Utama Tazkirah Admin Membaca Sepertiga Quran Dalam Semalam?

Membaca Sepertiga Quran Dalam Semalam?

132
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0780.

Dari ‘Aisyah r.a., katanya: Rasulullah S.A.W mengirim seorang lelaki dalam satu pasukan, lalu orang itu membaca dalam solat dengan para sahabatnya “Qul huwallahu ahad” (Surah Ikhlas sampai tamat). Ketika mereka telah kembali, hal itu diceritakan orang kepada Rasulullah S.A.W. Maka sabda beliau, “Tanyakanlah kepadanya, apa alasannya berbuat seperti itu.” Lalu mereka tanyakan kepada lelaki itu kenapa dia berbuat demikian. Jawabnya, “Kerana di dalam surah Ikhlas itu tersebut sifat-sifat Allah. Kerana itu aku suka membacanya.” Sabda Rasulullah S.A.W, “Sampaikan kepadanya, bahawa Allah menyukainya pula.”

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0777.

Dari Abu Darda’ r.a., dari Nabi S.A.W sabdanya: “Tidak sanggupkah kamu membaca sepertiga Quran dalam semalam?” Mereka balik bertanya, “Bagaimana cara membaca sepertiganya?” Jawab Nabi saw., “Qul huwallahu ahad (Surat Al Ikhlas) sama dengan sepertiga Al Quran.”

Komen dan Soalan