Utama Tazkirah Admin *GALAKAN BERPUASA ‘ARAFAH (9 ZULHIJJAH)* BAGI MEREKA YANG TIDAK BERHAJI

*GALAKAN BERPUASA ‘ARAFAH (9 ZULHIJJAH)* BAGI MEREKA YANG TIDAK BERHAJI

234
0
Iklan

Tazkirah Harian UiTO:
🕊 IHFAZILLAH YAHFAZKA 🕊

*GALAKAN BERPUASA ‘ARAFAH (9 ZULHIJJAH)*
BAGI MEREKA YANG TIDAK BERHAJI

Dari Abu Qatadah, dia berkata bahwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ

_Maksudnya: “Berpuasa pada hari ‘Arafah aku berharap agar Allah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang.”_
HR. Muslim (1162)

Imam al-Nawawi rahimahullah berkata:
“Adapun hukum puasa pada hari ‘Arafah menurut Imam al-Syafi‘ie dan ulama Syafi‘ieyah bahawa *disunatkan puasa ‘Arafah bagi yang tidak berwuquf di ‘Arafah*. Adapun orang yang sedang berhaji dan saat itu berada di ‘Arafah, menurut Imam al-Syafi‘ie secara ringkas dan ini juga menurut ulama Syafi‘ieyah bahwa disunatkan bagi mereka untuk tidak berpuasa karena adanya hadis dari Ummul Fadhl.” Lihat al-Majmu’ (6/428).

عَنْ أُمِّ الْفَضْلِ بِنْتِ الْحَارِثِ أَنَّ نَاسًا تَمَارَوْا عِنْدَهَا يَوْمَ عَرَفَةَ فِي صَوْمِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ بَعْضُهُمْ هُوَ صَائِمٌ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لَيْسَ بِصَائِمٍ فَأَرْسَلَتْ إِلَيْهِ بِقَدَحِ لَبَنٍ وَهُوَ وَاقِفٌ عَلَى بَعِيرِهِ فَشَرِبَهُ

Maksudnya: _“Dari Ummul Fadhl binti Al Harith, bahwa orang ramai berbantahan di di sisinya pada hari Arafah berkenaan puasa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Sebahagian mereka mengatakan, ‘Baginda berpuasa.’ Sebagian lainnya mengatakan, ‘Baginda tidak berpuasa.’ Maka Ummul Fadhl mengirimkan semangkuk susu kepada beliau, ketika Baginda sedang berhenti di atas unta Baginda, maka Baginda meminumnya.”_ HR. Bukhari ( 1988) dan Muslim (1123).

Sebaran info semasa berkaitan program SS Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
https://telegram.me/drzulalbakri

Komen dan Soalan