Utama UiTO Bicara THTL Usul Fiqh: Kaedah hendak memahami perbuatan Rasulullah saw (Kaedah 3 dan...

Usul Fiqh: Kaedah hendak memahami perbuatan Rasulullah saw (Kaedah 3 dan 4)

475
0
Iklan

Usul Fiqh: Cara hendak memahami

perbuatan Rasulullah saw

(أفعال الرسول صلى الله عليه وسلم)

dari kitab Usul fiqh ahli Hadith oleh

Zakariya al-Bakistani, Dar Ibn jauzi, KSA

 

 

Kaedah ketiga

Bahagian 1: Perakuan Nabi saw adalah hujjah

(إقرار النبي صلى الله عليه وسلم حجة)

ما فعل بحضرة النبي صلى الله عليه وسلم وأقره يعتبر حجة ، لأن النبي صلى الله عليه وسلم لا يؤخر البيان عن وقته

Terjemahan: ” Semua perbuatan para sahabat di hadapan Nabi saw dan beliau memperakuinya dikira sebagai hujjah atau dalil syara’. Ini kerana Nabi saw tidak pernah melewatkan penjelasan daripada waktunya.”

 

Maksudnya, jika perbuatan sahabat itu diperakui oleh Nabi ketika itu, maka ia menjadi hujah kerana Nabi tidak biasa membuat komen selepas berlalunya masa kejadian.

 

Bahagian 2

قال البخاري في صحيحه ( 7355 ) : باب من رأى ترك النكير من النبي صلى الله عليه وسلم حجة لا من غير الرسول .. ثم أخرج بإسناده إلى محمد بن المنكدر قال : رأيت جابر بن عبد الله يحلف بالله أن ابن الصياد الرجال قلت : تحلف بالله ؟ قال : إني سمعت عمر يحلف على ذلك عند النبي صلى الله عليه وسلم فلم ينكره النبي صلى الله عليه وسلم . 

فهذا الحديث يدل على أن الصحابة كانوا يفهمون بأن إقرار النبي صلى الله عليه وسلم لشيء صنع أمامه يعتبر حجة

Terjemahan:

Imam Bukhari dalam sahihnya no 7355: Bab orang yang berpendapat Nabi meninggalkan teguran dan menolak akan sesuatu amalan adalah hujjah. Hadith riwayat Muhammad bin al-Munkadir, dia berkata: “Aku pernah melihat Jabir bersumpah bahawa Ibn Sayyad adalah seorang Dajjal.” Aku bertanya, “Berani tuan hamba bersumpah atas nama Allah?” Jawab Jabir, “Aku mendengar Umar al-Khattab bersumpah demikian di depan Nabi, tetapi beliau tidak menafikannya.”

 

Fiqh: Hadith ini membuktikan para sahabat memahami bahawa perakuan Nabi akan amalan sahabat yang dilakukan di hadapan beliau adalah hujjah.

 

*Ibn Sayyad adalah dukun Yahudi di Madinah, istilah dajjal berkenaan Ibn Sayyad bukanlah maksud dia dajjal yang hakiki yang akan muncul di akhir zaman. Dajjal dalam hadith Bukhari di atas hanya maksud pendusta. Ini syarah Imam Nawawi, Imam Ibnu Taymiyah dan Ibnu Katsir.

 

 

Kaedah keempat

 Apa yang berlaku di zaman Nabi saw adalah hujah meskipun Nabi tidak melihatnya.

(ما وقع في زمن النبي صلى الله عليه وسلم يعتبر حجة وإن لم يكن اطلع النبي )

 

Dalil dari hadith:

عن جابر بن عبد الله قال : كنا نعزل على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم والقرآن ينزل . أخرجه البخاري ( 5209 ) 

Terjemahan:

Dari Jabir bin Abdullah ra: sabda Nabi saw.

“Kami melakukan azl (memancarkan mani di luar faraj ketika hubungan seks) pada zaman Rasulullah saw walhal al-Qur’an sedang turun (wahyu tidak melarangnya…pen)

HR Bukhari no. 5209

فعلناه في زمن التشريع ولو كان حراماً لم نقر عليه

Jabir berkata, kami melakukan azl pada masa perundangan Islam atau tasyri’ masih berlaku. Jikalau azl itu haram, sudah tentu kami akan ditegah melakukannya

 

Fiqh hadith: 

Azl adalah kaedah merancang keluarga (family planning) pertama dalam Islam, iaitu kaum lelaki salaf menumpahkan mani mereka di luar rahim isteri dan hamba abdi perempuan supaya isteri mereka tidak kerap hamil. Azl adalah hujah atau dibolehkan kerana ia dilakukan di zaman Nabi dan wahyu dan sunnah tidak melarangnya.

 

 

Komen dan Soalan