Utama Blog Halaman 219

Hadis 51: Penegasan Celak Adalah Untuk Waktu Tidur

0
Pakistani students of a madrassa, or Islamic school, some sleeping while others study, in a Mosque in Islamabad, Pakistan, Monday, Feb. 24, 2014. Islamic schools form an important function within the Pakistani educational system, providing for many Pakistanis, the only educational institution they attend. (AP Photo/Muhammed Muheisen)

Panel: Ustaz ADÖULINÉ Lacharouphe

*******
*******
*******

51 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَزِيدَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ، عَنْ جَابِرٍ، هُوَ ابْنُ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «عَلَيْكُمْ بِالْإِثْمِدِ عِنْدَ النَّوْمِ، فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ».

51- Telah bercerita kepada kami Ahmad bin Mani`, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Yazid, daripada Muhammad bin Ishaq, daripada Muhammad bin Al-Munkadir, daripada Jabir – dia ialah Ibnu `Abdi Llah –, dia berkata: Telah berkata Rasulu Llah: «Hendaklah kamu menggunakan antimoni ketika tidur, maka sesungguhnya ia mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu».

Syarah Adou_Fr:

Hadis ini sekali lagi dibawakan untuk menegaskan bahawa penggunaan celak ismid – antimoni – adalah ketika seseorang mahu tidur. Dan dijelaskan bahawa penggunaannya ketika tidur itu dapat mencerahkan penglihatan – iaitu apabila bangun – dan menumbuhkan bulu – iaitu ia merangsang pertumbuhan bulu mata dan mencantikkannya–.

Di dalam hadis sebelum ini, dibawakan lafaz penceritaan oleh Yazid bin Harun yang menerangkan bahawa Nabi bercelak ketika tidur dengan lafaz (عِنْدَ النَّوْمِ) ketika tidur. Di dalam hadis ini pula, Imam At-Tirmizi membawakan lafaz perintah yang jelas merupakan ucapan Nabi dengan lafaz (عَلَيْكُمْ بِالْإِثْمِدِ عِنْدَ النَّوْمِ) «Hendaklah kamu menggunakan antimoni ketika tidur».

Lafaz perintah yang jelas ini diriwayatkan juga oleh [Ibnu Majah/ 3496] dengan isnad daripada Muhammad bin Al-Munkadir daripada Jabir.

Walau bagaimanapun di dalam kitab (الْعِلَل لِابْنِ أَبِي حَاتِم) Al-`Ilal libni Abi Hatim disebut pertanyaan kepada bapanya tentang hadis ini, dan Abi Hatim berkata:

هَذَا حَدِيثٌ مُنكَرٌ، لَمْ يَرْوِهِ عَنْ مُحَمَّدٍ إِلاَّ الضُّعَفَاءُ: إِسْمَاعِيلُ بْن مُسْلِم وَنَحْوه

Ini ialah hadis munkar, tidak meriwayatkannya daripada Muhammad melainkan dhu`afa’ (orang-orang yang dha`if) iaitu Isma`il bin Muslim dan lain-lain.

Penuntut ilmu yang kurang adab mungkin menuduh Imam At-Tirmizi sebagai jahil tentang hal ini, atau (تَسَاهُل) tasahul, bermudah-mudahan dalam hal sahih-dha`if, namun, bukanlah itu yang menjadi tujuan hadis ini dimasukkan di sini.

Ini kerana Imam At-Tirmizi telah menulis di dalam (الْعِلَل الْكَبِير) Al-`Ilal Al-Kabir tentang pertanyaannya kepada gurunya Imam Al-Bukhariy:

سَأَلْتُ مُحَمَّدًا عَنْ هَذَا الْحَدِيثِ فَلَمْ يَعْرِفْهُ مِنْ حَدِيثِ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ، وَقَدْ رَوَى هَذَا الْحَدِيثَ إِسْمَاعِيلُ بْنُ مُسْلِمٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ، عَنْ جَابِرٍ

Saya telah menyoal Muhammad tentang hadis ini, maka dia tidak mengetahuïnya daripada hadis Muhammad bin Ishaq. Dan sesungguhnya telah meriwayatkan hadis ini Isma`il bin Muslim, daripada Muhammad bin Al-Munkadir, daripada Jabir.

Ketahuïlah bahawa Imam At-Tirmizi mengetahuï bahawa hadis Muhammad bin Ishaq, daripada Muhammad bin Al-Munkadir, daripada Jabir ini adalah hadis yang mempunyaï (الْعِلَّة) `illah, kecacatan.

Justeru, sebagai penuntut ilmu yang berfikiran terbuka dan cerah hati, kita seharusnya mengetahuï bahawa hadis ini dibawa sebagai perbandingan lafaz, dan sebagai penerangan kepada lafaz bahawa bercelak dengan ismid itu adalah ketika tidur.

*******
*******
*******
.

Pembahagian Topik-topik Oleh Ust Manna’ Qattan

0

Panel: BroSyarief

In Sya Allah, setelah selesai Bab ke-5, kita akan membincangkan bab baru berkaitan Sebab-sebab Penurunan Ayat/Surah dari al-Quran, yang biasa disebut sebab Asbab atau Sabab Nuzul.

Asbab (اسباب) adalah kata ganda dari perkataa Sabab (سبب) yang juga digunakan dalam BM, iaitu sebab.

Ust Manna’ Qattan, di dalam bukunya, meletakkan susunan topik yang agak banyak untuk bab ini.

Kita telusuri sebentar pembahagian topik-topik di bawah bab ini supaya gambaran umum dapat dilihat dengan jelas.

1. Usaha Para Ulama Padanya (yakni: Kajian Asbab an-Nuzul) – عناية العلماء به

Bahagian ini sangat ringkas, di mana penulis kongsikan siapa ulama-ulama terdahulu yang membincangkan topik ini dan penulisan mereka.

2. Apa Yang Dipegang/Disandarkan Untuk Pengetahun Mengenai Asbab an-Nuzul

Di sini, penulis kongsikan juga secara ringkas apakah sumber yang menjadi sandaran kepada kajian tentang Asbab an-Nuzul.

3. Takrif/Definisi Sebab – تعريف السبب

4. Faedah-faedah Mengetahui Tentang Sabab an-Nuzul – فوائد معرفة سبب النزول

Terdapat 4 faedah yang penulis kongsikan.

5. Pengajaran/Hukum Diambil Dari Umumnya Lafaz, bukan Khususnya Sebab – العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب

Berkait dengan penafsiran ayat-ayat berdasarkan sebab/asbab nuzulnya, timbul sedikit perbincangan tentang kaedah ini.

6. Bentuk Sabab an-Nuzul – صيغة سبب النزول

Bahagian ini menyentuh tentang gaya atau bentuk periwayatan sama ada secara jelas atau tidak yang menyebutkan bahawa peristiwa tertentulah yang menyebabkan ayat tertentu turun.

7. Berbilang/Berbeza Periwayatan pada Satu Sabab an-Nuzul

Bahagian ini membincangkan apabila ada satu ayat yang sama, terdapat sumber-sumber dengan gaya dan versi yang berbeza. Penulis kemudiannya menyenaraikan bagaimana para ulama membuat penilaian terhadap keadaan sebegini.

8. Berbilang/Berbeza Ayat yang Turun pada Satu Sebab yang Sama

Bahagian ini agak menarik, dan ianya ringkas sahaja. Menunjukkan adanya kes yang berlaku dimana disebabkan perkara yang sama, beberapa ayat yang berbeza turun.

9. Turunnya Ayat Terlebih Dahulu Sebelum Hukumnya

Tajuk bahagian ini agak mengelirukan, tetapi mudah difahami dengan contohnya. Di mana terdapat ayat yang turun, dan hukum dari ayat tersebut difahami lewat kemudian setelah lama ayat tersebut turun.

10. Berbilang Ayat yang Turun disebabkan Seseorang – تعدد ما نزل في شخص واحد

Bahagian ini juga menarik di mana ada di kalangan para sahabat Nabi yang menjadi pencetus kepada turunnya ayat, sehinggakan ada di antara mereka yang Allah turunkan lebih dari satu ayat pada peristiwa yang berbeza yang mereka terlibat.

Jasa baik para peserta Bilik untuk memberikan respon ringkas setelah membaca walau sekadar menggunakan emoji adalah sangat dihargai. #NoStickerIsAllowedHere #EvenIfItsJustSmile

Sekadar nak pastikan ‘Ada orang baca ke tak ni?’

(Asyik Ust @must4fab je yang bagi 👌)

Buku Ajaran Madzhab Imam Asy-Syafi’i Yang Ditinggalkan

0

Oleh: Hadi Akmal As Salafy
Pada 30 November 2015

Ajaran Madzhab Imam Asy-Syafi’i Yang Ditinggalkan

Penulis : Firanda Andirja Abidin, Lc. M.A

Penerbit : Nashirus Sunnah
528 halaman

Majoriti masyarakat nusantara menasabkan diri kepada madzhab Al-Imam Muhammad bin Idris Asy-Syafi’i Rahimahullah, seorang imam yang digelari “Nashirus Sunnah” (Pembela Sunnah-sunnah Nabi ), sehingga dalam kitab-kitab beliau seperti kitab Al-Umm dan juga Ar-Risalah nampak sekali sikap pembelaan beliau terhadap sunnah dan bantahan beliau terhadap orang-orang yang meninggalkan sunnah. Demikian juga tidak ditemukan sama sekali bid’ah-bid’ah dalam kitab-kitab beliau.

Ironinya, kita dapati banyak ajaran-ajaran Al-Imam Asy-Syafi’i yang ditinggalkan oleh sebahagian masyarakat kita yang mengaku bahkan fanatik terhadap madzhab Asy-Syafi’i. Bahkan mereka terjerumus dalam praktikal ibadah dan juga keyakinan-keyakinan akidah yang bertentangan dengan akidah Al-Imam Asy-Syafi’i.

Apa yang digariskan oleh penulis dalam buku ini merupakan usaha kecil untuk mengembalikan sebahagian kaum muslimin kepada kemurnian ajaran-ajaran islam yang telah diemban oleh para ulama, diantaranya Al-Imam Muhammad bin Idris Asy-Syafi’i. Dengan harapan, pengakuan/pernasaban mereka kepada madzhab Asy-Syafi’i bukan hanya sekadar label yang kosong dari hakikat.
Selamat membaca, dan semoga bermanfaat!

Harga

Rm 72 + 10 Pos Semenanjung

Rm 72 + 16 Pos Sabah Sarawak

( Pos Laju 1-3 Hari Sampai )
Pengeposan hanya pada hari Isnin-Rabu-Khamis

Segala Urusan Pembelian atau pertanyaan terus pm

@hadiakmalassalafy ( Telegram )
0124543696 ( Whatsapp, SMS, Call )

Hadis 60: Sekiranya Tidak Pulihara Sunnah Ini, Permusuhan Boleh Tercetus!

0

Panel: Cikgu Rahim

«160» الخامس: عن أَبي عبدِ الله النعمان بن بشير رَضيَ الله عنهما، قَالَ: سمعت رَسُول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ، أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
وفي رواية لمسلم: كَانَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم يُسَوِّي صُفُوفَنَا حتى كأنَّما يُسَوِّي بِهَا القِدَاحَ حَتَّى إِذَا رَأَى أَنَّا قَدْ عَقَلْنَا عَنْهُ. ثُمَّ خَرَجَ يَومًا فقامَ حَتَّى كَادَ أنْ يُكَبِّرَ فرأَى رَجلًا بَاديًا صَدْرُهُ، فَقَالَ: ((عِبَادَ الله، لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ)).
في هذا الحديث: وعيدٌ شديد على من لم يسوَّ الصفوف، والحثّ على تسويتها، وجواز الكلام بين الإقامة والدخول في الصلاة.

160. Kelima: Dari Abu Abdillah iaitu an-Nu’man bin Basyir radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Hendaklah engkau semua benar-benar meratakan barisan-barisanmu – dalam shalat, atau kalau tidak suka meratakan barisan, pastilah Allah akan membalikkan antara wajah-wajahmu semua -maksudnya ialah bahawa Allah akan memasukkan rasa permusuhan, saling benci-membenci dan perselisihan pendapat dalam hatimu semua.” (Muttafaq ‘alaih)

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan:

“Rasulullah s.a.w. itu meratakan barisan-barisan kita sehingga seolah-olah beliau itu meratakan letaknya anak panah, sampai-sampai beliau meyakinkan bahawa kita semua telah mengerti betul-betul akan meratakan barisan itu. Selanjutnya pada suatu hari beliau keluar – untuk bersembahyang – kemudian berdiri sehingga hampir-hampir beliau akan bertakbir. Tiba-tiba beliau melihat ada seorang yang menonjol dadanya – agak ke muka sedikit dari barisannya – lalu beliau bersabda:

“Hai hamba-hamba Allah, hendaklah engkau semua benar-benar meratakan barisanmu, atau kalau tidak suka meratakan barisan, pastilah Allah akan membalikkan antara wajah-wajahmu semua.

Dalam Hadis di atas terdapat anjuran yang sangat keras agar di waktu shalat, barisan itu benar-benar dilempangkan, diratakan dan diluruskan sekencang-kencangnya. Selain itu terdapat keterangan pula perihal dibolehkannya berkata-kata dalam waktu antara selesai-nya iqamah dengan akan dilakukannya shalat, tetapi kata-kata itu hendaknya yang bermanfaat dan berguna.

02.10.01 TANDA-TANDA BUKTI HADITS PALSU (Bhg. 01)

0

Panel: BroSyarief
asSalaamu ‘alaikum semua.

Kita telah selesai membincangkan bahagian sebab-sebab timbulnya hadits-hadits palsu sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan.

Apapun, perbincangan tentang hadits palsu masih panjang. Seterusnya, nota-nota akan mengupas tanda-tanda bukti bagi mengenal hadits palsu yang digunakan oleh para ulama.

Nota akan dibahagikan kepada 3 atau 4 bahagian, harap dapat baca dengan teliti dan fahami.

Semoga bermanfaat..

#BroSyariefShares

#130616 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

02.10.01 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي) – Persoalan Hadits Palsu

#NotaBroSyarief #AsasIlmuHadits #UiTOBilik40

Susunan: BroSyarief

TANDA-TANDA BUKTI HADITS PALSU (Bhg. 01)

01 Pengakuan Pemalsu Hadits akan Pemalsuan yang Dilakukannya (إقرار واضع الحديث بوضعه)

Tanda ini adalah bukti yang paling kuat kerana ianya jelas, kerana kaedah menyebutkan ‘الإعتراف سيد الأدلة’ yang bermaksud ‘Pengiktirafan/pengakuan adalah ketua segala bukti’.

Contohnya adalah pengakuan Abu ‘Ismah ibn Abi Maryam di mana dia mengaku telah mencipta hadits panjang berkaitan fadhilat-fadhilat al-Quran bagi setiap surah, dan disambungkan sanadnya kepada Ibn ‘Abbas.

al-Imam al-Bukhari pula menukilkan dari salah seorang pemalsu hadits, ‘Umar ibn Subh, di mana dia menyebutkan,

أَنَا وَضَعْتُ خُطْبَةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

‘Aku telah mencipta hadits palsu berkenaan khutbah Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam’

[at-Taarikh as-Soghir]

 

02 Pengakuan Bermasalah oleh Periwayat

Terdapat dua keadaan untuk kes ini,

i. Seorang periwayat meriwayatkan hadits dari seorang guru. Kemudian periwayat itu ditanyakan (oleh ulama hadits lainnya) tentang tarikh lahirnya, lalu dia menyebutkan tarikh lahirnya, yang diyakini bahawa guru tadi meninggal sebelum tarikh dia dilahirkan.

Seperti apa yang berlaku kepada Makmun ibn Ahmad al-Harawi apabila dia mendakwa mendengar langsung dari Hisyam ibn ‘Ammar. Lalu Ibn Hibban bertanya kepadanya tentang bila dia memasuki tanah Syam (untuk meriwayatkan dari Hisyam)? Dia menjawab: (Aku masuk ke syam pada) Tahun 250H.

Ibn Hibban lantas berkata,

فإن هشام بن عمار الذي تروي عنه مات في سنة خمس وأربعين ومائتين

Sebenarnya Hisyam ibn ‘Ammar yang engkau riwayatkan daripadanya meninggal pada tahun 245H

[al-Majruhin]

ii. Begitu juga apabila seorang periwayat mendakwa dia mendengar langsung dari seorang guru di negeri sekian, dan diketahui secara yakin bahawa guru tersebut belum pernah sampai ke negeri tersebut.

Seperti apa yang berlaku kepada Suhayl ibn Zakwan, di mana dia menyebutkan: ‘Aku bertemu ‘Aisyah di Wasith’. Kemudian az-Zahabi menyebutkan,

وهكذا يكون الكذب فقد ماتت عائشة قبل أن يخط الحجاج مدينة واسط بدهر

‘Beginilah berlakunya pembohongan, Aisyah telah meninggal setahun lamanya sebelum para hujjaj menjejak kaki di kota Waasith’

[Lisan al-Mizan]

 

03 Terkenalnya Periwayat itu dengan Pembohongan

Apabila wujud seorang periwayat yang memang terkenal sebagai pencipta hadits palsu di dalam sanad satu-satu hadits, ianya bukti jelas bahawa hadits itu palsu. Antaranya adalah Makmun ibn Ahmad al-Hirawi.

Ditanyakan kepada dia: Apa pendapatmu tentang asy-Syafie dan pengikutnya di Khurasan?

Lalu dia menjawab (dengan sanadnya): Telah menceritakan kepada kami Ahmad ibn Abdullah (al-Juwaybaari – juga seorang pemalsu hadits), dari ‘Abdullah ibn Mi’dan al-Azdiy, dari Anas, secara marfu’, (kononnya Nabi bersabda:)

يَكُونُ فِي أُمَّتِي رَجُلٌ يُقَالُ لَهُ مُحَمَّدُ بْنُ إِدْرِيسَ ، أَضَرُّ عَلَى أُمَّتِي مِنْ إِبْلِيسَ

“Akan ada dari kalangan umatku seorang lelaki yang dipanggil Muhammad ibn Idris, yang mana dia lebih mudarat kepada umatku berbanding Iblis”

[Fathul Mugits]

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

QnA Bersama Dr Fathi: Apakah Asal-Usul Istilah ‘Hasan’ Dan Khilaf Antara Abi Hatim Dan Imam Bukhari

0

Panel: Dr Fathi

S: Assalammualaikum Ustaz siapakah yang pertama sekali meletakkan istilah Hasan?

J: Para huffaz Salaf al-Mutaqaddimin tidak pernah menjadikan “Hasan” sebagai satu istilah khusus dalam pembahagian hadith. Walaupun perkataan “Hasan” untuk hadith ini telah wujud dalam ungkapan al-Syafi’i (204H), `Ali ibn al-Madini (234H), Ahmad bin Hanbal (241H), al-Bukhari (256H) , Ya`qub bin Shaibah (262H), Abu Zur`ah al-Razi (264H), Abu Hatim al-Razi (277H), al-Tirmizi (279H ) dan lain-lain, namun mereka menggunakan perkataan “Hasan” lebih kepada maksud bahasa dan bukannya istilah.

Ini amat jelas apabila kita dapat melihat para huffaz Salaf al-Mutaqaddimin biasa menggunakan perkataan “Hasan” ini untuk hadith Sahih, atau Dha’if, atau Munkar, atau Gharib, ataupun Maudhu’ dan sebagainya. Tiada seorangpun para huffaz hadith Salaf al-Mutaqaddimin pernah memberi definisi khusus akan maksud “Hasan” yang mereka gunakan, kecuali al-Tirmizi seorang sahaja yang memberi definisi khusus untuk perkataan “Hasan” yang beliau gunakan dalam kitabnya “al-Jami‘ al-Mukhtasar min al-Sunan Rasulillah Wa Ma‘rifatu al-Sahih wa al-Ma‘lul wama ‘Alayhi ‘Amal” yang lebih masyhur dikenali sebagai Jami’ atau Sunan al-Tirmizi. Dan perkataan “Hasan” disisi beliau secara khusus dalam Jami’nya bermaksud “Dha’if”. Kita akan jelaskan secara terperinci maksud “Hasan” disisi huffaz Salaf al-Mutaqaddimin ini apabila tiba bab hadith “Hasan” dalam kelas kita nanti insyaAllah.

Kemudian datang zaman al-Khattabi (388H), dalam kitabnya Ma’alim al-Sunan beliau mula membahagikan hadith kepada 3 jenis iaitu: 1- Sahih, 2- Hasan, dan 3- Dha’if. Katanya:

“اعلموا أن الحديث عند أهله على ثلاثة أقسام حديث صحيح وحديث حسن وحديث سقيم –

ketahuilah, bahawa sesungguhnya hadith disisi ahlinya terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu hadith Sahih, hadith Hasan dan juga Saqim (iaitu Dha’if)”. Namun pembahagian seperti yang disebut al-Khattabi ini tidak pernah dibuat oleh para huffaz hadith Salaf al-Mutaqaddimin sebelum beliau. Bahkan kata al-Hafiz al-Iraqi dalam al-Taqyid wa al-Idhah:

” ولم أر من سبق الخطابى إلى تقسيمه ذلك –

dan tidak pernah sama sekali sesiapapun sebelum al-Khattabi membahagikan sedemikain rupa”.

Kemudian datang pula Ibn al-Solah (643H), beliau mula cuba untuk mendefinisikan dan memformulakan istilah “Hasan” dalam kitabnya Ulum al-Hadith atau lebih dikenali sebagai Muqaddimah Ibn al-Solah, dan definisi serta formula itu lah yang terkenal sehingga hari ini dalam kitab-kitab mustolah moden yang ringkas-ringkas, ini akan kita jelaskan secara teperinci dalam kelas kita apabila tiba masanya nanti insyaAllah.

S: Assalamualaikum Dr, ingin bertanya tentang kenyataan ini.
“Dalam al Jaami’ Ash Shagier juz I halaman 91

إن صاحب الشمال ليرفع القلم ست ساعات عن العبد المسلمالمخطئ ، فإن ندم واستغفر الله منها ألقاها ، وإلا كتبت واحدة

Sesungguhnya Malaikat yang berada di sebelah kiri mengangkat pena selama enam jam ketikaseorang hamba muslim melakukan dosa. Jika ia menyesali perbuatannya dan meminta ampunan Allah, maka dilepaslah pena itu, namun jika tidak demikian, maka akan dicatat satu dosa.

hadits tersebut sebagaimana dikatakan oleh Imam al Munaawi dalam syarah Jami’ushshaghier, Faidhul Qadir 2/579 mengutip Majma’ Az Zawa`id:

رواه الطبراني بأسانيد أحدها رجاله وثقوا

HR. Thabrani dengan sanad yang salah satunya semua rawinya ditsiqahkan

J: Hadith Munkar

 

S: Dr fathi apa pandangan nuqqad salaf mutaqadimin terhadap kitab silsilah al-ahadis al-dhaifah lil albani

J: Al-Albani lahir lepas semua huffaz mutaqaddimin wafat. 😉😀

 

S: Salam,
Dalam kitab al Maraasil,Abu Hatim ar Razi berkata

لم يصح للحسن سماع من جندب
“Tidak sahih al Hasan (al Basri) mendengar dari Jundab ( bin Abdullah r.a),namun dalam sahih al Bukhari ada riwayat al Hasan dari Jundub secara musnad..
Mohon pencerahan..

J: Rujuk S&J no.46

S46: Al-Hasan adakah ianya mendengar daripada Jundub r.a. ? Ibn Abi Hatim meriwayatkan daripada ayahnya bahawa al-Hasan tidak mendengar daripada Jundub dan Abu Hurairah r. tetapi dalam Sahih al-Bukhari ada riwayat Jundub r.a. daripada al-Hasan dengan lafaz haddathana. Benarkah ini kesilapan pada sebahagian nuskhah Sahih al-Bukhari?

J46: Ini adalah soalan yang baik. Perlu diketahui bahawa terdapat perselisihan sesama nuqaad berkenaan sama ada mendengarnya al-Hasan yakni al-Basri dari Jundub bin ‘Abdillah atau tidak.

Al-Imam Abu Hatim antara yang menyatakan al-Hasan tidak mendengar dari Jundub, ini sebagaimana kata anaknya Ibn Abi Hatim dalam al-Marasil (138):

“سمعت أبي -رحمه الله- يقول: لم يصح للحسن سماع من جندب رحمه الله”

Terjemahan: “daku mendengar ayahku (al-Imam Abu Hatim) berkata: tidak benar mendengarnya al-Hasan dari Jundub”

Manakala al-Imam ‘Ali Ibn al-Madini menyatakan al-Hasan mendengar dari Jundub, ini sebagaimana katanya dalam ‘ilal al-hadith wa ma’rifat al-rijal wa al-tarikh (64):

سمع من جندب بن عبد الله

Terjemahan: “mendengar (al-Hasan) dari Jundub bin ‘Abdillah”.

Turut sama sependapat dengan ‘Ali ibn al-Madini ialah al-Imam al-Bukhari serta al-Imam Muslim yakni al-Hajjaj. Berkata al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir (2/221) ketika membicarakan Jundub:

سمع منه الحسن

Terjemahan: “mendengar darinya al-Hasan”

Dalam ulum hadith, terdapat satu kaedah umum berbunyi

المثبت مقدم على النافي /

al-muthbit muqaddam ‘ala al-nafi”, iaitu penetepan ithbat didahulukan daripada penafian, dalam kes ini penetapan mendengarnya al-Hasan dari Jundub didahulukan daripada penafian. Perlu diketahui bahawa kaedah ini adalah kaedah umum dan tidak boleh digunakan semudah-mudahnya, sebaliknya ia mestilah disokong dengan qarain (petunjuk kuat), dan dalam kes kita ini terdapat qarain yang kuat iaitu riwayat al-Hasan dari Jundub dengan tasrih sama’ serta mengeluarkan riwayat itu oleh al-Bukhari.

Dapat kita lihat al-Bukhari mengeluarkan hadith al-Hasan dari Jundub dengan tasrih sama’, misalnya hadith dalam “bab dalam menyebutkan bani israil”, berkata al-Bukhari:

حَدَّثَنِي مُحَمَّدٌ، قَالَ حَدَّثَنِي حَجَّاجٌ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنِ الْحَسَنِ، حَدَّثَنَا جُنْدُبُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، فِي هَذَا الْمَسْجِدِ، وَمَا نَسِينَا مُنْذُ حَدَّثَنَا، وَمَا نَخْشَى أَنْ يَكُونَ جُنْدُبٌ كَذَبَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ” كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ، فَجَزِعَ فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ، فَمَا رَقَأَ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ، قَالَ اللَّهُ تَعَالَى بَادَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ، حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ “.

Terjemahan: “Telah bercerita kepadaku Muhammad katanya, telah bercerita kepadaku Hajjaj katanya telah bercerita kepada kami Jarir dari al-Hasan katanya telah bercerita kepada kami Jundub bin ‘Abdillah di masjid ini dan tidaklah kami lupa sejak dia bercerita kepada kami dan tidak juga kami takut risau akan Jundub berdusta atas nama Rasulullah SAW, dia (al-Hasan) berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Ada seseorang antara umat sebelum kalian menderita luka cedera tapi dia tidak sabar (dengan derita sakitnya itu) lalu dia mengambill sebilah pisau kemudian memotong tangannya yang mengakibatkan darah mengalir tidak berhenti (hemorrhage) hingga akhirnya dia meninggal dunia (mati sebab hemorrhage). Lalu Allah Ta’ala berfirman: “Hamba-Ku mendahului Aku dengan membunuh dirinya maka Aku haramkan baginya syurga”.

Hadith ini juga dikeluarkan Muslim dalam Jami’nya al-Sahih (113) dengan jalur yang sama dari Jarir, iaitu Jarir dari al-Hasan katanya telah bercerita kepada kami Jundub. Ini menunjukkan bahawa Muslim juga berpendapat al-Hasan mendengar dari Jundub.

Wujudnya riwayat al-Hasan dari Jundub dengan tasrih sama’ ini merupakan qarain serta bukti kuat bahawa mendengarnya al-Hasan daripada Jundub. Serta mengeluarkan al-Bukhari serta Muslim menunjukkan mereka berhujah dengan riwayat ini dan menguatkan lagi mendengarnya al-Hasan dari Jundub.

Saya telah berbincang dan bertanya akan masalah ini kepada ramai guru-guru.

Sunnah Membahagiakan Orang Lain

0

Tazkirah Harian UiTO:

~Tadabbur Kalamullah 11 Muharram 1437H~

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ

“Sesungguhnya Allah swt. beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan” [Surah an-Nahl 128]

#Allah swt memberitahu kita semua, untuk mendapatkan rahmat, pertolongan, bantuan dan kedudukan di sisi Allah syaratnya adalah dengan bertaqwa dan berbuat kebaikan kepada sesama makhluk.

#Daripada Ibnu Umar r.a, Nabi saw bersabda:

أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ , وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ , أَوْ تَكَشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً , أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا , أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا , وَلأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِ فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ يَعْنِي مَسْجِدَ الْمَدِينَةِ شَهْرًا

“Manusia yang paling dicintai oleh Allah swt adalah yang paling memberikan manfaat kepada manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat orang Islam lain bahagia, menghilangkan kesusahan orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Sungguh aku berjalan bersama saudaraku yang muslim untuk suatu keperluan lebih aku cintai daripada beriktikaf di masjid ini (masjid Nabawi) selama sebulan penuh.”
(HR at-Thabrani di dalam Al Mu’jam Al Kabir. Hadis Hasan)

#Baginda Nabi saw juga memerintahkan kita agar berusaha untuk membantu dan membahagiakan orang lain.

#Dahsyatnya ganjaran membahagiakan orang lain dan melepaskan kesulitan orang lain sehinggakan kata Nabi ganjarannya lebih baik dari i’tikaf di Masjid Nabawi sebulan lamanya. Allahuakbar.. Masyaallah hebat dan mulianya membahagiakan orang lain.

♡Rajin-rajinlah membuat orang lain bahagia dan bantulah melepaskan kesusahan mereka semaksimum yang boleh. Insyaallah kita akan diberi kemuliaan disisi Allah swt♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

S13-S16: Sejarah Kemasukan Islam Warisan Dan Islam Anutan

0

ISLAM WARISAN VS ISLAM ANUTAN

Panel : THTL al-Jazani

Soalan 13:
🔴 Apa yang membuatkan seseorang itu menjadi muslim? Apa maksud “Agama Islam” yang sebenarnya?

1⃣3⃣ Menjadi muslim. caranya hadith kedua matan arbain:

قَالَ : يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِسْلاَمِ, فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : اَلإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَإِ لَهَ إِلاَّ اللهُ وَ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ, وَتُقِيْمُ الصَّلاَةَ, وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ, وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ, وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً. قَالَ : صَدَقْتُ

Jibril as berkata : “Hai, Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang Islam.”
Rasulullah Saw menjawab,”Islam adalah, engkau bersaksi tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar melainkan hanya Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasul Allah; menegakkan salat; menunaikan zakat; berpuasa di bulan Ramadhan, dan engkau menunaikan haji ke Baitullah, jika engkau telah mampu melakukannya,” lelaki itu berkata,”Engkau benar,”.

Kebanyakan muslim hanya 4/5 muslim sahaja, syahadah, solat, zakat, dan puasa, haji tak masuk kerana quota dan kewangan. Juga majoriti muslim hanya 3/5 sahaja. kerana mampu syahada, solat dan puasa sahaja.

Maksud agama Islam sebenar.
Kita mungkin terkejut dengan soalan begini, pengertian asal, sama dengan hadith Jibril di atas , tambahan:

الإِ سلامُ: اَلإِستِسلاَمُ للهِ بِالتَوحَيدِ وَاالإِنقِياَدُ لَهُ بِالطَّاعَةِ وَالبَرَاءَةُ مِنَ الشِّركِ وَأَهلِه

Islam adalah patuh dan tunduk kepada Allah dengan cara mentauhidkan, mentaati dan membebaskan diri dari kemusyrikan dan ahli syirik (Syaikh ibn Othaimin, syarah Usyul al-Thalatha’)

Ibn Katsir dalam tafsirnya;

وهو اتباع الرسل فيما بعثهم الله به في كل حين، حتى ختموا بمحمد صلى الله عليه وسلم،

Islam adalah mengikuti rasul dalam apa-apa yang Allah mengutus mereka dengannya pada setiap masa (dimana rasul diutus), sampai pada akhirnya Allah mengutus nabi Muhammad sebagai pemungkas para nabi. (dimana syariat yang dibawanya adalah syariat penutup yang menghapus syariat nabi-nabi yang telah lalu)

Pengertian ini berdasarkan ayat:

قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ

Katakanlah: “Ta’atilah Allah dan Rasul-Nya; maka jika mereka berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir” (Ali imron)

Soalan 14:
🔴 Islam yang diperkenalkan kepada kita disebut dalam sejarah berasal daripada pedagang `Arab Yaman? Apakah impak pada kita zaman-berzaman sehingga kini?

1⃣4⃣ Ia masih di peringkat teori sahaja, yakni teori kedatangan Islam ke tanah melayu.

Teori 1: Islam datang secara langsung dari tanah arab. Ini teori Syed Muhd Naquib al-Attas. Beliau kata, Sultan Melaka diislamkan oleh Syeikh Makhdum bin Bbdul Aziz dari Mekkah tahun 1414.
Teori kedua: Melalui pedagang Arab Yemen, ini pendapat Hamka.
Teori ketiga, Islam datang melalui Gujerat, Malabar, Goa, kerala, ini teori Ibn batuta
Teori ke-4: Masuk melalui Iran
ia terkesan dengan pengaruh asyura dan keutamaan ali
Teori ke-5 melalui China
Teori ke 6 melalui kerajaan melayu champa
ruj: Abdul Rahman Abdullah. Islam dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, USM, Pulau Pinang, 1989

Pendapat yang sahih: Kesemua teori itu terpakai, ada kebenarannya masing-masing dan impaknya ialah kepada penduduk di setiap tempat atau negeri di semenanjung tidak sama. Ada tempat seperti Pulau Pinang ada perkahwinan dengan penduduk tempatan hingga melahirkan etnik syed/sharifah dan mamak, hatta Sultan Perlis sendiri adalah keturunan syed. manakala kelantan lebih banyak terkesan dengan tradisi Islam Champa dan Pattani.

Soalan 15:
🔴 Ada dakwaan yang mengatakan Syi`ah yang pertama membawa Islam ke nusantara. Namun, disebabkan pendekatan mereka yang keras, Islam kurang mendapat sambutan.

1⃣5⃣ Benar ia dipelopori oleh sejarawan Indon, Hoesein Djayadiningrat. Menurut beliau bukti pengaruh syiah ialah:
1. Perayaan Asyura dan bubur asyura
2. Pengaruh ajaran Tareqat Siti Jenar yang mengambil ajaran sufi Iran, al-Hallaj, wehdatul wujud dan Nur Muhammad
3. Pengaruh bahasa parsi dalam bahasa indonesia
4. Makam Maulana Malik Ibrahim tahun 1419 di Gresik yang ada unsur Parsi
namun teori hanya tinggal teori sahaja

Soalan 16:
🔴 Adakah awal Islam diperkenalkan di nusantara ini bersifat suci daripada amalan-amalan bid`ah dan khurafat, lalu dicemari? Atau sebaliknya?

1⃣6⃣ Awal Islam di nusantara sudah dicemari dan bercampur aduk dengan bid’ah, khurafat dan kesyirikan kerana nusantara adalah beragama Hindu dan Buddha. Wali songo atau wali 9 yang paling awal membawa Islam tareqat ke rantau ini. Kerja-kerja tajdid atau islah hanya bermula lewat, lewat tahun 1906 di Singapore dengan lahirnya majalah al-Imam oleh Syaikh Tahir Jalaludin dan Syed al-Hadi. (“Aliran Dakwah di Malaysia: Satu titik Pertemuan” oleh Dr Abd Rahman Hj Abdullah, USM.)

Hadis 159: Bahana Sombong Untuk Memelihara Sunnah

0

Panel: Cikgu Rahim
Kitab Riyadhus Solihin, Bab Memelihara Sunnah Dan Adab-Adabnya

159. Keempat: Dari Abu Muslim; ada yang mengatakan, dari Abu lyas, iaitu Salamah bin ‘Amr bin al-Akwa’ r.a., bahawasanya ada seorang lelaki di sisi Rasulullah s.a.w., makan dengan tangan kirinya. Kemudian beliau s.a.w. bersabda padanya: “Makanlah dengan tangan kananmu!” Orang itu berkata: “Aku tidak dapat.” Beliau s.a.w. bersabda: “Jadi engkau tidak dapat?” Sebenarnya ia berbuat demikian itu hanyalah kerana terdorong oleh kesombongan belaka. Akhirnya ia benar-benar tidak dapat mengangkat tangan kanannya ke mulutnya – untuk selama-lamanya.” (Riwayat Muslim)

«159» الرابع: عن أَبي مسلم، وقيل: أَبي إياس سَلمة بنِ عمرو بنِ الأكوع رضي الله عنه أنَّ رَجُلًا أَكَلَ عِنْدَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم بِشِمَالِهِ، فَقَالَ: ((كُلْ بِيَمِينكَ)) قَالَ: لا أسْتَطيعُ. قَالَ: ((لاَ استَطَعْتَ)). مَا مَنَعَهُ إلا الكِبْرُ، فمَا رَفَعَهَا إِلَى فِيهِ. رواه مسلم.
في هذا الحديث: مشروعية الأكل باليمين، وكراهة الأكل بالشمال مع عدم العذر.

Perihal Peperangan Khandaq (Parit)

0

Tahun ke 5 Hijrah

Dalam Sahih Al Bukhari, Al İmam memulakan dengan hadis.. İbn Umar ra.

Telah menceritakan kepada kami Ya’qub bin Ibrahim, telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa’id, dari ‘Ubaidullah, dia berkata, telah mengabarkan kepadaku Nafi’, dari Ibnu Umar, radliallahu ‘anhuma bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mendapatinya dalam barisan perang Uhud ketika berusia empat belas tahun, namun beliau tidak mengizinkannya, dan kemudian beliau kembali menemukannya dalam barisan perang Khandaq, ketika ia berusia lima belas tahun, beliau akhirnya mengizinkannya.

Perang Khandaq memerlukan tenaga manusia yang ramai, untuk membuat Parit di bahagian laluan masuk Madinah diarah Mekah dan Najd..

Telah menceritakan kepadaku Qutaibah, telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz, dari Abu Hazim, dari Sahl bin Sa’d, radliallahu ‘anhu, dia berkata, “Kami pernah bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pada perang Khandaq, sementara para sahabat tengah menggali parit, sedangkan kami yang mengangkuti tanah di atas pundak kami.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kemudian bersabda: “Ya Allah, tidak ada kehidupan (yang hakiki) kecuali kehidupan akhirat, maka ampunilah kaum Muhajirin dan Anshar.”

Rasulullah SAW bersama sama menggali parit..

Telah menceritakan kepada kami Khallad bin Yahya, telah menceritakan kepada kami Abdul Wahid bin Aiman, dari Ayahnya, dia berkata, aku pernah menemui Jabir, radliallahu ‘anhu, Ketika kami menggali parit pada peristiwa khandaq, sebongkah batu yang sangat keras menghalangi kami, lalu para sahabat menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, mereka berkata, “Batu yang sangat keras ini telah menghalangi kami dalam menggali parit,” lalu beliau bersabda: “Aku sendiri yang akan turun. Kemudian beliau berdiri (di dalam parit), semntara perut beliau tengah diganjal dengan batu (karena lapar). Semenjak tiga hari kami lalu tanpa ada makanan yang dapat kami rasakan, lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengambil kampak dan memukulkan pada batu tersebut hingga ia menjadi pecah berantakan -atau hancur-. Aku lalu berkata, “Wahai Rasulullah, izinkanlah aku untuk ke rumah.Setelah itu kukatakan kepada isteriku, “Aku melihat pada diri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sesuatu yang aku sendiri tidak tega melihatnya, apakah kamu memiliki sesuatu (makanan)?” isteriku menjawab, “Aku memiliki gandum dan anak kambing.” Kemudian ia meyembelih anak kambing tersebut dan membuat adonan gandum hingga menjadi makanan dalam tungku, setelah itu aku menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, sementara adonan mulai matang, dan periuk berada diantara dua tungku api dan hampir masak, maka aku berkata, “Aku memiliki sedikit makanan,” maka berdirilah wahai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersama dengan satu atau dua orang saja. Beliau bersabda: “Untuk berapa orang?” Lalu aku memberitahukan kepada beliau, beliau bersabda: “Tidak mengapa orang banyak untuk datang.” Beliau bersabda lagi: “Katakan kepada isterimu, jangan ia angkat periuknya dan adonan roti dari tungku api hingga aku datang.” Setelah itu beliau bersabda: “Bangunlah kalian semua.” Bergegas kaum Muhajirin dan Anshar berdiri berangkat, ketika Jabir menemui Isterinya, dia berkata, “Waduh, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah datang bersama kaum Muhajirin dan Anshar serta orang-orang yang bersama mereka.” Isteri Jabir berkata, “Memang beliau (Rasulullah) memintamu yang demikian?” Jabir menjawab, “Ya, begitu.” Lalu Rasulullah berkata: “Masuklah dan jangan berdesak-desakan.” Kemudian Rasulullah mencuil-cuil roti dan ia tambahkan dengan daging, dan ia tutup periuk dan tungku api. Selanjutnya beliau ambil dan beliau dekatkan kepada para sahabatnya. Lantas beliau ambil kembali periuk itu dan terus menerus beliau lakukan antara mencuili roti dan menciduknya hingga semua sahabat kenyang dan masih menyisakan sisa. Setelah itu beliau bersabda: “Sekarang makanlah engkau (maksudnya isteri Jabir) dan kalau bisa, hadiahkanlah kepada yang lain, sebab orang-orang, banyak yang masih kelaparan.”

Kelaparan Rasulullah SAW dan para sahabat ketika Perang Khandaq

Mukjizat atau Keberkatan

“Telah menceritakan kepadaku Ahmad bin Utsman, telah menceritakan kepada kami Syuraih bin Maslamah, dia berkata, telah menceritakan kepadaku Ibrahim bin Yusuf, dia berkata, telah menceritakan kepadaku Ayahku, dari Abu Ishaq, dia berkata, aku mendengar Al Barra` bin Azib, bercerita, dia berkata, “”Pada waktu perang Ahzab atau Khandaq, aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengangkat tanah parit, sehingga debu-debu itu menutupi kulit beliau dari (pandangan) ku, saat itu beliau bersenandung dengan bait-bait syair yang pernah diucapkan oleh Ibnu Rawahah, sambil mengangkat tanah beliau bersabda: ‘Ya Allah, seandainya bukan karena-Mu, maka kami tidak akan mendapatkan petunjuk, tidak akan bersedekah dan tidak akan melakukan shalat, maka turunkanlah ketenangan kepada kami, serta kokohkan kaki-kaki kami apabila bertemu dengan musuh. Sesungguhnya orang-orang musyrik telah berlaku semena-mena kepada kami, apabila mereka menghendaki fitnah, maka kami menolaknya.’ Beliau menyenandungkan itu sambil mengeraskan suara diakhir baitnya.”””

Doa dengan suara yang keras di akhirnya baitnya.

“Telah menceritakan kepada kami Ishaq, telah menceritakan kepada kami Rauh, telah menceritakan kepada kami Hisyam, dari Muhammad, dari ‘Abidah, dari ‘Ali radliallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bahwa beliau bersabda pada perang Khandaq: “”Semoga Allah memenuhi rumah dan kubur mereka dengan api karena mereka telah menyibukkan kita hingga (tidak dapat melaksanakan) shalat Al Wustha (Ashar) sampai matahari terbenam.”””

Rasulullah saw dan para sahabat terlepas/terlewat Solat Asar semasa perang Khandaq

“Telah menceritakan kepada kami Al Makki bin Ibrahim, telah menceritakan kepada kami Hisyam, dari Yahya, dari Abu Salamah, dari Jabir bin Abdullah, bahwa pada saat perang Khandaq, ‘Umar bin Al Khaththab radliallahu ‘anhu datang setelah matahari terbenam sambil mengumpat orang-orang kafir seraya berkata; “”Wahai Rasulullah, aku hampir saja tidak mendirikan shalat hingga matahari terbenam.”” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “”Demi Allah, aku juga belum melaksanakan shalat””. Kemudian kami singgah bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam di Buthan kemudian beliau berwudlu’ begitu juga kami berwudlu’ lalu kami mendirikan shalat ‘Ashar setelah matahari terbenam. Setelah itu beliau mendirikan shalat Maghrib.”””

 

“Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id, telah menceritakan kepada kami Al Laits, dari Sa’id bin Abu Sa’id, dari Bapaknya, dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “”Laa ilaaha illallahu wahdah, a’azza jundahu wa nashara ‘abdahu wa ghalabal ahzaab wahdahu falaa syai’a ba’dah (Tidak ada ilah yang berhak disembah selain Allah, Yang memenangkan tentara-Nya, menolong hamba-Nya, Dia sendiri yang akan mengalahkan pasukan sekutu dan tidak ada sesuatupun sesudah Dia””).”””

Riwayat Abu Hurairah r.a di Perang Khandaq sedangkan beliau datang ke Madinah selepas Khaibar 7H ?

Syed Abul Hasan Ali An Nadwi menyebut dalam kitab Sirah beliau.. panjang nya parit tersebut 5,000 depa manakala lebarnya kurang dari 9 depa dan kedalamannya antara 7 ke 10 depa. Dengan kurang lebih 3,000 tenaga kerja parit ini dapat disiapkan dalam masa 3 hari..siang dan malam parit digali tanpa henti melainkan solat dan keperluan peribadi..pasukan diantara 9-11 orang diberi kawasan 20 depa , 20 depa. Jika mengambil purata depaan orang Arab adalah 1.5 meter, maka panjang paritnya lebih kurang 7.5 kilometer..

Dari Abu Sukinah dari seorang sahabat Rasulullah saw berkisah:

“Ketika Rasulullah saw. menyuruh para sahabat menggali parit Khandaq, mereka dirintangi sebuah batu besar, yang sulit dipecahkan, Rasulullah saw. segera bangun mengambil kapak, lalu meletakkan selendangnya di tepi parit. Beliau memukul batu itu sambil membaca: “Wa tammat kalimatu rabbika sidqan wa ‘adian laa mubaddila likalimaatihii wa huwas samii’ul ‘aliim, maka hancurlah sepertiga batu itu.

Salman Al Farisi yang berdiri di dekat beliau, melihat cahaya terang terpancar dari celah batu ketika beliau memukul batu itu.

Kemudian beliau memukul batu itu untuk yang kedua kalinya, sambil membaca kalimat tersebut, terlihat oleh Salman pula cahaya terang, maka hancurlah sepertiga yang lain dari batu itu.

Lalu beliau memukul batu itu untuk yang ketiga kalinya sambil membaca kalimat tersebut dan hancurlah sepertiga yang terakhir.

Setelah itu Rasulullah saw. keluar dari parit dan mengambil selendang, lalu beliau duduk.

Kata Salman: “Wahai Rasulullah, aku telah melihat cahaya terang ketika engkau memukul batu tadi.”

Sabda Rasulullah:”Wahai Salman, benarkah kamu telah melihatnya?”

Jawab Salman:”Ya, demi Allah yang telah mengutusmu dengan benar, wahai Rasulullah”

Sabda beliau: “Sungguh, pada saat aku melepaskan pukulan yang pertama, maka diperlihatkan kepadaku kota-kota Kaisar Persia dan beberapa kota di sekitarnya, hingga aku dapat melihatnya dengan mataku.”

Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, memohonlah pada Allah, supaya Allah membukakan negeri itu bagi kita, dan memberikan kekayaannya pada kita, dan semoga kita dapat menaklukkan negeri itu dengan tangan kita.”

Maka Rasulullah saw berdoa.

Sabda Rasulullah: “Kemudian ketika aku melepaskan pukulanku yang kedua, maka diperlihatkan kepadaku kota-kota Kaisar negeri Roma dan sekitarnya hingga aku dapat melihatnya dengan kedua mataku.”

Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, berdoalah pada Allah, semoga Dia membukakan negeri itu buat kita, dan memberikan kekayaannya pada kita dan semoga kita dapat menaklukkan negeri itu dengan kekuatan kita”

Maka Rasulullah saw berdoa.

Sabda beliau: “Selanjutnya pada pukulanku yang ketiga, maka diperlihatkan kepadaku kota-kota negeri Habasah dan desa-desa sekitarnya, hingga aku dapat melihatnya dengan kedua mataku ketika itu. Tetapi biarkanlah negeri Habasah selagi penduduknya tidak mengganggumu; dan biarkanlah negeri Turki selagi penduduknya tidak mengganggumu.”

Peperangan Al Ahzab bukanlah pertempuran bersemuka atau berhadapan sebaliknya ianya lebih kepada peperangan didalam kubu yakni bertahan. Kubu dengan ertikata parit.. yakni musuh cuba masuk ke Madinah dengan percubaan menyeberangi parit tersebut..

Hampir 12000 menyerang dan membuat percubaan berkali kali untuk melepasi parit, umat İslam telah membaling apa sahaja termasuk batu dan kayu untuk menghalang kemaraan musuh..

Hadis terakhir yang diriwayatkan Al Bukhari dalam sahihnya dalam bab Perang Khandak..

“Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Muqatil, telah mengabarkan kepada kami Abdullah, telah mengabarkan kepada kami Musa bin ‘Uqbah, dari Salim, dan Nafi’, dari Abdullah radliallahu ‘anhu, bahwa apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam kembali dari suatu peperangan, hajji atau ‘umrah beliau memulainya dengan bertakbir sebanyak tiga kali, lalu mengucapkan: “”Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, Lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai’in qadiir. Aayibuuna taa’ibuuna ‘aabiduuna saajiduuna lirabbinaa haamiduun. Shadaqallahu wahdahu wa nashaa ‘abdahu wa hazamal ahzaaba wahdah, (Tidak ada ilah yang berhak disembah selain Allah Yang Tunggal. Yang tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya pujian dan Dia Maha berkuasa atas segala sesuatu. Kita kembali, sebagai hamba yang bertaubat, ber’ibadah, sujud untuk Rabb kita dan yang memuji-Nya. Allah Maha Benar dengan janji-Nya, menolong hamba-Nya dan menghancurkan sendiri musuh-musuh-Nya).”””

Dan Al İmam Al Bukhari juga membawa satu hadis yang sangat besar ibrah dan isyarah nya bagi yang mengkaji..

“Telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Muhammad, telah menceritakan kepada kami Yahya bin Adam, telah menceritakan kepada kami Isra’il, aku mendengar Abu Ishaq berkata; aku mendengar Sulaiman bin Shard berkata; aku mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda ketika perang al-Ahzab dimulai: “”Sekarang kita akan menyerang mereka dan mereka tidak akan menyerang kita, dan kita akan menghadapi mereka.”””

Selepas dari Al Ahzab semua Ghuzwah adalah dalam posisi menyerang.. wallahu a’lam dan Hudud yakni hukuman bagi penzina, kutipan jizyah dan perutusan surat dakwa kepada pemimpin Kafir dilakukan selepas Al Ahzab..

29 hari yang memeritkan..

Bagi tentera Al Ahzab (Kafir) ianya satu kerugian dan kegagalan yang besar. Pakatan yang gagal, dan pada mereka ianya akan disebut-sebut dalam sejarah mereka di kemudian hari satu peristiwa yang amat memalukan..

Popular

Iklan

Iklan