Utama Bilik (123) Tafsir, Tadabbur dan Tazakkur Tafsir Ad-Dhuha Ayat Ke-10

Tafsir Ad-Dhuha Ayat Ke-10

872
0
Iklan

Tafsir Ad-Dhuha Ayat Ke-10

وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ

“Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik”; [Ad-Duha: 10]

السّائِلَ adalah mereka yang meminta.

Sa-ila: mereka yang meminta. Tidak jauh beza dengan bahasa Melayu.

Soal: Minta sesuatu (hendak jawapan).

Hadis Nabi SAW: ad-Din adalah nasihat (HR Muslim)

Saya tidak berhasrat syarah hadis ni secara panjang tetapi sekadar ingatan, agar apa sahaja yang menjadi masalah kita maka patut semak semula Din (agama) kita.

Disebabkan kebingungan kita atau orang yang datang kepada kita, kadang-kadang bukan perkara yang utama kita tolong, tetapi sikap dan amal yang patut kita semak.

Sila rujuk [20: 124]

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِى فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُۥ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ أَعْمَىٰ

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. [Ta Ha: 124]

Namun jika hal yang berkaitan dengan perkara khusus (soal matematik, ekonomi, pengurusan atau apa-apa sahaja – Fas-alu ahlaz zikri in kuntun la ta’lamun.

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِىٓ إِلَيْهِمْ ۚ فَسْـَٔلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui”.[An-Nahl: 43].

Maksud saya, kadangkala bila ada yang bertanya atau mengadu kepada kita masalah mereka, ia datang dari sikap mereka sendiri. Maka ada baiknya kita bantu dia ubah sikap. Minta dia lihat semula adakah sikapnya sama dengan Al-Quran atau tidak.

Kedua: Meminta pertolongan harta/duit/benda

لَن تَنَالُوا۟ ٱلْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا۟ مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَىْءٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya”. [Ali ‘Imran: 92]

Jika kita rujuk ayat di atas, Allah telah gunakan kalimah: AL BIRR. Inilah golongan Al-Abrar (orang yang melakukan AL BIRR) tadi.

AL BIRR = “dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi”

إِنَّ ٱلْأَبْرَارَ لَفِى نَعِيمٍ

“(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) – kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat”; [Al-Infitar: 13]

Jadi, jika ingin menjadi yang terbaik dalam “memberi”, jadilah seperti golongan Al-Abrar.

“Memberi” pun kita disuruh mengikut keutamaan seperti diri sendiri, ahli keluarga dan sebagainya.

Ketiga: Minta petunjuk

Perkara yang kita maklum, diberikan Al-Quran, Hudan lil Muttaqin. Tiada ayat, buku yang dapat menandingi Al-Quran.

Falaa Tanhar: janganlah engkau tengking herdik

Bermaksud, bukan setakat jangan tengking, jika tidak mampu, tolaklah dengan cara yang baik.

لَّيْسَ عَلَى ٱلضُّعَفَآءِ وَلَا عَلَى ٱلْمَرْضَىٰ وَلَا عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يَجِدُونَ مَا يُنفِقُونَ حَرَجٌ إِذَا نَصَحُوا۟ لِلَّهِ وَرَسُولِهِۦ ۚ مَا عَلَى ٱلْمُحْسِنِينَ مِن سَبِيلٍ ۚ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

“Orang-orang yang lemah dan orang-orang yang sakit, dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya; dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. [At-Taubah: 91]

Perkara yang kita boleh tadabbur, antara pengajaran lain dalam ayat ini, Allah SWT mengajar kita supaya jangan sombong. Allah beri panduan untuk bertindak kepada “peminta”, dengan sikap yang baik.

Soal mampu bantu atau tidak, bergantung pada rezeki yang ada pada kita. Namun, jika mampu bantu atau tidak, selalulah perhatikan sikap kita, sentiasa kena berbuat baik.

Sama kisah seperti hal anak yatim yang dibincangkan, yang meminta mungkin sedang mengalami ujian dalam hidupnya. Ujian kita pula, apabila berhadapan dengan mereka (si peminta), berbuat baiklah sama ada sikap, tindakan mahupun sekadar sangkaan.

Kesimpulan:

  1. Allah ingatkan kita supaya jangan sombong.
  2. Berikanlah pertolongan mengikut kadar kemampuan. Jika pertolongan tersebut kita tidak mampu, maka tolaklah dengan cara yang baik.
  3. Tugas kita hanya buat yang terbaik, urusan lain adalah atas kehendak Allah.
  4. Hanya orang-orang yang beriman dan sabar sahaja akan bertindak yang terbaik.

Allahu a’lam.

Tafsir, Tadabbur dan Tazakkur Al-Qur’an bersama ahli panel Ustaz Ibn Omar dan Ustaz Azlizan Nueq.

Saluran rasmi @UiTOSaluranRasmi

Pautan terkini: https://t.me/joinchat/AAAAAEA8_HDlLalulPfotg

Nota-nota terkini : https://t.me/TazakkurQuran

Komen dan Soalan