Utama Tazkirah Admin JOM PUASA ESOK :)

JOM PUASA ESOK :)

108
0

Tazkirah Harian UiTO:
JOM PUASA ESOK 🙂

حَدَّثَنِي أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ ، قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ! إِنَّكَ تَصُومُ حَتَّى لَا تَكَادَ تُفْطِرُ ، وَتُفْطِرُ حَتَّى لَا تَكَادَ أَنْ تَصُومَ ، إِلَّا يَوْمَيْنِ إِنْ دَخَلَا فِي صِيَامِكَ وَإِلَّا صُمْتَهُمَا ، قَالَ : ” أَيُّ يَوْمَيْنِ ؟ ” , قُلْتُ : يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ ، قَالَ : ” ذَانِكَ يَوْمَانِ تُعْرَضُ فِيهِمَا الْأَعْمَالُ عَلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ “

Usamah bin Zaid radiallahu ‘anhu berkata: Ya Rasulullah. Engkau kadangkala berpuasa sehingga engkau tidak mahu berbuka, engkau berbuka sehingga engkau tidak mahu berpuasa melainkan pada dua hari. Jika dua hari itu termasuk dalam hari puasa engkau, dan jika tidak, engkau tetap berpuasa (pada dua hari itu). Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: Dua hari apa? Usamah menjawab: Hari Isnin dan Khamis. Baginda menjawab: Dua hari itu adalah hari dibentangkan amalan kepada Tuhan semesta alam. Aku suka amalan aku dibentangkan ketika aku berpuasa. [Sunan an-Nasaie, Kitab al-Siyam, hadis no: 2328]

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” سُئِلَ عَنْ صَوْمِ الِاثْنَيْنِ ” ، فَقَالَ : ” فِيهِ وُلِدْتُ ، وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَيَّ

Abu Qatadah al-Ansori radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab: Aku dilahirkan pada hari itu, dan wahyu diturunkan kepada ku pada hari itu. [Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, hadis no: 1985]

Komen dan Soalan