Utama Blog Halaman 242

Mukadimah Bab 5 : Ulum Al-Quran

0

asSalaamu ‘alaikum semua.

Maaf kerana saya mengambil masa yang terlalu lama untuk cuba hidupkan kembali perkongsian di dalam group. In Sya Allah, saya akan usahakan kembali perkongsian di dalam group-group di UiTO bersempena dengan Ramadhan ini.

Walaupun biasanya kita mendengarkan kisah-kisah atau kebiasaan asatizah atau para ulama yang ‘bercuti’ dari perkongsian ilmu ketika Ramadhan, tetapi saya baru-baru ini terbaca sebuah artikel bertajuk

هل ثبت عن السلف أنهم كانوا يتركون مجالس العلم في رمضان؟

yang bermaksud: “ِAdakah tsabit dari amalan para Salah bahawa mereka dahulunya meninggalkan majlis-majlis ilmu di dalam bulan Ramadhan?”*

Artikel ini merungkaikan kelemahan beberapa nukilan yang sering disandarkan kepada sebahagian ulama tentang kenyataan di atas. Benar mereka memberikan perhatian tinggi terhadap al-Quran dan ibadah di bulan Ramadhan, tetapi ia tak bermaksud mereka meninggalkan majlis-majlis ilmu secara mutlak.

Oleh itu, berkadaran dengan kemampuan saya, saya akan mulakan kembali perkongsian di Bilik-bilik UiTO khususnya Ulum Quran, Asas Ilmu Hadits dan Forty Hadits.

Semoga kita diberi kesempatan menemui Ramadhan yang berbaki kurang dari seminggu dan semoga Allah menerima dari kita segala usaha dalam mencari redhaNya walau sekecil apapun ia.

BaarakalLaahu fiikum.

#BroSyariefShares
__
* Bagi penuntut ilmu dan asatizah yang boleh membaca bahasa arab, bolehlah membaca artikel tersebut boleh dibaca di http://www.saaid.net/Doat/alkulify/32.htm

Ulum Quran Bab 1-3

Merujuk kembali kepada kitab, kita sebenarnya telah selesai Bab 1 sehingga Bab 3.

Bab 1 – Pengenalan Ulum al-Quran
Bab 2 – al-Quran
Bab 3 – Wahyu
Bab 4 – Makki dan Madani

Kita sepatutnya akan mula bincangkan bab ke-5 berkenaan apakah Ayat-ayat yang awal turun dan yang terakhir turun.
Tetapi jika terdapat soalan tentang bab-bab yang awal, masih sangat dialu-alukan.

Ulum al-Quran Bab 5

Bab ke-5
Bab ini dinamakan

معرفة أول ما نزل وآخر ما نزل

Yang bermaksud

“Pengetahuan tentang (surah atau surah-surah) yang pertama turun dan (surah-surah) yang terakhir turun”

Ia terbahagi kepada 4 sub-topik:

1. (Surah atau Surah2) Yang pertama turun.
2. (Surah-surah) Yang terakhir turun.
3. (Surah-surah) Yang pertama turun mengikut tema/topik.
4. Faedah-faedah Kajian ini.

Kita akan cuba kupas bab ini dan selesaikan dalam minggu ini juga. Interaksi dari semua sangat digalakkan.

Hadits 44: Orang yang memberi makan adalah sebaik-baik dari kita

0

Susunan : Ustaz Adli Khalim

#SilsilahShahihah: Hadits 44:

*Peluasan Ka`bah dan pembinaan pintu baru baginya

Sebaik-baik kalian adalah orang yang memberi makan.

خيارُكم مَن أطعمَ الطَّعامَ

Diriwayatkan oleh Ibn Sa`d, Al-Hakim, Ath-Thabarani dalam Mu`jam Al-Kabir, Ibn `Asakir.

= = = = = = = = = =

Ulasan:

1. Al-Albani telah membawakan hadits ini tanpa meletakkan tajuk baru, seolah-olah hadits ini masih berada di bawah bab “Peluasan Ka`bah dan pembinaan pintu baru baginya.”

2. Versi panjang hadits ini adalah `Umar pernah berkata kepada Shuhaib: “Engkau adalah lelaki yang sempurna, jika tiada tiga hal pada dirimu.” Shuhaib bertanya: “Apakah ketiga-tiga hal itu?” `Umar menjawab: “(1) Engkau memakai nama kun-yah sedangkan engaku tidak memiliki anak, (2) engkau menggunakan nama `Arab sedangkan engaku orang Romawi, dan (3) engkau mempunya lebihan makanan.” Shuhaib menjawab: “Adapun kata-katamu: (1) Engkau memakai nama kun-yah sedangkan engkau tidak memiliki anak,” sesungguhnya Rasulullah ﷺ yang memberikan kun-yah Abu Yahya kepadaku. Adapun kata-katamu: “(2) Engkau menggunakan nama `Arab sedangkan engkau orang Romawi,” sesungguhnya aku adalah keturunan An-Namr bin Qasith, lalu orang Rowawi dari Al-Mushil menawanku, ketika itu aku adalah anak kecil yang telah tahu nasabku. Adapun kata-katamu: “(3) Engkau mempunya lebihan makanan,” sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: (lalu Shuhaib menyebutkan hadits di atas).

3. Telah silap orang yang menganggap “memberi makan” haruslah dilakukan dalam bentuk kenduri atau jamuan, kerana Rasulullah ﷺ tidak meletakkan syarat demikian. Bahkan sesiapa yang membelikan sebungkus makanan, lalu memberikannya kepada orang yang memerlukan, itu sudah termasuk dalam kategori “memberi makan.”

4. Lebih silap lagi apabila orang berhujah dengan hadits ini untuk membenarkan amalan kenduri arwah. Ketahuilah bahawa Rasulullah ﷺ juga pernah menyaksikan kematian pada zaman baginda, bahkan baginda juga kehilangan orang yang baginda sayang, namun baginda sendiri tidak pernah mengadakan kenduri arwah. Begitu juga dengan para sahabat baginda – radhiyallahu `anhum – selaku golongan yang menyaksikan turunnya Al-Qur’an, golongan yang ditegur oleh Allah ﷻ apabila mereka melakukan kesilapan, golongan yang dipuji oleh Allah ﷻ apabila mereka melakukan kebaikan, ketahuilah bahawa golongan sahabat ini juga tidak pernah mengamalkan dan tidak pernah menganjurkan kenduri arwah.

5. Sebahagian orang yang membenarkan kenduri arwah telah berhujah dengan kalam Asy-Syafi`i rahimahullah tentang wujudnya bid`ah yang mahmudah dan bid`ah mazdmumah, namun tidakkah mereka tahu bahawa Asy-Syafi`i membantah amalan kenduri arwah tersebut? Begitu juga dengan sebahagian `ulama’ Asy-Syafi`iyyah yang lain, turut membantah amalan kenduri arwah. Ternyata `ulama’-`ulama’ salaf tidak memahami hadits baginda tentang anjuran “memberi makan” sebagai mengadakan kenduri arwah. Ini adalah pemahaman yang batil.

KITA TAHU TAPI KITA TAK PEDULI….

0

▶ Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau.

▶ Kita mengetahui, bahawa ucapan “Subhaanallaahi wa bihamdihi” sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

▶Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

▶ Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

▶Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

▶Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

▶Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

▶Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur’an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur’an dalam jadual harian kita.

▶ Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

▶Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.

▶Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

▶Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.

Amalkanlah 12 perkara di atas demi kebahagian kita di dunia dan akhirat.

Sama-sama kita persiapkan diri utk menuju ke syurga abadi seluas langit dan bumi.

Jangan pandang enteng amalan sedekah yang sedikit

0

139. Keduapuluh tiga: Dari ‘Adi bin Hatim r.a., katanya: Saya mendengar Nabi s.a.w. bersabda:

“Takutlah pada – seksa – neraka itu, sekalipun dengan memberikan sedekah potongan kurma.” (Muttafaq ‘alaih)

Dalam riwayat Bukhari dan Muslim, disebutkan lagi, dari ‘Adi bin Hatim, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tiada seorangpun dari engkau semua, melainkan akan diajak berbicara oleh Tuhannya dan antara dia dengan Tuhannya tidak ada seorang tarjumanpun – penyambung kata. Orang itu melihat ke sebelah kanannya, maka tidak ada yang dilihat olehnya kecuali amalan yang telah dilakukannya sebelum itu -dari amalan yang baik – dan juga dia melihat ke sebelah kirinya, maka tidak ada pula yang dilihat olehnya, kecuali amalan yang dilakukan sebelum itu – dari amalan yang buruk. Dia melihat pula antara kedua tangannya, maka tidak ada yang dilihatnya kecuali neraka yang ada di hadapannya. Maka takutlah engkau semua pada – siksa – neraka, sekalipun dengan bersedekah potongan kurma. Kemudian barangsiapa yang tidak menemukan sesuatu untuk disedekahkan, maka bersedekahlah dengan ucapan yang baik saja.”

Cikgu Rahim:
? Jangan pandang enteng dengan amalan sedekah walaupun sedikit. Yang penting, ikhlas…

139» الثالث والعشرون: عن عَدِي بنِ حَاتمٍ رضي الله عنه قَالَ: سمعت النَّبيّ صلى الله عليه وسلم يقول: ((اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بشقِّ تَمْرَةٍ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
وفي رواية لهما عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إلا سَيُكَلِّمُهُ رَبُّهُ لَيْسَ بَينَهُ وَبَيْنَهُ تَرْجُمَانٌ، فَيَنْظُرُ أَيْمَنَ مِنْهُ فَلا يَرَى إلا مَا قَدَّمَ، وَيَنْظُرُ أَشْأَمَ مِنْهُ فَلا يَرى إلا مَا قَدَّمَ، وَيَنظُرُ بَيْنَ يَدَيهِ فَلا يَرَى إلا النَّار تِلقَاءَ وَجْهِهِ، فَاتَّقُوا النَّارَ وَلَو بِشِقِّ تَمْرَةٍ، فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ)).
في هذا الحديث: الحضُّ على الزيادة من صالح العمل، والتقليل من سيء العمل، وأنَّ الصدقة حجاب عن النار، ولو قَلَّت بمال، أو كلام.

Adakah Solat Sunat Tidak Perlu Thoma’ninah?

0

?Betulkah solat sunat tak serigid solat fadhu contohnya tak perlu thoma’ninah

Jawapan Ustaz Adli Khalim:
Saya ingin berbeza pendapat sedikit.

أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ دخلَ المسجدَ ، فدخلَ رجلٌ فصلَّى ، فسلَّمَ على النبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ فَرَدَّ ، وقال : ارجعْ فَصَلِّ ، فإنَّكَ لم تُصَلِّ . فرجعَ يُصلِّي كما صلَّّى ، ثم جاءَ ، فسلَّمَ على النبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ ، فقال : ارجعْ فصَلِّ فإنَّكَ لم تُصَلِّ . ثلاثًا ، فقال : والذي بعثَكَ بالحقِّ ، ما أُحْسِنُ غيرَهُ ، فعَلِّمْنِي ؟ فقال : إذا قمتَ إلى الصلاةِ فكَبِّرْ ، ثم اقرأْ ما تيسَّرَ معكَ من القرآنِ ، ثم ارْكَعْ حتى تطمئِنَّ راكعًا ، ثم ارفعْ حتى تعتدلَ قائمًا ، ثم اسجُدْ حتى تطمئِنَّ ساجدًا ، ثم ارفعْ حتى تطمئِنَّ جالسًا ، وافعلْ ذلكَ في صلاتِكَ كُلِّهَا .
الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 757 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Rasulullah ﷺ pernah masuk ke dalam masjid. Seorang lelaki juga masuk ke dalamnya, lalu dia bersolat. Dia kemudiannya memberi salam kepada Nabi ﷺ, dan baginda menjawabnya. Baginda berkata: “Ulang kembali solatmu, sesungguhnya engkau belum solat.” Lelaki tersebut mengulangi solat sebagaimana solat yang sebelumnya. Kemudian dia berjumpa dan memberi salam kepada Nabi ﷺ, lalu baginda berkata: “Ulang kembali solatmu, sesungguhnya engkau belum solat,” sebanyak 3 kali. Lalu lelaki itu berkata: “Demi Allah yang mengutusmu dengan kebenaran. Aku tidak mampu solat lebih baik daripada ini. Ajarkanlah aku.” Lalu baginda bersabda: “Apabila engkau bangun untuk solat, hendaklah engkau bertakbir. Kemudian engkau bacalah apa yang mudah bagimu daripada Al-Qur’an. Kemudian hendaklah engkau ruku` sehingga engkau thuma’ninah (tenang) dalam keadaan ruku`, kemudian hendaklah engkau bangun (i`tidal) sehingga engkau berdiri tegak. Kemudian, hendaklah engkau sujud sehingga engkau thuma’ninah dalam keadaan sujud, kemudian hendaklah engkau bangun daripada sujud sehingga engkau thuma’ninah dalam keadaan duduk. Lakukanlah seperti ini dalam semua solatmu.” – HR Al-Bukhari, no. 757

Hadits ini menunjukkan orang yang mengerjakan solat sunat dalam keadaan tidak thuma’ninah dianggap belum solat.

Wallahu a`lam.

 

?Apakah maksud hadis dibawah,
Baginda pernah solat diatas kenderaan,adakah baginda Solat sunat?

Daripada Jabir (r.a) katanya:

Rasulullah (SAW) pernah solat di atas kenderaannya dengan menghadap ke mana sahaja kenderaan itu menghadap. Dan apabila baginda hendak melakukan solat fardhu, maka baginda turun dan menghadap ke qiblat.

-Riwayat Bukhari
(Soheh Bukhari Jilid I No. 241 m/s 149)

Jawapan Ustaz Adli Khalim:
Ya, kalau solat fardhu, baginda akan solat di atas tanah. Kalau solat sunat, baginda biasa solat di atas tunggangan yang sedang bergerak.

Syarat 40 Amalan Untuk Ke Syurga

0

138. Keduapuluh dua: Dari Abu Muhammad iaitu Abdullah bin ‘Amr  bin Ash   radhiallahu  ‘anhuma,  katanya:   Rasulullah  s.a.w. bersabda:

“Ada empat puluh perkara, setinggi-tingginya – dalam darjat-nya – ialah memberikan – manihah – kambing. Tiada seorangpun yang mengerjakan salah satu perkara dari empat puluh perkara itu, dengan mengharapkan pahalanya dan mempercayai apa yang dijadikan – oleh Tuhan – melainkan Allah akan memasukkannya ke dalam syurga.” (Riwayat Bukhari)

Manihah ialah memberikan kambing betina pada orang lain agar diperah susunya – binatang yang diberikan tadi, lalu dimakan -yakni diminum, kemudian dikembalikan lagi kepada yang memilikinya, apabila sudah habis susu yang ada di dalam teteknya. Manihah itu dapat berupa kambing dan disebut Manihatul ‘ami atau Manihatusy syaatidan dapat pula berupa unta, lalu disebut Manihatun naaqati.

«138» الثاني والعشرون: عن أبي محمد عبدِ اللهِ بنِ عمرو بن العاصِ- رَضي الله عنهما، قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((أرْبَعُونَ خَصْلَةً: أعْلاَهَا مَنيحَةُ العَنْزِ، مَا مِنْ عَامِلٍ يَعْمَلُ بِخَصْلَة مِنْهَا؛ رَجَاءَ ثَوَابِهَا وتَصْدِيقَ مَوْعُودِهَا، إلا أدْخَلَهُ اللهُ بِهَا الجَنَّةَ)). رواه البخاري.
((المَنيحَةُ)): أنْ يُعْطِيَهُ إِيَّاهَا لِيَأكُلَ لَبَنَهَا ثُمَّ يَرُدَّهَا إِلَيْهِ.
قوله: ((أربعون خصلة)). أي: من البِرّ دون منيحة العنز، كالسلام، وتشميت العاطس، وإماطة الأذى عن الطريق، ونحوذلك من أعمال الخير، قال الله تعالى: {فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ} [الزلزلة: 7].

Doa Mohon Kebaikan Semua Perkara!

0

Daripada Abu Hurairah radhiallahu’anhu: Rasulullah sollallahu’alihi wasallam selalu berdoa (dengan doa ini):

اللُّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أٓمْرِي، وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الّٓتِي فِيهَا مَعَاشِي، وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي إِلَيهَا مَعَادِي، وَاجْعَلِ الحَيَاةٕ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيرٍ، وَاجْعَلِ المَوتَ رٓاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ.

“Ya Allah! Perelokkanlah untukku urusan agamaku yang mana ianya adalah penjagaku, perelokkanlah untukku urusan duniaku yang mana ianya adalah tempat hidupku, perelokkanlah untukku urusan akhiratku yang akan menjadi tempat aku kembali, jadikanlah hidup ini sebagai penambah segala kebaikan untukku, dan jadikanlah mati sebagai kerehatan daripada segala kejahatan untukku”.
[HR Muslim di dalam Sahihnya.]

????

Faedah:
☀Hadith ini menunjukkan baiknya berdoa dengan doa ini kerana ianya merangkumi setiap aspek.

⭐Al-Imam al-Qurthubi berkata:
“Doa yang agung ini menghimpunkan kebaikan dunia dan akhirat, kebaikan agama dan dunia. Sepatutnya bagi setiap yang mendengar hadith tersebut menghafalnya dan berdoa dengan doa tersebut siang dan malam. Sekiranya seseorang berdoa bertepatan dengan waktu mustajab, maka dia akan memperolehi kebaikan dunia dan akhirat”. (Al-Mufhim 7/49).

Suntikan Semangat Kepada Jemaah Masjid Pejalan Kaki

0

UiTO Bilik (08) Riyadhus Solihin
Panel Cikgu Rahim
Moderator: Utz Masran Arshad, Syafni, Nizam Hamid, Zainun Ghazali

137. Keduapuluhsatu: Dari Abdulmundzir iaitu Ubaybin Ka’ab r.a. katanya: “Ada seseorang yang saya tidak mengetahui ada orang lain yang rumahnya lebih jauh lagi daripada orang itu untuk pergi ke masjid. Orang tadi tidak pernah terluput oleh shalat – jamaah. Kemudian kepadanya itu ditanyakan, atau saya sendiri bertanya kepadanya:  Alangkah  baiknya jikalau engkau  membeli  seekor keledai yang dapat engkau naiki apabila malam gelap gulita ataupun di waktu siang yang panasnya amat terik.” Orang itu menjawab:

“Saya tidak senang sekiranya rumahku itu ada di dekat masjid. Sesungguhnya saya ingin sekali kalau perjalananku ke masjid itu dicatat- sebagai pahala, demikian juga pulangku jikalau saya pulang ketempat keluargaku.”

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: “Allah telah mengumpulkan untukmu semua yang kau kehendaki itu – yakni keinginanmu untuk memperoleh pahala banyak itu dikabulkan oleh Allah.”

Riwayat Muslim

Dalam riwayat lain disebutkan:

“Sesungguhnya bagimu adalah pahala apa yang telah engkau amalkan-yakni diperhitungkan menurut banyak sedikitnya langkah yang dijalani dari rumah ke masjid itu.”

Ar-ramdha’ ialah bumi yang terkena panas matahari yang amat terik.

«137» الحادي والعشرون: عن أبي المنذِر أُبيِّ بنِ كَعْب رضي الله عنه، قَالَ: كَانَ رَجُلٌ لا أعْلَمُ رَجلًا أبْعَدَ مِنَ المَسْجِدِ مِنْهُ، وَكَانَ لا تُخْطِئُهُ صَلاةٌ، فَقيلَ لَهُ أَوْ فَقُلْتُ لَهُ: لَوِ اشْتَرَيْتَ حِمَارًا تَرْكَبُهُ في الظَلْمَاء وفي الرَّمْضَاء؟ فَقَالَ: مَا يَسُرُّنِي أنَّ مَنْزِلي إِلَى جَنْبِ المَسْجِدِ إنِّي أريدُ أنْ يُكْتَبَ لِي مَمشَايَ إِلَى المَسْجِدِ وَرُجُوعِي إِذَا رَجَعْتُ إِلَى أهْلِي فَقَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((قَدْ جَمَعَ اللهُ لَكَ ذلِكَ كُلَّهُ)). رواه مسلم.
وفي رواية: ((إنَّ لَكَ مَا احْتَسَبْتَ)).
((الرَّمْضَاءُ)): الأرْضُ التي أصابها الحر الشديد.
في هذا الحديث: دليل على فضل تكثير الخطا إلى الذهاب إلى المسجد، وأنه يكتب له أجر ذهابه إلى المسجد ورجوعه إلى أهله.

Kumpul Harta Dengan Air Liur Dan Ampu Adalah Tanda Kiamat

0

Tanda Kecil Kiamat 56/131
Kumpul Harta Dengan Air Liur Dan Ampu

( اكتساب المال باللسان والتباهي بالكلام)

Antara fenomena kiamat kecil ialah munculnya manusia yang mengumpul harta kekayaan dengan jalan air liur atau cakap-cakap. Contohnya pakar motivasi, pengacaraan, MC, pensyarah, penceramah bebas, consultants…

Juga dengan cara lisan ialah banyak mengampu, yes man.

Ada kisah, Umar bin Saad bin Abi Waqas yang mempunyai hajat kepada ayahnya Saad, dia bermain kata-kata, memuji dan membodek ayahnya, maka Saad berkata, sudahlah, kamu bukanlah terdesak sangat dan kamu tidaklah lebih zuhud dari daku. Aku pernah mendengar Nabi saw bersabda:

سيكون قوم يأكلون بألسنتهم كما تأكل البقرة الأرض

“akan muncul satu kaum yang makan dari hasil air liur mereka seperti lembu yang makam dari apa yang ada di atas “muka bumi
(HR Ahmad, , السلسلة الصحيحة برقم 419

dinilai sahih oleh Albani dan hasan oleh Syaikh Syu’aib Arnaouth.

Juga hadith Abdullah bin Amru ra:

وعن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه عن رسل الله صلى الله عليه وسلم أنه قال:«من اقتراب الساعة أن ترفع الأشرار ويوضع الأخبار ويقبح القول ويحسن العمل وتفري في القوم المساءة»قلت:وما المساءة؟ قال :«ما كتب سوى كتاب الله

Terjemahan: ” Di antara dekatnya Kiamat ialah bila orang jahat dimuliakan, orang baik dihinakan, yang baik dianggap buruk, yang buruk dipandang baik dan al-Masa’ah tersebar di kalangan masyarakat. Lantas di tanya apakah itu al-Masa’ah, jawab baginda, apa yang ditulis selain kitabullah.” HR Tabrani, dinilai sahih sanadnya oleh al-haithami.

الراوي : عبدالله بن عمرو | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد
الصفحة أو الرقم: 7/329 | خلاصة حكم المحدث : رجاله رجال الصحيح‏‏

Syarah:
Tanda Kiamat yang sedang berlaku ialah manusia mengumpul harta dengan air liur, dengan pengacaraan, talk show, raja lawak, nyanyi dan sebagainya, apa jua dengan lisan, juga dengan ampu, bodek, sanjungan batil khususnya kepada pemimpin yang korup. juga tersibarnya al-Masa’ah, apa saja yang ditulis dalam FB, twitter, blog, akhbar…
Tamat Siri Ke-56

Istiqamah

0

~Tadabbur Kalamullah 5 Muharram 1437H~

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita” [Surah al-Ahqaf 13]

#Inilah gambaran Allah swt tentang hebat dan teguh orang-orang yang istiqamah di atas jalan kebenaran. Tiada sebarang kerisauan, keresahan, kebimbangan atau resah gelisah dalam kehidupan mereka kerana pergantungan mereka kepada Allah melebihi segala-galanya.

#Kehidupan mereka sentiasa mendahului Allah dalam segala urusan dan mereka hidup untuk Allah dan sentiasa istiqamah walaupun dihalang dan diancam.

#Berkata Khalifah ‘Umar bin al-Khattab r.a:

“Istiqamah itu ialah kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang”

#Orang yang benar-benar istiqamah mereka akan mempertahankan kebenaran di waktu orang ramai suka dan tidak suka. Juga di waktu kebenaran diterima manusia atau ditolak manusia tanpa mengira samada mempertahankan kebenaran itu mengundang untung atau rugi. Samada dia disukai kerana mempertahankan kebenaran atau dibenci. Tetap di atas landasan kebenaran samada di waktu senang atau susah, waktu kaya atau miskin, di waktu berpangkat atau dihina, diwaktu berjawatan atau kalah dlm pertandingan.

#Seorang sahabat, Sufyan bin Abdillah r.a. pernah bertanya Rasulullah s.a.w: “Ya Rasulullah, beritahuku dalam Islam ini satu perkataan yang aku tidak perlu bertanya sesiapa selain engkau?”. Jawab Nabi s.a.w: “Katakan aku beriman dengan Allah, kemudian kamu beristiqamahlah” (HR Muslim)

#Kebenaran adalah kebenaran. Kebenaran yang berpaksikan al-Quranul karim dan hadis Nabi saw.

♡Istiqamah hingga kemenangan yang dinaungi keredhaan Ilahi♡

?Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Popular

Iklan

Iklan