Utama Bilik (131) Tazkirah Ustaz Naim Niaga Ketika Solat Jumaat: Kenapa Ada Yang Diharamkan

Niaga Ketika Solat Jumaat: Kenapa Ada Yang Diharamkan

140
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 8 Safar 1437H~

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)” [Surah al-Jumu’ah 9]

#Jual beli setelah dilaungkan azan yang kedua pada hari Jumaat adalah perkara haram yang dianggap biasa oleh masyarakat pada hari ini.

#Jumhur (majoriti) ulama berpendapat bahawa larangan jual beli ketika azan kedua pada hari Jumaat bererti haram dan berdosa. Demikian pendapat ulama Malikiyah, Syafi’iyah dan Hambali.

#Golongan yang terlibat dalam larangan ini ialah org lelaki yang diwajibkan solat Jumaat (samada penjual atau pembeli). Wanita, anak kecil dan orang sakit tidak terkena larangan jual beli ini. Demikian pendapat jumhur ulama.

#Berkata Imam an-Nawawi dalam al-Majmu‘:

“Jika dua orang melakukan transaksi jual beli, salah satunya wajib solat Jumaat dan yang lain tidak, maka kedua-duanya terkena dosa. Kerana yang seorang itu telah membuat orang lain lalai dari solat. Namun jual beli kedua-duanya masih sah (tidak batal). Ini kerana larangan yang dimaksudkan tidak mengarah pada rosaknya akad dan tetap sah. Hal ini seumpama seseorang solat di tanah rampasan (solatnya tetap sah, namun berdosa)”

#Pihak masjid dan surau jumaat, khatib yang bertugas serta semua umat Islam hendaklah mengingatkan dan memastikan tidak berlaku aktiviti jual beli apabila berkumandangnya azan yang kedua.

♡Sama-samalah kita berusaha untuk menegakkan amar makruf dan membanteras mungkar yang sedang berlaku didepan mata kita saban minggu. Bebaskan masyarakat kita daripada kemurkaan Allah♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Komen dan Soalan