Utama Blog Halaman 167

Cabang-Cabang Iman – Cabang Iman Ke-22 hingga Ke-26

0

Cabang-Cabang Iman

Cabang Iman Ke-22

Zakat

Zakat adalah menafkahkan sebahagian harta kepada saluran yang ditentukan oleh Allah SWT atas maksud penyucian hati dan harta dari fitnah dan penyakitnya.

Pembahagian Zakat fitrah dan zakat harta.

Tasdiqkanlah akan kewajiban dan azimahnya perintah zakat.

Tablighkanlah kelebihan menginfaqkan harta dan bahaya kikir dan bakhil.

Amallah dengan mempersiapkan diri dan harta untuk mengamalkan zakat fardhu dan sedekah sunat.

Cabang Iman Ke-23

Puasa

Puasa – menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa dari waktu fajar hingga masuk waktu maghrib.

Kenapa Zakat di sebut dahulu dari Puasa oleh al Imam Al-Baihaqi, dalam Syarah Imam Al-Qazwini ada pendetailannya. Antara lain, zakat manfaat pada ramai orang, puasa hanya pada individu sahaja dan beberapa perkara teknikal yang lain.

Tasdiqkanlah dengan puasa ianya menjadi perisai dan benteng menahan dan mengekang hawa nafsu.

Sampaikanlah akan kelebihan-kelebihan puasa yang sangat banyak.

Berpuasalah dengan sebaik baik ittiba’, melewatkan sahur, berbuka di awal waktu maghrib.

Menjaga perkara yang dimakruhkan ketika berpuasa.

Zakat fitrah diwajibkan bermula pada umur berapa?

Cabang Iman Ke-24

Iktikaf

Iktikaf adalah perbuatan menetapkan diri di satu kawasan khas, atas tujuan menumpukan diri pada ibadat, ibadat badaniyyah seperti solat, tilawah dan sebagainya.

Bagi lelaki iktikafnya di Masjid Jamik dan musolla.

Bagi wanita dalam Mazhab Hanafi dibenarkan iktikaf di bahagian khas di dalam rumah dengan syarat kawasan itu memang khusus bagi tujuan iktikaf.

Di akhir usia Rasulullah SAW pada Ramadhan 11H, bagina beriktikaf selama 10 hari di bulan Ramadhan.

Tasdiqkan lah di dalam hati, bahawa begitu penting iktikaf ini sebagai satu sunnah dan bahagian dari jalan taqarrub kepada Allah SWT.

Sampaikanlah akan kelebihan kelebihannya.

Amalkan lah dengan membiasakan iktikaf pada 10 hari terakhir Ramadhan setiap tahun.

 

Cabang Iman Ke-25

Menunaikan Haji

Ia adalah Rukun Islam ke 5.

Ia diwajibkan pada tahun 9H. Rasulullah SAW telah menghantar jemaah haji dengan diketuai oleh Abu Bakar As Sidiq RA.

Tasdiqkan lah Haji ini adalah amal kesolehan Nabi Ibrahim yang telah disempurnakan dalam Syariat Islam dan orang-orang soleh dan perhimpunan umat Islam yang paling utama.

Sampaikanlah akan kefardhuan dan kelebihannya.

Amallah dengan bersiap sedia diri, harta dan masa untuk menunaikan Haji.

Cabang Iman Ke-26

Berjihad di Jalan Allah SWT

Jihad adalah atas maksud usaha yang sungguh-sungguh meninggikan kalimah Allah SWT dan mensyiarkan amalan Islam.

Qital adalah bahagian utamanya.

Ta’alim adalah jalan ke arah Qital.

Tarbiyyah mengukuhkannya

Tasdiqkan lah bahawa Jihad adalah antara amalan yang utama dalam Islam.

Tablighkan lah semoga dalam setiap hati orang ISLAM ada semangat dan roh jihad dan bersedia menyahutnya setiap masa.

Amalkanlah dengan mempersiapkan diri, masa dan harta serta ilmu-ilmu bagi menghadapi musuh yang zahir dan yang batin. Ilmu jihad yang badaniyyah dan ruhiyyah.

 

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Al-‘Adiyat – Tafsir Ayat Ke-10 dan Ke-11

0

Tafsir Surah Al-‘Adiyat

Pada perbincangan sebelum ini, kita telah membincangkan suatu ayat ( ayat 8 ) yang membicarakan “sebab” manusia menjadi golongan yang melampau di sisi Allah SWT.

Pada ayat itu ( ayat 8 ), Allah SWT menyatakan punca sikap demikian adalah kerana manusia tersebut terlampau ( syadid ) cintakan kenikmatan ATAU kebaikan yang ada di atas dunia.

Maka kita dapat melihat beberapa pengajaran dan hikmah dari ayat tersebut ( ayat 8 ) iaitu :

Pertama :

Sesungguhnya sikap terlalu cintakan nikmat dunia adalah AMAT bahaya, kerana ia boleh mengundang sikap melampau terhadap Allah SWT.

Kedua :

Allah SWT tidak mengkhususkan cinta dunia ini dengan sebarang objek ( seperti mana dalam surah yang lain, contohnya AMWAL / Harta benda atau AULAD / anak pinak ) akan tetapi Allah SWT menggunakan lafaz AL KHAIR ( yang bermaksud “kebaikan” ).

Ini adalah agar manusia lebih berwaspada terhadap “semua” nikmat atau kebaikan yang dia miliki.

Ketiga :

Lafaz AL KHAIR juga menunjukkan, tidaklah salah manusia tersebut berada dalam kebaikan. Akan tetapi kesalahan tersebut adalah kerana kecintaan yang melampau terhadap kebaikan tersebut yang menjadikan dirinya melampau di sisi Allah SWT.

Keempat :

Kita juga dapat memahami dari ayat tersebut ( ayat 8 ) bahawa nikmat / kebaikan juga boleh menjadi suatu “ujian yang sangat besar, bahaya dan sukar untuk dikesan”.

Maka dalam sambungan firman Allah SWT yang seterusnya, Allah SWT bertanya:

Tidakkah manusia tahu yang mereka akan dibangkitkan dari kubur?

Tafsir Ayat Ke-9:

أَفَلا يَعلَمُ إِذا بُعثِرَ ما فِي القُبورِ

“Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur,”

بُعثِرَ

Bermaksud perbuatan mengeluarkan sesuatu dari bekas, seperti kita mengeluarkan barang dari sebuah beg. Seolah-olah kalimah ini menggambarkan seseorang sedang “memunggah / bongkar” semua barang yang ada di dalam beg itu.

Pertanyaan ini adalah untuk menjadi suatu iktibar yang jelas kepada manusia agar mengambil peringatan seperti berikut :

1. Tentu sekali kita tahu, bahawa jawapannya tiada apa yang akan bersama dengan manusia tatkala dibongkar dari dalam kubur. Oleh itu kenapa manusia masih lagi bersangatan cintanya terhadap nikmat dunia sehingga sanggup melampau derhaka terhadap Allah.

Sedangkan nikmat itu tidak mengikutinya masuk ke dalam kubur. Akan tetapi yang pasti, hanya DIA sahaja Tuhan yang akan dihadapi suatu masa nanti.

2. Pertanyaan ini sepatutnya diambil ikhtibar agar manusia itu berjaga-jaga. Kerana tiba suatu masa, akan tiba saat manusia dibangkitkan dari kubur untuk diperlihatkan bagaimana keadaan dirinya di sisi Allah SWT.

Maka bagi seseorang yang kecintaannya sangat dahsyat terhadap dunia, ia suatu bencana yang besar apabila dibangkitkan dari kubur dalam keadaan sangat cintakan dunia.

Adakah kecintaan ke dunia yg dahsyat itu boleh membawa kepada kekufuran?

Ya, natijah akhir mereka akan kufur kepada Allah SWT.

Adakah tanda-tanda khusus mereka yg terlampau cinta dunia ini?

Antaranya adalah bila mula kedekut untuk bersedekah kerana takut miskin, maka sayang hendak berkorban, tiada kualiti terhadap agama (seperti buih), takutkan mati (maksudnya hidup dia kalut). Penyakit “wahan” = cinta dunia, takutkan mati.

Kebangkitan dari kubur, untuk diperlihatkan dan dibicarakan adalah suatu perkara yang pasti. Suasana tersebut sangat huru-hara dan merisaukan.

Oleh itu, semoga kita mengambil peringatan dari ayat ini sejak dari dunia. Agar kita akan mendapat rahmat Allah ketika hari kebangkitan tersebut.

Sedikit info tambahan berkaitan keadaan bangkit dari kubur, terdapat 2 gambaran dalam Quran berhubung dengan keadaan bangkit dari kubur :

  1. Seperti KELKATU [ Al Qari’ah ( 101 ) : 4 ]
  2. Seperti BELALANG [ Al Qamar ( 54 ) : 7

Apa lagi perkara yang akan dizahirkan?

Tafsir Ayat Ke-10:

وَحُصِّلَ ما فِي الصُّدورِ

“dan dilahirkan apa yang ada di dalam dada”,

حُصِّلَ

Bermaksud mengupas, untuk menunjukkan apa yang ada di dalamnya.

Sebelum ini dalam Surah Az-Zalzalah, kita telah ketahui bahawa amalan / perbuatan manusia walau sebesar “zarah” akan diperlihatkan. Maka dalam ayat ke-10 ini pula Allah menambah lagi peringatan, “hatta dalam hati pun boleh diperlihatkan”.

Ia satu amaran kepada kita agar berwaspada dan berusaha menjaga diri kita sebaik mungkin. Bukan sekadar syariat, amalan luaran atau perwatakan luar. Bahkan hati juga mestilah tunduk dan utamakan cinta kepada Allah.

Contoh penjagaan hati ialah seperti niat, atau sebarang sifat dari dalam diri manusia.

Contohnya :

– Jangan miliki hati yang sombong. Meskipun mulut kita tidak sebut, namun apa yang ada dalam hati juga akan diperlihatkan.

– Kena buang juga sifat malas untuk membuat kebaikan, apatah lagi perkara yang wajib. Sebab meskipun kita tidak berkata malas di mulut, namun apa yang ada dalam hati juga akan diperlihatkan.

Apa sahaja perkara “mazmumah” yang ada dalam hati, kena usaha singkirkan.

Kita akan menjadi saksi setiap perbuatan atau kekufuran yang kita lakukan sebagaimana dalam Surah Yasin, Allah ada jelaskan ( alyauma nahktimu ala..)

Apa sahaja yang ada dalam dada ( Sudur ) (apa sahaja perihal dalaman ) – sangkaan, niat, fikiran dan yang sewaktu dengannya. Baik seketul daging (hati) maka baiklah jasad (mafhum hadis).

Allah benar-benar memberikan peringatan kepada kita berkaitan perkara ini, maka ayat terakhir sekali lagi Allah menyatakan sifat Maha Mengetahui terhadap apa yang manusia lakukan.

Tafsir Ayat Ke-11:

إِنَّ رَبَّهُم بِهِم يَومَئِذٍ لَخَبيرٌ

“Sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka”.

Orang-orang yang ingkar mungkin tetap akan mempersoalkan kebenaran “peristiwa bahawa hati juga akan dibongkarkan”.

Oleh itu, Allah SWT memberitahu lagi dalam ayat ini,” Allah Maha Tahu apa yang mereka telah lakukan”.

خَبيرٌ

Allah Maha Mengetahui : Luar dan dalam perbuatan manusia. Allah bukan hanya tahu amalan fizikal sahaja tetapi turut tahu apa yang ada dalam hati.

Ini satu pengukuhan Allah SWT, bahawa benar-benar segala perihal manusia tidak dapat disembunyikan di sisi Allah SWT.

Mungkin semasa atas dunia, kita terselamat kerana tiada siapa yang mengetahui perbuatan ingkar kita.

Atau mungkin semasa atas dunia, kita dipandang mulia kerana tiada siapa yang mengetahui isi hati kita.

Namun berwaspadalah, kerana suatu masa nanti segala perihal diri kita akan dibongkarkan. Bahkan perihal hati kita juga akan dikupas kepada umum satu persatu.

رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ ۗ وَمَا يَخْفَىٰ عَلَى اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah! [ Ibrahim: 38 ]

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

“Pada waktu itu Kami materaikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan”. [ Ya Sin: 65 ].

Ibrah dan Kesimpulan :

Pertama :

Semua nikmat atas dunia ini, sama sekali tidak akan bersama dengan kita untuk masuk ke dalam kubur. Oleh itu, hendaklah kita berusaha agar menjadikan ia sebagai alat untuk ditukar sebagai ganjaran amalan. Dengan melakukan amal soleh yg Allah beritahu dalam Al-Quran dan Sunnah

Kedua :

Usaha kita di atas dunia ini bukan sahaja untuk menjauhi perbuatan mungkar, bahkan termasuk sifat-sifat hati yang mazmumah kerana kelak, hati juga tidak terlepas diperlihatkan isinya oleh Allah SWT.

Ketiga :

Jangan lah kita menjadi golongan yang sombong dan lalai terhadap kekuasaan Allah SWT. Orang yang sentiasa ingat akan kebesaran Allah SWT, pasti akan menjaga dirinya agar tidak menjadi hamba yang rugi.

Allahu a’lam.

Putus Asa, Niat ke masjid – Isteri atau Ibadah

0

1. Apakah hukum berputus asa dalam hidup? Contohnya, seseorang itu serah semuanya pada Allah SWT seolah-olah sudah tahu akan apa yang bakal terjadi. Kalau usaha pun begitu, kalau tidak usaha pun akan jadi begitu juga akhirnya.
Hukum – Dosa besar.
Dalilnya:

قَالَ وَمَنْ يَقْنَطُ مِنْ رَحْمَةِ رَبِّهِ إِلَّا الضَّالُّونَ

“Nabi Ibrahim berkata: ‘Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Rabb-nya, kecuali orang-orang yang sesat’.” [Al Hijr: 56]

وَلَا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” [Yusuf : 87].

2. Sekiranya ada orang yang selalu ke masjid dengar ceramah agama di Jepun, selain sebab mahu solat dan belajar agama, dia pun berniat mahu cari isteri (calon isteri Jepun Islam). Bolehkah atau sudah berniat salah?
Ini balik kepada hadis pertama matan Arbain an-Nawawiah,

الحديث الأول

عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ” إنما الأعمال بالنيات , وإنما لكل امرئ ما نوى , فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله , ومن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها و امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه ” متفق عليه

Terjemahan:
Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khathab ra, berkata:
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu kerana kesenangan dunia atau kerana perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya”.
Maka kena berhati-hati.

3. Adakah cara begini boleh dinamakan syirik kecil sebab melakukan ibadah (pergi masjid, ceramah) bukan sebab Allah SWT?
Kalau kita sedar, ada niat lain yang bercampur, itu dinamakan kena betulkan niat setiap kali hendak solat. Kena mujahadah, kena berusaha betulkan niat hingga 100% mutlak tujuan kita ke masjid adalah kerana Allah SWT bukan sebab lain.

Pendahuluan dan Hidayah

0

1. Pendahuluan – bab kepercayaan kepada hari Akhirat.

Selalu disebut di dalam Al-Quran supaya beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Adakah percaya sahaja hari Akhirat kelak wujud atau apakah sebenarnya maksud “percaya” itu?

1. Percaya Akhirat wujud, Neraka wujud, Syurga wujud, Mahsyar wujud. Adakah cukup hanya dengan percaya sahaja?

2. Percaya maksudnya di sini adalah tahu sungguh-sungguh akan hari Kiamat itu dan tahu akan keadaan Syurga, Neraka dan Mahsyar.

Memadaikah setakat percaya sahaja? Ramai umat Islam hanya percaya sahaja. Mereka tidak tahu pun Syurga itu macamana? Neraka macamana? Mahsyar macamana? Kasihannya kalau kita tidak tahu. Itu bukan beriman sempurna pada hari Akhirat. Itu main-main sahaja.

Allah SWT telah beri wahyu dan Nabi kita SAW menghuraikan dengan terperinci tetapi kita tidak buat bersungguh-sungguh untuk tahu pun. Kita hanya percaya. Bila Ayahaji mengajar di mana-mana masjid atau surau, “Tolong cerita sikit tentang Neraka?”

Mereka menjawab, “Neraka tempat azab. Di bakar”.
Bila ditanya, “Bagaimana apinya? Panasnya?”
Terpesir mereka lalu menjawab, “Panaslah tidak terbayang”.
Ayahaji bertanya lagi, “Bagaimana mereka dimasukkan ke dalam Neraka?”
Terus terdiam.

Bila Ayahaji bertanya tentang Syurga. Mereka tersenyum lalu berkata bahawa di sana ada bidadari, ada istana.
Ayahaji bertanya, “Bagaimana untuk ke Syurga?”
Terus terdiam.

Inikah “tahu” namanya?
Perumpamaannya, kita hendak ke America. Kita perlu pergi dengan kapal terbang, ada passport, ada duit, ada tempat tuju. Kita tahu apa yang hendak kita makan dan di mana. Kita juga tahu di mana hendak solat dan bagaimana. Tempat yang kita hendak pergi itu, kita tahu caranya ke sana, kita tahu musimnya; musim sejuk atau musim panas serta berbagai maklumat yang perlu kita tahu. Kalau kita cakap kita hendak ke America dan orang bertanya, “Di mana?” Lalu kita terus jawab, “Tidak tahu,” maka pelik sedikitlah. Selain itu, kita tahu berapa banyak duit untuk dibawa. Jika tidak tahu, itu sudah kira pelik sedikit.

Faham atau tidak maksud Ayahaji? Kita hendak ke Syurga tetapi Syurga itu sendiri kita tidak kenal. Kita takut ke Neraka, Neraka itu sendiri tidak kenal. Kita tahu kita akan dibicarakan,tetapi kita tidak tahu macamana perbicaraan itu berlaku sedangkan semua itu sudah diberitahu kepada kita dengan terperinci sekali.

Allahu Akbar! Percaya sahaja pada hari Akhirat tetapi tidak tahu apa-apa itu adalah suatu perbuatan yang cuai kepada diri sendiri. Insya Allah, Ayahaji akan cuba mengajar mengikut sedikit ilmu Ayahaji yang Allah SWT beri kepada Ayahaji.

2. Hidayah Milik Allah SWT

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

[Al-Qasas: 56]

Bab 1
Sesungguhnya kamu, penyebar tauhid, tidak ada kuasa untuk memberi hidayah kepada sesiapa yang kamu kasihi.

Tafsir
Tiada sesiapapun yang Allah SWT beri kuasa memberi hidayah tauhid kepada sesiapa yang mereka kasihi iaitu anak-anak, isteri-isteri, suami, ibubapa, kerabat terdekat dan jauh, sahabat-sahabat baik, jiran-jiran, kenalan-kenalan dan lain-lain.

Bab 2
Akan tetapi Allah SWT jualah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia pilih.

Tafsir
Tugas penyebar tauhid hanyalah mengajak orang lain pada tauhid. Tidak diberi kuasa memberi hidayah itu kepada sesiapapun. Allah SWT sahaja yang berkuasa memberi hidayah. Allah SWT memberi hidayah-Nya kepada sesiapa yang ada tersemat di hati kecilnya hendak mencari kebenaran di antara tauhid dan syirik dan di antara amal soleh dan bid’ah. Tidak kiralah orang itu asal kafir atau tidak. Itupun di atas kehendak Allah SWT.

Bab 3
Dan Dia-lah Allah Maha Mengetahui terhadap orang-orang yang mendapat petunjuk atau hidayah.

Ajakan Tauhid.
Al-Kahfi ayat 4 dan 5 memberitahu tentang pentingnya mengajak orang pada tauhid. Ayat-ayat ini ialah ayat bab tawassul. Tidak ada lagi perantaraan dalam memohon doa melalui nabi-nabi, wali-wali atau malaikat-malaikat. Buruk sungguh kata-kata membolehkan bertawassul/perantara dalam berdoa yang keluar dari hati-hati orang-orang yang buruk sangka kepada Allah SWT.

Tidaklah Allah SWT mengajar mereka dari Al-Quran atau hadis-hadis nabi-Nya. Tidaklah mereka berkata atau tok-tok guru mereka yang mengajar akidah sesat tawassul itu, melainkan bohong sahaja.

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

[Al-Kahf: 6]

Bab 1
Maka boleh jadi kamu, penyebar tauhid, ingin membinasakan dirimu.

Tafsir
Bukanlah ayat ini kata Nabi SAW ingin bunuh diri atau guru-guru atau penyebar tauhid ingin bunuh diri.

Bab 2
Di atas kesan-kesan keingkaran mereka pada ajakan tauhid serta tidak akan beriman membuatkan penyeru-penyeru ini kecewa.

Tafsir
Bila diajak pada tauhid, lebih-lebih lagi kepada orang-orang yang kita hormati atau sayangi tidak terima ajakan itu, penyeru-penyeru itu akan menjadi sangat kecewa kerana mereka sayang kepada orang-orang itu. Seorang penyeru tidak boleh bunuh diri kerana dosa besar tetapi maksud ayat ini ialah penyeru itu tidak mahu lagi mengajak atau mengajar tauhid kepada orang-orang yang dia kasihi atau kepada orang lain. Tidak mengajak atau tidak mengajar tauhid ini adalah dosa besar kerana orang yang tahu tauhid wajib mengajak orang lain pada tauhid. Kalau tidak, dia sudah menyembunyikan perintah Allah SWT seperti tertera di surah [Al-Baqarah: 159-163].

Tempat orang-orang yang menyembunyikan perintah tauhid atau ayat-ayat Al-Quran ialah Neraka kekal. Oleh itu setiap orang yang mengajak orang lain pada tauhid tetapi ajakan mereka tidak diterima akan berasa kecewa. Itulah pahalanya, itulah juga ujiannya.

Janganlah kita berputus asa kerana itulah tugas dan tanggungjawab orang yang tahu tauhid. Sekiranya orang-orang yang dikasihi ini terus menolak tauhid, iaitu menolak agama Islam kita tidak boleh berdoa memohon keampunan mereka. Kita hanya boleh memohon hidayah mereka.

Contohnya, surah [Hud: 45], Allah SWT memberitahu bahawa Nabi Nuh AS merayu sambil meminta kepada Allah SWT bila anaknya mati lemas mengampuni dosa anaknya.

Ayat berikutnya, Allah SWT melarang Nabi Nuh AS meminta ampun akan dosa anaknya kerana anaknya bukan beramal soleh. Namun ini bukanlah maksud ayat itu tetapi ia adalah kata-kata pujukan Allah kepada Rasul-Nya, Nabi Nuh AS. Maksudnya, anak Nabi Nuh AS bukan beramal cara sunnahnya. Anaknya seorang yang ingkar tauhid.

Allah SWT berkata lagi, “Lain kali jangan kamu buat sesuatu yang dibuat oleh orang-orang jahil iaitu jangan kamu buat sesuatu yang kamu tidak ada ilmu atau tidak tahu”.

Nabi Nuh AS terus menjawab, “Aku berlindung dengan Zat-Mu dari sifat-sifat orang-orang jahil”. Maksudnya, lain kali aku tidak akan buat.

Doa Nabi Ibrahim AS pun sama, dia minta ampun untuk ayahnya yang syirik kepada Allah SWT. Itu tidak boleh. Di ayat lain Allah SWT berkata yang bermaksud, doa Nabi Ibrahim AS itu hanyalah janjinya kepada ayahnya sahaja. Allah SWT tidak terima.

Doa kepada orang-orang tauhid sahaja diterima. Doa kepada yang ingkar tauhid hanyalah meminta taufiq dan hidayah untuk mereka sahaja; tidak boleh minta ampun dosa.

Doa Nabi Luth AS adalah doa yang betul. Begitulah cara berdoa kepada Allah SWT untuk selamatkan dirinya, keluarga dan pengikut-pengikutnya. Itu pun hanya dua orang anak perempuannya sahaja yang ikut ajakan tauhid.

Wallahua’alam.

Panelis UiTO – Ustaz Ros-Azril bin Ismail @Abu Qais

0

Nama : Ros-Azril bin Ismail

Nama Pena: Abu Qais

Pendidikan :

Rendah dan Menengah aliran kebangsaan

Diploma IT, KUSZA, Kuala Terengganu

Degree IT, Universiti Utara Malaysia

Pelajar Asas Qiraat 7, Ustaz Mohammad Nor di KUSZA

Guru-Guru Talaqqi

Talaqqi Usul Tafsir –Mufti AH Elias South Africa

Talaqqi Tibb Nabawi wa Arabiy – As Syaikh Ahmad Al Katiri Al Umani, Salalah, Oman

Talaqqi Usul Hadis – Dr Ifthikar Rahman, Michigan, USA

Menghadiri majlis sama Sunan Nasaie dan Musnad As Shafie dan beberapa kitab Hadis

Pengkaji Tarikah Chishti, Naqhshandi Mujaddidi dan Shattari, Hind, Turki dan Nusantara

 

Profesion :  Perunding IT dan Pengamal Tibb Nabawi dan Tradisi

Panelis UiTO

Bilik (04) Rahiqul Makhtum

https://telegram.me/joinchat/A0jOFDviPCopu7UZeQEWrA

Bilik (93) Cabang-Cabang Iman

https://t.me/joinchat/AAAAAD0kNI4fLnwk0-rNLQ

06.04.01 Faedah-faedah dari Mengetahui Sabab an-Nuzul (Bhg 01)

0
Kaligrafi Ayat 1 Surah Al-Hijr

Panel: BroSyarief
asSalaamu ‘alaikum. Saya akan usaha sambung kembali perkongsian nota-nota Ulum al-Quran. In Sya Allah. Terima kasih buat semua yang setia dan kekal mematuhi peraturan bilik seperti yang telah digariskan.

Kita akan teruskan perbincangan dari Bab Sebab Penurunan al-Quran, memasuki topik Faedah-faedah Mengetahui Sebab Penurunan al-Quran.

#201216 Bilik (09) Ulum al-Quran

06.04.01 Faedah-faedah dari Mengetahui Sabab an-Nuzul (Bhg 01)

– فَوَائِدُ مَعْرِفَةِ سَبَبِ النُّزُولِ

#NotaBroSyarief #UlumQuran #UiTOBilik09

Terdapat banyak faedah dari mengetahui Sabab an-Nuzul, di antaranya:

1. Penjelasan berhikmah yang membawa kepada pensyariatan hukum-hakam, dan meraikan syara’ pada keperluan umum dalam berinteraksi dengan pelbagai peristiwa yang berlaku sebagai rahmat bagi umat ini.

2. Pengkhususan hukum dari ayat yang turun jika bentuknya umum dengan wujudnya sebab. Faedah ini merujuk kepada mereka yang berpegang kepada kaedah

العبرة بخصوص السبب لا بعموم اللفظ

Yang bermaksud: ‘Pengajaran (sesuatu) itu diambil dari khususnya sebab, bukan umumnya lafaz’

Ianya persoalan khilafiyyah yang akan dijelaskan kemudian dengan lebih mendalam.

Contohnya (yang pertama) berkait ayat berikut:

لَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَا أَتَوا

Janganlah engkau bersangka (baik) kepada orang-orang yang bergembira dengan apa yang telah mereka sumbangkan,

وَّيُحِبُّونَ أَن يُحْمَدُوا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوا

dan (dalam masa yang sama) mereka suka untuk dipuji dengan apa (yang hakikatnya) mereka tak lakukan.

فَلَا تَحْسَبَنَّهُم بِمَفَازَةٍ مِّنَ الْعَذَابِ ۖ

Maka, janganlah engkau menyangkakan bagi mereka itu kejayaan (kerana berjaya selamat) dari azab itu..

وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

(Kerana hakikatnya) Bagi mereka itu, suatu azab yang sangat pedih.

[Aali ‘Imran(3):188]

Humayd ibn Abdul Rahman ibn ‘Auf meriwayatkan bahawa suatu hari Marwan berkata kepada pengawalnya Rafi’ setelah membaca ayat di atas agar bertemu dengan Ibn ‘Abbas untuk meminta penjelasan.

Persoalannya:

لَئِنْ كَانَ كُلُّ امْرِئٍ مِنَّا فَرِحَ بِمَا أَتَى وَأَحَبَّ أَنْ يُحْمَدَ بِمَا لَمْ يَفْعَلْ مُعَذَّبًا لَنُعَذَّبَنَّ أَجْمَعُونَ

‘Sekiranya setiap seseorang dari kita yang gembira dengan apa yang telah disumbangkan dan suka untuk dipuji dengan sesuatu yang tak dia lakukan, semua akan diazab; nescaya kita semua akan diazab (kerana ianya fitrah insan).’

Lalu Ibn ‘Abbas pun menjelaskan:

مَا لَكُمْ وَلِهَذِهِ الآيَةِ إِنَّمَا أُنْزِلَتْ هَذِهِ الآيَةُ فِي أَهْلِ الْكِتَابِ

‘Apa kaitan kalian dengan ayat ni, sedangkan ianya diturunkan untuk dituju kepada ahli kitab..’

Kemudian dia membacakan ayat sebelumnya:

وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ

“Dan ketika mana Allah mengambil kata janji orang-orang yang diberikan al-Kitab (yakni: ahlul kitab),

لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلَا تَكْتُمُونَهُ

‘Hendaklah kalian menjelaskan ia kepada manusia, dan janganlah kalian menyembunyikannya!’

فَنَبَذُوهُ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ وَاشْتَرَوْا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا ۖ

Lalu, mereka lemparkan janji itu ke belakang mereka, dan mereka gantikan ia dengan harga yang sedikit.

فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ

Betapa buruknya (perbuatan) apa yang mereka tukarkan itu.

[Aali ‘Imran(3):187]

Kata Ibn ‘Abbas lagi:

سَأَلَهُمُ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم عَنْ شَىْءٍ

Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepada mereka tentang sesuatu,

فَكَتَمُوهُ إِيَّاهُ وَأَخْبَرُوهُ بِغَيْرِهِ

Lalu mereka menyembunyikannya (yakni: jawapan sebenar) dari Nabi, malah menceritakan kepadanya dengan selainnya (yakni: jawapan yang lain).

فَخَرَجُوا قَدْ أَرَوْهُ أَنْ قَدْ أَخْبَرُوهُ بِمَا سَأَلَهُمْ عَنْهُ

Maka mereka pun keluar menunjuk-nunjuk kepadanya bahawa mereka telah memberitahunya sesuatu terhadap apa yang ditanyakannya,

وَاسْتَحْمَدُوا بِذَلِكَ إِلَيْهِ وَفَرِحُوا بِمَا أَتَوْا مِنْ كِتْمَانِهِمْ إِيَّاهُ مَا سَأَلَهُمْ عَنْهُ

Dan mereka meminta diuji disebabkan itu, dan mereka gembira dengan apa yang telah dilakukan kerana menyembunyikan dari Nabi (jawapan sebenar) terhadap apa yang ditanyakan.

[HR al-Bukhari & Muslim]

Komentar BroSyarief bagi poin 2:

Dari riwayat di atas menyebabkan kita memahami bahawa ayat tersebut mempunyai sebab yang khusus iaitu ditujukan kepada ahlul kitab, bukan kepada orang beriman secara umumnya. Tetapi, jika muslim juga bersikap sedemikian, dengan menutup kebenaran dan meminta dipuji, maka pengajarannya tetap berlaku kepada pembawa sikap tersebut walau di kalangan umat islam sekalipun.

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan
__
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Tafsir Surah Ghafir – Tafsir Ayat Ke-60

1

Tafsir Surah Ghafir

Tafsir Ayat Ke-60:

I’adah iaitu diulangi semula Dakwa Surah. Allah SWT hendak ingatkan maksud surah ini, iaitu doa hanya kepada Allah SWT.

قالَ رَبُّكُمُ ادعوني أَستَجِب لَكُم ۚ إِنَّ الَّذينَ يَستَكبِرونَ عَن عِبادَتي سَيَدخُلونَ جَهَنَّمَ داخِرينَ

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina”.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي

Dan berkata Tuhan kamu: Doalah kepada Aku sahaja.

Tidak boleh doa kepada Allah SWT bersama kepada doa kepada makhluk. Tidak boleh minta kepada selain dari Allah SWT. Jangan terkejut kalau kita katakan ada juga orang Islam yang buat kesalahan ini. Sebagai contoh, ada bekas penganut Syiah kata kepada saya, semasa dia Syiah dulu, memang dia minta terus kepada Hussain.

Bukan sahaja tidak boleh minta kepada selain Allah SWT, tetapi tidak boleh juga kita minta kepada roh lain, sebagai perantaraan untuk sampaikan doa kita – inilah yang dinamakan ‘tawassul’.

Ayat ini adalah anjuran untuk memperbanyakkan doa. Allah SWT dengan sifat segala kemurahan-Nya, suruh kita berdoa kepada Dia. Dia buka pintu doa kepada kita, untuk minta apa sahaja yang kita hendak (asalkan dalam bentuk syariat).

Allah SWT amat suka kalau kita minta kepada-Nya. Kalau manusia, pemurah mana pun dia, kalau selalu sangat minta, akhirnya dia akan menyampah juga, bukan? Hal yang semakna telah disebutkan di dalam syair yang mengatakan:

اللهُ يَغْضبُ إِنْ تركْتَ سُؤَالهُ … وَبُنيُّ آدمَ حِينَ يُسألُ يَغْضَبُ …

Allah SWT murka bila engkau tidak meminta kepada-Nya, sedangkan Bani Adam marah manakala diminta.

Seperti yang kita selalu sebut, doa itu juga adalah ibadah. Jadi, apabila kita berdoa, kita sebenarnya sedang melakukan ibadah. Alangkah pemurahnya Allah SWT, minta kepada Dia pun dikira sebagai ibadah. Diriwayatkan dari Abû Dâud dan Al-Tirmidzî

الدّعاء هو العبادة

Ertinya: “Doa itu adalah lbadah.

Jadi, ini adalah galakan untuk berdoa. Dan berdoa memang ada dalam setiap amal ibadah pun. Dari Anas bin Malik dari Nabi SAW yang bersabda:

الدُّعَاءُ مُخُّ الْعِبَادَةِ

Doa adalah inti ibadah

Maksudnya, dalam setiap ibadah, doa adalah elemen penting dalam ibadah itu. Contohnya, dalam solat juga ada doa, dalam mengerjakan Haji juga ada doa, dalam bayar zakat ada doa. Adakah amal ibadat yang tidak ada doa setahu anda?

أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Aku akan makbulkan doa bagi kamu

Allah SWT berjanji sekiranya kita berdoa kepada-Nya, Dia akan jawab doa itu. Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ أَحَدٍ يَدْعُو بِدُعَاءٍ إِلاَّ آتَاهُ اللَّهُ مَا سَأَلَ أَوْ كَفَّ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهُ، مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ.

“Tidak ada seorang pun yang berdoa dengan sebuah doa kecuali Allah SWT akan mengabulkan apa yang dimintanya atau memalingkannya dari keburukan yang semisalnya, selama dia tidak berdoa yang mengandung dosa atau pemutusan silaturahmi.” HR At-Tirmidzi no. 3381. Dihasankan oleh Syaikh Al-Albani.

Ada muqaddar dalam ayat ini – ‘sekiranya Allah SWT kehendaki.’ Sama ada doa itu dimakbulkan atau tidak, ia mengikut iradah (kehendak) Allah SWT. Jangan kita sangka semua doa kita akan dimakbulkan kerana ramai yang marah, mereka telah banyak berdoa, tetapi Allah SWT tidak perkenankan lagi. Maka, mereka rasa, buat apa hendak doa kepada Allah SWT?

Itu adalah fahaman yang salah. Siapa kita yang Allah SWT kena ikut cakap dan kehendak kita? Ingatlah siapa kita ini. Kita ini hamba sahaja, janganlah rasa lebih lagi dari itu. Kita bukan order pizza ini, tetapi sedang meminta belas ihsan dari Allah SWT untuk mengabulkan doa kita.

Kena ingat satu perkara: Kita WAJIB doa kepada Allah SWT; tetapi Allah SWT HARUS sahaja untuk memakbulkannya. Terpulang kepada Allah SWT sama ada hendak beri apa kita hendak atau tidak.

Allah SWT boleh makbulkan, atau Allah SWT boleh berikan benda lain dari apa yang kita minta. Mungkin kita minta satu perkara dan Allah SWT tahu ada perkara lain yang kita lebih memerlukan. Allah SWT lebih tahu apa yang kita perlukan;

Atau Allah SWT boleh sahaja tidak berikan apa-apa kepada kita dalam dunia ini dan Allah SWT akan ganti permintaan kita itu dengan balasan di akhirat kelak. Dan balasan itu tentunya lebih baik berkali ganda kalau dibandingkan dengan apa yang kita minta di dunia dahulu. Sampaikan ahli syurga berkata: alangkah baik kalau semua doa mereka tidak dimakbulkan di dunia dahulu, supaya mereka boleh dapat balasannya di akhirat sahaja.

Dalam ayat ini, adab dalam berdoa: kena YAKIN yang Allah SWT akan balas doa itu.

Keduanya: kena DOA terus kepada Allah SWT.

Ketiganya: ambil peluang untuk berdoa DALAM IBADAT kita.

إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي

Sesungguhnya orang-orang yang sombong dalam ibadat dia kepada-Ku

Lafaz ‘ibadat’ dalam ayat ini adalah ‘doa’ kerana surah ini adalah tentang tauhid dalam berdoa.

Allah SWT menyentuh tentang mereka yang ‘sombong’ untuk berdoa kepada Dia sahaja. Mereka ada juga doa kepada Allah SWT, tetapi dalam masa yang sama, mereka doa juga kepada Nabi, wali, malaikat atau jin. Allah SWT kata mereka ‘sombong’.

‘Sombong’ itu maksudnya dia hendak pakai perantara (wasilah) juga dalam berdoa. Kalau mereka doa sendiri, mereka akan gunakan Nabi, wali atau malaikat dalam doa mereka. Jika mereka tidak doa sendiri, mereka akan minta orang lain yang doakan – sama ada ahli surau atau masjid, tok imam, tok guru dan sebagainya. Sedangkan, yang sebaiknya adalah doa sendiri sahaja.

Kenapa dikatakan orang itu ‘sombong’? Kenapa digunakan perkataan itu? Untuk memahaminya, mungkin boleh kita gunakan satu analogi. Katakanlah, kita ingin derma duit kepada orang kampung. Kita pun beri makluman kepada orang kampung: datang sahaja ke rumah kita, kita akan beri duit. Syaratnya, kena datang sendiri. Semua orang datang, tetapi ada seorang yang tidak datang sebaliknya dia hantar ‘wakil’ untuk ambilkan duit itu. Apa kata kita kepada orang itu? (Wah! sombongnya, datang sendiri ambil duit pun tidak mahu!).

Harap analogi ini dapat memberi faham kepada pembaca. Begitulah perumpamaan mereka yang ‘sombong’ hendak minta sendiri kepada Allah SWT. Mereka meminta kepada Allah SWT melalui perantaraan, melalui ‘broker’.

Kenapa ramai yang tidak doa sendiri? Bila ditanya, mereka akan kata mereka telah berdoa sendiri, tetapi orang-orang masjid itu lebih ‘hampir’ dengan Tuhan dan doa mereka ‘lebih makbul’ kerana mereka selalu ke masjid. Ini adalah fahaman yang salah yang berlawanan dengan makna ayat ini. Ingatlah yang ayat ini adalah ayat umum kepada semua umat Islam. Bukan kepada ahli masjid dan surau sahaja.

Masalah sebenarnya adalah mereka takut mereka dahulu telah banyak buat salah. Tidak berapa pandai agama dan tidak pandai baca Al-Quran. [Adakah orang macam kita ini Tuhan akan perkenan kan doa kita?] Begitulah sangkaan mereka. Perasaan itu berlawanan dengan ayat ini dan ayat-ayat lain. Allah SWT tidak pernah kata Dia pilih kasih dalam menerima doa daripada hamba-Nya.

Lihatlah kepada agama lain macam agama Hindu. Penganut Hindu pun jika mereka ada hajat, mereka akan minta sami mereka doakan untuk mereka. Kenapa orang Hindu tidak berdoa sendiri kepada tuhan dia? Kerana pada mereka, sami itu lebih hampir kepada tuhan, tidak berkahwin, tidak makan makanan daging dan sebagainya.

Jadi fahaman mereka sama sahaja macam fahaman kebanyakan dari kita kerana orang kita pun kata orang-orang masjid itu ‘lebih hampir’ dengan Allah SWT. Dan semasa sami angkat doa, orang yang berhajat itu pun ada sekali – sama juga dengan orang kita. Dan selepas sami itu selesai membacakan doa, dia akan beri duit kepada sami tu. Kita, selepas tok imam selesai doa Solat Hajat, yang ada hajat itu akan beri sampul duit berisi wang kepada tok imam itu dan orang yang tolong doakan dalam majlis itu, akan dijamu dengan makanan. Jadi, sama sahajalah kita dan mereka kalau kita pun buat perkara yang sama.

Tanya pula orang cina yang minta tolong doa kepada Tok Cha. Yang mereka sembah dalam gambar itu adalah ‘wali’ mereka. Tok Cha akan doa kepada wali (gambar) dan sampaikan kepada tuhan juga. Lepas itu mereka akan beri duit kepada Tok Cha itu.

Tanya kepada Kristian pula. Mereka akan kata yang Jesus bukan tuhan tetapi ‘anak tuhan’. Tuhan bagi kuasa kepada Jesus untuk menyelesaikan masalah yang kecil-kecil. Kalau yang besar-besar, terus kena minta kepada ‘Tuhan Bapa’. Tetapi kenapa tidak doa terus kepada Tuhan Bapa? Sebab mereka banyak dosa. Mereka sampaikan kepada paderi, paderi akan sampaikan kepada Jesus dan Jesus akan sampaikan kepada Tuhan Bapa. Lepas itu mereka pun akan beri duit juga kepada paderi itu.

Itu semua adalah dinamakan ‘perantaraan’. Apa sahaja perantaraan yang digunakan adalah syirik kepada Allah SWT. Ingatlah bahawa tidak ada makhluk yang ada sifat Tuhan. Jadi kenapa kita seru wali, malaikat dan Nabi? Itu adalah syirik. Mereka itu memang makhluk yang mulia di sisi Allah SWT tetapi kita telah salah dalam menggunakan mereka.

سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Allah SWT akan masukkan dia ke dalam neraka jahanam hina dina.

Kerana salah faham tentang bab doa, ramai yang menyeru roh Nabi, wali dan malaikat yang mereka jadikan sebagai perantara dalam doa mereka. Ini adalah perbuatan syirik.

Maka janganlah kita melakukan amalan tawassul yang banyak diamalkan oleh manusia. Terus sahaja berdoa kepada Allah SWT tanpa minta tolong orang lain untuk mendoakan. Masalah yang dihadapi oleh kita itu, kita dan Allah SWT sahaja yang tahu. Maka permintaan kita lebih ikhlas lagi. Jangan berharap kepada orang lain doakan. Jangan bayar upah kepada sesiapa sahaja untuk doa bagi pihak kita. Kalau kita hendak orang lain doakan, maka ceritakan sahaja masalah kita kepadanya, dan kalau dia orang pandai, dia secara automatik akan doakan. Itu sebagai tambahan doa sahaja. Jangan kita letak pengharapan kepada doa mereka itu. Jangan kita salah sangka dengan Allah SWT, iaitu dalam hati kita berkata: [kalau aku doa sendiri, Allah SWT tidak dengar; tetapi kalau ustaz/tok imam/tok bilal ini doa, baru Allah SWT dengar.]

Masalahnya, orang kita tidak tahu cara berdoa. Sebenarnya, mudah sahaja hendak doa. Guna Bahasa Melayu sahaja pun boleh untuk kita berdoa kerana Tuhan kita tahu Bahasa Melayu bukan? Kadangkala ia lebih molek lagi kerana apabila kita faham apa yang kita sebutkan, itu lebih memberi erti kerana kita lebih khusyuk dalam doa jika kita tahu apakah yang kita sebut. Jika sebut dalam bahasa Arab, kita sendiri pun tidak faham apa yang kita bacakan.

Namun, malang sekali ramai yang menyampaikan doa mereka melalui perantaraan. Dan itulah yang syirik. Yang dibolehkan tawassul hanyalah kepada iman kita dan kepada ibadat kita, dan menggunakan nama-nama Allah SWT sebagai tawassul kita. Itu lagi senang. Jangan tawassul dengan orang, sama ada Nabi, wali atau malaikat sekalipun.

Jika kita ingin orang lain mendoakan kita, kita hanya kata begini: “ingatlah saya dalam doa anda” tanpa menceritakan apakah hajat kita.

Jika berkaitan dengan hal dunia, kita doa lah sendiri, tanpa minta orang lain tolong doakan. Paling tidak pun, kita cerita sahaja masalah kita kepada orang lain tetapi jangan suruh dia mendoakan untuk kita. Jika orang itu hendak mendoakan untuk kita, dia akan doa sendiri tanpa perlu kita minta.

Ingatlah, bahawa Allah SWT telah berjanji akan memakbulkan doa kita seperti ayat di atas. Itu adalah janji Allah SWT tersebut Doa kepada Dia sahaja. Kalau anak minta mak doa, tidak mengapa kerana ada hadis yang mengatakan doa ibu itu makbul.

 

Allahu a’lam.

Panelis UiTO – Ustaz Azlizan bin Mohd Nayan @Ustaz Azlizan Nueq

1

Nama : Azlizan bin Mohd Nayan

Nama/Pena : Ustaz Azlizan Nueq

Pendidikan :

Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Perak (87-91)

University Islam Antarabangsa Malaysia (Jurusan Undang-Undang)

Profession: Pengarah Syarikat

Guru-guru Talaqqi:

Tafsir:

Maulana Hadi Yaakob Darul Uloom

Ustaz Adli Yayasan Taalim

Nouman Ali Khan

 

Hadith:

Maulana Muhammad Asri Yusof

Ustaz Abu Yunus

Maulana Solahudin Tok Bali

Ustaz Mohd Zin

Ustaz Azzahari Murad

Ustaz Yunus Zainal

 

Pengalaman sebelum menjumpai Sunnah (telah ditinggalkan):

Tarekat dan Tasawuf

Ilmu Gerak

Ilmu Perubatan

Ilmu Persilatan

nota: tujuannya diberitahu adalah untuk memberitahu pengalaman dan kefahaman tentang kesalahanfahaman dalam bidang-bidang tersebut.

Panelis UiTO:

Bilik (123) Tafsir, Tadabbur dan Tazakkur

 

https://t.me/joinchat/AAAAAEA8_HDlLalulPfotg

Bilik (01) Fiqh As Sunnah –

https://t.me/joinchat/AAAAADujcYtMmzkDISoveA

Bilik (101) Fiqh Wanita

https://telegram.me/joinchat/Aly88zv-PUqjKmlqeSvr-A

 

 

 

 

1/4 Al-Quran dan Bebas Syirik, Ganjaran Solat Malam, Jabir RA

0

1. Bolehkah takhrij hadis ini?
Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang membaca Surah Al-Kaafirun maka bandingannya seperti membaca 1/4 dari Al-Quran, di samping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa bencana yang mengejutkan.” [At-Tirmizi].

Matannya bercampur.

( قل يا أيها الكافرون تعدل ربع القرآن ) [ حسنه الألباني في سلسلة الأحاديث الصحيحة / 586

Surah al-Kaafirun 1/4 dari Al-Quran itu satu hadis, ia hasan menurut al-Albani.

فإنها براءةٌ من الشركِ
الراوي : أنس بن مالك | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الجامع
الصفحة أو الرقم: 1161 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

“Ia membebaskan dari syirik,” ini sahih dalam Sahih al-Jaami’: 1161. Itu saja yg sahih.

2. Untuk mendapatkan ganjaran solat malam, adakah perlu solat subuh berjemaah? Situasi saya yang berada di Jepun tidak dapat solat subuh berjemaah.
Ganjaran solat malam ada dua cara:
1. Bulan Ramadhan, solat Tarawih bersama imam sampai witir.
2. Bulan-bulan lain termasuk Ramadhan, solat Isyak dan Subuh berjemaah.
Untuk kes di Jepun, jika sudah solat Tarawih dan witir bersama Imam, maka dapatlah pahala solat sepanjang malam itu, khusus bulan Ramadhan sahaja.

3. Sahihkah hadis riwayat di bawah ini?
Nabi SAW bertanya kepada Jabir ra, “Wahai Jabir, mahukah engkau jual unta ini kepadaku?”
Kata Jabir ra, “Tidak perlulah dijual ya Rasulullah. Aku hadiahkan kepadamu”.
Kata Nabi SAW, “Aku tidak mahu. Aku hendak beli juga”.
Lalu kata Jabir ra, “Kalau begitu terpulanglah berapa harga yang hendak dibeli ya Rasulullah”.
Kata baginda Nabi SAW, “Kalau begitu aku beli dengan harga 2 dirham”.
Kata Jabir ra, “Ya Rasulullah mana ada harga unta 2 dirham. Kalau hendak beli juga biarlah sesuai dengan harga unta itu”.
Mereka tawar-menawar sampailah kepada 400 dirham.Jabir ra pun bersetuju maka Nabi SAW pun membelinya. Ini akad yang sudah terjadi tetapi belum dibayar. Tawar-menawar terlebih dahulu.
Sampai di Madinah, Nabi SAW bersabda kepada Jabir ra, “Wahai Jabir, tentunya kamu balik rumah, isteri kamu sudah menyediakan persediaan dengan elok dan rapi. Sudah pasti disediakan tilam dan bantal”.
Lalu kata Jabir ra, “Ya Rasulullah, di rumahku tiada bantal”.
Kemudian Nabi SAW bersabda, “InsyaAllah akan ada bantal”.
Nabi SAW bertanya, “Wahai Jabir, adakah engkau sudah bernikah?”
Jabir ra menjawab, “Sudah ya Rasulullah”.
Nabi SAW bertanya, “Kamu berkahwin dengan anak dara atau janda?”
Kata Jabir ra, “Dengan janda ya Rasulullah”.
Nabi SAW bertanya lagi, “Kenapa kamu tidak berkahwin dengan anak dara?”
Kata Jabir ra, “Ayahku meninggal dunia dan meninggalkan anak yang masih kecil. Aku perlu perempuan yang boleh merawat (jaga) adik-adikku yakni aku perlukan wanita yang matang/dewasa. Kebanyakan wanita yang sudah matang adalah yang sudah menikah. Kalau yang masih dara masih mahu bermanja-manja. Belum mampu menjaga untuk orang lain”.
Kata baginda Nabi SAW, “Betul tindakan kamu”.
Nabi SAW sebenarnya hendak tahu ekonomi Jabir ra. Jabir ra berkata rumahnya tidak ada bantal maknanya dia orang susah. Kemudian ditanya kenapa berkahwin dengan janda, lalu Jabir ra menjawab untuk menjaga adik-adiknya. Banyak kena tanggung. Tanggung adik-adik lagi, tanggung isteri lagi. Nabi SAW ambil tahu tentang sahabatnya supaya dapat membantu apa yang boleh oleh baginda.
Lalu sampai di Madinah, Jabir ra pun meletakkan untanya untuk dijual kepada Nabi SAW tadi di hadapan masjid Nabi, lalu Jabir ra pulang ke rumahnya. Nabi SAW keluar masjid lalu nampak unta tersebut. Nabi tanya sahabat lain, “Unta siapa ini?” Kata sahabat ra, “Unta Jabir wahai Rasulullah yang telah dijualkan kepadamu”.
Nabi SAW ambil duit 400 dirham lalu Nabi SAW suruh sahabat hantar kepada Jabir ra. Nabi SAW berkata, “Ini duit 400 dirham sebagai belian unta ini dan bawalah duit 400 dirham ini untuk unta ini, dan unta ini saya hadiahkan kepada Jabir”. Dibelinya unta itu dengan duit, lalu diberi balik unta itu sebagai hadiah kepada Jabir ra kerana unta itu masih diperlukan oleh Jabir untuk diperah susunya dan untuk manfaat yang lain.

Status – Sahih,
Muslim: 2998-3001
Matan hadis,

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَاللَّفْظُ لِعُثْمَانَ قَالَ إِسْحَقُ أَخْبَرَنَا وَقَالَ عُثْمَانُ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مُغِيرَةَ عَنْ الشَّعْبِيِّ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ غَزَوْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَلَاحَقَ بِي وَتَحْتِي نَاضِحٌ لِي قَدْ أَعْيَا وَلَا يَكَادُ يَسِيرُ قَالَ فَقَالَ لِي مَا لِبَعِيرِكَ قَالَ قُلْتُ عَلِيلٌ قَالَ فَتَخَلَّفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَزَجَرَهُ وَدَعَا لَهُ فَمَا زَالَ بَيْنَ يَدَيْ الْإِبِلِ قُدَّامَهَا يَسِيرُ قَالَ فَقَالَ لِي كَيْفَ تَرَى بَعِيرَكَ قَالَ قُلْتُ بِخَيْرٍ قَدْ أَصَابَتْهُ بَرَكَتُكَ قَالَ أَفَتَبِيعُنِيهِ فَاسْتَحْيَيْتُ وَلَمْ يَكُنْ لَنَا نَاضِحٌ غَيْرُهُ قَالَ فَقُلْتُ نَعَمْ فَبِعْتُهُ إِيَّاهُ عَلَى أَنَّ لِي فَقَارَ ظَهْرِهِ حَتَّى أَبْلُغَ الْمَدِينَةَ قَالَ فَقُلْتُ لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي عَرُوسٌ فَاسْتَأْذَنْتُهُ فَأَذِنَ لِي فَتَقَدَّمْتُ النَّاسَ إِلَى الْمَدِينَةِ حَتَّى انْتَهَيْتُ فَلَقِيَنِي خَالِي فَسَأَلَنِي عَنْ الْبَعِيرِ فَأَخْبَرْتُهُ بِمَا صَنَعْتُ فِيهِ فَلَامَنِي فِيهِ قَالَ وَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِي حِينَ اسْتَأْذَنْتُهُ مَا تَزَوَّجْتَ أَبِكْرًا أَمْ ثَيِّبًا فَقُلْتُ لَهُ تَزَوَّجْتُ ثَيِّبًا قَالَ أَفَلَا تَزَوَّجْتَ بِكْرًا تُلَاعِبُكَ وَتُلَاعِبُهَا فَقُلْتُ لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ تُوُفِّيَ وَالِدِي أَوْ اسْتُشْهِدَ وَلِي أَخَوَاتٌ صِغَارٌ فَكَرِهْتُ أَنْ أَتَزَوَّجَ إِلَيْهِنَّ مِثْلَهُنَّ فَلَا تُؤَدِّبُهُنَّ وَلَا تَقُومُ عَلَيْهِنَّ فَتَزَوَّجْتُ ثَيِّبًا لِتَقُومَ عَلَيْهِنَّ وَتُؤَدِّبَهُنَّ قَالَ فَلَمَّا قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ غَدَوْتُ إِلَيْهِ بِالْبَعِيرِ فَأَعْطَانِي ثَمَنَهُ وَرَدَّهُ عَلَيَّ حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ عَنْ جَابِرٍ قَالَ أَقْبَلْنَا مِنْ مَكَّةَ إِلَى الْمَدِينَةِ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاعْتَلَّ جَمَلِي وَسَاقَ الْحَدِيثَ بِقِصَّتِهِ وَفِيهِ ثُمَّ قَالَ لِي بِعْنِي جَمَلَكَ هَذَا قَالَ قُلْتُ لَا بَلْ هُوَ لَكَ قَالَ لَا بَلْ بِعْنِيهِ قَالَ قُلْتُ لَا بَلْ هُوَ لَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لَا بَلْ بِعْنِيهِ قَالَ قُلْتُ فَإِنَّ لِرَجُلٍ عَلَيَّ أُوقِيَّةَ ذَهَبٍ فَهُوَ لَكَ بِهَا قَالَ قَدْ أَخَذْتُهُ فَتَبَلَّغْ عَلَيْهِ إِلَى الْمَدِينَةِ قَالَ فَلَمَّا قَدِمْتُ الْمَدِينَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِبِلَالٍ أَعْطِهِ أُوقِيَّةً مِنْ ذَهَبٍ وَزِدْهُ قَالَ فَأَعْطَانِي أُوقِيَّةً مِنْ ذَهَبٍ وَزَادَنِي قِيرَاطًا قَالَ فَقُلْتُ لَا تُفَارِقُنِي زِيَادَةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَكَانَ فِي كِيسٍ لِي فَأَخَذَهُ أَهْلُ الشَّامِ يَوْمَ الْحَرَّةِ حَدَّثَنَا أَبُو كَامِلٍ الْجَحْدَرِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ حَدَّثَنَا الْجُرَيْرِيُّ عَنْ أَبِي نَضْرَةَ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ فَتَخَلَّفَ نَاضِحِي وَسَاقَ الْحَدِيثَ وَقَالَ فِيهِ فَنَخَسَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ لِي ارْكَبْ بِاسْمِ اللَّهِ وَزَادَ أَيْضًا قَالَ فَمَا زَالَ يَزِيدُنِي وَيَقُولُ وَاللَّهُ يَغْفِرُ لَكَ

Hadis 61: Antara Punca Nombor Hadis Berbeza Dalam Cetakan Lain

0

Panel: Ustaz ADÖULINÉ Lacharouphe

61- حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ يُونُسَ الْكُوفِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْقَاسِمُ بْنُ مَالِكٍ الْمُزَنِيُّ، عَنِ الْجُرَيْرِيِّ، عَنْ أَبِي نَضْرَةَ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَهُ.

61- Telah bercerita kepada kami Hisyam bin Yunus Al-Kufiy, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Al-Qasim bin Malik Al-Muzaniy, daripada Al-Jurayriy, daripada Abi Nadhrah, daripada Abi Sa`id Al-Khudriy, daripada Nabi sepertinya.

Syarah Adou_Fr:

Hadis ini ialah ulangan hadis sebelumnya dengan sanad yang berbeza sedikit. Untuk bahagian matan, hanya perkataan (نَحْوَهُ) sepertinya disebut. Perkataan ini bermakna, matan hadis ini adalah sama seperti hadis sebelumnya, justeru, ia tidak diulang.

Imam At-Tirmizi mengulang hadis ini, tetapi dengan sanad yang berlainan. Dalam hadis keenam puluh:
Abi Sa`id Al-Khudriy  Abi Nadhrah  Sa`id bin Iyas Al-Jurayriy  `Abdu Llah bin Al-Mubarak  Suwayd bin Nasr

Manakala dalam hadis keenam puluh satu:
Abi Sa`id Al-Khudriy  Abi Nadhrah  Al-Jurayriy  Al-Qasim bin Malik Al-Muzaniy  Hisyam bin Yunus Al-Kufiy

Dapat dilihat bagaimana nama Sa`id bin Iyas Al-Jurayriy telah diringkaskan kepada Al-Jurayriy sahaja, kerana telah maklum daripada sanad sebelumnya bahawa nama panjangnya ialah Sa`id bin Iyas Al-Jurayriy.

Pengulangan sanad ini sebenarnya telah mendatangkan sedikit permasalahan bagi penuntut ilmu hadis, apabila mereka mendapati nombor hadis dalam sesebuah kitab terbitan penerbit A tidak sama dengan nombor hadis dalam kitab terbitan penerbit B. Hal ini dapat dijelaskan bahawa semasa penomboran hadis, terdapat dua kecenderungan yang berbeza, dan inilah yang menyebabkan nombor hadis itu berbeza.

Kecenderungan pertama ialah untuk menomborkan hadis berdasarkan sanad. Justeru, setiap sanad yang berlainan diberikan nombor yang berlainan. Seperti dalam hadis ini, didapati bahawa hadis keenam puluh satu ini dinomborkan sebagai 61- dan berbeza daripada hadis sebelumnya, walaupun hadis ini tiada matan khusus kecuali ucapan (نَحْوَهُ) sepertinya.

Kecenderungan kedua ialah untuk menomborkan hadis berdasarkan matan. Justeru, matan yang berbeza akan diberikan nombor yang berbeza. Sebagai contoh, untuk hadis keenam puluh dan enam puluh satu ini, ia akan dinomborkan dengan satu nombor sahaja, iaitu ia disekalikan. Justeru, sanad yang kedua ini akan disambung selepas matan hadis yang awal.

Disebabkan perbezaan kaedah penomboran itu, nombor hadis yang datang selepas hadis ini akan berbeza, mungkin satu atau dua hadis, dan apabila semakin ke tengah kitab, iaitu setelah kes kelainan sistem penomboran ini berulang beberapa kali, perbezaan nombor hadis akan begitu ketara sehingga menyukarkan pencarian.

Justeru, menjadi satu syarat apabila seseorang menggunakan kitab hadis, untuk dia menyebut kitab itu terbitan syarikat mana, atau mengikut penomboran oleh siapa, bagi membolehkan para pembaca merujuk kembali hadis tersebut di dalam kitab asal. Jika pembaca ingin merujuk hadis tersebut tetapi dengan menggunakan kitab terbitan syarikat yang berlainan, maka dia terpaksa mengubah suai cara carian menjadi beberapa langkah.

Langkah pertama ialah mencari pada nombor hadis yang sama, dan melihat adakah itu hadis yang dicari. Jika bukan, langkah kedua ialah melihat hadis sebelumnya, dan sebelumnya, dan sebelumnya – mungkin sehingga dua puluh hadis –. Jika masih tidak berjumpa, langkah ketiga ialah melihat hadis selepas nombor hadis tadi, dan selepasnya, dan selepasnya sehingga berjumpa – mungkin dalam dua puluh hadis –.

Jika masih tidak berjumpa, dia hendaklah membuka kitab asal dan mencari nama bab, kemudian dia mencari nama bab tersebut di dalam kitab terbitan syarikat berlainan tadi, dan mencari hadis yang diinginkan di dalam bab tersebut. Setelah dijumpaï, dia boleh melihat perbezaan nombor hadis adakah ia positif (selepas) atau negatif (sebelum). Setelah itu, jika dia perlu mencari lagi hadis dalam kitab itu, dia sudah boleh mengagak nombor hadis berdasarkan positif atau negatif.

Contohnya, dalam carian pertama, ia ialah positif enam belas (+16). Justeru, dalam carian seterusnya, dia boleh mencari hadis yang diingini dengan menambah enam belas pada nombor itu, atau jika tidak berjumpa dia mengulang langkah kedua atau langkah ketiga.

Kaedah lain penomboran – yang turut digunakan – ialah menomborkan setiap hadis mengikut bab, dan apabila datang bab baru, ia akan dimulakan semula dengan satu semula. Hal ini sama seperti penomboran ayat di dalam Al-Qur’an, iaitu setiap bab (atau surah) baru, ia akan bermula dengan hadis (atau ayat) yang pertama.

Apabila kaedah penomboran ini digunakan, seseorang akan menyebut nombor hadis dan bab, contohnya bagi hadis ini, ia akan disebut sebagai hadis kelapan, Bab Apa yang datang berkenaan pakaian Rasuli Llah. Dalam kes-kes tertentu, yang lebih memeningkan penuntut ilmu, ia akan ditulis Bab 8, Hadis ke-8.

Justeru, sebagai penuntut ilmu hadis, kaedah penomboran dan pencarian hadis di dalam kitab hadis ini adalah penting untuk diketahuï dan dikuasaï.
*******
*******
*******

.

Popular

Iklan

Iklan