Utama Bilik Seminar Mingguan S9: Sejarah Kemasukan Islam Warisan Dan Islam Anutan

S9: Sejarah Kemasukan Islam Warisan Dan Islam Anutan

265
0
Iklan

Panel: THTL Al-Jazani

Soalan 9:
🔴 Bagaimana aliran agama warisan yang dipelopori di Tanah Melayu? Bagaikan tidak wujud aliran hadis di Malaysia. Baru sekarang ada. Mungkin Syeikh THTL boleh bagi tahu sejarah di Tanah Melayu. Dalam kes agama warisan.

Jawab:
Aliran Warisan tanah melayu juga dikenali dengan kaum tua
Kaum tua = Ialah golongan ulama tradisioal melayu yang bermanhaj khalaf yang mahu mengekalkan status quo atau cara warisan/tradisional dan menolak pembaharuan atau pemurnian atau islah dalam agama. Mereka mewajibkan TAQLID sebagai jalan penyatuan umat Melayu. Ia bermula dengan kepulangan pelajar melayu dari Mekah pada abad ke 18 dan 19 di bawah muftinya yang masyhur Syed Zaini Dahlan Mufti Kerajaan Othmaniah dan King Hashimiah, maka terbinalah sistem pondok seperti Mekah di Pattani Thailand, guru-guru top masa tu ialah Syeikh Daud Abdullah al-Fatoni, Sheikh Muhammad Zain al-Fatoni dan Sheikh Zainal Abidin al-Fatoni. Kemudian lahir pulok sistem pondok di kelantan, antaranya Haji Noh Penambang, Haji Yaakub Legor, Haji Mahmud Zuhdi, Haji Osman Jalaluddin al-Kelantani, juga di Terengganu, kemudian Fathullah Suhaimi, Syeikh Sulaiman Ar-Rasuli, Abu Bakar Muar, Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi, Datuk Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad, Syeikh Abdullah Fahim dan lain-lain.
Manakala aliran sunnah, hadith, islah, sudah dinyatakan pada soalan no 46 di atas. Aliran sunnah ni sama sahaja samada aliran islah, tajdid, atau sekarang aliran wahabi.

Soalan 46:
🔴 Bolehkah ustaz ceritakan `ulama’ terdahulu dalam memperjuangkan Islam anutan di lembah masyarakat yang berpegang teguh kepada agama warisan?

Jawab:
Gerakan pembaharuan atau gerakan Islah adalah pejuang Islam anutan. Objektif utama mereka ialah pemurnian agama islam warisan yang berasaskan tareqat dan kesufian.
Gerakan Islam anutan atau ‘salafi’, ‘tajdid’, ‘sunnah’ atau dicop juga sebagai ‘wahabiah’ bermula dengan rentetan berikut:

🔴 Abad ke 7: Gerakan Islam anutan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah

🔴 Abad ke 17: Syaikh Muhammad Abdul Wahab yang menentang aliran warisan di Hijaz hingga membentuk Daulah Saudiah. Beliau menghidupkan semula semangat Ibn Taymiyah

🔴 Abad ke-19: Jamaludin al-Afghani, Muhammad Abduh dan muhammad Rashid Ridha

🔴 Awal abad 20 di Tanah Melayu bermula di Singapura.
Syaikh Tahir Jalaludin, Syed Syaikh al-Hadi, Dr Burhanuddin al-Hilmi, Abbas Taha dan Pendita Zaaba.
Di kelantan, Haji Nik Abdullah, Haji Nik Mahmud Haji Wan Musa, Hj. Abdul Rahman Haji Nik Mahmud membawa aliran anutan dari India, waliyullah Dihlavi dan TG Nik Aziz Nik Mat.

Ref: Dr Abdu Rahman Abdullah, Pemikiran Islam di Malaysia, Sejarah dan Aliran, USM, juga diterbitkan di bawah Gema Insani Indon.

Komen dan Soalan