Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 02.19 AL-MUHARRAF (ASAS ILMU HADIS)

02.19 AL-MUHARRAF (ASAS ILMU HADIS)

527
0
Iklan

#050917 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

02.19 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي) – Percanggahan Riwayat Tsiqah dan Jenis-jenisnya (مخالفة الثقات وأنواعها).

#NotaBroSyarief #AsasIlmuHadits #UiTOBilik40

Susunan: BroSyarief

AL-MUHARRAF (المحرف)

Dari sudut bahasa, ia berasal dari perkataan at-Tahrif (التحريف) yang bermaksud perubahan atau pertukaran.

Adapun secara teknikal, istilah at-Tahrif merujuk kepada perkataan yang diubah baris sebutannya, dalam keadaan bentuk tulisannya masih kekal sama.

Contoh at-Tahrif yang berlaku pada sanad apabila nama – زَبِيْد – (Zabiid), diubah menjadi – زُبَيْد – (Zubayd).

Adapun contoh at-Tahrif pada matan berlaku pada riwayat hadits larangan dari membuat – الحِلَق – (al-Hilaq, yang bermaksud lingkaran halaqah) pada hari Jumaat sebelum solat; tetapi sebahagian periwayat mengubahnya menjadi – الحَلْق – (al-Halqu) yang bermaksud mencukur rambut di kepala.

Hukum perbuatan at-Tahrif adalah dilarang jika dilakukan dengan sengaja, terutama pada matan yang menyebabkan berubah kefahaman dan penetapan hukum.

Adapun jika ia tidak disengajakan oleh periwayat yang sedikit kekerapan dia tersilap, maka tidak dikritik kredibiliti intelek periwayat tersebut, kerana tiada sesiapa yang mampu bebas dari sebarang kesilapan.

Namun sekiranya, kekerapannya tersilap agak tinggi, maka nilai kredibiliti dari sudut hafalannya akan dipertikaikan.

Kebiasaannya, berlaku at-Tahrif ini pada periwayat yang mengambil hadits secara langsung dari kitab hadits, tanpa bersemuka dengan guru dan mendengar sebutan yang sebenar akan lafaz sanad atau matan bagi hadits tersebut.

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi, Cet. ke-6, m/s 250-251.
__
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Komen dan Soalan