Utama Blog Halaman 189

# Ciri Takut Kepada Allah

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian:
# Ciri Takut Kepada Allah

Bukanlah seseorang itu dikatakan takut kepada Allah dengan sekedar menangis dan memerah matanya, tetapi sesungguhnyalah orang yang takut kepada Allah adalah orang meninggalkan keinginannya dari hal yang haram-haram ketika dia mampu untuk melakukannya

Rasail ibnu Rajab 1/ 163 (@indonesiatauhid)

Ambang RAMADhAN kareem

📢 Elakkan Buat Keputusan Ketika Marah

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

📢 @TausiyahBimbinganIslam
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
📆 Jumat, 08 Shafar 1437 H / 20 November 2015 M

📖 Haruskah Marah?

🔎 Orang bijak berkata :

الغضب أوله جنون وآخره ندم

“Kemarahan awalnya adalah kegilaan, dan akhirnya adalah penyesalan”

Orang bijak juga berkata : “Jika engkau dalam puncak kemarahan maka janganlah sekali-sekali mengambil keputusan. Dan jika dalam puncak kegembiraan maka janganlah engkau menjanjikan sesuatu”
Sungguh betapa sering penyesalan muncul setelah reda kemarahan..

Karena kemarahan… seseorang bisa mencerai wanita yang sangat dicintainya…

Karena marah seseorang bisa mencaci, atau memukul, atau bahkan membunuh sahabatnya sendiri…

✒️ Ustadz Firanda Andirja, MA
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👥 Facebook Page :
Fb.com/TausiyahBimbinganIslam
📣 Telegram Channel :
Telegram.me/TausiyahBimbinganIslam

Masih Banyakkah Baki Amalan Kita Untuk Akhirat?

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian:

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah,
Sekadar pendapat

Kita tak perlu memaksakan amalan-amalan agama ini sebagai hasil cash untuk kehidupan dunia kita, kerana ditakuti jikalau Allah tidak memberi secara “cash” didunia, kita akan meninggalkan amalan tersebut.

Rasulullah dan para sahabat, mereka bersedekah, berbuat kebaikan, menyambungkan silaturrahim, berdoa kepada Allah, bermunajat di malam hari bukan bertujuan untuk mendapatkan hasil “cash” di dunia.

Baginda pernah kalah dalam peperangan uhud, sedangkan baginda berdoa, hampir-hampir kalah di dalam peperangan Ahzab dan akhirnya dikurniai kemenangan, tetapi baginda dan para sahabat tetap stay melakukan amal ibadah.

Tujuan utama melakukan amal ialah untuk mensyukuri atas segala nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada kita.

Samada amalan tersebut kita dapat hasilnya dengan “cash” di dunia ataupun tidak, ia bukan persoalan utama.

Persoalan utamanya ialah, apakah cukup bekalan amal kita untuk kita bawa ke alam akhirat kelak?

Sebabnya segala doa kita yang tidak dikabulkan, segala hajat kita yang tidak diterima di dunia ini, Allah akan gantikan dengan ganjaran yang besar di akhirat sana.

Adakah kita mahu balik kosong ke sana kerana segala amalan kita telah kita terima segala “hasilnya” di dunia ini???

Disebut didalam Sahih Targhib Wa Tarhib:

(Mafhumnya)Tiadalah seseorang muslim itu berdoa yang mana didalam doanya tidak meminta perbuatan dosa atau memutuskan silaturrahim melainkan Allah memberinya salah satu daripada tiga perkara : samada ditangguhkan pengabulan doanya atau diganjari di akhirat atau disekat kejahatan/bala yang akan menimpa dirinya.

( Hadith ini disahihkan oleh al-Albani)

Dalam hadith yang lain disebut : amat ajaib urusan seorang mukmin, tiadalah kesemua urusannya melainkan sentiasa dalam kebaikan : apabila dia ditimpa musibah lalu bersabar, dia diganjari pahala, apabila dia mendapat nikmat lalu bersyukur dia mendapat pahala ( mafhum hadith) ( HR Muslim).

Niaga Ketika Solat Jumaat: Kenapa Ada Yang Diharamkan

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 8 Safar 1437H~

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)” [Surah al-Jumu’ah 9]

#Jual beli setelah dilaungkan azan yang kedua pada hari Jumaat adalah perkara haram yang dianggap biasa oleh masyarakat pada hari ini.

#Jumhur (majoriti) ulama berpendapat bahawa larangan jual beli ketika azan kedua pada hari Jumaat bererti haram dan berdosa. Demikian pendapat ulama Malikiyah, Syafi’iyah dan Hambali.

#Golongan yang terlibat dalam larangan ini ialah org lelaki yang diwajibkan solat Jumaat (samada penjual atau pembeli). Wanita, anak kecil dan orang sakit tidak terkena larangan jual beli ini. Demikian pendapat jumhur ulama.

#Berkata Imam an-Nawawi dalam al-Majmu‘:

“Jika dua orang melakukan transaksi jual beli, salah satunya wajib solat Jumaat dan yang lain tidak, maka kedua-duanya terkena dosa. Kerana yang seorang itu telah membuat orang lain lalai dari solat. Namun jual beli kedua-duanya masih sah (tidak batal). Ini kerana larangan yang dimaksudkan tidak mengarah pada rosaknya akad dan tetap sah. Hal ini seumpama seseorang solat di tanah rampasan (solatnya tetap sah, namun berdosa)”

#Pihak masjid dan surau jumaat, khatib yang bertugas serta semua umat Islam hendaklah mengingatkan dan memastikan tidak berlaku aktiviti jual beli apabila berkumandangnya azan yang kedua.

♡Sama-samalah kita berusaha untuk menegakkan amar makruf dan membanteras mungkar yang sedang berlaku didepan mata kita saban minggu. Bebaskan masyarakat kita daripada kemurkaan Allah♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

TKK 130/131: Kemunculan kenderaan yang canggih, kereta atau Otomobil

0

TKK 130: Kemunculan kenderaan

yang canggih, kereta atau

Otomobil  (الرواحل الجديدة ….السيارات)

Dalil hadith:

روى ابن حبان في صحيحة عن ابن عمر رضي الله عنه مرفوعا إلى النبي صلى الله عليه وسلم انه قال :« يكون في آخر أمتي رجال  يركبون على سرج كأشباه  الرحال ينزلون على أبواب المساجد نساؤهم كاسيات عاريات . رواه الإمام أحمد 2/223 وابن حبان 13 / 64 والطبراني في الصغير 2 / 257 والأوسط )  وقال الشيخ الألباني رحمه الله في (صحيح الترغيب): “حسن”.

“Akan berlaku pada akhir zaman umat saya, oleh lelaki menaiki pelana-pelana unta seperti rumah-rumah kenaikkan yang ada ditaruh di belakang unta (otomobil/kereta), tuan punya pelana besar-besar itu (tuan kereta) turun masuk masjid (solat di masjid dan kereta  itu menunggu di pintu masjid) isteri-isteri mereka memakai pakaian dan bertelanjang (pakaian yang menampakkan badan dan anggota perempuan)

HR Ahmad, Ibn Hibban dan Tobrani. Status hadith: al-Albani, hadith hasan

Antara tanda akhir zaman ialah kewujudan industri otomobil, di mana Nabi saw memberitahu secara bayangan namun ulama seperti Albani menakwilkan maksud hadith ganjil seperti ini adalah mengisyaratkan kereta.  

 

 

Syarah:

Kereta telah merubah sistem pengangkutan dunia dan mendekatkan jarak perjalanan dengan sistem lebuhrayanya. Dihasilkan di Germany (Mercedes) dan Ford di USA, hingga Malaysia dan Korea menjadi negara ke 8 dan 9 dunia sebagai pengeluar kereta. Kemunculan kereta menandakan tanda kiamat yang kecil kerana ia telah menghapuskan peranan kuda dan unta yang ada di zaman salafu soleh. Nabi saw belum pernah melihat kenderaan seperti ini dan ia logik sebagai salah satu tanda kiamat.

Tanda kiamat the series berdasarkan karya:

1. Dr Muhammad abdul Rahman al-`Areefi, King Saud Univ, Riyadh KSA, Nihayat al-`aalam

2. Dr Yusuf Al-Wabil, Asyratu Al-Sa’at

3. Dr Muhammad Ahmad al-Mubayyad, Mausu’ah fil Fitan, Muassasah al-Mukhtar, Cairo

TKK 129/131: Generasi Terakhir akan Melaknat Generasi Salaf

0

TKK 129: Generasi Terakhir  Akan

Melaknat Generasi Salaf

(لعن أول الأمة آخرها)

 

Kata Dr al-Areefi:

في آخر الزمان تكثر البدع وينكر المتأخرون للأولين وينسى الفضل البعض فضل الصحابة الكرام وجلالة قدرهم ويغفل أو يتغافل عن ثناء الله عز وجل عليهم  ومدحه لهم فيلعن بعض المتأخرين من سبق من هذه الأمة

Terj:
Bahana merebaknya bid’ah di akhir zaman hingga generasi terakhir akan menafikan kebaikan yang dilakukan generasi salaf, khususnya keutamaan generasi sahabat dan ketinggian mereka. Mereka lupa akan pujian Allah akan para sahabat Nabi saw.
Terjemahan firman Allah SWT
    “Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.”

(AQS. at-Taubah [9]: 100)

Dalil hadits:

لا تقوم السلعة حتى يلعن آخر الأمة أولها
( الراوي : علي بن أبي طالب | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 2210 | خلاصة حكم المحدث : غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه )

“Tidak akan terjadinya Kiamat sehingga generasi terakhir melaknat generasi salaf”

HR Termidzi, beliau mendhaifkannya, tapi menurut Dr al-Areefi, ia ada syahid (penguat), antaranya al-Mundziri, al-Sakhawi

لراوي : علي بن أبي طالب | المحدث : السخاوي | المصدر : الأجوبة المرضية
الصفحة أو الرقم: 2/526 | خلاصة حكم المحدث : له شاهد
al-Sakhawi, al-Ujubat al-mardhiyah.

 

Syarah:

Memang wujud golongan yang melaknat generasi awal Islam atau salaf, antaranya puak syiah, dan yang mutaakhir ialah penduduk Iran, mereka melaknat majoriti sahabat dan sekarang sudah secara terbuka dan diketahui oleh majoriti ASWJ. Juga GAH atau golongan anti hadith, mereka melaknat perawi-perawi hadith dan imam-imam hadith.

 

 

TKK 128/131: Bangunan Pencakar Langit di Kota Makkah (ارتفاع مباني مكة)

0

 TKK 128 Bangunan Pencakar

Langit di Kota Makkah  (ارتفاع مباني مكة)

Di antara tanda Kiamat yang sedang berlaku ialah perubahan mendadak pembangunan infrastruktur kota Makkah dari sebuah kota yang kecil menjadi bandaraya mega dipenuhi pencakar langit dan terowong. Kalau dulunya Kaabah dikelilingi oleh bukit bukau, sekarang bukit-bukit itu sudah lenyap dan diganti dengan bangunan tinggi.

Dalil hadith:

أثر عبدالله بن عمرو في كظائم مكة رواه ابن أبي شيبة في المصنف حدثنا غندر عن شعبة عن يعلى بن عطاء عن أبيه قال كنت آخذا بلجام دابة عبد الله بن عمرو فقال كيف أنتم إذا هدمتم البيت فلم تدعوا حجرا على حجر قالوا ونحن على الإسلام قال وأنتم على الإسلام قال ثم ماذا قال ثم يبنى أحسن ما كان فإذا رأيت مكة قد بعجت كظائم ورأيت البناء يعلو رؤوس الجبال فاعلم أن الأمر قد أظلك
وإسناده لابأس به وهو موقوف على عبدالله بن عمرو من قوله .

[Sumber: http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=87482]

Terj: Ibnu Syaibah meriwayatkan dengan sanadnya kepada Ya’la ibn Atha’ dari ayahnya, dia berkata: pada suatu hari, aku menuntun tali kekang unta Abdullah ibn Amr, lalu beliau berkata: “Bagaimana pendapat kalian, jika kalian hancurkan Ka’bah dan tidak menyisakan ada batu yang masih bertimbun? Mereka menjawab: “oleh kita yang beragama Islam?

Beliau menjawab: “benar, kalian yang beragama Islam”. Seseorang bertanya: Lalu apa lagi? Beliau menjawab: kemudian ia akan dibangun dengan yang lebih bagus darinya. Apabila kalian telah melihat terowong-terowong besar di Makkah, dan bangunan-bangunannya menjulang tinggi melebihi pergunungannya, maka ketahuilah bahwa Kiamat telah mendekatimu.”

[Riwayat Ibnu Abi Syaibah dan Al-Arzaqi: Musannaf ibn Abi Shaybah, hadith: 14306: Hadits hasan. Menurut Al Muhaddith Shaykh Muhammad ‘Awwamah ] sumber portal ahlalhadeeth

 

 

Syarah Dr al-Areefi:

Ia adalah tanda kiamat yang berlaku sekarang di mana ia benar seperti kata atsar Abdullah bin Amru (hadith mauquf) di mana beliau telah mendengar akan berita ini dari Nabi saw.  Jika sesiapa yang pernah pergi ke Makkah untuk mengerjakan umrah, akan dapat menyaksikan kepesatan pembangunan Makkah khususnya di sekeliling al-Haram seperti yang dikatakan atsar tersebut, bukit bukau dipugar dan diratakan dan dibangunkan binaan pencakar langit berupa hotel. Juga pembinaan terowong dan sistem saluran air khususnya air zam-zam.

TKK 127/131: Hembusan Angin Sepoi yang Mencabut Ruh Orang Mukmin

0

TKK 127:  Hembusan Angin Sepoi

yang Mencabut Ruh Orang Mukmin

(بعث الريح الطيبة لقبض أرواح المؤمنين)

 

 

Nas hadith Nabawi

Hadith Nawas bin Sam’an ra:.

إِذْ بَعَثَ اللهُ رِيْحًا طَيِّبَةً، فَتَأْخُذُهُمْ تَحْتَ آبَاطِهِمْ، فَتَقِبْضُ رُوْحَ كُلِّ مُؤْمِنٍ وَكُلِّ مُسْلِمٍ، وَيَبْقَى شِرَارُ النَّاسِ؛ يَتَهَارَجُوْنَ فِيْهَا تَهَارُجَ الْحُمُرِ، فَعَلَيْهِمْ تَقُوْمُ السَّاعَةُ.(متفق عليه)

“Tiba-tiba saja Allah mengutus angin yang lembut, sehingga (angin tersebut) mengambil (mewafatkan) mereka dari bawah ketiak-ketiak mereka, lalu diambillah setiap ruh mukmin dan muslim, dan yang tersisa hanyalah manusia yang paling durjana. Mereka menggauli wanita-wanita mereka secara terang-terangan bagaikan keledai, maka kepada merekalah Kiamat akan terjadi.”

HR muttafaq ‘alaih

 

Hadith Nawas ni adalah sebuah hadith yang panjang mengenai tanda besar Kiamat, yakni kisah Dajjal, turunnya Nabi Isa AS dan keluarnya Yakjuj dan Makjuj. Maka selepas peristiwa mega tersebut, maka Nabi saw menyebut perihal datangnya angin sepoi atau angin halus dan lunak berhembus dan mematikan orang mukmin.

Tujuan angin itu diutus (menurut Dr al-Areefi, Nihayat al-alam)  ialah untuk mencabut ruh orang mukmin dengan mudah bertujuan menjaga mereka dari kengerian dan kedahsyatan Kiamat, manakala huru-hara kiamat disaksikan oleh manusia yang jahat dan durjana.

Hadith Abdullah bin Amru ra
Dari ‘Abdullah bin ‘Amr Radhiyallahu anhuma, beliau berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

يَخْرُجُ الدَّجَّالُ… (فَذَكَرَ الْحَدِيْثَ، وَفِيْهِ:) فَيَبْعَثُ اللهُ عِيْسَى بْنَ مَرْيَمَ كَأَنَّهُ عُرْوَةُ بْنُ مَسْعُوْدٍ، فَيَطْلُبُهُ، فَيُهْلِكُهُ، ثُمَّ يَمْكُثُ النَّاسُ سَبْعَ سِنِيْنَ، لَيْسَ بَيْنَ اثْنَيْنِ عَدَاوَةٌ، ثُمَّ يُرْسِلُ اللهُ رِيْحًا بَارِدَةً مِنْ قِبَلِ الشَّامِ، فَلاَ يَبْقَى عَلَـى وَجْهِ اْلأَرْضِ أَحَدٌ فِيْ قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ خَيْرٍ أَوْ إِيْمَانٍ إِلاَّ قَبَضَتْهُ، حَتَّـى لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ دَخَلَ فِـي كَبِدِ جَبَلٍ لَدَخَلَتْهُ عَلَيْهِ حَتَّى تَقْبِضَهُ. ( رواه مسلم)

“Dajjal akan keluar… (lalu beliau menuturkan hadithnya, di dalamnya diungkapkan:) Kemudian Allah mengutus ‘Isa bin Maryam seakan-akan ia adalah ‘Urwah bin Mas’ud, lalu beliau mencarinya (Dajjal), kemudian membinasakannya. Selanjutnya manusia berdiam selama tujuh tahun di mana tidak ada permusuhan di antara dua orang. Lalu Allah mengutus angin dingin dari arah Syam, tidak ada seorang pun di muka bumi yang memiliki kebaikan atau keimanan sebesar biji sawi di dalam hatinya melainkan Allah mencabutnya, walaupun seseorang di antara kalian masuk ke tengah-tengah gunung niscaya angin tersebut akan memasukinya sehingga ia mencabutnya (mewafatkannya).”

HR Muslim

 

Syarah:

Angin sepoi ini datang selepas kedatangan Jesus atau Isa al-Masih AS dan terbunuhnya Dajjal. Angin itu berhembus dari arah Syria atau Syam? Menurut satu lagi riwayat angin itu dari Yaman.

Hadith Abu Hurayra ra

إِنَّ اللهَ يَبْعَثُ رِيْحًا مِنَ الْيَمَنِ، أَلْيَنُ مِنَ الْحَرِيْرِ، فَلاَ تَدَعُ أَحَدًا فِـيْ قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ إِيْمَانٍ؛ إِلاَّ قَبَضَتْهُ. ( رواه مسلم)

‘Sesungguhnya Allah mengirimkan angin dari arah Yaman yang lebih lembut daripada sutera, angin itu tidak akan pernah meninggalkan seorang pun yang di dalam hatinya terdapat keimanan seberat biji sawi melainkan dia mencabutnya (mewafatkannya).”

HR Muslim

 

Macam mana hendak takwil dua hadith yang berlawanan? Angin lembut dari Syria dan juga dari Yemen?

Kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim jilid 2, ada dua kemungkinan:

1. Ada dua arah angin itu datang, Syria dan Yemen.

2. Ia bermula dari salah satu antara kedua tempatnya, misalnya pertama angin dari Syria dan diikuti pula angin kedua dari Yemen.

 

Rumusan:

1. Angin sepoi-sepoi bahasa adalah tanda yang amat dekat dengan Kiamat.

2. Tujuan angin diutus untuk mematikan orang mukmin dari merasai dan menyaksikan kedahsyatan Kiamat.

TKK 126/131: Kaabah di hancurkan oleh orang Ethiopia

0

TKK 126: Kaabah di hancurkan oleh orang Ethiopia

(هدم الكعبة على يدي رجل من الحبشة)

 

Dalil-dalil hadith:

يخرب الكعبة ذو السويقتين من الحبشة .
الراوي: أبو هريرة المحدث: البخاري – المصدر: الجامع الصحيح – الصفحة أو الرقم: 1591

Terj: dari Abu Hurayrah, bahawa Nabi saw bersabda:
“Dzussuuwaiqatain (si lelaki berbetis pendek) dari Ethiopia akan meranapkan Ka’abah.”

Sahih al-Bukhori, 1591, dorar code.

Kosa kata:
Dzussuuwaiqatain = adalah lelaki dari Negara Habshah dan sekitarnya (Tanduk Afrika seperti Habshah, Eritrea, Somalia) di mana ciri mereka ialah betisnya pendek.

Dari Ibn Abbas ra, bahawa Nabi saw bersabda:

«كَأَنِّي بِهِ أَسْوَدَ أَفْحَجَ، يَقْلَعُهَا حَجَرًا حَجَرًا»

Maksudnya: Seolah-olah aku melihatnya (berkulit) hitam dan renggang dua betisnya ketika merobohkannya (Kaabah) satu batu demi satu batu. (no. hadis: 1595)

Hadith Abdullah bin Amru

” يُخَرِّبُ الْكَعْبَةَ ذُو السُّوَيْقَتَيْنِ مِنَ الْحَبَشَةِ، فَيَسْلُبُهَا حُلِيَّهَا وَيُجَرِّدُهَا مِنْ كِسْوَتِهَا، كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَيْهِ أُصَيْلِعَ أُفَيْدِعَ، يَضْرِبُ عَلَيْهَا بِمِسْحَاتِهِ وَمِعْوَلِهِ ” ( رواه أحمد وقال ابن كثير وهذا إسناده جيد قوي)

Maksudnya: Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang yang berbetis kecil dari bangsa Habsyah. Dia akan merampas perhiasan Kaabah dan menanggalkan kelambunya. Seolah-olah aku melihatnya (hari ini) botak hadapan dan berjari bengkok memukulnya dengan penyodok dan tukul besi.”

HR Ahmad, sanadnya kuat menurut Ibn Katsir. Sahih menurut al-Albani, Ahmad Syakir dan dhaif menurut al-Arnaout.

Penjelasan Dr al-Areefi KSA:

Isu mana mungkin, Kaabah yang dilindungi Allah akan musnah? Ia adalah kiblat umat Islam, mana mungkin umat Islam akan membiarkan hal ini terjadi; apakah Arab Saudi yang memiliki Khadem Haramain tidak lagi mampu mempertahankan Kaabah?

1.  Jaminan keselamatan Kaabah itu bukanlah sampai Kiamat. Di penghujung usia bumi, tiada lagi jaminan apa-apa termasuklah Makkah.

2. Yang menyebabkan hancurnya Kaabah kerana orang Arab sendiri yang tidak kisah ianya hancur; Dalilnya:

فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«يبايع لرجل ما بين الركن والمقام (5) ولن يستحل البيت إلا أهله فإذا استحلوه فلا يسأل عن هلكة العرب ثم تأتي الحبشة فيخربونة خرابا لا يعمر بعده أبدا وهم الذين يستخرجون كنزه (رواه أحمد بسند صحيح)

Terj: Akan dibai’ah seorang lelaki (Imam Mahdi) di antara al-Rukun dan Maqam Ibrahim. Kaabah tidak akan (mula) dicemari melainkan dari ahlinya (orang-orang Islam). Apabila ia dicemari jangan kamu tanya lagi tentang kehancuran bangsa Arab. Kemudian datangnya Habsyah dan mereka akan merobohkan Kaabah sehinggakan ia tidak boleh dibina semula lagi selama-lamanya. Merekalah yang mengeluarkan harta yang terdapat di dalamnya.

((HR Ahmad, Ibn Hibban dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Hakim, disepakati az-Zahabi, Syuaib al-Arnaut dan al-Albani. (Lihat: Sahih Ibn Hibban, jld, 15, hlm. 239, al-Silsilah al-Sahihah, jld. 2, hlm. 78))

 

Ketika tahun Gajah, zaman Abrahah, orang Arab Hijaz amat menyanjungi Kaabah walaupun mereka penyembah berhala, hingga Allah menjaga Kaabah dan menghancurkan Abrahah dan gajahnya. Adapun di akhir dunia, bila tentera dari tanduk Afrika datang, orang Hijaz tidak lagi hormat kepada Kaabah sebagaimana kaum Quraish dulu, maka Allah tidak lagi menjaganya.

 

Isu kedua: Bila akan berlaku?

Al-Hafidz Ibn Hajar rh menyatakan bahawa peristiwa ini berlaku apabila tidak ada lagi dalam dunia mereka yang menyebut Allah. Bahkan Imam al-Qurtubi menyatakan peristiwa ini berlaku selepas diangkatnya al-Quran iaitu selepas kematian Nabi Isa alaih al-Salam.

(Lihat: Ibn Hajar, Fath al-Bari, jld. 3, hlm. 461, al-Tibrizi, Misykat al-Masabih, jld. 9, hlm. 1006)

  • Rumusan: Selepas kemunculan al-Mahdi

 

Ada beberapa penulis ramalan yang menyatakan orang Etiopia yang dimaksudkan itu adalah Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat.
Jawapan:
Mustahil, kerana al-Mahdi belum ada tanda akan muncul, Presiden Obama pulak akan tamat tempoh dua penggalnya sebagai Presiden Amerika Syarikat tidak lama lagi  dan dia tidak menunjukkan sifat keganasan sampai sanggup meruntuhkan Kaabah.

Sedikit Manusia Yang Bersyukur

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian
Panel: Cikgu Rahim

Sedikit manusia yang bersyukur

ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِنْ رُوحِهِ ۖ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۚ قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ

Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur.
Surah As-Sajdah (32:9)

Popular

Iklan

Iklan