Utama Bilik (20) Silsilah Hadith Sahih Hadits 44: Orang yang memberi makan adalah sebaik-baik dari kita

Hadits 44: Orang yang memberi makan adalah sebaik-baik dari kita

1505
0
Iklan

Susunan : Ustaz Adli Khalim

#SilsilahShahihah: Hadits 44:

*Peluasan Ka`bah dan pembinaan pintu baru baginya

Sebaik-baik kalian adalah orang yang memberi makan.

خيارُكم مَن أطعمَ الطَّعامَ

Diriwayatkan oleh Ibn Sa`d, Al-Hakim, Ath-Thabarani dalam Mu`jam Al-Kabir, Ibn `Asakir.

= = = = = = = = = =

Ulasan:

1. Al-Albani telah membawakan hadits ini tanpa meletakkan tajuk baru, seolah-olah hadits ini masih berada di bawah bab “Peluasan Ka`bah dan pembinaan pintu baru baginya.”

2. Versi panjang hadits ini adalah `Umar pernah berkata kepada Shuhaib: “Engkau adalah lelaki yang sempurna, jika tiada tiga hal pada dirimu.” Shuhaib bertanya: “Apakah ketiga-tiga hal itu?” `Umar menjawab: “(1) Engkau memakai nama kun-yah sedangkan engaku tidak memiliki anak, (2) engkau menggunakan nama `Arab sedangkan engaku orang Romawi, dan (3) engkau mempunya lebihan makanan.” Shuhaib menjawab: “Adapun kata-katamu: (1) Engkau memakai nama kun-yah sedangkan engkau tidak memiliki anak,” sesungguhnya Rasulullah ﷺ yang memberikan kun-yah Abu Yahya kepadaku. Adapun kata-katamu: “(2) Engkau menggunakan nama `Arab sedangkan engkau orang Romawi,” sesungguhnya aku adalah keturunan An-Namr bin Qasith, lalu orang Rowawi dari Al-Mushil menawanku, ketika itu aku adalah anak kecil yang telah tahu nasabku. Adapun kata-katamu: “(3) Engkau mempunya lebihan makanan,” sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: (lalu Shuhaib menyebutkan hadits di atas).

3. Telah silap orang yang menganggap “memberi makan” haruslah dilakukan dalam bentuk kenduri atau jamuan, kerana Rasulullah ﷺ tidak meletakkan syarat demikian. Bahkan sesiapa yang membelikan sebungkus makanan, lalu memberikannya kepada orang yang memerlukan, itu sudah termasuk dalam kategori “memberi makan.”

4. Lebih silap lagi apabila orang berhujah dengan hadits ini untuk membenarkan amalan kenduri arwah. Ketahuilah bahawa Rasulullah ﷺ juga pernah menyaksikan kematian pada zaman baginda, bahkan baginda juga kehilangan orang yang baginda sayang, namun baginda sendiri tidak pernah mengadakan kenduri arwah. Begitu juga dengan para sahabat baginda – radhiyallahu `anhum – selaku golongan yang menyaksikan turunnya Al-Qur’an, golongan yang ditegur oleh Allah ﷻ apabila mereka melakukan kesilapan, golongan yang dipuji oleh Allah ﷻ apabila mereka melakukan kebaikan, ketahuilah bahawa golongan sahabat ini juga tidak pernah mengamalkan dan tidak pernah menganjurkan kenduri arwah.

5. Sebahagian orang yang membenarkan kenduri arwah telah berhujah dengan kalam Asy-Syafi`i rahimahullah tentang wujudnya bid`ah yang mahmudah dan bid`ah mazdmumah, namun tidakkah mereka tahu bahawa Asy-Syafi`i membantah amalan kenduri arwah tersebut? Begitu juga dengan sebahagian `ulama’ Asy-Syafi`iyyah yang lain, turut membantah amalan kenduri arwah. Ternyata `ulama’-`ulama’ salaf tidak memahami hadits baginda tentang anjuran “memberi makan” sebagai mengadakan kenduri arwah. Ini adalah pemahaman yang batil.

Komen dan Soalan