Utama Tazkirah Admin Rukun Khutbah Jumaat Menurut 4 Mazhab

Rukun Khutbah Jumaat Menurut 4 Mazhab

1642
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian:
Rukun Khutbah Jumaat menurut 4 mazhab

1. Mazhab Hanafi berpendapat rukun khutbah Jumaat hanyalah bacaan hamdalah, tasbih dan tahlil.

Mereka berpegang pada ayat 9 Surah Al-Jumuah yang menyeru supaya mengingati Allah. Maka rukun khutbah itu ialah apa yang dapat membawa mengingati Allah seperti zikir, tasbih dan seumpamanya.

2. Mazhab Maliki berpendapat rukun khutbah ialah ucapan atau penyampaian yang memenuhi maksud khutbah di sisi orang arab. Iaitu yang mengandungi nasihat, tazkirah atau peringatan sekalipun sekadar dua bait atau dua rangkap ucapan.

3. Mazhab syafie adalah mazhab yang paling ketat dan tegas dalam masalah rukun khutbah kerana mensyaratkan 5 rukun iaitu ucapan hamdalah, selawat ke atas nabi, membaca sepotong ayat alQuran, berpesan atau memberikan wasiat taqwa dan mendoakan kaum muslimin.

4. Mazhab Hambali pula mengatakan rukun khutbah ada sebanyak 4 perkara iaitu lebih kurang sama dengan mazhab syafie seperti ucapan hamdalah, selawat, membaca ayat alquran dan berpesan supaya bertaqwa.

Bezanya ialah mereka tidak mensyaratkan pada mendoakan kaum muslimin seperti mazhab syafie.

Kesimpulannya, permasalahan rukun khutbah ini ialah permasalahan ijtihad dan pendapat para fuqaha Islam bagi menghasilkan khutbah yang terbaik menurut kemampuan masing-masing agar dapat memberikan manfaat kepada umat Islam.

@EmranAhmad

Komen dan Soalan