Utama Bilik (20) Silsilah Hadith Sahih Hadits 45: Menyempurnakan Kemuliaan Akhlak

Hadits 45: Menyempurnakan Kemuliaan Akhlak

118
0

Susunan: Ustaz Adli Khalim
#SilsilahShahihah: Hadits 45:

*Peluasan Ka`bah dan pembinaan pintu baru baginya

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan (dalam sebahagian riwayat lain: keshalihan) akhlak.

إنما بعثت لأتمم مكارم (وفي رواية: صالح) الأخلاق

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad no 273, Ahmad, Al-Hakim.

= = = = = = = = = =

Ulasan:

1. Al-Albani telah membawakan hadits ini tanpa meletakkan tajuk baru, seolah-olah hadits ini masih berada di bawah bab “Peluasan Ka`bah dan pembinaan pintu baru baginya.”

2. Sangatlah pelik apabila ada golongan yang kononnya berda`wah kepada Allah dan Rasul-Nya, namun keperibadiannya langsung tidak mencerminkan akhlak Islami. Mencela golongan yang berbeza pendapat dengannya, malah membuat fitnah dan menghukum orang yang berbeza pendapat dengannya sebagai kafir dan sebagainya.

Komen dan Soalan