Utama Bilik (09) Ulum Al-Quran Mukadimah Bab 5 : Ulum Al-Quran

Mukadimah Bab 5 : Ulum Al-Quran

635
0
Iklan

asSalaamu ‘alaikum semua.

Maaf kerana saya mengambil masa yang terlalu lama untuk cuba hidupkan kembali perkongsian di dalam group. In Sya Allah, saya akan usahakan kembali perkongsian di dalam group-group di UiTO bersempena dengan Ramadhan ini.

Walaupun biasanya kita mendengarkan kisah-kisah atau kebiasaan asatizah atau para ulama yang ‘bercuti’ dari perkongsian ilmu ketika Ramadhan, tetapi saya baru-baru ini terbaca sebuah artikel bertajuk

هل ثبت عن السلف أنهم كانوا يتركون مجالس العلم في رمضان؟

yang bermaksud: “ِAdakah tsabit dari amalan para Salah bahawa mereka dahulunya meninggalkan majlis-majlis ilmu di dalam bulan Ramadhan?”*

Artikel ini merungkaikan kelemahan beberapa nukilan yang sering disandarkan kepada sebahagian ulama tentang kenyataan di atas. Benar mereka memberikan perhatian tinggi terhadap al-Quran dan ibadah di bulan Ramadhan, tetapi ia tak bermaksud mereka meninggalkan majlis-majlis ilmu secara mutlak.

Oleh itu, berkadaran dengan kemampuan saya, saya akan mulakan kembali perkongsian di Bilik-bilik UiTO khususnya Ulum Quran, Asas Ilmu Hadits dan Forty Hadits.

Semoga kita diberi kesempatan menemui Ramadhan yang berbaki kurang dari seminggu dan semoga Allah menerima dari kita segala usaha dalam mencari redhaNya walau sekecil apapun ia.

BaarakalLaahu fiikum.

#BroSyariefShares
__
* Bagi penuntut ilmu dan asatizah yang boleh membaca bahasa arab, bolehlah membaca artikel tersebut boleh dibaca di http://www.saaid.net/Doat/alkulify/32.htm

Ulum Quran Bab 1-3

Merujuk kembali kepada kitab, kita sebenarnya telah selesai Bab 1 sehingga Bab 3.

Bab 1 – Pengenalan Ulum al-Quran
Bab 2 – al-Quran
Bab 3 – Wahyu
Bab 4 – Makki dan Madani

Kita sepatutnya akan mula bincangkan bab ke-5 berkenaan apakah Ayat-ayat yang awal turun dan yang terakhir turun.
Tetapi jika terdapat soalan tentang bab-bab yang awal, masih sangat dialu-alukan.

Ulum al-Quran Bab 5

Bab ke-5
Bab ini dinamakan

معرفة أول ما نزل وآخر ما نزل

Yang bermaksud

“Pengetahuan tentang (surah atau surah-surah) yang pertama turun dan (surah-surah) yang terakhir turun”

Ia terbahagi kepada 4 sub-topik:

1. (Surah atau Surah2) Yang pertama turun.
2. (Surah-surah) Yang terakhir turun.
3. (Surah-surah) Yang pertama turun mengikut tema/topik.
4. Faedah-faedah Kajian ini.

Kita akan cuba kupas bab ini dan selesaikan dalam minggu ini juga. Interaksi dari semua sangat digalakkan.

Komen dan Soalan