Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Hadis 159: Bahana Sombong Untuk Memelihara Sunnah

Hadis 159: Bahana Sombong Untuk Memelihara Sunnah

359
0
Iklan

Panel: Cikgu Rahim
Kitab Riyadhus Solihin, Bab Memelihara Sunnah Dan Adab-Adabnya

159. Keempat: Dari Abu Muslim; ada yang mengatakan, dari Abu lyas, iaitu Salamah bin ‘Amr bin al-Akwa’ r.a., bahawasanya ada seorang lelaki di sisi Rasulullah s.a.w., makan dengan tangan kirinya. Kemudian beliau s.a.w. bersabda padanya: “Makanlah dengan tangan kananmu!” Orang itu berkata: “Aku tidak dapat.” Beliau s.a.w. bersabda: “Jadi engkau tidak dapat?” Sebenarnya ia berbuat demikian itu hanyalah kerana terdorong oleh kesombongan belaka. Akhirnya ia benar-benar tidak dapat mengangkat tangan kanannya ke mulutnya – untuk selama-lamanya.” (Riwayat Muslim)

«159» الرابع: عن أَبي مسلم، وقيل: أَبي إياس سَلمة بنِ عمرو بنِ الأكوع رضي الله عنه أنَّ رَجُلًا أَكَلَ عِنْدَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم بِشِمَالِهِ، فَقَالَ: ((كُلْ بِيَمِينكَ)) قَالَ: لا أسْتَطيعُ. قَالَ: ((لاَ استَطَعْتَ)). مَا مَنَعَهُ إلا الكِبْرُ، فمَا رَفَعَهَا إِلَى فِيهِ. رواه مسلم.
في هذا الحديث: مشروعية الأكل باليمين، وكراهة الأكل بالشمال مع عدم العذر.

Komen dan Soalan