan dan agar ditutupi cela kita di dunia dan akhirat.

Muhaqqiq, Dr Sadiq Ibrahim, tidak wujud biodata Syaikh tareqat Abu Abdillah Muhammad bin Al Qushairi ini, majhul.

 

Tafsir Surah Ali Imran: Tafsir Ayat Ke-186 hingga Ke-189

0

Tafsir Surah Ali Imran
Tafsir Ayat Ke-186

Ayat ini mengenai infaq. Sebelum mati, manusia akan diuji.

لَتُبْلَوُنَّ فِي أَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا ٱلْكِتَٰبَ مِن قَبْلِكُمْ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا أَذًى كَثِيرًا وَإِن تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar daripada orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).

لَتُبْلَوُنَّ فِي أَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ

Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu.

Apabila sudah membuat keputusan untuk mengamalkan agama seperti yang diajar oleh Nabi ﷺ, manusia pasti akan diuji dengan kekurangan harta benda – أَمْوَالِ. Lafaz لَتُبْلَوُنَّ bermaksud ujian dalam isim mubalaghah. Maknanya akan sentiasa diuji dan diuji dengan kuat.

Kita juga akan diuji pada kekurangan pada tubuh badan أَنفُسِ. Sama ada sakit, susah, mati dan sebagainya. Juga kita akan diuji dengan harta benda. Kadangkala untuk berdakwah agak susah kerana ia melibatkan kos yang banyak dan kalau kita tegur orang yang kita ada urusan ekonomi dengannya, mungkin kita disusahkan kerana hal itu.

Bagi mereka yang mengajar pula, takut untuk menyuarakan kebenaran kerana bimbang nanti sudah tidak dijemput untuk mengajar lagi. Bila tidak dijemput, satu sumber pendapatan sudah terganggu, bukan? Maka, kerana itu ramai yang menutup mulut sahaja dan tidak menegur kesalahan masyarakat di depan mata.

وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا ٱلْكِتَٰبَ مِن قَبْلِكُمْ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا أَذًى كَثِيرًا

Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar daripada orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati.

Ini adalah tasliah (ayat pujukan) kepada orang mukmin. Ahli Kitab yang dimaksudkan tentunya daripada golongan Yahudi dan Nasara. Kamu akan dengar dengan banyak kerana lafaz لَتَسْمَعُنَّ adalah dalam isim mubalaghah.

Musyrikin yang tidak ada kitab pun akan berkata kepada umat Islam dengan perkataan-perkataan yang akan menyakitkan hati. Banyak sungguh tuduhan dan tohmahan daripada mereka dan ia tidak akan putus.

Namun Allah ‎ﷻ menggunakan lafaz أَذًى bermaksud kata-kata itu tidak mencederakan kita tetapi ia boleh menyakitkan hati kita. Sekarang pun masih ada lagi. Tambahan lagi dalam dunia yang penuh dengan media massa di mana-mana, maka amat senang sekali untuk mereka menyampaikan tohmahan mereka. Kalau telinga jenis nipis, memang tidak akan tahan dikeronyok oleh golongan yang jahil (namun pedas mulutnya).

وَإِن تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara-perkara yang dikehendaki untuk diambil berat

Allah ‎ﷻ mengajar kita supaya jangan layan mereka dan berikan perhatian kepada tulisan-tulisan dan video yang mereka buat itu tetapi sebaliknya hendaklah kita terus bersabar dan bertaqwa serta meneruskan dakwah dan menegur kesalahan dalam masyarakat.

Orang Islam sekarang memang ramai yang tidak sabar. Ada orang buat kartun sahaja, sudah kecoh satu dunia. Melenting sampai menyebabkan kita sendiri yang naik malu. Orang kafir bagaikan sudah tahu perangai kita. Maka, ada yang sengaja hendak melihat kita melatah dan memperkatakan sesuatu yang akan menjentik hati umat Islam. Kemudian mereka duduk menunggu melihat umat Islam satu dunia kepanasan dan mula merepek-repek satu dunia.

Malangnya, yang membuat perkara memalukan itu hanya segelintir sahaja, namun nama Islam secara keseluruhan yang akan terpalit.

Sabar dan Taqwa. Inilah dua prinsip agama yang kita kena pegang sungguh-sungguh. Tugas kita adalah sabar. Sabar dalam menyempurnakan taat kepada Allah ‎ﷻ dan terus taat menjaga hukum – itulah maksud taqwa. Yang pertama kenalah menjaga hubungan dengan Allah ‎ﷻ dan jangan sesekali derhaka kepada-Nya.

Dua sifat inilah yang sangat diutamakan dalam agama. Kalau dapat dijaga dua perkara ini, seorang mukmin akan berjaya. Kita semua tahu ia bukanlah perkara senang. Kita senanglah sebut di sini, namun belum tentu lagi kita mampu betul-betul melaksanakannya.

Tafsir Ayat Ke-187

Ayat ini adalah teguran kepada golongan Ahli Kitab. Mereka telah sesat daripada agama asal mereka. Namun kalaulah mereka membaca kitab mereka dengan betul, mereka akan menjumpai arahan untuk mempercayai Nabi akhir zaman.

وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَٰقَ الَّذِينَ أُوتُوا ٱلْكِتَٰبَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلَا تَكْتُمُونَهُ فَنَبَذُوهُ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ وَاشْتَرَوْا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia daripada orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): “Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya”. Kemudian mereka membuangnya ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janji-Nya) itu.

وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَٰقَ الَّذِينَ أُوتُوا ٱلْكِتَٰبَ

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia daripada orang-orang yang telah diberikan Kitab

Allah ‎ﷻ beritahu dan mengingatkan kita bahawa ada perjanjian antara Allah ‎ﷻ dan Bani Israel itu. Mereka yang daripada golongan Ahli Kitab itu juga sedang membaca Al-Qur’an, maka mereka pun diingatkan semula dengan perjanjian mereka.

لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ

Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia,

Semasa mereka diberikan dengan Kitab Suci daripada Allah ‎ﷻ itu, sama ada Taurat atau Injil, mereka telah diarahkan untuk menjelaskan kepada manusia isi kandungan kitab itu. Antaranya di dalam Kitab Suci itu ada arahan untuk mengikut Nabi akhir zaman, barulah akan selamat dunia akhirat. Maknanya, mereka kena beritahu perkara itu kepada umat manusia.

Janganlah pula kita sangka ayat ini untuk golongan Ahli Kitab sahaja. Ia juga ditujukan sebagai peringatan kepada kita. Kita orang Islam pun kena menyampaikan dan mengajar Al-Qur’an kepada orang lain. Namun secara realitinya, jarang kita lihat ada pengajian Tafsir Al-Qur’an di negara ini. Hanya segelintir sahaja yang belajar tafsir.

Yang banyak hanya membaca sahaja. Ramai yang hari-hari membaca Al-Qur’an, namun sayangnya tidak memahami apa yang mereka baca. Padahal, kita kena faham apa yang kita baca, amalkan dan kemudian sebarkan dan ajar orang lain pula. Sekurang-kurangnya kepada anak isteri kita. Namun kalau kita sendiri tidak belajar, bagaimana kita hendak mengajar? Diri sendiri pun tidak lepas, bagaimana hendak ajar orang lain pula?

وَلَا تَكْتُمُونَهُ

dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya

Bukan sahaja disuruh sampaikan, tetapi ditambah lagi dengan larangan untuk menyembunyikan. Sepatutnya kalau sudah disuruh ‘sampaikan’, bermaksud secara automatik, tentulah tidak disembunyikan, bukan? Namun Allah ‎ﷻ tidak mahu ada yang keliru, ditambah lagi dengan penekanan supaya jangan ‘sembunyikan’. Maksudnya, ini adalah perkara yang amat penting sampai diberitahu dengan cara begini.

Oleh itu, kita juga diingatkan supaya jangan menyembunyikan ayat Al-Qur’an dan pengajaran di dalamnya. Malangnya, Ustaz-ustaz kita pun ada membuat juga kesalahan ini. Mereka tidak mengajar ayat-ayat Al-Qur’an dan tafsirnya, tetapi mereka akan ajar pendapat manusia yang ada dalam kitab yang berbagai-bagai.

Mereka tidak merujuk pun apa yang disampaikan oleh Allah ‎ﷻ dalam Al-Qur’an. Sama ada mereka sendiri tolak, atau mereka sendiri tidak belajar dan tidak tahu. Ramai yang telah diberitahu bahawa apa yang mereka lakukan itu salah, tetapi mereka buat tidak endah sahaja, maka itu bermaksud mereka ‘tolak’.

Ada juga yang tidak tahu langsung bahawa apa yang mereka lakukan itu salah, kerana mereka sendiri tidak belajar, maka mereka itu ‘jahil’. Seperti yang telah disebut tadi, pengajaran tafsir Al-Qur’an memang jarang ada semenjak dahulu lagi. Malangnya masyarakat kita, orang jahil yang banyak mengajar mereka. Kalau tidak percaya, tanyalah ustaz-ustaz yang mengajar antum semua, adakah ustaz-ustaz antum itu sudah habis belajar tafsir 30 juzuk?

فَنَبَذُوهُ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ

Kemudian mereka membuangnya ke belakang mereka,

Mereka membuang ajaran dalam Kitab suci mereka itu. Dalam ayat ini dikatakan mereka ‘buang’. Ini adalah bahasa kiasan, bukannya mereka ambil dan buang kitab-kitab mereka itu. Maksudnya, mereka buat tidak endah arahan Allah ‎ﷻ. Mereka tidak menggunakan ajaran yang ada dalam kitab mereka itu. Mereka sebaliknya menggunakan kata-kata atau tulisan ulama’/pendita/rahib mereka, walaupun ia berlawanan dengan Taurat atau Injil.

Begitu juga dengan masyarakat kita, termasuk guru agama yang mengajar tanpa mengikut ajaran Al-Qur’an dan Sunnah. Mereka mengajar tanpa menggunakan ayat Al-Qur’an dan dalil daripada nas yang sahih, tetapi mereka menggunakan pendapat manusia iaitu pendapat yang dikeluarkan dalam kitab yang berbagai-bagai.

Kalau sudah menggunakan pendapat manusia serta ajaran dalam kitab sahaja (tanpa merujuk wahyu), maka akan ada sahaja pendapat yang membolehkan sesuatu perkara. Katakan apa sahaja – kalau hendak cari hujah tawassul, akan ada sahaja kitab yang kata boleh. Bagaimana dengan amalan bid’ah? Akan ada sahaja kitab yang mengatakan segala amalan itu adalah ‘Bidaah Hasanah’ dan banyak lagi. Maknanya mereka menolak Al-Qur’an dan Sunnah, dan mereka menggunakan pendapat manusia.

وَاشْتَرَوْا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا

serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit.

Dengan menyembunyikan isi-kandungan Kitab Suci dan menukarkan dengan yang lain, mereka akan mendapat upah atau habuan keduniaan. Mungkin mereka juga mendapat kedudukan yang tinggi dalam masyarakat dan sebagainya. Namun Allah ‎ﷻ kata yang itu semua adalah upah yang sedikit. Mereka mahu kehidupan yang senang dan terjamin dengan tidak mengajar isi Kitab. Oleh kerana itu mereka tolak kitab ke tepi.

Bagaimana mereka dapat upah itu? Mereka akan ikut sahaja apa kehendak masyarakat. Kalau masyarakat hendakkan fatwa atau hukum yang menyebelahi kehendak mereka, maka pendita atau rahib itu akan memberi fatwa yang membenarkan. Pendita atau rahib yang sebegini akan diberi upah atau habuan daripada masyarakat.

Bagaimana pula dengan orang kita? Ustaz-ustaz yang tidak menyampaikan ajaran daripada Al-Qur’an dan memberikan pendapat yang berlainan dengan kehendak Allah ‎ﷻ, seperti yang tertakluk dalam Al-Qur’an, akan dipanggil untuk mengajar. Apabila mengajar, mereka diberi upah, disanjung tinggi, diberi penghormatan dan lain-lain ‘faedah’ lagi dalam masyarakat. Inilah ustaz-ustaz ‘Sampul Putih’. Setelah habis mengajar, mereka diberikan sampul putih yang berisi imbuhan duit.

فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ

Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati daripada penukaran itu.

Apa sahaja habuan keduniaan yang mereka dapat itu adalah buruk sekali. Tidak berbaloi langsung kalau dibandingkan dengan azab yang mereka akan dapat di akhirat kelak.

Tafsir Ayat Ke-188

Sebenarnya, golongan Ahli Kitab berbangga dengan kesalahan yang mereka lakukan. Berbangga dengan kesalahan mereka menyembunyikan berita tentang kebenaran Islam dan kedatangan Nabi Muhammad ﷺ dan lain-lain yang memang terdapat dalam kitab mereka.

Dalam masa yang sama, mereka suka pula dipuji atas benda yang mereka tidak buat. Maksudnya, mereka sepatutnya menyebarkan ilmu kepada manusia, tetapi mereka tidak buat. Mereka cuma berbangga dengan kedudukan mereka dipandang sebagai orang yang ada ilmu. Sebab itu kalau dikatakan kepada mereka yang mereka itu ahli ilmu, Ahli Kitab, mereka suka benar.

Mereka suka dipanggil ahli ilmu, namun sebenarnya mereka menyembunyikan ilmu yang patut mereka sebarkan. Oleh itu, kalau kita berbangga orang panggil kita ulama’, panggil kita ‘ustaz’, tetapi kita tidak menyebarkan dan mengajarkan ilmu agama kepada manusia, itu adalah perangai orang Yahudi.

لَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَا أَتَوا وَّيُحِبُّونَ أَن يُحْمَدُوا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوا فَلَا تَحْسَبَنَّهُم بِمَفَازَةٍ مِّنَ الْعَذَابِ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan – jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

لَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَا أَتَوا

Jangan sekali-kali engkau menyangka bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan,

Apakah perlakuan jahat mereka itu? Amalan jahat mereka itu adalah menyembunyikan isi kitab mereka. Mereka merrasakan ilmu yang mereka ada itu hanya layak kepada bangsa mereka sahaja dan tidak layak kepada bangsa lain. Atau, mereka simpan dalam kalangan agamawan mereka sahaja, tanpa disebarkan kepada masyarakat awam.

وَّيُحِبُّونَ أَن يُحْمَدُوا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوا

dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan

Perbuatan yang mereka tidak lakukan itu adalah mengajar kitab ajaran wahyu. Mereka tidak mengajar, malah mereka sembunyikan daripada masyarakat. Mereka suka dipanggil Ahli Kitab sebab mereka rasa mereka dipuji sebagai orang yang mahir tentang kitab. Sedangkan sepatutnya mereka sebarkan kitab itu.

Satu pengajaran yang kita boleh ambil juga daripada ayat ini adalah kita sudah tahu yang manusia memang suka dipuji namun kita kena berhati-hati. Pujian yang berlebihan boleh merosakkan orang. Bayangkan seorang penceramah yang dipuji melambung-lambung. Masalahnya, apabila selalu dipuji, manusia akan merasakan yang mereka sudah hebat, sudah tidak berbuat salah dan ini satu perasaan yang bahaya kalau ada pada orang yang berilmu.

Kita yang memuji pun akan merasakan seolah-olah mereka tidak membuat salah langsung. Kita memandang terlalu tinggi kepada mereka. Ini juga bahaya. Sepatutnya kita doakan sahaja kerana kebaikan yang mereka lakukan iaitu kalau kita lihat seseorang yang hebat, dan kita rasa yang dia telah melakukan sesuatu yang baik, maka kita doakan supaya Allah ‎ﷻ memberikan keberkatan kepadanya, dan juga supaya Allah ‎ﷻ menetapkan dia berada di atas jalan yang benar.

فَلَا تَحْسَبَنَّهُم بِمَفَازَةٍ مِّنَ الْعَذَابِ

jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat daripada seksa,

Jangan kamu sangka mereka akan selamat daripada azab. Lafaz مَفَازَةٍ adalah ‘pelepasan’ – lepas daripada azab. Kita sudah jelaskan maksud فَازَ sebelum ini. Maknanya puak Yahudi dan mereka yang berperangai seperti yang disebut dalam ayat ini, tidak akan terlepas daripada azab.

وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

Malah, mereka akan mendapat azab yang teruk yang tidak berkurangan sedikit pun. Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dan mereka akan kekal di dalamnya selama-lamanya.

Tafsir Ayat Ke-189

Ini adalah ayat jenis i’adah (kembali) kepada tajuk tauhid iaitu kembali kepada kesimpulan surah ini. Inilah perkara yang paling penting, dan kerana itu Al-Qur’an akan selalu kembali kepada topik ini. Memang Al-Qur’an selalu menyebut tentang tauhid maka, oleh sebab itulah kita kena mahir bab tauhid ini.

Oleh itu, tidak ada alasan untuk kita kata tidak tahu, kerana Allah ‎ﷻ telah banyak kali mengulang dan mengingatkan di dalam Al-Qur’an. Kalau kita tidak tahu, ini adalah kerana jahil tidak belajar sahaja dan alasan ini tidak diterima. Ini kerana Allah ‎ﷻ telah memberikan nyawa yang panjang kepada kita. Takkan Al-Qur’an yang 30 juzuk sahaja ini tidak dapat habis belajar?

وَلِلَّهِ مُلْكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَالْأَرْضِ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan kepunyaan Allah jualah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

وَلِلَّهِ مُلْكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَالْأَرْضِ

Dan kepunyaan Allah jualah langit dan bumi,

Alam ini Allah ‎ﷻ yang punya. Oleh kerana itu Dia sahaja yang wajib dipuja dan disembah. Tidak boleh sembah yang lain selain Allah ‎ﷻ. Kenapa hendak sembah dan beribadat kepada selain daripada Allah ‎ﷻ sedangkan mereka tidak mempunyai kekuasaan di langit dan di bumi? Memang tidak patut kalau sembah dan puja yang tidak mempunyai apa-apa.

وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Oleh kerana kekuasaan dan kepunyaan alam ini adalah hak-Nya semata-mata, maka Dia boleh membuat apa sahaja yang Dia kehendaki. Kita tidak boleh persoalkan apa sahaja yang Allah ‎ﷻ lakukan kerana alam ini (termasuk kita juga) adalah milik-Nya. Sebagaimana kita juga, jika kita mempunyai harta, maka kita berhak untuk berbuat apa sahaja dengan harta kita itu, bukan?

Allah ‎ﷻ memuji Diri-Nya dalam ayat ini. Ayat sebelum ini tentang pujian, bukan? Telah diberi contoh bagaimana puak Yahudi suka dipuji. Oleh itu, Allah ‎ﷻ beritahu dalam ayat ini, kalau nak puji, pujilah Allah ‎ﷻ banyak-banyak kerana Dia yang paling layak dipuji.

Ini juga mengingatkan kita tentang hakikah pujian. Cuba fikirkan: Siapalah kita yang suka dipuji? Kita tidak ada apa-apa. Apa sahaja kelebihan yang kita ada, semua datang daripada Allah ‎ﷻ, bukan? Maka kalau kita berharap orang puji kita, maka ada masalah dengan hati kita sebenarnya.

Allahu a’lam.

Tahqiq Kitab at Tazkirah Lil Qurthubi: Membaca Al-Qur’an Di Sisi Kubur – Bab 2

0

At-Tazkirah Qurthubi
Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi

Kod/Bab 28: Membaca Al-Qur’an Di Sisi Kubur

(باب ما جاء في قراءة القرآن عند القبر)

28-1 Muqaddimah Bab

باب ما جاء في قراءة القرآن عند القبر حالة الدفن و بعده و أنه يصل إلى الميت ثواب ما يقرأ و يدعى و يستغفر له و يتصدق عليه

Pada bab ini diterangkan hukum membaca Al-Qur’an di sisi kubur pada saat mengubur mayit mahupun sesudahnya, dan bahawa pahala daripada apa-apa yang dibaca, Al-Qur’an, doa-doa, istighfar mahupun sedekah yang pahalanya ditujukan kepada mayit, semuanya akan sampai kepadanya.

Komen:

Ini adalah pendirian Al Qurthubi yang bermazhab Maliki Andalusia dalam isu membaca Al Qur’an di kuburan, dan amalan doa, tahlil, selamatan yang mana dia berpendapat pahalanya sampai kepada mayat. Kita akan lihat apa hujahnya. Al Qurthubi menggunakan apa yang ada dalam dua kitab rujukannya:

ذكره أبو حامد في كتاب الأحياء و أبو محمد عبد الحق في كتاب العاقية له

Demikian disebutkan oleh Abu Hamid dalam kitabnya Al-Ihya’, dan Abu Muhammad Abdul Haqq dalam kitabnya Al-Aqibah.

Komen:
Abu Hamid adalah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al Ghazali (ابو حامد محمد ابن محمد الغزالی), Ghazali adalah pekan Ghazal di daerah Tus, berdekatan kota Mesyed di Iran sekarang, wafat 505H, merupakan ulama’ besar fiqh dan tasawwuf dalam mazhab Syafi’iy. Kitabnya yang paling monumental ialah Ihya’ Uloomiddin, kitab ini dikritik keras oleh ramai ulama’ antaranya Ibn Jauzi dan Ibn Taymiyah kerana dua isu utama, membawa masuk ajaran sufi dan falsafah dan Ihya’ banyak mengandungi hadith palsu dan dhaif yang tidak sedikit jumlahnya.

Abu Muhammad Abdul Haqq bin Abdul Rahman Al Azdi, Al Andalusi Al Isybil w.581H (عبد الحق بن عبد الرحمن بن عبد الله بن الحسين بن سعيد إبراهيم الأزدي، الأندلسي الأشبيلي), kitab beliau ialah Al Aqibah Fi Zikril Maut ( العاقبة في ذكر الموت). Ia juga bercampur dengan pelbagai hadith yang tidak sahih.

28-2 Athar Imam Ahmad (dhaif)

قال محمد بن أحمد المروروذي سمعت أحمد بن حنبل رضي الله عنه يقول : إذا دخلتم المقابر فاقرؤوا بفاتحة الكتاب و المعوذتين و قل هو الله أحد و اجعلوا ذلك لأهل المقابر فإنه يصل إليهم

Muhammad bin Ahmad Al-Marwazi (nama betul ialah Abu Bakar Al Marwazi atau nama sebenar, Ahmad bin Muhammad bin Al Hajjaj Al Marruzi, w.275H, Baghdad, أبو بكر المروذي, أحمد بن محمد بن الحجاج، أبو بكر المَرُّوْذِيُّ. ), murid Imam Ahmad (w.241H), berkata: Aku mendengar Ahmad bin Hanbal رحمه الله berkata, “Apabila kamu sekalian masuk perkuburan, maka bacalah Al-Fatihah, Al-Mu’awwidzatain dan Qul HuwallaaHu Ahad, dan hadiahkanlah pahalanya untuk ahli kubur, maka pahala itu akan sampai kepada mereka.”

Tahqiq:
Dikeluarkan oleh Ibn Abi Ya’la (Tabaqat Al Hanabilah, 1/264)

Ulasan:
Memang ada dua riwayat daripada Imam Ahmad, riwayat pertama, beliau mengharuskan membaca Al-Qur’an di perkuburan (dhaif), manakala riwayat kedua yang lebih masyhur, beliau melarangnya:

والمشهور عن الإمام أحمد الذي يرويه عنه كبار أصحابه : النهي عن القراءة عند القبور .
قال أبو داود في “مسائله” (ص224) : ” سمعت أحمد، سئل عن القراءة عند القبر؟ فقال: لا “.
وقال شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله :
” نَقَلَ الْجَمَاعَةُ عَنْ أَحْمَدَ كَرَاهَةَ الْقُرْآنِ عَلَى الْقُبُورِ. وَهُوَ قَوْلُ جُمْهُورِ السَّلَفِ وَعَلَيْهَا قُدَمَاءُ أَصْحَابِهِ ” انتهى من “الفتاوى الكبرى” (5 /362) .

Imam Abu Daud dalam mas’alah, 224, Imam Ahmad bila ditanya akan isu membaca Al-Qur’an di kuburan, beliau menjawab , tidak boleh.
Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, dilaporkan daripada sebahagian ulama’ daripada Imam Ahmad akan dibenci membaca Al-Qur’an di kuburan. Ini pendapat jumhur salaf. Fatawa Al Kubra, 5/362.

28-3 Athar Imam Ahmad 2 (dhaif)

و قال علي بن موسى الحداد : كنت مع أحمد بن حنبل في جنازة و محمد بن قدامة الجوهري يقرأ . فلما دفنا الميت جاء رجل ضرير يقرأ عند القبر فقال له أحمد : يا هذا إن القراءة على القبر بدعة فلما خرجنا من المقابر قال محمد بن قدامة لأحمد : يا أبا عبد الله : ما تقول في مبشر بن إسماعيل ؟ قال : ثقة . قال : هل كتبت عنه شيئاً ؟ قال : نعم . قال : أخبرني مبشر بن إسماعيل عن عبد الرحمن بن العلاء بن الحجاج عن أبيه أنه أوصى إذا دفن أن يقرأ عند رأسه بفاتحة البقرة و خاتمتها ، و قال :سمعت ابن عمر يوصي بذلك .
قال أحمد : فارجع إلى الرجل فقل له يقرأ

Abi bin Abi Musa Al-Haddad (tidak ada biografi) berkata, “Aku pernah bersama Ahmad bin Hanbal menghadiri jenazah, sementara Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari (Baghdad, sahabat Imam Ahmad, w.237H, perawi dhaif) membaca Al-Qur’an. Tatkala kami telah mengubur mayit, maka datanglah seorang lelaki buta membaca Al-Qur’an di sisi kubur. Maka berkatalah Ahmad kepadanya, “Aduh mengapa, sesungguhnya membaca Al-Qur’an di sisi kubur adalah bid’ah.”

Ketika kami keluar dari wilayah kuburan, berkatalah Muhammad bin Qudamah kepada Ahmad, “Hai Abu Abdillah, apa pendapat anda tentang Mubasysyir bin Isma’il ?” “Dia tsiqah,” jawab Ahmad. “Apakah anda menulis sesuatu daripadanya?” tanya Ibnu Qudamah. Ahmad menjawab, “Ya.”
Maka berkatalah Ibnu Qudamah, “Telah memberi khabar kepadaku, Mubasysyir bin Isma’il, Abdurrahman bin Al-‘Alla’ bin Al-Hajj, daripada ayahnya bahawa ia berpesan, apabila dirinya telah dikubur, maka supaya dibacakan awal dan akhir surah Al-Baqarah di sisi kepalanya. Dan dia katakan pula, ‘Aku mendengar Ibnu Umar berpesan seperti itu.’” Mendengar itu, maka Ahmad berkata, “Kembalilah kamu kepada lelaki tadi, dan katakan kepadanya supaya terus membaca.”

Tahqiq:
Ini kisah yang masyhur digunakan oleh aliran perdana nusantara untuk menggalakkan manusia membaca Al-Qur’an di kuburan.

ورواه البيهقي (7068) والخلال في “الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر” (ص: 87) والدينوري في “المجالسة” (757)
وهذا إسناد ضعيف ، عبد الرحمن بن العلاء بن اللجلاج رجل مجهول ، قال الذهبي في “الميزان” (2/ 579)

Athar ini dikeluarkan oleh Al Baihaqi 7098; Al Khalal dalam Amr Ma’ruf Nahi Mungkar 87, Al Dinuri, Al Majaalisah, 757, sanadnya dhaif, Abdul Rahman bin Al Alaa’ adalah majhul (tidak dikenali), komentar Az Zahabi, Al Mizan 2/579.

Komentar Al Albani, Ahkam Al Janaiz (192) riwayat ini kena diwaspadai kerana dalam Masail Imam Ahmad (Abu Daud Al Sijistani), 158 adalah sebaliknya, Imam Ahmad dengan tegas membid’ahkan amalan baca Al-Qur’an di kuburan.

28-4 Kisah Menghunjam Pelepah Tamar Di Atas Kuburan

قلت : و قد استدل بعض علمائنا على قراءة القرآن على القبر بحديث العسيب الرطب الذي شقه النبي صلى الله عليه و سلم باثنين ثم غرس على هذا واحداً و على هذا واحداً ثم قال : لعله أن يخفف عنهما ما لم يبسا . خرجه البخاري و مسلم .

Saya (Al Qurthubi) katakan: untuk pembacaan Al-Qur’an di sisi kubur, sebahagian ulama’ menggunakan dalil dengan hadith tentang pelepah kurma hidup (masih hijau) yang dibelah oleh Nabi ﷺ menjadi dua bahagian, lalu beliau tancapkan sebahagian di suatu kubur, dan sebahagian lagi atas kubur yang lain, kemudian beliau bersabda, daripada Ibn Abbas رضي الله عنهما:

“Mudah-mudahan kedua penghuni kubur itu diringankan, selagi dua belah pelepah itu belum kering.” (HR Al-Bukhari dan Muslim; Sahih Bukhari [216] dan sahih Muslim [292])

و في مسند أبي داود الطيالسي : فوضع على أحدهما نصفاً و على الآخر نصفاً و قال : إنه يهون عليهما ما دام فيهما من بلوتهما شيء

Sedangkan dalam musnad Abu Dawud Ath-Thayalisi dinyatakan, daripada Abu Bakrah,

“Lalu beliau meletakkan pada salah satu kubur itu sebahagian, dan pada kubur yang satu lagi sebahagian yang lain, seraya bersabda, “Sesungguhnya kedua penghuni kubur itu diringankan selama dua belah pelepah itu masih basah.” (Musnad ath-Thayalisi [2646]).

Tahqiq:
Syaikh Al Arnaout berkata hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad dalam musnad, no 20411, sanadnya kuat (sahih).

Ulasan Al Qurthubi:
قالوا : و يستفاد من هذا غرس الأشجار و قراءة القرآن على القبور و إذا خفف عنهم بالأشجار ، فكيف بقراءة الرجل المؤمن القرآن .

Para ulama berkata: Daripada hadith ini dapatlah disimpulkan, betapa besar manfaat menanam pohon dan membaca Al-Qur’an di sisi kubur. Dan kalau para penghuni kubur itu diringankan seksanya kerana adanya pohon-pohon, maka apatah lagi dengan dibacakan Al-Qur’an oleh seorang mukmin.”

Tahqiq:
Muhaqqiq At Tazkirah, Syaikh Khalid Uthman, ahli kubur yang diringankan seksa kubur bukan disebabkan pokok, ranting, tetapi disebabkan khususiyat Baginda atau syafaat Baginda. sebagaimana hadith Muslim daripada Jabir.

قالَ: إنِّي مَرَرْتُ بقَبْرَيْنِ يُعَذَّبَانِ، فأحْبَبْتُ، بشَفَاعَتِي، أَنْ يُرَفَّهَ عنْهمَا، ما دَامَ الغُصْنَانِ رَطْبَيْنِ.
الراوي : جابر بن عبدالله | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 3012

“Sesungguhnya aku telah melewati dua kubur yang sedang diseksa. Maka aku suka agar dengan syafaatku, azab keduanya diringankan selama mana kedua dahan itu masih basah.” (Riwayat Muslim, 3012).

Muhaqqiq At Tazkirah Dr Sodiq Ibrahim pula mengulas:
Bahawa perbuatan Rasulullah ﷺ meletakkan pelepah kurma di atas dua kubur adalah khas buat Baginda dan azab keduanya diringankan bukan kerana pelepah kurma tetapi berkat doa dan syafaat Baginda; Maka qias menanam pokok, membaca Al-Qur’an di sisi kubur adalah qias yang tidak benar atau fasid.

28-5 Hadith Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه (palsu)

و قد خرج السلفي من حديث علي بن أبي طالب رضي الله عنه ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من مر على المقابر و قرأ قل هو الله أحد إحدى عشرة مرة ثم وهب أجره للأموات أعطي من الأجر بعدد الأموات

As-Silafi, Abu Thahir Al Salafi, w. 576H, muhaddith Isfahan, Iran (أبو طاهر السِّلفي (478 – 576 هـ / 1085 – 1180 م) هو محدث، من أهل أصبهان) telah mengeluarkan sebuah hadith daripada Ali bin Abu Thalib رضي الله عنه , dia berkata, “Sabda Rasulullah ﷺ .:

‘Barangsiapa melintas kuburan dan membaca “Qul HuwallaaHu ahad” 11X, lalu memberikan pahalanya kepada orang-orang yang telah meninggal, maka dia diberi pahala sebanyak orang-orang yang meninggal.”
hadith syiah, riwayat Al Hasan Al Khalal, Al Qiraah Ala Al Qubur, no 54. Ini sanadnya.

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ شَاذَانَ، ثنا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَامِرٍ الطَّائِيُّ، حَدَّثَنِي أَبِي، ثنا عَلِيُّ بْنُ مُوسَى، عَنْ أَبِيهِ، مُوسَى ، عَنْ أَبِيهِ، جَعْفَرٍ، عَنْ أَبِيهِ، مُحَمَّدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَلِيٍّ، عَنْ أَبِيهِ الْحُسَيْنِ، عَنْ أَبِيهِ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ

Tahqiq:
Menurut Al-Albani dalam Ahkam Al-Jana’iz [245] hadith ini bathil dan maudhu’.

28-6 Hadith Anas رضي الله عنه (palsu)

و روي من حديث أنس خادم رسول الله صلى الله عليه و سلم أنه قال : قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إذا قرأ المؤمن آية الكرسي ، و جعل ثوابها لأهل القبور ، أدخل الله تعالى في كل قبر مؤمن من المشرق إلى المغرب أربعين نوراً ، و وسع الله عز و جل عليهم مضاجعهم ، و أعطى الله للقارئ ثواب ستين نبياً ، و رفع له بكل ميت درجة ، و كتب له بكل ميت عشر حسنات

Daripada Anas رضي الله عنه , pembantu khas Nabi ﷺ , Rasulullah ﷺ bersabda, “Apabila seorang mukmin membaca ayat Kursi, dan menghadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, maka Allah‎ ﷻ memasukkan ke dalam tiap-tiap kubur orang mukmin dari timur sampai barat 40 cahaya, memperluas bagi mereka tempat tidurnya, dan Allah‎ ﷻ memberikan kepada si pembaca pahala 60 orang nabi, dan dia dinaikkan satu darjat daripada tiap-tiap mayat [yang dibacakan untuknya], dan ditulis baginya 10 kebaikan daripada tiap-tiap mayat tersebut.”

Ulasan muhaqqiq Khalid Muhammad Uthman:

وقد ذكره ابن عراق في تنزيه الشريعة عن الأخبار الشنيعة الموضوعة وعزاه للديلمي، وذكر أنه روي من طريق على بن عثمان الأشج.
وعلى بن عثمان الأشج ذكر الذهبي في الميزان أنه كذاب، وبهذا يعلم عدم صحة الحديث.

(Maudhu’: Saya tidak mengetahui hadith ini berasal daripada Anas رضي الله عنه . Tetapi memang ada hadith yang lafaznya seperti itu diriwayatkan oleh Ali رضي الله عنه , disebutkan oleh Ibnu Iraq dalam Tanzih Asy-Syariah [1/301], tetapi dalam isnadnya terdapat seseorang bernama Ali bin Utsman Al-Asyuj, yang menurut Adz-Dzahabi mengenai dirinya dalam Al-Mizan [3/33], dia dianggap sebagai pendusta oleh para kritikus hadith.)

28-7 Atsar Al Hasan Al Basri (dhaif)

و قال الحسن من دخل المقابر فقال : اللهم رب الأحساد البالية و العظام الناخرة خرجت من الدنيا و هي بك مؤمنة فأدخل عهليها روحاً منك و سلاماً مني إلا كتب بعددهم حسنات

Al Hasan (Al Basri, Tabi’in besar, Basrah, w.110H) berkata,” Ya Allah ‎ﷻ , wahai Tuhan tubuh-tubuh yang rosak dan tulang-tulang yang hancur, yang keluar dari dunia dalam keadaan ia beriman kepada-Mu, masukkanlah padanya roh dari sisi-Mu, dan salam dariku.” maka Allah‎ ﷻ mencatat kebaikan sejumlah ahli kubur.

Takhrij: Dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam musyanaf, no 35,208.

Tahqiq:
Ini adalah doa tabi’in dan tidak sampai kepada Nabi ﷺ sanadnya kerana Al Hasan adalah tabi’in.

28-8 Athar Ibn Abbas رضي الله عنهما (palsu)

Diriwayatkan daripada Nabi ﷺ daripada sebuah hadith Ibn Abbas رضي الله عنهما :

و روي عن النبي صلى الله عليه و سلم من حديث ابن عباس أنه ، قال خير الناس و خير من يمشي على جديد الأرض المعلمون ، كما أخلق الدين جدوده أعطوهم و لا تستأجروهم فتحرجوهم ، فإن المعلم إذا قال للصبي قل بسم الله الرحمن الرحيم كتب الله للصبي و براءة للمعلم و براءة لأبويه من النار ذكره الثعلبي

“Sebaik-baik manusia dan sebaik-baik orang yang berjalan di permukaan bumi adalah para pengajar kerana setiap kali agama diancam kerosakan, merekalah yang memperbaharuinya kembali. Berikanlah sesuatu kepada mereka, tetapi janganlah kalian memberi upah buat mereka. Sekiranya seorang pendidik berkata kepada seorang anak (murid), “bacalah Bismillahirrohmanirrohim” lantas anak itu membacanya maka Allah ‎ﷻ mencatat sebagai pembebasan bagi anak itu, pembebasan bagi pendidik itu dan pembebasan bagi kedua orang tuanya dari neraka”.

Takhrij/Tahqiq:
رواه ابن مردويه – كما عزاه إليه غير واحد -، ومن طريقه ابن الجوزي في ” التحقيق في أحاديث الخلاف ” (2/219)

(HR Ibn Mardawaih) (muhaddith Isfahan, w.410H), disebut oleh Ibn Jauzi dalam Tahqiq Fi Ahaadith Al Khilaf, 2/219
komentar Al Zahabi:

هذا الحديث لا يجوز الاحتجاج به لأنه من عمل أحمد بن عبد الله الهروي، وهو الجويباري، وكان كذابا يضع الحديث

Hadith ini tidak boleh berhujah dengannya (palsu) daripada perawi Ahmad Abdullah Al Harawi Al Juwibaari, Iran sekarang. Al Syaukani juga berkata ia adalah palsu . Akl Fawaid Al Majmu’ah, no 276 (والشوكاني في “الفوائد المجموعة” (276))

28-9 Sedekah atas nama si mati

قال الشيخ المؤلف رحمه الله : أصا هذا الباب الصدقة التي لا اختلاف فيها فكما يصل للميت ثوابها ، فكذلك تصل قراءة القرآن و الدعاء و الاستغفار إذ كل ذلك صدقة فإن الصدقة لا تختص المال . و قال صلى الله عليه و سلم : و قد سئل عن قصر الصلاة في حالة الأمن فقال : صدقة
تصدق الله بها عليكم فاقبلوا صدقته .

Berkata Al Qurthubi رحمه الله : Mengenai isu sedekah (kepada si mati), tidak ada khilaf mengenai (sampainya pahala sedekah atas nama si mati), jika pahala sedekah sampai, maka begitu jugalah pahala membaca Al-Qur’an*, doa-doa dan istighfar, kerana semuanya adalah bentuk sedekah yang tidak terbatas kepada harta, sebagaimana jawapan Nabi ﷺ ketika ditanya tentang mengqasar salat dalam keadaan aman, maka beliau menjawab,” صَدَقَةٌ تَصَدَّقَ اللهُ بِهَا عَلَيْكُمْ فَاقْبَلُوا صَدَقَتَهُ
“Itu adalah sedekah yang Allah berikan kepada kalian, maka ambilah sedekah itu” (HR. Muslim, no.686).
(المصدر : صحيح مسلم ;الصفحة أو الرقم: 686)

* Al Qurthubi رحمه الله memasukkan amalan membaca Al-Qur’an di kuburan sebagai suatu bentuk sedekah kepada si mati. Ini ada perselisihan dalam kalangan fuqaha’. Misalnya, dalam mazhab Syafi’iy ada dua pendapat, Imam Nawawi kata pendapat qadim Imam Syafi’iy tidak sampai, tetapi pendapat jadid (baru) adalah sampai (syarah sahih Muslim, 7/90).

Pendapat dalam mazhab Hanbali pun sama, Ibn Qudamah Al Maqdisi (syarah Al Kabir, 2/305) sampai pahala. Namun dalam masail Imam Ahmad oleh Abu Daud Al Sijistani, 158, ia tidak sampai. Maka jalan selamat ialah kembali kepada amalan Nabi ﷺ , yang pasti, memang Nabi ﷺ dan para sahabat tidak membaca Al-Qur’an di kuburan. Ini penjelasan Imam Ibn Qayyim dalam Zaad Al Maad, 1/527.

Rumusan: Sedekah dan doa, memang tidak ada khilaf akan sampainya kepada mayat. Yang menjadi khilaf Ulama ialah membaca Al-Qur’an dan pahalanya dihadiahkan kepada si mati. Imam Malik, Syafi’iy, Abu Hanifah dan satu pendapat Imam Ahmad, tidak sampai. Amalan Nabi ﷺ dan para sahabat tidak ada yang sahih. Maka keluar daripada khilaf ialah kita tidak membaca Al-Qur’an melainkan untuk diri kita sendiri dan bukan menghadiahkan pahalanya kepada orang yang sudah mati.

28-10 Hadith Ibn Abbas رضي الله عنهما (amat dhaif)

روى عن النبي صلى الله عليه و سلم أنه قال : ما الميت في قبره إلا كالغريق المغوث ينتظر دعوة تلحقه من أبيه أو أخيه أو صديق له ، فإذا لحقته كانت أحب إلي من الدنيا و ما فيها ، و إن هدايا الأحياء للأموات الدعاء و الاستغفار

Diriwayatkan daripada Nabi ﷺ , “Mayit dalam kuburnya, seperti orang tenggelam yang berhajatkan sangat kepada pertolongan, si mayat menunggu doa yang dipohonkan oleh ayahnya atau saudaranya atau rakan-rakannya. Jika dia mendapatkan doa, maka itu lebih dia cintai daripada dunia seisinya. Sesungguhnya hadiah berharga daripada orang hidup kepada orang mati adalah doa dan istighfar.”

* Hadith ini menggunakan sighah tamridh (lemah)” ruwiya ” bukannya haddathana (ini sighah jazam/kuat).

Takhrij/Tahqiq:
HR Al Ghazali dalam Ihya’ Ulomiddin, komen muhaqqiq Al Hafiz Al Iraqi, amat dhaif kerana perawi Al Hasan bin Ali Al Waahid, juga komentar Al Zahabi, ada perawi bernama Hisham bin Ammar, hadith ini batil, Al Ihya, 5/244.

قال العراقي في تخريجه للإحياء: [فيه] الحسن بن علي بن الواحد، قال الذهبي: حدث عن هشام بن عمار بحديث باطل. تخريج الإحياء (5/ 244).

الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : العراقي | المصدر : تخريج الإحياء
الصفحة أو الرقم: 5/244 | خلاصة حكم المحدث : [فيه] الحسن بن علي بن الواحد , قال الذهبي: حدث عن هشام بن عمار بحديث باطل

Komentar Al Albani, takhrij Al Misykah 2294. Dalam sanadnya ada perawi yang majhul (tidak ada biografi), matannya amat mungkar.

الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : الألباني | المصدر : تخريج مشكاة المصابيح
الصفحة أو الرقم: 2294 | خلاصة حكم المحدث : في إسناده رجل مجهول والمتن منكر جدا.

28-11 Hikayat Al Hasan Al Basri (batil)

و قد حكي أن امرأة جاءت إلى الحسن البصري رحمه الله فقالت : : إن ابنتي ماتت و قد أحببت أن أراها في المنام ، فعلمني صلاة أصليها لعلي أراها فعلمها صلاة فرأت ابنتها و عليها لباس القطران و الغل في عنقها و القيد في رجلها فارتاعت لذلك فأعلمت الحسن فاغتم عليها ، فلم تمض مدة حتى رآها الحسن في المنام و هي في الجنة على سرير و على رأسها تاج . فقالت له يا شيخ : أما تعرفني ؟ قال : لا ، قالت له : أنا تلك المرأة التي علمت أمي الصلاة فرأتني في المنام ، قال لها : فما سبب أمرك ؟ قالت : مر بمقبرتنا رجل فصلى على النبي صلى الله عليه و سلم و كان في المقبرة خمسمائة و ستون إنساناً في العذاب فنودي : ارفعوا العذاب عنهم ببركة صلاة هذا الرجل عن النبي صلى الله عليه و سلم

Ada sebuah hikayat bahawa seorang wanita datang mengunjungi Al Hasan Al basri (w.110 H Basrah), dia mengadu,” Aku baru kematian anak perempuanku, lantas aku ingin sekali bertemu dengannya dalam mimpi, maka ajarkan daku sejenis salat yang memungkinkan aku dapat bertemu dengannya. Maka Al Hasan pun mengajarinya sejenis salat maka berjayalah wanita itu bertemu dengan anaknya melalui mimpi. Dalam mimpi tersebut, dia melihat anaknya memakai pakaian-pakaian diperbuat daripada tembaga, lehernya terjerat, kakinya dirantai, sehingga wanita itu rasa takut dan terkejut dengan apa yang dilihat (dalam mimpinya). Wanita itu kembali menemui Al Hasan dan menceritakan mimpi buruk tersebut, Al Hasan merasa sedih dan terkilan dengan mimpi itu.

Tidak lama kemudian, Al Hasan pula bermimpi melihat seorang wanita di syurga, dia bertanya kepada Al Hasan,”Wahai syeikh, apakah tuan mengenaliku?” jawab Al Hasan, “Tidak”, wanita itu menjawab, “Saya adalah anak wanita yang engkau ajari salat sehingga saya dapat bertemu dengannya dalam mimpi.” Maka Al Hasan bertanya,” Apa yang menyebabkan engkau (sekarang) dapat masuk syurga?” Wanita itu menjawab,” Ada seorang telah melalui perkuburan kami, kebetulan dia berselawat dan menyeru dengan doanya,” Angkatlah azab daripada mereka (penghuni kubur)”
Maka dengan berkat daripada selawat (dan doa) lelaki tersebut kepada Nabi ﷺ .”

Tahqiq:
Dr Muhammad Sadiq Ibrahim, muhaqqiq at tazkirah, tidak wujud salat untuk dapat bertemu dengan roh si mati dan kisah /hikayat ini batil.

28-12 Hikayat Al Harith bin Nabhan (batil)

روي عن الحارث بن نبهان أنه قال : كنت أخرج إلى الجبانات فأرحم على أهل القبور و أتفكر و أعتبر و أنظر إليهم سكوتاً لا يتكلمون و جيراناً لا يتزاورون ، و قد صار لهم من بطن الأرض وطاء و من ظهرها غطاء و أنادي : يا أهل القبور محيت من الدنيا آثاركم ، وما محيت عنكم أوزاركم ، و سكنتم دار البلاء فتورمت أقدامكم قال : ثم يبكي بكاء شديداً ثم يميل إلى قبة فيها فينام في ظلها .
قال : فبينما أنا نائم إلى جانب القبر إذ أنا بحس مقمعة يضرب بها صاحب القبر و أنا أنظر إليه و السلسلة في عنقه

Ia mengenai sebuah hikayat oleh perawi bernama Al Harith bin Nabhan yang amat panjang. Ia mengenai amalan Al Harith yang menziarahi kubur dalam rangka mengasihi mereka, bertafakkur dan mengambil iktibar. Dalam kesunyian kubur, Al Harith menyeru, “Wahai penghuni kubur, saki baki peninggalan kalian di dunia telah musnah, tetapi dosa-dosa kalian masih kekal, padahal ketika kamu masih hidup kamu memang kuat beramal dan salat sampai bengkak kaki-kaki kalian.” Kemudian dia berehat di bawah bayangan kubah kuburan dan terlena, ketika dia terlena, maka dia bermimpi melihat penghuninya di mana leher dibelenggu. Dia mengulangi keesokan harinya, tidur di kubur dan bermimpi lagi.

Maka tidak perlu disalin sepenuhnya hikayah tersebut kerana kebatilan isinya.

Tahqiq Dr Sadiq Ibrahim, Muhaqqiq Al Tazkirah:
Kisah ini direka dan jelas nampak kebatilannya. Ini kerana perawi Al Harith adalah ditolak oleh Aimmah Al Muhaddithin, pemuka-pemuka ahli hadith.

—————————
* Al Harith bin Nabhan
Al Harith adalah khadam Hamzah bin Abdul Muttalib yang berkhidmat dengan ahlil bait selepas kewafatan Hamzah dan dikatakan dia terbunuh bersama Al Husin bin Ali di Karbala pada tahun 61H. Imam Az Zahabi dalam Mizan Al I’tidal, no perawi 1649.

Komen mutaqaddimin:
Kata Ahmad, ia soleh tetapi hadithnya mungkar, Al Bukhari, hadith mungkar, kata An Nasa’iy, dia matruk (ditinggalkan hadithnya):
قال أحمد: رجل صالح منكر الحديث.

وقال البخاري: منكر الحديث.

وقال النسائي: متروك.

28-13 Hadith Anas رضي الله عنه (palsu)

و روي من حديث أنس أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : من دخل المقابر فقرأ سورة يس خفف الله عنهم و كان له بعدد من فيها حسنات

Hadith riwayat Anas (bin Malik رضي الله عنه ), bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,” Barangsiapa masuk kawasan perkuburan lalu dia membaca surah Yasin, maka Allah ‎ﷻ ringankan seksa ahli kubur dan dia juga mendapat hasanah (pahala) sebanyak jumlah penghuni kuburan itu.”

Takhrij/Tahqiq:
Al Albani, silsilah Al Dhaifah 1246, hadith palsu. HR Al Tha’labi (Nisaburi, Iran, w.427H) dalam tafsir Al Kasyaf 8/119.

الراوي : أنس بن مالك | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الضعيفة
الصفحة أو الرقم: 1246 | خلاصة حكم المحدث : موضوع
التخريج : أخرجه الثعلبي في ((الكشف والبيان)) (8/119)

28-14 HR Ibn Umar رضي الله عنهما (mungkar)

و يروى عن عبد الله بن عمر بن الخطاب رضي الله عنه أنه أمر أن يقرأ عند قبره سورة البقرة

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar Al Khattab رضي الله عنهما bahawa beliau telah berpesan supaya dibacakan di sisi kuburnya surah Al Baqarah.

Takhrij/Tahqiq:
Dalam sunan Al Baihaqi:

حَدَّثَنَا مُبَشِّرُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ الْحَلَبِيُّ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْعَلاءِ بْنِ اللَّجْلاجِ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّهُ قَالَ لِبَنِيهِ: ” إِذَا أَدْخَلْتُمُونِي قَبْرِي فَضَعُونِي فِي اللَّحْدِ وَقُولُوا: بِاسْمِ اللَّهِ وَعَلَى سُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَسُنُّوا عَلَيَّ التُّرَابَ سَنًّا، وَاقْرَءُوا عِنْدَ رَأْسِي أَوَّلَ الْبَقَرَةِ وَخَاتِمَتَهَا فَإِنِّي رَأَيْتُ ابْنَ عُمَرَ يَسْتَحِبُّ ذَلِكَ “

Telah menceritakan kepada kami Mubasysyir bin Ismail Al-Halabi, daripada ‘Abdur Rahmaan bin Al-‘Ala’ bin Al-Lajlaaj, daripada ayahnya, bahawa beliau pernah berkata kepada anak-anaknya:

“Apabila kalian memasukkan aku ke kuburku, maka letakkanlah aku dalam liang lahad dan ucapkanlah:

“Bismillaahi Wa ‘Alaa Sunnati Rasuulillahi Shallallaahu ‘Alaihi Wa Sallam.” Lalu letakkanlah di atas (mayat)-ku tanah, dan bacalah di atas kepalaku awal dan akhir surat Al-Baqarah. Kerana sesungguhnya aku melihat Ibnu ‘Umar menyukai hal tersebut.” (As-Sunan Al-Kubraa, no. 7068 – Tahqiq ‘Abdul Qadir ‘Atha’).

Hadith ini hasan menurut Al Baihaqi, Al Nawawi (Al Azkar, no 503) , Ibn Qudamah (Al Mughni, 5/78) dan Ibn Qayyim, Ar Roh, 1/10).

Yang sebenarnya ia mauquf kepada Abdul Rahman bin Al A’la Al Lajlaaj sahaja, bukan hadith pun.

وهذا إسناد ضعيف ، عبد الرحمن بن العلاء بن اللجلاج رجل مجهول ، قال الذهبي في “الميزان” (2/ 579)

Komen Al Zahabi, perawi Abdul Rahman bin Al Alaa’ adalah majhul (tiada biografi), Mizan Al I’tidal, 2/579. Al Albani, mendhaifkan athar ini dalam Ahkam Al Janaiz (193) kerana perawi Abdul Rahman dan Mubasyir Ismail Al Halabi.
Muhaqqiq At Tazkirah, Dr Sadiq Ibrahim, hadith mungkar diriwayatkan oleh Al Khalal dalam Al Qiraah Inda Al Qubur ms 2.

28-15 HR Ma’qal bin Yasan (dhaif)

و ذكر النسائي و غيره من حديث معقل بن يسار المدني عن النبي صلى الله عليه و سلم أنه قال اقرأوا يس عند موتاكم ، و هذا يحتمل أن تكون القراءة عند الميت في حال موته و يحتمل أن تكون عند قبره .

Disebut oleh An Nasa’iy dan lain-lain sebuah hadith daripada Ma’qal bin Yasar Al Madani daripada Nabi ﷺ ,” Bacalah akan (surah) Yasin kepada orang hampir mati dalam kalangan kamu.”

Komentar Al Qurthubi,” Besar kemungkinan ia bermaksud membacanya di sisi mayat (sebelum dikebumikan) atau di sisi kuburnya (selepas dikebumikan). * Pendapat Al Qurthubi adalah tidak sahih.

Tahqiq Syaikh Masyhur Hasan Alu Salman (murid Syaikh Al Albani):

هذا حديث ضعيف جداً، أخرجه أبو داود والنسائي وابن ماجه، وأحمد وغيرهم من طريق ابن المبارك عن أبي عثمان عن أبيه عن معقل بن اليسار، وأبو عثمان وأبوه، كما قال الإمام الذهبي في الميزان، مجهولان، فهذا إسناد مظلم، ولا يعمل به، وقراءتها لم يثبت فيها شيء، كما قال الإمام الدار قطني. (مشهور حسن سلمان)

Hadith ini amat dhaif, HR Abu Daud, An Nasa’iy, Ibn Majah, Ahmad dll daripada jalur (tariq) Ibn Mubarak daripada Abi Uthman daripada ayahnya daripada Ma’qal bin Al Yasar.
Perawi Abu Uthman dan ayahnya berkata Imam Al Zahabi dalam Al Mizan, majhul (tidak ada biografi) komen Imam Daruqutni, sanadnya gelap, tidak beramal dengannya dan membaca Yasin tidak thabit sedikitpun.

وقرائتها لم يثبت فيها شيء كما قال الإمام الدار قطني.

Tidak ada satu pun hadith sahih mengenai fadilat membaca surat Yasin sebagaimana kesimpulan Daruquthni.

* Yang mensahihkan hadith ini ialah Ibn Hibban, sahihnya no 3002, ditahqiq oleh Syaikh Syuaib, dhaif.

الراوي : معقل بن يسار | المحدث : ابن حبان | المصدر : صحيح ابن حبان
الصفحة أو الرقم: 3002 | خلاصة حكم المحدث : أخرجه في صحيحه.

28-16 Al Qurthubi antara orang yang menyokong sampainya pahala bacaan Al-Qur’an kepada si mayat.

Dalil yang digunakan oleh Al Qurthubi ialah:

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat [ Al A’raf: 204 ]

Kata Qurthubi:
قال الشيخ المؤلف رحمه الله : و في هذا المعنى حديث مرفوع من حديث أنس يأتي في باب ما يتبع الميت إلى قبره

Ia termasuk daripada hadith Anas رضي الله عنه dalam bab “Apa-apa saja yang mengikuti mayat hingga ke kuburnya.”

Ia sebenarnya hadith muttafaq alaih:

عن أنس  عن رسولِ اللَّهِ ﷺ قَالَ: يتْبعُ الميْتَ ثلاثَةٌ: أهلُهُ ومالُه وعمَلُه، فيرْجِع اثنانِ ويبْقَى واحِدٌ: يرجعُ أهلُهُ ومالُهُ، ويبقَى عملُهُ متفقٌ عَلَيهِ

Daripada Anas رضي الله عنه yang berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Ada tiga perkara yang menyertai mayit, iaitu keluarga, harta, dan amal ibadahnya. Dua perkara kembali (ke rumahnya), dan hanya satu yang tinggal. Keluarga dan hartanya kembali, sedang amal perbuatannya tetap bersamanya. (Muttafaq ‘alaih).

Menurut Al Qurthubi, pahala bacaan Al-Qur’an termasuk amal perbuatannya.

Beliau kemudian mentafsir [Al A’raf:204] termasuk si mayat yang mendengar bacaan Al-Qur’an daripada orang hidup.

إن ثواب القراءة للقارئ . و للميت : ثواب الاستماع و لذلك تلحقه الرحمة .

“Pahala membaca Al-Qur’an memang untuk si pembaca sedangkan si mayat adalah pahala mendengar bacaan, maka dia mendapat rahmat.”

Kemudian beliau menambah takwilnya:

قلت : و لا يبعد في كرم الله تعالى أن يلحقه ثواب القراءة و الاستماع جميعاً ، و يلحقه ثواب ما يهدى إليه من قراءة القرآن ، و إن لم يسمعه كالصدقة و الدعاء و الاسغفار لما ذكرنا ، و لأن القرآن دعاء و استغفار و تضرع و ابتهال ، و ما يتقرب المتقربون إلى الله تعالى بمثل القرآن

Bahkan dengan rahmat Allah‎ ﷻ jua, mayat mendapat pahala bacaan dan mendengar sekaligus. Boleh jadi, dia mendapat pahala bacaan Al-Qur’an yang dihadiahkan kepadanya walaupun dia tidak mendengar bacaan tersebut. Ia (diqiaskan dengan) pahala sedekah, doa dan istighfar (sampai daripada kiriman orang hidup kepada si mayat). Caranya (pembaca) memohon dengan sepenuh hati dalam rangka taqarrub, maka si mayat sama pahala dengan orang yang membaca Al-Qur’an.

Ulasan Muhaqqiq At Tazkirah, Dr Sadiq Ibrahim:

Ia suatu bentuk qias yang fasid (rosak), tidak boleh mengqiaskan doa, istighfar dengan mengirim pahala bacaan Al-Qur’an, kerana ia memerlukan dalil. Ya, memang sahih, berdoa dan istighfar ada manfaat kepada si mayat, tetapi membaca Al-Qur’an dan menghadiahkan pahala kepada mayat adalah perbuatan bid’ah. Ini ditegaskan oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dalam Al Ikhtiyaraat Al Ilmiyah dan Imam Ibn Qayyim dalam Tahzib As Sunan.

* Maka sekarang kita tahu kenapa orang melayu nusantara gemar melakukan amalan membaca Al-Qur’an khususnya bacaan Yasin di kuburan kerana mengikuti pendapat Al Qurthubi dalam kitab at Tazkirah, kitab yang amat berpengaruh di nusantara.

28-17 Hadith Abu Said Al Khudri (dhaif)

قال صلى الله عليه و سلم : يقول الرب تبارك و تعالى : من شغله قراءة القرآن عن مسألتي أعطيته ما أعطي السائلين رواه الترمذي ، و قال فيه حديث حسن غريب

Hadith Qudsi, Allah ‎ﷻ berfirman,”Barangsiapa yang sibuk membaca Al-Qur’an sehingga tidak sempat meminta kepadaKu, maka aku beri keutamaan daripada orang yang meminta.” ( HR Termidzi ), katanya Hasan Ghareeb (indikasi kedhaifan).

Tahqiq: Al Albani, dhaif At Termidzi, no 2926, perawi dhaif ‘Athiyah Al ‘Aufi.

الراوي : أبو سعيد الخدري | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف الترمذي
الصفحة أو الرقم: 2926 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف (في إسناده عطية العوفي ، وهو ضعيف).

28-18 Hadith Abu Hurairah رضي الله عنه (sahih)

و قال عليه السلام : إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية أو علم ينتفع به ، أو ولد صالح يدعو له

“Jika anak Adam meninggal dunia, maka amalnya terputus kecuali daripada tiga perkara; Sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan.” (HR Muslim), kitab Al Wasiat, no 1631.

28-19 Takwil surah an Najm ayat 39

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya, [An Najm: 39]

هذه آية اختلف في تأويلها أهل التأويل
Ayat ini diperselisihkan akan takwilnya menurut Al Qurthubi.

*Komentar muhaqqiq Dr Sadiq, ia cuma berselisih dalam kalangan ahli takwil sahaja, manakala tafsir bil makthur, tafsir salaf, ia tiada perselisihan.

فروي عن ابن عباس : أنها منسوخة بقوله تعالى

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa ayat ini telah mansukh dengan firman Allah ‎ﷻ :

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ ۚ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ

“Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.” [At Thur: 21]

Tahqiq:
Menurut muhaqqiq, Dr Arkan Yusof Haalub Al Izzi, dari Universiti Baghdad, fakulti Syariah (أ. د. أركان يوسف حالوب العزي)
Adapun dakwaan ia mansukh (hukumnya dihapus) adalah tidak tsabit, Jumhur ahli takwil berpendapat, ayat ini muhkamat, tidak mansukh dan hukum di dalamnya tetap utuh. Dr Arkan memetik kata-kata ini dalam tafsir Abu Hayyan Al Andalusia , Al Bahr Al Muhith, 8/168
البحر المحيط، لأبي حيان الأندلسي، 8/ 168
(إن دعوى النسخ لا تثبُت من عدة وجوه:- ذهب جمهور أهل التأويل إلى أن هذه الآية محْكمة، وعليه؛ فلا يدخُلها النَّسخُ؛ فالمحْكَمُ لا يُنسخ.)
link:
www.alukah.net/sharia/0/124466/

Menurut muhaqqiq Dr Khalid Uthman Al Sabt, Profesor tafsir di Univ Imam Abd Rahman bin Faisal , Dammam, nasakh ini juga tidak sahih. (khaledalsabt.com/interpretations/2821/)

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ ۚ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ

Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun daripada pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya [ At Thur: 21 ].

فيجعل الولد الطفل يوم القيامة في ميزان أبيه و يشفع الله تعالى الآباء في الأبناء و الأبناء في الآباء

Kata Al Qurthubi:
Allah‎ ﷻ akan memasukkan amalan si anak kecil pada hari kiamat ke dalam akaun ayahnya dan Allah‎ ﷻ memberi syafaat kepada si ayah untuk membantu si anak dan sebaliknya, syafaat kepada si anak untuk ayahnya.

Tahqiq: Apa kata Tafsir Ibn Kathir:

يخبر تعالى عن فضله وكرمه ، وامتنانه ولطفه بخلقه وإحسانه : أن المؤمنين إذا اتبعتهم ذرياتهم في الإيمان يلحقهم بآبائهم في المنزلة وإن لم يبلغوا عملهم ، لتقر أعين الآباء بالأبناء عندهم في منازلهم ، فيجمع بينهم على أحسن الوجوه ، بأن يرفع الناقص العمل ، بكامل العمل ، ولا ينقص ذلك من عمله ومنزلته ، للتساوي بينه وبين ذاك

Terjemahan:
“Allah ‎ﷻ menceritakan tentang kurnia dan pemberian-Nya kepada makhluk-Nya, juga Ihsan-Nya, bahawa orang-orang mukmin itu apabila anak cucu mereka mengikut jejak langkah mereka dalam hal keimanan, maka anak cucu mereka itu akan diikutkan kepada mereka dalam kedudukan yang sama, sekalipun anak cucu mereka masih belum mencapai tingkatan amal mereka. Demikian itu agar hati dan pandangan para ayah merasa tenteram dengan berkumpulnya mereka bersama anak-anak mereka, sehingga mereka dapat bergabung bersama-sama dalam keadaan yang sebaik-baiknya daripada segala segi iaitu Allah‎ ﷻ telah melenyapkan kekurangan daripada amal dan menggantikannya dengan amal yang sempurna, tanpa mengurangi amal dan kedudukan yang sempurna, mengingati adanya kesamaan di antara mereka.

قال الثوري ، عن عمرو بن مرة ، عن سعيد بن جبير ، عن ابن عباس قال : إن الله ليرفع ذرية المؤمن في درجته ، وإن كانوا دونه في العمل

Sufyan As-Thauri telah meriwayatkan daripada Amr Ibnu Murrah, daripada Sa’id Ibnu Jubair, daripada Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa “Sesungguhnya Allah‎ ﷻ benar-benar mengangkat anak cucu orang mukmin menjadi sedarjat dengannya, sekalipun amal mereka berada di bawahnya agar dengan keberadaan mereka bersama hatinya menjadi senang.”
Status Mauquf kepada Ibn Abbas (dhaif).

Ibn Kathir membawa hadith At Tabrani:

وقال الحافظ الطبراني : حدثنا الحسين بن إسحاق التستري ، حدثنا محمد بن عبد الرحمن بن غزوان ، حدثنا شريك ، عن سالم الأفطس ، عن سعيد بن جبير ، عن ابن عباس – أظنه عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال : ” إذا دخل الرجل الجنة سأل عن أبويه وزوجته وولده ، فيقال : إنهم لم يبلغوا درجتك . فيقول : يا رب ، قد عملت لي ولهم . فيؤمر بإلحاقهم به ، وقرأ ابن عباس ( والذين آمنوا واتبعتهم ذريتهم بإيمان ) الآية

Al-Hafiz Imam Tabrani mengatakan, (Haddathana) daripada Al-Husain Ibnu Ishaq At-Tusturi, daripada Muhammad Ibnu Abdur Rahman Ibnu Ghazwan, daripada Syarik, daripada Salim Al-Afthas, daripada Sa’id Ibnu Jubair, daripada Ibnu Abbas yang menurutnya Ibnu Abbas (pasti daripada Nabi ﷺ ). “Apabila seseorang masuk syurga, maka ia ditanyai tentang kedua orang tuanya, isterinya, dan anak-anaknya. Maka dikatakan, “Sesungguhnya mereka masih belum dapat mencapai darjatmu.” Maka ia berkata, “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah beramal untuk diriku dan juga untuk mereka, ” Maka diperintahkan agar mereka dihubungkan (digabungkan) bersamanya. Setelah itu Ibnu Abbas رضي الله عنهما membaca firman-Nya: Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan. [ Ath-Thur: 21 ].

Tahqiq:
وقد ضعف هذا الحديث الهيثمي في ” مجمع الزوائد ” (7/114) ، وقال الشيخ الألباني رحمه الله : ” هذا إسناد موضوع ” انتهى من ” سلسلة الأحاديث الضعيفة ” (رقم/2602)

Dinilai dhaif oleh Al Haithami dalam Majma’ Az Zawaid, 7/114), Al Albani, palsu dalam silsilah Al Dhaifah 2602.

Rumusan:
Ayat ke-21 surah Ath Thur adalah seputar keadaan keluarga di akhirat, bila ayahnya tinggi darjat atau si anak lebih tinggi atau si isteri lebih tinggi. Tetapi Allah ‎ﷻ memberitahu, taraf mereka akan sama kerana hukum syafaat yang diberikan kepada salah seorang mereka. Tidak ada kaitan dengan kiriman pahala membaca Al-Qur’an, tahlil dan selamatan arwah.

BAB 17: Siri Pemurnian 60 Bid’ah Nusantara – Menunggu Kubur Selepas Kematian

0

Antara amalan yang telah menjadi kebiasaan umat nusantara sejak sekian lama ialah menunggu di kubur dengan membaca al-Qur’an secara beramai-ramai selepas berlaku kematian. Kebiasaannya keluarga si mati akan memanggil pelajar-pelajar tahfiz atau pondok untuk melakukan amalan tersebut. Pelajar-pelajar ini akan diberi ‘ganjaran’ selepas selesai melaksanakan upacara tersebut.   

Menurut Himpunan Fatwa Negeri Kedah Darul Aman yang mengandungi pendapat-pendapat dan keputusan-keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman yang disusun oleh Sahibus Samahah Datuk Setia Jaya Datuk Paduka Syaikh ‘Abdul Majid bin Muhammad Nur, di mana pada halaman 40 dalam Bab Jenazah ada dinyatakan:

Soalan:

Adakah Islam menyuruh menunggu kubur orang yang baru mati kerana membaca al-Qur’an di atasnya selama 3 hari atau 4 hari dengan malamnya?

Jawapan:

Harus menunggu kubur orang yang baru mati kerana membaca al-Quran di atasnya.

 

Fatwa Negeri Kedah di asaskan daripada qaul Imam an-Nawawi رحمه الله:

قالوا: و يستحب ان يقراء عنده شيء من القرآن و ان ختموا القرآن كان افضل

Terjemahan:

Mereka (yakni para ulama as-Syafi`iy) berkata: “Dan adalah mustahab untuk dibacakan di sisinya sesuatu daripada al-Qur’an dan jika sekiranya dikhatamkan keseluruhan al-Qur’an ianya adalah lebih utama (afdhal)“.

(Al-Majmu’, 5:164)

Amalan menunggu kubur menurut pendapat Imam as-Syuyuti رحمه الله:

و رأيت في التواريخ كثيرا في تراجم الأئمة يقولون: و اقام الناس على قبره سبعة ايام يقرءون القرآن، و أخرج الحافظ الكبير ابو القاسم بن عساكر في كتابه المسمى تبين كذب المفتري فيما نسب إلى الامام ابي الحسن الأشعري سمعت الشيخ الفقيه ابا الفتح نصر الله بن محمد بن عبد القوي المصيصي يقول: توفي الشيخ نصر بن ابراهيم المقدسي في يوم الثلاثاء التاسع من المحرم سنة تسعين و اربعمائة بدمشق و اقمنا على قبره سبع ليل نقرأ كل ليلة عشرين ختمة 

Terjemahan:

(Dan telah aku lihat) dalam kitab-kitab sejarah tatkala menceritakan riwayat hidup para Imam (pemuka agama) banyak menulis:- “Dan telah berdiri manusia di sisi kuburnya 7 hari membaca mereka al-Qur’an.” Dan telah dikeluarkan oleh al-Hafidz al-Kabir Abul Qasim Ibnu ‘Asaakir di dalam kitabnya yang berjudul “Tabyiin Kadzibil Muftari Fi Ma Nusiba ilal Imam Abil Hasan al-‘Asy’ariy” رحمه الله bahawa dia telah mendengar asy-Syaikh al-Faqih Abul Fath NashrUllah bin Muhammad bin ‘Abdul Qawi al-Mashishi berkata: “Telah wafat asy-Syaikh Nashr bin Ibrahim al-Maqdisi pada hari Selasa 9 Muharram 490H di Damsyik. Kami telah berdiri (berhenti, berada) di kuburnya selama 7 malam, kami membaca al-Qur’an pada setiap malam dan 20 kali khatam”.

(Al-Hawi lil Fatawa, 2:194)

Ulama’ asy-Syafi’iy dan kebanyakan ustaz-ustaz di nusantara menggunakan dalil berikut untuk melakukan amalan menunggu kubur. Manakala bagi pengikut tarekat, apabila salah seorang ahli tarekat meninggal dunia, mereka akan menunggu di kubur saudaranya itu untuk beberapa malam:

قَالَ الشَّافِعِيُّ رَحِمَهُ اللهُ : وَيُسْتَحَبُّ أنْ يُقْرَأ عِنْدَهُ شَيْءٌ مِنَ القُرآنِ ، وَإنْ خَتَمُوا القُرآنَ عِنْدَهُ كَانَ حَسَنَاً

Terjemahan:

Dan disunatkan membaca di sisinya sesuatu daripada al-Qur’an, dan sekiranya dikhatamkan al-Qur’an di sisinya adalah lebih baik.”

 

Antaranya pendapat Imam an-Nawawi رحمه الله sendiri di dalam Riyadhus Salihin. Selepas menukilkan hadith-hadith di bawah bab:

باب الدعاء للميت بعد دفنه والقعود عند قبره ساعة للدعاء لَهُ والاستغفار والقراءة

“Bab berdoa untuk si mati selepas pengebumian, dan duduk seketika di sisi kuburnya untuk berdoa dan memohon keampunan”

 

Imam an-Nawawi رحمه الله menukilkan kata-kata yang disandarkan kepada al-Imam asy-Syafi’iy رحمه الله sendiri.

Tahqiq:

Membaca al-Qur’an di kuburan ini bid’ah atau khilaf?

Apabila ada pendapat mengatakan tidak boleh membaca al-Qur’an di kubur, ramai yang akan menjawab dengan tuduhan kaum muda, salafi, wahabi dan sebagainya.

Mereka menempelak, “jangan halang kami, kami bermazhab Syafi’iy”, menurut mereka Imam asy-Syafi’iy رحمه الله menukilkan ianya sunat.

Benarkah dakwaan ini?

Syaikh Sayyid Sabiq sendiri menaqalkan di dalam fiqh sunnah bahawa tidak makruh bahkan hukumnya sunat di dalam bab membaca al-Qur’an di kuburan dan ianya adalah pendapat Imam asy-Syafi’iy رحمه الله.

Sebahagian ulama’ menyandarkan kata-kata ini kepada al-Imam asy-Syafi’iy رحمه الله,

 

قَالَ الشَّافِعِيُّ رَحِمَهُ اللهُ : وَيُسْتَحَبُّ أنْ يُقْرَأ عِنْدَهُ شَيْءٌ مِنَ القُرآنِ ، وَإنْ خَتَمُوا القُرآنَ عِنْدَهُ كَانَ حَسَنَاً

Terjemahan:

Dan disunatkan membaca di sisinya sesuatu daripada al-Qur’an, dan sekiranya dikhatamkan al-Qur’an di sisinya adalah lebih baik.”

Tahqiq:

Ini dinafikan oleh sebahagian ilmuan, antaranya Dr Mahir Yasin al-Fahl daripada darul hadith Iraq, dalam komentarnya terhadap Riyadhus Salihin, beliau berpendapat, nukilan bukanlah asal daripada Imam asy-Syafi’iy رحمه الله, tetapi ashabnya. Kemudian beliau meminta kita merujuk kepada kitab al-Majmu’ yang merupakan sebuah lagi karya Imam an-Nawawi رحمه الله. (Riyadus Salihin, tahqiq oleh Dr Maher Yasin al-Fahl 1/477)

Imam an-Nawawi رحمه الله menukilkan di dalam kitabnya al-Majmu’:

يستحب أن يمكث على القبر بعد الدفن ساعة يدعو للميت ويستغفر له

نص عليه الشافعي واتفق عليه الاصحاب قالوا ويستحب أن يقرأ عنده شئ من القرآن وإن ختموا القرآن كان أفضل-5/294

Terjemahan:

Dan disunatkan menunggu seketika di kubur setelah pengebumian, mendoakan si mati dan memohon keampunan baginya. Ini telah dinaskan(disebutkan) oleh Imam asy-Syafi’iy dan dipersetujui oleh ashab. Menurut mereka(ashab): disunatkan membaca di sisinya sesuatu daripada al-Qur’an, dan sekiranya dikhatamkan al-Qur’an di sisinya adalah lebih baik.”

(Al-Majmu’, 5/294)

 

Imam asy-Syafi’iy hanya menyebut sunatnya menunggu seketika untuk mendoakan si mati dan memohon keampunan baginya, pendapat selebihnya ialah dari ashab (kelompok mazhab Syafi’iy).

 

Pendapat muktamad Imam asy-Syafi’iy: 

Pendapat sebenar Imam asy-Syafi’iy رحمه الله mengenai membaca dan mengkhatam Al Qur’an di kubur, nukilan Imam Ibn Kathir رحمه الله di dalam tafsir beliau ketika mentafsirkan ayat وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسانِ إِلَّا مَا سَعى- 

Tidaklah mendapat akan manusia itu melainkan apa yg telah dia usahakan sendiri

(An-Najm:39)

Beliau menyebut:

وَمِنْ هَذِهِ الْآيَةِ الْكَرِيمَةِ اسْتَنْبَطَ الشَّافِعِيُّ رَحِمَهُ اللَّهُ وَمَنِ اتَّبَعَهُ، أَنَّ الْقِرَاءَةَ لَا يَصِلُ إِهْدَاءُ ثَوَابِهَا إِلَى الْمَوْتَى، لِأَنَّهُ لَيْسَ مِنْ عَمَلِهِمْ وَلَا كَسْبِهِمْ وَلِهَذَا لَمْ يَنْدُبْ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُمَّتَهُ وَلَا حَثَّهُمْ عَلَيْهِ وَلَا أَرْشَدَهُمْ إِلَيْهِ بِنَصٍّ وَلَا إِيمَاءٍ، وَلَمْ يُنْقَلْ ذَلِكَ عَنْ أَحَدٍ مِنَ الصَّحَابَةِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ، وَلَوْ كَانَ خَيْرًا لَسَبَقُونَا إِلَيْهِ

Daripada ayat ini, Imam asy-Syafi’iy dan sesiapa yang mengikutinya telah membuat kesimpulan bahawa bacaan yang dihadiahkan kepada si mati tidak sampai pahalanya, kerana ia bacaan bukanlah sebahagian daripada amalan mereka mahupun usaha mereka(si mati). 

Oleh itu Rasulullah ﷺ tidak mensunnahkan ummatnya dan tidak menggalakkan mereka melakukannya, dan baginda tidak pula menunjukkan kepadanya dengan nas dan tidak juga dengan isyarat, dan yang demikian itu tidak pula dinaqalkan daripada para sahabat رضي الله عنهم. Sekiranya ia baik sudah tentulah mereka berlumba-lumba ke arahnya.

(Tafsir Ibnu Kathir, Tahqiq: Muhd Husin Shamsuddin, cetakan dari Kutub al-Ilmiyyah Beirut, 1419H. 7/431)

 

Ulasan/Rumusan:

Amalan menunggu di kubur dan mengkhatam al-Qur’an di kubur untuk mayat adalah bid’ah dan kebetulan amalan ini semakin berkurangan dan kita harapkan semoga ianya akan berkubur begitu sahaja amalan bid’ah ini, insyaAllah.

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Ali Imran: Tafsir Ayat Ke-181 hingga Ke-185

0

Tafsir Surah Ali Imran
Tafsir Ayat Ke-181

Ini adalah syikayah (rungutan) kepada golongan Ahli Kitab yang degil tentang hal infaq.

لَّقَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ فَقِيرٌ وَنَحْنُ أَغْنِيَاءُ سَنَكْتُبُ مَا قَالُوا وَقَتْلَهُمُ الْأَنبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَنَقُولُ ذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ

Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: “Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar”

لَّقَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّذِينَ قَالُوا

Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan

Yang dimaksudkan berkata dalam ayat ini adalah Ahli Kitab. Mereka kata begitu untuk mempersenda dan mengejek-ngejek apabila mereka diminta untuk infaq. Orang Munafik turut mengikut cakap-cakap sebegitu juga. Jadi sekarang Allah ‎ﷻ beritahu apa yang terjadi dahulu (supaya ambil pengajaran jangan jadi seperti mereka).

Apakah kata-kata mereka?

إِنَّ اللَّهَ فَقِيرٌ وَنَحْنُ أَغْنِيَاءُ

Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya.

Alangkah kurang ajarnya mereka dengan kata-kata sebegitu! Mereka kata Allah ‎ﷻ fakir tidak ada duit sehingga harus meminta zakat dan meminta sedekah. Sedangkan apa yang mereka ada itu adalah daripada Allah ‎ﷻ, bukan? Maka layak sekali azab yang akan dikenakan kepada mereka itu.

سَنَكْتُبُ مَا قَالُوا

Kami akan menuliskan perkataan mereka itu

Segala apa yang mereka katakan itu akan ditulis dan akan dibalas dengan azab oleh Allah ‎ﷻ. Apakah mereka sangka mereka cakap apa-apa sahaja dan tidak dipertanggungjawabkan? Tentu tidak! Semua kata-kata kita ini direkodkan dan dinilai.

وَقَتْلَهُمُ الْأَنبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ

dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya,

Bukan itu sahaja kesalahan mereka. Malah mereka telah membuat banyak lagi perkara yang lebih teruk iaitu mereka pernah membunuh nabi-nabi mereka tanpa sebab yang benar.

وَنَقُولُ ذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ

dan Kami akan katakan kepada mereka: “Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar –

Allah ‎ﷻ akan cakap sendiri kepada mereka untuk merasakan seksa yang pedih itu. Kebiasaannya Allah ‎ﷻ tidak berbuat begitu namun di sini Allah ‎ﷻ kata Dia akan kata sendiri kepada mereka begitu, kerana mereka telah mempersenda Allah ‎ﷻ. Apabila Allah ‎ﷻ kata sendiri kepada mereka, itu menambahkan berat azab itu.

Kalimah الْحَرِيقِ adalah jenis pembakaran sehingga selesai, sampai tiada kesan langsung. Namun itu semasa mereka di dunia, sedangkan di akhirat kelak, mereka yang diazab tidak akan mati-mati. Maka itu adalah azab yang amat teruk sekali. Azab yang tiada penghujungnya, tidak berkesudahan sampai bila-bila.

Tafsir Ayat ke-182

Kenapa mereka dikenakan dengan azab yang teruk itu?

ذَٰلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيكُمْ وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِظَلَّامٍ لِّلْعَبِيدِ

(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang – telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya.”

ذَٰلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيكُمْ

yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang – telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri.

Mereka dikenakan dengan azab yang teruk itu kerana salah mereka sendiri, bukan orang lain. Memang layak mereka dikenakan dengan segala azab itu.

وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِظَلَّامٍ لِّلْعَبِيدِ

Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya.”

Allah‎ ﷻ tidak zalim kerana Allah ‎ﷻ balas dengan azab itu semua berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Allah ‎ﷻ sekali-kali tidak pernah dan tidak akan berlaku zalim kepada makhluk-Nya.

Tafsir Ayat ke-183

Ini adalah alasan yang diberikan oleh mereka kenapa mereka tidak boleh ikut dan percaya kepada Nabi Muhammad ﷺ. Mereka menggunakan alasan yang karut.

الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ عَهِدَ إِلَيْنَا أَلَّا نُؤْمِنَ لِرَسُولٍ حَتَّىٰ يَأْتِيَنَا بِقُرْبَانٍ تَأْكُلُهُ النَّارُ قُلْ قَدْ جَاءَكُمْ رُسُلٌ مِّن قَبْلِي بِٱلْبَيِّنَٰتِ وَبِالَّذِي قُلْتُمْ فَلِمَ قَتَلْتُمُوهُمْ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ

Orang-orang (Yahudi itulah) yang berkata: “Sebenarnya Allah telah perintahkan kami, supaya kami jangan beriman kepada seseorang Rasul sehingga dia membawa kepada kami korban yang dimakan api. “Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa Rasul dahulu daripadaku dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang kamu katakan itu. Jadi kenapa kamu membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (seperti apa yang kamu dakwakan itu)?

الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ عَهِدَ إِلَيْنَا

Orang-orang yang berkata: “Sebenarnya Allah telah mengadakan perjanjian dengan kami,

Orang-orang yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah orang Yahudi. Sekarang mereka menggunakan satu alasan yang kononnya mengapa mereka tidak dapat menerima untuk percaya kepada Nabi Muhammad ﷺ. Mereka menggunakan hujah kononnya ada perjanjian mereka dengan Allah ‎ﷻ. Apakah perjanjian yang mereka katakan itu?

نُؤْمِنَ لِرَسُولٍ حَتَّىٰ يَأْتِيَنَا بِقُرْبَانٍ تَأْكُلُهُ النَّارُ

supaya kami jangan beriman kepada seseorang Rasul sehingga dia membawa kepada kami korban yang dimakan api.

Perjanjian yang mereka katakan itu adalah rekaan mereka sahaja. Kononnya mereka kena lihat korban yang dipersembahkan oleh Nabi dan korban itu dibakar dengan api yang turun dari langit. Kata mereka, itulah tanda yang Nabi itu adalah seorang Nabi yang benar. Kalau yang mengaku Nabi tidak boleh buat itu, bukanlah dia seorang Nabi yang boleh diikuti.

Mereka kata Nabi Muhammad ﷺ tidak buat lagi perkara itu dan kerana itu mereka tidak dapat menerima Nabi Muhammad ﷺ. Mereka menggunakan kisah Qabil dan Habil. Dalam kisah itu, korban Habil telah diterima oleh Allah ‎ﷻ (dengan disambar api dari langit sebagai tanda ia diterima) tetapi korban Qabil tidak diterima.

Lafaz قُرْبَانٍ datang daripada perkataan قرب yang bermaksud ‘dekat’. Maknanya ‘kurban’ adalah binatang yang disembelih untuk mendekatkan diri kepada Allah ‎ﷻ.

قُلْ قَدْ جَاءَكُمْ رُسُلٌ مِّن قَبْلِي بِٱلْبَيِّنَٰتِ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa Rasul dahulu daripadaku dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata

Allah ‎ﷻ mengajar Nabi ﷺ bagaimana menjawab hujah yang mereka bawa ini. Beritahu mereka bahawa sudah ramai Rasul yang datang sebelum baginda dengan membawa berbagai-bagai mukjizat. Mereka sudah telah membawa bukti dan mukjizat tetapi masih ramai dalam kalangan mereka yang tidak percaya.

وَبِالَّذِي قُلْتُمْ

dan dengan (korban) yang kamu katakan itu.

Yang kamu minta korban disambar api pun sudah ada diberikan kepada kamu. Namun masih juga golongan kamu menolak Rasul itu.

Pada waktu dahulu mukjizat dengan perkara-perkara ajaib amat banyak sekali. Tujuan diberikan mukjizat dengan perkara yang di luar kebiasaan adalah untuk menunjukkan kebenaran Nabi kerana pada waktu itu mukjizat sebegitu yang sesuai. Namun untuk zaman sekarang, mukjizat bukan dalam bentuk yang boleh dilihat dengan mata.

Kita pun perlukan mukjizat juga dan mukjizat yang masih kekal dalam tangan kita dan kita boleh lihat dan baca sentiasa adalah Al-Qur’an ini yang di tangan kita. Mukjizat yang hebat-hebat dahulu tidak boleh kita lihat pun sekarang, bukan? Namun Al-Qur’an ini sentiasa kita boleh pegang dan lihat, sampai ke hari Kiamat.

فَلِمَ قَتَلْتُمُوهُمْ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ

Jadi kenapa kamu membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar?

Kalau kamu benar-benar mahu beriman, kenapa bunuh juga para Nabi dan Rasul itu? Ini menunjukkan bahawa apa yang mereka katakan itu adalah tidak ikhlas. Mereka cakap itu sebagai alasan untuk menolak sahaja. Ini kerana mereka memang kaum yang amat degil.

Kalaulah Nabi Muhammad ﷺ tunjuk mukjizat disambar api pun, mereka tidak akan beriman juga. Mereka akan memberikan alasan lain pula. Allah ‎ﷻ sudah tahu apa yang ada dalam hati mereka dan apa yang mereka akan buat.

Tafsir Ayat Ke-184

Ayat tasliah (pujukan) kepada Nabi Muhammad ﷺ. Ayat sebelum ini adalah mengenai hujah puak Bani Israel kenapa kononnya mereka tidak boleh beriman dengan Nabi Muhammad ﷺ. Sekarang Allah ‎ﷻ memujuk baginda supaya jangan bersedih dengan hal itu. Memang ini adalah perkara biasa. Para Nabi yang sebelum baginda pun telah melalui perkara yang sama.

فَإِن كَذَّبُوكَ فَقَدْ كُذِّبَ رُسُلٌ مِّن قَبْلِكَ جَاءُوا بِٱلْبَيِّنَٰتِ وَالزُّبُرِ وَٱلْكِتَٰبِ الْمُنِيرِ

Oleh itu, jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad, maka janganlah engkau berdukacita), kerana sesungguhnya Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu telah didustakan juga; mereka telah membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab (nasihat pengajaran), serta Kitab (Syariat) yang terang jelas.

فَإِن كَذَّبُوكَ فَقَدْ كُذِّبَ رُسُلٌ مِّن قَبْلِكَ

Oleh itu, jika mereka mendustakanmu, sesungguhnya Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu telah didustakan juga;

Allah ‎ﷻ memujuk dan menasihati Nabi Muhammad ﷺ supaya jangan berdukacita dengan penolakan daripada mereka. Memang sekarang Nabi Muhammad ﷺ dikatakan berdusta, tetapi ini bukanlah benda yang baru. Para Nabi semenjak dari dahulu lagi zaman berzaman telah melalui perkara yang sama.

Kenapa Allah ‎ﷻ banyak menceritakan kisah penolakan kaum terdahulu? Kepentingan menceritakan perkara ini kepada Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabat adalah bertujuan supaya sejuk sedikit hati mereka dan supaya mereka tahu orang lain sebelum mereka pun telah melaluinya juga. Kalau kita tahu orang lain pun melalui perkara yang sama juga, memang kita akan ada rasa lega sedikit sebenarnya.

جَاءُوا بِٱلْبَيِّنَٰتِ وَالزُّبُرِ

mereka telah membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab

Nabi dan Rasul-Rasul yang sebelum baginda pun sudah membawa pelbagai tanda dan mukjizat untuk ditunjukkan kepada umat mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga ada membawakan kitab-kitab kecil berupa wahyu daripada Allah ‎ﷻ.

وَٱلْكِتَٰبِ الْمُنِيرِ

serta Kitab yang terang jelas.

Bukan sahaja kitab kecil, tetapi kitab-kitab besar yang mengandungi syari’at juga diberikan kepada umat-umat mereka. Sifat kitab-kitab itu adalah mencerahkan yang di sekelilingnya. Membawa keluar manusia daripada kegelapan syirik kepada nur tauhid.

Kalimah ‘al-munir’ datang daripada lafaz nur (cahaya).

Tafsir Ayat Ke-185

Ayat tentang jihad. Semua orang akan mati, maka jangan takut melakukan jihad dan mati atas jalan agama.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَٰعُ الْغُرُورِ

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati,

Setiap yang pernah bernyawa pasti akan mengecapi rasa mati. Yang menarik dalam ayat ini, tidak ada lafaz ‘akan mengecapi kematian’ kerana lafaz ذَائِقَةُ adalah dalam bentuk fa’il – pembuat. Maknanya ia lebih kekal, ia pasti akan berlaku.

Oleh kerana semua kita akan mati, maka semasa hiduplah kena buat keputusan dan beramal sebagai bekalan untuk akhirat. Ambillah peluang yang ada semasa hidup ini untuk beramal. Jangan buang masa sahaja. Antara perkara yang penting adalah belajar agama, luangkan masa untuk belajar di kuliah-kuliah yang banyak diadakan.

Kita bertuah kerana dalam negara kita ini, sangat banyak kelas pengajian yang diadakan di seluruh negara. Kebanyakannya percuma sahaja. Lebih-lebih lagi kalau pengajian itu adalah pengajian sunnah, ia pasti percuma. Pastikan anda mencari kelas pengajian yang berteraskan Al-Qur’an dan Sunnah. Itu yang lebih selamat.

وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ

dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.

Segala amal perbuatan kita, sama ada baik atau buruk, akan dibalas dengan sepenuhnya di akhirat kelak, bukan di dunia. Ini kerana dunia adalah tempat ujian, bukan tempat pembalasan.

Walaupun begitu, ada juga yang Allah ‎ﷻ sudah memberikan sedikit balasan semasa di dunia lagi, seperti rezeki yang bertambah, dapat ketenangan hati, dapat kemenangan dalam perang dan banyak lagi. Namun itu semua sebenarnya adalah sedikit sahaja kalau dibandingkan dengan pembalasan di akhirat nanti.

Ini kerana Allah‎ ﷻ akan balas dengan sepenuhnya di akhirat nanti. Jadi, kalau kita sudah banyak beramal, sudah berusaha menjadi mukmin, tetapi kehidupan biasa sahaja, maka, jangan bersedih. Kalau kebaikan tidak dibalas semuanya di dunia, akan dibalas di akhirat kelak dengan penuh nanti.

فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ

Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya.

Lafaz زُحْزِحَ adalah daripada lafaz yang bermaksud ‘jauh’ – maksudnya akan ada yang dijauhkan dari neraka. Ada yang terus tidak berasa neraka dan ada yang masuk neraka terlebih dahulu. Kita tidak mahu langsung masuk neraka kerana kita hendak jauh sangat dari neraka. Memandangnya pun kita tidak mahu. Tidak sanggup mendengar bunyi neraka dan tidak mahu merasa walau sedikit pun bahang api neraka itu.

Lafaz أُدْخِلَ bermaksud akan ‘dimasukkan’ ke dalam syurga. Maknanya Allah ‎ﷻ yang memasukkan kita. Bukan kita boleh dapat jalan masuk sendiri. Seperti yang kita sepatutnya tahu, kita tidak dapat masuk ke dalam syurga dengan hanya amal ibadat kita, tetapi dengan rahmat Allah ‎ﷻ. Oleh itu, kita amat berharap kepada rahmat Allah ‎ﷻ untuk memasukkan kita ke dalam syurga.

Lafaz فَازَ adalah jenis kejayaan yang diselamatkan daripada kegagalan yang besar, kemudian berjaya. Jadi dari segi maksud, ia lagi besar daripada آفلح.

وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَٰعُ الْغُرُورِ

Dan kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan sementara yang memperdayakan.

Dunia adalah kesenangan yang sangat menipu manusia. Syaitan menggunakan nikmat dunia untuk menipu manusia. Maka, terdapat banyak ayat-ayat dalam Al-Qur’an yang menjelaskan hakikat dunia ini, iaitu ia adalah sementara, menipu, tidak kekal dan sebagainya.

Lafaz الْغُرُورِ bermaksud apabila seseorang mengambil kesempatan ke atas orang lain semasa orang itu sedang lalai. Begitulah sifat dunia. Kita ini semuanya tahu yang kita akan meninggalkan dunia ini juga akhirnya, bukannya tidak tahu, tetapi kita selalu lalai kerana sudah terpesona dengan dunia. Ini kerana dunia ada di depan mata kita dan akhirat itu langsung tidak dapat dilihat dengan mata ini.

Allahu a’lam.

Tahqiq Kitab at Tazkirah Qurthubi: Percepat Pengebumian dan Mayat Berbicara

0

At-Tazkirah Qurthubi
Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi

Kod/Bab 26: Bab Mempercepat Pengebumian dan Mayat Berbicara

(باب الإسراع بالجنازة و كلامها)

26-1 Hadith Abu Said Al Khudri رضي الله عنه (sahih)

البخاري عن أبي سعيد الخدري : كان النبي صلى الله عليه و سلم يقول : إذا وضعت الجنازة و احتملها الرجال على أعناقهم . فإن كان صالحة قالت : قدموني قدموني . و إن كانت غير صالحة قالت : يا ويلها أين تذهبون بها يسمع صوتها كل شيء إلا الإنسان و لو سمعه لصعق

Al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri رضي الله عنه . Bahawa Nabi ﷺ bersabda:
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri رضي الله عنه berkata, telah bersabda Rasulullah ﷺ “Apabila jenazah diletakkan dan diusung oleh kaum lelaki di atas bahu-bahu mereka. Jika ia (yakni jenazah itu) orang soleh, maka ia berkata “Segerakan aku! Segerakan aku!”. Jika ia tidak soleh, maka ia berkata, “Duhai celakalah aku, ke manakah gerangan kamu semua hendak membawaku?” Segala sesuatu dapat mendengar perkataannya kecuali manusia, seandainya ia dapat mendengarnya nescaya ia akan pengsan.” (HR Bukhari: 1253) Cetakan bersama Fathul Bari.

Dorar, no 1380
الراوي : أبو سعيد الخدري | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1380

Fiqh Hadith:
Menurut Imam Ibn Hajar Asqolani رحمه الله , pensyarah Sahih Bukhari, jika ia orang yang kita yakini soleh, akidah yang mantap, beramal dengan sunnah, maka kita kena segerakan pengkebumian dia untuk mendapat nikmat daripada Allah ‎ﷻ , jangan tangguhkan. Umpama orang yang berpuasa, jangan ditangguhkan daripada berbuka.

26-2 Hadith Abu Hurairah رضي الله عنه (Sahih)

البخاري عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : أسرعوا بالجنازة فإن تك صالحة فخير تقدمونها إليه . . و إن تك سوى ذلك فشر تضعونه عن رقابكم خرجه مسلم أيضاً

Al-Bukhari daripada perawi Abu Hurairah رضي الله عنه meriwayatkan pula daripada Nabi ﷺ. Beliau telah bersabda, “Percepatlah kamu sekalian [mengubur] jenazah. Kalau dia orang soleh maka suatu kebaikan telah kamu berikan kepadanya. Dan kalau dia bukan orang soleh, maka ( dengan mempercepat itu ) kamu telah membuang keburukan daripada bahu-bahu kalian.” (Sahih Bukhari [ no.1315] dan juga dalam sahih Muslim).

Fiqh hadith oleh Al Qurthubi:
الإسراع قيل معناه : الإسراع بحملها إلى قبرها في المشي و قيل : تجهيزها بعد موتها لئلا تتغير

“Percepat” maksudnya supaya mempercepat berjalan ketika membawanya ke kuburan. Dan ada pula yang berpendapat, mempercepat dalam mengusungnya setelah nyata mati, sehingga tidak berubah [membusuk].

26-3 Hadith An Nasa’iy, Sahih

رواه النسائي . قال : أخبرنا محمد بن عبد الأعلى قال : حدثنا خالد قال : حدثنا عيينة بن عبد الرحمن قال : حدثني أبي قال : شهدت جنازة عبد الرحمن بن سمرة و خرج زياد يمشي بين يدي السرير ، فجعل رجال من أهل عبد الرحمن و مواليهم يستقبلون السرير و يمشون على أعقابهم و يقولون : رويداً رويداً بارك الله فيكم . فكانوا يدبون حتى إذا كنا ببعض الطريق لحقنا أبو بكرة رضي الله عنه يمشي على بغلة . فلما رأى الذين يصنعون حمل عليهم ببغلته و أهوى عليهم بالسوط . فقال : خلوا فو الذي كرم وجه أبي القاسم لقد رأيتنا مع رسول الله صلى الله عليه و سلم و إنا لنكاد نرمل بها رملاً . فانبسط القوم ، صححه أبو محمد عبد الحق

( HR An-Nasa’iy ) daripada Muhammad bin Abdul A’la, daripada Khalid, daripada Uyainah bin Abdur Rahman, dia berkata, “Telah menceritakan kepadaku ayahku, dia berkata, “Aku telah menyaksikan jenazah Abdur Rahman bin Samurah. Waktu itu Ziyad tampil dengan keranda. Maka beberapa orang laki-laki daripada keluarga Abdur Rahman dan khadam-khadam mereka berada di belakang keranda dan berjalan mengikuti orang-orang seraya berkata, “Perlahan-perlahan, semoga Allah‎ ﷻ memberkahi kalian.”

Mereka mengusung seolah-olah merayap sehingga ketika kami tiba di suatu jalan, kami bertemu dengan Abu Bakrah رضي الله عنه (sahabat) mengendarai seekor baghal ( kacukan antara kuda dan keldai ). Ketika ia melihat orang-orang berjalan seperti itu, maka ia mengejar mereka dengan mencambuk baghalnya, seraya berkata, “Ketepi, demi Allah ‎ﷻ yang telah memuliakan Abu Al-Qasim, sungguh, aku telah melihat ( jenazah ) kami dulu bersama Rasulullah ﷺ , dan kami benar-benar hampir berlari membawanya.” Maka orang-orang pun memberinya jalan”. (Hadith ini dinyatakan sahih oleh Abu Muhammad Abdul Haq*)

Tahqiq:
1311 / عن أبي بكرة قال: لقد رأيتنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم وإنا لنكاد أن نرمل بالجنازة رملاً.
هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه [ وافقه الذهبي, ابن حبان 3043، 3044، أبو داود 3182، 3183، النسائي 1912، 1923، الجنائز 94، صحيح الترغيب 3510 ]

Al Hakim, Al Mustadrak, no 1311, sahih, dipersetujui oleh Az Zahabi, Ibn Hibban, sahihnya, 3043,3044, Abu Daudm 3182, 3183; An Nasa’iy, 1912, 1923, dinilai sahih oleh Al Albani, Ahkam Al Janaiz ms 94 dan sahih At Targhib, 3510.

* Disahihkan oleh Abu Muhammad Abdul Hak Al Isybili, Andalusia, Spain, wafat 581H, Ahkam Syariah Al Syughra, 2/334.

26-4 Hadith Ibn Mas’ud رضي الله عنه (dhaif)

و روى أبو داود من حديث أبي ماجدة عن ابن مسعود قال : سألنا نبيناً محمداً صلى الله عليه و سلم عن المشي في الجنازة . فقال : دون الخبب إن يكن خيراً تعجل إليه و إن يكن غير ذلك فبعداً لأهل النار

( HR Abu Daud ) daripada Hadith Abu Majidah , daripada Ibnu Mas’ud رضي الله عنه , dia berkata, “Kami pernah bertanya kepada Nabi kita Muhammad ﷺ tentang berjalan membawa jenazah, Beliau bersabda:

“Jangan sampai bergoncang. Jika dia orang baik, maka percepatlah kepada kebaikan [kubur]. Jika bukan orang baik, maka [percepatlah] kehinaan bagi ahli neraka.” (Dhaif: Sunan Abu Dawud [3184] dan dinyatakan dhaif oleh Al-Albani.)

Tahqiq:
Ia didhaifkan sendiri oleh Imam Abu Daud:

قال أبو داود وهو ضعيف هو يحيى بن عبد الله وهو يحيى الجابر قال أبو داود وهذا كوفي وأبو ماجدة بصري قال أبو داود أبو ماجدة هذا لا يعرف

Dhaif kerana dua perawi: Yahya Al Jabir, perawi Kufah, dhaif, Abu Majidah Basrah, majhul (tidak ada biodata).

26-5 Ulasan Ibn Abdil Bar mengenai kecepatan berjalan mengusung keranda

ذكره أبو عمر بن عبد البر .
و قال : و الذي عليه جماعة أهل العلم في ذلك الإسراع فوق السجية قليلاً ، و العجلة أحب إليهم من الإبطاء ، و يكره الإسراع الذي يشق على ضعفه من يتبعها . و قال إبراهيم النخعي : نصوا بها قليلاً و لا تدبوا دبيب اليهود و النصارى . السجية : العادة

Terjemahan:
Hadith ini disebutkan pula oleh Abu Umar bin Abdul Barr (koreksi: Ulasan daripada Abu Umar, Yusof bin Abdullah Al Namiri atau dikenali dengan Ibn Abdil Barr, w. 463H, Maliki, Andalusia (أبو عمر يوسف بن عبد الله النمري المعروف بابن عبد البر), dan beliau membuat ulasan, “Padalah yang dipegang oleh sejumlah ahli ilmu adalah, sedikit dipercepat daripada berjalan yang wajar (sajiah*). Dan tergesa-gesa lebih mereka sukai daripada berjalan lambat. Namun demikian, makruh hukumnya berjalan cepat yang sampai menyusahkan orang-orang lemah (orang tua, kanak-kanak, wanita) yang mengikutinya.”

Dan kata Ibrahim An-Nakha’i (Tabi’in Kufah, w.96H), “Percepatlah sedikit ketika membawa jenazah, jangan berjalan merayap seperti yang dilakukan kaum Yahudi dan Nasrani.”

———————
* Sajiyyah (سجية )
Yang dimaksud dengan berjalan wajar [Sajiyyah] ialah berjalan biasa.

Ulasan:
Di Arab Saudi, jenazah yang dibawa keluar dari Masjidil Haram dan An Nabawi (selepas disalatkan) akan diusung dengan laju sekali, sukar untuk mengejarnya.

Popular

Iklan

Iklan