Utama Blog Halaman 232

Hadits 45: Menyempurnakan Kemuliaan Akhlak

0

Susunan: Ustaz Adli Khalim
#SilsilahShahihah: Hadits 45:

*Peluasan Ka`bah dan pembinaan pintu baru baginya

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan (dalam sebahagian riwayat lain: keshalihan) akhlak.

إنما بعثت لأتمم مكارم (وفي رواية: صالح) الأخلاق

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad no 273, Ahmad, Al-Hakim.

= = = = = = = = = =

Ulasan:

1. Al-Albani telah membawakan hadits ini tanpa meletakkan tajuk baru, seolah-olah hadits ini masih berada di bawah bab “Peluasan Ka`bah dan pembinaan pintu baru baginya.”

2. Sangatlah pelik apabila ada golongan yang kononnya berda`wah kepada Allah dan Rasul-Nya, namun keperibadiannya langsung tidak mencerminkan akhlak Islami. Mencela golongan yang berbeza pendapat dengannya, malah membuat fitnah dan menghukum orang yang berbeza pendapat dengannya sebagai kafir dan sebagainya.

Kepimpinan Orang-Orang Yang Bodoh : Tanda Kiamat Ke-61

0

Tanda Kecil Kiamat Ke-61:

Kepimpinan Orang-Orang Yang Bodoh (امارة السفهاء)

Fiqh politik menetapkan rakyat mendapat kebaikan dari kepimpinan yang baik dan adil, manakala kecelakaan rakyat jika dipimpin oleh pemimpin yang korup dan rosak. Antara tanda Kiamat kecil ialah kepimpinan umat diserahkan kepada pemimpin bodoh sombong yang tidak berada di atas jalan agama. Dalilnya:

فعن جابر بن عبدالله رضي الله عنه ان النبي صلى الله عليه وسلم قال لكعب بن عجرة « اعاذك الله يا كعب من امارة السفهاء» قال وما امارة السفهاء يا رسول الله قال « امراء يوكونوا بعدي لا يهتدون بهديي ولا يستنون بسنتي فمن صدقهم بكذبهم واعانهم على ظلمهم فأولئك ليسوا مني ولست منهم ولا يردون على حوضي ومن لم يصدقهم بكذبهم ولم يعنهم على ظلمهم فاولئك مني وانا منهم و يردون على حوضي يا كعب بن عجرة: الصوم جنة و الصدقة تطفىء الخطيئة و الصلاة قربان – او قال برهان – يا كعب بن عجرة لا يدخل الجنة لحم نبت على سحت ابدا النار اولى به يا كعب بن عجرة الناس غاديان فمبتاع نفسه فمعتقها – او قال موبقه

Hadis Riwayat Jabir ra bahawa Nabi bersabda kepads Kaab bin Ujrah, semuga Allah melindungi kamu dari kepimpinan sufaha’. Kaab bertanya, ” apa itu kepimpinan sufaha’?. Jawab baginda,” yaitu kepimpinnan selepas aku yang tidak ikut hidayah dan sunnah aku. Sesiapa yang membenarkan mereka dengan penyelewengan mereka serta membantu kezaliman mereka maka mereka bukanlah golonganku dan aku bukan golongan mereka. Mereka dihalang dari haudhku. Barangsiapa yang tidak membenarkan mereka atas pembohongan serta tidak menolong mereka atas kezaliman mereka, itulah golonganku, aku termasuk golongan mereka dan menemui daku dihaudhku.
Wahai Kaab, puasa adalah perisai dan sholat adalah sembahan, sesungguhnya tidak akan masuk syurga akan daging yang tumbuh dari yang haram dan neraka adalah selayak baginya.

Wahai Kaab, manusia berpagi hari dengan dua keadaan: tergadai dirinya dan dia menebusnya atau yang terjual dirinya kemudian dia hancur.” HR Ahmad

Tahqiq: disahihkan oleh al-Albani
صححه الشيخ محمد ناصر الدين في صحيح سنن الترمذي وفي السلسلة الصحيحة

War in arabSyarah:
Kepimpinan bodoh sombong atau as-sufaha’ adalah ciri kepimpinan akhir zaman, kata asy-Sya’bi, hari kiamat tidak akan terjadi sehingga ilmu menjadi kebodohan dan kebodohan menjadi ilmu

(لا تقوم الساعة حتى يصير العلم جهلا و الجهل علما)

Kejahilan berleluasa, pemimpin yang bodoh dan orang yang amanah dan baik dicurigai dan dihinakan. WA

Penyusun Kitab Riyadus Solihin

0

Cikgu Rahim:
Penyusun Kitab Riyadus Solihin

Beliau adalah Yahya bin Syaraf bin Hasan bin Husain An-Nawawi Ad-Dimasyqiy, Abu Zakaria. Beliau dilahirkan pada bulan Muharram tahun 631 H di Nawa, sebuah kampung di daerah Dimasyq (Damascus) yang sekarang merupakan ibukota Suriah. Beliau dididik oleh ayah beliau yang terkenal dengan kesalehan dan ketakwaan. Beliau mulai belajar di katatib (tempat belajar baca tulis untuk anak-anak) dan hafal Al-Quran sebelum menginjak usia baligh.

Ketika berumur sepuluh tahun, Syaikh Yasin bin Yusuf Az-Zarkasyi melihatnya dipaksa bermain oleh teman-teman sebayanya, namun ia menghindar, menolak dan menangis karena paksaan tersebut. Syaikh ini berkata bahwa anak ini diharapkan akan menjadi orang paling pintar dan paling zuhud pada masanya dan bisa memberikan manfaat yang besar kepada umat Islam. Perhatian ayah dan guru beliaupun menjadi semakin besar.

An-Nawawi tinggal di Nawa hingga berusia 18 tahun. Kemudian pada tahun 649 H ia memulai rihlah thalabul ilmi-nya ke Dimasyq dengan menghadiri halaqah-halaqah ilmiah yang diadakan oleh paraulama kota tersebut. Ia tinggal di madrasah Ar-rawahiyyah di dekat Al-Jami’ Al-Umawiy. Jadilah thalabul ilmi sebagai kesibukannya yang utama. Disebutkan bahwa ia menghadiri dua belas halaqah dalam sehari. Ia rajin sekali dan menghafal banyak hal. Ia pun mengungguli teman-temannya yang lain. Ia berkata: “Dan aku menulis segala yang berhubungan dengannya, baik penjelasan kalimat yang sulit maupun pemberian harakat pada kata-kata. Dan Allah telah memberikan barakah dalam waktuku.”[Syadzaratudz Dzahab 5/355].

Diantara syaikh beliau: Abul Baqa’ An-Nablusiy, Abdul Aziz bin Muhammad Al-Ausiy, Abu Ishaq Al-Muradiy, Abul Faraj Ibnu Qudamah Al-Maqdisiy, Ishaq bin Ahmad Al-Maghribiy dan Ibnul Firkah. Dan diantara murid beliau: Ibnul ‘Aththar Asy-Syafi’iy, Abul Hajjaj Al-Mizziy, Ibnun Naqib Asy-Syafi’iy, Abul ‘Abbas Al-Isybiliy dan Ibnu ‘Abdil Hadi.

Pada tahun 651 H beliau menunaikan ibadah haji bersama ayahnya, kemudian beliau pergi ke Madinah dan menetap disana selama satu setengah bulan lalu kembali ke Dimasyq. Pada tahun 665 H ia mengajar di Darul Hadits Al-Asyrafiyyah (Dimasyq) dan menolak untuk mengambil gaji.

Beliau digelar Muhyiddin (yang menghidupkan agama) dan membenci gelar ini karena tawadhu’ beliau. Disamping itu, agama islam adalah agama yang hidup dan kokoh, tidak memerlukan orang yang menghidupkannya sehingga menjadi hujjah atas orang-orang yang meremehkannya atau meninggalkannya. Diriwayatkan bahwa beliau berkata:

 “Aku tidak akan memaafkan orang yang menggelariku Muhyiddin.”

Imam An-Nawawi adalah seorang yang zuhud, wara’ dan bertaqwa. Beliau sederhana, qana’ah dan berwibawa. Beliau menggunakan banyak waktu beliau dalam ketaatan. Sering tidak tidur malam untuk ibadah atau menulis. Beliau juga menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, termasuk kepada para penguasa, dengan cara yang telah digariskan Islam. Beliau menulis surat berisi nasehat untuk pemerintah dengan bahasa yang halus sekali. Suatu ketika beliau dipanggil oleh raja Azh-Zhahir Bebris untuk menandatangani sebuah fatwa. Datanglah beliau yang bertubuh kurus dan berpakaian sangat sederhana. Raja pun meremehkannya dan berkata: “Tandatanganilah fatwa ini!!” Beliau membacanya dan menolak untuk membubuhkan tanda tangan. Raja marah dan berkata: “Kenapa !?” Beliau menjawab: “Karena berisi kedhaliman yang nyata.” Raja semakin marah dan berkata: “Pecat ia dari semua jabatannya!” Para pembantu raja berkata: “Ia tidak punya jabatan sama sekali.” Raja ingin membunuhnya tapi Allah menghalanginya. Raja ditanya: “Kenapa tidak engkau bunuh dia padahal sudah bersikap demikian kepada Tuan?” Rajapun menjawab: “Demi Allah, aku sangat segan padanya.”

Imam An-Nawawi meninggalkan banyak sekali karya ilmiah yang terkenal. Jumlahnya sekitar empat puluh kitab, diantaranya:

Dalam bidang hadits: Arba’in, Riyadhush Shalihin, Al-Minhaj (Syarah Shahih Muslim), At-Taqrib wat Taysir fi Ma’rifat Sunan Al-Basyirin Nadzir.Dalam bidang fiqih: Minhajuth Thalibin, Raudhatuth Thalibin, Al-Majmu’.Dalam bidang bahasa: Tahdzibul Asma’ wal Lughat.

Dalam bidang akhlak: At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, Bustanul Arifin, Al-Adzkar.

Kitab-kitab ini dikenal secara luas termasuk oleh orang awam dan memberikan manfaat yang besar sekali untuk umat. Ini semua tidak lain karena taufik dari Allah Ta’ala, kemudian keikhlasan dan kesungguhan beliau dalam berjuang.

Secara umum beliau termasuk salafi dan berpegang teguh pada manhaj ahlul hadits, tidak terjerumus dalam filsafat dan berusaha meneladani generasi awal umat dan menulis bantahan untuk ahlul bid’ah yang menyelisihi mereka. Namun beliau tidak ma’shum (terlepas dari kesalahan) dan jatuh dalam kesalahan yang banyak terjadi pada uluma-ulama di zaman beliau yaitu kesalahan dalam masalah sifat-sifat Allah Subhanah. Beliau kadang men-ta’wildan kadang-kadang tafwidh. Orang yang memperhatikan kitab-kitab beliau akan mendapatkan bahwa beliau bukanlahmuhaqqiq dalam bab ini, tidak seperti dalam cabang ilmu yang lain. Dalam bab ini beliau banyak mendasarkan pendapat beliau pada nukilan-nukilan dari para ulama tanpa mengomentarinya.

Menjaga Kualiti Solat Dengan ‘Bersederhana’: Hadith 142

0

Panel: Cikgu Rahim

142. Dari Aisyah radhiallahu ‘anha bahwasanya Nabi s.a.w. memasuki rumahnya dan di sisi Aisyah itu ada seorang wanita. Beliau s.a.w. bertanya: “Siapakah ini?” Aisyah menjawab: “Ini adalah si Anu.” Aisyah menyebutkan perihal shalatnya wanita tadi – yang sangat luar biasa tekunnya.

Beliau s.a.w. bersabda: “Jangan demikian, hendaklah engkau semua berbuat sesuai dengan kekuatanmu semua saja. Sebab demi Allah, Allah itu tidak bosan – memberi pahala – sehingga engkau semua bosan – melaksanakan amalan itu. Adalah cara melakukan agama yang paling dicintai oleh Allah itu ialah apa-apa yang dikekalkan melakukannya oleh orangnya itu – yakni tidak perlu banyak-banyak asalkan langsung terus.” (Muttafaq ‘alaih)

Mah adalah kata untuk melarang dan mencegah. Maknanya La yamallullahu, ialah Allah tidak bosan, maksudnya bahwa Allah tidak akan memutuskan pahalanya padamu semua atau balasan pada amalan-amalanmu itu ataupun memperlakukan engkau semua sebagai perlakuan orang yang sudah bosan. Hatta tamallu artinya sehingga engkau semua yang bosan lebih dulu, lalu amalan itu ditinggalkan.

Oleh sebab itu sepatutnya engkau semua mengambil amalan itu sekuat tenagamu saja yang sekiranya akan tetap langsung dan kekal melakukannya agar supaya pahalanya serta keutamaannya tetap atas dirimu semua.

«142» وعن عائشة رضي الله عنها: أنَّ النَّبيّ صلى الله عليه وسلم دخل عَلَيْهَا وعِندها امرأةٌ، قَالَ: ((مَنْ هذِهِ؟)) قَالَتْ: هذِهِ فُلاَنَةٌ تَذْكُرُ مِنْ صَلاتِهَا. قَالَ: ((مهْ، عَلَيْكُمْ بِمَا تُطِيقُونَ، فَواللهِ لا يَمَلُّ اللهُ حَتَّى تَمَلُّوا)) وكَانَ أَحَبُّ الدِّينِ إِلَيْهِ مَا دَاوَمَ صَاحِبُهُ عَلَيهِ. مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
وَ ((مهْ)): كَلِمَةُ نَهْي وَزَجْر. ومَعْنَى ((لا يَمَلُّ اللهُ)): لا يَقْطَعُ ثَوَابَهُ عَنْكُمْ وَجَزَاء أَعْمَالِكُمْ ويُعَامِلُكُمْ مُعَامَلةَ المَالِّ حَتَّى تَمَلُّوا فَتَتْرُكُوا، فَيَنْبَغِي لَكُمْ أنْ تَأخُذُوا مَا تُطِيقُونَ الدَّوَامَ عَلَيهِ لَيدُومَ ثَوابُهُ لَكُمْ وَفَضْلُهُ عَلَيْكُمْ.
قال ابن الجوزي: إنما أحَبَّ العمل الدائمَ؛ لأنَّ مداوم الخير ملازم للخدمة.
وقال المصنف: بدوام القليل تستمر الطاعة، بالذكر، والمراقبة والإخلاص، والإقبال على الله.

Hadis 46: Adakah RasuluLlah Telah Mewarnakan Uban?

0

Oleh: Ustaz ADÖULINÉ Lacharouphe

46 – حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ وَكِيعٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبِي، عَنْ شَرِيكٍ، عَنْ عُثْمَانَ بْنِ مَوْهَبٍ، قَالَ: سُئِلَ أَبُو هُرَيْرَةَ: هَلْ خَضَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَ: نَعَمْ.
قَالَ أَبُو عِيسَى: وَرَوَى أَبُو عَوَانَةَ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَوْهَبٍ، فَقَالَ: عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ.

46- Telah bercerita kepada kami Sufyan bin Waki`, dia berkata: Telah bercerita kepada kami bapa saya, daripada Syarik, daripada `Usman bin Mawhab, dia berkata: Telah ditanyakan Abu Hurayrah: Adakah Rasulu Llah telah mewarnakan? Dia berkata: Ya.

Berkata Abu `Isa: Dan Abu `Awanah meriwayatkan hadis ini daripada `Usman bin `Abdi Llah bin Mawhab, dan dia berkata: Daripada Ummi Salamah.

Syarah Adou_Fr:

Hadis ini menyebutkan soalan yang sama seperti di dalam hadis ketiga puluh tujuh, tetapi kali ini yang ditanya ialah Abu Hurayrah. Dan di hujung hadis, Imam At-Tirmizi mengulas bahawa dalam riwayat yang lain, diriwayatkan bahawa `Usman bin Mawhab atau juga disebut `Usman bin `Abdi Llah bin Mawhab, meriwayatkan hadis ini bukan daripada Abi Hurayrah, sebaliknya daripada Ummi Salamah.

Hal ini menunjukkan bahawa apabila Imam At-Tirmizi meriwayatkan hadis ini, dia turut menyebut `illah atau kecacatan di dalam hadis ini, dengan menyebutkan nama sahabiy yang sebenar.

`Usman bin Mawhab dan `Usman bin `Abdi Llah bin Mawhab, ini ialah satu nama yang sangat perlu diperhatikan oleh para pencinta ilmu-ilmu hadis, atau `ulum hadis. Ini kerana di dalam ilmu mengenal rawi hadis, terdapat rawi yang dinasabkan kepada bapanya, dan ada yang dinasabkan kepada datuknya. Ada juga yang dinasabkan kepada kedua-dua bapanya dan juga datuknya, seperti yang dilihat di dalam hadis ini.

`Usman – dalam isnad hadis ini –, dia dinasabkan kepada datuknya, manakala Imam At-Tirmizi menyebutkan nama `Usman dengan dinasabkan kepada bapanya `Abdi Llah, agar pembaca mengetahuï bahawa dua nama ini adalah orang yang sama, serta agar pembaca tidak menganggap bahawa ia ialah dua orang yang berbeza!

Dalam hadis ketiga puluh tujuh, Anas bin Malik menjawab bahawa “Tidak sampai ke situ”, manakala di dalam hadis ini jelas disebut “Ya”, iaitu Nabi telah mewarnakan.

Perbezaan jawaban ini dapat dijelaskan bahawa uban yang ditanya oleh penanya ialah uban putih, manakala uban pada rambut Nabi ialah rambut hitam yang berubah menjadi merah – atau perang –, tetapi tidak sampai menjadi putih. Justeru, di dalam hadis keempat puluh lima sebelum ini, disebut bahawa “Dia berkata: Dan saya telah melihat uban yang merah”, dan dia tidak menyebut “uban yang putih”.

Membaca hadis ini sangat menarik kerana apabila sesuatu hadis itu bercanggah dengan hadis yang lain, ia memerlukan penjelasan, dan ia membuka satu cabang ilmu baru dalam hadis yang disebut (مُخْتَلِفُ الْحَدِيث) Mukhtalifu l-Hadis. Ilmu Mukhtalifu l-Hadis ini bertujuan untuk mencari kesepakatan dalam memahami makna hadis yang pada zahirnya kelihatan bertentangan. Justeru, sebagai penuntut ilmu, apabila kita menemuï sesuatu yang bertentangan di dalam hadis, Ilmu Mukhtalifu l-Hadis ini hendaklah dirujuk terlebih dahulu sebelum kita mengulas atau mengkritik, atau lebih teruk lagi, menolak daripada mempercayaï hadis dek kerana ‘adanya pertentangan’. Sebagai penuntut ilmu, kita hendaklah bersikap jujur dan membaca penjelasan para `ulama’ tentang ‘pertentangan’ ini, agar kita jelas bahawa agama Islam itu tidak bercanggah dan tidak bertentangan.

*******
*******
*******

.

Cikgu Rahim:
Syarah Kitab Syamail Muhammadiyyah oleh Ustaz Adou

https://telegram.me/joinchat/Aly88zwHHL7MgVaL0TpZcg

Sedikit Sekali Bersyukur

0

Tazkirah Harian UiTO:
Sedikit Sekali Bersyukur

Sedang mendengarkan murattal Surah As-Sajdahnya Imam Al-Ghamidi, tetiba tangis pecah pada ayat ke-9,

Cuba buka file mp3 atau murattal Al-Ghamidimu atau siapapun imam yang kamu idolakan atau boleh buka di youtube, dengar baik-baik, bila perlu sambil buka mushaf Qur’anmu pada surah As-Sajdah dengan terjemah atau tafsirnya,

“Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh) nya ruh (ciptaan) -Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur.”
(Q.S As-sajdah [32]: 9)

Ya Allah, betapa pendengaran, penglihatan dan hati yang telah engkau berikan sudah terlalu banyak tergunakan untuk sesuatu yang sia-sia dan tak ada manfaatnya bahkan tercela. Betapa dengannya sedikit sekali diri ini mengingatMu, sedikit sekali berterima kasih kepadaMu.

Allahummaghfirli watub ‘alayya, innaka antattawwabul ghafur…

Berlaku Sederhana Dalam Beribadat

0

Panel: Cikgu Rahim
Bab: Berlaku Sederhana Dalam Beribadat

Allah Ta’ala berfirman:

“Tidaklah Kami turunkan al-Quran itu padamu – hai Muhammad agar engkau mendapat celaka.” (Thaha: 1-2)

Allah Ta’ala berfirman lagi:

“Allah menghendaki kemudahan padamu semua dan tidak menghendaki kesukaran untukmu semua.”(al-Baqarah: 185)

باب الاقتصاد في الطَّاعَة:
قَالَ الله تَعَالَى: {طه * مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى} [طه: 1، 2].
أي: لتتعب الاقتصادُ: التوسُّط في العبادة إبقاء للنفس، ودفعًا للملل؛ لأنَّ النفس كالدابة إذا رَفق بها صاحبها حصل مراده، وإن أتعبها انقطعت.
قال الضحاك: لما أنزل الله القرآن على رسوله صلى الله عليه وسلم قام به هو وأصحابه فقال المشركون من قريش: ما أُنزل هذا القرآن على محمد إلا ليشقى. فأنزل الله تعالى: {طه * مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى * إِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى} [طه: 1: 3].
قال قتادة: لا والله ما جعله شقاء، ولكن جعله رحمة ونورًا ودليلًا إلى الجنة.
قال مجاهد: هي كقوله: {فَاقْرَؤُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ} [المزمل: 20]. وكانوا يعلقون الحبال بصدورهم في الصلاة.
وَقالَ تَعَالَى: {يُرِيدُ اللهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ} [البقرة: 185].
نزلت هذا الآية في جواز الفطر في السفر، وهي عامة في جميع أمور الدين كما قال تعالى: {وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ} [الحج: 78].

JOM PUASA ESOK :)

0

Tazkirah Harian UiTO:
JOM PUASA ESOK 🙂

حَدَّثَنِي أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ ، قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ! إِنَّكَ تَصُومُ حَتَّى لَا تَكَادَ تُفْطِرُ ، وَتُفْطِرُ حَتَّى لَا تَكَادَ أَنْ تَصُومَ ، إِلَّا يَوْمَيْنِ إِنْ دَخَلَا فِي صِيَامِكَ وَإِلَّا صُمْتَهُمَا ، قَالَ : ” أَيُّ يَوْمَيْنِ ؟ ” , قُلْتُ : يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ ، قَالَ : ” ذَانِكَ يَوْمَانِ تُعْرَضُ فِيهِمَا الْأَعْمَالُ عَلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ “

Usamah bin Zaid radiallahu ‘anhu berkata: Ya Rasulullah. Engkau kadangkala berpuasa sehingga engkau tidak mahu berbuka, engkau berbuka sehingga engkau tidak mahu berpuasa melainkan pada dua hari. Jika dua hari itu termasuk dalam hari puasa engkau, dan jika tidak, engkau tetap berpuasa (pada dua hari itu). Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: Dua hari apa? Usamah menjawab: Hari Isnin dan Khamis. Baginda menjawab: Dua hari itu adalah hari dibentangkan amalan kepada Tuhan semesta alam. Aku suka amalan aku dibentangkan ketika aku berpuasa. [Sunan an-Nasaie, Kitab al-Siyam, hadis no: 2328]

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” سُئِلَ عَنْ صَوْمِ الِاثْنَيْنِ ” ، فَقَالَ : ” فِيهِ وُلِدْتُ ، وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَيَّ

Abu Qatadah al-Ansori radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab: Aku dilahirkan pada hari itu, dan wahyu diturunkan kepada ku pada hari itu. [Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, hadis no: 1985]

Fenomena Mati Mengejut : Tanda Kiamat Ke-60

0

THTL al-Jazani توان حسن:

Tanda Kecil Kiamat 60/131: Fenomena Mati mengejut
(موت الفجأة )

Dalilnya:

أن من أمارات الساعة أن يظهر موت الفجأة
رواه الطبراني في الصغير والأوسط وحسنه الألبلني في صحيح الجامع (5775)

Dari Anas, bahawa Nabi saw bersabda,” Di antara tanda-tanda dekatnya Kiamat ialah munculnya fenomena mati mengejut”. HR Tabrani, disahihkan oleh al-Albani, sahihul Jaami’, no 5775

Zaman salaf, kematian biasanya ada tanda-tandanya seperti sakit berat, di mana pesakit mempunyai masa untuk berpesan, menulis wasiat, dikelilingi anak isteri, sempat bertaubat dan sempat mengucapkan dua kalimah syahadah. Namun pada akhir zaman adalah sebaliknya di mana lebih banyak fenomena mati mengejut. Serangan jantung, kecelakaan lebuhraya, tanah runtuh, tsunami, serangan pengganas dan kemalangan melibatkan pesawat.

Pengajaran: Di Akhir zaman, bersiap siagalah sentiasa untuk kematian kerana ia datang dengan mengejut, baik di lebuhraya, di udara atau penyakit moden yang mana anda akan mati secara tiba-tiba. WA

S4: Fiqh Ingkar (pencegahan) Yang Sahih

2

WACANA UITO: ISLAM ANUTAN VS ISLAM WARISAN

Soalan 4:
? Bagaimanakah cara untuk menangani amalan-amalan tradisi, seperti bacaan Yasin pada malam Jumaat, tahlil arwah keluarga sendiri, amalan cukur jambul (anak kita sendiri tapi ayah kita yang berkeras untuk buat) dengan cara berhikmah dan tidak menimbulkan konflik?

4⃣ Cara berdepan dengan amalan tradisi/bid’ah dalam masyarakat
Amalan baca Yasin, tahlil arwah, cukur jambul adalah punca sengketa kaum muda vs kaum tua tahun 1950’an lagi. Impaknya berlakulah krisis yang perpanjangan hingga sekarang, lantas majlis fatwa negeri-negeri antaranya selangor, negeri sembilan telah mewartakan orang Islam tidak boleh mempersoalkan perkara-perkara tersebut kerana ia isu khilafiah.

Oleh kerana krisis ini telah berlaku sejak dulu, maka kita biarlah ia dalam keadaan demikian, yakni islam anutan tidak melakukan amalan tersebut sedaya mungkin untuk keluarganya. kena berusaha sedaya mungkin untuk mengelakkannya dengan menjelaskan kepada orang tua kita. Ini kerana tidak ada ketaatan kepada orang tua dalam isu bid’ah. Cuma anda kena budget atau congak, sejauh mana power yang anda miliki sebagaimana hadith:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Terj:”Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah ia mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.” (HR Muslim, no.70, lidwa, jalur Abu Sa`iid al-Khudri ra)

Fiqh Ingkar:
Fiqh ingkar (pencegahan) yang sahih:
1. Tiga tahap pencegahan ini terpakai atau valid untuk semua orang tanpa mengira kedudukan sosial dan politik mereka. Semua orang Islam boleh menggunakan tiga tahap pencegahan mungkar (tangan/lisan/hati) bergantung kepada situasi dan kondisi sahaja.

2. Pencegahan mungkar bergantung kepada circle of concern (lingkungan perihatin) dan circle of influence (lingkungan pengaruh); jika anda memiliki lingkungan pengaruh, anda boleh saja menggunakan tangan dan lisan, misalnya, anak dan isteri anda, adik-adik anda), manakala lingkungan perihatin, kebanyakannya hanyalah hati sahaja. (tambahan dari buku Steven Covey)

3. Tidak semua kemungkaran perlu dirubah dengan tangan, tapi harus didahulukan dengan hati dan kemudian lisan. Kata syed Qutb, kebencian hati kepada kemungkaran asas perubahan.

4. Kemungkaran diubah dengan bertahap (tadarruj), hati, lisan (lisan: dimulakan dengan kelembutan kemudian dengan keras). Tangan adalah jalan terakhir.

5. Berbuat kebajikan, suruhan kepada yang makruf diutamakan sebelum mencegah mungkar.

Dalil:
AQT 3:104 [Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar]

6. Tidak boleh merubah kemungkaran dengan tangan tanpa merubahnya dulu dengan lisan dan hati. Hati itu asas perubahan.

7. Tidak boleh merubah kemungkaran dan membiarkan kemungkaran yang lain

8. Tidak boleh merubah kemungkaran yang mengakibatkan muncul kemungkaran lain yang lebih besar;

9. Pencegahan mestilah dengan kekuatan data dan statistik bukan sangkaan/persepsi, contohnya, peratus umat Islam yang merokok, peratus wanita islam yang free hair, peratusan kes bersekedudukan, peratusan kes-kes murtad..

10. Kemungkaran yang meluas hendaklah disebarkan kepada massa, dalil:

AQT 9:115 [Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum, sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka sehingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi]

11. Bila kekerasan digunakan? AQT 66:09 [dan bersikap keraslah terhadap mereka]
Kekerasan sekadar yang diperlukan saja, pepatah arab: “budak dipukul dengan rotan, orang dewasa memadai dengan ungkapan.”

12. Bersikeras terhadap isteri vs anak sendiri; si isteri memadai dipukul dengan kayu sugi, manakala anak boleh dipukul dengan rotan.

13. Bersikap keras dengan lisan diutamakan dari bersikap keras dengan tangan.

14. Merubah dengan tangan tidak boleh kecuali terhadap kemungkaran yang jelas disepakati sebagai mungkar.

15. Jangan sampai ingin merubah kemungkaran, lalu meletus kemungkaran yang lebih.

Popular

Iklan

Iklan