Utama UiTO Bicara THTL Usul Fiqh: Kaedah hendak memahami perbuatan Rasulullah saw (Kaedah 12 dan...

Usul Fiqh: Kaedah hendak memahami perbuatan Rasulullah saw (Kaedah 12 dan 13)

23
0
KONGSI

Kaedah untuk memahami perbuatan

Rasulullah saw

(أفعال الرسول صلى الله عليه وسلم)

dari kitab Usul fiqh ahli Hadith oleh

Zakariya al-Bakistani,

Dar Ibn Jauzi, KSA

 

 

Kaedah keduabelas:

Tidak ada pertentangan antara amalan-amalan Nabi saw (القاعدة الثانية عشرة : لا تعارض بين أفعال النبي صلى الله عليه وسلم)

Fiqh Ta’aarudh.

أفعال النبي صلى الله عليه وسلم المختلفة في الشيء الواحد لا تعتبر متعارضة ، وإنما دالة على مشروعية كلا الأمرين

Terjemahan:

Perbuatan-perbuatan Nabi saw dalam sesuatu perkara tidak boleh dianggap saling bertentangan, sebaliknya semua amalan tersebut adalah disyari’atkan.

 

قال شيخ الإسلام ابن تيمية كما في القواعد النورانية (86) : وأما الصلوات في الأحوال العارضة كالصلاة المكتوبة في الخوف والمرض والسفر ومثل الصلاة لدفع البلاء عند أسبابه كصلوات الآيات في الكسوف ، أو الصلاة لاستجلاب النعماء ، كصلاة الاستسقاء ، ومثل الصلاة على الجنازة ففقهاء الحديث كأحمد وغيره ، متبعون لعامة الثابت عن النبي صلى الله عليه وسلم وأصحابه في هذا الباب ، فيجوزون في صلاة الخوف جميع الأنواع المحفوظة عن النبي صلى الله عليه وسلم ويجوزون جميع الأنواع الثابتة عن النبي صلى الله عليه وسلم في صلاة الكسوف

 

 

Kaedah ketigabelas

 

Fiqh pertentangan amal:

Perkataan Nabi saw diutamakan dari amalan beliau (القاعدة الثالثة عشر : إذا تعارض القول مع الفعل ولم يمكن الجمع بينهما فإن القول مقدم على الفعل)

Bahagian 1

إذا تعارض القول مع الفعل فإن الجمع بينهما هو الأولى 

Terjemahan:

Apabila berlaku pertentangan antara perkataan Nabi saw dengan perbuatan baginda dan tidak mungkin dapat dijama’ (kompromi), maka perkataan atau sabda baginda diutamakan dari perbuatan baginda saw. Sebelum mengutamakan qaul ke atas perbuatan, kaedah al-Jam’u (komporomi) diutamakan.

 

Syarah:

Apa maksud kaedah al-Jam’u?

Kaedah ini bermaksud mencari jalan tengah antara dua dalil yang saling bertentangan, dinamakan al-Jam’u atau kompromi.

Contoh:

Dalil 1: “Berilah sedekahmu kepada fakir dan miskin”

Dalil 2: “Jangan beri sedekahmu kepada fakir dan miskin”

 

Macam mana kita dapat jam’u dua kaedah yang berlawanan ini? Cara menjamaknya:

  1. Perintah suruhan memberi sedekah kepada fakir miskin ialah diberikan sedekah kepada fakir miskin yang tidak meminta-minta.
  1. Perintah larangan memberi sedekah ialah memberi kepada peminta sedekah jalanan yang sering meminta-minta. 

 

Maka cara jam’u fiqh ialah memberi kepada yang tidak meminta-minta, manakala yang sering meminta-minta di jalanan tidak boleh.

 

 

Komen dan Soalan