Utama Blog Halaman 193

Tafsir Ad-Dhuha Ayat Ke-10

0

Tafsir Ad-Dhuha Ayat Ke-10

وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ

“Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik”; [Ad-Duha: 10]

السّائِلَ adalah mereka yang meminta.

Sa-ila: mereka yang meminta. Tidak jauh beza dengan bahasa Melayu.

Soal: Minta sesuatu (hendak jawapan).

Hadis Nabi SAW: ad-Din adalah nasihat (HR Muslim)

Saya tidak berhasrat syarah hadis ni secara panjang tetapi sekadar ingatan, agar apa sahaja yang menjadi masalah kita maka patut semak semula Din (agama) kita.

Disebabkan kebingungan kita atau orang yang datang kepada kita, kadang-kadang bukan perkara yang utama kita tolong, tetapi sikap dan amal yang patut kita semak.

Sila rujuk [20: 124]

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِى فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُۥ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ أَعْمَىٰ

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. [Ta Ha: 124]

Namun jika hal yang berkaitan dengan perkara khusus (soal matematik, ekonomi, pengurusan atau apa-apa sahaja – Fas-alu ahlaz zikri in kuntun la ta’lamun.

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِىٓ إِلَيْهِمْ ۚ فَسْـَٔلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui”.[An-Nahl: 43].

Maksud saya, kadangkala bila ada yang bertanya atau mengadu kepada kita masalah mereka, ia datang dari sikap mereka sendiri. Maka ada baiknya kita bantu dia ubah sikap. Minta dia lihat semula adakah sikapnya sama dengan Al-Quran atau tidak.

Kedua: Meminta pertolongan harta/duit/benda

لَن تَنَالُوا۟ ٱلْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا۟ مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَىْءٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya”. [Ali ‘Imran: 92]

Jika kita rujuk ayat di atas, Allah telah gunakan kalimah: AL BIRR. Inilah golongan Al-Abrar (orang yang melakukan AL BIRR) tadi.

AL BIRR = “dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi”

إِنَّ ٱلْأَبْرَارَ لَفِى نَعِيمٍ

“(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) – kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat”; [Al-Infitar: 13]

Jadi, jika ingin menjadi yang terbaik dalam “memberi”, jadilah seperti golongan Al-Abrar.

“Memberi” pun kita disuruh mengikut keutamaan seperti diri sendiri, ahli keluarga dan sebagainya.

Ketiga: Minta petunjuk

Perkara yang kita maklum, diberikan Al-Quran, Hudan lil Muttaqin. Tiada ayat, buku yang dapat menandingi Al-Quran.

Falaa Tanhar: janganlah engkau tengking herdik

Bermaksud, bukan setakat jangan tengking, jika tidak mampu, tolaklah dengan cara yang baik.

لَّيْسَ عَلَى ٱلضُّعَفَآءِ وَلَا عَلَى ٱلْمَرْضَىٰ وَلَا عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يَجِدُونَ مَا يُنفِقُونَ حَرَجٌ إِذَا نَصَحُوا۟ لِلَّهِ وَرَسُولِهِۦ ۚ مَا عَلَى ٱلْمُحْسِنِينَ مِن سَبِيلٍ ۚ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

“Orang-orang yang lemah dan orang-orang yang sakit, dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya; dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. [At-Taubah: 91]

Perkara yang kita boleh tadabbur, antara pengajaran lain dalam ayat ini, Allah SWT mengajar kita supaya jangan sombong. Allah beri panduan untuk bertindak kepada “peminta”, dengan sikap yang baik.

Soal mampu bantu atau tidak, bergantung pada rezeki yang ada pada kita. Namun, jika mampu bantu atau tidak, selalulah perhatikan sikap kita, sentiasa kena berbuat baik.

Sama kisah seperti hal anak yatim yang dibincangkan, yang meminta mungkin sedang mengalami ujian dalam hidupnya. Ujian kita pula, apabila berhadapan dengan mereka (si peminta), berbuat baiklah sama ada sikap, tindakan mahupun sekadar sangkaan.

Kesimpulan:

  1. Allah ingatkan kita supaya jangan sombong.
  2. Berikanlah pertolongan mengikut kadar kemampuan. Jika pertolongan tersebut kita tidak mampu, maka tolaklah dengan cara yang baik.
  3. Tugas kita hanya buat yang terbaik, urusan lain adalah atas kehendak Allah.
  4. Hanya orang-orang yang beriman dan sabar sahaja akan bertindak yang terbaik.

Allahu a’lam.

Tafsir, Tadabbur dan Tazakkur Al-Qur’an bersama ahli panel Ustaz Ibn Omar dan Ustaz Azlizan Nueq.

Saluran rasmi @UiTOSaluranRasmi

Pautan terkini: https://t.me/joinchat/AAAAAEA8_HDlLalulPfotg

Nota-nota terkini : https://t.me/TazakkurQuran

Muhasabah Sejenak: Moga Kita Lebih Bersyukur

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian:
#TadabburAlQuran

Firman Allah subhanahu wa ta’ala:

وَهُوَ الَّذِي أَنْشَأَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۚ قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ

Dan Dia lah yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
[ Al-Mu’minun 23:78]

———-

Antara nikmat terbesar selepas nikmat Islam dan Iman ialah nikmat anggota badan yang sempurna yang berada pada tubuh badan kita.

Mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, mulut untuk bertutur kata, akal untuk berfikir, kedua tangan dan kaki untuk melakukan aktiviti seharian. Semua ini nikmat Allah yang sangat besar buat kita.

Kita menggunakannya setiap detik kehidupan semuanya dengan percuma. Kita jarang sekali mensyukuri nikmat tersebut sehingga Allah langsung menyebutnya dalam Al-Quran.

Seolah-olah ianya isyarat bahawa manusia susah mahu bersyukur dengan nikmat tersebut seolah-olah ianya suatu fitrah. Fitrah manusia lupa untuk bersyukur nikmat Tuhannya!

Disaat ada insan yang tidak memiliki anggota tubuh yang sempurna, kita malah serba lengkap. Bahkan kita turut menggunakannya ke jalan yang salah yang membawa kepada kemurkaan Pencipta kita.

Semoga Allah mengampuni kita atas kelalaian kita mensyukuri nikmatnya yang sangat banyak.

Meskipun tidak mungkin kita terlepas daripada salah gunakan nikmat tubuh badan yang dipinjamkan ini, tapi biarlah kita berusaha agar kita lebih banyak menggunakannya ke arah kebaikan dan ketaatan berbanding ke arah dosa dan kemaksiatan.

Alhamdulillah atas segala kurniaan Allah pada tubuh badan kita yang kita gunakan setiap detik kehidupan.
______________
@Ad-Dien Abdul Kadir
telegram.me/addien90

TKK 113/131: Gunung-ganang Lesap

0

TKK 113: Gunung-ganang Lesap

(زوال الجبال من أماكنها)

 

 

Dalam Al-Qur’an, gunung-ganang adalah pasak bumi.

Dalilnya:

(31). وَجَعَلْنَا فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِهِمْ وَجَعَلْنَا فِيهَا فِجَاجًا سُبُلًا لَعَلَّهُمْ يَهْتَدُونَ
Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk.

AQ 21:31

 

Tapi Nabi saw dengan mukjizat kenabiannya mengkhabarkan bahawa gunung-ganang di akhir zaman akan musnah.

Dalil hadith:

وعن سمرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«لا تقوم الساعة حتى تزول الجبال عن أماكنها وترون الأمور العظام التي لم تكونوا ترونها>  رواة الطبراني وصححه الألباني في السلسلة الصحيحة رقم (3061)

Terj: Dari Samurah ra, bahawa Nabi saw bersabda:
Tidak akan berlaku Kiamat hingga gunung-ganang hilang dari tempatnya dan selepas itu kamu akan menyaksikan banyak peristiwa dahsyat yang terjadi yang belum pernah kau saksikan sebelum ini.”

HR Tabrani, disahihkan oleh al-Albani, silsilah al-sahihah, no 3061.

 

Kata Dr al-Areefi, KSA, ada banyak kemungkinan gunung-ganang hilang sebab pembangunan, industri, perlombongan, lebuhraya, terowong, yang mengakibatkan pelbagai kesan terhadap alam sekitar dan kemusnahan alam. Kemungkinan kedua, ia musnah sebab alami, seperti gempa. 

TKK 112/131: Madinah akan mengusir Orang Jahat sepertimana besi yang dibersihkan Karatnya

0

 TKK 112: Madinah akan mengusir

Orang Jahat sepertimana besi yang

dibersihkan karatnya

(نفي المدينة شرارها كما ينفي الكير خبث الحديد)

 

Dalil hadith:

فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«يأتي على الناس زمان يدعو الرجل ابن عمه وقريبه هلم إلى الرخاء والمدينة خير لهم لو كانوا يعلمون .والذي نفسي بيده كالكير تخرج الخبيث لا تقوم الساعة حتى تنفى المدينة شرارها كما ينفي الكير خبث الحديد>  رواه مسلم

Terj:

Dari Abu Hurayra ra, bahawa Nabi saw bersabda:
“Akan tiba satu masa dimana seorang lelaki memanggil saudara sepupu dan kerabatnya, “Mari menuju hidup yang lapang, mari menuju hidup yang lapang”. Sesungguhnya Madinah lebih baik bagi mereka sekiranya mereka mengetahui. Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seseorang keluar darinya kerana ketidaksukaannya kepadanya melainkan pasti akan Allah ganti dia dengan orang yang lebih baik darinya. Ketahuilah! Madinah itu seperti fabrikasi besi yang sedang membersihkan karat. Dan Hari Kiamat tidak akan terjadi sampai Madinah ini mengusir penduduknya yang jelek, sebagaimana fabrikasi besi membersihkan karat (seperti proses stainless steel).”

HR. Muslim no. 1381. Lihat juga: Sahih Bukhari hadits no. 1883 dan 1884.

Syarah:

Dulu madinah dikenali dengan Yathrib, pekan yang mundur, ia menjadi kota yang makmur selepas Nabi saw berhijrah ke sana, namun di akhir zaman, Nabi saw mengabarkan sesuatu yang diluar jangkaan berlaku di mana orang yang baik-baik sahaja yang akan mendiami Madinah, orang jahat akan diusir keluar.

 

 

Bahagian 2

Syarah

وروي عن عمر بن عبد العزيز -رحمه الله – أنه خرج من المدينة فالتفت إلى مزاحم مولاه فقال :”يا مزاحم أتخشى أن نكون ممن نفته المدينة؟”

Terj:
Ketika Umar bin Abdul Aziz keluar meninggalkan Madinah, beliau menangis teresak-esak. Sesaat kemudian menoleh ke belakang, ke arah Madinah, seraya berkata kepada pembantunya, “Hai Muzahim! Aku khawatir terhadap diriku sendiri. Jangan-jangan aku termasuk orang yang diusir keluar dari Madinah”, sambil beliau mengisyaratkan pada hadith di atas.

(Al-Bidayah wa an-Nihayah (12/683).)

 

Khalifah Umar setiap kali dia akan berangkat keluar dari Madinah, akan menangis kerana teringatkan hadith di atas. Di mana di akhir zaman orang jahat akan diasingkan dari Madinah.

TKK 110-111/131: Kota al-Quds Makmur, Kota Madinah Musnah dan ditinggalkan

0

TKK 110-111: Kota al-Quds

Makmur, Kota Madinah Musnah

dan ditinggalkan 

(عمران بيت المقدس – وخراب المدينة وخلوها من السكان والزائرين)

 

Bahagian 1

Dalil Hadith:
 عن معاذ بن جبل قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : عمران بيت المقدس خراب يثرب وخراب يثرب خروج الملحمة وخروج الملحمة فتح القسطنطينية وفتح القسطينطينية خروج الدجال ثم ضرب على فخذه أو على منكبة ثم قال : إن هذا لحق كما أنك قاعد وكان مكحول يحدث به عن جبير بن نفيرعن مالك بن يخامر عن معاذ بن جبل عن النبي صلى عليه وسلم مثله . رواه ابن أبي شيبة ( 7 / 491 ) وأحمد ( 5 / 245 ) وأبو داود ( 4294 )  حسنه الشيخُ الألباني رحمه الله في صحيح سنن أبي داود .

Dari Muadz Ibn Jabal ra, Nabi saw bersabda,” (bahawa di antara tanda-tanda akhir zaman adalah ), pembangunan kembali Bayt al-Maqdis, penghancuran Yatsrib, munculnya perang mega demi perang yang dahsyat atau pertikaian berdarah) dan penaklukan Konstantinople petanda kemunculan Dajal.” Lalu Nabi saw menepuk Muadz sambil berkata ,”sungguh, itu merupakan kebenaran, seperti bahaya kenyataan bahawa kamu sedang duduk saat ini”

HR Ibn Abi Syaibah, Ahmad, Abu Daud, dihasankan oleh al-Albani, didha’ifkan oleh mutaqddimin, antaranya Daraqutni dalam Ilal.

 

 

Bahagian 2

لَتُترَكَنَّ المدينةُ على أحسَنِ ما كانت حتَّى يدخُلَ الكلبُ فيُغذِّيَ على بعضِ سواري المسجِدِ أو على المِنبَرِ ) قالوا : يا رسولَ اللهِ فلِمَنْ تكونُ الثِّمارُ ذلك الزَّمانَ ؟ قال : ( لِلعَوَافي : الطَّيرِ والسِّباعِ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : ابن حبان | المصدر : صحيح ابن حبان
الصفحة أو الرقم: 6773 | خلاصة حكم المحدث : أخرجه في صحيحه

Dari Abu Hurayrah “Sungguh kamu akan meninggalkan Madinah padahal ia lebih maju dari sebelumnya. Sehingga anjing dan serigala bebas masuk dan kencing dalam masjid bahkan mimbarnya. Lantas sahabat bertanya,  Jika demikian, siapakah yang akan memungut hasil kebun? Jawab Nabi,” pemangsa yakni  burung dan binatang.

HR Ibn Hibban, dia mensahihkan, didhaifkan oleh Albani.

 

Syarah:

Kota Madinah adalah sebuah kota yang amat besar hari ini dengan Masjid Nabawi tersergam indah, lapangan terbang, hotel-hotel mewah yang mengelilingi Masjid Nabawi. Tidak terbayang ia akan ditinggalkan manusia di akhir zaman. Namun Nabi menjelaskan di akhir zaman, Madinah akan malap dan Baitul Maqdis akan maju dan tumpuan manusia menetap. Tanda awal sudah nyata bahawa Israel sudah mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai Ibu negara Israel yang baru, bukan lagi Tel Aviv. Semakin ramai orang Yahudi yang berpindah ke Israel/Baitul Maqdis dari US dan EC serta semakin banyak penempatan Palestine diambil alih di Baitul Maqdis.

 

Bahagian  3

Hadith Ibn Hawalah al-Azdi,

يا ابن حوالة إذا  رأيت الخلافة  قد نزلت الأرض المقدسة فقد دنت الزلازل والبلابل والأمور العظام والساعة يومئذ أقرب من يدي هذه من رأسك  >  رواه أحمد وأبو داود وصححه الألباني في صحيح أبو داود

“Wahai Ibn Hawalah, jika engkau sempat menyaksikan khalifah muncul di bumi al-Quds,  bererti kegoncangan, kepanikan dan kedahsyatan akan berlaku. Pada saat itu Kiamat amat dekat dengan manusia melebihi dekatnya tanganku dengan kepalamu.”

HR Ahmad dan Abu Daud, Albani kata sahih.

 

Kata Syaikh al-Areefi, Baitul Maqdis menjadi gah dan makmur dan kota idaman kerana khalifah akhir zaman berlaku di sana dan juga tempat menetapnya Nabi Isa as. Musnahnya Madinah kerana kegoncangan akhir zaman dan meletusnya Malhamah al-Kubra atau perang yang amat besar. Wallahu’alam.

 

Ragu-ragu Kesahihan Ilmu, Puncanya…

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 3 Safar 1437H~

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu”
[Surah al-Baqarah 147]

#Ragu-ragu dengan kebenaran antara penyakit yang merosakkan iman yang menjangkiti sebahagian daripada umat akhir zaman. Penyakit ragu-ragu ini adalah penyakit yang digemari dan dibajai oleh syaitan dalam menyesatkan manusia sehingga menyebabkan mereka salah faham terhadap Islam yang dianuti.

#Antara punca ragu-ragu tentang agama dan salah faham dgn kebenaran Quran ialah:

1. Ceteknya ilmu pengetahuan dalam bidang keagamaan
2. Islam tidak diamalkan sebagai cara hidup
3. Pengaruh media semakin berleluasa. Sedangkan media dikuasai oleh mush Islam
4. Sikap bodoh sombong manusia yang tidak mahu bertanya dan mendampingi ulamak bahkan mahu menegakkan benang yang basah.
5. Terlalu fanatik dengan sesuatu fahaman sehingga menolak mentah-mentah pandangan orang lain
6. Terikut dengan fahaman tradisional dan khurafat

#Sikap ragu-ragu akan melemahkan Islam itu sendiri. Keyakinan akan merudum. Akhirnya akan membawa kepada peringkat memusuhi agama sendiri

♡Dekatkan diri dengan al-Quran dan ajaran yang dibawa oleh junjungan besar Nabi saw serta dampingilah ulamak di majlis-majlis ilmu♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

TKK 109/131: Manusia Kembali Menggunakan Senjata dan Kenderaan Lama (pedang dan kuda)

0

TKK 109 Manusia Kembali

Menggunakan Senjata dan

Kenderaan Lama

(pedang dan kuda)

(عودة الناس إلى الأسلحة والمركوبات القديمة)

 

Dalil Hadits

قال صلى الله عليه وسلم :«فبينما هم كذلك إذ سمعوا ببأس هو أكبر من ذلك !فجاءهم الصريخ :أن الدجال قد خلفهم في ذراريكم فيرفضون ما في أيديهم ويقلبون فيبعثون عشرة من فوارس قال صلى الله عليه وسلم :إني لأعرف أسماءهم وأسماء آبائهم وألوان خيولهم هم خير فوارس على الأرض يومئذ -أو من خير فوارس على  ظهر الأرض يومئذ> رواه مسلم

Dari Ibn Mas’ood ra, bahawa Nabi saw bersabda,” ketika mereka dalam keadaan demikian, mereka mendengar suatu berita yang lebih dahsyat dari kejadian yang mereka alami (fitnah) di mana seseorang akan berteriak,” Sesungguhnya Dajjal telah mendatangi keluarga kamu semua”. Lalu mereka membuang apa yang ada di tangan mereka dan melawan (menyongsong) si Dajjal. Mereka mengutus 10 penunggang kuda yang terbaik. Nabi seterusnya menjelaskan, ” sungguh aku  tahu penunggang kuda itu dan nama bapak mereka dan warna kuda mereka. Mereka adalah sebaik-baik penunggang kuda pada zaman itu.”

HR Muslim 2899

 

Syarah:

Syaikh Mahir Ahmed as-Syufi, Asyrath as-Saah, menjelaskan ada banyak kemungkinan perang akhir zaman akan kembali menggunakan kuda dan pedang/panah. Bagi kita ianya mustahil kerana kemajuan pesat teknologi persenjataan hari ini dan banyak negara memiliki kuasa ketenteraan nuklear. Namun dengan mukjizat Nabi saw, baginda mengkhabarkan akhir zaman nanti perang akan berlaku sebagaimana zaman baginda, yakni kuda dan pedang.

Menurut ahli sains, kemungkinan perang nuklear telah melumpuhkan semua teknologi, atau meteor yang melanggar bumi atau bumi kehabisan semua sumber aslinya.

Wallahu ‘alam.

TKK 107-108/131: Harta Warisan tidak dibahagi; Manusia tidak berminat dengan Ghanimah

0

 TKK 107-108: Harta Warisan tidak

dibahagi; Manusia tidak berminat

dengan Ghanimah

(أن لا يقسم الميراث -ان لا يفرح الناس بغنيمة)

 

 

Dalil:

فعن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«إن الساعة لا تقوم حتى لا يقسم ميراث ولا يفرح بغنيمة » ثم قال بيده هكذا-ونحاها نحو الشام ( الراوي : يسير بن جابر | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2899 )

Dari Ibn Mas’ood ra, bahawa Nabi saw bersabda,”Tidak akan berlaku Kiamat sehingga harta warisan tidak dibahagikan lagi dan manusia tidak berminat lagi dengan harta ghanimah (harta rampasan perang). Kemudian Nabi menunjuk ke arah Syria.”

HR Muslim 2899, Kitab al-Fitan

 

Syarah: 

Perang Armageddon atau Malhamah al-Kubra, perang Mega yang berlaku di sekitar Syria, Palestine akan menyaksikan dua fenomena aneh, di mana manusia tidak berminat kepada harta.

Ini menunjukan dekatnya Kiamat, manusia di masa itu tidak faraidkan harta yang dia miliki dan tidak berebut atau ghairah kepada harta rampasan perang. Dr. al-Areefi tidak mengulas lanjut mengenai dua fenomena ini.

TKK 115/131: Kemunculan Lelaki yang dipanggil al-Jahjah

0

TKK 115/131: Kemunculan Lelaki

yang dipanggil al-Jahjah 

(خروج رجل يقال له الجهجاه)

 

 


Dalil hadith:

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” لَا تَذْهَبُ الْأَيَّامُ وَاللَّيَالِي حَتَّى يَمْلِكَ رَجُلٌ يُقَالُ لَهُ الْجَهْجَاهُ ” (رواه مسلم)

Dari Abu Hurayrah ra bahawa Nabi saw bersabda,” Malam dan siang tidak akan hilang hingga muncul al-Jahjah menjadi pemimpin.”

HR Muslim

 

Menurut al-Qurthubi, al-Jahjah adalah juga Raja Qahthan, orang yang sama (al-Tazkirah, ms 635), tapi ahli hadith seperti Ibn Hajar dan Imam Nawawi menolaknya, mereka berkata Qahtan dan Jahjah berbeda dari segi status.

Qahthan dari nasab arab yang merdeka, manakala Jahjah adalah dari keturunan hamba atau orang yang taraf rendah (al-Fath, 6:535).

Maka isu siapakah Jahjah ini, ulamak berbeza pandangan, ada yang mengatakan ia adalah Qahthani, orang yang sama, manakala jumhur menyatakan ia adalah lelaki yang berbeza dari Qahtani.

 

Rumusan:

Akan muncul di akhir zaman beberapa pemimpin yang kuat dan adil selain Imam Mahdi, antaranya al-Qahtani dan al-Jahjah.

TKK 114/131: Muncul lelaki dari Bani Qahthan yang ditaati manusia

0

TKK 114/131: Muncul lelaki dari

Bani Qahthan yang ditaati manusia

(خروج رجل من قحطان يطيعه الناس)

 

Dalil:

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَخْرُجَ رَجُلٌ مِنْ قَحْطَانَ يَسُوقُ النَّاسَ بِعَصَاهُ (متفق عليه)

Dari Abu Hurayra ra bahawa Nabi saw bersabda: ““Tidak akan tiba hari Kiamat hingga keluar seorang laki-laki dari Qahthan yang menggiring manusia dengan tongkatnya.”

Muttafaq alaih (disepakati Bukhari-Muslim)

 

Bani Qahthan adalah kabilah arab yang asal di selatan Hijaz, khasnya Jazan, Yaman.

 

Syarah:

Dr. Abdul Rahman al-Areefi, KSA, di akhir zaman umat Islam mendapat kekuatan dengan munculnya pemimpin hebat dari suku Bani Qahthan di selatan HIjaz yang menyatukan umat. Adapun maksud dengan tongkat bukan maksudnya dia memerintah dengan kuku besi atau diktator tapi tongkat itu adalah kedaulatan, kepimpinannya ditaati dengan sukarela.

Tambahan Ibn Abbas:

وَرَجُلٌ مِنْ قَحْطَانَ كُلُّهُمْ صَالِحٌ.
“Dan seseorang dari Qahthan, semuanya (orang Qahthan) adalah orang shalih.”

Fat-hul Baari (VI/535).

Popular

Iklan

Iklan