Utama Bilik Seminar Mingguan S4: Fiqh Ingkar (pencegahan) Yang Sahih

S4: Fiqh Ingkar (pencegahan) Yang Sahih

115
2

WACANA UITO: ISLAM ANUTAN VS ISLAM WARISAN

Soalan 4:
? Bagaimanakah cara untuk menangani amalan-amalan tradisi, seperti bacaan Yasin pada malam Jumaat, tahlil arwah keluarga sendiri, amalan cukur jambul (anak kita sendiri tapi ayah kita yang berkeras untuk buat) dengan cara berhikmah dan tidak menimbulkan konflik?

4⃣ Cara berdepan dengan amalan tradisi/bid’ah dalam masyarakat
Amalan baca Yasin, tahlil arwah, cukur jambul adalah punca sengketa kaum muda vs kaum tua tahun 1950’an lagi. Impaknya berlakulah krisis yang perpanjangan hingga sekarang, lantas majlis fatwa negeri-negeri antaranya selangor, negeri sembilan telah mewartakan orang Islam tidak boleh mempersoalkan perkara-perkara tersebut kerana ia isu khilafiah.

Oleh kerana krisis ini telah berlaku sejak dulu, maka kita biarlah ia dalam keadaan demikian, yakni islam anutan tidak melakukan amalan tersebut sedaya mungkin untuk keluarganya. kena berusaha sedaya mungkin untuk mengelakkannya dengan menjelaskan kepada orang tua kita. Ini kerana tidak ada ketaatan kepada orang tua dalam isu bid’ah. Cuma anda kena budget atau congak, sejauh mana power yang anda miliki sebagaimana hadith:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Terj:”Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah ia mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.” (HR Muslim, no.70, lidwa, jalur Abu Sa`iid al-Khudri ra)

Fiqh Ingkar:
Fiqh ingkar (pencegahan) yang sahih:
1. Tiga tahap pencegahan ini terpakai atau valid untuk semua orang tanpa mengira kedudukan sosial dan politik mereka. Semua orang Islam boleh menggunakan tiga tahap pencegahan mungkar (tangan/lisan/hati) bergantung kepada situasi dan kondisi sahaja.

2. Pencegahan mungkar bergantung kepada circle of concern (lingkungan perihatin) dan circle of influence (lingkungan pengaruh); jika anda memiliki lingkungan pengaruh, anda boleh saja menggunakan tangan dan lisan, misalnya, anak dan isteri anda, adik-adik anda), manakala lingkungan perihatin, kebanyakannya hanyalah hati sahaja. (tambahan dari buku Steven Covey)

3. Tidak semua kemungkaran perlu dirubah dengan tangan, tapi harus didahulukan dengan hati dan kemudian lisan. Kata syed Qutb, kebencian hati kepada kemungkaran asas perubahan.

4. Kemungkaran diubah dengan bertahap (tadarruj), hati, lisan (lisan: dimulakan dengan kelembutan kemudian dengan keras). Tangan adalah jalan terakhir.

5. Berbuat kebajikan, suruhan kepada yang makruf diutamakan sebelum mencegah mungkar.

Dalil:
AQT 3:104 [Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar]

6. Tidak boleh merubah kemungkaran dengan tangan tanpa merubahnya dulu dengan lisan dan hati. Hati itu asas perubahan.

7. Tidak boleh merubah kemungkaran dan membiarkan kemungkaran yang lain

8. Tidak boleh merubah kemungkaran yang mengakibatkan muncul kemungkaran lain yang lebih besar;

9. Pencegahan mestilah dengan kekuatan data dan statistik bukan sangkaan/persepsi, contohnya, peratus umat Islam yang merokok, peratus wanita islam yang free hair, peratusan kes bersekedudukan, peratusan kes-kes murtad..

10. Kemungkaran yang meluas hendaklah disebarkan kepada massa, dalil:

AQT 9:115 [Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum, sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka sehingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi]

11. Bila kekerasan digunakan? AQT 66:09 [dan bersikap keraslah terhadap mereka]
Kekerasan sekadar yang diperlukan saja, pepatah arab: “budak dipukul dengan rotan, orang dewasa memadai dengan ungkapan.”

12. Bersikeras terhadap isteri vs anak sendiri; si isteri memadai dipukul dengan kayu sugi, manakala anak boleh dipukul dengan rotan.

13. Bersikap keras dengan lisan diutamakan dari bersikap keras dengan tangan.

14. Merubah dengan tangan tidak boleh kecuali terhadap kemungkaran yang jelas disepakati sebagai mungkar.

15. Jangan sampai ingin merubah kemungkaran, lalu meletus kemungkaran yang lebih.

2 KOMEN

  1. Kenapa nak halang orang dari buat kebaikan. Yassin kan sebahagian alQuran? Kenapa perlu dicegah amalan membaca AlQuran yang dikhususkan?
    Bukankah ini perkara baik?

    &apakah amalan ini bertentangan dengan sunnah sedangkan bagi penghafaz alQuran mengulang secara rutin akan menguatkan hafazan?

Komen dan Soalan