Utama Bilik (64) Syamail Muhammadiyyah Hadis 51: Penegasan Celak Adalah Untuk Waktu Tidur

Hadis 51: Penegasan Celak Adalah Untuk Waktu Tidur

208
0
Pakistani students of a madrassa, or Islamic school, some sleeping while others study, in a Mosque in Islamabad, Pakistan, Monday, Feb. 24, 2014. Islamic schools form an important function within the Pakistani educational system, providing for many Pakistanis, the only educational institution they attend. (AP Photo/Muhammed Muheisen)
Iklan

Panel: Ustaz ADÖULINÉ Lacharouphe

*******
*******
*******

51 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَزِيدَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ، عَنْ جَابِرٍ، هُوَ ابْنُ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «عَلَيْكُمْ بِالْإِثْمِدِ عِنْدَ النَّوْمِ، فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ».

51- Telah bercerita kepada kami Ahmad bin Mani`, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Yazid, daripada Muhammad bin Ishaq, daripada Muhammad bin Al-Munkadir, daripada Jabir – dia ialah Ibnu `Abdi Llah –, dia berkata: Telah berkata Rasulu Llah: «Hendaklah kamu menggunakan antimoni ketika tidur, maka sesungguhnya ia mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu».

Syarah Adou_Fr:

Hadis ini sekali lagi dibawakan untuk menegaskan bahawa penggunaan celak ismid – antimoni – adalah ketika seseorang mahu tidur. Dan dijelaskan bahawa penggunaannya ketika tidur itu dapat mencerahkan penglihatan – iaitu apabila bangun – dan menumbuhkan bulu – iaitu ia merangsang pertumbuhan bulu mata dan mencantikkannya–.

Di dalam hadis sebelum ini, dibawakan lafaz penceritaan oleh Yazid bin Harun yang menerangkan bahawa Nabi bercelak ketika tidur dengan lafaz (عِنْدَ النَّوْمِ) ketika tidur. Di dalam hadis ini pula, Imam At-Tirmizi membawakan lafaz perintah yang jelas merupakan ucapan Nabi dengan lafaz (عَلَيْكُمْ بِالْإِثْمِدِ عِنْدَ النَّوْمِ) «Hendaklah kamu menggunakan antimoni ketika tidur».

Lafaz perintah yang jelas ini diriwayatkan juga oleh [Ibnu Majah/ 3496] dengan isnad daripada Muhammad bin Al-Munkadir daripada Jabir.

Walau bagaimanapun di dalam kitab (الْعِلَل لِابْنِ أَبِي حَاتِم) Al-`Ilal libni Abi Hatim disebut pertanyaan kepada bapanya tentang hadis ini, dan Abi Hatim berkata:

هَذَا حَدِيثٌ مُنكَرٌ، لَمْ يَرْوِهِ عَنْ مُحَمَّدٍ إِلاَّ الضُّعَفَاءُ: إِسْمَاعِيلُ بْن مُسْلِم وَنَحْوه

Ini ialah hadis munkar, tidak meriwayatkannya daripada Muhammad melainkan dhu`afa’ (orang-orang yang dha`if) iaitu Isma`il bin Muslim dan lain-lain.

Penuntut ilmu yang kurang adab mungkin menuduh Imam At-Tirmizi sebagai jahil tentang hal ini, atau (تَسَاهُل) tasahul, bermudah-mudahan dalam hal sahih-dha`if, namun, bukanlah itu yang menjadi tujuan hadis ini dimasukkan di sini.

Ini kerana Imam At-Tirmizi telah menulis di dalam (الْعِلَل الْكَبِير) Al-`Ilal Al-Kabir tentang pertanyaannya kepada gurunya Imam Al-Bukhariy:

سَأَلْتُ مُحَمَّدًا عَنْ هَذَا الْحَدِيثِ فَلَمْ يَعْرِفْهُ مِنْ حَدِيثِ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ، وَقَدْ رَوَى هَذَا الْحَدِيثَ إِسْمَاعِيلُ بْنُ مُسْلِمٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ، عَنْ جَابِرٍ

Saya telah menyoal Muhammad tentang hadis ini, maka dia tidak mengetahuïnya daripada hadis Muhammad bin Ishaq. Dan sesungguhnya telah meriwayatkan hadis ini Isma`il bin Muslim, daripada Muhammad bin Al-Munkadir, daripada Jabir.

Ketahuïlah bahawa Imam At-Tirmizi mengetahuï bahawa hadis Muhammad bin Ishaq, daripada Muhammad bin Al-Munkadir, daripada Jabir ini adalah hadis yang mempunyaï (الْعِلَّة) `illah, kecacatan.

Justeru, sebagai penuntut ilmu yang berfikiran terbuka dan cerah hati, kita seharusnya mengetahuï bahawa hadis ini dibawa sebagai perbandingan lafaz, dan sebagai penerangan kepada lafaz bahawa bercelak dengan ismid itu adalah ketika tidur.

*******
*******
*******
.

Komen dan Soalan