Utama Blog Halaman 227

SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG TIDAK DISENGAJAKAN (Bhg. 04)

0

Ilmu Asas Hadis

#050616 02.09.04 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي) – Persoalan Hadits Palsu

Susunan: BroSyarief

SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG TIDAK DISENGAJAKAN (Bhg. 04)

04 Periwayat Yang Diuji Dengan Orang-orang Yang Khianat Pada Penulisan Mereka Atau Orang-orang Itu Menyebutkan (secara Talqin) Apa yang Sebenarnya Bukan Hadits Mereka

Terdapat sebahagian periwayat hadits yang diuji kerana kurang prihatin terhadap mereka yang bermasalah di sekililingnya, sama ada ahli keluarga sendiri, atau jiran, atau tukang tulis, dan lain-lain.

Lalu, orang-orang ini dengan liciknya memasukkan hadits-hadits palsu di dalam kitab-kitab mereka atau mereka menyebutkan hadits-hadits palsu disandarkan kepada mereka, dalam keadaan mereka tidak menyedari akan apa yang berlaku, sehingga mereka menyangkakan hadits-hadits itu adalah hadits mereka.

Di antara periwayat-periwayat tersebut, ialah:

1. Hammad ibn Salamah ibn Diinaar al-Bashriy (w.167H) merupakan seorang yang tsiqah, dan hafalannya berubah di hujung usianya.

Ibnul Jauzi menukilkan dari Ibn ‘Adiy, bahawa Ibn Abi al-‘Awja yang merupakan anak tiri kepada Hammad ibn Salamah; dia dahulu sering menyelitkan ke dalam kitab-kitabnya, hadits-hadits.

[al-Mawdhu’aat]

2. Qays ibn al-Rabi’ al-Kuufi (w.167H@168H) dinilai sebagai Shoduq (yakni: boleh diterima) tetapi berubah hafalannya.

Ibn Hibban menyebutkan, “Aku melihat dia seorang yang Shoduq ketika dia masih muda, tetapi apabila dia tua, hafalannya menjadi kacau.

Ditambah pula dia diuji dengan seorang anaknya yang bermasalah, di mana dia memasukkan (tambahan-tambahan) ke dalam hadits, lalu dia menyebutkan ia adalah hadits-haditsnya kerana yakin dengan anaknya”

[al-Majruhiin]

3. ‘Abdullah ibn Muhammad ibn Rabi’ah al-Khurasaani, dia disebutkan oleh Ibn Hibban, mempunyai seorang anak yang bermasalah, menambah-nambah hadits pada periwayatannya dari Malik, Ibrahim ibn Sa’d dan selain mereka.

Dan katanya lagi,

كان تقلب له الأخبار فيجيب فيها كان آفته ابنه

Periwayatan hadits-haditsnya diubah-ubah, kemudian dia menjawab (menyetujui bacaan hadits tersebut), sedangkan punca penyakit (bercampurnya hadits palsu) adalah anaknya.

[al-Majruhiin]

4. ‘Abdullah ibn Salih (w.223H), merupakan salah seorang penulis kepada al-Layts ibn Sa’d, dia diterima tetapi banyak tersilap. Berlaku kesalahan pada hadits-haditsnya dari jalur periwayatan melalui salah seorang jirannya yang bermasalah.

Ibn Khuzaimah menyebutkan mengenai periwayat ini,

كان له جار بينه وبينه عداوة ، فكان يضع الحديث على شيخ عبد الله بن صالح ،

Dahulu Abdullah seorang jiran yang mempunyai permusuhan di antara mereka berdua, lalu dia suka mereka hadits yang disandarkan kepada guru kepada ‘Abdullah ibn Salih

ويكتب في قرطاس بخط يشبه خط عبد الله بن صالح ، ويطرح في داره في وسط كتبه ،

Dia tuliskan (hadits tersebut) di atas sehelai kertas dengan tulisan menyerupai tulisan ‘Abdullah ibn Salih dan meletakkannya di rumah ‘Abdullah, di tengah-tengah buku-bukunya.

فيجده عبد الله ، فيحدث به فيتوهم أنه خطه وسماعه.

Lalu ‘Abdullah menemuinya dan menyampaikan hadits itu dengan sangkaan itu adalah tulisannya dan (hadits itu adalah) dari pendengarannya (dari gurunya)

[al-Mawdhu’aat]

Dan banyak lagi contoh-contoh periwayat lain di mana mereka ini semuanya diuji dengan orang-orang yang rosak sikap mereka.

Syaitan mendorong mereka untuk mengubah-ubah pada kitab-kitab periwayat hadits tersebut, mengambil kesempatan terhadap kelalaian atau kepercayaan mereka, lalu merosakkan hadits-hadits mereka sehingga hadits-hadits ditinggalkan (oleh para ulama hadits).

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

 


#NotaUlangKaji Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 01.01 Muqaddimah Asas Ilmu Hadits

Susunan: BroSyarief 

Terdapat dua perspektif penting yang perlu diperhatikan sebelum memulakan perjalanan mengenal Asas Ilmu Hadits : 

1) Niat
2) Objektif

IKHLAS 

Terdapat dua syarat utama amal kita diterima di akhirat nanti: IKHLAS & TEPAT. 

Sebagaimana kita berusaha untuk IKHLAS dalam urusan-urusan ibadah kita yang lain, kita juga berusaha untuk IKHLAS dalam menuntut ilmu agar segalanya menjadi pelaburan untuk hari akhirat kelak.

IKHLAS yang asal merujuk kepada urusan hati yang fokus HANYA kepada Allah ‘azza wa jalla.

Bukan seperti konotasi yang biasa difahami di kalangan melayu, iaitu IKHLAS ialah melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan. 

Sehinggakan setiap kali kita melakukan satu kebaikan kepada seseorang, kita perlu mengucapkan ‘Saya ikhlas ni..!’ untuk mengelak disalah-fahami sebagai meminta timbal-balik.

Kerana penilaian mutlak IKHLAS adalah antara kita dengan Allah.

Kita berdoa memohon kepada Allah, dengan bulatnya keIKHLASan kita dalam usaha menuntut ilmu ini akan benar-benar membuka ruang untuk lebih banyak kefahaman tembus dan lebih aktif amal terlaksana.

OBJEKTIF MEMPELAJARI ILMU HADITS 

Jika dikaji kitab-kitab Mustolah atau Ulum Hadits, mereka akan menyebutkan objektif-objektif yang bersifat ‘Ultimate-End’ atau ‘Jangka masa panjang’. 

Seperti dapat membezakan antara hadits-hadits yang bermasalah ataupun tidak, dan lain-lain.

Adapun untuk perkongsian yang asas seperti ini, saya meletakkan garis objektif yang sedikit berbeza yang bersifat praktikal buat masa ini: 

1) Membiasakan diri dan memahami garis panduan asas perbincangan ilmu dan mustolah hadits.

2) Menyedari dan menghayati kegigihan serta besarnya jasa para ilmuan hadits untuk memastikan kita merasakan nikmat sunnah dalam kehidupan kita.

3) Menimbulkan rasa waspada dan takut untuk sembarangan memberi komentar akan hadits dan sunnah Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam dalam keadaan kita tak mempunyai asas mengenainya, apa lagi dalam hal-hal yang mendalam berkaitan hadits Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam. 

WalLaahu a’lam 

#BroSyariefShares 

Selingan Wacana Fiqh Politik Fasa 2

0
THTL dan Utz Adou Al-Fikrah.net

 

NOTA WACANA FIQH POLITIK SIRI 1

https://staging-01.uito.org/2015/06/01/wacana-siri-ke-4-fiqh-politik-menurut-al-quran-sunnah-2/

Cikgu Rahim:

Gambungan daripada ilmu pelbagai aliran, kajian dan pengalaman…sukar mencari individu yang melalui pengalaman unik ini.

THTL dan Utz Adou Al-Fikrah.net

DMAZA DAN THTL

Ustaz Dahlan Mohammad Zain @ Dahaman al-Iraqi RA

THTL Al-Jazani:
Pengalaman sunnah Perlis + Harakiyun+ Liberal Demokrat USA + Syadid Salafiyah Wahabiah KSA

+ Muqaranah dan Wasitiyah al-Qardhawi

Tribute kepada mursyid saya pertama, Syaikh Datuk Kaya Bakti, Ustaz Dahlan Mohammad Zain @ Dahaman al- Iraqi rh wafat 2010. Darinya saya belajar Tasawur, Fikrah, wa’ Islami, Fiqh Dakwah, Fiqh Harakah Islamiah, Tafsir Fi Zilal (tak tamat) dan Tasawuf dan Fiqh Seerah

Bring back the old memories


Soalan
🔴 Pandangan Ustaz berkenaan tahaluf antara Pas dan Dap sekarang yang secara terangan Dap tolak hukum islam?

THTL Al-Jazani:
Tahaluf Pas tersebut tidaklah menepati tahaluf syar’iyah. Tahaluf yang betul ialah parti Islam yang no.1

Tahalluf = Kerjasama strategik, tapi yang set the rule ialah pihak Islam atau parti islam.


Soalan:
Adakah contoh dari mana-mana kumpulan yang mengamalkan tahalluf secara benar sebagai ikutan dan panduan kepada kumpulan-kumpulan politik yang lain?

THTL Al-Jazani:
Kumpulan Islam yang mengamalkan tahaluf secara sahih ialah parti Islam Sudan pimpinan Dr Hasan Turabi untuk membentuk kerajaan Sudan dan Ikhwan pimpinan Morsi ketika membentuk kerajaan dengan parti salafiyah.


Cikgu Rahim:
Awal 80an, ana baca artikel anta dlm risalah kecil berkala…lupa dah tajuk risalah tu..

THTL Al-Jazani:
al-Harakah

Cikgu Rahim:
Tokoh ini hebat juga, Tariq Ramadhan..

Tariq Ramadhan

THTL Al-Jazani:
Cucu Hasan al-Banna. Pemikiran Islam Liberal Eropah.
Sekarang warga Swiss dan ‘Visiting Prof to Oxford’

Poin Tambahan:
Tariq Ramadhan ini anak Said Ramadhan. Dia adalah sepupu kepada Dr Fatma el Zahara Ramadhan . Dr Gigi dari Egypt yang dikahwinkan dengan Haji Wan Ismail Wan Ibrahim (WIWI) anak muda potensi besar yang disiapkan oleh Dato’ Asri Haji Muda untuk menjadi pemipin besar hari muka. WIWI adalah TMB Kelantan pasca 1974.

Said Ramadhan tu kawin dengan anak Hasan al-Banna, kemudian depa lari ke eropah kerana ‘wanted’…

Nama anak al-Banna ialah Wafa al-Banna, Dr Tareq lahir di Swiss


Cikgu Rahim:
Poin saya, berada ditengah masyarakat Eropah/US membuka ufuk baru dalam memahami bagaimana seharusnya agama ini beroperasi pada zaman ini tanpa menggadaikan prinsip dan maqosid syari’ah..

S9: Sejarah Kemasukan Islam Warisan Dan Islam Anutan

0

Panel: THTL Al-Jazani

Soalan 9:
🔴 Bagaimana aliran agama warisan yang dipelopori di Tanah Melayu? Bagaikan tidak wujud aliran hadis di Malaysia. Baru sekarang ada. Mungkin Syeikh THTL boleh bagi tahu sejarah di Tanah Melayu. Dalam kes agama warisan.

Jawab:
Aliran Warisan tanah melayu juga dikenali dengan kaum tua
Kaum tua = Ialah golongan ulama tradisioal melayu yang bermanhaj khalaf yang mahu mengekalkan status quo atau cara warisan/tradisional dan menolak pembaharuan atau pemurnian atau islah dalam agama. Mereka mewajibkan TAQLID sebagai jalan penyatuan umat Melayu. Ia bermula dengan kepulangan pelajar melayu dari Mekah pada abad ke 18 dan 19 di bawah muftinya yang masyhur Syed Zaini Dahlan Mufti Kerajaan Othmaniah dan King Hashimiah, maka terbinalah sistem pondok seperti Mekah di Pattani Thailand, guru-guru top masa tu ialah Syeikh Daud Abdullah al-Fatoni, Sheikh Muhammad Zain al-Fatoni dan Sheikh Zainal Abidin al-Fatoni. Kemudian lahir pulok sistem pondok di kelantan, antaranya Haji Noh Penambang, Haji Yaakub Legor, Haji Mahmud Zuhdi, Haji Osman Jalaluddin al-Kelantani, juga di Terengganu, kemudian Fathullah Suhaimi, Syeikh Sulaiman Ar-Rasuli, Abu Bakar Muar, Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi, Datuk Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad, Syeikh Abdullah Fahim dan lain-lain.
Manakala aliran sunnah, hadith, islah, sudah dinyatakan pada soalan no 46 di atas. Aliran sunnah ni sama sahaja samada aliran islah, tajdid, atau sekarang aliran wahabi.

Soalan 46:
🔴 Bolehkah ustaz ceritakan `ulama’ terdahulu dalam memperjuangkan Islam anutan di lembah masyarakat yang berpegang teguh kepada agama warisan?

Jawab:
Gerakan pembaharuan atau gerakan Islah adalah pejuang Islam anutan. Objektif utama mereka ialah pemurnian agama islam warisan yang berasaskan tareqat dan kesufian.
Gerakan Islam anutan atau ‘salafi’, ‘tajdid’, ‘sunnah’ atau dicop juga sebagai ‘wahabiah’ bermula dengan rentetan berikut:

🔴 Abad ke 7: Gerakan Islam anutan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah

🔴 Abad ke 17: Syaikh Muhammad Abdul Wahab yang menentang aliran warisan di Hijaz hingga membentuk Daulah Saudiah. Beliau menghidupkan semula semangat Ibn Taymiyah

🔴 Abad ke-19: Jamaludin al-Afghani, Muhammad Abduh dan muhammad Rashid Ridha

🔴 Awal abad 20 di Tanah Melayu bermula di Singapura.
Syaikh Tahir Jalaludin, Syed Syaikh al-Hadi, Dr Burhanuddin al-Hilmi, Abbas Taha dan Pendita Zaaba.
Di kelantan, Haji Nik Abdullah, Haji Nik Mahmud Haji Wan Musa, Hj. Abdul Rahman Haji Nik Mahmud membawa aliran anutan dari India, waliyullah Dihlavi dan TG Nik Aziz Nik Mat.

Ref: Dr Abdu Rahman Abdullah, Pemikiran Islam di Malaysia, Sejarah dan Aliran, USM, juga diterbitkan di bawah Gema Insani Indon.

Hadith 151: Antara Sifat Munafik Dan Tanggungjawab

0
Who am i ?

Panel: Cikgu Rahim

151. Dari Abu Rib’i yaitu Hanzhalah bin Arrabi’ al-Usayyidi al-Katib, salah seorang diantara jurutulisnya Rasulullah s.a.w..katanya: “Abu Bakar bertemu denganku, lalu ia berkata: Bagaimanakah keadaanmu hai Hanzhalah.” Saya menjawab: “Hanzhalah takut pada dirinya sendiri kalau sampai menjadi seorang munafik.” Abu Bakar berkata lagi: “Subhanallah – sebagai tanda keheranan, apakah yang kau ucapkan itu?” Saya menjawab: “Semula kita berada di sisi Rasulullah s.a.w. Beliau mengingat-ingatkan kepada kita perihal syurga dan neraka, seolah-olah keduanya itu benar-benar dapat dilihat-tampak di mata. Tetapi setelah kita keluar dari sisi Rasulullah s.a.w., kita masih juga bermain-main dengan isteri-isteri, anak-anak dan mengurus berbagai harta – untuk kehidupan kita di dunia ini, sehingga dengan demikian, banyak yang kita lupakan – tentang hal syurga dan neraka tadi.” Abu Bakar lalu berkata: “Demi Allah, sesungguhnya kami sendiripun pernah mengalami seperti yang kau alami itu.” Selanjutnya saya dan Abu Bakar berangkat bersama sampai masuk ke tempat Rasulullah s.a.w. lalu saya berkata: “Hanzhalah takut pada dirinya sendiri kalau sampai menjadi seorang munafik, ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: “Mengapa demikian?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah kita semula ada di sisi Tuan dan Tuan mengingat-ingatkan kepada kita perihal neraka dan syurga seolah-olah keduanya itu dapat dilihat oleh mata. Tetapi setelah kita keluar dari sisi Tuan, kitapun masih juga bermain-main dengan isteri-isteri, anak-anak serta mengurus pula berbagai harta, sehingga karena itu, banyak yang kita lupakan tentang keduanya tadi.” Setelah itu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi Zat yang jiwaku ada didalam genggaman kekuasaanNya, jikalau engkau semua tetap sebagaimana hal keadaanmu di sisiku dan juga senantiasa berzikir – ingat kepada Allah, niscayalah malaikat-malaikat itu menjabat tanganmu semua, baik ketika engkau ada di hamparanmu – sedang tidur, juga ketika ada di jalananmu – sedang berjalan-jalan. Tetapi, hai Hanzhalah, sesaat dan sesaat – maksudnya sesaat untuk melakukan peribadatan kepada Allah dan sesaat lagi untuk mengurus segala sesuatu yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupannya, mencari sandang pangan dan lain-lain.” Ini disabdakan beliau s.a.w. tiga kali. (Riwayat Muslim)

Pengajaran hadith

🔴 Dianjurkan kita bertanya perihal saudara kita.

🔴 Setiap orang hendaklah muhassabah diri sendiri.

🔴 Boleh ucap subhanallah ketika kehairanan terhadap sesuatu.

🔴 Orang alim seharusnya berusaha melembutkan hati para sahabatnya dan ingatkan perkara-perkara yang dapat menyucikan diri.

🔴 Orang alim bersikap bijak mencari penyelesaian dalam segala urusan.

🔴 Dunia melalaikan seseorang dari kehidupan akhirat. Bagi orang sedar kelalaian diri, dia akan selamat.

🔴 Hati manusia sentiasa berubah-ubah…

🔴 Selalu berzikir dan merasa pengawasan Allah dan tidak pernah lelah dan berputus asa dalam mengingatiNya adalah sifat malaikat.

🔴 Orang yang berakal seharus membahagikan waktu dengan baik; waktu munajat, waktu muhassabah, waktu tafakkur, waktu mengurus diri…

🔴 Islam agama fitrah, sederhana dan penuh keseimbangan.

🔴 Islam agama yang menggabungkan keperluan dunia dan akhirat, serta menyatukan tuntutan roh dan jasad.

Sekian.

«151» وعن أبي رِبعِي حنظلة بنِ الربيعِ الأُسَيِّدِيِّ الكاتب أحدِ كتّاب رَسُول الله صلى الله عليه وسلم، قَالَ: لَقِيَنِي أَبُو بَكر رضي الله عنه فَقَالَ: كَيْفَ أنْتَ يَا حنْظَلَةُ؟ قُلْتُ: نَافَقَ حَنْظَلَةُ! قَالَ: سُبْحَانَ الله مَا تَقُولُ؟! قُلْتُ: نَكُونُ عِنْدَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم يُذَكِّرُنَا بالجَنَّةِ وَالنَّارِ كأنَّا رَأيَ عَيْنٍ فإِذَا خَرَجْنَا مِنْ عِنْدِ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم عَافَسْنَا الأَزْواجَ وَالأَوْلاَدَ وَالضَّيْعَاتِ نَسينَا كَثِيرًا، قَالَ أَبُو بكر رضي الله عنه: فَوَالله إنَّا لَنَلْقَى مِثْلَ هَذَا، فانْطَلَقْتُ أَنَا وأبُو بَكْر حَتَّى دَخَلْنَا عَلَى رَسُول الله صلى الله عليه وسلم. فقُلْتُ: نَافَقَ حَنْظَلَةُ يَا رَسُول اللهِ! فَقَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((وَمَا ذَاكَ؟)) قُلْتُ: يَا رَسُول اللهِ، نَكُونُ عِنْدَكَ تُذَكِّرُنَا بِالنَّارِ والجَنَّةِ كأنَّا رَأيَ العَيْن فإِذَا خَرَجْنَا مِنْ عِنْدِكَ عَافَسْنَا الأَزْواجَ وَالأَوْلاَدَ وَالضَّيْعَاتِ نَسينَا كَثِيرًا. فَقَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((وَالَّذِي نَفْسي بِيَدِهِ، لَوْ تَدُومُونَ عَلَى مَا تَكُونونَ عِنْدِي، وَفي الذِّكْر، لصَافَحَتْكُمُ الملائِكَةُ عَلَى فُرُشِكُمْ وَفي طُرُقِكُمْ، وَلَكِنْ يَا حَنْظَلَةُ سَاعَةً وسَاعَةً)) ثَلاَثَ مَرَات. رواه مسلم.
قولُهُ: ((رِبْعِيٌّ)) بِكسر الراء. وَ((الأُسَيِّدِي)) بضم الهمزة وفتح السين وبعدها ياء مكسورة مشددة. وقوله: ((عَافَسْنَا)) هُوَ بِالعينِ والسينِ المهملتين أي: عالجنا ولاعبنا. وَ((الضَّيْعاتُ)): المعايش.
قوله صلى الله عليه وسلم: ((ساعة وساعة))، أي: ساعة لأداء العبودية، وساعة للقيام بما يحتاجه الإنسان.
قال بعض العارفين: الحال التي يجدونها عند النبي صلى الله عليه وسلم وفي الذكر مواجيد، والمواجيد تجيء وتذهب، وأما المعرفة، فهي ثابتة لا تزول.
وفي حديث أبي ذر المشهور: ((وعلى العاقل أنْ يكون له ساعات، ساعة يناجي فيها ربه، وساعة يحاسب فيها نفسه، وساعة يفكَّر فيها في سمع الله إليه، وساعة يخلو فيها لحاجته من مطعم ومشرب)). وبالله التوفيق.

Pembinaan Keluarga Asas bagi Pembangunan Umat

0

Asas perbincangannya adalah merujuk kepada lafaz Isti‘adhah

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Aku memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan yangterkutuk

 

Ayat ini bermula dengan aku. Siapa aku?

Aku adalah makhluk Allah yang lemah (4:28)

يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُخَفِّفَ عَنْكُمْ ۚ وَخُلِقَ الْإِنْسَانُ ضَعِيفًا

Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah.

Sebab apa lemah? Aku adalah makhluk Allah yang lemah, gopoh membuat keputusan, [21:37]

خُلِقَ الْإِنْسَانُ مِنْ عَجَلٍ ۚ سَأُرِيكُمْ آيَاتِي فَلَا تَسْتَعْجِلُونِ

Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perIihatkan kepadamu tanda-tanda azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.
dilahirkan ke muka bumi ini dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa. Allah lengkapkan buat diriku selaku makhluk-Nya dengan pendengaran, penglihatan dan akal. Aku bersyukur kepada Allah dengan kurniaan-Nya itu. [16:78]

وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.
(Apa tanda kesyukuran atas nikmat Allah itu?) Aku berazam hendak menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya. Justeru itu adalah tujuan penciptaan jin dan manusia.Bahkan untuk tujuan itulah juga fungsi kewujudanku di atas muka bumi ini. [51:56]

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Aku jadikan salatku, sembelihan korbanku, hidupku dan persediaan untuk matiku hanya untuk Allah, Tuhan yang mencipta dan mengatur kehidupan seluruh makhluk-Nya, tanpa mensyirikkan-Nya dengan sesuatu yang lain. [6:162-163]

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.

لَا شَرِيكَ لَهُ ۖ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ

Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah).

Hidup mengabdikan diri kepada Allah inilah yang disebut sebagai jalan yang lurus. Kalimah “mengabdikan diri” lebih tepat daripada “menyembah”. Apa bezanya di antara menyembah dan mengabdikan diri? Sembah terikat pada tempat, waktu dan cara.[36:61]

وَأَنِ اعْبُدُونِي ۚ هَٰذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ

dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus.
Selaku hamba Allah, aku ditaklifkan dengan tanggungjawab untuk membimbing diriku dan keluargaku supaya terselamat daripada seksaan api neraka. [66:6]

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ
وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.
Adalah menjadi kewajipan aku menyiapkan diri menjadi golongan rabbaniy [3:79]

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِي مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ

Allah. Akan tetapi (dia berkata):Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya. supaya dapat memimpin diriku dan orang yang di bawah pimpinanku menjadi orang-orang yang bertakwa. [25:74]

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Dan orang orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlahkepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

Kisah Perang Badar

0

Sebelum kita bermain dengan istilah teknikal antara ribath, utusan dakwah dan futuh ada baiknya kita lihat apakah yang Rasulallah SAW bina di Madinah, yakni tapak pengukuhan umat Madinah..

Hari-hari baginda di Masjid Nabawi. Kesempurnaan syariat İslam ditunjukkan satu demi satu dan dengan sangat halus dan praktikal. Amalan seringkas mengucapkan bismillah serta pengiraan mawarith melalui faraidh serta pelaksanaan hukum hudud ditunjukkan secara praktikal.

Lihatlah urusan nikah/walimah yang dilaksanakan antara Fatimah binti Rasulallah SAW dengan Ali RA pada tahun 2H.

Jika dikumpullan semua hadis-hadisnya kita akan dapat urusan dari risik, nikah dan walimah serta hadiah sangat sangat praktikal. Urusan pernikahan ini berlaku selepas perang Badar.

 

Perang Badar Al Kubra

Ianya asalnya adalah jemaah Ribath (kawalan sempadan/laluan) yang telah menjadi perang berdarah yang pertama buat Rasulullah SAW.

Ancaman Quraish adalah ancaman utama kerana mereka berada di sempadan, dalam masa 1 hari perjalanan mereka boleh sampai ke sempadan Madinah. Bilangan tentera yang ramai jika bergabung semua Quraish dan arab di sekitar Mekah kira-kira kekuatan mereka adalah 20,000 tentera seperti yang berlaku semasa perang Khandaq, Umat İslam di Madinah pada tahun 2H ini berdasarkan apa yang di sebut oleh ahli Sirah dianggarkan kurang dari 2,000 penduduk dan kekuatan tentera kurang dari 1,000.. wallahu a’lam.

Mengapa Futuh atau seruan kepada pemimpin kepada İslam tidak dibuat sehingga perjanjian Hudaibiyyah pada 7H, ini menunjukkan syarat futuh adalah negara selamat dari ancaman luar. wallahu a’lam

Dalam perang Badar selalu disebut tentera İslam sekadar ala qadar sahaja persiapannya. Dalam kita menceritakan hal persiapan ini, jangan kita salah menerangkan hal yang sebenar. Persiapan yang diadakan pada awalnya sekadar untuk menyekat kemaraan kafilah Abu Sufyan. Dari intipan kafilah ini tidak ramai cuma barangan dagangnya banyak ribuan untuk dan puluhan ribu dinar.

 

Sebelum dari itu bagaimana Quraish boleh mendapat keuntungan yang banyak berdagang di Syam ? Apakah barang yang dijual oleh orang Quraish di Syam. ?

Cuma setelah dipertengahan jalan maklumat intipan mengatakan ribuan tentera Quraish sedang bergerak ke arah kafilah Abu Sufyan untuk bantuan.

Badar persiapan bukanlah untuk bertempur, persiapan adalah untuk menyekat dan merampas kafilah.

Kembali ke persiapan di Badar, Rasulallah SAW hanya meneruskan dengan pasukan sedia ada yakni dengan 319 orang dan 2 kuda dan 1 unta. 7 pedang dan yang lainnya membawa pelepah tamar dan berjalan kaki. Persiapan sebegini adalah bagi tujuan menghalau dan menyekat kafilah dagang, BUKAN untuk berperang..

Dalam Ar Rahiqul Makhtum diceritakan persiapan tentera Quraish lebih dari 1000 orang bukan sahaja tentera bahkan mereka bersiap sedia seperti perangnya Arab Jahiliyyah membawa wanita wanita penghibur. Pahlawan pahlawan Quraish dipersiapkan dengan baju besi dan kuda berpelana..

Anekdot yang sangat menyentuh hati apabila Rasulallah SAW berhenti di satu lembah yang agak hampir dengan Badar untuk bermesyuarat. Rasulallah SAW mahu dapatkan pandangan apakah posisi mereka. 3 Pahlawan Muhajirin Abu Bakr, Umar dan Miqdad setuju untuk mendengar apa apa sahaja arahan. Kemudian Rasulallah SAW tanpa menyebutkan secara jelas mengarahkan soalan kepada sebelah Ansar. Kata Saad bin Muaz, seandainya engkau (Rasulallah SAW) bawa kami ke tengah laut pun kami akan pergi.

Kata penulis Rahimahullah, ianya mungkin disisi Rasulallah SAW bai’at Aqabah itu hanya berkaitan untuk mempertahankan Madinah, bukan menyerang musuh. Rasulallah SAW dan Abu Bakar RA sendiri menjadi pasukan peninjau dan pengintip (rikee) dalam Ghuzwah Badar..

Baginda SAW dan Abu Bakar RA telah bertanya kepada hamba Quraish yang sedang mengisi air di mata air berhampiran Badar. Antara soalan Rasulullah SAW adalah berapakah bilangan unta yang disembelih oleh mereka (Quraish) setiap hari.. kata hamba tadi 9 dan pernah sekali 10. Dengan anggaran seekor unta untuk 100 orang makan, maka anggaran musuh ada dalam linkungan 900-1000 orang. Rasulullah SAW mengajar seni intipan dan risikan. Setelah itu Rasulullah SAW bersama kembali dengan Ahli Badar. Diriwayatkan Rasulullah SAW telah berdoa dengan doa yang sangat panjang dan zouq

“Ya Allah jika Engkau biarkan mereka, selepas ini tiada lagi yang akan menyembahMu ya Allah”

Sehingga Abu Bakar RA berkata, “Ya Rasulullah SAW Allah mendengar doamu .. Allah mendengar doamu” kata seorang alim keadaan Rasulullah SAW berdoa membuatkan Abu Bakar RA risau. Rasulullah SAW wafat kerana kefana’an dalam berdoa.

“Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin ‘Ubaidullah bin Hawsyab, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Wahhab, telah menceritakan kepada kami Khalid, dari ‘Ikrimah, dari Ibnu ‘Abbas berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berdo’a pada perang Badar:

“Ya Allah, aku meminta jaminan dan janji-Mu. Ya Allah, jika Engkau mau Engkau tidak akan diibadahi”. Maka Abu Bakar memegang (pundak) beliau seraya berkata; “”Cukuplah””.

Maka beliau keluar lalu bersabda (membaca ayat): “Golongan itu pasti akan dikalahkan dan akan mundur ke belakang””. (QS Al-Qamar ayat 45).” [Riwayat Al-Bukhari dalam sahihnya]

“Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim, telah menceritakan kepada kami Syu’bah, dari Abu Ishaq, dari Al Bara’ berkata; “”Aku dan Ibnu Umar masih dianggap anak kecil””. Telah menceritakan kepadaku Mahmud, telah menceritakan kepada kami Wahb, dari Syu’bah, dari Abu Ishaq, dari Al Bara’ berkata; “”Aku dan Ibnu ‘Umar masih dianggap anak kecil pada saat perang Badar. Pada waktu itu, jumlah kaum Muhajirin sekitar enam puluh orang sedangkan Kaum Anshar berjumlah dua ratus empat puluh orang””.”

“Telah menceritakan kepadaku ‘Amru bin Khalid, telah menceritakan kepada kami Zuhair, dari Abu Ishaq, dari ‘Amru bin Maimun, dari ‘Abdullah bin Mas’ud, radliallahu ‘anhu berkata; “”Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menghadap Kabah lalu mendo’akan kebinasan bagi beberapa orang dari Quraisy, yaitu Syaibah bin Rabi’ah, ‘Utbah bin Rabi’ah, Al Walid bin ‘Utbah dan Abu Jahal bin Hisyam. Dan aku bersaksi (bersumpah) atas nama Allah. Sungguh aku melihat mereka terbunuh, jasad mereka berubah karena sengatan matahari. Pada saat perang Badar hari sangat panas””.”

Ada kurang lebih 100 hadis berkaitan Badar dalam Sahih Al Bukhari betapa bab Al-Maghazi menjadi bahan sembang para sahabat.

Kata-kata Ali Zainal Abidin rah, yakni cicit Ali RA, “kami belajar mengenai Al Maghazi seperti kami belajar tafsir atau makna Al Qur’an.yakni cukup terperinci”.

Tiada bilangan yang tepat, hingga disebut seperti bilangan tentera Thalut (300 -319). Konflik telah tercetus seawal dakwah Rasulallah SAW di Mekah yakni konflik tauhid vs syirik. Adapun wilayah dan laluan İslam adalah wajar dilindungi.

 

Terdapat 2 situasi:

keadaan di mana umat İslam terdedah kepada intipan dan serangan musuh.

keadaan di mana laluan-laluan yang bebas memberikan gambaran laluan tersebut tidak dikawal.

Sebagai analogi satu taman perumahan yang diletakkan pos kawalan. Adakah pos kawalan tersebut dapat menghalang keseluruhan jenayah?Pasti tidak, ianya tanda inisiatif penduduk untuk menjaga keselamatan, sama halnya dengan ribath. Ribath menghalang kemungkinan berlakunya serangan dengan menghalang kemaraan pergerakan kafir Quraish.

Ianya kafilah dagang ataupun khafilah perang? Seperti disebut ianya adalah ribath (langkah langkah kawalan dan pantauan) sempadan dan laluan masuk. Jika dibaca ada rampasan yang dipulangkan semula dan dibayar diyat yang terbunuh. Juga jangan dilupakan pihak Quraish pernah masuk ke wilayah penduduk Madinah dan merompak ternakan unta pada bulan Rabiu’ul Awwal 5 bulan sebelum terjadi Badar Al Kubra. Maka Ribath adalah satu cara memberikan tekanan kepada musuh supaya tidak sewenang wenang menghampiri Madinah. Oleh kerana tiada apa-apa perjanjian (pact) damai antara Madinah dan kafir di Mekah, maka langkah-langkah menyekat dan memberi peringatan akan mereka di wilayah bertuan (Umat İslam). İni merupakan salah satu langkah strategik siasah.

 

Hadis hadis pertempuran di Badar

“Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Abdullah Ar-Raqasyiy, telah menceritakan kepada kami Mu’tamir berkata, aku mendengar bapakku berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Mijlaz, dari Qais bin ‘Ubad, dari ‘Ali bin Abi Thalib, radliallahu ‘anhu bahwa dia berkata; “”Aku adalah orang pertama yang akan berlutut di hadapan Allah Yang Maha Pengasih untuk berperkara pada hari qiyamat””. Dan Qais bin ‘Ubad berkata; “”Telah turun ayat tentang mereka: “”Inilah dua golongan (Mu’min dan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Rabb mereka”” (QS Al-Hajj ayat 19). Mereka adalah orang yang berperang tanding pada perang Badar, yaitu Hamzah. ‘Ali, ‘Ubaidah atau Abu ‘Ubaidah bin Al Harits menghadapi Syaibah bin Rabi’ah, ‘Utbah bin Rabi’ah dan Al Walid bin ‘Utbah””.”

 

Terbunuhnya Abu Jahal

“Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Al Mutsannaa, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu ‘Adiy, dari Sulaiman at-Taymiy, dari Anas, radliallahu ‘anhu berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bercerita kepada mereka, katanya; “”Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda pada perang Badar: “”Siapa yang mau melihat apa yang dilakukan Abu Jahal””. Maka ‘Abdullah bin Mas’ud berangkat lalu dia mendapatkannya dalam keadaan telah ditebas oleh dua putra ‘Afra’ hingga tubuhnya terkapar. Dia (‘Abdullah bin Mas’ud) bertanya; “”Kamukah Abu Jahal?””. Lalu dia menarik jenggot Abu Jahal dan berkata; “”Apakah kamu berada di atas seorang yang dibunuh oleh kaumnya atau di atas orang-orang yang membunuhmu?.

Telah menceritakan kepadaku Ibnu Al Mutsanna, telah mengabarkan kepada kami Mu’adz bin M’adz, telah menceritakan kepada kami Sulaiman, telah mengabarkan kepada kami Anas bin Malik, seperti hadits ini. Dan telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah berkata; “”Aku mencatat dari Yusuf bin Al Majisyun, dari Shalih bin Ibrahim, dari bapaknya, dari kakeknya; “”Kejadian itu pada perang Badar””. Maksudnya peristiwa dua putra ‘Afra’.”

“Telah menceritakan kepada kami ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepadaku Yusuf bin Al Majisyun, dari Shalih bin Ibrahim bin ‘Abdur Rahman bin ‘Auf, dari bapaknya, dari kakeknya, ‘Abdur Rahman berkata; “”Aku menulis surat kepada Umayyah bin Khalaf (untuk saling melindungi). Ketika terjadi perang Badar, dia menyebutkan tentang akan terbunuhnya dirinya dan anaknya. Maka Bilal berkata; “”Aku tidak akan selamat seandainya Umayyah selamat””.”

Abdul Rahman bin Auf cuba melindungi Umayyah bin Khalaf, perjanjian individu tidak terpakai dalam peperangan.

 

Melemparkan mayat ke dalam perigi

“Telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Muhammad, dia mendengar Rauh bin ‘Ubadah, telah menceritakan kepada kami Sa’id bin Abu ‘Urwah, dari Qatadah berkata; Anas bin Malik, bercerita kepada kami tentang Abu Thalhah, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pada perang Badar memerintahkan untuk melemparkan dua puluh empat orang bangkai pembesar Quraisy ke dalam lubang (sumur yang terbuat dari bebatuan) di antara lubang-lubang yang ada di Badar yang sangat buruk dan menjijikkan.

Jika beliau mendapatkan kemenangan melawan suatu kaum, maka beliau berdiam di tempat persinggahan selama tiga hari. Ketika Perang Badar, memasuki hari ketiga beliau memerintahkan untuk mempersiapkan hewan tunggangan beliau dan mengikatkan pelananya lalu beliau berjalan diiringi oleh para shahabat. Para shahabat berkata; “”Tidak pernah diperlihatkan kepada kami beliau berangkat melainkan karena ada keperluan””. Hingga ketika sampai di tepi sumur itu beliau memanggil mereka (orang kafir Quraisy yang terbantai) dengan nama-nama mereka dan nama-nama bapak-bapak mereka: “”Wahai fulan bin fulan, wahai fulan bin fulan. Apakah kalian senang jika dulu mentaati Allah dan Rasul-Nya? Sungguh kami telah mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Rabb kami dengan benar. Apakah kalian juga telah mendapatkan apa yang dijanjikan oleh tuhan kalian dengan benar””.

Abu Thalhah berkata; Maka ‘Umar berkata; “”Wahai Rasulullah, mengapa anda berbicara dengan jasad-jasad yang sudah tidak ada ruhnya?””Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan; “”Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, kalian tidaklah lebih dapat mendengar apa yang aku katakan dibanding mereka””. Qatadah berkata; “”Allah menghidupkan mereka hingga memperdengarkan kepada mereka ucapan beliau sebagai bentuk pelecehan, pembalasan, kerugian dan penyesalan””.”

 

Peristiwa selepas Badar

“Telah menceritakan kepadaku ‘Abdan, telah mengabarkan kepada kami Abdullah, telah mengabarkan kepada kami Yunus. (dan telah diriwayatkan dari jalur lain) telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Shalih, telah menceritakan kepada kami ‘Anbasah, telah menceritakan kepada kami Yunus, dari Az Zuhri, telah mengabarkan kepada kami Ali bin Hushain, bahwa Husain bin Ali, ‘alaihimus salam, telah mengabarkan kepadanya, bahwa Ali berkata, “”Saya pernah memiliki seekor unta dari hasil pembagian harta rampasan perang Badr, pada hari itu pula Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memberikan seekor unta dari bagian seperlima. Ketika hendak membina rumah tangga dengan Fatimah -putri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam-, saya telah mengikat janji dengan seorang tukang emas dari Bani Qainuqa’ untuk pergi bersamaku sambil membawa idzkir yang akan saya jual, sementara wang hasil penjualan itu rencananya saya pergunakan untuk penyelenggaraan pernikahan saya. Pada saat mempersiapkan barang-barang keperluan untuk kedua unta tersebut, seperti pelana, karung dan tali, kedua untaku tertambat di samping rumah seorang Anshar, ternyata saya mendapati kedua unta tersebut -setelah mempersiapkan barang-barang yang perlu di persiapkan- telah terpotong punuknya, terbelah perutnya dan telah terambil hatinya.

Kedua mataku tidak kuasa melihat pemandangan itu, lalu saya bertanya, “”Siapakah yang melakukan semua ini?”” Orang-orang menjawab, “”Hamzah bin Abdul Mutthalib, dan dia sekarang berada di rumah ini bersama-sama dengan orang-orang Anshar yang suka meminum minuman keras. Dia dan teman-temannya sedang dihibur oleh seorang biduan wanitanya, dan di antara bait sya’ir yang dibacakannya adalah, “”Wahai Hamzah, ingatlah pada unta-unta yang montok.””

Maka Hamzah pun berdiri dengan membawa pedang terhunus. Lalu dia memotong punuk kedua unta tersebut dan ia belah perut keduanya, lalu hati keduanya di ambil.”” Ali berkata, “”Kemudian saya langsung pergi menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, ketika itu beliau tengah duduk-duduk bersama Zaid bin Haritsah.”” Ali berkata, “”Melihat raut mukaku, ternyata Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tahu akan peristiwa yang menimpaku.”” Beliau lalu bertanya: “”Apa yang terjadi denganmu?”” Saya menjawab, “”Wahai Rasulullah, demi Allah belum pernah seumur hidupku melihat kejadian seperti hari ini. Hamzah telah menyerang kedua untaku, dia telah memotong punuknya dan membelah isi perutnya. Sekarang dia berada di rumah bersama teman-temannya yang suka meminum minuman keras.””

Ali melanjutkan, “”Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengambil jubahnya. Setelah mengenakannya, beliau berangkat dengan berjalan kaki, sementara saya dan Zaid mengikutinya dari belakang. Sesampainya di depan pintu rumah yang Hamzah berada di dalamnya, beliau meminta izin masuk. Para penghuni rumah pun memberikan izin masuk. Ternyata mereka adalah para peminum minuman keras. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mulai mencela Hamzah terhadap apa yang telah di perbuatnya. Pada saat itu, kedua mata Hamzah memerah dan dia juga mulai mengamati Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, mulai dari kedua lutut beliau naik hingga ke wajah beliau. Kemudian Hamzah berkata, “”Kalian ini tidak lain hanyalah para budak bapakku.”” Akhirnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengetahui bahwa Hamzah sedang mabuk berat. Lalu beliau mundur ke belakang dan akhirnya keluar. Melihat itu, kami pun pergi keluar mengikuti beliau.”””

“Telah menceritakan kepada kami Abu Al Yaman, telah mengabarkan kepada kami Syu’aib, dari Az Zuhri, dia berkata, telah mengabarkan kepadaku Salim bin Abdullah, bahwa dia mendengar Abdullah bin Umar, radliallahu ‘anhuma bercerita, bahwa Umar bin Khattab berkata ketika Hafshah binti Umar menjanda dari Khunais bin Hudzafah As Sahmi -ia termasuk di antara sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang ikut serta dalam perang Badr dan meninggal di Madinah-,

Umar berkata, “”Maka aku datangi Usman bin ‘Affan dan kutawarkan Hafshah kepadanya. Aku berkata, “”Jika engkau mau, maka aku akan nikahkan engkau dengan Hafshah binti Umar.”” Utsman hanya memberi jawaban, “”Aku akan melihat perkaraku dulu, “” aku lalu menunggu beberapa malam, kemudian ia menemuiku dan berkata, “”Nampaknya aku tidak akan menikah pada saat ini.””

Umar berkata, “”Kemudian aku menemui Abu Bakr, kukatakan padanya, “”Jika engkau menghendaki, maka aku akan nikahkan engkau dengan Hafshah binti Umar.”” Abu Bakar hanya terdiam dan tidak memberi jawaban sedikitpun kepadaku. Dan kemarahanku kepadanya jauh lebih memuncak daripada kepada Utsman.

Lalu aku menunggu beberapa malam, ternyata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam meminangnya. Maka aku menikahkannya dengan beliau. Kemudian Abu Bakr menemuiku dan berkata, “”Sepertinya engkau marah kepadaku ketika engkau menawarkan Hafshah kepadaku dan aku tidak memberi jawaban sedikitpun.”” Aku menjawab, “”Ya.”” Abu Bakr berkata, “”Sebenarnya tidak ada yang menghalangiku untuk memberi jawaban kepadamu mengenai apa yang engkau tawarkan kepadaku, kecuali aku mengetahui bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sering menyebut-nyebutnya, dan tidak mungkin aku akan menyebarkan rahsia Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Kalaulah beliau meninggalkannya, tentu aku akan menerima tawaranmu.”””

Semua hadis-hadis di atas adalah riwayat Al Bukhari dalam sahihnya.

 

Tadabbur Surah Al-Ghashiyah (Hari Pembalasan)

0

Ayat – 88:3

عَامِلَةٌ نَاصِبَةٌ

Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah[88:3]

Mereka melakukan kerja keras lagi kepayahan sedangkan agama itu sendiri adalah mudah [22:78]

وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ ۚ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ ۚ مِلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ ۚ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِنْ قَبْلُ وَفِي هَٰذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ ۚ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَاعْتَصِمُوا بِاللَّهِ هُوَ مَوْلَاكُمْ ۖ فَنِعْمَ الْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ النَّصِيرُ

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.[Al-Haj:78]

Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama iaitu taat dan ittiba‘ di atas asas kasihkan Allah, [2:165]

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ ۗ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).[Al-Baqarah:165]

orang-orang yang beriman itu sangat cinta (taat) kepada Allah. Takutkan azab-Nya [76:10]

إِنَّا نَخَافُ مِنْ رَبِّنَا يَوْمًا عَبُوسًا قَمْطَرِيرًا

“Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut” [Al-Insan:10]

dan mengharapkan rahmat-Nya. [33:21]

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) [Al-Ahzab:21]

bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,

Mereka melakukan kerja keras lagi kepayahan sedangkan agama itu sendiri adalah mudah, [22:78] iaitu taat dan ittiba‘ di atas asas kasihkan Allah, [2:165] takutkan azab-Nya [76:10] dan mengharapkan rahmat-Nya. [33:21] Sayangnya ada orang yang bersungguh-sungguh melakukan ibadat di dunia ini dengan kesungguhan orang yang pemalas.

 

Soalan: Seorang murid tidak pernah ponteng sekolah, datang tepat pada waktu, tetapi tidak peduli pelajarannya. Adakah ini murid yang cemerlang?

 

Soalan: Apabila menghadiri perhimpunan segak dengan uniform yang kemas, bertali leher, bersemangat menyanyi, tetapi bila ditanya soalan di dalam kelas tidak tahu apa yang dipelajari. Adakah ini murid yang rajin?

Apabila berdiri untuk salat, mereka berdiri dalam keadaan tidak mengerti apa yang dibaca. Justeru itu peringatan daripada Allah tidak dapat dihayati kecuali sedikit sekali. [4:142]

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang) [An-Nisa: 142]

 

Soalan: Bagaimana keadaan salat orang Islam hari ini? Adakah mereka hanya rajin pada luarannya sahaja, tetapi hakikatnya adalah pemalas?

Kehadiran OK, tetapi kefahaman KO. Inilah rupa orang yang malas. Setuju?

Inilah salat orang yang malas. Tiada persediaan sebelum mendirikannya dan tiada terjelma tindakan selepas mendirikannya. [107:1-7]

أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ

Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?

فَذَٰلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ

Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ

Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ

(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang –

الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ

(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ

(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),

وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ

Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).

 

Tahukah engkau orang yang mengaku kuat pegangan agamanya, tetapi pembohong.

Itulah dia orang yang tidak pedulikan anak yatim. Tidak berusaha menyediakan peluang pekerjaan untuk orang yang miskin.

Kecelakaan besarlah bagi orang yang salat. Tidak sedar akujanji yang diucap dalam salat.

Salatnya tidak lebih sekadar pamer imej baik, tetapi hakikatnya palsu. Tindakannya untuk menolong orang lain tidak pernah nampak walaupun dengan sesuatu yang ringan dan mudah.

Hadir Ok, kefahaman KO, kerja sekolah tak pernah buat, kalau buat pun sekadar melepaskan batok di tangga. Baikkah pelajar yang semacam ini? Taatkah pelajar yang seumpama ini?

Inilah musibah yang sedang menimpa kaum Muslimin hari ini. Sebabnya ibadat itu dikerjakan tanpa didasari ilmu, maka ia lebih cenderung kepada amalan rahbaniyyah yang dilakukan atas sangkaan bukan berpandukan dalil walaupun atas niat mencari keredaan Allah. [57:27]

ثُمَّ قَفَّيْنَا عَلَىٰ آثَارِهِمْ بِرُسُلِنَا وَقَفَّيْنَا بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَآتَيْنَاهُ الْإِنْجِيلَ وَجَعَلْنَا فِي قُلُوبِ الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ رَأْفَةً وَرَحْمَةً وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ إِلَّا ابْتِغَاءَ رِضْوَانِ اللَّهِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَا ۖ فَآتَيْنَا الَّذِينَ آمَنُوا مِنْهُمْ أَجْرَهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ

Kemudian Kami iringi sesudah – mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti, dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa ibni Maryam, serta Kami berikan kepadanya: Kitab Injil; dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri). Dan (perbuatan mereka beribadat secara) “Rahbaniyyah” – merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredaan Allah; dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya. Oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara mereka, kami berikan pahalanya, dan (sebaliknya) banyak di antara mereka yang fasik – derhaka [Al-Hadid:27]

Oleh kerana itu asas amalannya itu terdedah kepada kepercayaan syirik kepada Allah dan cara pelaksanaannya terdorong kepada perbuatan bid‘ah yang berlawanan dengan amalan Rasulullah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam.

Maka amalannya itu tidak membuahkan hasilnya, kerana apabila hendak ditimbang jadilah ia debu-debu yang berterbangan. [25:23]

وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.[Al-Furqan:23]

Sayang sekali, lantaran terpedaya dengan bisikan syaitan, amalannya yang buruk itu disangka baik [18:103-106]

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا

Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا

Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا

(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

dan diyakini berada di atas petunjuk yang benar [43:36-37]

وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.[Az-Zukhruf:36]

وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ

Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.[Az-Zukhruf:37]

tanpa ilmu, petunjuk atau kitab yang menerangi. [22:8]

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَابٍ مُنِيرٍ

Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran; [Al-Haj:]

Itu tadi di dunia BERSUSAH PAYAH dengan kerja sia-sia. Berikutnya ialah beroleh balasan KEPAYAHAN di akhirat

Akibatnya lagi berpenat lelah dengan azab neraka Jahannam, disebabkan keingkaran mereka menjadikan ayat-ayat-Ku dan rasul-rasul-Ku sebagai olok-olokan [18:106]

ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا

(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.[Al-Kahf:106]

dan mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. Neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. [4:115]

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَىٰ وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّىٰ وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا

Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.[Ali-Imran:115]

Penduduk Jahannam itu tidak hidup dalam pengertian sebenarnya kerana tidak pernah merasai nikmat dan tidak pula mati kerana berkekalan hidup dalam seksaan. [20:74]

إِنَّهُ مَنْ يَأْتِ رَبَّهُ مُجْرِمًا فَإِنَّ لَهُ جَهَنَّمَ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحْيَىٰ

“Sebenarnya sesiapa yang datang kepada Tuhannya pada hari akhirat sedang ia bersalah maka sesungguhnya adalah baginya neraka jahannam yang ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup. [Taha:74]

Akhirnya, berilah perhatian yang bersungguh kepada al-Qur’an bagi mengelak kesyirikan. Justeru syirik adalah doa yang tidak diampunkan Allah kecuali bertawbat. [4:48]

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.[Ali-Imran:48]

Ikutlah Sunnah Nabi – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – dan jauhilah perbuatan bid’ah. Kata Sufyān al-Thawrīy:

البدعة أحب إلى إبليس من المعصية، فإن المعصية يتاب منها، والبدعة لا يتاب منها.

Bid‘ah itu lebih disukai Iblis daripada maksiat, kerana pelaku maksiat itu bertawbat daripadanya, sedangkan pelaku bid‘ah tidak bertawbat daripadanya.

 

Piagam Madinah

0

Berikut petikan lengkap terjemahan Piagam Madinah yang terdiri dari 47 pasal:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ini adalah piagam dari Muhammad, Rasulullah SAW, di kalangan mukminin dan muslimin (yang berasal) dari Quraisy dan Yatsrib (Madinah), dan yang mengikuti mereka, menggabungkan diri dan berjuang bersama mereka.

 

Pasal 1: Sesungguhnya mereka satu umat, lain dari (komunitas) manusia lain.

Pasal 2: Kaum Muhajirin (pendatang) dari Quraisy sesuai keadaan (kebiasaan) mereka, bahu-membahu membayar diat di antara mereka dan mereka membayar tebusan tawanan dengan cara yang baik dan adil di antara mukminin.

Pasal 3: Banu ‘Awf, sesuai keadaan (kebiasaan) mereka, bahu-membahu membayar diat di antara mereka seperti semula, dan setiap suku membayar tebusan tawanan dengan baik dan adil di antara mukminin.

Pasal 4: Banu Sa’idah, sesuai keadaan (kebiasaan) mereka, bahu-membahu membayar diat di antara mereka (seperti) semula, dan setiap suku membayar tebusan tawanan dengan cara yang baik dan adil di antara mukminin.

Pasal 5: Banu al-Hars, sesuai keadaan (kebiasaan) mereka, bahu-membahu membayar diat di antara mereka (seperti) semula, dan setiap suku membayar tebusan tawanan dengan cara yang baik dan adil di antara mukminin.

Pasal 6: Banu Jusyam, sesuai keadaan (kebiasaan) mereka, bahu-membahu membayar diat di antara mereka (seperti) semula, dan setiap suku membayar tebusan tawanan dengan cara yang baik dan adil di antara mukminin.

Pasal 7: Banu al-Najjar, sesuai keadaan (kebiasaan) mereka, bahu-membahu membayar diat di antara mereka (seperti) semula, dan setiap suku membayar tebusan tawanan dengan cara yang baik dan adil di antara mukminin.

Pasal 8: Banu ‘Amr Ibn ‘Awf, sesuai keadaan (kebiasaan) mereka, bahu-membahu membayar diat di antara mereka (seperti) semula, dan setiap suku membayar tebusan tawanan dengan cara yang baik dan adil di antara mukminin.

Pasal 9: Banu al-Nabit, sesuai keadaan (kebiasaan) mereka, bahu-membahu membayar diat di antara mereka (seperti) semula, dan setiap suku membayar tebusan tawanan dengan cara yang baik dan adil di antara mukminin.

Pasal 10: Banu al-’Aws, sesuai keadaan (kebiasaan) mereka, bahu-membahu membayar diat di antara mereka (seperti) semula, dan setiap suku membayar tebusan tawanan dengan cara yang baik dan adil di antara mukminin.

Pasal 11: Sesungguhnya mukminin tidak boleh membiarkan orang yang berat menanggung hutang di antara mereka, tetapi membantunya dengan baik dalam pembayaran tebusan atau diat.

Pasal 12: Seorang mukmin tidak dibolehkan membuat persekutuan dengan sekutu mukmin lainnya, tanpa persetujuan dari padanya.

Pasal 13: Orang-orang mukmin yang takwa harus menentang orang yang di antara mereka mencari atau menuntut sesuatu secara zalim, jahat, melakukan permusuhan atau kerusakan di kalangan mukminin. Kekuatan mereka bersatu dalam menentangnya, sekalipun ia anak dari salah seorang di antara mereka.

Pasal 14: Seorang mukmin tidak boleh membunuh orang beriman lainnya lantaran (membunuh) orang kafir. Tidak boleh pula orang mukmin membantu orang kafir untuk (membunuh) orang beriman.

Pasal 15: Jaminan Allah satu. Jaminan (perlindungan) diberikan oleh mereka yang dekat. Sesungguhnya mukminin itu saling membantu, tidak tergantung pada golongan lain.

Pasal 16: Sesungguhnya orang Yahudi yang mengikuti kita berhak atas pertolongan dan santunan, sepanjang (mukminin) tidak terzalimi dan ditentang (olehnya).

Pasal 17: Perdamaian mukminin adalah satu. Seorang mukmin tidak boleh membuat perdamaian tanpa ikut serta mukmin lainnya di dalam suatu peperangan di jalan Allah, kecuali atas dasar kesamaan dan keadilan di antara mereka.

Pasal 18: Setiap pasukan yang berperang bersama kita harus bahu-membahu satu sama lain.

Pasal 19: Orang-orang mukmin itu membalas pembunuh mukmin lainnya dalam peperangan di jalan Allah. Orang-orang beriman dan bertakwa berada pada petunjuk yang terbaik dan lurus.

Pasal 20: Orang musyrik (Yatsrib) dilarang melindungi harta dan jiwa orang (musyrik) Quraisy, dan tidak boleh bercampur tangan melawan orang beriman.

Pasal 21: Barang siapa yang membunuh orang beriman dan cukup bukti atas perbuatannya, harus dihukum bunuh, kecuali wali si terbunuh rela (menerima diat). Segenap orang beriman harus bersatu dalam menghukumnya.

Pasal 22: Tidak dibenarkan bagi orang mukmin yang mengakui piagam ini, percaya pada Allah dan Hari Akhir, untuk membantu pembunuh dan memberi tempat kediaman kepadanya. Siapa yang memberi bantuan atau menyediakan tempat tinggal bagi pelanggar itu, akan mendapat kutukan dan kemurkaan Allah di hari kiamat, dan tidak diterima daripadanya penyesalan dan tebusan.

Pasal 23: Apabila kamu berselisih tentang sesuatu, penyelesaiannya menurut (ketentuan) Allah ‘azza wa jalla dan (keputusan) Muhammad SAW.

Pasal 24: Kaum Yahudi memikul biaya bersama mukminin selama dalam peperangan.

Pasal 25: Kaum Yahudi dari Bani ‘Awf adalah satu umat dengan mukminin. Bagi kaum Yahudi agama mereka, dan bagi kaum muslimin agama mereka. Juga (kebebasan ini berlaku) bagi sekutu-sekutu dan diri mereka sendiri, kecuali bagi yang zalim dan jahat. Hal demikian akan merusak diri dan keluarganya.

Pasal 26: Kaum Yahudi Banu Najjar diperlakukan sama seperti Yahudi Banu ‘Awf.

Pasal 27: Kaum Yahudi Banu Hars diperlakukan sama seperti Yahudi Banu ‘Awf.

Pasal 28: Kaum Yahudi Banu Sa’idah diperlakukan sama seperti Yahudi Banu ‘Awf.

Pasal 29: Kaum Yahudi Banu Jusyam diperlakukan sama seperti Yahudi Banu ‘Awf.

Pasal 30: Kaum Yahudi Banu al-’Aws diperlakukan sama seperti Yahudi Banu ‘Awf.

Pasal 31: Kaum Yahudi Banu Sa’labah diperlakukan sama seperti Yahudi Banu ‘Awf, kecuali orang zalim atau khianat. Hukumannya hanya menimpa diri dan keluarganya.

Pasal 32: Suku Jafnah dari Sa’labah (diperlakukan) sama seperti mereka (Banu Sa’labah).

Pasal 33: Banu Syutaybah (diperlakukan) sama seperti Yahudi Banu ‘Awf. Sesungguhnya kebaikan (kesetiaan) itu lain dari kejahatan (khianat).

Pasal 34: Sekutu-sekutu Sa’labah (diperlakukan) sama seperti mereka (Banu Sa’labah).

Pasal 35: Kerabat Yahudi (di luar kota Madinah) sama seperti mereka (Yahudi).

Pasal 36: Tidak seorang pun dibenarkan (untuk perang), kecuali seizin Muhammad SAW. Ia tidak boleh dihalangi (menuntut pembalasan) luka (yang dibuat orang lain). Siapa berbuat jahat (membunuh), maka balasan kejahatan itu akan menimpa diri dan keluarganya, kecuali ia teraniaya. Sesungguhnya Allah sangat membenarkan (ketentuan) ini.

Pasal 37: Bagi kaum Yahudi ada kewajiban biaya, dan bagi kaum muslimin ada kewajiban biaya. Mereka (Yahudi dan muslimin) bantu-membantu dalam menghadapi musuh Piagam ini. Mereka saling memberi saran dan nasihat. Memenuhi janji lawan dari khianat. Seseorang tidak menanggung hukuman akibat (kesalahan) sekutunya. Pembelaan diberikan kepada pihak yang teraniaya.

Pasal 38: Kaum Yahudi memikul biaya bersama mukminin selama dalam peperangan.

Pasal 39: Sesungguhnya Yatsrib itu tanahnya “haram” (suci) bagi warga Piagam ini.

Pasal 40: Orang yang mendapat jaminan (diperlakukan) seperti diri penjamin, sepanjang tidak bertindak merugikan dan tidak khianat.

Pasal 41: Tidak boleh jaminan diberikan, kecuali seizin ahlinya.

Pasal 42: Bila terjadi suatu peristiwa atau perselisihan di antara pendukung Piagam ini, yang dikhawatirkan menimbulkan bahaya, diserahkan penyelesaiannya menurut (ketentuan) Allah ‘azza wa jalla, dan (keputusan) Muhammad SAW. Sesungguhnya Allah paling memelihara dan memandang baik isi Piagam ini.

Pasal 43: Sungguh tidak ada perlindungan bagi Quraisy (Mekkah) dan juga bagi pendukung mereka.

Pasal 44: Mereka (pendukung Piagam) bahu-membahu dalam menghadapi penyerang kota Yatsrib.

Pasal 45: Apabila mereka (pendukung piagam) diajak berdamai dan mereka (pihak lawan) memenuhi perdamaian serta melaksanakan perdamaian itu, maka perdamaian itu harus dipatuhi. Jika mereka diajak berdamai seperti itu, kaum mukminin wajib memenuhi ajakan dan melaksanakan perdamaian itu, kecuali terhadap orang yang menyerang agama. Setiap orang wajib melaksanakan (kewajiban) masing-masing sesuai tugasnya.

Pasal 46: Kaum yahudi al-’Aws, sekutu dan diri mereka memiliki hak dan kewajiban seperti kelompok lain pendukung Piagam ini, dengan perlakuan yang baik dan penuh dari semua pendukung Piagam ini. Sesungguhnya kebaikan (kesetiaan) itu berbeda dari kejahatan (pengkhianatan). Setiap orang bertanggungjawab atas perbuatannya. Sesungguhnya Allah paling membenarkan dan memandang baik isi Piagam ini.

Pasal 47: Sesungguhnya Piagam ini tidak membela orang zalim dan khianat. Orang yang keluar (berpergian) aman, dan orang berada di Madinah aman, kecuali orang yang zalim dan khianat. Allah adalah penjamin orang yang berbuat baik dan takwa. Dan Muhammad Rasulullah SAW.

Ya, Rasulallah SAW dari kebijaksanaan siasah dan kemahiran berunding terserlah dalam beberapa peristiwa sebelum kenabian baginda SAW.

  • Peristiwa meletakkan batu hitam (Hajar Al Aswad)
  • Menjual semua barangan Khadijah dengan keuntungan yang maksimum di pasar Bostra(Busrah), Syam

Adapun setelah mendapat wahyu, segala urusan adalah berpandu al kitab dan hikmah yang dikurniakan Allah SWT

Madinah merupakan asas dan tapak pembangunan Ummah Muhammad SAW dari bandar ini segala Syariat İslam diajar dan dilaksana ke seluruh pelusuk Alam. Semua Kabilah Arab Madinah dan Suku Yahudi di Madinah diperincikan hak-hak mereka. Ianya adalah keputusan Nabi SAW.

Hadith 150: Nasihat Nabi SAW Kepada Sahabat Yang Hebat Beribadah

0

Panel: Cikgu Rahim

150. Dari Abu Muhammad, yaitu Abdullah bin al-‘Ash radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Nabi s.a.w. diberitahu bahwasanya saya berkata: Demi Allah, niscayalah saya akan berpuasa pada pagi hari dan berdiri bersembahyang di waktu malam – maksudnya setiap hari, siangnya berpuasa dan malamnya bersembahyang sunnah, selama hidupku.” Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: “Apakah engkau yang   berkata   sedemikian    itu?”   Saya    menjawab    kepadanya:

“Sungguh  saya  berkata demikian  itu, bi-abi anta  wa  ummi,  ya Rasulullah.” Beliau.bersabda: “Sesungguhnya engkau tidak kuat melaksanakan itu, maka dari itu berpuasalah, berbukalah, tidurlah dan juga berdirilah – bersembahyang malam. Dalam sebulan itu berpuasalah tiga hari, sebab sesungguhnya kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipatnya. Jadi tiga hari sebulan itu sama dengan berpuasa setahun penuh.” Saya berkata: “Saya masih kuat beramal yang lebih utama dari itu.” Beliau s.a.w, bersabda: “Kalau begitu berpuasalah sehari dan berbukalah dua hari.” Saya berkata lagi: “Saya masih kuat beramal yang lebih utama dari itu.” Beliau s.a.w. bersabda: “Kalau begitu berpuasalah sehari dan berbukalah sehari pula. Yang sedemikian itu adalah puasanya Nabi Dawud a.s. dan inilah sesedang-sedangnya berpuasa.” Dalam riwayat lain disebutkan: “Yang sedemikian itu adalah seutama-utamanya berpuasa.” Saya berkata pula: “Saya masih kuat beramal yang lebih utama dari itu.” Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: “Tidak ada yang lebih utama daripada puasa – seperti Nabi Dawud a.s. itu.” Sebenarnya andaikata saya menerima saja tiga hari yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. -pertama kali – itu adalah lebih kucintai daripada seluruh keluarga dan hartaku.”

Dalam riwayat lain disebutkan demikian:

Nabi s.a.w. bersabda: “Bukankah saya telah diberitahu bahwasanya engkau berpuasa pada siang hari dan bersembahyang sunnah setiap malamnya?” Saya menjawab: “Benar, ya Rasulullah.” Beliau lalu bersabda: “Jangan mengerjakan seperti itu. Berpuasalah dan berbukalah, tidurlah dan bangunlah, karena sesungguhnya untuk tubuhmu itu ada hak atas dirimu, kedua matamu pun ada haknya atas dirimu, isterimu juga ada hak atasmu, untuk tamumu pun ada hak atasmu. Sebenamya sudah cukuplah jikalau untuk setiap bulan itu engkau berpuasa sebanyak tiga hari saja, sebab sesungguhnya setiap kebaikan   itu   diberi   pahala  dengan  sepuluh   kali   lipatnya.  Jadi berpuasa tiga hari setiap bulan itu sama halnya dengan berpuasa setahun penuh.” Saya – maksudnya Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash – mengeras-ngeraskan sendiri lalu diperkeraskanlah atas diriku. Saya berkata:  “Ya  Rasulullah, sesungguhnya  saya  masih  mempunyai kekuatan untuk lebih dari itu.” Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Kalau begitu berpuasalah seperti puasanya Nabiullah Dawud dan jangan engkau tambahkan lagi dari itu – yakni sehari berpuasa dan sehari berbuka.”  Saya  bertanya:   “Bagaimanakah  berpuasanya  Dawud a.s.?”   Beliau   s.a.w.   bersabda:   “Ia   berpuasa   setengah   tahun.”

Abdullah, setelah tuanya berkata: “Alangkah baiknya jikalau dahulu saya terima saja keringanan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w.” Dalam riwayat lain lagi disebutkan:

Nabi s.a.w. bersabda: “Bukankah saya telah diberitahu bahwasanya engkau berpuasa setahun penuh dan mengkhatamkan bacaan al-Quran sekali setiap malam?” Saya menjawab: “Benar demikian ya Rasulullah dan saya tidak menghendaki dengan amalan yang sedemikian itu melainkan mengharapkan kebaikan belaka.” Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Berpuasalah seperti puasanya Nabiullah Dawud a.s., sebab sesungguhnya ia adalah setaat-taat manusia perihal ibadatnya. Selain itu khatamkanlah bacaan al-Quran itu sekali dalam setiap bulan.” Saya berkata: “Ya Nabiullah, saya masih kuat beramal yang lebih utama dari itu.” Beliau s.a.w. bersabda: “Kalau begitu khatamkanlah itu sekali setiap dua puluh hari.” Saya berkata: “Ya Nabiullah, sebenarnya saya masih kuat yang lebih utama dari itu.” Beliau s.a.w. bersabda:   “Kalau   begitu   khatamkanlah  itu  sekali  dalam  setiap sepuluh hari.” Saya berkata: “Ya Nabiullah,saya masih kuat beramal yang lebih utama dari itu.” Beliau s.a.w. bersabda: “Kalau begitu, khatamkan sajalah al-Quran itu sekali dalam seminggu dan jangan ditambah lagi – beratnya amalan tadi – lebih dari itu.” jadi saya memperberatkan diri sendiri lalu diperberatkanlah amalan itu atas diriku. Nabi pada saat itu bersabda: “Sesungguhnya engkau tidak tahu, barangkali engkau akan diberi  usia yang panjang.” Maka jadilah saya sampai pada usia tua sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. Setelah saya berusia tua, saya ingin sekali kalau dahulunya saya menerima saja keringanan yang diberikan oleh Nabiullah s.a.w.

Dalam riwayat lain disebutkan: “Sesungguhnya untuk anakmu pun ada hak atas dirimu.”

Juga dalam riwayat lain disebutkan: “Tidak dibenarkanlah seseorang yang berpuasa terus sepanjang tahun.” Ini disabdakan oleh beliau s.a.w. sampai tiga kali.

Selain itu dalam riwayat lain disebutkan demikian: “Puasa yang amat tercinta di sisi Allah adalah puasanya Nabi Dawud, sedang shalat yang amat tercinta di sisi Allah juga shalatnya Nabi Dawud. Ia tidur separuh malam, lalu bangun – untuk bersembahyang malam – sepertiga malam, kemudian tidur lagi seperenam malam. Ia berpuasa sehari dan berbuka sehari. Ia tidak akan lari jikalau menemui – berhadapan dengan musuhnya.

Ada pula riwayat lain yang menyebutkan demikian: “Ia berkata: Ayahku mengawinkan saya dengan seorang wanita yang memiliki keturunan baik. Ayah membuat janji dengan menantunya – wanita itu – yakni isteri anaknya, untuk menanyakan pada wanita perihal keadaan suaminya. Setelah ditanya, isterinya itu berkata: Sebaik-baik lelaki ialah suamiku itu, ia tidak pernah menginjak hamparan kita dan tidak pernah memeriksa tabir kita – maksudnya tidak pernah berkumpul untuk menyetubuhi isterinya – sejak kita datang padanya.”

Setelah peristiwa itu berjalan lama, maka ayahnya memberitahukan hal tersebut kepada Nabi s.a.w., lalu beliau bersabda kepada ayahnya: “Pertemukanlah saya dengan lelaki itu.”

Saya menemui Nabi s.a.w. sesudah diadukan oleh ayahku itu, beliau s.a.w. bertanya: “Bagaimanakah caranya engkau berpuasa?” Saya menjawab: “Saya berpuasa tiap hari.” Beliau s.a.w. bertanya: “Bagaimanakah caranya engkau mengkhatamkan al-Quran?” Saya menjawab: “Setiap malam saya khatamkan sekali.” Seterusnya orang itu menyebutkan sebagaimana ceritera yang sebelumnya. Ia menghabiskan sebagian bacaan al-Quran itu atas isterinya sebanyak sepertujuh bagian, yang dibacanya itu dirampungkannya di waktu siang agar lebih ringan untuk apa yang akan dibacanya di waktu malamnya. Jikalau ia hendak memperkuatkan dirinya, ia berbuka selama beberapa hari dan dihitunglah jumlah hari berbukanya itu kemudian berpuasa sebanyak hari di atas itu pula. Sebabnya ia melakukan demikian, karena ia tidak senang kalau meninggalkan sesuatu sejak ia berpisah dengan Nabi s.a.w.

Semua riwayat di atas adalah shahih, sebagian besar dari shahih Bukhari dan shahih Muslim dan hanya sedikit saja yang tertera dalam salah satu kedua kitab shahih itu – yakni Bukhari dan Muslim saja.

«150» وعن أَبي محمد عبدِ اللهِ بنِ عَمْرو بن العاصِ رضي الله عنهما، قَالَ: أُخْبرَ النَّبيُّ صلى الله عليه وسلم أنِّي أقُولُ: وَاللهِ لأَصُومَنَّ النَّهَارَ، وَلأَقُومَنَّ اللَّيلَ مَا عِشْتُ. فَقَالَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: ((أنتَ الَّذِي تَقُولُ ذلِكَ؟)) فَقُلْتُ لَهُ: قَدْ قُلْتُهُ بأبي أنْتَ وأمِّي يَا رسولَ الله. قَالَ: ((فَإِنَّكَ لا تَسْتَطِيعُ ذلِكَ فَصُمْ وَأَفْطِرْ، وَنَمْ وَقُمْ، وَصُمْ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاثةَ أيَّامٍ، فإنَّ الحَسَنَةَ بِعَشْرِ أمْثَالِهَا وَذَلكَ مِثلُ صِيامِ الدَّهْرِ)) قُلْتُ: فَإِنِّي أُطيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذلِكَ، قَالَ: ((فَصُمْ يَومًا وَأَفْطِرْ يَوْمَيْنِ)) قُلْتُ: فَإنِّي أُطِيقُ أفضَلَ مِنْ ذلِكَ، قَالَ: ((فَصُمْ يَومًا وَأفْطِرْ يَومًا فَذلِكَ صِيَامُ دَاوُد صلى الله عليه وسلم، وَهُوَ أعْدَلُ الصيامِ)).
وفي رواية: ((هُوَ أفْضَلُ الصِّيامِ)) فَقُلْتُ: فَإِنِّي أُطيقُ أفْضَلَ مِنْ ذلِكَ، فَقَالَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: ((لا أفضَلَ مِنْ ذلِكَ))، قال: وَلأنْ أكُونَ قَبِلْتُ الثَّلاثَةَ الأَيّامِ الَّتي قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم أحَبُّ إليَّ مِنْ أهْلي وَمَالي.
وفي رواية: ((أَلَمْ أُخْبَرْ أنَّكَ تَصُومُ النَّهَارَ وتَقُومُ اللَّيلَ؟)) قُلْتُ: بَلَى، يَا رَسُول الله، قَالَ: ((فَلا تَفْعَلْ: صُمْ وَأَفْطِرْ، وَنَمْ وَقُمْ؛ فإنَّ لِجَسَدِكَ عَلَيْكَ حَقًّا، وَإِنَّ لِعَيْنَيكَ عَلَيْكَ حَقًّا، وَإِنَّ لِزَوْجِكَ عَلَيْكَ حَقًّا، وَإِنَّ لِزَوْرِكَ عَلَيْكَ حَقًّا، وَإنَّ بِحَسْبِكَ أنْ تَصُومَ في كُلِّ شَهْرٍ ثَلاثَةَ أيَّامٍ، فإنَّ لَكَ بِكُلِّ حَسَنَةٍ عَشْرَ أمْثَالِهَا، فَإِنَّ ذلِكَ صِيَامُ الدَّهْر)) فَشَدَّدْتُ فَشُدِّدَ عَلَيَّ، قُلْتُ: يَا رَسُول الله، إنِّي أجِدُ قُوَّةً، قَالَ: ((صُمْ صِيَامَ نَبيِّ الله دَاوُد وَلا تَزد عَلَيهِ)) قُلْتُ: وَمَا كَانَ صِيَامُ دَاوُد؟ قَالَ: ((نِصْفُ الدَّهْرِ)) فَكَانَ عَبدُ الله يقول بَعدَمَا كَبِرَ: يَا لَيتَنِي قَبِلْتُ رُخْصَة رَسُول الله صلى الله عليه وسلم.
وفي رواية: ((أَلَمْ أُخْبَرْ أَنَّكَ تَصُومُ الدَّهرَ، وَتَقْرَأُ القُرآنَ كُلَّ لَيْلَة؟)) فقلت: بَلَى، يَا رَسُول الله، وَلَمْ أُرِدْ بذلِكَ إلا الخَيرَ، قَالَ: ((فَصُمْ صَومَ نَبيِّ اللهِ دَاوُد، فَإنَّهُ كَانَ أعْبَدَ النَّاسِ، وَاقْرَأ القُرْآنَ في كُلِّ شَهْر)) قُلْتُ: يَا نَبيَّ اللهِ، إنِّي أُطِيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذلِكَ؟ قَالَ: ((فاقرأه في كل عشرين)) قُلْتُ: يَا نبي الله، إني أطيق أفضل من ذلِكَ؟ قَالَ: ((فَاقْرَأهُ في كُلِّ عَشْر)) قُلْتُ: يَا نبي اللهِ، إنِّي أُطيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذلِكَ؟ قَالَ: ((فاقْرَأهُ في كُلِّ سَبْعٍ وَلا تَزِدْ عَلَى ذلِكَ)) فشدَّدْتُ فَشُدِّدَ عَلَيَّ وَقالَ لي النَّبيّ صلى الله عليه وسلم: ((إنَّكَ لا تَدرِي لَعَلَّكَ يَطُولُ بِكَ عُمُرٌ)) قَالَ: فَصِرْتُ إِلَى الَّذِي قَالَ لي النَّبيُّ صلى الله عليه وسلم. فَلَمَّا كَبِرْتُ وَدِدْتُ أنِّي كُنْتُ قَبِلتُ رُخْصَةَ نَبيِّ الله صلى الله عليه وسلم.
وفي رواية: ((وَإِنَّ لِوَلَدِكَ عَلَيْكَ حَقًّا)).
وفي رواية: ((لا صَامَ مَنْ صَامَ الأَبَدَ)) ثلاثًا.
وفي رواية: ((أَحَبُّ الصِيَامِ إِلَى اللهِ تَعَالَى صِيَامُ دَاوُد، وَأَحَبُّ الصَّلاةِ إِلَى اللهِ تَعَالَى صَلاةُ دَاوُدَ: كَانَ ينام نصف الليل، ويقوم ثلثه، وينام سدسه، وكان يصوم يومًا ويفطر يومًا، وَلا يَفِرُّ إِذَا لاقَى)).
وفي رواية قال: أنْكَحَني أَبي امرَأةً ذَاتَ حَسَبٍ وَكَانَ يَتَعَاهَدُ كنَّتَهُ– أي: امْرَأَةَ وَلَدِهِ- فَيَسْأَلُهَا عَنْ بَعْلِهَا. فَتقُولُ لَهُ: نِعْمَ الرَّجُلُ مِنْ رَجُلٍ لَمْ يَطَأْ لَنَا فِرَاشًا، وَلَمْ يُفَتِّشْ لَنَا كَنَفًا مُنْذُ أتَيْنَاهُ. فَلَمَّا طَالَ ذلِكَ عَلَيهِ ذَكَرَ ذلك للنَّبيِّ صلى الله عليه وسلم، فَقَالَ: ((القِنِي بِهِ)) فَلَقيتُهُ بَعد ذلك، فَقَالَ: ((كَيْفَ تَصُومُ؟)) قُلْتُ: كُلَّ يَومٍ، قَالَ: ((وَكَيْفَ تَخْتِمُ؟)) قُلْتُ: كُلَّ لَيْلَةٍ، وَذَكَرَ نَحْوَ مَا سَبَقَ، وَكَانَ يَقْرَأُ عَلَى بَعْضِ أهْلِهِ السُّبُعَ الَّذِي يَقْرَؤُهُ، يَعْرِضُهُ مِنَ النَّهَارِ ليَكُونَ أخفّ عَلَيهِ باللَّيلِ، وَإِذَا أَرَادَ أنْ يَتَقَوَّى أفْطَرَ أيَّامًا وَأحْصَى وَصَامَ مِثْلَهُنَّ كرَاهِيَةَ أنْ يَترُكَ شَيئًا فَارَقَ عَلَيهِ النَّبيَّ صلى الله عليه وسلم.
كل هذِهِ الرواياتِ صحيحةٌ، مُعظمُها في الصحيحين، وقليل مِنْهَا في أحدِهِما.
في هذا الحديث: دليل على أنَّ أفضل الصيام صوم يوم وإفطار يوم وكراهة الزيادة على ذلك.
قال الخطابي: محصل قصة عبد الله بن عمرو: أنَّ الله تعالى لم يتعبد عبده بالصوم خاصة، بل تعبّده بأنواعٍ من العبادات، فلو استفرغ جهده لقصَّر في غيره، فالأَوْلى الاقتصاد فيه ليتبقى بعض القوة لغيره.
قال الحافظ: وفي قصة عبد الله بن عمرو من الفوائد: بيان رفق رسول الله صلى الله عليه وسلم بأمته، وشفقته عليهم، وإرشاده إياهم إلى ما يصلحهم، وحثّه إياهم على ما يطيقون الدوام عليه، ونهيهم عن التعمُّق في العبادة لما يخشى من إفضائه إلى الملل أو ترك البعض، وقد ذم الله تعالى قومًا لا زموا العبادة ثم فرطوا فيها.
وفيه: جواز الإخبار عن الأعمال الصالحة، والأوراد، ومحاسن الأعمال، ولا يخفى أنَّ محل ذلك عند أمن الرياء. انتهى ملخصًا.

*GALAKAN BERPUASA ‘ARAFAH (9 ZULHIJJAH)* BAGI MEREKA YANG TIDAK BERHAJI

0

Tazkirah Harian UiTO:
🕊 IHFAZILLAH YAHFAZKA 🕊

*GALAKAN BERPUASA ‘ARAFAH (9 ZULHIJJAH)*
BAGI MEREKA YANG TIDAK BERHAJI

Dari Abu Qatadah, dia berkata bahwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ

_Maksudnya: “Berpuasa pada hari ‘Arafah aku berharap agar Allah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang.”_
HR. Muslim (1162)

Imam al-Nawawi rahimahullah berkata:
“Adapun hukum puasa pada hari ‘Arafah menurut Imam al-Syafi‘ie dan ulama Syafi‘ieyah bahawa *disunatkan puasa ‘Arafah bagi yang tidak berwuquf di ‘Arafah*. Adapun orang yang sedang berhaji dan saat itu berada di ‘Arafah, menurut Imam al-Syafi‘ie secara ringkas dan ini juga menurut ulama Syafi‘ieyah bahwa disunatkan bagi mereka untuk tidak berpuasa karena adanya hadis dari Ummul Fadhl.” Lihat al-Majmu’ (6/428).

عَنْ أُمِّ الْفَضْلِ بِنْتِ الْحَارِثِ أَنَّ نَاسًا تَمَارَوْا عِنْدَهَا يَوْمَ عَرَفَةَ فِي صَوْمِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ بَعْضُهُمْ هُوَ صَائِمٌ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لَيْسَ بِصَائِمٍ فَأَرْسَلَتْ إِلَيْهِ بِقَدَحِ لَبَنٍ وَهُوَ وَاقِفٌ عَلَى بَعِيرِهِ فَشَرِبَهُ

Maksudnya: _“Dari Ummul Fadhl binti Al Harith, bahwa orang ramai berbantahan di di sisinya pada hari Arafah berkenaan puasa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Sebahagian mereka mengatakan, ‘Baginda berpuasa.’ Sebagian lainnya mengatakan, ‘Baginda tidak berpuasa.’ Maka Ummul Fadhl mengirimkan semangkuk susu kepada beliau, ketika Baginda sedang berhenti di atas unta Baginda, maka Baginda meminumnya.”_ HR. Bukhari ( 1988) dan Muslim (1123).

Sebaran info semasa berkaitan program SS Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
https://telegram.me/drzulalbakri

Popular

Iklan

Iklan