Utama Blog Halaman 175

Anak Burung, Dera Binatang, Anak Zina

0

1. Adakah hadis sahih mengenai kisah burung merpati mengadu kepada Nabi SAW tentang sahabat yang mengambil anaknya?
Tahqiq:

عن عبداللَّه قالَ: كنَّا معَ رسولِ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ في سَفَرٍ، فانطلقَ لحاجتِهِ فرأَينا حُمَرةً معَها فرخانِ فأخذنا فَرخَيها، فجاءتِ الحُمَرةُ فجعلت تفرِشُ، فجاءَ النَّبيُّ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ فقالَ: من فجعَ هذِهِ بولدِها؟ ردُّوا ولدَها إليها. ورأى قريةَ نملٍ قد حرَّقناها فقالَ: مَن حرَّقَ هذِهِ؟ قُلنا: نحنُ. قالَ: إنَّهُ لا ينبَغي أن يعذِّبَ بالنَّارِ إلَّا ربُّ النَّارِ
الراوي : عبدالله بن مسعود | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح أبي داود
الصفحة أو الرقم: 2675 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Status hadis: al-Albani, sahih [Abu Daud: 2675]
Terjemahan:
”Kami dahulu bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah safar (perjalanan), lalu beliau pergi untuk menunaikan hajatnya. Kemudian kami melihat Hamroh (burung) bersama dengan kedua anaknya yang masih kecil, lalu kami mengambil kedua anaknya. Maka datanglah burung itu dan dia kebingungan mencari anaknya. Lalu datanglah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, dan beliau bersabda:”Siapakah yang membuat bingung burung ini terhadap anak-anaknya? Kembalikanlah kedua anaknya kepadanya.”
Fiqh hadis:
Islam menjamin hak asasi haiwan.

 

2. Di Akhirat nanti adakah perbuatan kita mendera binatang akan dibalas balik?
Dalil hadis apa yang dilakukan dalam keadaan jahil, tidak sengaja, tersalah, akan dimaafkan.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَـا أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ قَالَ : إِنَّ اللهَ تَـجَاوَزَ لِـيْ عَنْ أُمَّتِيْ الْـخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوْا عَلَيْهِ. حَسَنٌ رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ وَالْبَيْهَقِيُّ وَغَيْرُهُمَـا

Dari Ibnu ‘Abbas RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, ”Sesungguhnya Allah SWT memaafkan kesalahan (yang tanpa sengaja) dan (kesalahan karena) lupa dari umatku serta kesalahan yang terpaksa dilakukan.” [al-Albani, sahih, al Irwa’ al Ghalil: 82]

 

3. Bagaimana mahu berinteraksi dengan hadis di bawah ini dan apakah yang dimaksudkan dengan hadis ini, berzina dengan hamba wanita milik orang lain?
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Siapa saja lelaki yang berzina dengan wanita merdeka mahu pun budak wanita, maka anaknya ialah anak hasil zina. Dia tidak mewarisi juga tidak diwarisi.” [Tirmidzi: 2039]
Perbahasan di Multaqa ahlil hadis, dhaif hadis ini kerana perawi Ibn Lahi’ah.

حديث عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه و سلم قال: ” أيما رجل عاهر بحرة أو أمة فالولد ولد زنا ، لا يرث ولا يورث” .
وهذا مثل الذي قبله ؛ مداره على ( عمرو بن شعيب ) ، رواه عنه ( ابن لهيعة ) في سنن الترمذي 2113 ) . و ( المثنى بن الصباح ) في سنن ابن ماجة ( 2745 ) ، و كلاهما ضعيف

Pemergian Ummu Yaser: Admin UiTO

0

Dikongsi oleh Benjamin Sy@zwan

Pihak UiTO merakamkan rasa dukacita atas pemergian salah seorang Admin UiTO Allahyarhamah Ustazah Puan Zaimah@ Ummu Yasser yang telah kembali menemui Pencipta-Nya pada pagi ini Jumaat 25 Ogos 2017 jam 5.15 pagi akibat kanser.

Beliau telah bersama-sama dengan UiTO sejak daripada awal penubuhan UiTO sehinggalah beliau sakit pada tahun lalu.

Sehubungan dengan itu sebagai menghargai jasa-jasa Allahyarhamah, pihak UiTO ingin melancarkan kutipan sumbangan ikhlas untuk diserahkan kepada keluarga beliau. Kepada sesiapa yang berhajat untuk memberikan sumbangan bolehlah bank-in ke akaun UiTO atas nama Vision Trade Network; CIMB Islamic Bank No. Akaun 86-006975-65. Sila maklumkan kepada Tuan Rektor Haji Rahim@CR nama dan jumlah selepas membuat sumbangan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tuan Rektor Haji Rahim@CR. Jazakumullahu khayran.

Cikgu Rahim @RektorUiTO
Pengurusan Tertinggi VTN

Tafsir Surah Ghafir – Tafsir Ayat Ke-28 hingga Ke-30

2

Tafsir Surah Al-Ghafir

Tafsir Ayat Ke-28

Lihatlah bagaimana Allah SWT membalas doa Nabi Musa itu. Allah SWT telah memberikan sokongan dari kalangan Firaun sendiri.

Ini adalah jawapan hasil dari makbul doa Nabi Musa. Allah SWT zahirkan kebenaran dengan cara luar biasa. Allah SWT terima doa Nabi Musa dan beri satu jalan untuk menyelamatkan baginda dan kaumnya.

Kisah ini bermula dari ayat ini sampai ke ayat 44 adalah ucapan seseorang dengan Firaun. Tidak ada lagi ucapan seorang manusia yang dimasukkan dalam Al-Quran panjang begini sebab memang ini adalah ucapannya tentang penjelasan agama.

Disebabkan kisah ini adalah penting yang menyebabkan salah satu nama Surah ini adalah Surah Mukmin (selain dari Surah Ghafir). Ramai juga yang keliru kenapa surah ini kadangkala dipanggil dengan nama lain.

Ada tiga peringkat dalam kata-kata lelaki mukmin ini: di permulaan, pertengahan dan penutupnya.

Bahagian Pertama/Permulaan.

Itu adalah pengenalannya dan ayat hari ini:

وَقالَ رَجُلٌ مُؤمِنٌ مِن آلِ فِرعَونَ يَكتُمُ إيمانَهُ أَتَقتُلونَ رَجُلًا أَن يَقولَ رَبِّيَ اللَهُ وَقَد جاءَكُم بِالبَيِّناتِ مِن رَبِّكُم ۖ وَإِن يَكُ كاذِبًا فَعَلَيهِ كَذِبُهُ ۖ وَإِن يَكُ صادِقًا يُصِبكُم بَعضُ الَّذي يَعِدُكُم ۖ إِنَّ اللَهَ لا يَهدي مَن هُوَ مُسرِفٌ كَذّابٌ

“Dan berkatalah seorang lelaki yang beriman dari orang-orang Firaun yang menyembunyikan imannya: “Patutkah kamu membunuh seorang lelaki kerana dia menegaskan: `Tuhanku ialah Allah SWT? ‘ – sedang dia telah datang kepada kamu membawa keterangan-keterangan dari Tuhan kamu? Kalau dia seorang yang berdusta maka dialah yang akan menanggung dosa dustanya itu, dan kalau dia seorang yang benar, nescaya kamu akan ditimpa oleh sebahagian dari (azab) yang dijanjikannya kepada kamu. Sesungguhnya Allah SWT tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta”.

وَقَالَ رَجُلٌ مُّؤْمِنٌ مِّنْ آلِ فِرْعَوْنَ

“Berkata seorang lelaki beriman dari keluarga Firaun”.

Mengikut riwayat dia adalah Tengku Mahkota Firaun. Ada yang kata dia adalah sepupu Firaun. Disebabkan Firaun tidak ada anak lelaki, maka jika Firaun mati, dialah yang akan mengambil tahta Raja Mesir. Setengah pula kata dia adalah salah seorang menteri. Allahu a’lam. Yang pasti, dia tinggal dalam istana dan rapat dengan Firaun.

Apabila dia dengar yang Firaun hendak membunuh Nabi Musa, dia tampil ke hadapan mempertahankan Nabi Musa. Tidaklah dia buat senyap sahaja. Dan jihad yang paling utama itu ialah mengutarakan kalimat keadilan di hadapan penguasa yang zalim, seperti yang telah disebutkan di dalam hadis. Jadi iman dia ini memang hebat sungguh.

Hanya ada tiga orang sahaja yang beriman dengan Nabi Musa dari kalangan keluarga Firaun:

  1. Asiah, isteri Firaun.
  2. Lelaki yang disebut dalam ayat ini.
  3. Seorang lagi lelaki yang telah memberitahu Nabi Musa yang Firaun hendak membunuhnya.

Selepas Nabi Musa ‘terbunuh’ seorang lelaki Qibti di pasar, Firaun telah mengeluarkan arahan untuk menangkap Nabi Musa kerana hendak membunuhnya. Maka, ada seorang lelaki dari keluarga Firaun yang telah menyampaikan beritahu itu kepada Musa yang menyebabkan Nabi Musa telah melarikan diri dari Mesir. Ini adalah disebut dalam ayat [ Qasas: 20 ].

يَكْتُمُ إِيمَانَهُ

“yang menyembunyi imannya sebelum ini”.

Walaupun dia telah beriman, tetapi dia tidak memberitahu keimanannya itu kerana bahaya kalau menyatakan keimanan waktu itu. Firaun juga telah mengeluarkan undang-undang bahawa sesiapa yang beriman, akan dibunuh. Keadaan waktu itu tidak membenarkan pernyataan iman di khalayak ramai.

Begitu juga semasa awal Islam di Mekah, sesiapa yang beriman merahsiakan keislaman mereka. Dalam keadaan ini, kena tengok keadaan. Jika menyatakan iman itu membahayakan nyawa kita, bolehlah kita sembunyikan.

Jadi, lelaki ini tidaklah pengecut. Kalau dia pengecut, tentulah dia tidak cakap apa-apa sampai bila-bila. Tetapi lihatlah bagaimana dia menyatakan imannya nanti.

Tambahan lagi, apabila dia tidak menyatakan keislamannya, kata-katanya didengar oleh orang ramai. Seolah-olah dia tidak ada kena mengena dengan Nabi Musa, seperti dia orang tengah. Kalau dia sudah memberitahu yang dia Islam dari dulu lagi, tentulah orang akan kata yang dia hanya menyokong pemimpinnya sahaja. Tetapi, apabila dia tidak menyatakan keimanannya, nampak seolah dia bercakap sebagai pihak ketiga sahaja. Jadi, lebih didengari oleh orang ramai.

Jadi, ada tiga sifat Lelaki Mukmin ini yang disebut dalam ayat ini:

  1. Dia seorang Mukmin.
  2. Dia dari keluarga Firaun, itu sebab dia boleh duduk di     majlis Firaun.
  3. Dia waktu itu masih sembunyikan iman dia dari diketahui oleh orang lain. Tiada siapa yang tahu, malah mungkin Nabi Musa sendiri tidak tahu.

Bila dia telah habis bercakap barulah dia akhirnya sebut tentang dia sebenarnya telah beriman.

Allah SWT hendak mengajar kita, mungkin dalam kalangan musuh, ada kawan kita. Kadangkala Allah SWT zahirkan pembantu agama dari kalangan musuh. Dalam kisah ini, Lelaki Mukmin itu telah membantu dengan memberi pesanan dan nasihat.

أَتَقْتُلُونَ رَجُلًا

“Patutkah kamu membunuh satu lelaki”.

Lelaki Mukmin ini mempersoalkan tindakan Firaun untuk membunuh Nabi Musa. Kenapa lafaz ayat ini digunakan dalam lafaz jamak أَتَقْتُلُونَ sedangkan yang mahu membunuh Nabi Musa hanyalah Firaun sahaja? Ini adalah kerana kalau mereka bersetuju dengan tindakan Firaun membunuh Nabi Musa, ia adalah seperti mereka juga membunuh baginda.

أَن يَقُولَ رَبِّيَ اللَّهُ

“yang hanya berkata, Tuhannya Allah SWT“.

Hanya kerana itu sahaja Firaun hendak membunuh Musa? Bukan dia buat ‘terrorism’ pun. Tidak patut langsung kalau hendak bunuh Nabi Musa itu. Kalau benar Nabi Musa itu buat kesalahan, patutlah kalau hendak bunuh dia, tetapi apa kesalahan Nabi Musa?

Kalau kamu tidak setuju pun, maka biarkanlah Nabi Musa itu untuk berdakwah kepada kaumnya, jangan kacau dia. Dan memang Nabi Musa minta lepaskan beliau dan kaumnya Bani Israil untuk meninggalkan Mesir pun. Rujuk [ Ad-Dukhan: 21 ]

وَإِنْ لَمْ تُؤْمِنُوا لِي فَاعْتَزِلُونِ

“dan jika kamu tidak beriman kepadaku, maka biarkanlah aku.”

Hal yang sama telah dikatakan oleh Rasulullah terhadap orang-orang Quraisy, beliau meminta agar mereka membiarkannya menyeru hamba-hamba Allah SWT untuk menyembah-Nya, dan janganlah mereka mengganggunya dan hendaklah mereka tetap menghubungkan tali persaudaraan yang telah ada antara dia dan mereka, tiada yang saling menyakiti. Allah SWT berfirman menceritakan hal ini:

قُلْ لَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى

“Katakanlah, “Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan.” [Asy-Syura: 23]

وَقَدْ جَاءَكُم بِالْبَيِّنَاتِ مِن رَّبِّكُمْ

“dan dia datang bawa dalil bukti dari Tuhan kamu”.

Bukan baginda datang dengan kata-kata kosong, tetapi Musa telah datang dengan membawa berbagai-bagai bukti dan hujah.

Ayat ini juga mengandungi sindiran kepada pengikut Firaun yang mengaku Firaun sebagai tuhan, sedangkan apa yang mereka katakan itu adalah salah. Kerana ajaran tauhid Nabi Musa, bukanlah kata-kata kosong sahaja, tetapi baginda bawa dalil dan bukti.

Pernah dalam satu peristiwa di Mekah, seorang lelaki yang bernama Uqbah hendak mencekik Nabi Muhammad SAW. Abu Bakar telah melihat apa yang terjadi dan beliau telah menolak Uqbah dan beliau telah berkata sama dengan kata-kata lelaki yang beriman dalam ayat ini. Begitulah tingginya iman Abu Bakar. Bahaya juga apa yang dilakukannya kerana Islam waktu itu amat lemah dan Abu Bakar telah membahayakan nyawanya.

Begitulah kita kena berani mempertahankan Islam. Jangan kita buat senyap sahaja kalau agama Islam dicabar dan dihina. Tambahan pula dalam keadaan sekarang di mana ada pertentangan antara jalan Sunnah dan jalan Bidaah. Adakah kita berani untuk mempertahankan jalan Sunnah? Adakah iman kita kuat atau lemah? Atau kita tengok sahaja tanpa menyatakan pendirian kita?

وَإِن يَكُ كَاذِبًا فَعَلَيْهِ كَذِبُهُ

“Kalau dia berdusta, maka dustanya untuk dirinya sendiri”.

Lelaki Mukmin ini kata: Kalaulah Nabi Musa menipu, biar Tuhan balas kesalahannya. Dia akan menerima kesannya kalau dia menipu. Kerana Tuhan tidak akan biarkan agama-Nya dimain-mainkan. Orang yang berbohong atas nama Tuhan, kita sebenarnya tidak perlu susah hendak fikir hal mereka. Sebab kalau dia menipu, dia yang kena tanggung dosa itu. Kita tidak perlu buat apa-apa kerana Allah SWT yang akan hukum dia sendiri.

Dalam ayat ini, Lelaki Mukmin itu menggunakan lafaz ‘kalau dia berdusta’… sedangkan lelaki ini adalah lelaki yang beriman, dan tentu dia tahu yang Nabi Musa tidak berdusta. Tetapi beliau berkata begitu sebagai cara berdakwah. Supaya nampak macam dia adalah orang pihak ketiga. Tidaklah nampak dia sokong baginda kerana dia orang Islam.

وَإِن يَكُ صَادِقًا

“Tetapi kalau dia itu benar”,

Tetapi, kalau apa yang Nabi Musa kata itu benar, bagaimana?

يُصِبْكُم بَعْضُ الَّذِي يَعِدُكُمْ

“Maka akan menimpa kamu setengah azab yang dijanjikan ke atasmu”.

Banyak ancaman yang telah diberikan oleh Nabi Musa dan kalau dia benar, masalah kita nanti.

Lelaki itu sedang menggunakan logik untuk berdakwah kepada kaumnya termasuk dengan Firaun sendiri. Bayangkan yang dia sedang bercakap dengan Firaun dan pembesar-pembesar Mesir di istana Firaun.

Ini mengajar kita, kadang-kadang kita dakwah kepada seorang, mungkin yang didakwah tidak terima tetapi yang dengar pula yang terima. Mungkin orang yang dengar itu duduk di belakang kita semasa duduk-duduk bersembang sambil berdakwah di kedai makan, tetapi dari kata-kata kita itu, dia boleh menerima. Jadi, walaupun Firaun tidak terima, mungkin ada di kalangan mereka itu yang terima.

Lihatlah bagaimana hebat kata-kata lelaki yang beriman ini. Beliau telah berkata dengan berani untuk mempertahankan Nabi Musa. Kata-kata beliau ini lahir dari imannya kepada Allah SWT. Inilah tingginya kedudukan iman. Iman boleh memberikan keberanian kepada manusia. Walaupun bahaya untuk memberitahu yang dia seorang Islam, tetapi dia berani juga untuk berkata. Walaupun dia boleh kehilangan kedudukan dalam istana Firaun, malah boleh kehilangan nyawanya, namun beliau berkata juga untuk mempertahankan seorang Rasul. Semakin tinggi iman seseorang, semakin kuat dia mempertahankan kebenaran.

إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ كَذَّابٌ

“Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memberi pimpinan kepada orang yang melampaui batas, dusta dalam percakapannya”.

Ini adalah Idkhal Ilahi (pencelahan Tuhan). Mungkin timbul soalan: adakah ucapan lelaki mukmin ini memberi kesan kepada pendengarnya? Allah SWT mencelah untuk jawab dalam ayat ini yang mereka tidak mahu beriman disebabkan mereka masih kufur. Allah SWT tidak buka hati mereka kerana mereka degil, melampau dan dusta dalam percakapan mereka.

Ini adalah kerana mereka mempunyai dua sifat:

1.  Musrif – melampau dalam agama. Mereka melakukan syirik. Selagi ada syirik, selagi itu tidak dapat menerima kebenaran agama. Sebab itu kena bersihkan fahaman syirik daripada diri manusia.

2. Pembohong – kerana mereka pembohong besar. Nabi Musa yang Nabi pun mereka tidak mahu mengaku baginda Nabi.

Ayat ini sampai ayat 29 adalah peringkat pertama. Ada tiga bentuk ucapan dalam peringkat awal ini:

1. Apa yang mereka hendak buat itu adalah jauh dari kewarasan akal – kesilapan yang kecil tetapi hukuman besar. Tidak munasabah langsung. Macam hukum bunuh penyapu sampah kerana dia tidak sapu sampah.

2. Kesalahan yang dikatakan itu adalah hanya mengatakan yang Tuhan adalah Allah SWT. Jadi tidak patut dibunuh atau dihukum kerana dia tidak buat salah.

3. Dakwaan Nabi Musa bukan kosong sahaja tetapi baginda bawa dalil. Maka, kena tengoklah bukti yang diberikan itu.

Tafsir Ayat Ke-29:

Sambungan tentang lelaki beriman yang mempertahankan Nabi Musa a.s.

يا قَومِ لَكُمُ المُلكُ اليَومَ ظاهِرينَ فِي الأَرضِ فَمَن يَنصُرُنا مِن بَأسِ اللهِ إِن جاءَنا ۚ قالَ فِرعَونُ ما أُريكُم إِلّا ما أَرىٰ وَما أَهديكُم إِلّا سَبيلَ الرَّشادِ

“Wahai kaumku! Pada hari ini kepunyaan kamulah kuasa memerintah dengan bermaharajalela di muka bumi (Mesir) maka siapakah yang akan membela kita dari azab Allah kalau azab itu datang menimpa kita?” Firaun berkata: ” Aku tidak mengesyorkan kepada kamu melainkan dengan apa yang aku pandang (elok dijalankan), dan aku tidak menunjukkan kepada kamu melainkan jalan yang benar”.

يَا قَوْمِ لَكُمُ الْمُلْكُ الْيَوْمَ

“Wahai kaumku, pada hari ini, milik kamu kerajaan ini”.

Memang kamu semua ada kekuasaan di dunia, banyak harta kamu sekarang di dunia ini. Itu tidak dinafikan.

ظَاهِرِينَ فِي الْأَرْضِ

“Jelas kamu berkuasa penuh atas bumi”

Mereka memang nyata amat berkuasa dan bertamadun di zaman mereka. Kita sekarang pun boleh lihat peninggalan mereka yang hebat-hebat. Antaranya, lihatlah piramid yang mereka bina itu – kita hendak bina pun belum tentu kita mampu lagi. Lihatlah juga tinggalan bahasa-bahasa mereka yang manusia zaman sekarang hendak terjemah pun susah.

فَمَن يَنصُرُنَا مِن بَأْسِ اللهِ

“Maka siapa lagi yang boleh tolong kita daripada azab Allah”

Tetapi, yang kamu berkuasa dan hebat itu di dunia sahaja – bagaimana pula dengan keadaan kamu di akhirat nanti. Siapa yang boleh selamatkan kamu?

إِن جَاءَنَا

“jika azab itu datang“

Siapa yang akan menyelamatkan kita apabila kita diazab nanti kerana kita tidak ikut ajaran Nabi Musa? Jika azab telah tiba maka, sudah terlambat untuk buat apa-apa. Tetapi kalau sekarang masih ada masa lagi untuk bertaubat. Maka, marilah bertaubat beramai-ramai dan terima ajaran Nabi Musa ini.

Lihatlah bagaimana lelaki ini memberi ancaman dan peringatan kepada kaumnya. Inilah yang kita kena lakukan kepada masyarakat kita – ingatkan mereka tentang hari akhirat. Jangan hendak ingat kehebatan dan kekayaan di dunia sahaja.

قَالَ فِرْعَوْنُ

“Berkatalah Firaun”:

Seperti ada pertukaran dialog antara Lelaki Beriman itu dan Firaun. Setelah lelaki itu memberikan hujahnya, Firaun membantah hujah lelaki itu. Dia mencelah macam peguam mencelah dalam perdebatan di mahkamah. Dia kena mencelah kerana bahaya apa yang dikatakan oleh Lelaki Mukmin ini, boleh menyebabkan ramai yang ikut cakap dia kerana kata-katanya itu masuk akal.

Kata-kata Firaun adalah kata-kata pemimpin-pemimpin yang ingkar. Namrud pun lawan Tuhan, tetapi kita jarang dengar cerita Namrud, dan kata-katanya sikit sahaja. Tetapi kata-kata Firaun hampir setiap juzuk dalam Al-Quran kita ada jumpa. Bila ada Nabi Musa, tentu ada cerita Firaun. Salah satu sifat Firaun, dia petah bercakap dan pandai berhujah kerana dia telah perintah Mesir selama 76 tahun. Maka memang dia seorang yang pandai dan berpengalaman.

مَا أُرِيكُمْ إِلَّا مَا أَرَىٰ وَمَا أَهْدِيكُمْ إِلَّا سَبِيلَ الرَّشَادِ

“Aku tidak mengesyorkan kepada kamu melainkan apa yang aku nampak elok, dan tidak aku menunjukkan kamu melainkan kepada jalan yang betul”.

Firaun kata, dia cuma nasihat berdasarkan pendapatnya dan pandangannya yang dia nampak molek. Dalam erti kata lain, dia hendak kata dia sebenarnya ikhlas dalam menasihati mereka. Dia kononnya hendakkan kebaikan untuk umatnya itu.

Dalam erti kata lain juga, dia tetap juga hendak bunuh Nabi Musa, kerana dia tidak nampak cara lain lagi. Tidak ada pandangan lain dan dia tidak akan ubah pendirian dia.

Dan dia kata dia cuma hendak membawa mereka ke arah jalan yang betul. Niatnya baik, dia kata. Pada hal, dia suruh mereka sembah dia sebab dia mengaku sebagai tuhan. Bayangkan bagaimana teruk sekali pemikiran Firaun ini – adakah tindakannya memerintah dengan cara kuku besi, sampai sanggup membunuh bayi-bayi lelaki yang baru lahir itu boleh dikira sebagai jalan yang betul?

Dia kononnya hendakkan perpaduan rakyat negeri dia, tidak mahu pecah belah. Beginilah juga yang dilakukan oleh puak-puak agama yang menentang jalan Sunnah. Mereka kata puak-puak ‘Wahabi’ ini, memecah belahkan masyarakat hinggakan pernah satu negeri menghalang pengajian tafsir Al-Quran di masjid dan surau kerana takut rakyat akan pecah bela, ini adalah mengarut sekali. Mereka mahukan perpaduan, tidak kira sama ada dalam sesat atau tidak? Kenapa sampai begitu sekali?

Walaupun Firaun itulah yang bersalah dan kejam, dalam ayat lain, ada disebut bagaimana kaum-kaumnya itu mengikut juga Firaun ke dalam lembah kesesatan. Seperti firman Allah dalam [Taha: 79]

وَأَضَلَّ فِرعَونُ قَومَهُ وَما هَدىٰ

“Dan dengan itu Firaun telah menjerumuskan kaumnya ke tempat kebinasaan, dan tidaklah ia membawa mereka ke jalan yang benar”.

Begitulah umat yang jahil dan tidak memikirkan manakah yang benar. Mereka ikut sahaja kata pemimpin mereka. Mereka nampak macam baik sahaja kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh pemimpin mereka. Mereka sudah jauh dari ilmu yang benar. Mereka sudah lama duduk dalam perbuatan yang salah. Mereka tiada perubahan yang baru. Mereka hendak senang lenang dalam perkara yang mereka biasa buat, tidak kiralah benar atau tidak.

Tafsir Ayat Ke-30

Walaupun dibantah oleh Firaun, Lelaki Beriman itu meneruskan hujah dan dakwah beliau. Ini adalah syarahan Peringkat Kedua atau peringkat pertengahan. Ia lebih kuat dari yang sebelumnya kerana kali ini ada ditambah dengan ugutan.

وَقالَ الَّذي آمَنَ يا قَومِ إِنّي أَخافُ عَلَيكُم مِثلَ يَومِ الأَحزابِ

“Dan berkatalah pula orang yang beriman itu: “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa (kebinasaan) sebagaimana yang telah menimpa kaum-kaum yang bergabung (menentang Rasul-rasulnya)”!

وَقَالَ الَّذِي آمَنَ يَا قَوْمِ

“Berkata orang yang beriman itu: “wahai kaumku”.

Kita tidak tahu siapakah nama orang beriman ini, kerana tidak disebut namanya. Makanya tidak penting untuk tahu siapakah namanya. Al-Quran hanya menyebut beliau sebagai ‘Lelaki Beriman’ sahaja. Isu yang dibangkitkan itulah yang penting, bukan namanya.

Lihat dia panggil kaumnya itu dengan nada hormat: wahai kaumku, dia tidak panggil: wahai orang kafir! Maka ini mengajar kita cara dakwah. Kena panggil orang dengan panggilan yang baik-baik.

إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُم مِّثْلَ يَوْمِ الْأَحْزَابِ

“Sesungguhnya aku takut dan bimbang akan berlaku kepada kamu seperti peristiwa kehancuran golongan yang bersekutu”.

Lelaki Beriman itu merujuk kepada kaum-kaum terdahulu sebelum mereka yang telah dikenakan dengan azab. Golongan yang bersekutu itu adalah golongan yang bergabung menentang Rasul mereka dahulu.

Beliau takut mereka akan dikenakan dengan azab yang sama. Kalau mereka terus menentang Nabi Musa, mereka boleh dikenakan dengan azab dari Allah – lihatlah apa yang terjadi kepada kaum-kaum terdahulu.

Sekarang lelaki ini menggunakan sejarah pula sebagai hujah beliau. Sebelum ini beliau telah menggunakan logik, dan sekarang apabila melihat kaumnya masih tidak mahu mengikut, beliau telah mengingatkan mereka kepada masa lampau.

Ini memberitahu kita bahawa penduduk Mesir itu tahu dengan apa yang terjadi kepada kaum-kaum terdahulu. Begitu juga, Musyrikin Mekah juga tahu dengan azab-azab yang telah dikenakan kepada kaum terdahulu seperti Kaum Aad dan Tsamud.

Kita kena belajar dari sejarah. Supaya sejarah tidak berulang. Oleh sebab itu kena tahu apa yang berlaku zaman dahulu supaya kita boleh jadikan ikutan kalau mereka baik; dan jadikan sebagai sempadan jika mereka buruk.

Allahu a’lam.

Iktibar Tsunami Aceh 2004

0

Iktibar Tsunami Aceh 2004

Bab Tabligh Pertama : Bala

Ayahaji sempat tabligh pada seorang penduduk Aceh semasa hendak membeli lembu korban. Dia pekerja di situ.

Ayahaji baca ayat Al-Quran pada orang Aceh itu tentang balasan yang mereka telah lakukan dan dia kata ya!!!! (Kejadian tsunami itu mirip diceritakan dalam Al-Quran). Begini kisahnya. Ayahaji tengok dia duduk rehat berseorangan. Ayahaji menghampiri.

Ayahaji: Asal dari mana?

Orang Aceh: Aceh

Ayahaji: Saya hendak tanya awak tentang tsunami di Banda Aceh. Semua pesantren di Banda Aceh bersama-sama dengan guru dan murid-murid, adakah semuanya terkorban?

Orang Aceh: Ya. Tinggal masjid sahaja.

Ayahaji: Adakah pesantren buat tahlil, talkin dan maulud?

Orang Aceh: Ya.

Ayahaji: Adakah guru-guru pesantren mengajar tafsir Al-Quran dan hadis atau mereka mengajar dari kitab-kitab ajaran tok-tok guru?

Orang Aceh: Mereka tidak mengajar tafsir atau hadis tetapi mengajar kitab-kitab ulama.

Ayahaji: Adakah pemujaan di kubur di Banda Aceh seperti yang saya tengok dalam rencana?

Orang Aceh: Ya ada.

Ayahaji: Tidak ada ulama ke yang melarang?

Orang Aceh: Tidak tahu.

Ayahaji: Tidakkah beberapa tahun dahulu orang Aceh berada dalam kesempitan hidup dan bala bencana?

Orang Aceh: Ya. Kami sangat susah dulu. Tetapi sebelum berlaku tsunami, hidup kami dalam keadaan senang.

Ayahaji: Bolehkah saya bacakan pada awak beberapa ayat Al-Quran, terjemahan daripada Indonesia?

Orang Aceh: Ya.

Ayahaji: Ini bab tahlil yang di amal oleh kiyai-kiyai/guru Banda Aceh.

فَالْيَوْمَ لَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَلَا تُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

“Maka pada hari itu (di Padang Mahsyar) tiada siapa akan dizalimi sedikit pun. Dan tidaklah mereka semua dibalas melainkan dari amalan-amalan yang mereka TELAH lakukan”. [Ya-Seen: 54]

Ayahaji: Nah, ini ayat Al-Quran. Awak pun tengok sendiri ayat ini dari telefon saya. Kita tidak akan dibalas melainkan dari amalan-amalan yang kita telah buat.

Orang Aceh : Ya. Saya tidak tahu Pak Aji bahawa ini ada dalam Al-Quran.

Ayahaji: Ini bermakna, setiap apa yang menimpa kita adalah hasil usaha kita sendiri. Ujian berbanding dengan bala adalah:
– Bala. Buat apapun tidak selesai bala tersebut. Bala tersebut sentiasa menimpa-nimpa. Kita dalam keadaan tidak tenang.
– Ujian pula, kita usaha sikit, sabar sikit tetapi ianya mudah selesai.

Bab Tabligh Kedua: Talkin

Ayahaji bertanya lagi pada orang Aceh itu.

Ayahaji: Kalau lembu itu Allah SWT beri ia boleh mendengar iaitu boleh faham apa yg kita cakap ini, boleh ke tidak?

Orang Acheh: Boleh.

Ayahaji: Jika Allah SWT beri pokok-pokok mendengar dan faham juga, boleh ke tidak?

Orang Aceh: Boleh.

Ayahaji: Kenapa pula Allah SWT tidak buat begitu pada lembu dan pokok-pokok? Kerana inilah keputusan Allah SWT, ketentuan Allah SWT. Sebab itu, walaupun lembu itu boleh mendengar tetapi lembu itu tidak faham apa yang kita cakap.

Ayahaji: Mahukah awak tahu dari Al-Quran di mana saya akan bacakan kepada awak kenapa talkin ini tidak boleh dibuat?

Orang Aceh: Boleh juga.

Ayahaji pun buka App al-Quran di telefon bimbit, surah Fathir ayat 22 dan suruh dia sendiri baca.

وَمَا يَسْتَوِي الْأَحْيَاءُ وَلَا الْأَمْوَاتُ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُسْمِعُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَمَا أَنْتَ بِمُسْمِعٍ مَنْ فِي الْقُبُورِ

Dan tidaklah sama orang hidup dan orang mati. Sesungguhnya Allah SWT boleh memperdengarkan pada sesiapa atau binatang-binatang atau pokok-pokok supaya boleh mendengar. Tetapi kamu (Muhammad) tidak boleh memperdengarkan pada orang yang sudah mati dalam kubur. [Surah Fathir 22]

Ayahaji: Nah, ini ayat al-Quran. Sesiapa yang ingkar dengan mana-mana ayat Al-Quran adalah kufur pada Allah SWT. Begitu juga tahlil. Maka, Ayah Aji sambung lagi.

Ayahaji: Apakah awak hendak dengar daripada Al-Quran juga bahawa perkara ini telah diancamkan Allah SWT pada kita?

Orang Aceh: Saya mahu dengar.

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَىٰ أُمَمٍ مِنْ قَبْلِكَ فَأَخَذْنَاهُمْ بِالْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ لَعَلَّهُمْ يَتَضَرَّعُونَ

Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan rasul-rasul kepada umat-umat yang dahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami seksakan mereka dengan kesempitan hidup dan bala-bala bencana supaya mereka berdoa (kepada Kami) dangan merendah diri (serta insaf dan bertaubat). [Al-An’am 42]

فَلَوْلَا إِذْ جَاءَهُمْ بَأْسُنَا تَضَرَّعُوا وَلَٰكِنْ قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan. [Al-An’am 43]

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, (iaitu quran) yang mereka mesti belajar, amal dan sebar. (Maksudnya, kita sibuk baca kitab tok guru tetapi tidak belajar Al-Quran dan hadis.) Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). [Al-An’am 44]

Ayahaji: Saya hendak tanya awak. Dulu awak kesempitan hidup dan bala-bala bencana seperti gempa bumi dan lain-lain, kiyai-kiyai masih buat tahlil, talkin, maulud dan lain-lain termasuk puja kubur-kubur orang keramat, kan?

Orang Aceh: Ya.

Ayahaji: Akibat daripada itulah datangnya tsunami, menghancurkan semua. Saya tengok dalam tv di mana orang-orang yang melihat orang-orang yang sedang hanyut, tidak ada pun yang melaung-laung suruh tolong atau orang yang lemas minta tolong. Serupa atau tidak dengan ayat ini?

Orang Aceh: Serupa

فَقُطِعَ دَابِرُ الْقَوْمِ الَّذِينَ ظَلَمُوا ۚ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Lalu kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya. Dan (dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, dengan menyebut): “Segala puji tertentu bagi Allah SWT Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. [Al-An’am 45]

Ayahaji: Maksudnya, mati semua mereka di Banda Aceh termasuk kiyai-kiyai, murid-murid, orang-orang keliling pesantren, orang-orang ramai yang sefahaman dengan mereka. Allah SWT matikan semua orang-orang engkar ayat-ayat al-Quran. Pak-pak kiyai, murid-murid mereka, orang-orang awam yang sefahaman, sama seperti kaum Luth, Aad, Thamud, Fir’aun. Malah sekarang pula, masih lagi diamal amalan bid’aah itu. Di Malaysia ini pun serupa. Saya sangat-sangat bimbang akan menimpa pada kami di sini, sejenis kefahaman ini di mana mereka tidak mahu ikut perintah Allah SWT dan Sunnah Nabi kita SAW.

Orang Aceh itu terpesir.

Wallahua’lam.

Pedang, Akidah Takwil, Pahala Haji

0

1. Soalan

Apakah status hadis ini?

Baginda SAW bersabda,

بُعِثْتُ بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ بِالسَّيْفِ حَتَّى يُعْبَدَ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، وَجُعِلَ رِزْقِي تَحْتَ ظِلِّ رُمْحِي، وَجُعِلَ الذُّلُّ وَالصَّغَارُ عَلَى مَنْ خَالَفَ أَمْرِي، وَمَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Aku diutus menjelang hari Kiamat dengan pedang, agar Allah satu-satu-Nya yang diibadahi, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dijadikan rezekiku di bawah naungan tombakku, dan dijadikan kehinaan dan kerendahan itu bagi orang yang menyelisihi atau menentang perintahku. Barang siapa menyerupai suatu kaum, dia termasuk kaum tersebut.”[Ahmad 2I/50 dan 92, dari Ibnu ‘Umar]

بُعِثتُ بين يدي الساعةِ بالسَّيفِ ، حتى يُعبَدَ اللهُ تعالى وحده لا شريكَ له ، و جُعِلَ رِزْقي تحت ظِلِّ رُمْحي ، وجُعِلَ الذُّلُّ و الصَّغارُ على من خالفَ أمري ، و من تشبَّه بقومٍ فهو منهم
درجة الحديث: صحيح
الراوي: عبدالله بن عمر
المحدث: الألباني، المرجع: صحيح الجامع – 2831

Apa yang dimaksudkan dengan “diutuskan dengan pedang”?

1. Jawapan

Maksud pedang:
Perjuangan Nabi SAW lebih mencabar berbanding dengan nabi-nabi sebelumnya, maka ia akan melibatkan peperangan. Pedang adalah simbol militari (perang).
Nabi SAW akan berdepan dengan Kristian dan Yahudi, maka militari sememangnya diperlukan khususnya kaum Kristian yang berpusat di Romawi.
Menegakkan akidah tauhid dan memerangi syirik, memerlukan pedang atau kuasa militari.
Itulah sumber gaji atau pendapatan Nabi SAW untuk menyara 9 keluarganya. Nabi SAW tidak ada gaji dari perbendaharaan, semua datang melalui pedang atau ghanimah (rampasan perang). [Fathul bari, jilid 6].

 

2. Soalan

Boleh beri pencerahan selanjutnya adakah akidah tanpa takwil bermakna ia adalah akidah semua salaf atau ada salaf yang takwil?

2. Jawapan

Akidah salafiyah tanpa takwil adalah akidah para salaf dari 1-300 hijrah, akidah empat mazhab, akidah ahli hadis dan atsar dan akidah Imam Syafie, Malik, Abu Hanifah dan Imam Ahmad ibn Hanbal. Ia beriman dengan sifat-sifat Allah SWT sebagaimana dalam al-Quran dan sunnah, tanpa takwil.
Akidah takwil adalah selepas tahun 300 hijrah kerana isu Muktazilah dan Syiah.

 

3. Soalan

Apakah status hadis ini?

“Barang siapa berjalan untuk solat wajib dalam keadaan sudah suci (berwudhu di rumah), maka ia seperti mendapatkan pahala orang yang berhaji dan ihram”
(HR Ahmad).

3. Jawapan

Takhrij:

روى أحمد وأبوداود وغيرهما من طريق يحيى بن الحارث الذِّمَاري عن القاسم بن عبد الرحمن عن أبى أمامة رضي الله عنه أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال « من خرج من بيته متطهرا إلى صلاة مكتوبة فأجره كأجر الحاج المحرم

Tahqiq:

الراوي : أبو أمامة الباهلي | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح أبي داود
الصفحة أو الرقم: 558 | خلاصة حكم المحدث : حسن

Al-Albani kata hasan, mutaqaddimin kata dhaif, antaranya Imam Ahmad.

Rukun Khutbah Jumaat Menurut 4 Mazhab

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian:
Rukun Khutbah Jumaat menurut 4 mazhab

1. Mazhab Hanafi berpendapat rukun khutbah Jumaat hanyalah bacaan hamdalah, tasbih dan tahlil.

Mereka berpegang pada ayat 9 Surah Al-Jumuah yang menyeru supaya mengingati Allah. Maka rukun khutbah itu ialah apa yang dapat membawa mengingati Allah seperti zikir, tasbih dan seumpamanya.

2. Mazhab Maliki berpendapat rukun khutbah ialah ucapan atau penyampaian yang memenuhi maksud khutbah di sisi orang arab. Iaitu yang mengandungi nasihat, tazkirah atau peringatan sekalipun sekadar dua bait atau dua rangkap ucapan.

3. Mazhab syafie adalah mazhab yang paling ketat dan tegas dalam masalah rukun khutbah kerana mensyaratkan 5 rukun iaitu ucapan hamdalah, selawat ke atas nabi, membaca sepotong ayat alQuran, berpesan atau memberikan wasiat taqwa dan mendoakan kaum muslimin.

4. Mazhab Hambali pula mengatakan rukun khutbah ada sebanyak 4 perkara iaitu lebih kurang sama dengan mazhab syafie seperti ucapan hamdalah, selawat, membaca ayat alquran dan berpesan supaya bertaqwa.

Bezanya ialah mereka tidak mensyaratkan pada mendoakan kaum muslimin seperti mazhab syafie.

Kesimpulannya, permasalahan rukun khutbah ini ialah permasalahan ijtihad dan pendapat para fuqaha Islam bagi menghasilkan khutbah yang terbaik menurut kemampuan masing-masing agar dapat memberikan manfaat kepada umat Islam.

@EmranAhmad

Tafsir Surah Ghafir – Tafsir Ayat Ke-26 dan Ke-27

0

Tafsir Surah Ghafir

Tafsir Ayat Ke-26

Firaun adalah seorang individu yang licik dan pandai berhujah dalam menolak kebenaran. Dia dapat jadi raja pun sebab dia pandai. Allah SWT memasukkan kisah Firaun dalam Al-Quran, supaya kita tahu, kalau ada manusia yang pandai menolak pun, itu sebenarnya dia ikut cara Firaun. Allah SWT sebut kisah Firaun kepada mereka yang belajar tafsir Al-Quran sebab akan sentiasa ada orang yang jenis Firaun dalam dunia dari dulu sampai sekarang. Mereka pandai berhujah sampai ramai yang ikut dia macam rakyat Firaun ikut Firaun.

Juga nanti anda akan jumpa orang yang menolak dan baru perasan: “eh! hujah dia ni sama macam hujah Firaun la…!

Ayat sebelum ini telah diceritakan bagaimana dia hendak merosakkan kehidupan mereka yang beriman. Sekarang disebut cara kedua Firaun. Dia gunakan cara politik.

وَقالَ فِرعَونُ ذَروني أَقتُل موسىٰ وَليَدعُ رَبَّهُ ۖ إِنّي أَخافُ أَن يُبَدِّلَ دينَكُم أَو أَن يُظهِرَ فِي الأَرضِ الفَسادَ

“Dan berkatalah Firaun (kepada orang-orangnya): “Biarkanlah aku membunuh Musa, dan biarlah dia memohon kepada Tuhannya (meminta pertolongan)! Sesungguhnya aku bimbang dia akan menukar ugama kamu, atau ia menimbulkan kerosakan di muka bumi”.

وَقَالَ فِرْعَوْنُ ذَرُونِي أَقْتُلْ مُوسَى

“Firaun berkata: Biarkan aku bunuh Musa”.

Firaun kata biar dia bunuh Nabi Musa. Ini adalah kali kedua dia hendak bunuh Nabi Musa – kali pertama semasa Nabi Musa dilahirkan. Masa dia kata hendak bunuh Nabi Musa ini, dia sebenarnya kenal yang Nabi Musa itu adalah Rasul. Cuma tidak mahu percaya sahaja.

Sekarang dia kata dia hendak membunuh Nabi Musa. Kerana keadaan sudah jadi teruk, ramai sudah mahu percaya kepada Nabi Musa. Dia hendak tunjukkan kekuasaannya. Dia kata begitu dalam nada, dia hendak bunuh itu untuk kebaikan penduduk Mesir sahaja. Bukanlah dia hendak bunuh sangat, tetapi sebab dia nampak kononnya ada keburukan pada Nabi Musa itu.

Dan mungkin itu kata-kata dia sahaja, bukan hendak bunuh kerana seperti telah disebut sebelum ini, dia sendiri takut hendak bunuh Nabi Musa kerana dia sendiri tahu yang Nabi Musa adalah seorang Nabi. Kerana fikirkanlah, kalau benar-benar dia hendak bunuh Nabi Musa, senang sahaja dia hendak bunuh, bukan? Teruslah bunuh sahaja, buat apa hendak minta kebenaran pula? Kerana kalimah ‘biar aku bunuh Musa’ itu bukankah seperti minta kebenaran?

Atau, dia memang hendak bunuh Nabi Musa. Dia kata dia hendak bunuh Nabi Musa kerana dia nampak Musa adalah penyebab masalah. Nabi Musa pandai berdakwah dan Firaun sudah rasa takut kerana orang sudah mula percaya. Dia rasa masalah akan selesai kalau Nabi Musa mati. Dalam ayat sebelum ini, dia hendak ganggu pengikut, sekarang dia hendak serang kepala yang diikuti. Boleh nampak strategi dia? Hebat strategi dia.

Jadi, ada banyak kemungkinan kenapa Firaun gunakan kalimah ذَرُونِي (biarkan aku) untuk bunuh Nabi Musa? Padahal, bukankah dia sendiri kata yang dia adalah ‘tuhan Mesir’? Bila dia kata macam itu, nampak macam dia minta kebenaran untuk bunuh Nabi Musa pula, padahal selalunya dia buat keputusan sendiri sahaja, tidak perlu hendak minta kebenaran. Dia cakap macam itu supaya nampak macam penduduk Mesirlah yang menghalang dia membunuh Musa selama ini. Seolah-olah kalau orang Mesir tidak halang dia, dia sudah lama bunuh Nabi Musa. Jadi, dia hendak kata, jangan halang dan kacau dia dari membunuh Nabi Musa. Dia memang pandai main politik.

Seperti yang telah diberitahu, dia takut hendak bunuh Nabi Musa. Maknanya, ada rasa takut juga dalam dirinya. Dia sebenarnya pengecut. Di luar, dia tunjukkan keberanian, tetapi dalam hati, dia sebenarnya takut. Ada riwayat yang mengatakan bagaimana semasa dia cakap begini, dia terkencing kerana takut sangat. Tetapi, kenapakah dia takut hendak bunuh Nabi Musa? Sepatutnya senang sahaja untuk dia bunuh Nabi Musa, bukan? Dia ada rasa takut kerana dia tidak pernah berjaya bunuh Musa. Setiap kali dia hendak bunuh, ada sahaja halangan. Ini termasuk semasa baginda tinggal di dalam istananya. Kerana dari awal lagi apabila dia tahu yang Nabi Musa itu dari keturunan Bani Israil, dia sudah hendak bunuh. Perkara ini berlaku dari masa Nabi Musa kecil lagi. Itu adalah kerana baginda telah dijaga oleh Allah SWT.

Begitu jugalah Nabi Muhammad SAW telah dijaga oleh Allah SWT. Walaupun Nabi Muhammad SAW dibenci oleh Musyrikin Mekah, mereka rasa dia penyebab segala masalah, mereka juga sudah buat rancangan hendak bunuh baginda, namun tidak berjaya.

Dikatakan juga, setiap kali Firaun hendak membunuh Nabi Musa, pembesar-pembesarnya akan menghalang. Mereka kata Firaun kena kalahkan Nabi Musa dalam hujah. Kerana selama hari ini asyik kalah dalam hujah sahaja. Berbagai-bagai tuduhan dan tohmahan yang telah diberikan oleh Firaun, tetapi dapat dijawab oleh Nabi Musa. Memang nampak macam Firaun dalam kedudukan yang lemah. Kalau Firaun bunuh terus, nanti akan nampak kelemahan dia. Nanti orang akan kata Firaun bunuh Nabi Musa itu hanya kerana tidak dapat mematahkan hujah baginda.

Atau pun ada pemimpin itu yang rasa Nabi Musa adalah benar tetapi mereka tidak mahu beriman kerana mereka mementingkan kedudukan mereka. Dan mereka tidak mahu Firaun bunuh Nabi Musa kerana mereka tahu yang kalau Nabi Musa dibunuh, akan menyebabkan bencana akan jatuh kepada mereka kerana membunuh seorang Rasulullah.

وَلْيَدْعُ رَبَّهُ

“dan biar dia menyeru kepada Tuhan dia”.

Firaun kata, biar Nabi Musa berdoa kepada Tuhannya agar diselamatkan daripada ku, aku tidak peduli dengan-Nya.

Firaun hendak tengok macam mana Nabi Musa hendak buat bila dia hendak bunuh baginda. Begitulah kurang ajarnya Firaun.

إِنِّي أَخَافُ أَن يُبَدِّلَ دِينَكُمْ

“Sesungguhnya aku ini bimbang dia akan mengubah ugama kamu ini”.

Ini adalah alasan yang digunakan oleh Firaun untuk membunuh Musa. Dia kononnya risau Nabi Musa akan mengubah agama mereka yang telah lama diamalkan mereka kepada ugama lain. Firaun kononnya hendak menjaga amalan agama mereka yang telah lama mereka amalkan turun temurun. Dia hendak kata, Musa ini bawa agama baru yang entah datang dari mana. Tengok bagaimana dia main psikologi.

Semua manusia takut kalau agama mereka diubah. Sama ada orang Islam atau tidak. Ia menjadi benda yang besar kepada manusia kalau fahaman mereka sudah rosak. Bila Firaun sebut macam itu, gelabah habis rakyatnya. Macam sekarang, beza fahaman khalaf dan salaf. Yang amal khalaf pun marah betul kalau puak sunnah masuk. Sampai tidak bagi masuk masjid mengajar agama. Sampai hendak tangkap mereka yang tidak ada tauliah. Sampai senaraikan nama ustaz-ustaz sunnah yang tidak boleh mengajar, kerana mereka kata, ustaz-ustaz ini bawa ajaran baru.

Begitulah pengamal bidaah di negara ini, apabila kita bawa ajaran Sunnah, ada yang menentang kita dengan mengatakan kita bawa ajaran baru, dan mereka hanya hendak menjaga amalan lama yang diajar oleh ulama-ulama dulu sahaja. Mereka kata amalan itu telah lama diamalkan, tidak mungkin salah pula? Kita sudah lama amalkan tahlilan, doa selamat, sedekah pahala, sambut Nisfu Syaaban, datang puak-puak wahabi ini, kata salah pula?

Lihatlah, sama sahaja hujah yang digunakan oleh Firaun dan pelampau bidaah negara ini. Sedangkan kita bukan hendak kena jaga amalan yang sudah lama. Yang penting, kita kena pastikan yang amalan itu benar. Kalau ia salah, dan walaupun sudah lama diamalkan oleh masyarakat, kena ditinggalkan. Kadang-kadang kita pun tidak faham dengan fahaman mereka ini. Mereka sanggup hendak pertahan amalan yang sudah lama walaupun amalan itu salah. Bila diminta dalil, bukan dalil yang diberi, tetapi hujah: “Eh!sudah lama kita dok amal ni, takkan salah pula? Ini tradisi agama kita, kita kena pertahankan!”

أَوْ أَن يُظْهِرَ فِي الْأَرْضِ الْفَسَادَ

“Atau dia akan hendak melahirkan keganasan di atas muka bumi ini”.

Firaun tuduh Nabi Musa hendak menjadi ‘terrorist’ di bumi Mesir. Dia tuduh Nabi Musa hendak melakukan kerosakan di muka bumi Mesir yang aman damai. Firaun tuduh Nabi Musa hendak memecah belahkan penduduk Mesir kepada dua puak, supaya pecah belah dan senanglah Nabi Musa hendak mengambil alih kerajaan Mesir.

Ini idea kedua dia. Kalau agama tidak rosak pun, dia kata kesan dari dakwah Nabi Musa itu, rakyat akan pecah belah. Ini dia sebut dari segi politik. Sebab nanti akan ada yang ikut Nabi Musa dan ada yang tidak. Kesannya nanti ada dua puak di negara itu. Kalau yang mereka tolak adalah kebatilan, memanglah elok. Macam kerajaan kita tolak ajaran Syiah dan cara hidup Barat, itu memang elok. Yang tidak elok adalah kalau kebenaran yang ditolak.

Alasan ini juga digunakan sekarang. Inilah juga kata-kata orang kafir kepada orang Islam. Pemimpin negara Islam pun kata begitu kepada rakyat yang hendak bela agama. Iaitu apabila ajaran sunnah ini semakin kuat, mereka kata inilah golongan pelampau agama yang membunuh orang. Mereka tuduh, inilah gerakan yang mengebom negara itu dan ini, menangkap orang itu dan ini dan sebagainya. Baru-baru ini, kita pun tahu bagaimana ada yang tuduh: ajaran Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ wa Sifat akan menyebabkan mereka yang mempelajarinya akan jadi ‘terrorist’. Ini memang tidak masuk akal sama sekali. Berapa ramai yang sudah belajar Tauhid 3T ini, tetapi tidak jadi ‘terrorist’ pun?

Lihatlah alasan Firaun ini – dia kata Musa hendak buat kerosakan di bumi Mesir. Tetapi, selama hari ini, siapakah yang buat kerosakan dan kejahatan di Mesir, bukankah dia? Bukankah dia yang memerintah dengan cara kuku besi? Bukankah dia yang telah mengarahkan dibunuh anak-anak lelaki tanpa belas kasihan lagi? Tidakkah dia telah membunuh ahli-ahli sihir yang telah beriman dengan Nabi Musa? Tidakkah dia telah mengeluarkan perintah untuk membunuh sesiapa yang beriman dengan Nabi Musa dan anak-anak lelaki mereka sekali? Dan entah berapa kali kerosakan yang dilakukan oleh Firaun ini. Lihatlah bagaimana dia yang buat kerosakan, tetapi dia salahkan Nabi Musa pula. Dia pandai putar belit.

Tafsir Ayat Ke-27:

Setelah Firaun berkata begitu, apa yang Nabi Musa lakukan? Allah SWT ajar bagaimana cara menghadapi dugaan dalam dakwah. Tidak perlu gelabah, hanya mengadu sahaja kepada Allah SWT.

Tidak perlu buat apa-apa yang susah. Firaun yang besar itu pun, serah kepada Allah SWT sahaja. Allah SWT sudah cukup bagi kita, kita kena yakin sahaja. Inilah jalan para Nabi dalam melakukan doa. Mereka mengadu terus kepada Allah SWT.

Jangan lawan dengan cara mereka. Jangan lawan kekerasan dengan kekerasan. Kita pun kena pakai cara yang ditunjukkan oleh baginda ini. Macam kita sekarang diserang bertubi-tubi oleh puak yang memusuhi sunnah. Mereka gunakan cara yang tidak elok, contohnya dengan cacian dan makian. Jangan kita pula guna cara mereka. Kita pakai senjata paling kuat: doa.

وَقالَ موسىٰ إِنّي عُذتُ بِرَبّي وَرَبِّكُم مِن كُلِّ مُتَكَبِّرٍ لا يُؤمِنُ بِيَومِ الحِسابِ

“Dan (setelah mendengar ancaman itu) Nabi Musa berkata: “Sesungguhnya aku berlindung kepada Allah SWT Tuhanku dan Tuhan kamu – dari (angkara) tiap-tiap orang yang sombong takbur, yang tidak beriman kepada hari hitungan amal!”

وَقَالَ مُوسَىٰ

“Telah berkata Musa”:

Ini adalah kata-kata jawapan balas dari Nabi Musa. Lihatlah bagaimana Nabi Musa menjawab dengan tenang sahaja ancaman Firaun itu. Ini adalah juga doa kepada sesiapa yang sebar agama dan kalau dapat ancaman orang hendak bunuh atau hendak penjara.

Apabila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT, Allah SWT akan berikan jalan keluar dari masalah. Lihatlah nanti bagaimana Allah SWT membantu Nabi Musa dengan diberikan bantuan dari seorang Lelaki Mukmin dari kalangan keluarga Firaun sendiri.

Nabi Musa berkata ini kepada pengikut-pengikut baginda.

إِنِّي عُذْتُ بِرَبِّي وَرَبِّكُم

“Sesungguhnya aku berlindung dengan Tuhanku dan Tuhanmu juga”.

Dalam ayat sebelum ini, Firaun cabar dan hendak melihat Nabi Musa meminta tolong kepada Tuhannya. Dan memang Nabi Musa akan berdoa dan berharap kepada Allah SWT sahaja. Tidak ada tempat lain yang hendak diharapnya.

Begitu jugalah kita, kena mengharap kepada Allah SWT. Gunakan pendekatan doa – minta Allah SWT zahirkan kudrat-Nya dengan beri pertolongan kepada kita. Kalau ada orang hendak serang kita, hendak kacau kita, minta tolong kepada Allah SWT sahaja.

Allah SWT bukan sahaja Tuhan kepada Nabi Musa, tetapi Tuhan kepada Firaun, Tuhan kepada Bani Israil dan semua orang. Walaupun mereka tidak percaya kepada Allah SWT, Allah SWT tetap Tuhan mereka juga. Tidak ada Tuhan yang lain. Itulah yang Nabi Musa ingatkan dalam ayat ini.

Begitulah juga kita dengan orang kafir sekarang – walaupun mereka tidak mengaku Allah SWT itu Tuhan mereka, tetapi tetap Allah SWT itu Tuhan mereka. Allah SWTlah yang memberi kehidupan dan rezeki kepada mereka. Walaupun mereka berdoa kepada tuhan sembahan mereka, tetapi Allah SWTlah yang memakbulkan doa-doa mereka itu. Tidak ada Tuhan yang lain. Sembahan-sembahan mereka itu bukan boleh beri apa-apa pun. Lalu masalah mereka selesai, mereka dapat makan itu, dari siapa? Bukan dari Allah SWT kah?

Lihatlah bagaimana Nabi Musa berharap dan menyerahkan urusannya kepada Allah SWT. Beginilah pendakwah ajaran Tauhid kena serahkan diri kepada Allah SWT. Kalau ada yang menentang kita, doa kepada Allah SWT. Kena tawakal kepada Allah SWT.

Kerana itulah disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa r.a., bahawa Rasulullah Saw. apabila merasa takut terhadap kejahatan suatu kaum mengucapkan doa berikut:

“اللَّهُمَّ، إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ، وَنَدْرَأُ بِكَ فِي نُحُورِهِمْ”

“Ya Allah SWT, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kejahatan mereka dan menjadikan Engkau berada pada leher mereka”.

مِّن كُلِّ مُتَكَبِّرٍ

“dari setiap orang yang sombong”

Nabi Musa memohon perlindungan kepada Allah SWT dari mereka yang sombong. Mereka itu dikatakan ‘sombong’ kerana tidak mahu menerima kebenaran, mereka hanya memandang diri mereka sahaja yang penting. Begitulah Firaun. Dan begitulah juga orang-orang yang tidak mahu menerima kebenaran.

لَّا يُؤْمِنُ بِيَوْمِ الْحِسَابِ

“dan tidak beriman kepada Hari Perkiraan.”

Orang yang sombong dan rasa diri besar tidak hiraukan pun dengan Hari Perkiraan (Hari Kiamat). Mereka hanya nampak dunia sahaja dan tidak memikirkan apa yang akan terjadi di Hari Kiamat nanti.

Hari Kiamat itu juga dipanggil dengan ‘Hari Perkiraan’ kerana waktu itu akan dikira apakah amalan manusia semasa di dunia dan mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan.

 

Allahu a’lam.

Tahlil – Menghantar Pahala kepada Simati

0

Tahlil – Menghantar Pahala Kepada Simati

Ayahaji berjumpa dengan seorang murid Maulana Nik Mat, guru Ayahaji, bernama Ibrahim, semasa makan pagi tadi. Dia memberitahu itu dan ini hal-hal tentang ustaznya. Maulana Nik Mat adalah seorang ulama yang ilmunya tinggi. Ayahaji kata, dialah yang mengubah cara kefahaman tafsir Al-Quran Ayahaji. Ayahaji belajar dengan Maulana Nik Ahmad Toha selama 3 jam sehari, 6 hari seminggu sehingga 6 bulan. Ayahaji belajar bab Tauhid, syirik- syirik musyrikin, sifat-sifat Yahudi dan Kristian. Ayahaji berkata kepada Ibrahim, murid ustaz, “Sukakah saya ajar pada awak satu daripada apa yang saya belajar daripada ustaz Nik Mat?”

Ibrahim: Boleh

Ayahaji: Saya hendak cerita bab tahlil atau hantar pahala pada orang yang sudah mati.

Ibrahim (mencelah): Ustaz kata tahlil tidak boleh dibuat. Nabi SAW tidak ajar. Bid’ah.

Ayahaji: Ya. Nabi SAW kita dan para sahabatnya tidak buat tahlil. Tidak hantar apa-apa bacaan pada simati. Nabi kita hanya ada Al-Quran. Dia tidak belajar apa-apa kitab kecuali Al-Quran sahaja. Kalau Jibril AS beritahu padanya, tentu ada hadis. Maka ini bermaksud ada perintah daripada Allah tentang bab tahlil ini. Sukakah saya baca pada awak Ibrahim satu daripada ayat-ayat larangan tahlil ini?

Ibrahim: Boleh.

Ayahaji: Boleh atau tidak kita beri amalan zikir kita pada orang yang masih hidup sekarang ini? Tidak boleh bukan?

Ibrahim pun mengangguk.

Ayahaji: Di masa manakah amalan kiriman tahlil itu akan kita ketahui? Di dunia inikah atau di Akhirat?

Ibrahim: Di Akhirat.

Ayahaji: Di masa mana pula sebenarnya kita dapat tahu sampai atau tidak kiriman pahala itu?

Ibrahim (termenung sekejap): Di Mahsyar.

Ayahaji: Ya, di Mahsyar.

فَالْيَوْمَ لَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَلَا تُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Maka pada hari Mahsyar itu; tidak di zalimi sesiapa pun dan kamu tidak akan di balas melainkan apa-apa amalan yang telah kamu lakukan. [Ya-Seen: 54]

Ayahaji: Maksudnya,
– Satu dosa dibalas satu.

– Satu pahala dibalas 10, 70, 700 dan lain-lain berdasarkan hadis.

Amalan yang kita telah buat saja yang akan dibalas. Kalau kita tidak buat, maka tidak akan dibalas. Oleh itu membuat amalan tahlil hantar pahala kepada orang yang sudah mati adalah bertentangan dengan ayat ini.

مَا يُجَادِلُ فِي آيَاتِ اللَّهِ إِلَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَلَا يَغْرُرْكَ تَقَلُّبُهُمْ فِي الْبِلَادِ

Tidak membantah manusia terhadap mana-mana ayat Al-Quran melainkan orang-orang ingkar atau kafir sahaja. Janganlah memperdayakan kamu, sibuknya guru-guru mereka bergerak ke seluruh pelusuk negara, sambil menyebar amalan-amalan syirik bid’ah sambil ambil duit. [Ghafir: 4]

Oleh itu, membuat tahlil adalah bertentangan dengan ayat Ya-sin 54, maka kufurlah. Maka majlis itu di panggil majlis kufur kepada Allah.
Terpesir Ibrahim.

Wallahu a’lam.

HADITS YANG PADANYA TERDAPAT PERIWAYAT MAJHUL (مجهول) & MUBHAM (مبهم) – Bhg. 01

0

Panel: BroSyarief
asSalaamu ‘alaikum. Nota seterusnya dah siap. Lupa saya nak maklumkan bagi peserta bilik yang baru, disebabkan bilik ini Asas Ilmu Hadits, jadi saya hanya mampu sentuh apa yang bersifat asas.

Bagi mereka yang telah mempunyai asas, malah barangkali telah menguasai ilmu ini, sangat digalakkan untuk menyertai bilik lain berkait ilmu hadits secara umum di Bilik (03) – Link: https://telegram.me/joinchat/A0jOFDvr9Du81gVFGQqP3A

Di dalam Bilik tersebut, terdapat asatizah yang jauh lebih memahami bidang ini, dan ruang juga lebih terbuka untuk berkongsi pandangan.

Terima kasih. BaarakalLaahu fiikum.

#221216 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

02.12.02 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي)

#NotaBroSyarief #AsasIlmuHadits #UiTOBilik40

Susunan: BroSyarief

HADITS YANG PADANYA TERDAPAT PERIWAYAT MAJHUL (مجهول) & MUBHAM (مبهم) – Bhg. 01

A. Definisi Majhul (مجهول):

Dari sudut bahasa, perkataan Majhul (مجهول) berasal dari perkataan al-Jahalah (الجهالة), yang bermaksud: Kejahilan, atau tiada pengetahuan (mengenainya). Jadi, perkataan Majhul bermaksud: sesuatu/seseorang yang tidak dikenali atau tidak diketahui.

Adapun dari sudut istilah: Ia adalah mana-mana hadits yang pada sanadnya terdapat periwayat yang tidak dikenali langsung walau namanya, atau namanya diketahui tetapi keadaan periwayat tersebut tidak diketahui.

Terdapat dua jenis periwayat yang majhul:

1. Majhul al-‘Ain (مجهول العين)

Ia merujuk kepada periwayat yang namanya disebutkan di dalam sanad, dan didapati tidak ada periwayat lain yang meriwayatkan dari dia kecuali seorang sahaja.

Status hadits ini adalah Dha’if (ضعيف), kecuali jika hadits tersebut diriwayatkan dengan sanad lain yang lebih baik nilai sanadnya, maka ia boleh dinaik taraf ke martabat Hasan li Ghayrihi (حسن لغيره).

2. Majhul al-Hal (مجهول الحال) atau nama lainnya al-Mastur (المستور)

Ia merujuk kepada periwayat yang mana terdapat dua atau lebih periwayat lain yang meriwayatkannya tetapi dia tidak dinilai tsiqah (لم يوثق).

Status hadits ini juga adalah Dha’if (ضعيف), kecuali jika hadits tersebut diriwayatkan dengan sanad lain yang lebih baik nilai sanadnya, maka ia boleh dinaik taraf ke martabat Hasan li Ghayrihi (حسن لغيره).

B. Definisi Mubham (مبهم)

Dari sudut bahasa, ia berasal dari perkataan al-Ibham (الإبهام), yang bermaksud yang tersorok dan tersembunyi.

Adapun dari sudut istilah, ia merujuk kepada periwayat yang tidak jelas namanya disebutkan; ataupun namanya disebutkan dengan nisbah, atau kun-yah, atau laqab yang tidak dikenali (secara masyhur) dinisbahkan kepada periwayat tersebut.

Contohnya, apabila seorang periwayat menyebutkan: حَدَّثَنِي رَجُلٌ (Seorang lelaki telah menyebutkan kepadaku), atau حَدَّثَنِي فُلَانٌ (Si fulan telah menyebutkan kepadaku), dan yang seumpamanya.

Status hadits ini juga adalah Dha’if (ضعيف), tidak diterima; tetapi jika hadits tersebut diriwayatkan dengan sanad lain yang lebih baik nilai sanadnya, maka ia boleh dinaik taraf ke martabat Hasan li Ghayrihi (حسن لغيره).

Adapun jika seorang imam mujtahid seperti Imam Malik, asy-Syafi’e dan selain mereka menyebutkan: حَدَّثَنِي الثِّقَةُ (Seseorang yang terpercaya telah menyebutkan kepadaku), maka ianya memadai diterima berkaitan perbincangan di dalam mazhab.

(bersambung..)

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.
__
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

أبو ريان جَفْرِي الكَرَامِيّ:
Apakah terjemahan dari segi bahasa bagi
حسن لغيره

Boleh ker macam ni:
Ianya hasan dengan (sebab/hadis) lain??

BroSyarief:
Istilah-istilah khusus ni susah nak berikan terjemahan yang baik, dibimbang nanti ia lebih mengelirukan; kecuali jika diyakini terjemahan itu tepat, ringkas dan tidak mengelirukan.

ISIS, Syahid, akidah Hanabilah

0

1. Soalan

Sahih kah hadis di bawah dan betulkah ianya merujuk kepada ISIS dan Abu Bakr al-Baghdadi pemimpin ISIS?
“Jika kalian melihat bendera hitam, maka bertahanlah di bumi. Jangan gerakkan tangan dan kaki kalian. Kemudian akan muncul kaum lemah. Hati mereka seperti potongan besi. Mereka (mengaku) pemegang kekuasaan. Mereka tidak menepati janji. Mereka mengajak kepada haq namun mereka bukan orang yang benar. Nama mereka menggunakan kunya(seperti Abu) dan nisbat mereka menggunakan nama daerah (seperti al-Baghdadi). Rambut mereka terurai seperti wanita, hingga mereka berselisih di antara mereka. Kemudian Allah mendatangkan kebenaran kepada yang dikehendakiNya.” [Abu Nu’aim dalam Kanz al-Ummal juz 11, halaman 283].

1. Jawapan

Takhrij:

هذا الحديث رواه نعيم بن حماد رحمه الله في ” كتاب الفتن ” (573) قال :
حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ ، وَرِشْدِينُ ، عَنِ ابْنِ لَهِيعَةَ ، عَنْ أَبِي قَبِيلٍ ، عَنْ أَبِي رُومَانَ ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : ” إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّايَاتِ السُّودَ فَالْزَمُوا الْأَرْضَ فَلَا تُحَرِّكُوا أَيْدِيَكُمْ ، وَلَا أَرْجُلَكُمْ ، ثُمَّ يَظْهَرُ قَوْمٌ ضُعَفَاءُ لَا يُؤْبَهُ لَهُمْ ، قُلُوبُهُمْ كَزُبَرِ الْحَدِيدِ ، هُمْ أَصْحَابُ الدَّوْلَةِ ، لَا يَفُونَ بِعَهْدٍ وَلَا مِيثَاقٍ ، يَدْعُونَ إِلَى الْحَقِّ وَلَيْسُوا مِنْ أَهْلِهِ ، أَسْمَاؤُهُمُ الْكُنَى ، وَنِسْبَتُهُمُ الْقُرَى ، وَشُعُورُهُمْ مُرْخَاةٌ كَشُعُورِ النِّسَاءِ ، حَتَّى يَخْتَلِفُوا فِيمَا بَيْنَهُمْ ، ثُمَّ يُؤْتِي اللَّهُ الْحَقَّ مَنْ يَشَاءُ ” .

وهذا إسناد ضعيف جدا ، فيه علل :
أولا : أبو رومان مجهول ، لم نجد له ترجمة إلا قول ابن منده في ” الكنى ” (ص 328)

Status hadis:
Amat dhaif.
Perawi majhul, Abu Rumman.
Sumber rujukan: Islam QnA Soleh al-Munajjid.

 

2. Soalan


Mohon status hadis ini.

2. Jawapan

Takhrij:

للشهيدِ عندَ اللهِ ستُّ خصالٍ : يُغفرُ لهُ في أولِ دفعةٍ، ويَرى مقعدَهُ منَ الجنةِ، ويُجارُ منْ عذابِ القبرِ، ويأمنُ منَ الفزعِ الأكبرِ، ويُوضعُ على رأسِهِ تاجُ الوقارِ، الياقوتةُ منها خيرٌ منَ الدنيا وما فيها، ويُزوَّجُ اثنتينِ وسبعينَ زوجةً من الحورِ العينِ، ويُشفَّعُ في سبعينَ منْ أقاربِهِ

الراوي : المقدام بن معد يكرب الكندي | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 1663 | خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح غريب

Status hadis:
Pendapat Abu Isa, hasan sahih gharib. Sahih.

الراوي : المقدام بن معد يكرب الكندي | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترمذي
الصفحة أو الرقم: 1663 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Status hadis:
Pendapat Syeikh al-Albani, sahih.

 

3. Soalan

Apakah maksud akidah Hanabilah?

3. Jawapan

Akidah Hanabilah adalah akidah Imam Ahmad, akidah ahli hadis dan akidah tanpa takwil.

Popular

Iklan

Iklan