Utama Blog Halaman 18

Tafsir Surah Al-Maidah: Tafsir Ayat Ke-70 hingga Ke-75

0

Tafsir Surah Al-Maidah
Tafsir Ayat Ke-70

Ini adalah Ayat Zajrun (ayat teguran). Ia adalah teguran kepada Bani Israel tentang sikap mereka terhadap kitab mereka sendiri. Mereka ini teruk kerana mereka bukan menolak Al-Qur’an sahaja, tetapi kitab-kitab mereka sendiri pun mereka tolak juga.

لَقَد أَخَذنا ميثٰقَ بَني إِسرٰءيلَ وَأَرسَلنا إِلَيهِم رُسُلًا ۖ كُلَّما جاءَهُم رَسولٌ بِما لا تَهوىٰ أَنفُسُهُم فَريقًا كَذَّبوا وَفَريقًا يَقتُلونَ

Sesungguhnya Kami telah mengambil perjanjian dari Bani Israil, dan telah Kami utus kepada mereka rasul-rasul. Tetapi setiap datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa yang yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, (maka) sebahagian daripada rasul-rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka bunuh.

لَقَد أَخَذنا ميثٰقَ بَني إِسرٰءيلَ

Sesungguhnya Kami telah mengambil perjanjian daripada Bani Israel,

Allah ‎ﷻ mengingatkan yang Dia telah diambil perjanjian dengan Bani Israel itu dan mereka telah berjanji akan taat kepada wahyu yang disampaikan kepada mereka. Banyak disebut tentang perjanjian mereka dengan Allah ‎ﷻ di dalam Al-Qur’an. Maknanya, mereka bukanlah tidak tahu tentang kebenaran, tetapi mereka sengaja tolak dan buat-buat tidak tahu.

وَأَرسَلنا إِلَيهِم رُسُلًا

dan telah Kami utus kepada mereka rasul-rasul.

Sebagai tahkik (penekanan) kepada perjanjian itu, Allah ‎ﷻ telah pilih dalam kalangan mereka, dan melantik rasul-rasul yang ramai, untuk tujuan menyempurnakan perjanjian itu. Mereka kena juga taat kepada Rasul-rasul itu. Maka, mereka ini memang telah diberi pimpinan yang lengkap sebenarnya.

كُلَّما جاءَهُم رَسولٌ بِما لا تَهوىٰ أَنفُسُهُم فَريقًا كَذَّبوا

Tetapi setiap datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, (maka) sebahagian daripada rasul-rasul itu mereka dustakan

Malangnya, setiap kali Rasul mereka datang membawa wahyu yang tidak sesuai dengan nafsu mereka, sebahagian rasul mereka dustakan begitu sahaja. Mereka tolak dan melawan Rasul-rasul itu.

Malangnya, begitulah juga yang dilakukan oleh masyarakat kita. Apabila ada penyebar tauhid yang datang dengan membawa maklumat wahyu yang berlainan daripada apa yang mereka faham, ramai juga yang tolak. Mereka tidak dapat menerima kebenaran yang disampaikan walaupun ia datang daripada wahyu. Mereka menggunakan juga ajaran yang telah lama mereka amalkan dan mereka dapat daripada guru-guru mereka.

وَفَريقًا يَقتُلونَ

dan sebahagian yang lain mereka bunuh

Dan sebahagian lagi mereka bunuh. Atau mereka cuba bunuh. Kalau mereka tidak dapat bunuh pun, mereka ada juga cuba membunuh. Ini memang satu perbuatan yang amat teruk sekali. Mereka sanggup buat begitu kerana mereka amat teruk. Apabila mereka tidak dapat menahan para Rasul itu menyampaikan kebenaran, mereka buat keputusan untuk bunuh sahaja.

Sikap membunuh orang yang tidak disenangi sentiasa sahaja berlaku zaman berzaman sampailah sekarang. Ia adalah tindakan yang diambil oleh orang yang terlalu jahat yang hendak menutup suara kebenaran. Kadangkala ada ulama’ ditangkap dan dipenjarakan, dan ada juga yang dibunuh.

Tafsir Ayat Ke-71

وَحَسِبوا أَلّا تَكونَ فِتنَةٌ فَعَموا وَصَمّوا ثُمَّ تابَ اللهُ عَلَيهِم ثُمَّ عَموا وَصَمّوا كَثيرٌ مِّنهُم ۚ وَاللهُ بَصيرٌ بِما يَعمَلونَ

Dan mereka mengira bahawa tidak akan terjadi suatu bencana pun (terhadap mereka), maka (kerana itu) mereka menjadi buta dan pekak, kemudian Allah menerima taubat mereka, kemudian kebanyakan daripada mereka buta dan tuli (lagi). Dan Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.

وَحَسِبوا أَلّا تَكونَ فِتنَةٌ فَعَموا وَصَمّوا

Dan mereka mengira bahawa tidak akan terjadi suatu bencana pun (terhadap mereka), maka (kerana itu) mereka menjadi buta dan pekak,

Walaupun perbuatan dosa mereka itu amat berat, sehinggakan ada yang sanggup membunuh Nabi-nabi mereka, tetapi mereka sangka tidak akan berlaku apa-apa fitnah ke atas mereka. Mereka sangka tidak ditimpa kesusahan pada mereka, iaitu mereka sangka mereka tidak akan dikenakan azab. Ini kerana mereka perasan mereka itu kononnya bangsa pilihan dan kesayangan Allah ‎ﷻ.

Allah ‎ﷻ tidak terus mengenakan azab kepada mereka. Ini kerana Allah ‎ﷻ menangguhkannya. Lalu mereka lebih buta daripada kebenaran dan pekak kepada kebenaran – kerana tidak ada alamat-alamat yang mereka akan dihukum. Mereka rasa senang sahaja, sudah buat salah pun masih tidak jadi apa-apa kepada mereka.

ثُمَّ تابَ اللهُ عَلَيهِم

kemudian Allah menerima taubat mereka,

Kemudian Allah ‎ﷻ masih memberikan lagi peluang kepada mereka untuk bertaubat walaupun pada akhir zaman, boleh bertaubat dengan mengikut Nabi akhir zaman, iaitu mereka kena mengikut ajaran dan syariat Nabi Muhammad ﷺ. Atas sifat rahmah Allah ‎ﷻ‎, Dia boleh ampunkan segala kesalahan mereka.

ثُمَّ عَموا وَصَمّوا كَثيرٌ مِّنهُم

kemudian kebanyakan daripada mereka buta dan tuli (lagi).

Walaupun peluang untuk bertaubat sudah dibuka kepada mereka, tetapi kebanyakan daripada mereka masih buta dan pekak kepada kebenaran – masih tidak mahu mengikut Nabi akhir zaman. Hanya ada sedikit sahaja yang mahu bertaubat dan menerima ajaran Islam. Ada itu memang ada, tetapi bukan yang majoriti.

وَاللهُ بَصيرٌ بِما يَعمَلونَ

Dan Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan

Allah ‎ﷻ ingatkan mereka bahawa Allah ‎ﷻ nampak segala apa yang mereka lakukan. Maka janganlah mereka rasa mereka selamat. Jika mereka tidak dikenakan azab di dunia, jangan sangka mereka akan terselamat di akhirat kelak. Allah ‎ﷻ menangguhkan azab di dunia sahaja, tetapi nanti akan diazab di akhirat kelak.

Tafsir Ayat Ke-72

Ini pula penerangan berkenaan akidah. Sekarang Allah ‎ﷻ menyebut tentang akidah sesat golongan Kristian. Dan Allah ‎ﷻ memberitahu apakah sebenarnya akidah Nabi Isa عليه السلام.

لَقَد كَفَرَ الَّذينَ قالوا إِنَّ اللهَ هُوَ المَسيحُ ابنُ مَريَمَ ۖ وَقالَ المَسيحُ يٰبَني إِسرٰءيلَ اعبُدُوا اللهَ رَبّي وَرَبَّكُم ۖ إِنَّهُ مَن يُشرِك بِاللهِ فَقَد حَرَّمَ اللهُ عَلَيهِ الجَنَّةَ وَمَأوٰهُ النّارُ ۖ وَما لِلظّٰلِمينَ مِن أَنصارٍ

Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam”, padahal Al Masih (sendiri) berkata: “Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu”. Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.

لَقَد كَفَرَ الَّذينَ قالوا إِنَّ اللهَ هُوَ المَسيحُ ابنُ مَريَمَ

Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam

Telah jelas, kafirlah orang yang mengatakan begitu. Mereka kata Allah ‎ﷻ itu adalah dalam jelmaan Nabi Isa عليه السلام: ini adalah salah satu daripada fahaman sesat Kristian. Ini berbeza dengan konsep Triniti yang kita biasa dengar. Ini kerana mereka pun ada banyak mazhab. Mazhab yang disebut dalam ayat ini adalah mengatakan Allah‎ ﷻ menjelma menjadi Nabi Isa عليه السلام dan turun ke dunia.

Akidah sebegini bukanlah asing kerana memang sudah ada dalam sejarah agama zaman berzaman. Malah dalam kalangan umat Islam pun ada akidah sesat yang mengatakan Nabi Muhammad ﷺ itu sebenarnya adalah Allah ‎ﷻ. Memang Iblis syaitan menggunakan modal yang sama sahaja zaman berzaman. Salah satunya adalah dengan mengatakan Nabi itu adalah Tuhan. Jadi kalau jahil agama, memang senang ditipu.

وَقالَ المَسيحُ يٰبَني إِسرٰءيلَ اعبُدُوا اللهَ رَبّي وَرَبَّكُم

padahal Al Masih (sendiri) berkata: “Hai Bani Israel, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu

Mereka sembah dan iktikad mereka adalah Nabi Isa ‎عليه السلام itu adalah Allah ‎ﷻ, sedangkan ia amat berlawanan sekali dengan apa yang dikatakan oleh Nabi Isa عليه السلام sendiri. Baginda sendiri berkata lain daripada apa fahaman sesat mereka.

Kalimah ‘al-Masih’ adalah gelaran untuk Nabi Isa عليه السلام.

Baginda sendiri menyuruh umatnya menyembah Allah ‎ﷻ sahaja dan memang baginda sendiri pun sembah Allah ‎ﷻ sahaja, tidak pernah suruh orang lain sembah baginda. Baginda dengan jelas mengaku yang Allah ‎ﷻ itu adalah Tuhan/Rabb.

إِنَّهُ مَن يُشرِك بِاللهِ فَقَد حَرَّمَ اللهُ عَلَيهِ الجَنَّةَ

Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga,

Apa yang mereka lakukan itu kesyirikan yang besar kerana memberi sifat Alllah ‎ﷻ kepada makhluk. Dan Nabi Isa عليه السلام telah memberi amaran kepada umatnya, sesiapa yang syirik kepada Allah ‎ﷻ, seru baginda atau sesiapa sahaja selain Allah ‎ﷻ, maka Allah ‎ﷻ telah mengharamkan syurga ke atas mereka.

وَمَأوٰهُ النّارُ

dan tempatnya ialah neraka,

Dan tempat akhir mereka hanyalah neraka. Mereka tidak keluar darinya. Inilah bahaya kalau ada fahaman syirik: kekal dalam neraka dan tidak akan keluar-keluar darinya. Bukan sahaja kepada agama lain; kalau umat Islam sendiri ada fahaman syirik, mereka pun akan kekal dalam neraka.

وَما لِلظّٰلِمينَ مِن أَنصارٍ

tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.

‘Zalim’ dalam ayat ini bermaksud zalim dalam bentuk syirik. Mereka tidak ada sesiapa yang akan menolong mereka. Malah, tidak akan ada pemberi syafaat untuk mereka, kerana syafaat hanya layak bagi mereka mati tanpa melakukan syirik sahaja. Maka, ini adalah amaran kepada mereka: jangan sangka ada yang akan selamatkan kamu kalau kamu membuat syirik. Nabi Isa عليه السلام yang kamu puja itu pun tidak akan tolong kamu.

Tafsir Ayat Ke-73

Sekarang kita baca ayat berkenaan akidah sesat golongan Nasrani lagi. Ini adalah golongan yang lain pula, iaitu yang memegang akidah Triniti (tiga oknum dalam satu).

لَّقَد كَفَرَ الَّذينَ قالوا إِنَّ اللهَ ثالِثُ ثَلٰثَةٍ ۘ وَما مِن إِلٰهٍ إِلّا إِلٰهٌ وٰحِدٌ ۚ وَإِن لَّم يَنتَهوا عَمّا يَقولونَ لَيَمَسَّنَّ الَّذينَ كَفَروا مِنهُم عَذابٌ أَليمٌ

Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: “Bahawasanya Allah salah seorang dari yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain daripada Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa seksaan yang pedih.

لَّقَد كَفَرَ الَّذينَ قالوا إِنَّ اللهَ ثالِثُ ثَلٰثَةٍ

Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: “Bahawasanya Allah salah seorang daripada yang tiga”,

Ini adalah satu lagi fahaman Kristian. Mereka kata Allah ‎ﷻ adalah salah seorang antara tiga. Ini adalah konsep Triniti yang banyak dipakai oleh puak Kristian dan ini mungkin fahaman mereka yang kita pun lebih biasa dengar. Mereka kata Tuhan itu ada tiga oknum: Tuhan Bapa, Nabi Isa dan Jibril.

Ada juga yang menggantikan Jibril dengan Maryam (perbezaan mazhab dalam Kristianisasi). Ini susah untuk dijelaskan dan orang Kristian pun tidak dapat menjelaskannya kerana mereka juga keliru. Kalau ditanya bagaimana ada tiga dalam satu… adakah satu… atau tiga? Mereka pun tidak dapat menjelaskannya.

Di dalam Kitab Bible mereka pun tidak ada disebut tentang Triniti ini. Jadi ia adalah rekaan sahaja. Apabila tidak dapat dijelaskan, akhirnya pengikut mereka disuruh percaya sahaja. Yang penting Allah ‎ﷻ tegaskan di sini yang ini pun fahaman kufur juga. Ini pengajaran bagi kita umat Islam juga: jangan reka fahaman-fahaman baru dalam agama yang tidak ada asasnya di dalam Al-Qur’an dan hadith Nabi. Jangan jadi seperti agama terdahulu yang diubah oleh ‘agamawan’ mereka sendiri.

وَما مِن إِلٰهٍ إِلّا إِلٰهٌ وٰحِدٌ

padahal sekali-kali tidak ada ilah selain dari ilah Yang Esa.

Inilah fahaman tauhid. Ilah itu hanya ada satu sahaja, iaitu Allah ‎ﷻ. Ramai yang menjadikan selain Allah ‎ﷻ sebagai ‘ilah’ walaupun mereka tidaklah mengatakan ilah-ilah itu sebagai tuhan. Perbincangan ilah yang panjang ada terdapat dalam usul tafsir. Antara ilah yang diadakan selain daripada Allah ‎ﷻ adalah Nabi, wali dan malaikat.

Jadi dalam kes Nasrani ini, mereka mengambil Nabi (Nabi Isa عليه السلام) dan malaikat (Jibril عليه السلام yang dipanggil Ruh Kudus atau Holy Ghost) sebagai ilah mereka selain Tuhan (God the Father).

وَإِن لَّم يَنتَهوا عَمّا يَقولونَ لَيَمَسَّنَّ الَّذينَ كَفَروا مِنهُم عَذابٌ أَليمٌ

Jika mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa seksaan yang pedih.

Ini adalah takhwif ukhrawi (ancaman azab di akhirat) – kalau mereka tidak berhenti daripada fahaman mereka itu, mereka akan dikenakan azab yang pedih. Maka ayat-ayat sebegini perlu dijelaskan kepada puak Kristian sekarang supaya mereka boleh memikirkan kesalahan yang mereka telah lakukan dalam iktikad mereka. Kalau mereka teruskan juga, maka mereka yang akan mendapat nasib yang malang nanti.

Tafsir Ayat Ke-74

Ini adalah nasihat kepada mereka yang tidak taat sebelum ini: Setelah dengar segala hukum tentang akidah itu dan tentang manakah amalan yang salah, maka kalau ada kesalahan yang buat sebelum ini, maka taubatlah dan berhentilah daripada melakukannya. Itu yang Allah ‎ﷻ hendak daripada kita.

أَفَلا يَتوبونَ إِلَى اللَّهِ وَيَستَغفِرونَهُ ۚ وَاللَّهُ غَفورٌ رَحيمٌ

Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya?. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

أَفَلا يَتوبونَ إِلَى اللَّهِ

Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah

Tidakkah mereka ada peluang lagi untuk bertaubat kepada Allah ‎ﷻ? Taubat itu adalah menyesal daripada apa yang telah dilakukan dahulu dan berazam untuk tidak buat lagi. Peluang itu masih ada selagi masih hidup, maka mengapa tidak diambil peluang itu? Kenapa hendak menegakkan fahaman yang salah lagi?

Jangan jadi orang yang degil. Ada yang telah diberitahu dengan fahaman salah dengan diberikan dalil dan hujah dari wahyu, tetapi masih hendak menegakkan fahaman salah mereka. Sepatutnya sikap hendaklah terbuka – kalau sudah diberikan dalil yang sahih, maka terimalah sahaja dan tinggalkan fahaman yang salah. Kenapa lagi hendak mempertahankannya?

وَيَستَغفِرونَهُ

dan memohon ampun kepada-Nya?

Mohonlah ampun kepada Allah ‎ﷻ supaya dihapuskan dosa itu selama-lamanya. Apabila Allah ‎ﷻ hapuskan dosa itu, dosa itu tidak ada sesiapa lagi yang tahu di akhirat kelak. Tidak kiralah sudah berapa lama amalan itu dipegang dan diamalkan, minta sahajalah ampun kepada Allah ‎ﷻ. Jangan kerana sudah lama buat, rasa rugi pula untuk tinggalkan begitu sahaja. Maka, walaupun seorang penganut Kristian sudah lama berpegang dengan akidah salahnya itu, hendaklah bersedia untuk bertaubat.

Maka, kena bersedia untuk sentiasa minta ampun. Malangnya, dalam akidah penganut Kristian, mereka kata pengampunan itu hanya boleh dilakukan kalau menerima Nabi Isa عليه السلام sebagai tuhan, atau salah seorang daripada tiga tuhan dalam satu. Mereka kononnya kena minta ampun melalui Nabi Isa عليه السلام juga. Ini adalah fahaman yang salah. Sepatutnya kita terus meminta ampun kepada Allah ‎ﷻ sahaja, bukan melalui perantaraan pun.

Kebanyakan manusia melakukan syirik kerana mereka tidak berurusan terus dengan Allah ‎ﷻ. Mereka masih juga lagi hendak menggunakan ‘wasilah’ (perantara) dalam urusan agama. Itulah sebabnya ramai yang sedekah duit kepada makam-makam tertentu, buat kenduri di kuburan tertentu dan bermacam lagi perkara syirik.

Dan apabila mereka melakukan perkara sebegitu, mereka rasa yang mereka telah selamat kerana mereka rasa mereka telah ada orang yang akan ‘jaga’ mereka. Ini adalah syirik sama sekali.

Dan kebanyakan manusia tidak mahu bertaubat dan menerima kebenaran. Pada mereka, kalau mereka terima, mereka kena ubah cara amalan mereka dan mereka tidak mahu. Mereka sudah biasa dengan apa yang mereka telah lakukan selama hari ini dan mereka tidak bersedia untuk mengubahnya.

Selalunya mereka mendapat amalan itu daripada datuk nenek mereka dan mereka tidak sanggup mengatakan amalan datuk nenek mereka dahulu itu salah. Jadi, mereka akan terus mengamalkannya. Atau mereka telah lama mendapat sesuatu amalan itu daripada guru mereka, jadi rasa rugi pula untuk ditinggalkan. Bahaya kalau ada sifat sebegini, iaitu sifat degil tidak sedar diri.

وَاللَّهُ غَفورٌ رَحيمٌ

Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Allah ‎ﷻ suruh ambillah kesempatan untuk bertaubat selagi boleh. Ini adalah kerana Allah ‎ﷻ maha mengampuni. Dan Allah ‎ﷻ suka kalau hamba yang mengaku dan minta maaf kepada-Nya. Allah ‎ﷻ bersedia untuk memaafkan sesiapa sahaja.

Allah ‎ﷻ buka pintu rahmah-Nya dan menjemput semua untuk bertaubat kepada-Nya kalau ada berbuat salah. Dan kita memang ada kemungkinan telah melakukan kesalahan di masa yang lalu kerana dahulu kita tidak belajar, tidak jumpa guru yang boleh beri ajaran yang sunnah, yang datang daripada dalil yang sahih. Begitulah di negara kita ini dahulunya ajaran yang bukan sunnah yang banyak bercambah biak. Jadi tentu ada sahaja fahaman salah dalam kalangan masyarakat kita.

Tafsir Ayat Ke-75

Kalau Nabi Isa عليه السلام itu bukan tuhan, maka siapakah baginda? Allah ‎ﷻ beritahu dalam ayat ini.

مَا المَسيحُ ابنُ مَريَمَ إِلّا رَسولٌ قَد خَلَت مِن قَبلِهِ الرُّسُلُ وَأُمُّهُ صِدّيقَةٌ ۖ كانا يَأكُلانِ الطَّعامَ ۗ انظُر كَيفَ نُبَيِّنُ لَهُمُ الآياتِ ثُمَّ انظُر أَنّىٰ يُؤفَكونَ

Al Masih putera Maryam itu hanyalah seorang Rasul yang sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar, kedua-duanya biasa memakan makanan. Perhatikan bagaimana Kami menjelaskan kepada mereka (ahli kitab) tanda-tanda kekuasaan (Kami), kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling (dari memperhatikan ayat-ayat Kami itu).

مَا المَسيحُ ابنُ مَريَمَ إِلّا رَسولٌ

Al Masih putera Maryam itu hanyalah seorang Rasul

Nabi Isa عليه السلام itu dia adalah seorang Rasul yang mulia. Taraf baginda bukanlah terlalu tinggi sehingga ke tahap tuhan dan bukan juga hina sebagai anak zina. Ini kerana ada juga yang merendahkan baginda dengan mengatakan baginda adalah anak zina.

قَد خَلَت مِن قَبلِهِ الرُّسُلُ

sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa rasul,

Sebelum baginda dahulu pun sudah ada rasul-rasul lain. Maka, tidaklah pelik kerana baginda adalah salah seorang daripada Rasul sahaja. Baginda juga seorang hamba Allah‎ ﷻ juga dan bukan tuhan dan bukan anak tuhan. Ahli Kitab pun terima ada rasul-rasul yang lain seperti Nabi Musa عليه السلام dan sebagainya.

Rasul-rasul dahulu datang dan pergi. Ia bukanlah perkara yang pelik. Begitu juga, dengan Nabi Muhammad ﷺ, baginda juga wafat. Janganlah kerana sayang kepada Nabi Muhammad ﷺ, sampai tidak terima yang baginda pun mati juga. Yang kekal hanya Allah ‎ﷻ sahaja kerana itu adalah sifat Tuhan.

Termasuk tidak kekal hidup adalah Nabi Muhammad ﷺ. Ini penting disebut di sini kerana ada akidah sesat yang mengatakan Nabi Muhammad ﷺ tidak mati – atau ada yang kata baginda dihidupkan kembali dan fahaman ini ada dalam kalangan kita (fahaman Hayati). Begitulah yang terjadi kepada puak Kristian – mereka terlalu sayangkan Nabi Isa عليه السلام sehingga mereka menaikkan taraf kedudukan baginda sebagai tuhan dan mereka sanggup kata baginda tidak mati.

Maka kena tolak fahaman itu kerana ketahuilah yang Nabi Muhammad ﷺ telah wafat. Dalilnya adalah baginda dikuburkan oleh para sahabat. Kalau belum wafat lagi, kenapa para sahabat kuburkan? Mereka pun tahu yang baginda telah wafat dan mereka telah menerima hakikat itu walaupun perit bagi mereka. Kenapa pula ada yang keluarkan akidah baru yang baginda masih hidup?

وَأُمُّهُ صِدّيقَةٌ

dan ibunya seorang yang sangat benar,

Dan ibu baginda, Maryam رضي الله عنها pula seorang yang benar dalam taat kepada Allah ‎ﷻ. Beliau taat setia kepada Allah ‎ﷻ dalam segala hal. Beliau beriman kepada Nabi Isa عليه السلام dan membenarkan kerasulan baginda.

Kedudukan Sadiqah adalah satu kedudukan yang di bawah daripada kedudukan Nabi. Jadi ayat ini menjadi dalil bahawa Maryam رضي الله عنها bukanlah seorang Nabi. Kerana itu telah disebut kedudukannya yang tertinggi yang layak baginya iaitu ‘siddiqah’. Ini juga menjadi perbincangan dalam kalangan umat kerana ada yang berpendapat beliau juga seorang Nabi namun ditolak dengan dalil dalam ayat ini.

Jadi, tidak seperti apa yang diduga oleh Ibnu Hazm رحمه الله dan lain-lainnya yang mengatakan bahawa ibu Nabi Ishaq (Sarah), ibu Nabi Musa, dan ibu Nabi Isa semuanya adalah nabi wanita. Ibnu Hazm رحمه الله mengatakan demikian dengan berdalilkan bahawa para malaikat berbicara dengan Sarah dan Maryam, seperti yang disebutkan di dalam firman-Nya:

{وَأَوْحَيْنَا إِلَى أُمِّ مُوسَى أَنْ أَرْضِعِيهِ}

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa, “Susukanlah dia.” [ Al-Qashash: 7 ]

Kata beliau, pengertian lafaz wa auhaina ini menunjukkan darjat kenabian. Tetapi menurut pendapat jumhur ulama’, Allah ‎ﷻ belum pernah mengutus seorang nabi melainkan dalam kalangan kaum laki-laki. Allah ‎ﷻ berfirman:

{وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلا رِجَالا نُوحِي إِلَيْهِمْ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى}

Kami tidak mengutus sebelum kamu, melainkan orang laki-laki yang Kami berikan wahyu kepadanya di antara penduduk negeri. [ Yusuf: 109 ]

Syeikh Abul Hasan Al-Asy’ari رحمه الله telah meriwayatkan adanya kesepakatan para ulama’ akan ketetapan ini.

كانا يَأكُلانِ الطَّعامَ

kedua-duanya biasa memakan makanan.

Mereka juga makan. Oleh itu, bagaimana mungkin menjadikan mereka sebagai tuhan, sedangkan keduanya biasa makan dulu. Disebut tentang makan, kerana kalau memerlukan makanan, itu menunjukkan mereka itu manusia. Senang sahaja dalil yang diberikan oleh Allah ‎ﷻ, tidak perlu diberikan dalil yang banyak. Akal yang waras akan dapat terima perkara ini.

Kalau tidak makan pun tidaklah menjadi dalil yang entiti itu adalah Tuhan juga. Ini kerana para malaikat pun tidak makan; dan mereka bukanlah Tuhan juga. Tuhan ada Sifat-Nya dan segala makhluk tidak akan dapat mencapai sifat Tuhan.

انظُر كَيفَ نُبَيِّنُ لَهُمُ الآياتِ

Perhatikan bagaimana Kami menjelaskan kepada mereka (ahli kitab) tanda-tanda,

Dengarlah dalil-dalil ini dan fikirkanlah dengan sejelasnya kerana Allah ‎ﷻ telah jelaskan kedudukan mereka dengan menggunakan bukti yang jelas dan mudah difahami. Buka pintu hati untuk menerima kebenaran. Jangan tolak terus benda-benda yang kita tidak biasa.

ثُمَّ انظُر أَنّىٰ يُؤفَكونَ

kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling

Namun begitu dengan segala bukti yang telah diberikan, bagaimana lagi mereka boleh terpesong? Begitulah perangai kebanyakan daripada manusia. Lihatlah dalam ayat ini, Allah ‎ﷻ suruh kita lihat mereka. Allah ‎ﷻ memberikan contoh bagaimana mereka itu masih lagi menolak walaupun diberikan dengan dalil jelas. Ini kerana ramai yang degil tetap hendak berpegang dengan akidah yang salah.

Dan lihatlah kembali bagaimana masyarakat Islam kita sendiri pun begitulah juga. Masih juga lagi berpegang dengan fahaman bid’ah dan syirik yang diamalkan oleh datuk nenek mereka dan apa yang mereka telah dapat daripada guru mereka. Apa yang telah terjadi kepada ahli kitab dahulu, terjadi juga kepada kebanyakan dalam masyarakat kita.

Allahu a’lam.

#Ilmu#Prihatin#Amal

La Tahzan 251: Kehidupan itu seluruhnya Meletihkan (Life is toil, حياةٌ كلُّها تعبٌ)

1

🥀🥀🥀🥀

La Tahzan 251-1: Kehidupan itu seluruhnya Meletihkan (Life is toil, حياةٌ كلُّها تعبٌ)

لا تحزنْ منْ كدرِ الحياةِ ، فإنها هكذا خُلقتْ .
إنَّ الأصل في هذه الحياة المتاعبُ والضَّنى ، والسرورُ فيها أمرٌ طارئٌ ، والفرحُ فيها شيءٌ نادرٌ . تحلو لهذه الدارِ واللهُ لم يرْضها لأوليائِه مستقرَّا

Jangan bersedih, La Tahzan dengan gawatnya kehidupan, sebab ia diprogram sedemikian rupa.

Pada asalnya kehidupan memang meletihkan dan menyulitkan. Kegembiraan yang wujud itu hanya bersifat sementara dan bersifat datang dan pergi. Jika anda merasakan kemanisan hidup di dunia, sebenarnya Allah ‎ﷻ tidak redha menjadikan dunia ini sebagai tempat tinggal buat wali-wali-Nya.

🥀🥀🥀🥀

La Tahzan 251-2: Kehidupan itu seluruhnya Meletihkan (Life is toil, حياةٌ كلُّها تعبٌ)

Kesengsaraan yang menimpa para anbiya’

ولولا أنَّ الدنيا دارُ ابتلاءٍ ، لم تكُنْ فيها الأمراضُ والأكدارُ ، ولم يضِقِ العيشُ فيها على الأنبياء والأخبار ، فآدمُ يُعاني المِحن إلى أن خرج من الدنيا ، ونوحٌ كذَّبهُ قومُه واستهزؤُوا به ، ولإبراهيمُ يُكابِدُ النار وذَبْحَ الولد ، ويعقوبُ بكى حتى ذهب بصرُه ، وموسى يُقاسي ظُلم فرعون ، ويلقى من قومه المِحنَ ، وعيسى بنُ مريم عاش معدماً فقيراً ، ومحمدٌ – صلى الله عليه وسلم – يُصابِرُ الفقْر ، وقتلِ عمِّهِ حمزة ، وهو منْ أحبِّ أقاربِه إليه ، ونفورِ قومِهِ منهُ

Sekiranya dunia ini bukan tempat ujian, pastilah di dalamnya tidak ada kesakitan dan kesusahan. Bahkan para nabi dan orang pilihan Tuhan juga mengalami kesengsaraan hidup, misalnya, Adam, Nuh, Ibrahim, Ya’akob, Musa (dengan fir’aun), Isa Al Masih serta Nabi Muhammad ﷺ dalam masalah kemiskinan hidupnya, terbunuhnya Hamzah dan diusir dari Mekah.

🥀🥀🥀🥀

La Tahzan 251-3: Kehidupan itu seluruhnya Meletihkan (Life is toil, حياةٌ كلُّها تعبٌ)

وقال النبي – صلى الله عليه وسلم – : (( الدنيا سجنُ المؤمنِ ، وجنَّةُ الكافرِ )) . وفي الدنيا سُجِن الصّالحون، وابتُلي العلماءُ العاملون ، ونغِّص على كبارِ الأولياءِ . وكدّرتْ مشارِبُ الصادِقِين

Nabi ﷺ bersabda, “Dunia bagaikan penjara buat orang mukmin, dan syurga buat orang kafir.”

Maksud hadith:
Di dunia orang-orang soleh terpenjara, para ulama’ diberi cubaan, wali-wali Allah ‎ﷻ disengsarakan dan minuman para saadiqin dikeruhkan (mata pencarian disulitkan).

🔏 Takhrij/tahqiq: HR Muslim No. 2956 daripada Abu Hurairah رضي الله عنه

الراوي : أبو هريرة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2956

 

SOAL JAWAB FIQH SUNNAH: Cara Meraikan Manhaj Berbeza

0

🔴 Adakah dibenarkan untuk meraikan kedua-dua MANHAJ SALAF dan ASWAJA tetapi diri sendiri lebih cenderung kepada MANHAJ SALAF?

✅ Di Malaysia sememangnya kita harus meraikan kedua-dua manhaj sebab ibubapa kita, adik-beradik, sanak saudara kebanyakannya bermanhaj ASWAJA. Sahabat handai, teman kejiranan, kampung yang kita menetap majoriti masih bermanhaj ASWAJA. 

Meraikan di sini bermaksud kita bersikap toleran terhadap amalan mereka selagi tidak terlalu bid’ah.

Sebagai contoh, kita tetap salat berjama’ah di masjid ASWAJA. Bagi salat tarawih pula, walau pun salat tarawih ASWAJA mempunyai banyak perlakuan bid’ahnya namun kita tetap juga pergi.  I’tikaf pada 10 hari terakhir Ramadhan juga kita bersama ASWAJA cuma semasa mereka salat sunat secara berjama’ah, kita salat sendirian sahaja.

#Ilmu#Prihatin#Amal

Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi — Bab 37: Himpitan Kubur terhadap Penghuninya walaupun dia orang soleh

0

Kod/Bab 37-1: Himpitan Kubur terhadap Penghuninya walaupun dia orang soleh

(باب ما جاء في ضغط القبر على صاحبه و إن كان صالحاً)

النسائي عن عبد الله بن عمر عن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : هذا الذي تحرك له عرش الرحمن و فتحت له أبواب السماء ، و شهده سبعون ألفاً من الملائكة ، لقد ضم ضمة ثم فرج عنه قال أبو عبد الرحمن النسائي يعني سعد بن معاذ

An-Nasa’i meriwayatkan daripada Abdullah bin Umar رضي الله عنه daripada Rasulullah ﷺ bahawa beliau bersabda: “Inilah orang yang menyebabkan ‘Arsy Allah‎ ﷻ Yang Maha Pengasih bergoncang, pintu-pintu langit dibukakan untuknya, dan disaksikan oleh 70,000 malaikat. Namun tetap dihimpit dengan satu himpitan, lalu dilonggarkan.”

Takhrij✍:رواه النسائي (2054)، والطبراني (6/10) (5340). قال النووي في ((الخلاصة)) (2/1042): إسناده صحيح، وصححه الألباني في ((صحيح سنن النسائي)).
HR An Nasai’i, 2054, At Tabrani, Al Awsath, 6/10, tahqiq Al Nawawi, sanadnya sahih, disahihkan oleh Al Albani dalam sahih An Nasa’iy .

Fiqh Hadith✏️:
Himpitan kubur akan dirasakan oleh semua termasuk orang soleh seperti Saad bin Mua’adz sekalipun, tetapi akan dilepaskan dengan segera .

Kod/Bab 37-2: Himpitan Kubur terhadap Penghuninya walaupun dia orang soleh

(باب ما جاء في ضغط القبر على صاحبه و إن كان صالحاً)

1⃣) Hadith Aisyah رضي الله عنها (sahih)

و من حديث شعبة بن الحجاج بإسناده إلى عائشة أم المؤمنين رضي الله عنها قالت : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إن للقبر ضغطة لو نجا منها أحد لنجا منها سعد بن معاذ

Dan di antara hadith yang diriwayatkan oleh Syu’bah bin Al-Hajjaj (tabi’in Basrah, thiqah, w.160H) dengan isnadnya kepada Aisyah Ummul Mukminin رضي الله عنها , bahawa dia berkata: Sabda Rasulullah ﷺ .: “Sesungguhnya kubur itu mempunyai himpitan. Andaikan ada orang yang selamat daripadanya, tentu Sa’ad رضي الله عنه pun selamat daripadanya.”

Takhrij/Tahqiq✍:
HR Ahmad, disahihkan oleh Al Arnauth, no 24,663

الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند

الصفحة أو الرقم: 24663 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

2⃣ Athar Ibnu Abi Mulaikah (dhaif)

و ذكر هناد بن السرى ، حدثنا محمد بن فضيل عن أبيه عن ابن أبي ملكية قال : ما أجير من ضغطة القبر أحد . و لا سعد بن معاذ . الذي منديل من مناديله خير من الدنيا و ما فيها

Hannad bin As-Sirri (Muhaddith Kufah, w.243H) menyebutkan, telah menceritakan kepada kami, Muhammad bin Fudhail (Kufah, w.195H), daripada ayahnya (Ghazwan bin Jarir), daripada Ibnu Abi Mulaikah (tabi’in Thaif, w.117H), dia berkata, “Tidak seorang pun diselamatkan daripada himpitan kubur. Tidak juga Sa’ad bin Mu’adz رضي الله عنه , yang salah satu sapu tangannya lebih baik daripada dunia seisinya.”

Takhrij✍:
Aas kitab Az Zuhud oleh Hannad bin Al Sirri, jilid 1/215 ( الزهد لهناد بن السري (1/ 215 .

Tahqiq✍: Muhaqqiq at tazkirah Khalid Muhammad Uthman, dhaif, kerana perawi Fudail bin Ghazwan majhul (tiada biografi) .

(Isnadnya dhaif: Fudhail bin Ghazwan Adh-Dhabi, ayah Muhammad, tidak diketahui ihwalnya).

Kod/Bab 37-3: Himpitan Kubur terhadap Penghuninya walaupun dia orang soleh

(باب ما جاء في ضغط القبر على صاحبه و إن كان صالحاً)

3⃣ Hadith Nafi’ (dhaif)

و حدثنا عبدة عن عبيد الله بن عمر عن نافع قال : و لقد بلغني أنه شهد جنازة سعد بن معاذ سبعون ألف ملك . لم ينزلوا إلى الأرض قط .

و لقد بلغني أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : لقد ضم صاحبكم في القبر ضمة

Telah menceritakan kepada kami, Abdah (bin Sulaiman, Kufah, w.187H) daripada Ubaidillah bin Umar (Umair Al Laithi, tabi’in Mekah, w.73H), daripada Nafi’ (Maula Ibn Umar, w. Madinah 117H) dia berkata, telah sampai kepadaku berita, bahawa jenazah Sa’id bin Mu’adz disaksikan oleh 70 ribu malaikat yang tidak pernah turun ke bumi sama sekali. Dan sesungguhnya telah sampai kepadaku berita, Rasulullah ﷺ bersabda: “Sahabat kamu sekalian ini dihimpit satu kali himpitan dalam kubur.”

Muhaqqiq Khalid Muhammad Uthman: Isnadnya dhaif kerana mursal Nafi’ dengan Rasulullah ﷺ (terputus sanad) kerana Nafi’ adalah tabi’in .

Kod/Bab 37-4: Himpitan Kubur terhadap Penghuninya walaupun dia orang soleh

(باب ما جاء في ضغط القبر على صاحبه و إن كان صالحاً)

Athar Ali bin Ma’bad 1 (dhaif)

و خرج علي بن معبد في كتاب الطاعة و المعصية عن نافع قال : أتينا صفية بنت أبي عبيد امرأة عبد الله بن عمر و هي فزعة . فقلنا : ما شأنك ؟ قالت : جئت من عند بعض نساء النبي صلى الله عليه و سلم ، فحدثتني أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : إن كنت لأرى أن أحداً لو أعفي من عذاب القبر ، لأعفي منه سعد بن معاذ لقد ضم فيه ضمة

Ali bin Ma’bad, Abu Muhammad ( w.218H, Egypt; أبو محمد علي بن معبد بن شداد) meriwayatkan dalam kitab Ath-Tha’ah Wa Al-Ma’shiyah, daripada Nafi’ (Maula Ibn Umar, w.117H) dia berkata, kami datang kepada Shafiyah binti Abu Ubaid, isteri Abdullah bin Umar ketika dia ketakutan. Kami bertanya, “Kenapa kamu?” dia jawab, “Saya baru datang daripada salah seorang isteri Nabi ﷺ . Dia menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Sesungguhnya aku benar-benar melihat, seandainya ada orang yang dipelihara daripada seksa kubur, tentu Sa’ad bin Mu’adz pun dipelihara daripadanya. Sesungguhnya dia dihimpit satu kali himpitan di sana.”

Tahqiq✍: Syaikh Abdullah bin Abdah Nu’man al ‘Awadhi,ksa (عبدالله بن عبده نعمان العواضي) kitab Masail Fi Dhammatil Qabr (مسائل في ضمة القبر), ia adalah mursal (sejenis hadith dhaif kerana Shafiyah bt Abu Ubaid adalah tabi’in wanita (tabi’iyat)( وهو بهذه الطريق مرسل؛ لأن صفية تابعية) .

Kod/Bab 37-5: Himpitan Kubur terhadap Penghuninya walaupun dia orang soleh

(باب ما جاء في ضغط القبر على صاحبه و إن كان صالحاً)

Athar Ali bin Ma’bad 2 (dhaif)

و خرج أيضاً عن زاذان أن أبي عمر قال : لما دفن رسول الله صلى الله عليه و سلم ابنته زينب جلس عند القبر فتربد وجهه ، ثم سرى عنه فقال له أصحابه : رأينا وجهك يا رسول الله تربد آنفاً ، ثم سرى عنك . فقال النبي صلى الله عليه و سلم : ذكرت ابنتي و ضعفها ، و عذاب القبر فدعوت الله ففرج عنها ، و أيم الله لقد ضمت ضمة سمعها ما بين الخافقين .

Ali bin Ma’bad (w.218H) juga meriwayatkan daripada Zaadzaan Al Kindi, Abu Umar (زاذان الكندي , الكنيه: أبو عبد الله, أبو عمر. tabiin Kufah, w.82H), berkata, ketika Rasulullah ﷺ menguburkan puteri beliau, Zainab, beliau duduk di sisi kubur, maka wajah beliau pucat, lalu berubah menjadi ceria. Oleh kerana itu para sahabat bertanya, “Tadi kami melihat wajahmu pucat, wahai Rasulullah ﷺ , lalu berubah menjadi ceria,” Nabi ﷺ menjawab: “Aku ingat puteriku, kelemahannya dan azab kubur. Maka aku berdoa kepada Allah ‎ﷻ , lalu dilonggarkan baginya. Demi Allah‎ ﷻ , dia pun benar-benar dihimpit dengan suatu himpitan yang terdengar oleh makhluk antara timur dan barat.”

Tahqiq✍:
HR At Tabrani, Mu’jam Al Kabir, 1055; Ibn Jauzi, Al Maudhu’aat, 3/232 (الموضوعات – ابن الجوزي – ج ٣ – الصفحة ٢٣٢) kata Ibn Jauzi, tidak sahih daripada semua jalur riwayat tentang Zainab (هذا حديث لا يصح من جميع طرقه)
Muhaqqiq Dr Sadiq Muhammad Ibrahim, muhaqqiq al tazkirah, dhaif .

Kod/Bab 37-6: Himpitan Kubur terhadap Penghuninya walaupun dia orang soleh

(باب ما جاء في ضغط القبر على صاحبه و إن كان صالحاً)

Athar Ali bin Ma’bad 3 (dhaif)

و خرج أيضاً بسنده عن إبراهيم الغنوي عن رجل . قال : كنت عند عائشة فمرت جنازة صبي صغير فبكت . فقلت لها : ما يبكيك يا أم المؤمنين ؟ فقالت : هذا الصبي بكيت له شفقة عليه من ضمة القبر .

قلت : و هذا الخبر ، و إن كان موقوفاً على عائشة رضي الله عنه . فمثله لا يقال من جهة الرأي

Dan Ali bin Ma’bad (w.218H) juga meriwayatkan dengan sanadnya, daripada Ibrahim Al-Ghanawi (إبراهيم بن العلاء أبو هارون الغنوي بصري), daripada seorang lelaki, dia berkata, “Saya berada di sisi Aisyah رضي الله عنها , tiba-tiba jenazah anak kecil melalui di hadapan Aisyah رضي الله عنها maka beliau pun menangis. Kami bertanya kepadanya, ‘Kenapa menangis, wahai Ummul Mukminin?’ Dia menjawab, ‘Aku menangisi anak kecil ini, kerana kasihan kepadanya, dan dia pun akan mengalami himpitan kubur.’”

Saya (Al Qurthubi) katakan: Meskipun berita ini mauquf pada Aisyah رضي الله عنها , tetapi berita ini tidak mungkin dikatakan berasal daripada pendapat manusia biasa.

Takhrij✍;
Ibn Rajab Al Hanbali, Ahwal Al Qubur Wa Ahliha Ila An Nusyur, ms 104(أهوال القبور وأحوال أهلها إلى النشور) ulasan muhaqqiq Khalid Abdul Latif Darul kitab Al Arabi, dhaif kerana ada perawi yang tidak dikenali .

Kod/Bab 37-7: Himpitan Kubur terhadap Penghuninya walaupun dia orang soleh

(باب ما جاء في ضغط القبر على صاحبه و إن كان صالحاً)

Athar Umar bin Syubbah (dhaif) Bahagian 1

و قد روى عمر بن شبة في كتاب المدينة ـ على سكانها السلام ـ في ذكر وفاة فاطمة بنت أسد أم أمير المؤمنين علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال : بينما هو صلى الله عليه و سلم في أصحابه أتاه آت . فقال : إن أم علي و جعفر و عقيل قد ماتت . فقال : قوموا بنا إلى أمي قال : فقمنا كأن على رؤوسنا الطير . فلما انتهينا إلى الباب نزع قنيصه و قال : إذا كفنتموها فأشعروه إياه تحت أكفانها فلما خرجوا بها جعل رسول الله صلى الله عليه و سلم مرة يحمل ، و مرة يتقدم . و مرة يتأخر حتى انتهينا بها إلى القبر فتمعك في اللحد . ثم خرج و قال : أدخلوها بسم الله . و على اسم الله فلما دفنوها قام قائماً و قال : جزاك الله من أم . و ربيبة خيراً و سألناه عن نزع قميصه ، و تمعكه في اللحد ؟ فقال : أردت أن لا تمسها النار أبداً . إن شاء الله تعالى . و أن يوسع الله عليها قبرها و قال : ما عفى أحد من ضغطة القبر ، إلا فاطمة بنت أسد قيل يا رسول الله : و لا القاسم ابنك ؟ قال : و لا إبراهيم و كان أصغرهما ، و رواه أبو نعيم الحافظ عن عاصم الأحول عن أنس بمعناه . و ليس فيه السؤال بتمعكه إلى آخره .

Umar bin Syubbah*dalam kitab Al Madinah (sejarah Madinah) (semoga penduduknya sentiasa dalam keselamatan) seputar kisah kewafatan Fathimah bt Assad (bonda amirul Mukminin, Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه ), Ali رضي الله عنه meriwayatkan,” Ketika Nabi ﷺ bersama para sahabatnya, datang seorang pembawa khabar berkata, Bonda Ali, Jaafar dan Aqil telah meninggal dunia.” Nabi ﷺ berkata, Marilah kita pergi kepada bondaku.” [Fatimah bt Asad adalah laksana ibu kepada Nabi ﷺ kerana Nabi ﷺ dipelihara oleh Abu Thalib dan Fatimah selepas kewafatan datuknya Abdul Muttalib)

Kami semua bingkas dan di atas kepala-kepala kami seolah-olah ada burung (petanda kesedihan). Apabila kami sampai di pintu rumah, Nabi ﷺ melepaskan jubahnya dan berkata jurumandi wanita,” Apabila kamu mengafani, kafankan jubah ini di bawah kain kafannya.”

Dan ketika orang-orang keluar membawanya, Rasulullah ﷺ kadang-kadang ikut membawa, kadang-kadang maju ke depan, dan kadang-kadang mundur ke belakang, sehingga kami tiba di kubur. Lalu beliau ikut turun ke dalam kubur membuat liang lahad, sesudah itu keluar dan berkata, ‘Masukkan dia, Bismillaah Wa ‘Alaa Ismillaah [Dengan menyebut Nama Allah, dan atas Nama Allah].’ Dan setelah menguburkan, beliau berdiri dan berkata, ‘Semoga Allah‎ ﷻ membalas kebaikanmu, hai ibu dan pengasuh.’

Kami menanyakan kepada beliau, kenapa melepaskan baju dan turun ke dalam kubur membuat liang lahad. Maka beliau menjawab, ‘Aku ingin beliau tidak tersentuh api neraka selamanya, In Shaa Allah Ta’ala, dan agar Allah ‎ﷻ melapangkan kuburnya.’

Beliau berkata pula, ‘Tidak seorang pun selamat daripada himpitan kubur, kecuali Fathimah binti Asad.’ Maka seseorang bertanya, ‘Ya Rasulullah ﷺ , tidak jugakah Al-Qasim, puteramu itu?’ Maka beliau menjawab, ‘Bahkan tidak juga Ibrahim (anak Nabi ﷺ yang wafat ketika kecil), walaupun dia masih kecil”.

Tahqiq✍:
Dhaif kerana Umar bin Syubbah wafat 262H meriwayatkan daripada Ali رضي الله عنه sedangkan Ali رضي الله عنه wafat tahun 40 Hijrah .
————————————

*Umar bin Syubbah= Umar bin Syubbah bin Ubaidah bin Zayed bin Ra’ithah, Abu Zayd, wafat 262H Kufah, Iraqi, Thiqah (عمر بن شبة بن عبيدة بن زيد بن رائطة) .

Kod/Bab 37-8: Himpitan Kubur terhadap Penghuninya walaupun dia orang soleh

(باب ما جاء في ضغط القبر على صاحبه و إن كان صالحاً)

Hadith Anas رضي الله عنه (dhaif)

و رواه أبو نعيم الحافظ عن عاصم الأحول عن أنس بمعناه . و ليس فيه السؤال بتمعكه إلى آخره .

قال أنس : لما ماتت فاطمة بنت أسد بن هاشم أم علي بن أبي طالب رضي الله عنه دخل عليها رسول الله صلى الله عليه و سلم ، فجلس عند رأسها . فقال : رحمك الله يا أمي . كنت أمي بعد أمي . تجوعين و تشبعينني . و تعرين و تكسونني . و تمنعين نفسك طيب الطعام . و تطعمينني . تريدين بذلك وجه الله و الدار الآخرة . ثم أمر أن تغسل ثلاثاً فلما بلغ الماء الذي فيه الكافور سكبه رسول الله صلى الله عليه و سلم بيده ، ثم خلع رسول الله صلى الله عليه و سلم قميصه و ألبسها إياه و كفنها فوقه . ثم دعا رسول الله صلى الله عليه و سلم : أسامة بن زيد و أبا أيوب الأنصاري ، و عمر بن الخطاب و غلاماً أسود يحفرون قبرها ، فلما بلغوا اللحد حفره رسول الله صلى الله عليه و سلم ، و أخرج ترابه بيده ، فلما فرغ دخل رسول الله صلى الله عليه و سلم فاضطجع فيه ثم قال : الحمد لله الذي يحيي و يميت ، و هو حي لا يموت اغفر لأمي فاطمة بنت أسد و لقنها حجتها و وسع عليها مدخلها بحق نبيك و الأنبياء الذين من قبلي إنك أرحم الراحمين و كبر عليها أربعاً و أدخلها اللحد هو و العباس و أبو بكر الصديق رضي الله عنهم أجمعين .

Redaksi hadith ini diriwayatkan pula oleh Abu Nu’aim daripada Ashim Al-Ahwal, daripada Anas رضي الله عنه , dengan berbeza redaksi tetapi sama maknanya)

Anas رضي الله عنه berkata: Sepeninggalan Fathimah binti Asad bin Hasyim, ibu Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه , Rasulullah ﷺ datang menjenguknya, lalu duduk di sisi kepalanya. Beliau bersabda, “Semoga Allah ‎ﷻ merahmatimu wahai ibuku. Engkau adalah ibuku setelah ibuku. Engkau lapar demi mengenyangkan aku. Engkau tidak berpakaian demi memberiku pakaian. Engkau menahan dirimu daripada makanan enak demi memberiku makan. Dengan itu semua, engkau mengharap redha Allah dan negeri Akhirat.”

Kemudian beliau menyuruh jasadnya dimandikan tiga kali basuhan. Dan tatkala sampai pada air yang dicampur kapur barus, beliau menuangkan sendiri dengan tangan beliau. Selanjutnya Rasulullah ﷺ melepaskan baju beliau dan mengenakannya pada jasad ibu saudaranya itu, lalu ditutupnya dengan kain kafan di atasnya .

Kemudian Rasulullah ﷺ memanggil Usamah bin Zaid, Abu Ayyub Al-Anshari, Umar bin Al-Khathab dan seorang budak hitam untuk menggali kuburnya. Dan tatkala sampai pada liang lahad, Rasulullah ﷺ ikut menggali dan mengeluarkan tanah dengan tangan beliau. Setelah selesai, Rasulullah ﷺ masuk dan membaringkan mayit di dalamnya, lalu beliau bersabda, “Alhamdulillaah, segala puji bagi Allah‎ ﷻ yang menghidupkan dan mematikan. Dia Maha Hidup, tidak akan mati. Ampunilah ibuku, Fathimah binti Asad, ajarilah dia hujahnya, lapangkanlah baginya tempat masuknya, atas hak Nabi-Mu dan para Nabi sebelumku. Sesungguhnya Engkau Maha pengasih di antara yang mengasihi.”

Rasulullah ﷺ mensalati ibu saudaranya itu empat kali takbir, dan memasukkannya sendiri ke dalam liang lahad bersama Al-Abbas dan Abu Bakar Ash-Shiddiq رضي الله عنه .

Takhrij/Tahqiq✍:
HR Abu Nuaim, Al Hilyah, 3/121, komen Abu Nuaim, ghareeb kerana perawi Ruh bin Solah, dhaif; Juga Al Haakim, Al Mustadrak, 3/108 daripada Ali رضي الله عنه , Ibn Abdil Barr, Al Isti’ab, 4/1891, Ibn Athir, Asadul Ghaabah, 5/217 .

Tahqiq✍: Didhaifkan oleh Daruqutni, demikian naqal ibn Hajar, 2/446, Ibn Ady, Al kaamil, 3/1005, Ibn Jauzi, Al Ilal Al Mutanahiah, no 433
muktamad dhaif, Syaikh Al Albani, silsilah Al Dhaifah 23, At Tawasul, ms 111 .

#ILMU
#AMAL
#PRIHATIN

SOAL JAWAB FIQH SUNNAH: Perlukah Menyatakan Nama Pemberi Waqaf?

0

🔴 Apabila menjadi wakil bagi suatu urusan waqaf, adakah perlu menyebutkan waqaf itu dilakukan atas nama seseorang atau si mati?

Antara contoh waqaf ialah membelikan beberapa mushaf, mesin penapis air, pendingin hawa dan sebahagiannya bagi kegunaan surau setempat.

✅ Ia perlu untuk tujuan perundangan ‘legal purposes’ (mengikut undang-undang) iaitu sebagai mematuhi peraturan SOP Waqaf

Terdapat dua opsyen bagi sadaqah dan waqaf:

  1. Dirahsiakan, ini lebih baik.
  1. Dizahirkan, ini untuk memberi motivasi kepada penderma yang lain dan orang yang menggunakan barangan waqaf mendoakan kepadanya.

Dalil firman Allah ﷻ:

إِنْ تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِنْ تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنْكُمْ مِنْ سَيِّئَاتِكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ.

“Jika kamu menampakkan sadaqah(mu), maka itu adalah baik. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

[Al-Baqarah: 271]

Kebiasaannya, institusi yang bakal menerima aset wakaf akan meminta butiran pewakaf atau wakilnya untuk tujuan rekod aset, contoh mewakafkan 100 naskhah mushaf kepada Maahad Tahfiz, pengetua akan meminta nama pewakaf sebagai rekod aset tersebùt yang bermaksud pengetua dan pegawai Maahad sahaja yang tahu siapa yang menderma.

#Ilmu#Prihatin#Amal

La Tahzan 250: Bahan Bukti untuk bersikap Optimis (براهينُ تدعوك للتفاؤلِ)

0

💫🌟💫🌟

La Tahzan 250: Bahan Bukti untuk bersikap Optimis (براهينُ تدعوك للتفاؤلِ)

في كتابِ « حُسْنِ الظَّنّ باللهِ » لابن أبي الدنيا ، واحدٌ وخمسون ومائة نصٍّ ، ما بين آيةٍ وحديث ، كلُّها تدعوك إلى التفاؤلِ ، وترْكِ اليأسِ والقنوطِ ، والمُثابرَة على حُسْنِ الظَّنِّ وحُسْنِ العَمَلِ ، حتى إنك لتجدُ نصوصَ الوعدِ أعْظَمَ منْ نصوصِ الوعيدِ ، وأدلَّةَ التهديدِ ، وقد جعل اللهُ لكلِّ شيءٍ قدراً

Ibn Abi Dunya (Baghdad, w.281H) dalam kitabnya Husnul Dzan Billah* (Berbaik sangka kepada Allah) menukil 151 nas-nas (daripada Al-Qur’an dan Hadith) seputar selalu bersikap optimis, menjauhi putus asa, sentiasa husnul dzan kepada Allah ‎ﷻ dan berusaha sebaiknya. Daripada 151 nas-nas tersebut, janji-janji Allah ‎ﷻ untuk memberi balasan amal lebih banyak daripada ancaman menghukum kesalahan manusia. Rahmat Allah‎ ﷻ lebih banyak daripada memberi hukuman. Allah ‎ﷻ telah menetapkan ketentuan-Nya di sebalik setiap sesuatu.

✳️ Husnul Dzan Billah, Dar Tayyibah, Riyadh, KSA, 1988, tahqiq: Mukhlash Muhammad An Nashr

La Tahzan 249: Anda sedang Berhubung dengan Yang Maha pengasih (أنت تتعاملُ مع أرحمِ الراحمين)

0

🕊🌿🕊🌿🕊

La Tahzan 249: Anda sedang Berhubung dengan Yang Maha pengasih (أنت تتعاملُ مع أرحمِ الراحمين)

Kuasa Taubat Nasuha

إن لفت نَظَرَك هذا الحديثُ ، فقد لفت نظري أيضاً ، وهو ما رواه أحمد وأبو يعلى والبزارُ والطبرانيُّ ، أنَّ شيخاً كبيراً أتى النبي – صلى الله عليه وسلم – وهو مُدَّعِمٌ على عصا ، فقال : يا نبيَّ اللهِ ، إنَّ لي غدراتٍ وفجراتِ ، فهل يُغفرُ لي ؟ فقال النبي – صلى الله عليه وسلم – : (( تشهدُ أنْ لا إله إلا اللهُ وأنَّ محمداً رسول الله ؟)) قال : نعمْ يا رسول اللهِ . قال : (( فإن الله قد غفر لك غدراتِك وفجراتِك)) . فانطلق وهو يقول : اللهُ أكبرُ ، اللهُ أكبرُ

Sebuah hadith yang menarik sekali, HR Ahmad, Abu Ya’la, At Tabrani,
“Seorang tua datang kepada Nabi ﷺ dalam keadaan bertongkat. Orang tua tersebut berkata, ‘Wahai Nabi Allah, aku banyak melakukan dosa dan kejahatan, apakah aku masih boleh mendapat keampunan?’ Nabi ﷺ bersabda, ” (Jika) engkau bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan bahswa Muhammad utusan Allah.’ Orang tua tersebut berkata, ‘Ya, wahai Rasulullah.’ Nabi ﷺ bersabda, ‘Sesungguhnya Allah telah mengampuni seluruh perbuatan keji dan mungkar yang engkau telah lakukan.” Setelah itu, orang tersebut pergi sambil berkata, ‘Allahu akbar, Allahu akbar’.”

🔏 Tahqiq:

Syeikh Syuaib Al Arnaout, takhrij Al Musnad 19,432, perawi: Amru bin Abasah
Status hadith: hasan dengan penguat
HR Ahmad, Ibn Abi Dunya, Husnul Dzann Billah No. 144, At Tabrani, Musnad al Syaamin 3500

الراوي : عمرو بن عبسة | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند
الصفحة أو الرقم: 19432 | خلاصة حكم المحدث : صحيح بشواهده
التخريج : أخرجه أحمد (19432) واللفظ له، وابن أبي الدنيا في ((حسن الظن بالله)) (144)، والطبراني في ((مسند الشاميين)) (3500)

Tafsir Surah Al-Maidah: Tafsir Ayat Ke-67 hingga ke-70

0

Tafsir Surah Al-Maidah
Tafsir Ayat Ke-67

Ini adalah bahagian kedua daripada Surah Maidah sehinggalah kepada ayat ke-120. Ia mengandungi perbahasan dari segi akidah. Ia dimulakan penafian iktikadi (pegangan dan pemahaman) dahulu dan akhir nanti akan disebut penafian dari segi syirik amali (perbuatan).

يَـٰٓأَيُّہَا الرَّسولُ بَلِّغ ما أُنزِلَ إِلَيكَ مِن رَّبِّكَ ۖ وَإِن لَّم تَفعَل فَما بَلَّغتَ رِسالَتَهُ ۚ وَاللَّهُ يَعصِمُكَ مِنَ النّاسِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لا يَهدِي القَومَ ٱلكَـٰفِرِينَ

Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan risalah-Nya. Dan Allah akan memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.

يَـٰٓأَيُّہَا الرَّسولُ بَلِّغ ما أُنزِلَ إِلَيكَ مِن رَّبِّكَ

Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu.

Rasul mesti menyampaikan wahyu yang telah diberikan kepada baginda. Walaupun dalam ayat ini, hanya diseru Rasulullah ﷺ, akan tetapi termasuk juga seruan itu kepada kita sebagai umat baginda. Kita mestilah meneruskan dakwah Nabi ﷺ dan sampaikan wahyu ini kepada manusia.

Persoalannya sekarang, adakah kita telah melakukan tugas itu? Apabila difikirkan amat sedikit sekali usaha kita, takut sekali yang kita tidak menjalankan seruan dalam ayat ini. Takut kita akan ditanya tentang tanggungjawab ini.

وَإِن لَّم تَفعَل فَما بَلَّغتَ رِسالَتَهُ

Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan risalah-Nya.

Nabi ﷺ diingatkan dan diarahkan dalam ayat ini, hendaklah tabligh (sampaikan) apa sahaja yang diturunkan kepada baginda, jangan tinggal satu ayat pun. Dan kalau baginda simpan satu ayat pun sudah tidak dikira sebagai tabligh. Oleh itu, kita jangan ajar ayat Al-Qur’an tidak cukup. Dan maksud tabligh kena sampaikan semua sekali ayat-ayat Al-Qur’an.

Jangan sembunyikan satu ayat pun walaupun ia ayat yang kita rasa berat bagi kita kerana mungkin kita ada terasa ngeri untuk sampaikan mana-mana ayat disebabkan takut masyarakat susah untuk terima. Tetapi ini tidak boleh, kita tetap kena sampaikan.

Dan kita kena terus sampaikan ayat-ayat Allah ‎ﷻ ini kepada manusia. Ramai yang rasa senang diri sahaja selepas belajar, mereka simpan sendiri dan tidak beritahu kepada orang lain. Ini amat bahaya kerana Allah‎ ﷻ sudah suruh kita sampaikan dan kalau kita tidak sampaikan, kita telah menolak satu ayat Allah ‎ﷻ.

Maka kita tidak boleh berhenti daripada menyampaikan kepada manusia. Dakwah hendaklah dijalankan kepada non-muslim dan juga kepada golongan Muslim juga. Ini kerana ramai juga Muslim yang tidak kenal wahyu.

Dan dengan pastinya kita kena yakin yang Nabi Muhammad ﷺ telah menjalankan amanah yang diletakkan kepada baginda untuk menyampaikan wahyu kepada manusia, tidak satu pun yang ditinggalkan. Lihatlah hadith ini:

Imam Bukhari رحمه الله mengatakan sehubungan dengan tafsir ayat ini, bahawa telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Yusuf, telah menceritakan kepada kami Sufyan, daripada Ismail, daripada Asy-Sya’bi, daripada Masruq, daripada Siti Aisyah رضي الله عنها yang mengatakan, “Barang siapa yang mengatakan bahawa Muhammad ﷺ menyembunyikan sesuatu daripada apa yang diturunkan oleh Allah ‎ﷻ kepadanya, sesungguhnya dia telah berdusta,” seraya membacakan firman-Nya: Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu. [ Al-Maidah:67 ] hingga akhir ayat.

Di dalam kitab Sahihain, daripada Aisyah رضي الله عنها disebutkan bahawa beliau pernah mengatakan,

لَوْ كَانَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَاتِمًا مِنَ الْقُرْآنِ شَيْئًا لَكَتَمَ هَذِهِ الْآيَةَ: {وَتُخْفِي فِي نَفْسِكَ مَا اللَّهُ مُبْدِيهِ وَتَخْشَى النَّاسَ وَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ تَخْشَاهُ}
“Seandainya Muhammad ﷺ menyembunyikan sesuatu daripada Al-Qur’an, nescaya dia akan menyembunyikan ayat ini,” iaitu firman-Nya: sedangkan kamu menyembunyikan di dalam hatimu apa yang Allah akan menyatakannya, dan kamu takut kepada manusia, sedangkan Allah-lah yang lebih berhak untuk kamu takuti [ Al Ahzab:37 ]

Maksud hadith ini, Nabi Muhammad ﷺ tidak menyembunyikan langsung wahyu. Baginda sampaikan walaupun mungkin hati baginda berat untuk menyampaikannya.

Oleh itu, amat pelik dan jahil sekali puak sufi dan tarekat yang mengatakan, ada ilmu rahsia yang Nabi ﷺ tidak sampaikan kepada semua umat tetapi diberikan kepada pihak tertentu sahaja. Ini adalah berlawanan dengan maksud ayat Al-Qur’an ini dan hadith yang sahih dan juga akal yang waras.

Mereka kata ada ilmu yang Nabi ﷺ beri kepada orang tertentu sahaja seperti Saidina Ali رضي الله عنه, iaitu ilmu-ilmu rahsia yang baginda rasa sahabat-sahabat lain tidak mampu untuk memahaminya. Memang kalau hendak masuk tarekat, kena tinggalkan akal yang waras, baru boleh terima kata-kata guru mereka. Bayangkan, mereka hina dan tuduh Nabi ﷺ sembunyikan ilmu!

Dan mereka perasan mereka lebih hebat daripada hampir keseluruhan para sahabat. Bayangkan, mereka kata ada ilmu yang para sahabat tidak mampu untuk faham, tidak mampu dibawa. Akan tetapi, tiba-tiba mereka puak-puak tarekat itu pula mampu bawa! Jadi mereka hendak kata mereka lebih hebat daripada para sahabat yang ramai-ramai itulah! Ini amatlah menggelikan hati.

Daripada Harun ibnu Antrah, daripada ayahnya yang menceritakan bahawa ketika dia berada di hadapan Ibnu Abbas رضي الله عنهما, tiba-tiba datanglah seorang lelaki. Kemudian lelaki itu berkata, “Sesungguhnya banyak orang yang datang kepada kami. Mereka menceritakan kepada kami bahawa pada kalian terdapat sesuatu yang belum pernah Rasulullah ﷺ jelaskan kepada orang lain.” Maka Ibnu Abbas رضي الله عنهما menjawab, “Bukankah kamu ketahui bahawa Allah ‎ﷻ telah berfirman: Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu. (Al-Maidah: 67) Demi Allah, Rasulullah ﷺ tidak mewariskan kepada kami (ahlul bait) sesuatu hal yang disembunyikan.” Sanad atsar ini berpredikat jayyid.

Golongan tarekat mengatakan ada perkara yang Rasulullah ﷺ hanya sampaikan kepada orang tertentu sahaja seperti Saidina Ali رضي الله عنه. Kemudian Saidina Ali رضي الله عنه pun hanya ajarkan kepada orang tertentu sahaja kerana ilmu itu rahsia dan takut ada yang tidak faham kalau disampaikan kepada mereka. Ini juga adalah tohmahan. Mana mungkin Saidina Ali رضي الله عنه menyembunyikan ilmu agama.

Hal ini disebutkan di dalam kitab Sahih Bukhari melalui Riwayat Abu Juhaifah, iaitu Wahb ibnu Abdullah As-Sawa-i, yang menceritakan bahawa dia pernah bertanya kepada Khalifah Ali ibnu Abu Talib رضي الله عنه;

“Apakah dalam kalangan kalian (ahlul bait) terdapat sesuatu daripada wahyu yang tidak terdapat di dalam Al-Qur’an?” Maka Khalifah Ali رضي الله عنه menjawab, “Tidak, demi Tuhan yang menumbuhkan biji-bijian dan yang menciptakan manusia, kecuali hanya pemahaman yang diberi­kan oleh Allah kepada seseorang mengenai Al-Qur’an dan apa yang terdapat di dalam lembaran ini.” Aku bertanya, “Apakah yang terdapat di dalam lembaran ini?” Khalifah Ali ibnu Abu Talib رضي الله عنه menjawab, “Masalah aql (diat), mem­bebaskan tawanan, dan seorang muslim tidak boleh dihukum mati kerana membunuh seorang kafir.”

Lihatlah yang pada zaman Saidina Ali رضي الله عنه pun sudah ada orang yang pusing kata ada ilmu rahsia. Tidak selesai lagi pemahaman itu dalam masyarakat kita. Menariknya, puak tarekat semua kata ilmu mereka dapat dari jaluran Saidina Ali رضي الله عنه. Lihatlah dalam hadith ini, Saidini Ali رضي الله عنه sendiri kata tidak ada ilmu rahsia. Kalaulah sesuatu ilmu itu penting, kenapa perlu dirahsiakan? Bukankah kalau penting perlu disampaikan kepada semua?

Di dalam kitab Sahih Muslim disebutkan daripada Jabir ibnu Abdullah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda dalam khutbah Haji Wada’nya:

“أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّكُمْ مَسْئُولُونَ عَنِّي، فَمَا أَنْتُمْ قَائِلُونَ؟ ” قَالُوا: نَشْهَدُ أَنَّكَ قَدْ بَلّغت وأدّيتَ وَنَصَحْتَ. فَجَعَلَ يَرْفَعُ إِصْبَعَهُ إِلَى السَّمَاءِ ويَقلبها إِلَيْهِمْ وَيَقُولُ: “اللَّهُمَّ هَلْ بَلَّغْتُ، اللَّهُمَّ هَلْ بَلَّغْتُ”.
Hai manusia, sesungguhnya kalian akan ditanyai mengenai diriku, maka apakah yang akan kalian katakan? Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahawa engkau telah menunaikan risalah dan menyampaikan amanat serta menasihati umat.” Maka Rasulullah ﷺ mengangkat jari telunjuknya ke langit, lalu menun­jukkannya kepada mereka seraya bersabda: Ya Allah apakah aku telah menyampaikan?

Di akhirat nanti, apa agaknya jawapan puak-puak tarekat tentang Nabi Muhammad ﷺ? Adakah mereka akan sanggup mengatakan ada perkara tentang agama yang Nabi ﷺ hanya sampaikan kepada orang-orang tertentu sahaja?

وَاللَّهُ يَعصِمُكَ مِنَ النّاسِ

Dan Allah akan memelihara engkau daripada manusia.

Allah ‎ﷻ akan melindungi Rasulullah ﷺ daripada kejahatan manusia jika baginda sampaikan kebenaran. Jadi baginda tidak perlu takut. Ini adalah janji yang penting kerana kalau kita sampaikan semua wahyu, akan ada yang tidak suka dan marah kita. Dan mungkin buat sesuatu yang buruk kepada kita. Allah‎ ﷻ beritahu dalam ayat ini yang Dia akan melindungi kita daripada manusia lain.

Semasa awal Islam, semasa Nabi ﷺ menyampaikan dakwah kepada manusia, Nabi ﷺ ada empat orang sahabat yang mengiringi baginda. Mereka duduk di kiri, kanan, depan dan belakang belakang baginda untuk mengawal dan jaga baginda kalau-kalau ada yang hendak buat perkara tidak elok kepada baginda.

Namun selepas ayat ini turun, Nabi ﷺ terus tidak perlukan pengawal lagi. Nabi ﷺ suruh mereka pergi kerana baginda yakin yang Allah ‎ﷻ akan jaga baginda. Memang Nabi ﷺ dulunya takut juga kalau-kalau baginda diapa-apakan oleh manusia yang jahat. Seperti yang disebutkan oleh Imam Ahmad رحمه الله:

كَمَا قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ:حَدَّثَنَا يَزِيدُ، حَدَّثَنَا يَحْيَى، قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَامِرِ بْنِ رَبِيعَةَ يُحَدِّثُ: أَنَّ عَائِشَةَ كَانَتْ تُحَدِّثُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَهِر ذَاتَ لَيْلَةٍ، وَهِيَ إِلَى جَنْبِهِ، قَالَتْ: فقلتُ: مَا شَأْنُكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: “لَيْتَ رَجُلًا صَالِحًا مِنْ أَصْحَابِي يَحْرُسُنِي اللَّيْلَةَ؟ ” قَالَتْ: فَبَيْنَا أَنَا عَلَى ذَلِكَ إِذْ سَمِعْتُ صَوْتَ السِّلَاحِ فَقَالَ: “مَنْ هَذَا؟ ” فَقَالَ: أَنَا سَعْدُ بْنُ مَالِكٍ. فَقَالَ: “مَا جَاءَ بِكَ؟ ” قَالَ: جِئْتُ لِأَحْرُسَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَتْ: فَسَمِعْتُ غَطِيطَ رسول الله صلى الله عليه وسلم في نَوْمِهِ.
Telah menceritakan kepada kami Yazid, telah menceritakan kepada kami Yahya yang mengatakan bahawa ia pernah mendengar Abdullah ibnu Amir ibnu Rabi’ah menceritakan, “Siti Aisyah رضي الله عنها pernah bercerita bahawa di suatu malam Rasulullah ﷺ berjaga, sedangkan Siti Aisyah رضي الله عنها berada di sisinya. Siti Aisyah رضي الله عنها bertanya, ‘Apakah gerangan yang membuatmu gelisah, wahai Rasulullah ﷺ?’ Maka Rasulullah ﷺ bersabda: Mudah-mudahan ada seorang lelaki saleh daripada sahabatku yang mahu menjagaku malam ini’.” Siti Aisyah رضي الله عنها melanjutkan kisahnya, “Ketika kami berdua dalam keadaan demikian, tiba-tiba aku (Aisyah) mendengar suara senjata, maka Rasulullah ﷺ bertanya, ‘Siapakah ini?’ Seseorang menjawab, ‘Saya Sa’d ibdu Malik.’ Rasulullah ﷺ bertanya, ‘Apa yang sedang kamu lakukan?’ Sa’d menjawab, ‘Aku datang untuk menjagamu, wahai Rasulullah’.” Siti Aisyah رضي الله عنها melanjutkan kisahnya, “Tidak lama kemudian aku mendengar suara tidur Rasulullah ﷺ.” Imam Bukhari رحمه الله dan Imam Muslim رحمه الله mengetengahkannya melalui jalur Yahya ibnu Sa’id Al-Ansari dengan lafaz yang sama.

Dengan turunnya ayat daripada Surah Maidah ini, maka baginda tidak lagi berasa takut dan tidak memerlukan pengawal lagi. Ini disebut di dalam satu hadith:

قَالَ ابْنُ أَبِي حَاتِمٍ: حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مَرْزُوقٍ الْبَصْرِيُّ نَزِيلُ مِصْرَ، حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا الْحَارِثُ بْنُ عُبَيد -يَعْنِي أَبَا قُدَامَةَ-عَنِ الجُرَيري، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَقِيق، عَنْ عَائِشَةَ [رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا] قَالَتْ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحْرَس حَتَّى نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ: {وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ} قَالَتْ: فَأَخْرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رأسه من القُبَّة، وقال: “يأيها النَّاسُ، انْصَرِفُوا فَقَدْ عَصَمَنِي اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ”.
Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ibrahim ibnu Marzuq Al-Basri yang tinggal di Mesir, telah menceritakan kepada kami Muslim ibnu Ibrahim, telah menceritakan kepada kami Al-Haris ibnu Ubaid (yakni Abu Qudamah), daripada Al- Jariri, daripada Abdullah ibnu Syaqiq, daripada Siti Aisyah رضي الله عنها yang menceritakan bahawa Nabi ﷺ selalu dikawal dan dijaga sebelum ayat ini diturunkan, iaitu firman-Nya: Allah memelihara kamu daripada (gangguan) manusia [ Al-Maidah: 67 ]. Siti Aisyah رضي الله عنها melanjutkan kisahnya, “Setelah itu Rasulullah ﷺ mengeluarkan kepala dari khemahnya dan bersabda: Hai manusia, bubarlah kalian, sesungguhnya Allah ‎ﷻ telah menjaga diri kami.”

Banyak kisah bagaimana Nabi Muhammad ﷺ diselamatkan daripada rancangan manusia untuk membunuh baginda. Orang Yahudi pernah melancarkan tipu muslihat terhadap diri Nabi ﷺ melalui sihir, tetapi Allah ‎ﷻ memelihara diri Nabi ﷺ daripada keja­hatan sihir mereka, dan diturunkan-Nya kepada Nabi ﷺ dua surah mu’awwizah sebagai ubat untuk menangkal penyakit itu.

Dan ketika seorang Yahudi meracuni masakan kaki kambing yang mereka kirimkan kepadanya di Khaibar, Allah ‎ﷻ memberitahukan hal itu kepada Nabi ﷺ dan memelihara diri Nabi ﷺ daripada racun tersebut. Oleh itu, dengan amalan tabligh, Allah ‎ﷻ akan selamatkan kita daripada gangguan manusia.

إِنَّ اللَّهَ لا يَهدِي القَومَ ٱلكَـٰفِرِينَ

Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.

Malangnya, bagi golongan yang menentang kebenaran, mereka tidak akan mendapat pentunjuk hidayah daripada Allah ‎ﷻ. Kalau kita dakwah kepada mereka pun, mereka tidak dapat hendak terima kerana hati mereka telah ditutup. Tetapi ini bukanlah masalah kita, kerana kita hanya sampaikan sahaja. Maka jangan kita terkesan sangat kalau ada yang tidak mahu terima dakwah kita kerana hidayah itu milik Allah ‎ﷻ dan diberikan-Nya kepada sesiapa yang layak dan mahu sahaja.

 

Tafsir Ayat Ke-68

Apabila diberitahu semua wahyu kita kena sebar dan sampaikan kepada manusia, bagaimana pula kalau kita sembunyikan? Bagaimana kalau tidak diamalkan? Maka ayat ini tentang mengamalkan ajaran wahyu yang Allah ‎ﷻ telah berikan.

Tidak dikira beragama kalau tidak menegakkan agama dengan sepenuhnya. Sebenarnya golongan Yahudi dan Nasara, mereka bukan tidak sebar langsung ajaran agama mereka, tetapi mereka sebar sebahagian sahaja dan yang sebahagian lagi mereka sorok. Allah ‎ﷻ kata mereka tidak termasuk dalam apa-apa agama pun, kerana syarat beragama itu adalah kena sebar semua sekali.

Bagaimana kalau orang Islam pun buat begitu juga? Apakah tidak dikenakan dengan kriteria yang sama dengan mereka?

قُل يٰأَهلَ الكِتٰبِ لَستُم عَلىٰ شَيءٍ حَتّىٰ تُقيمُوا التَّورٰةَ وَالإِنجيلَ وَما أُنزِلَ إِلَيكُم مِّن رَّبِّكُم ۗ وَلَيَزيدَنَّ كَثيرًا مِّنهُم مّا أُنزِلَ إِلَيكَ مِن رَّبِّكَ طُغيٰنًا وَكُفرًا ۖ فَلا تَأسَ عَلَى القَومِ الكٰفِرينَ

Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikit pun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil, dan Al-Qur’an yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu”. Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu (Muhammad) daripada Tuhanmu akan menambah kederhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan daripada mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu.

قُل يٰأَهلَ الكِتٰبِ لَستُم عَلىٰ شَيءٍ

Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikit pun

Seperti yang kita tahu, golongan Ahli Kitab sudah dapat kitab wahyu sebelum kita lagi. Mereka telah lama ada agama dan mereka juga telah banyak dibangkitkan dengan para Nabi silih berganti. Tetapi mereka tidak dikira beragama sehinggalah mereka menegakkannya. Kalau dapat kitab wahyu sahaja, belumlah cukup lagi melainkan kalau ia diamalkan dan disebarkan.

حَتّىٰ تُقيمُوا التَّورٰةَ وَالإِنجيلَ

hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil,

Mereka tidak dikira berada di atas amalan agama atau akidah pun sehingga mereka dapat menegakkan hukum dalam Taurat dan Injil semua sekali. Ini bukan bermaksud tegak biasa sahaja, tetapi kena sempurnakan semua sekali apa sahaja tuntutan dalam amalan dan dalam iktikad.

Kalau mereka tidak menegakkan apa yang telah disuruh dalam kitab wahyu mereka, maka mereka tidak ada asas, tidak ada harga dan tidak layak pun untuk hidup. Begitulah maksudnya lebih kurang iaitu mereka itu hidup sahaja, tetapi tiada harga.

وَما أُنزِلَ إِلَيكُم مِّن رَّبِّكُم

dan apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu

Jika tadi tentang Kitab Wahyu mereka, sekarang tentang Al-Qur’an pula. Apabila Al-Qur’an telah diturunkan, mereka juga kena tegakkan wahyu Allah ‎ﷻ yang telah disampaikan kepada Nabi Muhammad ﷺ dalam bentuk Al-Qur’an dan hadith Nabi ﷺ. Oleh itu, yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Al-Qur’an.

Jadi, bukanlah orang Yahudi kena menggunakan Taurat dan orang Kristian kena menggunakan Injil pula. Ini kerana dua kitab itu sudah mansukh. Mereka kena masuk Islam dan beramal dengan syariat Islam. Ini kena disebut kerana ada juga yang berfahaman, kitab Taurat dan Injil masih boleh dipakai lagi. Bila ditanya bagaimana hendak menggunakannya sebab kitab-kitab itu sudah diubah. Mereka jawab: “Itu mereka kena cari sendiri.”

Sudah jadi satu kerja pula untuk cari kitab asal mereka. Bukankah senang jika menggunakan sahaja kitab Al-Qur’an ini? Inilah jalannya kerana kalau kita mengamalkan syariat dan ajaran dalam Al-Qur’an, memang sudah diamalkan apa yang ada di dalam Taurat dan Injil. Ini kerana apa sahaja yang masih menjadi syariat di dalam Taurat dan Injil, sudah ada dalam Al-Qur’an. Maka kita amalkan tiga-tiga sekali iaitu Taurat, Injil dan juga Al-Qur’an.

Maka syariat mestilah diikuti. Ini juga ada nasihat kepada golongan sufi tarekat yang seperti tidak menghiraukan syariat lagi. Pada mereka, ada yang beranggapan sufi itu lebih tinggi daripafa syariat dan kerana itu ada perkara yang dilakukan sudah tidak ikut syariat. Sebab itu bahaya kalau belajar tarekat tanpa ilmu syariat. Sentiasa sahaja ditipu.

Perbincangan dari segi bahasa: Bila disebut Taurat dan Injil, Allah ‎ﷻ menggunakan nama Kitab itu terus. Namun bila disebut tentang Al-Qur’an, Allah ‎ﷻ sebut secara kiasan: وَما أُنزِلَ إِلَيكُم مِّن رَّبِّكُم. Kenapa tidak disebut terus nama Al-Qur’an seperti disebut Taurat dan Injil?

Ini kerana apa yang diberikan kepada Nabi Muhammad ﷺ bukan hanya Al-Qur’an, tetapi pemahaman wahyu yang lain. Sebab itu kita tidak menggunakan Al-Qur’an sahaja sebagai syariat. Kita kena juga belajar Sunnah daripada Rasulullah ﷺ. Ini kerana ia juga wahyu dan sebahagian daripada syariat. Salah faham tentang hal inilah yang menyebabkan ada golongan Qur’aniyyun, Quranist, Anti-Hadith atau apa-apa sahaja nama yang mereka gunakan.

Mereka kononnya sangka Al-Qur’an sahaja sudah cukup. Tidak benar begitu kerana penjelasan tentang Al-Qur’an adalah daripada apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad ﷺ dalam bentuk Sunnah. Jadi jika di tolak Sunnah, maka itu sudah sesat dan menyesatkan. Nabi ﷺ sudah mengingatkan tentang golongan ini:

عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال ألا إني أوتيت الكتاب ومثله معه ألا يوشك رجل شبعان على أريكته يقول عليكم بهذا القرآن فما وجدتم فيه من حلال فأحلوه وما وجدتم فيه من حرام فحرموه ألا لا يحل لكم لحم الحمار الأهلي ولا كل ذي ناب من السبع ولا لقطة معاهد إلا أن يستغني عنها صاحبها ومن نزل بقوم فعليهم أن يقروه فإن لم يقروه فله أن يعقبهم بمثل قراه
Daripada Al Miqdam bin Ma’di Karib daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda, “Ketahuilah, sesungguhnya aku diberi Al -Qur’an dan yang semisal bersamanya (As Sunnah). Ditakuti ada seorang laki-laki yang dalam keadaan kekenyangan duduk di atas kursinya berkata, “Hendaklah kalian berpegang teguh dengan Al-Qur’an! Apa yang kalian dapatkan dalam Al-Qur’an daripada perkara halal maka halalkanlah. Dan apa yang kalian dapatkan dalam Al-Qur’an daripada perkara haram maka haramkanlah. Ketahuilah! Tidak dihalalkan bagi kalian daging himar jinak, daging binatang buas yang bertaring dan barang temuan milik orang kafir mu’ahid (kafir dalam janji perlindungan penguasa Islam, dan barang temuan milik Muslim lebih utama) kecuali pemiliknya tidak memerlukannya. Dan barangsiapa singgah pada suatu kaum hendaklah mereka menyediakan tempat, jika tidak memberikan tempat hendaklah memberikan perlakukan sesuai dengan sikap jamuan mereka.”
(Sunan Abu Daud (3988)) Status Sahih.

Syarah: daripada hadith ini kita diajar yang Sunnah Nabi ﷺ pun perlu diambil kira. Jangan hanya rujuk Al-Qur’an sahaja kerana ada juga penerangan tentang syariat daripafa kata-kata Rasulullah ﷺ yang dipanggil hadith.

وَلَيَزيدَنَّ كَثيرًا مِّنهُم مّا أُنزِلَ إِلَيكَ مِن رَّبِّكَ طُغيٰنًا وَكُفرًا

Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu (Muhammad) daripada Tuhanmu akan menambah kederhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan daripada mereka;

Namun begiu, tidaklah akan bersurut kedegilan mereka. Malah akan bertambah kedegilan mereka dengan sebab turunnya wahyu itu kepada Nabi Muhammad ﷺ. Mereka akan menjadi semakin derhaka dan kufur.

Jika dahulu, mereka tolak wahyu dalam kitab mereka sahaja, sekarang, mereka tolak sekali wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad ﷺ sekali. Sebab itu dikatakan bertambah kederhakaan mereka dan kekafiran mereka itu.

فَلا تَأسَ عَلَى القَومِ الكٰفِرينَ

maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu.

Ini adalah ayat tasliah (pujukan) keada Rasulullah ﷺ. Apabila mereka tolak apa yang disampaikan oleh Nabi ﷺ, tentu Nabi ﷺ sedih. Kita pun tahu yang Nabi Muhammad ﷺ itu seorang yang lembut hatinya dan amat prihatin kepada manusia.

Baginda terlalu amat menginginkan kebaikan untuk semua orang, jadi jika kebenaran itu ditolak oleh manusia, baginda amat sedih sekali. Sampaikan Allah ‎ﷻ kena nasihati baginda tentang perkara itu. Allah ‎ﷻ kata jangan sedih atas kaum yang kafir itu.

Itu adalah sunnatullah (ketetapan daripada Allah ‎ﷻ yang berlaku zaman berzaman) yang Allah‎ ﷻ telah tetapkan iaitu memang akan ada yang akan tolak kebenaran. Jangan hiraukan mereka, jangan risaukan tentang mereka. Jangan bersedih, tetapi jalankan tugas kamu, wahai Nabi ﷺ .

Inilah juga pujukan dan nasihat kepada kita yang meneruskan kerja dakwah Nabi ﷺ ini. Memang akan ada yang menolak dan menentang. Maka jangan hiraukan sangat kata-kata penolakan daripada mereka. Itu perkara biasa sahaja kerana kalau kita sedih sangat, hendak buat kerja pun tidak boleh, bukan? Maka kita pun begitulah juga. Anggapkan seperti air sungai yang mengalir – biarkan berlalu. Memang telah disebut pun dalam Al-Qur’an yang akan ada yang menentang, jadi kenapa hendak dihairankan sangat?

 

Tafsir Ayat Ke-69

Ini adalah jenis ayat tabshir (berita gembira). Juga mengingatkan kita bahawa agama Islam bukan untuk kaum tertentu sahaja, bukan untuk bangsa Arab atau untuk bangsa Ajam (non-Arab) sahaja. Semua bangsa terbuka untuk menerima agama Islam. Ayat ini ada persamaan dengan [ Baqarah: 62 ].

إِنَّ الَّذينَ ءآمَنوا وَالَّذينَ هادوا وَالصّٰبِئونَ وَالنَّصٰرىٰ مَن ءآمَنَ بِاللهِ وَاليَومِ الآخِرِ وَعَمِلَ صٰلِحًا فَلا خَوفٌ عَلَيهِم وَلا هُم يَحزَنونَ

Sesungguhnya orang-orang beriman, orang-orang Yahudi, Shabi’in dan orang-orang Nasrani, siapa saja (di antara mereka) yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat dan beramal dengan amalan soleh, maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

إِنَّ الَّذينَ ءآمَنوا

Sesungguhnya orang-orang beriman,

Yang dimaksudkan ada orang-orang yang beriman dalam kalangan umat Nabi Muhammad ﷺ (Umat Islam).

Dan iman itu mestilah iman yang sebenar. Apakah iman sebenar itu? Itulah iman tanpa syirik. Ini kita kena tekankan, kerana ramai yang tidak faham. Ramai sebenarnya yang ada iman, tahu apa yang mereka perlu imani. Akan tetapi satu perkara mereka lupa: tolak fahaman dan amalan syirik.

Ramai yang tidak mahir bab syirik kerana sebenarnya ia tidak ditekankan dalam pembelajaran di negara kita. Maka kerana itu kita boleh lihat ramai yang ada fahaman syirik kerana ia tidak banyak diajar. Perumpamaannya seperti diajar seseorang cara membawa kereta, tetapi tidak diajar kepadanya adanya jalan-jalan “no-entry”. Maka semua jalan akan dilanggarnya. Maka begitulah yang terjadi kalau tidak belajar dengan baik apakah yang dimaksudkan dengan syirik itu.

وَالَّذينَ هادوا وَالصّٰبِئونَ وَالنَّصٰرىٰ

dan orang-orang Yahudi, Shabi’in dan orang-orang Nasrani,

Ada tiga golongan yang disebut dalam potongan ayat ini:

1 Orang Yahudi,
2 Golongan Sabi’in adalah mereka yang mengikut ajaran Nabi Ibrahim عليه السلام,
3 Nasara adalah mereka yang ikut ajaran Nabi Isa عليه السلام,

Nota: Ada lagi beberapa pendapat tentang siapakah Sabi’in ini:

Kaum Sabi-in ialah segolongan orang dalam kalangan umat Nasrani dan orang-orang Majusi yang tidak mempunyai agama. Demikianlah menurut Mujahid; dan daripada Mujahid disebutkan bahawa mereka adalah segolongan daripada orang-orang Yahudi dan orang-orang Majusi.

Sa’id ibnu Jubair mengatakan, mereka adalah segolongan orang daripada kaum Yahudi dan Nasrani. Menurut Al-Hasan dan Al-Hakam, mereka sama dengan orang-orang Majusi.

Menurut Qatadah, mereka adalah suatu kaum yang menyembah malaikat dan salat dengan menghadap ke arah selain kiblat serta membaca kitab Zabur. Maka ini mewakili satu lagi kitab wahyu, iaitu Zabur. Kerana telah disebut Taurat, Injil dan Al-Qur’an sebelum ini.

Wahb ibnu Munabbih mengatakan, mereka adalah suatu kaum yang mengenal Allah ‎ﷻ semata-mata, tetapi tidak mempunyai syariat yang mereka amalkan, dan mereka tidak melakukan suatu kekufuran pun.

Ibnu Wahb mengatakan, telah menceritakan kepadaku Ibnu Abuz Zanad, daripada ayahnya yang mengatakan bahawa Sabi-in adalah suatu kaum yang tinggal di daerah yang berjiran dengan negeri Iraq, tepatnya di Kausa. Mereka beriman kepada semua nabi, puasa setiap tahunnya selama tiga puluh hari, dan mengerjakan salat menghadap ke negeri Yaman setiap harinya sebanyak lima kali. Pendapat yang lain mengatakan selain itu.

Allahu a’lam siapakah mereka ini. Mungkin ada lagi tetapi mereka itu tidak ramai jadi tidak dikenali sangat keadaan mereka dan akidah mereka.

مَن ءآمَنَ بِاللهِ وَاليَومِ الآخِرِ

yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat

Islam tidak memandang daripada keturunan mana, asalkan mereka itu benar-benar beriman. Dalam ayat ini, disebut dua jenis iman, iaitu beriman kepada Allah ‎ﷻ dan hari akhirat. Bukanlah dua ini sahaja yang perlu diimani tetapi banyak lagi perkara yang perlu diimani berdasarkan daripada wahyu-wahyu yang lain. Namun disebut dua sahaja dalam ayat ini sebagai mewakili perkara-perkara yang lain. Tidaklah hendak disebut satu persatu pula, jadi panjang pula. Kenalah rujuk ayat-ayat yang lain.

Namun ramai yang ‘tebuk’ satu-satu ayat sahaja. Mereka tidak rujuk keseluruhan Al-Qur’an tetapi kelam kabut apabila melihat satu-satu ayat yang agak pelik bagi mereka (kerana tidak belajar). Disebabkn jahil tentang perkara ini, ramai juga yang menggunakan ayat ini untuk mengatakan lihatlah bagaimana tidak disebut kena beriman dengan Nabi Muhammad ﷺ dalam ayat ini. Ini adalah satu kejahilan yang besar. Bagaimana dengan ayat-ayat yang lain, hendak letak di mana?

Maka diingatkan yang ayat-ayat Al-Qur’an kenalah dibaca dengan ayat-ayat yang lain. Walaupun tidak disebut tentang Nabi Muhammad ﷺ dalam ayat ini, tetapi terdapat dalam banyak ayat-ayat lain. Kalau main pilih-pilih satu-satu ayat dan dijadikan dalil, itu amat jahil sekali. Sebab itu kena belajar seluruh Kitab Al-Qur’an ini, jangan ditinggal satu pun.

وَعَمِلَ صٰلِحًا

dan beramal dengan amalan soleh,

Mereka bukan sahaja beriman, tetapi iman itu perlulah ditunjukkan dengan melakukan amal soleh. Dan kita telah sebut banyak kali dalam penulisan ini, amalan yang soleh adalah amalan yang mengikut sunnah. Jangan amalkan amalan dan fahaman bid’ah. Kena belajar apakah yang dimaksudkan dengan bid’ah itu.

Ini penting untuk menjaga kesucian agama kita. Agama lain (seperti Yahudi dan Nasrani) sudah banyak mengubah amalan-amalan yang diajar oleh Nabi-nabi mereka, dan umat Islam pun nampaknya ke arah begitulah juga. Itu adalah salah sama sekali. Kalau dibiarkan boleh menambah-nambah dalam agama, maka agama suci kita ini akan jadi seperti agama Yahudi dan Nasrani lah nanti. Tidakkah anda takut kalau itu terjadi?

فَلا خَوفٌ عَلَيهِم وَلا هُم يَحزَنونَ

maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

Tidak kira keturunan mana, bangsa mana, sama sahaja, kalau beriman dan beramal soleh, tidak perlu takut untuk hadapi akhirat dan jangan sedih tinggalkan dunia.

Tidak perlu takut untuk hadapi akhirat kerana kehidupan yang baik sedang menunggu. Tidak perlu sedih kerana meninggalkan dunia kerana ada yang ada di hadapan dalam akhirat itu lebih baik daripada dunia.

Nota: Dalam ayat ini disebut tentang golongan Yahudi, Nasara dan Sabi’un yang beriman dan mereka mendapat nikmat daripada Allah ‎ﷻ. Itu bukanlah bermakna golongan itu ‘sekarang’ akan mendapat kedudukan yang sama. Mereka itu tidak lagi mendapat kedudukan itu apabila Nabi Muhammad ﷺ sudah diutus menjadi Rasul. Apabila Nabi menjadi Rasulullah, hanya ada satu syariat sahaja.

La Tahzan 248: Mengalah sementara akan membuka jalan keluar (التَّوارِي من البطْش حلٌّ مؤقَّتٌ ريثما يبرُقُ الفرجُ)

0

🏘🏘🏘🏘

La Tahzan 248-1: Mengalah sementara akan membuka jalan keluar (التَّوارِي من البطْش حلٌّ مؤقَّتٌ ريثما يبرُقُ الفرجُ)

قرأتُ كتاب ( المتوارين ) لعبدِ الغني الأزديِّ ، وهو لطيفٌ جذَّاب ، يتحدَّث فيه عمَّن توارى خوفاً من الحجاجِ بن يوسف ، فعلمتُ أنَّ في الحياةِ فسحةً ، وفي الشَّرِّ خياراً ، وعنِ المكروهِ مندوحةً أحياناً

Aku pernah membaca sebuah buku bertajuk Al Mutawarin karya Abdul GHani Al Azadi (Mesir, w.409H), ia mengisahkan perihal orang-orang yang melarikan diri dan bersembunyi kerana takut kepada Al Hajjaj bin Yusif Al Thaqafi, panglima Bani Umayyah (w. 95H). Kesimpulan daripada buku ini ialah walaupun hidup ini ada kegawatan, di sana masih ada ruang untuk bernafas, dalam kejahatan masih ada pilihan, dalam hal-hal yang tidak disukai, di sana masih ada alternatif.

✳️ Contoh mudah pada hari ini, kegawatan kerana Covid-19 dan wujudnya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan, atau MCO, Movement Control Order serta SOP (Standard Operating Procedures), namun masih ada lagi ruang untuk bernafas, masih ada pilihan dan alternatif.

🏘🏘🏘🏘

La Tahzan 248-2: Mengalah sementara akan membuka jalan keluar (التَّوارِي من البطْش حلٌّ مؤقَّتٌ ريثما يبرُقُ الفرجُ)

Kisah Qari Abu Amru

هذا القارئُ الأديبُ اللامعُ الفصيحُ الصَّادِقُ ، أبو عمرو بنُ العلاءِ ، يقولُ عن مُعاناتِه في حالة الاختبار : « أخافني الحجَّاجُ فهربتُ إلى اليمن ، فولجتُ في بيتٍ بصنعاء ، فكنتُ من الغدواتِ على سطحِ ذلك البيتِ ، إذْ سمعتُ رجلاً يُنشدُ:

Kisah qari masyhur Basrah, Abu Amru bin Al ‘Alaa Al Basri (w.154H, Basrah, Iraqi) yang melarikan diri daripada kekejaman Al Hajjaj (Gabnur Basrah di bawah dinasti Umayyah) ke Yaman kerana takutkan mata-mata Al Hajjaj, beliau berada di atas bumbung rumah ketika malamnya, waktu siang bersembunyi dalam rumah. Ketika saya di atas bumbung rumah, saya terdengar serangkap puisi (nasyid):

ربّما تجزع النُّفُوس من الْأَمر … لَهُ فرجةٌ كحلّ العقال

“Barangkali jiwa yang tadinya dicengkam rasa takut…kini sudah ada jalan keluar laksana tali terlepas daripada *buhulnya.”

✳️ buhul bermaksud simpulan

(At Tanukhi, Al Farj Ba’da Al Syiddah, Bahagia Sesudah Derita (كتاب الفرج بعد الشدة للتنوخي)

قال : فقلتُ : فُرْجةٌ . قال : فسُررتُ بها . قال : وقالَ آخرَ : مات الحجّاجُ . قال : فواللهِ ما أدري بأيِّهما كنتُ أُسَرُّ ، بقولهِ : فرْجةٌ . أو بقولِه : مات الحجّاجُ »

👁‍🗨 Ulasan Abu Amru:

Kemudian sampai khabar Al Hajjaj telah mati, maka demi Allah ‎ﷻ aku tidak tahu yang mana satu berita paling melegakan aku, lantunan nasyid yang menenangkan daku, atau berita kematian Al Hajjaj yang juga jalan keluar buatku.

🏘🏘🏘🏘

La Tahzan 248-3: Mengalah sementara akan membuka jalan keluar (التَّوارِي من البطْش حلٌّ مؤقَّتٌ ريثما يبرُقُ الفرجُ)

Kisah Hasan Al Basri melarkan diri daripada Al Hajjaj bin Yusof Al Thaqafi (w. 95H)

توارى الحسنُ البصريُّ عنِ عين الحجَّاج ، فجاءه الخبرُ بموتِهِ ، فسجد شكراً اللهِ .

سبحان اللهِ الذي مايز بين خلْقِه ، بعضُهم يموتُ ، فيُسجدُ غيْرُهُ للشُّكر فرحاً وسروراً; وآخرون يموتون ، فتتحوَّلُ البيوتُ إلى مآتِم ، وتقرحُ الأجفانُ ، وتُطعنُ بموتهم القلوبُ في سويدائِها

Al Hasan Al Basri (Basrah, w.110H) juga menyembunyikan diri daripada buruan Al Hajjaj (bin Yusof al Thaqafi, w.95H). Kemudian datang khabar akan kematian Al Hajjaj, maka beliau sujud syukur kepada Allah ‎ﷻ. Maka Maha Suci Allah ‎ﷻ yang membeza-bezakan makhluk-Nya, ada sebahagian kematiannya di mana ada orang yang bersyukur gembira. Manakala sebahagian yang lain, kematiannya ditangisi dan mendatangkan kedukaan yang mendalam kepada orang lain.

Firman Allah ‎ﷻ:

فَمَا بَكَتْ عَلَيْهِمُ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ وَمَا كَانُوا مُنْظَرِينَ

Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan merekapun tidak diberi tangguh.

[Al-Dukhan: 29]

✳️ Maka jadikan kematian anda ditangisi oleh ramai manusia lain. Jangan jadikan kematian anda sesuatu yang mendatangkan kelegaan bagi manusia lain.

🏘🏘🏘🏘

La Tahzan 248-4: Mengalah sementara akan membuka jalan keluar (التَّوارِي من البطْش حلٌّ مؤقَّتٌ ريثما يبرُقُ الفرجُ)

Kisah Ibrahim An Nakha’iy takutkan Al Hajjaj bin Yusof Al-Thaqafi.

وتوارى إبراهيمُ النَّخعِيُّ من الحجَّاج ، فجاءه الخبرُ بموتِهِ ، فبكى إبراهيمُ فرحاً

Ibrahim An Nakha’iy (tabi’in besar Kufah, w. 96H) juga bersembunyi daripada Al Hajjaj (w.95H). Ketika diberitahu akan kematian Al Hajjaj, beliau menangis kerana terlalu gembira. Firman Allah ‎ﷻ:

وَجَعَلْنَا بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً أَتَصْبِرُونَ ۗ وَكَانَ رَبُّكَ بَصِيرًا

Dan kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu Maha Melihat.

[Al-Furqan: 20]

إنَّ هناك ملاذاتٍ آمنة للخائفين في كَنَف أرحمِ الراحمين ، فهو يرى ويسمعُ ويُبصرُ الظالمين والمظلومين ، والغالبين والمغلوبين

Bahawa di sana ada tempat-tempat yang aman di sisi Allah ‎ﷻ untuk orang yang dilanda ketakutan, semua dalam pemantauan Allah ‎ﷻ: Penzalim dan orang yang dizalimi; baik orang yang menang atau yang ditewaskan.

🏘🏘🏘🏘

La Tahzan 248-5: Mengalah sementara akan membuka jalan keluar (التَّوارِي من البطْش حلٌّ مؤقَّتٌ ريثما يبرُقُ الفرجُ)

Dilarang menzalimi haiwan

ذكرتُ بهذا طائراً يسمَّى الحُمَّرة، جاءت تُرفرفُ على رسولِ الله صلى الله عليه وسلم، وهو جالسٌ مع أصحابِه تحت شجرةٍ، كأنها بلسانِ الحالِ تشكو رجلاًَ أخذ أفراخها منْ عشِّها، فقال صلى الله عليه وسلم: «منْ فجع هذه بأفراخِها؟ رُدُّوا عليها أفراخها»

Saya teringat kisah burung daripada jenis Hummarah yang datang mengepakkan sayapnya di atas kepala Rasulullah ﷺ yang ketika itu sedang berehat di sebuah pohon (ketika dalam salah satu ekspedisi militeri), seolah-olah mengadu akan kehilangan anaknya yang diambil oleh seseorang dari sarangnya. Lantas baginda bersabda, “Siapakah yang mengganggu ibunya dengan mengambil anaknya? Pulangkan (segera) anak-anaknya.” (HR Abu Daud, dinilai sahih oleh Syeikh Syuaib Al Arnaout, No. 5268, takhrij Sunan Abu Daud)

🔏 Takhrij hadith:

كُنَّا مع رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ في سَفَرٍ، فانطَلَقَ لحاجَتِه، فرَأيْنا حُمَّرةً معها فَرْخانِ، فأخَذْنا فَرخَيْها، فجاءتِ الحُمَّرةُ، فجَعَلَتْ تُعرِّشُ، فجاءَ النَّبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، فقال: مَن فَجَعَ هذه بوَلَدِها؟ رُدُّوا وَلَدَها إليه

Daripada Ibnu Mas’ud رضي الله عنه. Beliau berkata aku pernah bersama Rasulullah ﷺ di sebuah perjalanan ketika baginda sedang membuang hajatnya, kami melihat ada seekor burung Hummarah yang mempunyai dua ekor anak. Lalu ibunya datang dan terbang berputar-putar mencari anaknya. Kemudian Nabi ﷺ datang dan bersabda: ”Siapakah yang mempermainkan burung itu dengan mengambil anaknya? Kembalikanlah anak burung itu kepadanya.

Tahqiq Al Arnaout, sahih, Sunan Abu Daud 5268

الراوي : عبدالله بن مسعود | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج سنن أبي داود

الصفحة أو الرقم: 5268 | خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح

🏘🏘🏘🏘

La Tahzan 248-6: Mengalah sementara akan membuka jalan keluar (التَّوارِي من البطْش حلٌّ مؤقَّتٌ ريثما يبرُقُ الفرجُ)

Kisah Said bin Jubair dan Al Hajjaj

وقال سعيدُ بنُ جبيرٍ : واللهِ لقد فررتُ من الحجَّاج ، حتى استحييتُ من اللهِ عزَّ وجلَّ . ثم جيءَ به إلى الحجّاج ، فلمَّا سُلَّ السيفُ على رأسِه ، تبسَّم . قال الحجاجُ : لِم تبتسمُ ؟ قال : أعجبُ منْ جُرأتك على اللهِ ، ومن حِلْمِ الله عليك .

Berkata Sa’id bin Jubair (Kufah, w.95H, tabi’in kabir), “Demi Allah, aku telah melarikan diri daripada Al Hajjaj sehingga aku naik malu dengan Allah عزَّ وجلَّ. Kemudian Sa’id berjaya ditangkap oleh Al Hajjaj dan dikenakan hukuman pancung. Ketika pedang berada di atas kepalanya, Said tersenyum, Al Hajjaj lantas bertanya, “Mengapa engkau tersenyum?” Jawab Sa’id, “Aku hairan dengan sikap kurang ajarmu terhadap Allah sedangkan Allah berlembut ke atas engkau.”

La Tahzan 247: Kehidupan kita bukan di Dunia sahaja (ليستْ حياتُنا الدنيا فحسْب)

0

🌻🌻🌻🌻

La Tahzan 247-1: Kehidupan kita bukan di Dunia sahaja (ليستْ حياتُنا الدنيا فحسْب)

سعادةُ الآخرةِ مرهونةٌ بسعادةِ الدنيا ، وحقٌّ على العاقِل أن يعلم أنَّ هذه الحياة متَّصلة بتلك ، وأنها حياة واحدةُ ، الغيب والشهادةُ ، والدنيا والآخرة ، واليومُ وغدٌ . وظنَّ بعضُهم أنَّ حياته هنا فحسْب ، فجمع فأوعى ، وتشبَّث بالبقاءِ ، وتعلَّق بحياةِ الفناء ، ثم مات ومآرُبه وطموحاتُه ومشاغلُه في صدرِه

Kebahagian akhirat berkait rapat dengan kebahagiaan di dunia; kehidupan dunia bersambung dengan kehidupan akhirat, sebenarnya kedua kehidupan itu (dunia + akhirat) adalah kehidupan yang satu jua. Yang ghaib dan yang tampak; dunia dan akhirat, kini dan esok…sebenarnya SATU.

Namun ada yang mengira kehidupan hanya dunia sahaja. Maka dia sibuk menimbun harta sebanyak-banyaknya. Dalam dia mencari keabadian dengan hati yang tertambat kepada dunia, jika dia secara tiba-tiba mati, maka semua harapannya cuma terbengkalai dalam dada sahaja.

🌻🌻🌻🌻

La Tahzan 247-2: Kehidupan kita bukan di Dunia sahaja (ليستْ حياتُنا الدنيا فحسْب)

Takutilah akan fenomena mati mengejut

وعجبتُ لنفسي والناسِ من حولي : آمالٌ بعيدةٌ ، وأحلامٌ مديدةٌ وطموحاتٌ عارمةٌ ، ونوايا في البقاءِ ، وتطلَّعاتٌ مُذهلةٌ ، ثم يذهبُ الواحدُ منّا ولا يُشاورُ أو يُخبرُ أو يُخبَّرُ *

Aku (Dr Aidh Al Qarni) hairan dengan diriku dan manusia di sekelilingku yang rata-rata berangan-angan mat jenin, dibuai mimpi indah, cita-cita yang terlalu tinggi, keinginan hidup abadi dan terus mengejar (impian). Ironinya, tiba-tiba salah seorang antara kita akan dipanggil pulang kepangkuan-Nya tanpa dipanggil berbincang, tanpa diberi notis dan tanpa diberi pilihan. Firman Allah ‎ﷻ:

وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

[Luqman: 34]

🌻🌻🌻🌻

La Tahzan 247-3: Kehidupan kita bukan di Dunia sahaja (ليستْ حياتُنا الدنيا فحسْب)

Persoalan tiga hakikat (وأنا أعرضُ عليك ثلاث حقائق):

1⃣ Isu (ketenangan dan kententeraman)

الأولى : متى تظنُّ أنك سوف تهدأُ وترتاحُ وتطمئنُّ ، إذا لم ترض عن ربَّك وعنْ أحكامِه وأفعالِه وقضائِه وقدرِه ، ولم ترض عنْ رزقِك ، ومواهبِك وما عندك!

Jangan harap anda akan mendapat ketenangan dan ketenteraman jika anda belum redha dengan Tuhanmu, dengan hukum-hakam-Nya, perbuatan-Nya, qadha dan qadar-Nya, rezeki dan kurniaan kepadamu.

🌻🌻🌻🌻

La Tahzan 247-4: Kehidupan kita bukan di Dunia sahaja (ليستْ حياتُنا الدنيا فحسْب)

Persoalan tiga hakikat (وأنا أعرضُ عليك ثلاث حقائق):

2⃣ Hakikat kedua: apakah anda benar-benar bersyukur?

الثانية : هلْ شكرت على ما عندك من النِّعم والأيادي والخبرات حتى تطلب غيرها ، وتسأل سواها ؟! إنَّ منْ عَجَزَ عن القليلِ ، أوْلى أن يعجز عن الكثير

Apakah anda telah bersyukur terhadap semua nikmat, kurniaan dan pelbagai kebaikan sehingga anda perlu meminta nikmat yang lain? Sesungguhnya orang yang tidak tahu bersyukur dengan yang sedikit, maka jangan diharap dia akan mampu bersyukur jika diberi lebih banyak.

🌻🌻🌻🌻

La Tahzan 247-5: Kehidupan kita bukan di Dunia sahaja (ليستْ حياتُنا الدنيا فحسْب)

Persoalan tiga hakikat (وأنا أعرضُ عليك ثلاث حقائق):

3⃣ Hakikat ketiga: Meraih faedah daripada kurniaan Allah ‎ﷻ

الثالثة : لماذا لا نستفيدُ من مواهبِ اللهِ التي وهبنا وأعطانا، فنثمِّرُها، وننمِّيها، ونوظِّفُها توظيفاً حسناً ، وننقيها من المثالبِ والشَّوائبِ ، وننطلقُ بها في هذه الحياةِ نفعاً وعطاءً وتأثيراً

Kenapa tidak kita mengambil manfaat daripada segala kurniaan Allah ‎ﷻ kepada kita? Segala kurniaan itu kenapa tidak dikembangkan, dioptimakan, dibersihkan daripada kotoran, seterusnya kurniaan itu akan memberi manfaat dan pengaruh yang berbekas kepada kita.

🌻🌻🌻🌻

La Tahzan 247-6: Kehidupan kita bukan di Dunia sahaja (ليستْ حياتُنا الدنيا فحسْب)

Kehebatan masih tersimpan rapi dalam tubuh anda

إن الصِّفاتِ الحميدة والمواهب الجليلة ، كامنةٌ في عقولِنا وأجسامِنا ، ولكنَّها عند الكثير منّا كالمعادنِ الثمينةِ في التُّرابِ ، مدفونةٌ مغمورةٌ مطمورةٌ ، لم تجِد حاذقاً يُخرِجُها من الطينِ ، فيغسلُها وينقِّيها ، لتلمع وتشعَّ وتُعرف مكانتُها

Sifat-sifat positif dan bakat-bakat yang hebat sebenarnya ada tersembunyi dalam akal dan fizik anda!

Akan tetapi untuk kebanyakan orang, segala sifat hebat dan bakat besar itu bagaikan logam-logam berharga yang masih tertanam di perut bumi, yang masih belum ditemui oleh pakar-pakar carigali yang kemudian dilombong, dibersih, diasingkan kemudian digilap untuk menjadi cemerlang, hebat untuk diletak di tempat yang betul.

💥 Menurut pakar motivasi USA, Anthony Robbins, anda kena bangunkan “Gergasi Yang Masih Tidur” (The Sleeping Giant) dalam tubuh anda.

Popular

Iklan

Iklan