Utama Tazkirah Admin Masih Banyakkah Baki Amalan Kita Untuk Akhirat?

Masih Banyakkah Baki Amalan Kita Untuk Akhirat?

138
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian:

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah,
Sekadar pendapat

Kita tak perlu memaksakan amalan-amalan agama ini sebagai hasil cash untuk kehidupan dunia kita, kerana ditakuti jikalau Allah tidak memberi secara “cash” didunia, kita akan meninggalkan amalan tersebut.

Rasulullah dan para sahabat, mereka bersedekah, berbuat kebaikan, menyambungkan silaturrahim, berdoa kepada Allah, bermunajat di malam hari bukan bertujuan untuk mendapatkan hasil “cash” di dunia.

Baginda pernah kalah dalam peperangan uhud, sedangkan baginda berdoa, hampir-hampir kalah di dalam peperangan Ahzab dan akhirnya dikurniai kemenangan, tetapi baginda dan para sahabat tetap stay melakukan amal ibadah.

Tujuan utama melakukan amal ialah untuk mensyukuri atas segala nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada kita.

Samada amalan tersebut kita dapat hasilnya dengan “cash” di dunia ataupun tidak, ia bukan persoalan utama.

Persoalan utamanya ialah, apakah cukup bekalan amal kita untuk kita bawa ke alam akhirat kelak?

Sebabnya segala doa kita yang tidak dikabulkan, segala hajat kita yang tidak diterima di dunia ini, Allah akan gantikan dengan ganjaran yang besar di akhirat sana.

Adakah kita mahu balik kosong ke sana kerana segala amalan kita telah kita terima segala “hasilnya” di dunia ini???

Disebut didalam Sahih Targhib Wa Tarhib:

(Mafhumnya)Tiadalah seseorang muslim itu berdoa yang mana didalam doanya tidak meminta perbuatan dosa atau memutuskan silaturrahim melainkan Allah memberinya salah satu daripada tiga perkara : samada ditangguhkan pengabulan doanya atau diganjari di akhirat atau disekat kejahatan/bala yang akan menimpa dirinya.

( Hadith ini disahihkan oleh al-Albani)

Dalam hadith yang lain disebut : amat ajaib urusan seorang mukmin, tiadalah kesemua urusannya melainkan sentiasa dalam kebaikan : apabila dia ditimpa musibah lalu bersabar, dia diganjari pahala, apabila dia mendapat nikmat lalu bersyukur dia mendapat pahala ( mafhum hadith) ( HR Muslim).

Komen dan Soalan