Utama Blog Halaman 199

TKK 98/131: Bumi Arab Kembali Menghijau Dan Mengalirnya sungai

0

 

TKK 98: Bumi Arab Kembali

Menghijau Dan Mengalirnya sungai

(عودة جزيرة العرب مروجا وأنهارا )

 

Dalil hadith: Dari Abu Hurayrah ra,

فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لا تقوم الساعة حتى يكثر المال ويفيض حتى يخرج الرجل بزكاة ماله فلا يجد أحدا يقبلها منه وحتى تعود أرض العرب مروجا وأنهارا ; رواه مسلم

“Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga harta menjadi banyak dan melimpah, sehingga seseorang hendak mengeluarkan zakat hartanya tetapi ia tidak menemukan seorang pun yang menerimanya dan sehingga tanah Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai.”

(HR. Muslim no 157)

 

Juga dari Abu Hurayrah ra,

لا تقوم الساعة حتى تعود أرض العرب مروجا وأنهارا وحتى يسير الراكب بين العراق ومكة لا يخاف إلا ضلال الطريق -أي يخاف أن يضيع الطريق- وحتى يكثر الهرج»قالوا: وما الهرج يا رسول الله ؟قال: «القتل»رواه أحمد : الراوي: أبو هريرة – خلاصة الدرجة: رجاله رجال الصحيح – المحدث: الهيثمي – المصدر: مجمع الزوائد – الصفحة أو الرقم: 7/334

“Tidak akan terjadi Kiamat sehingga bumi Arab kembali hijau dan sungainya mengalir dan sehingga seorang menaiki kenderaan dari Iraq ke Makkah tidak takut kepada sesiapa pun kecuali tersesat jalan dan banyak terjadi Haraj. Diajukan soalan, “Apa itu al-Haraj?”, Baginda SAW menjawab, “Ia adalah pembunuhan besar-besaran.”

(HR Ahmad, dinilai sahih oleh al-Haithami dalam Majma’)

 

Hadith Mu’adz bin Jabal ra,

قال : «يوشك يا معاذ إن طالت بك الحياة أن ترى ما ههنا قد ملى جنانا> رواه مسلم<

Ia berlaku ketika ekspedisi Tabuk dan mereka mengalami masalah kekurangan bekalan air di Tabuk, lalu baginda SAW berkata kepada Muadz, ” Ya Mu’adz, jika usiamu panjang, pasti engkau akan menyaksikan kawasan ini (Bandar Tabuk) akan berubah kepada kesuburan dan ladang-ladang pertanian yang lebat.”

(HR Muslim)

 

Syarah:

Berkata Dr. Abdul Majid al-Zindani, asalnya tanah Arab adalah kawasan paling awal dihuni, dan ketika itu ia adalah kawasan hijau dan subur. Tetapi selepas zaman ais yang pertama, maka berlaku perubahan pertama dan tanah Arab menjadi padang pasir. Namun dengan hadith ini, jika berlaku zaman ais kedua, di mana kutub akan cair, tanah Arab akan kembali menghijau dan sungai-sungai akan mengalir semula.

Berkata Dr. al-Arifi, KSA (Kingdom Saudi Arabia), semua sudah maklum, lapan puluh peratus tanah Arab adalah padang pasir yang tandus dan gersang. Maka, apabila Nabi SAW mengkhabarkan ia akan kembali hijau, ia suatu yang aneh dan menakjubkan.

Mengenai hadith Muaz bin Jabal di Tabuk, sememangnya sahih, Tabuk sekarang di Saudi adalah hijau dan antara kawasan pertanian utama di Saudi.

 

Syarah Thtl (Tuan Hasan Tuan Lah)

Selepas saya sendiri bekerja di Arab Saudi selama beberapa tahun di bandaraya Jizan, saya dapati, Jizan sendiri adalah kawasan pengeluaran pertanian yang utama di Arab Saudi, antaranya pengeluar mangga dan pisang yang utama di Saudi. Saya pernah ke ibu kota Riyadh, di mana Riyadh itu sendiri bermaksud “garden city” atau “bandar raya taman”, maka wujud di sekitar Riyadh kawasan hijau yang besar dan ajaib sekali kerana ia berada di padang pasir. Jika anda ke Arafah, tempat wukuf, kawasan tersebut juga sudah menghijau, dan dengan teknologi penyulingan air laut, Saudi ke arah mencukupi dalam pengeluaran sayuran dan buah-buahan. Manakala di Dubai dan negara teluk, teknologi hijau amat mengagumkan, di mana terdapat pusat permainan salji terbesar di dunia adalah di Dubai.

Bayangkan, boleh bermain luncur ais dan salji di padang pasir!

DOA UNTUK HATI GELISAH

0

Tazkirah Harian UiTO:

DOA UNTUK HATI GELISAH

Untuk merawat penyakit hati (perasan) yang kritikal seperti gelisah yang teramat, bimbang cemas, risau yang teramat, dukacita dan berserabut ini, Agama mengajarkan dengan satu DOA ZIKIR yang mungkin doa ini kita TAK pernah tahu sebab tak pernah belajar. Doa ini diajarkan oleh Nabi s.a.w kepada Asma’ Binti Umais. Kata Nabi sa.w kepadanya, “Mahukah kamu aku ajarkan kalimah yang perlu ucapkan ketika kamu dilanda kegelisahan/dukacita (hati yang tidak tenteram)? Maka kata Nabi s.aw. , kamu bacalah:

“ALLAH hurabbi laa usyriku bihi syaian”

“Ya ALLAH RABBku, tidak akan aku sekutukan-NYA dengan sesuatu pun.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam jaluran sanad yang terpecaya.

Hadis ini nak beritahu kat kita bahawa apabila kita ditimpakan rasa kebimbangan/kegelisahan/susah hati, maka yang mula- mula kita panggil adalah Allah SWT dan kita beritahu kepada Allah SWT bahawa tak minta kat sapa-sapa melainkan HANYALAH kepadaNya. Maka dengan lafadz pendek ini yang kita ucakan berulang-ulang kali maka Allah SWT akan menurukan ketenangan pada diri orang yang melafadzkannya.

-Di kutip dari Fb Ustaz Muhamad Rizal-

Tambahan editor:
Antara cara bacaan yang lain.

اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا.

Allahu, Allahu robbii, laa usyriku bihi syai-aa

“Allah, Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu.” [HR. Abu Dawud 2/87 dan lihat Sahih Ibnu Majah 2/335]

[Disalin dari “Doa dan Wirid”, oleh Ust. Yazid Bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit : Pustaka Imam Syafi’i, Jakarta]

Boleh juga rujuk di sini:
http://abuayaz.blogspot.my/2011/05/doa-penawar-hati-yang-duka-dan-untuk.html?m=1

Membaca Sepertiga Quran Dalam Semalam?

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0780.

Dari ‘Aisyah r.a., katanya: Rasulullah S.A.W mengirim seorang lelaki dalam satu pasukan, lalu orang itu membaca dalam solat dengan para sahabatnya “Qul huwallahu ahad” (Surah Ikhlas sampai tamat). Ketika mereka telah kembali, hal itu diceritakan orang kepada Rasulullah S.A.W. Maka sabda beliau, “Tanyakanlah kepadanya, apa alasannya berbuat seperti itu.” Lalu mereka tanyakan kepada lelaki itu kenapa dia berbuat demikian. Jawabnya, “Kerana di dalam surah Ikhlas itu tersebut sifat-sifat Allah. Kerana itu aku suka membacanya.” Sabda Rasulullah S.A.W, “Sampaikan kepadanya, bahawa Allah menyukainya pula.”

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0777.

Dari Abu Darda’ r.a., dari Nabi S.A.W sabdanya: “Tidak sanggupkah kamu membaca sepertiga Quran dalam semalam?” Mereka balik bertanya, “Bagaimana cara membaca sepertiganya?” Jawab Nabi saw., “Qul huwallahu ahad (Surat Al Ikhlas) sama dengan sepertiga Al Quran.”

Tafsir Al-Baqarah – Ayat Ke-2

0

بسم الله الرحمٰن الرحيم

Tafsir Al-Baqarah Ayat Ke-2

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ

“ Itulah kitab”.

Allah SWT menggunakan perkataan ذٰلِكَ untuk merujuk kepada Al-Quran dan perkataan ذٰلِكَ dari segi bahasa sebenarnya bermaksud ‘itu’.

Sepatutnya, kita rasa perkataan yang sesuai digunakan adalah ‘ini’ kerana Al-Quran ada di hadapan kita, bukan? Tetapi, tidaklah ayat itu yang digunakan oleh Allah SWT. Ini adalah kerana, apabila digunakan ‘itu’ pada tempat yang sepatutnya digunakan dalam ayat ini, dari segi balaghah (yang tersirat), menunjukkan ‘ketinggian’ dan ‘kehebatan’. Maksudnya Allah SWT menggunakan kata penunjuk ‘itu’ untuk memberi isyarat ketinggian Al-Quran.

Pendapat kedua: Perkataan ini digunakan untuk mengejutkan mereka yang membaca. Perkataan yang digunakan adalah ذَٰلِكَ yang bermaksud ‘itu’. Ini adalah kerana tidak ada kitab dalam bentuk mushaf yang digunakan pada zaman Nabi. Al-Quran yang lengkap adalah Al-Quran yang berada di langit dunia yang diturunkan sedikit demi sedikit oleh malaikat Jibrail atas arahan Allah SWT. Jadi, perkataan ‘itu’ yang digunakan adalah merujuk kepada Al-Quran yang berada di langit tersebut.

Pendapat yang ketiga: walaupun menggunakan kalimah ذَٰلِكَ (itu) tetapi ia membawa maksud هذا (ini) dan ini dibolehkan dalam penggunaan bahasa Arab.

Kalimah الْكِتَابُ yang dimaksudkan adalah Al-Quran.

Itu adalah potongan ayat pertama. Saya akan potongkan ayat satu persatu mengikut kesesuaian supaya kita boleh kaji satu demi satu ayat itu, kerana ayat-ayat Al-Quran ada yang membawa berbagai maklumat di dalamnya.

لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ

“ Tidak ada keraguan di dalamnya “.

Merujuk di dalam Al-Quran: Tidak ada syak terhadap Al-Quran itu. Allah SWT sendiri mengatakannya. Namun, jika begitu mengapa ramai yang tidak percaya? Bukankah lebih ramai yang tidak percaya kepada Al-Quran daripada mereka yang percaya? Adakah salah ayat ini? Mungkin timbul persoalan seperti ini.

Kita hendaklah faham apakah yang hendak disampaikan oleh Allah SWT. Makna dalam ayat ini adalah, Allah SWT mengatakan bahawa tidak syak yang Al-Quran itu datang daripada Allah SWT. Allah SWT hendak beritahu sendiri kepada kita sama ada manusia hendak percaya atau tidak, terpulanglah kepada mereka dan mereka akan menanggung penyesalan jikalau mereka tidak mempercayainya.

Allah SWT juga hendak memberitahu kita, tidak ada keraguan dalam isi kandungan Al-Quran ini. Tidak akan terdapat sebarang perselisihan di dalamnya. Sebagai contoh, ayat dalam juzuk 1 tidak ada perselisihan dengan juzuk-juzuk lain. Kalau nampak ada perbezaan, itu bukanlah perbezaan dan boleh dijelaskan di dalam tafsir. Orang yang tidak belajar sahaja yang akan kata ada perselisihan. Al-Quran tidak seperti ‘Bible’ yang terdapat banyak perselisihan maklumat-maklumat di dalamnya.

Tidak ada juga perbezaan antara apa yang diceritakan dalam Al-Quran dengan hadis Nabi. Apa yang Nabi kata tidak akan berlawanan dengan ayat Al-Quran. Jadi, jikalau kita jumpa ada hadis yang tidak sealiran dengan Al-Quran, bermakna hadis itu yang ada masalah.

Musuh-musuh Islam telah sekian lama mencari kesalahan di dalam Al-Quran tetapi hingga sekarang, mereka tidak menjumpainya. Memang ada ramai yang cuba menimbulkan contoh-contoh adanya perselisihan di dalam ayat-ayat Al-Quran, tetapi yang boleh tertipu adalah mereka yang jahil Al-Quran sahaja, kerana jika belajar mereka tidak akan keliru.

Oleh itu pengajaran untuk kita: Kita jangan ragu-ragu terhadap mana-mana pun ayat Al-Quran. Jika rasa ada kekeliruan terhadap mana-mana ayat Al-Quran, hendaklah segera bertanya kepada mereka yang lebih arif.

هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

“ Petunjuk bagi mereka yang bertakwa “.

Allah SWT sambung lagi di dalam ayat ini yang Al-Quran itu adalah ‘hidayah’ kepada orang yang bertaqwa. Siapakah yang dikatakan ‘bertaqwa’? Selalu kita dengar perkataan taqwa, tetapi apakah maksud ‘taqwa’ itu sendiri?

Perkataan ‘taqwa’ selalunya diterjemahkan sebagai ‘takut’. Namun, takut bukanlah terjemahan yang tepat kerana jika kita maksudkan ‘takut’ sahaja, ada perkataan lain yang boleh digunakan: ‘khauf’ dan memang kalimah ‘khauf’ ini juga ada dalam ayat-ayat Al-Quran yang lain.

Tidaklah bermakna ‘khauf’ tidak ada kena mengena dengan taqwa sebab ‘takut’ adalah salah satu dari elemen ‘taqwa’ kerana kalau tidak ada takut kepada Allah SWT, tidak akan ada taqwa.

Taqwa diambil dari kata dasar وقي (wiqaya) yang bermaksud ‘berhati-hati’. Sebagaimana kita melalui jalan yang berduri, tentu kita akan berhati-hati, bukan?

Menurut satu riwayat, Umar ibnu Khattab r.a. pernah bertanya kepada Ubay ibnu Ka’b tentang makna taqwa. Maka Ubay ibnu Ka’b bertanya kembali, “Pernahkah engkau menempuh jalan yang beronak duri?” Umar menjawab, “Ya, pernah.” Ubay ibnu Ka’b bertanya lagi, “Kemudian apa yang kamu lakukan?” Umar menjawab, “Aku bertahan dan berusaha sekuat tenaga untuk melintasinya.” Ubay ibnu Ka’b berkata, “Itulah yang namanya taqwa.” [Tafsir Ibn Kathir].

Taqwa ini bolehlah diertikan sebagai seorang yang berhati-hati dalam kehidupannya. Dia akan sentiasa memeriksa sama ada apa yang dia lakukan itu bertepatan dengan agama dan kehendak Allah SWT. Kalau hendak berbuat sesuatu, dia akan berfikir, “Apa Allah SWT hendak aku buat dalam hal ini?” “Adakah sah/ halal/ boleh perbuatan ini?” Hati dia sentiasa memikirkan kehendak Allah SWT. Di dalam bahasa Inggeris, ini dipanggil ‘God-conscious’. Dia sedar yang Allah SWT sentiasa memerhatikan apa yang dilakukannya.

Oleh itu, setakat ini kita tahu maksud ’taqwa’ adalah:

1.Sedar Allah SWT sedang memerhatikan segala gerak geri kita.

2.Taat hukum-hakam yang Allah SWT telah sampaikan kepada kita.

Hendaklah ingat maksud ‘taqwa’ ini, kerana kita akan berjumpa dengan banyak lagi di dalam ayat-ayat Al-Quran selepas in, di mana tidaklah perlu dijelaskan lagi. Insya-Allah di dalam ayat-ayat selepas ini, akan diterangkan apakah sifat-sifat orang yang bertaqwa itu.

Kita akan berjumpa dengan ayat-ayat lain yang menjelaskan lagi tentang maksud taqwa itu. Barulah kita dapat memahaminya secara menyeluruh. Ayat Al-Quran hendaklah dibaca dan difahami semua sekali, tidak boleh diambil sedikit- sedikit.

Justeru, Al-Quran itu adalah petunjuk hidayah untuk orang yang bertaqwa. Mungkin timbul satu persoalan, kenapa hendak beri hidayah lagi kepada orang yang sudah bertaqwa? Bukankah sepatutnya diberikan kepada orang yang belum bertaqwa?

Maka, ulama kata lafaz مُتَّقينَ di dalam ayat ini bukanlah bermaksud orang yang sudah sempurna taqwa mereka, tetapi orang yang ‘hendak menjadi orang yang bertaqwa’. Kalau seseorang itu ada keinginan untuk menjadi orang yang bertaqwa, Allah SWT akan buka hatinya untuk mencapai kedudukan itu. Wahyu Al-Quran ini adalah untuk semua manusia, tetapi yang mahu menerimanya adalah mereka yang mahu beriman sahaja, seperti makna yang terkandung di dalam firman-Nya:

 

قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدىً وَشِفاءٌ وَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِي آذانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى أُولئِكَ يُنادَوْنَ مِنْ مَكانٍ بَعِيدٍ

“ Katakanlah, “Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedangkan Al-Quran itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) orang-orang yang dipanggil dari tempat yang jauh.””[Fussilat: 44]

Apabila seseorang itu telah mahu bertaqwa dan dia telah percaya kepada Allah SWT, tentulah dia hendak belajar isi kandungan Al-Quran sebagai petunjuk. Petunjuk yang ada di dalam Al-Quran ini diberikan kepada orang yang telah menerima tauhid, iaitu selepas dia telah mengucap dua kalimah syahadah, agar dia kenal siapakah Tuhan dan supaya dia tidak melakukan syirik seperti dalam agama-agama yang lain.

Untuk menyempurnakan taqwa, ada dua perkara yang tidak boleh ada dan dua perkara yang perlu ada:

1. Jangan ada sifat sombong. Jika ada sifat sombong (untuk terima kebenaran), taqwa tidak akan masuk.

2. Jangan ikut orang lain membuta tuli. Jangan taklid kepada orang tanpa usul periksa. Hendaklah ada usaha untuk mencari kebenaran. Jangan hanya berserah kepada orang.

3. Hendaklah takut kepada balasan dari Allah SWT. Takutlah ancaman dari Allah SWT jika berbuat salah.

4. Hendaklah menjaga diri. Kawal nafsu dari derhaka terhadap suruhan dan larangan Allah SWT.

Kaitan dengan Al-Fatihah:

Dalam surah Al-Fatihah, kita telah diajar untuk meminta hidayah daripada Allah SWT, iaitu ayat اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (Pimpinlah kami ke jalan yang lurus). Maka, Allah SWT menjawab dalam ayat ini bahawa Al-Quran inilah sebagai petunjuk dan hidayah bagi mereka. Jika kamu telah meminta jalan yang lurus, maka ikutlah apa yang disampaikan di dalam Al-Quran ini. Jadi, jikalau kita hendak menjadi orang yang bertaqwa, maka kita hendaklah menjadikan Al-Quran ini sebagai pedoman hidup kita. Mesti belajar tafsir Al-Quran hingga habis, kerana kita tidak mahu tertinggal satu pun hidayah daripada Allah SWT.

 

Allahu a’lam.

Apakah anda tidak takut berbuat bid’ah?

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

Apakah anda tidak takut berbuat bid’ah?

Apakah anda tidak takut berbuat bid’ah?

Padahal Allah Ta’ala menyatakan bahwa ajaran Islam sudah sempurna, tidak perlu penambahan. Membuat amalan-amalan ibadah baru sama saja dengan memberikan ‘catatan kaki’ pada firman Allah Ta’ala:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni’mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu” (QS. Al Maidah: 3)

Apakah anda tidak takut berbuat bid’ah?

Padahal Allah Ta’ala melarang kita berselisih ketika Qur’an dan sunnah sudah sangat jelas dalam menjelaskan ajaran agama ini secara sempurna, dari masalah tauhid hingga adab buang air besar, sama sekali tidak perlu penambahan lagi. Allah Ta’ala berfirman:

وَلا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَأُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat” (QS. Al Imran: 105)

Ash Shabuni berkata: “Maksud ayat ini adalah, janganlah berlaku seperti orang Yahudi dan Nasrani yang mereka berpecah-belah dalam masalah agama karena mengikuti hawa nafsu mereka padahal ayat-ayat yang datang kepada mereka sudah sangat jelas” (Shafwatut Tafasir, 202).

Apakah anda tidak takut berbuat bid’ah?

Padahal Allah Ta’ala mengancam orang-orang yang menyelisihi perintah-Nya dan sunnah Nabi-Nya. Allah Ta’ala berfirman:

فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

“Hendaklah orang-orang yang menyelisihi perintah Allah itu takut akan ditimpa fitnah (cubaan) atau ditimpa azab yang pedih” (QS. An Nuur: 63)

Ketika Imam Malik ditanya tentang orang yang merasa bahwa ber-ihram sebelum miqat itu lebih bagus, padahal Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam telah mensyari’atkan bahwa ihram dimulai dari miqat, maka Imam Malik pun berkata: “Ini menyelisihi perintah Allah dan Rasul-Nya, dan aku khawatir orang itu akan tertimpa fitnah di dunia dan adzab yang pedih sebagaimana dalam ayat.. (beliau menyebutkan ayat di atas)” (Al I’tisham, 174). Menjelaskan perkataan Imam Malik ini, Asy Syathibi berkata: “Fitnah yang dimaksud Imam Malik dalam menafsirkan ayat ini berhubungan dengan kebiasaan dan kaidah ahlul bid’ah, yaitu karena mengedepankan akal, mereka tidak menjadikan firman Allah dan sunnah Rasulullah sebagai petunjuk bagi mereka” (Al I’tisham, 174).

Apakah anda tidak takut berbuat bid’ah? Padahal Allah memerintahkan hamba-Nya untuk mengikuti tuntunan Rasul-Nya. Allah Ta’ala pun mengancam orang yang menyelisihi tuntunan Rasul-Nya dengan siksaan yang keras. Allah Ta’ala berfirman:

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Apa yang datang dari Rasulullah, maka ambilah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya” (QS. Al Hasyr: 7)

Dan Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam melarang berbuat bid’ah. Tidak anda takut terhadap siksaan Allah yang keras karena melakukan yang dilarang Rasulullah?

Apakah anda tidak takut berbuat bid’ah? Padahal Allah mengancam neraka bagi hamba-Nya yang mengambil cara beragama bukan dari Rasul-Nya. Allah Ta’ala berfirman:

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا

“Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali” (QS. An Nisa: 115)

Ibnu Katsir menjelaskan: “Maksud ayat ini, barang siapa yang menjalani cara beragama yang bukan berasal dari Rasulullah Shallallahu’alahi Wasallam maka ia telah menempatkan dirinya di suatu irisan (syiqq), sedangkan syariat Islam di irisan yang lain. Itu ia lakukan setelah kebenaran telah jelas baginya” (Tafsir Al Qur’an Al Azhim, 2/412)

Selengkapnya: http://muslim.or.id/6717-apakah-anda-tidak-takut-berbuat-bidah.html

Mintalah Hanya Kepada Allah

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

Mintalah hanya kepada Allah

Daripada Abdullah bin Mas’ud ra, yang berkata telah bersabda rasulullah SAW

مَنْ أَصَابَتْهُ فَاقَةٌ ، فَأَنْزَلَهَا بِالنَّاسِ ، لَمْ تُسَدَّ فَاقَتُهُ ، وَمَنْ أَنْزَلَهَا بِاللَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَوْشَكَ اللَّهُ لَهُ بِالْغِنَى ، إِمَّا مَوْتًا عَاجِلا أَوْ غِنًى آجِلًا)

Barangsiapa yg ditimpa dengan kefakiran lalu memohon bantuan manusia maka tidaklah dia akan dapat menghalang kefakirannya

adapun orang yang memohon bantuan Allah tabaraka wata’ala maka nescaya Allah akan memberikannya kekayaan sama ada cepat atau lambat.

[riwayat Tirmidzi dan Abu Daud]

Manusia pun miskin, hanya Allah yang Maha Kaya !

Bahasa Arab Asas – Kata Kerja (الفعل) dan Pembahagiannya

0

بسم الله الرحمن الرحيم

KATA KERJA (الفعل)

Seterusnya perbincangan asas kata kerja (الفعل)

الفِعْلُ هُوَ كَلِمَةٌ دَلَّتْ عَلٰى مَعْنًى فِيْ

نَفْسِهَا واقْتَرَنَتْ بِزَمَنٍ وَضْعًا

Kata kerja (الفعل ) ialah perkataan yang membawa makna yang tersendiri yang dalam penerapannya terpengaruh dengan masa. Contohnya:

اِغْتَسَلَ : Telah mandi

نَظَّفَ   : Telah membersihkan

يَفْتَحُ   : Sedang membuka

يُشَاهِدُ : Sedang menonton

اُخْرُجْ   : Keluarlah

اُدْخُلْ   : Masuklah

PEMBAHAGIAN KATA KERJA

وَالفِعْلُ بِالنِّسْبَةِ إِلٰى الزَّمَنِ نَوعَانِ

Kata kerja dinisbahkan kepada masa terbahagi kepada dua bahagian:

١ – الماضي : Bagi masa lepas

٢ – المُضَارِعُ : Bagi masa sedang dan akan berlaku

Contoh kata kerja masa lepas seperti:

١ – قَطَفَ : Dia telah memetik

٢ – رَكِبَ : Dia telah menaiki

٣ – سَمِعَ : Dia telah mendengar

٤ – قَرَأَ : Dia telah membaca

٥ – غَسَلَ : Dia telah membasuh

 

Bagi kata kerja yang menunjukkan sedang berlaku atau yang akan berlaku seperti:

١ أغْسِلُ – : Saya sedang membasuh

٢ – أَلْبَسُ : Saya sedang memakai

٣ – يَلْعَبُ : Dia sedang bermain

٤ – نَكْتُبُ : Kami sedang menulis

وَهُنَاكَ فِعْلٌ أَخَرُ دَلَّ عَلٰى الطَّلَبِ

وُهُوَ فِعْلُ الأَمْرِ وَ فِعْلُ النَّهْيِ

 

Terdapat kata kerja yang menunjukkan Perintah dan Larangan.

Kata Perintah seperti:

١ – اِلْعَبْ : Bermainlah

٢ – اِقْرَأْ : Bacalah

٣ – أَطْعِمْ : Beri makanlah

٤ – قُمْ : Berdirilah

٥ – اِسْتَغْفِرْ : Mohonlah keampunan

Kata Larangan seperti :

١ – لَا تَلْعَبْ : Jangan engkau bermain

٢ – لَا تَأْكُلْ : Janganlah engkau makan

٣ – لَا تَشْرَبْ : Janganlah engkau minum

٤ – لاَ تَذْهَبْ : Janganlah engkau pergi

٥ – لَا تَقُمْ : Janganlah engkau berdiri

Berdasarkan perbahasan di atas maka kata kerja terbahagi kepada empat jenis:

١ – فِعْلٌ مَاضٍ

٢ – فَعْلْ مُضَارِعٌ

٣ – فِعْلُ أمْرٍ

٤ – فِعْلُ نَهْي

والله أعلم

Adakah Kita Masih Takut Dan Berharap Kepada Allah

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

Assalamu’alaikum wr wt

Periksa ‘Aqidah Anda

3/54

Adakah kita menyembah Allah SWT dengan khauf (takut) dan thama'(pengharapan)?

Jawab:

Ya.

وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ

Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.
Surah Al-A’raf (7:56)

Dan sabda Rasulullah saw:

أسأل الله الحنة وأعوذ به من النار

“Aku meminta kepada Allah al Jannah dan aku berlindung kepada Allah dari an Nar”

HR Abu Dawud.

#periksaqidahanda
#tazkirahseminit
https://telegram.me/mindaCikguRahim

TAFSIR SURAH AD-DHUHA AYAT KE-7

0

Tafsir Ad-Dhuha Ayat ke-7

وَوَجَدَكَ ضَآلًّا فَهَدَىٰ

Dan didapati-Nya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)[Ad-Dhuha: 7].

wa-wajada-ka: Dan didapati-Nya engkau;

atau: Dan – TELAH didapati Ia akan engkau.

Kita telah pun berbincang mengenai perkara ini. Ringkasnya, ia berkaitan Maha Luas pengetahuan Allah atas apa yang berlaku kepada manusia/makhluk.

Dhollan: mencari-cari (jalan yang benar);

secara literalnya bermakna ‘sesat’.

Persoalan: Adakah kita boleh kata Nabi Muhammad SAW sesat sebelum menjadi Nabi?

Saya kongsi beberapa pandangan Mufassir. Akan tetapi, ia secara umum. Bermakna, tiada rujukan khusus, tetapi mungkin pelajar pernah/ akan terjumpa perkara ini:

PERTAMA: Ya, ada yang mengatakan Nabi Muhammad SAW “sesat” sebelum dapat wahyu.

KEDUA: Sesat di sini bukanlah Nabi Muhammad SAW melakukan syirik, tetapi belum ada wahyu.

Sebagai nabi dan begitu juga dengan nabi-nabi lain, mereka tidaklah pernah melakukan dosa-dosa syirik. Begitu juga Nabi Muhammad SAW tidak pernah menyembah berhala walaupun masyarakat baginda bergelumang dalam penyembahan berhala dan amalan-amalan syirik yang lain.

Oleh kerana itu, terjemahan umum terutama Malaysia (yang sepakat guna Tafsir Pimpinan Ar- Rahman) gunakan maksud: Nabi tercari-cari.

Rujuk – [12: 3]

نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ ٱلْقَصَصِ بِمَآ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ هَٰذَا ٱلْقُرْءَانَ وَإِن كُنتَ مِن قَبْلِهِۦ لَمِنَ ٱلْغَٰفِلِينَ

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya [Yusuf: 3].

Kesimpulan, dhollan:

Nabi tercari-cari petunjuk yang kemudian datang dengan nama wahyu/Al-Quran.

Fa-hada: lalu Ia memberikan hidayah petunjuk.

Fa: satu perkataan berbentuk jawapan terus dari Allah.

Kamu cari – Kami terus beri (petunjuk).

Syarat: Kenalah cari petunjuk tersebut melalui usaha dan jalan yang betul. Insya Allah, Allah bantu bimbing kita.

Hada: kalimah yang digunakan hanya فَهَدىٰ. Tidak ditambah dengan perkataan ‘ك’ selepasnya (فَهَدىيك).

Ini meluaskan lagi maknanya:

Jadi maknanya, hidayah itu tidak terhad kepada Nabi Muhammad SAW sahaja. Jadi ia boleh jadi Allah memberi hidayah kepada Nabi dan melalui Nabi, manusia lain pun mendapat hidayah juga daripada Allah menerusi baginda.

Adakah hidayah bagi insan-insan terpilih?

إِنَّكَ لَا تَهْدِى مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يَهْدِى مَن يَشَآءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِٱلْمُهْتَدِينَ

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)[Al-Qasas: 56].

Apakah kitab yang berikan petunjuk?

ذَٰلِكَ ٱلْكِتَٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa [Al-Baqarah: 2].

Dhollan: Sebelum ada Al-Quran

FaHada: Lepas ada Al-Quran

Tetapi sekarang, kita tadabbur pula kita di kategori mana.

Dhollan??

Fa-hada??

Sebab ia bukan sekadar faham makna, tetapi hendaklah semak kita di kategori mana. Kena semak status Al-Quran dalam hidup kita.

Dan caranya ialah, kena pergi cari (belajar Al-Quran). Jika tidak, jangan kita sibuk nak menjatuhkan atau tuding jari kepada ajaran sesat sana-sini (saya tidak nafikan kepentingan), kerana boleh jadi kita baru faham dan hendak perbetulkan amal dengan 7 ayat Ad-Dhuha ini namun, jangan lupa ada lebih kurang 6000 ayat yang lain kita patut telusuri dan belajar. Apa yang hendak dibangkitkan di sini, setelah memahami ayat ke-7 ini, sepatutnya boleh rasa “cemas” dan fikir:

1) Aku pun kena cari petunjuk (yakni belajar Al-Quran);

2) Benarkah jalan hidup aku selama ini? Boleh jamin ke? Serupa tidak seperti yang Al-Quran tunjukkan kepada aku atau aku syok sendiri anggap dunia ikut cara aku?

Benarkah orang jahil bukan sebab untuk tidak tahu?

قُلْ أَفَغَيْرَ ٱللَّهِ تَأْمُرُوٓنِّىٓ أَعْبُدُ أَيُّهَا ٱلْجَٰهِلُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu: “Sesudah jelas dalil-dalil keesaan Allah yang demikian), patutkah kamu menyuruhku menyembah atau memuja yang lain dari Allah, hai orang-orang yang jahil?” [Az-Zumar: 64].

Jahil – tidak mahu ikut panduan/ suruhan Allah.

سَأَصْرِفُ عَنْ ءَايَٰتِىَ ٱلَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِى ٱلْأَرْضِ بِغَيْرِ ٱلْحَقِّ وَإِن يَرَوْا۟ كُلَّ ءَايَةٍ لَّا يُؤْمِنُوا۟ بِهَا وَإِن يَرَوْا۟ سَبِيلَ ٱلرُّشْدِ لَا يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا وَإِن يَرَوْا۟ سَبِيلَ ٱلْغَىِّ يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَا وَكَانُوا۟ عَنْهَا غَٰفِلِينَ

Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayat-Ku (yang menunjukkan kekuasaan-Ku); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya [Al-A’raf: 146].

 

Kesimpulan:

1.Hanya Al-Quran kitab yang memberi petunjuk, melapangkan jalan hidup manusia untuk kembali kepada Allah.

2. Kita mesti belajar Al-Quran (baca dan faham) baru benar-benar dapat amalkan kandungannya dalam kehidupan.

Allahu a’lam.

Quran Terjemahan Harfiyyah Wa I’rab – Al-Baqarah Ayat Ke-19

0

بسم الله الرحمن الرحيم

Al-Baqarah Ayat ke-19

أَوْ كَصَيِّبٍ مِنَ السَّمَاءِ فِيهِ ظُلُمَاتٌ وَرَعْدٌ وَبَرْقٌ يَجْعَلُونَ أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ مِنَ الصَّوَاعِقِ حَذَرَ الْمَوْتِ ۚ وَاللَّهُ مُحِيطٌ بِالْكَافِرِينَ

Terjemahan: Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat, mereka menyumbat jari-jemari mereka masing-masing dari mendengar suara petir kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas) sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir.

Makna Harfiah:

أو : atau

كصيب : seperti hujan

من         : dari

السمآء   : langit

فيه       : bersamanya

ظلمات   : gelap-gelita

و           : dan

رعد       : guruh

و           : dan

برق       : kilat

يجعلون : mereka menyumbat (Asal makna mereka menjadikan)

أصابع   : jari jemari

هم       : mereka

في         : ke dalam

ءاذان     : telinga

هم       : mereka

من        : dari mendengar

الصواعق : suara petir

جذر       : takut

الموت     : mati

و             : sedangkan

الله         : Allah

محيط     : meliputi

ب           : huruf jar tambahan

الكافرين : orang-orang kafir

I’rab:

أو : حرف عطف : huruf penyambung

الكاف : اسم مبني على الفتح يفيد التشبيه في محل رفع لأنه معطوف على المرفوع ( كمثل ) في الآية الكريمة السابعة عسرة أي مثلهم كمثل الذي استوقد نارا أو كمثل الصيب

Huruf kaf ialah isim mabni dengan baris atas فتحة berfungsi sebagai التشبيه (seperti) berkedudukkan rofa’ kerana ia ma’tuf dengan isim marfu’ pada ayat 17 iaitu:

مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا

Ma’tuf أو كمثل صيب

صَيِّبٍ : مضاف إليه مجرور بالإضافة و علامة جره الكسرة المنونة على آخره لأنه نكرة

Kata sandaran مضاف اليه yang hukum i’rabnya majrur dan tanda jarnya kasrah yang bertanwin kerana ia kata nama am اسم نكرة

مِنْ : حرف جر : kata sendi atau istilah terkini ialah kata tugas

السمآء : اسم مجرور بحرف الجر ” من” وعلامة جره الكسرة الظاهرة في آخره ، الجر و المجرور ” من السمآء ” متعلق بصفة محذوفة من : صيب ”

As samak السمآء kata nama yang hukum i’rabnya majrur dan tanda jarnya baris bawah كسرة yang jelas diakhirnya. Jar dan majrur “من السمآء” ada hubungan dengan sifat kepada hujan صيب yang dihazafkan.

في : huruf jar

هِ     : الهاء ضمير متصل مبني على الكسر في محل بفي الجر و المجرور متعلق بخبر مقدم .

Huruf ha هِ ialah ganti nama bersambung ضمير متصل dibina dengan baris bawah كسرة berkedudukan jar dengan في dan jar serta majrur “فيه” ada kaitan dengan khobar (predikat) yang didahulukan.

ظلماتٌ : مبتدأ مؤخر مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في آخره و الجملة الإسمية ” فيه ظلمات” في محل جر صفة للموصوف ” صَيِّبٍ ”

Dzulumaat ظلماتٌ ialah subjek yang diakhirkan مبتدأ مرخر hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya baris hadapan iaitu ضمة yang jelas diakhirnya dan ayat ismiyyah جملة اسمية iaitu في ظلمات berkedudukan jar seterusnya ia juga sebagai sifat kepada   صَيِّبٍ .

وَرَعْدٌ و بَرْقٌ

الوَاوُّ   : عَاطفة : wau huruf penyambung yang bermakna “dan”

رَعْدٌ وَ برْقٌ :   اسمان معطوفان على ” ظلمات ” مرفوعان مثلها بالضمة المنونة على آخر هما ، نونت الكلمة ” ظلمات ” رَعْدٌ و بَرْقٌ لأنها أسماء نكرات.

Kalimah رعد و برق ialah dua kata nama yang dihubungkan dengan kalimah ظلمات yang mana hukum i’rabnya marfu’ dengan dhommah الضمة serta bertanwin diakhirnya. Ditanwinkan ketiga-tiga kalimah iaitu ظلمات ، رعدٌ dan برقٌ oleh kerana ketiga-tiga kalimah tersebut adalah kata nama am.

يَجْعَلُونَ : فغل مضارع مرفوع لتجرده عن الهاصب و الجازم و علامة رفعه ثبوت النون لأنه من الأفعال الخمسة الواو ضمير متصل مبنى علي السكون في محل رفع فاعل و يجوز أن يكون الجملة الفعلية ” يجعلون ” وما بعد ها في محل نصب حالا من الضمير المجرور في ” فيه ”

Kata kerja sedang/akan, hukum i’rabnya marfu’ kerana bebas dari amil nasab dan jazam dan tanda rofa’nya dengan mengekalkan huruf nun di hujung kerana ia terdiri dari kata kerja yang lima dan huruf wau sebelum nun itu ialah ganti nama bersambung yang balik kepada هم dibina dengan tanda sukun dan boleh jadi kalimah يجعلون berkedudukan nasab sebagai menerangkan keadaan daripada ganti nama yang berkedudukan majrur iaitu فيه .

أصَابِعَهُمْ : مفعول به منصوب بيجعلون وعلامة نصبه الفتحة الظاهرة في آخره و هو مضاف و ” هم ” ضمير الغائبين مبني علي السكون في محل جر بالإضافة أو يكون الهاء ضميرا متصلا مبنيا على الضم في محل جر بالإضافة و الميم علامة جمع الذكور.

‘asobi’a hum : Yang dikenai perbuatan (مفعول به) , hukum i’rabnya mansub dan tanda nasabnya baris atas (الفتحة ) yang jelas diakhirnya dan ia (أصابع) pula berkedudukkan mudhaf (مضاف) dan هم adalah ganti nama orang ketiga lelaki ramai yang dibina dengan baris mati (السكون) berkedudukan jar sebab مضاف إليه atau huruf هاء (ganti nama) bersambung dibina dengan baris hadapan yang juga berkedudukan jar dan huruf mim mati dihujungnya adalah tanda jamak bagi lelaki ramai.

فِي ءَاذَانِهِمْ : في حرف جر : fi kata sendi

ءَاذَانِهم : اسم مجرور بحرف الجر ” في ” وعلامة جره الكسرة الظاهرة في آخره وهو مضاف و الهاء ضمير متصل مبني علي الكسرة في محل جر بالإضافة و الميم علامة جمع الذكور أو تكون “هم ” ضميرا متصلا مبنيا على السكون في محل جر بالإضافة و الجر و المجرور ” في ءاذانهم ” متعلق بيجعلون و الضمير ” هم ” يعود إلى أصحاب الصيب.

Azaani : kata nama yang hukum i’rabnya majrur dengan huruf jar في dan tanda jarnya baris bawah (الكسرة) yang jelas diakhirnya dan ia “aazani” berkedudukan sebagai mudhof (مضاف ) dan huruf هاء ialah ganti nama bersambung dibina dengan baris bawah (الكسرة) berkedudukan jar kerana ia مضاف إليه dan huruf mim ialah tanda jamak lelaki ramai atau boleh dikatakan هم itu ganti nama bersambung dibina dengan baris mati yang juga berkedudukan jar, jar dan majrur “في ءاذانهم” ada hubungan dengan kata kerja يجعلون dan ganti nama هم itu kembali kepada pemilik الصيب (hujan).

مِنَ الصَّواقِ

من : حرف جر : Kata sendi

الصواقِ : اسم مجرور بحرف الجر ” من ” و علامة جره الكسرة الظاهرة في آخره و الجر و الجرور ” من الصواق ” متعلق بمفعول به .

Kata nama yang hukum i’rabnya majrur, tanda jarnya baris bawah jelas diakhirnya manakala jar dan majrur من الصواق itu ada hubungan dengan مفعول به iaitu أصابعَ .

حَذَرَ المَوتِ : مفعول لأجله منصوب وعلامة نصبه الفتحة الظاهرة في آخره و هو مضاف .

Hazara : ialah berkedudukan مفعول لأجله (mafu’l) ini berfungsi untuk menerangkan sebab berlakunya sesuatu perbuatan atau pelakunya )

المَوتِ : مضاف إليه مجرور بالإضافة و علامة جره الكسرة الظاهرة في آخره و الكلمة من المصادر . أما حرف جر ” من ” في ” من الصواق ” بمعنى اللام تفيد التعليل.

Al mauti : kata sandaran kepada حذر hukum i’rabnya majrur dan tanda jarnya berbaris bawah الكسرة yang jelas diakhirnya dan perkataan الموت adalah masdar dari مات. Adapun huruf jar من dan rangkai kata من الصواق itu membawa makna لام التعليل iaitu “kerana” .

وَاللهُ مُحِيطٌ

و : حرف استئناف : yang membawa makna “dan”

اللهُ : لفظ الجلالة : مبتدأ مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة .

Allahu : lafaz yang maha agung i’rabnya subjek مبتدأ dan tanda rofa’nya baris hadapan الضمة yang jelas diakhirnya.

مُحِيْطٌ : خبر المبتدأ مرفوع وعلامة رفعه الضمة المنونة الظاهرة في آخره.

Muhiitun : predeket الخبر yang hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya dua baris hadapan yang jelas diakhirnya.

بِالكَافِرِيْنَ : الباء حرف جر

Huruf ba ialah kata sendi

الكَافِرِيْنَ : اسم مجرور بحرف الجر ” الباء ” وعلامة جره الياء لأنه جمع مذكر سالم و النون عوض من التنوين و الحركة في المفرد و الجر و المجرور ” بالكافرين ” متعلق بمحيط

Al kafiriin: Kata nama yang hukum i’rabnya majrur dengan huruf jar الباء dan tanda jarnya dengan huruf الياء kerana kata nama itu jenis jamak muzakkar salim dan huruf nun diakhirnya sebagai ganti tanwin baris dua di hadapan pada mufradnya iaitu كَافِرٌ. Al jar dan al majrur “بالكافرين” ada hubung kait dengan محيط .

والله أعلم إن شاء الله سنتصل بعد هذا

 

Popular

Iklan

Iklan