Utama Blog Halaman 163

HADITH ARBA’IN – 7

0

 

AGAMA ADALAH NASIHAT

 

نْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْم الدَّارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ . قُلْنَا لِمَنْ ؟ قَالَ : لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ .

[رواه البخاري ومسلم]

 

Terjemahan Hadits:

Dari Abu Ruqoyah Tamim Ad Daari radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Agama adalah nasihat, kami berkata : Kepada siapa? beliau bersabda: Kepada Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan kepada pemimpan kaum muslimin dan rakyatnya.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Catatan:

Agama Islam berdiri tegak di atas upaya saling menasihati, maka harus selalu saling menasihati di antara masing-masing individu muslim. Nasihat wajib dilakukan sesuai kemampuannya.

TKK 131/131 Kemunculan (Imam) Mahdi (ظهور المهدي)

0

Kemunculan (Imam) Mahdi

(ظهور المهدي)

 

Isu: Apakah kemunculan al-Mahdi tanda kiamat kecil atau Besar?

Menurut Dr Muhd al-Arifi, ia adalah tanda kecil.

Dalilnya:

حدثنا أبو خيثمة زهير بن حرب وإسحق بن إبراهيم وابن أبي عمر المكي واللفظ لزهير قال إسحق أخبرنا وقال الآخران حدثنا سفيان بن عيينة عن فرات القزاز عن أبي الطفيل عن حذيفة بن أسيد الغفاري قال اطلع النبي صلى الله عليه وسلم علينا ونحن نتذاكر فقال ما تذاكرون قالوا نذكر الساعة قال إنها لن تقوم حتى ترون قبلها عشر آيات فذكر الدخان والدجال والدابة وطلوع الشمس من مغربها ونزول عيسى ابن مريم صلى الله عليه وسلم ويأجوج ومأجوج وثلاثة خسوف خسف بالمشرق وخسف بالمغرب وخسف بجزيرة العرب وآخر ذلك نار تخرج من اليمن تطرد الناس إلى محشرهم

 

Terjemahan:

Dari Hudzaifah bin Asid al-Ghifari ra, dia berkata, “Nabi saw datang kepada kami. Sedangkan kami tengah berbincang-bincang, lalu beliau bertanya:
مَا تَذَاكَرُوْنَ؟

‘Apa yang kalian sembangkan?’

Mereka menjawab, ‘Kami sedang membicarakan Kiamat.’ Beliau berkata:

إِنَّهَا لَنْ تَقُوْمَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ.

‘Sesungguhnya ia (Kiamat) tidak akan terjadi hingga kalian melihat sepuluh tanda (besar) sebelumnya.’

Kemudian beliau menyebutkan asap, Dajjal, binatang, terbitnya matahari dari barat, turunnya Nabi ‘Isa bin Maryam, Ya’-juj dan Ma’-juj, dan tiga khasf (penenggelaman ke dalam bumi); khasf di timur, khasf di barat, dan khasf di Jazirah Arab, dan yang terakhirnya adalah api keluar dari Yaman yang menggiring manusia ke tempat mereka berkumpul.”

HR Muslim no 2901

 

**Jika anda lihat, Mahdi tidak termasuk dalam 10 tanda besar.

 

Tafsir Surah Fussilat – Tafsir Ayat Pertama hingga Ke-3

0

Tafsir Surah Fussilat

Tafsir Ayat Pertama

حم

Ha mim.

Ini adalah salah satu dari ayat-ayat Muqattaah. Kita tidak tahu maknanya. Kita mulakan belajar tafsir surah ini dengan tidak tahu apakah maksudnya.

Maknanya, kita tidak akan tahu selagi Tuhan tidak beritahu maksud ayat ini. Kalau Tuhan tidak ajar kepada kita, kita tidak akan tahu apa-apa pun. Kita telah sentuh tentang perkara ini dalam surah-surah lain yang ada juga huruf-huruf muqattaah ini. Boleh rujuk permulaan surah Baqarah dan surah Ghafir.

Tafsir Ayat Ke-2

Allah SWT hendak menceritakan kedudukan dan kelebihan Al-Quran. Apabila kita tahu nilai tinggi sesuatu perkara itu, barulah kita hendak cari. Kita sanggup bergadai untuk mendapatkan sesuatu kalau kita tahu sesuatu perkara itu tinggi nilainya. Oleh itu, Allah SWT hendak memberitahu bahawa Al-Quran itu bukan sembarangan.

تَنزيلٌ مِنَ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

“Turunnya Kitab ini dari Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”.

تَنْزِيلٌ

Penurunan

Tidak disebut apa yang diturunkan, tetapi kita tahu bahawa ia adalah kitab Al-Quran yang kita sedang baca ini. Penurunan Al-Quran itu selama 23 tahun secara beransur-ansur. Penurunan Al-Quran itu diturunkan sedikit demi sedikit supaya umat yang menerimanya dapat memahaminya dengan jelas. Kalau turun terus banyak sekali gus, tentulah mereka akan rasa berat untuk memahaminya.

Begitu juga dengan kita. Walaupun pada kita telah ada Al-Quran yang lengkap, tetapi untuk kita memahaminya, kita belajar tafsir Al-Quran ini sedikit demi sedikit, ayat demi ayat. Bukan terus belajar dengan banyak, tetapi pemahaman kurang. Biarlah ayat yang kita belajar itu sedikit, tetapi pemahaman kita mendalam.

Kita belajar mana yang boleh dahulu, amalkan mana yang kita telah faham, kemudian tambah lagi ayat yang baru. Jangan kelam kabut hendak habiskan sebanyak mungkin ayat Al-Quran, tetapi pemahaman kita sedikit sahaja. Akhirnya, kita tidak mengamalkan mana yang kita sudah tahu, kerana kita sibuk hendak habiskan belajar.

Takut nanti kita belajar sebab kita hendak berbangga dengan orang: ‘Aku telah habis belajar tafsir 30 juzuk, telah habis satu Al-Quran aku belajar” – tetapi tidak faham makna yang hendak Allah SWT sampaikan.

مِنَ الرَّحْمَٰنِ

daripada Tuhan yang bersifat ar-Rahman.

Juga tidak disebut siapakah yang bersifat Rahman dalam ayat ini. Tetapi kita tahu dan Arab Mekah pun tahu bahawa yang dimaksudkan adalah Allah SWT.

Sifat Penyayang Ar-Rahman adalah seperti sifat penyayang seorang bapa. Seorang bapa sanggup melihat anaknya menderita agar anak itu belajar erti hidup. Begitulah Allah SWT sanggup melihat hamba-Nya terseksa di dunia dalam melakukan ibadat. Seperti seorang bapa yang sanggup tengok anak dia susah sebab mahu ajar dia sesuatu.

Dan memang dunia ini adalah tempat ujian pun. Oleh itu, Allah SWT sanggup lihat hamba-Nya yang beriman susah duduk dalam dunia kerana hendak tegakkan Al-Quran ini kerana bukan senang nak tegakkan semua yang tertulis dalam Al-Quran itu. Orang benci, orang lawan dan orang kata macam-macam.

Dan sifat Penyayang Allah SWT boleh memberi apa sahaja kepada hamba-Nya tidak kira sama ada mereka itu seorang Muslim atau kafir kerana sifat penyayang ini menyeluruh kepada semua makhluk. Kita sudah bincangkan perkara ini dengan lebih panjang dalam tafsir surah Al-Fatihah. Maka tidak perlu kita jelaskan lagi di sini.

الرَّحِيمِ

ar-Rahim

Ini adalah sifat Allah SWT yang amat sayang kepada makhluk-Nya. Lagi sayang dari seorang emak yang sayangkan anak dia. Seorang emak itu terlalu sayang kepada anaknya, sampai tidak sanggup melihat anaknya menderita.

Kita bandingkan dengan sifat Rahman yang kita sebut seperti sifat bapa tadi. Tidak sama sayang seorang emak dengan seorang bapa, bukan? Semua tahu emak lagi sayang dengan anaknya. Allah SWT pula berpuluh-puluh kali ganda lagi sayang-Nya dari sayang emak itu kepada anaknya.

Sifat Raheem ini pula sifat penyayang yang khusus kepada hamba-Nya yang mukmin. Mereka akan dimasukkan ke dalam syurga dan dosa mereka akan diampunkan. Apabila Allah SWT telah mengampunkan dosa seseorang makhluk, Dia tidak akan ungkit lagi. Dan Dia akan memberikan segala macam nikmat kepada hamba-Nya itu dengan nikmat yang tidak terkira.

Sifat raheem Allah SWT ini tidak sanggup lihat hamba-Nya menderita dalam neraka kalau semasa di dunia mereka telah menegakkan Al-Quran. Maka, Allah SWT akan masukkan orang itu ke dalam syurga.

Penerangan tentang ar-rahman dan ar-raheem ini telah pun dibincangkan dengan panjang lebar lagi dalam surah Al-Fatihah.

Allah SWT hendak beritahu kepada kita, bahawa Allah SWT turunkan Al-Quran ini kepada kita atas sifat penyayang-Nya itu. Disebabkan Allah SWT sayang kepada kitalah, Allah SWT berikan petunjuk berupa Al-Quran ini kepada kita. Supaya kita jadikan sebagai pedoman. Supaya kita tidak buat salah. Supaya kita hidup harmoni di dunia ini dengan panduan yang diberikan dalam Al-Quran dan supaya kita selamat di akhirat kelak.

Apabila kita faham begini, maka kita akan memandang Al-Quran ini sebagai satu pemberian yang tinggi dan hebat dari Allah SWT. Seperti kita terima hadiah dari ibu bapa kita, tentulah kita sayang pemberian itu kerana kita tahu mereka beri hadiah itu kerana mereka sayang kepada kita. Kalau pemberian hadiah yang tidak seberapa itu pun kita telah hargai, apatah lagi Al-Quran yang amat hebat ini?

Kalau kita dapat perasaan begini, maka tentulah kita hendak selalu tengok dan baca Al-Quran ini. Dan tentu kita hendak faham apakah yang hendak disampaikan.

Tafsir Ayat Ke-3

Ayat ini adalah targhib (ajakan/motivasi) kepada mempelajari makna-makna dalam Al-Quran. Kita juga akan belajar maksud ‘fussilat’.

كِتابٌ فُصِّلَت آياتُهُ قُرآنًا عَرَبِيًّا لِقَومٍ يَعلَمونَ

“Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya”.

كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ

Sebuah kitab yang dijelaskan ayatnya.

Kalimah فُصِّلَتْ bermaksud ayat-ayat Al-Quran itu dipecahkan dan diperjelaskan satu persatu. Supaya mudah difahami. Itulah cara Al-Quran. Seperti juga kalau sesuatu perkara itu besar, maka untuk memudahkannya, kita pecahkan perkara itu satu persatu supaya kita mudah faham.

Contohnya, untuk kita belajar biologi, kita akan pecahkan perbincangan tentang tubuh badan manusia itu ikut bahagian tubuh, kemudian kita akan belajar satu persatu bahagian tubuh itu. Mula belajar bab kepala, kemudian dada dan seterusnya. Dan kemudian kita kaitkan kepada keseluruhan badan. Sebab itu Al-Quran dibahagikan ikut surah-surah dan setiap surah ada perkara penting yang hendak disampaikan.

Al-Quran ini adalah kitab yang jelas. Terutama sekali bab akidah. Sampaikan tidak perlu lagi hendak rujuk kitab-kitab lain kerana Al-Quran telah menjelaskan tentang akidah dan tauhid dengan sejelas-jelasnya dan diulang berkali-kali. Mungkin pada peringkat awal ini, anda tidak nampak lagi.

Apa yang dalam hati manusia telah ada dalam Al-Quran ini. Yang dulu, sekarang dan akan datang. Maknanya, Allah SWT menceritakan tentang apa yang ada dalam dada kita semua.

Kalau tidak kena pada ayat ini, kena pada ayat lain. Kerana itu kadang-kadang, apabila kita baca sesuatu ayat itu, rasa macam ia memperkatakan tentang diri kita sahaja. Boleh menangis melengung memikirkan. Waktu itu anda akan sedar: “memang betullah Al-Quran ini dari Allah SWT!!!!!”

Begitulah ayat-ayat Al-Quran yang jelas nyata itu. Ia menyentuh hati kita. Yang tidak jelas adalah kerana tidak belajar sahaja. Bukan sebab ayat itu tidak jelas. Jadi, untuk tahu apa yang hendak disampaikan oleh Allah SWT dalam Al-Quran, kenalah belajar tafsir Al-Quran ini.

Malangnya, masyarakat kita, ramai yang tidak tahu pun tentang kepentingan belajar tafsir Al-Quran ini. Macam-macam ilmu mereka belajar, macam-macam kitab mereka baca, tetapi Al-Quran itu mereka tidak faham pun lagi.

قُرْآنًا عَرَبِيًّا

Al-Quran itu berbahasa Arab.

Bahasa Arab adalah satu bahasa yang amat mantap. Tepat bahasanya. Ia bahasa yang amat kaya kalau dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain. Ia adalah bahasa Nabi kita. Cuma, kalau ada orang yang kata ianya bahasa Syurga, itu belum tentu lagi kerana tidak ada dalil yang sah mengatakan sedemikian.

Bahasa Arab juga adalah bahasa yang indah. Tambahan pula apabila digunakan dalam pembacaan Al-Quran. Telah sampai kepada kita, bukan sahaja matan Al-Quran, tetapi cara membacanya juga – tajwid. Untuk baca Al-Quran pun sudah diajar dengan cara yang indah, yang menyebabkan hati kita tersentuh apabila membacanya.

Allah SWT memberitahu kepada kita bahawa Al-Quran itu adalah satu ‘kitab’ dan ia adalah satu kitab yang jelas. Salah satu sebab ia jelas adalah kerana ia diturunkan dalam bahasa Arab. Kalau Al-Quran itu dalam bahasa Melayu, kena pakai satu treller lori baru boleh sampai maksud yang hendak disampaikan. Tetapi Al-Quran pakai 30 juzuk sahaja.

Oleh itu, ini memberi motivasi kepada kita untuk belajar bahasa Arab, terutama sekali bahasa Arab yang digunakan dalam Al-Quran.

Maksud perkataan ‘Al-Quran’ itu adalah ‘kitab yang sentiasa dibaca’. Tidak ada kitab lain melebihi Al-Quran dari segi bacaannya. Tidak ada kitab lain yang dibaca macam kitab Al-Quran. Tidak ada mana-mana kitab dalam dunia ini yang dihafal seperti Al-Quran. Kitab lain pun memang manusia ada baca juga, cuma sekali sekala sahaja, dan selepas baca simpan tidak tengok lagi selalunya.

Al-Quran itu untuk semua orang, tetapi yang terima adalah:

لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

bagi kaum yang mahu mengetahui.

Al-Quran ini ditujukan kepada semua manusia, tetapi yang menerimanya adalah mereka yang mahu mengetahui kebenaran. Mereka akan mengetahuinya setelah mereka belajar makna-makna ayat-ayat Al-Quran itu, iaitu setelah mereka belajar tafsir.

Tetapi mestilah dimulai dengan kehendak inginkan kepada kebenaran. Ingin tahu adalah sifat ‘inabah’ yang membawa kefahaman. Untuk faham pula, kena belajar tafsir. Bukan hanya membaca dan menghafal sahaja. Dan mereka belajar tafsir itu dengan guru-guru yang tahu iaitu guru yang sudah belajar tafsir.

Mereka yang hendak mengetahui itu adalah mereka yang hendak kenal Allah SWT dan hendak kembali kepada Allah SWT. Dalam hatinya ada perasaan: ihdinas siraatal mustaqim iaitu mereka berdoa kepada Allah SWT: “Pimpinlah aku ke jalan yang lurus”.

Tetapi malangnya, kebanyakan dalam masyarakat kita, sudah tidak mengetahui ayat-ayat Al-Quran itu, dan mereka pun tidak ingin hendak mengetahui. Sama ada mereka rasa mereka telah pandai sampai tidak payah belajar lagi, atau mereka rasa mereka tidak perlu tahu.

Mereka tidak kisah sama ada apa yang mereka buat itu benar atau tidak. Salah atau betul mereka tidak kisah. Seperti mana mereka tidak kisah pun sama ada mereka masuk syurga atau neraka. Adakah begitu?

Kita kata begini berdasarkan dari pengamatan kita yang mengajak ramai orang datang ikut belajar tafsir namun mereka tidak mahu datang. Mereka tidak nampak kepentingan belajar tafsir Al-Quran. Mereka lebih selesa belajar perkara-perkara lain. Sama ada perkara bukan agama ataupun tidak.

Ada yang memang mahu belajar agama, tetapi mereka lebih selesa belajar kitab-kitab karangan manusia. Bukan kita kata salah, tetapi kenapa mereka tidak belajar dahulu kitab yang paling agung, iaitu Kitab Al-Quran ini? Ia bukanlah karangan manusia tetapi ia adalah kalam Allah SWT yang Maha Mulia. Kenapakah manusia masih lagi tidak ambil endah tentang ayat-ayat Allah SWT ini?

Secara ringkasnya, keseluruhan ayat ini memberitahu kepada kita bahawa salah satu sifat Al-Quran itu adalah ia jelas. Dalam ayat seterusnya, akan disebutkan sifat-sifat lain Al-Quran itu.

Yang mengetahui kejelasan ayat Al-Quran itu adalah mereka yang belajar. Lalu bagaimana mereka yang tidak belajar? Mereka itulah yang tidak faham Al-Quran. Mereka rasa Al-Quran itu macam sesuatu yang amat asing bagi mereka. Sebelum mereka belajar lagi, mereka telah cakap yang Al-Quran itu susah untuk dipelajari.

Jadi, mereka akan belajar kitab-kitab karangan manusia, sedangkan kitab-kitab itu tidak terselamat dari kesilapan. Apabila ada dalam kitab itu kesilapan, maka mereka pun akan tersilap juga. Padahal, apa yang ada dalam Al-Quran adalah amat jelas sekali dan selamat dari kesilapan.

Mereka yang tidak mahu kebenaran, akan melarang dan menghalang manusia dari belajar Al-Quran. Mereka kata hendak belajar Al-Quran itu bukan senang – macam-macam kena belajar dulu. Kena belajar bahasa Arab, nahu dan sorof dan macam-macam lagi.

Akhirnya, manusia rasa susah hendak belajar tafsir Al-Quran. Mereka hanya suruh anak murid belajar baca sahaja Al-Quran, namun hendak faham Al-Quran itu tidak perlu. Mereka hanya belajar agama dengan guru-guru yang guru-guru itu sendiri pun tidak belajar tafsir Al-Quran. Jadi, dari dulu sampai sekarang, manusia duduk dalam kejahilan.

Hasilnya, mereka akan buat perkara-perkara yang dilarang dalam Al-Quran. Dan antara perkara yang dilarang dalam Al-Quran adalah syirik. Oleh itu, apabila manusia tidak belajar tafsir Al-Quran, mereka akan buat perkara syirik kerana mereka sendiri tidak faham apakah syirik itu sebenarnya.

Maka, hendaklah kita menjadi orang yang ‘tahu’. Belajarlah tafsir Al-Quran itu supaya kita tahu apakah agama ini sebenarnya. Tidaklah susah untuk belajar tafsir Al-Quran itu. Ia menggunakan bahasa yang mudah difahami. Tidak perlu belajar bahasa Arab sampai mahir pun, sudah boleh faham. Kalau tahu bahasa Arab, lagi bagus. Tetapi, jangan jadikan bahasa Arab sebagai halangan untuk belajar tafsir Al-Quran.

 

Allahu a’lam.

HADITH ARBA’IN – 6

0

 

 

MENJAUHKAN DIRI DARI PERKARA

SYUBHAT (ANTARA HALAL DAN HARAM)

 

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدْ اسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعىَ حَوْلَ الْحِمَى يُوْشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيْهِ، أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ

[رواه البخاري ومسلم]

 

Terjemahan Hadits:

Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.

Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan.

Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan.

Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati“.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Catatan:

  • Termasuk sikap wara’ (hati-hati) adalah meninggalkan syubhat.Banyak melakukan syubhat akan mengantarkan seseorang kepada perbuatan haram.

 

  • Menjauhkan perbuatan dosa kecil kerana hal tersebut dapat menyeret seseorang kepada perbuatan dosa besar.

 

  • Memberikan perhatian terhadap masalah hati, kerana padanya terdapat kebaikan fisik.

 

  • Baiknya amal perbuatan anggota badan merupakan pertanda baiknya hati.

 

  • Pertanda ketakwaan seseorang jika dia meninggalkan perkara-perkara yang diperbolehkan kerana khawatir akan terjerumus kepada hal-hal yang diharamkan.

 

  • Menutup pintu terhadap peluang-peluang perbuatan haram serta haramnya sarana dan cara ke arah sana.

 

  • Hati-hati dalam masalah agama dan kehormatan serta tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang dapat mendatangkan persangkaan buruk.

Cabang-Cabang Iman – Cabang Iman Ke-26 hingga Ke-31

0

Cabang-Cabang Iman

Cabang Iman Ke-26.

Ribath

Ribath adalah menjaga perbatasan atau sempadan daripada ancaman serta serangan musuh Islam.

Tasdiqkanlah betapa pentingnya pertahanan dan penjagaan sempadan negara atau kawasan ISLAM dari ancaman musuh-musuhnya.

Tablighkanlah akan kelebihan kelebihannya.

Amallah dengan bersedia untuk dihantar oleh pemerintah Islam untuk mengawal sempadan.

Cabang Iman ke 27

Melawan Musuh

Sama ada dalam perang (qital) mahupun semasa Ribath jika ada serangan dari musuh hendaklah kita menentang mereka sehabis mahu.

Tasdiqkan lah akan kewajiban melawan musuh dalam ISLAM.

Tablighkan lah betapa banyaknya kelebihan menentang musuh Islam yang nyata.

Amalkan dengan persiapan mental dan fizikal dalam melawan musuh Islam.

Cabang Iman Ke-28

Hak 1/5 (Khumus) dari perang

Ia adalah pembahagian harta ghanimah bagi kepala atau ketua ekspedisi. Jika dalam konteks moden ketua misi / Chief de Mission sebanyak 1/5 daripada semua harta rampasan.

Tasdiqkanlah haq ini adalah untuk panglima atau ketua misi.

Amalkanlah dengan memberikan hak bilamana ianya telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Ia adalah bahagian Rasulullah SAW dan setelah kewafatan baginda ia jadi hak perbendaharaan negara. Perjanjian Geneva menghapuskan hamba tawanan dan sebarang bentuk penaklukan dengan sendiri khumus tidak diamal lagi.

Cabang Iman Ke-29

Memerdekakan hamba sahaya

Ia adalah bahagian penting apabila berlaku perang tawanan dan rampasan yang berupa manusia halal dijadikan hamba.

Sampaikanlah akan kepentingan bahagian ini. Walaupun begitu sebagai orang beriman afdol di merdekakan sahaja hamba-hamba tadi.

Sekiranya perang terjadi maka amallah cabang ini.

Cabang Iman Ke-30:

Kafarah

Yakni suatu perbuatan timbal balik bagi mengisyaratkan suatu denda atas sesalan dosa.

Misalnya apabila kita bersetubuh dengan isteri di siang hari Ramadhan maka kafarahnya adalah puasa 3 bulan berterusan. Jika tidak mampu sedekah makanan pada 60 orang fakir.

Maka tasdiqkan lah kafarah adalah satu rasa sesalan akan dosa-dosa.

Tablighkan lah akan sesalan atas dosa-dosa boleh dimanifestasikan dalam bentuk kafarah.

Amalkanlah sekira kita ada melakukan dosa yang diwajibkan kafarah maka buat lah.

Cabang Iman Ke-31

Menunaikan Hak Akad Perjanjian

Akad adalah lafaz atau tanda setuju bagi sesuatu perjanjian. Contoh Akad Nikah.

Akad Perjanjian adalah bahagian dari amanah, dan merupakan satu amal yang sangat berat.

“Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al ‘Alaa’, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah, dari Buraid bin ‘Abdullah, dari Abu Burdah, dari Abu Musa, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “”Seorang bendahara yang amanah, yang dia melaksanakan tugasnya (dengan baik) “” –Dan adakalanya Beliau bersabda–: “”Yaitu yang dia melaksanakan apa yang diperintahkan kepadanya dengan sempurna dan jujur serta memiliki jiwa lapang dada, yang dia mengeluarkannya (shadaqah) kepada orang yang berhak sebagaimana diperintahkan adalah termasuk salah satu dari Al Mutashaddiqin””.”

Akad Amanah Harta

Seorang yang diberikan amanah menjaga harta anak yatim sehingga umur 21 tahun misalnya di mana ia berakad dan bersetuju untuk menjaga dan melepaskan amanah harta anak yatim tersebut dalam tempoh yang dipersetujui.

Tasdiqkan lah akad adalah satu sunnah yakni perintah Allah SWT dan memberikan kita tanggungjawab yang besar, barang siapa yang berjaya menunaikannya ganjarannya sangatlah besar.

Tablighkan lah kelebihan dan ancaman bagi mereka yang berakad pada sesuatu perjanjian atau amanah.

Amallah dengan menunaikan hak-hak yang telah dipersetujui dalam akad perjanjian dan amanah.

 

Allahu a’lam.

Singa Serigala Anjing Kambing (Daif), Merasa Makanan Berpuasa

1

1. Sahihkah hadis di bawah ini?
Dari Anas RA, Rasulullah SAW pernah bersabda, “Satu waktu nanti akan tiba atas umatku penguasa seperti singa, para menterinya seperti serigala, dan hakim-hakimnya seperti anjing. Sementara itu umat kebanyakan bagaikan kambing. Bagaimana boleh kambing hidup di antara singa, serigala dan anjing?”

ان الحمد لله الذى أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله. أرسله بشيرا ونذيرا وداعيا الى الله باذنه وسراجا منيرا. أشهد ان لا اله الا الله وحده لا شريك له. شهادة اعدها للقائه ذخرأ. واشهد ان محمدا عبده و رسوله. ارفع البرية قدرا. اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى أله وأصحابه وسلم تسليما كثيرا. أما بعد. فياأيها الناس اتقوالله حق تقاته ولاتموتن الا وأنتم مسلمون.

Diriwayatkan Az-Zahabi. Dari sahabat Anas bin Malik.

روى الطبراني في الاوسط
من طريق إسحاق بن وهب العلاف قال : نا سهل بن سعيد قال : نا زياد الجصاص قال : نا أنس بن مالك قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
(( يأتي على الناس زمان ، هم ذئاب ، فمن لم يكن ذئبا أكذئاب ))
لم يرو هذا الحديث عن زياد الجصاص إلا سهل بن سعيد ، تفرد به : إسحاق بن وهب
وسنده ضعيف
قال الهيثمي في المجمع = وفيه من لم أعرفهم.

Kata Haithami dalam Majma’, dalam sanadnya ada perawi yang tidak dikenali, hadis daif.
Tabrani menyebut daif kerana perawi Ishaq bin Wahab.

2. Benarkah seperti yang dinyatakan bahawa hadis tersebut diriwayatkan oleh Az-Zahabi?
Tidak betul, yang sahihnya seperti di atas at-Tabrani, Mu’jam Al-Awsath. Beliau wafat 748 H. Pengumpul hadis ini semua sekitar 300 hijrah. Tabrani, wafat 360H.

3. Bolehkah jelaskan hukum merasa makanan ketika berpuasa dan dalilnya?
Boleh, fatwa Ibn Abbas.

لاَ بَأْسَ أَنْ يَذُوْقَ الخَلَّ أَوْ الشَّيْءَ مَا لَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَ صَائِمٌ

“Bagi seseorang yang sedang berpuasa merasai cuka atau sesuatu (masakan), selama tidak masuk sampai ke kerongkongan.” [Ibnu Abi Syaibah, Mushonnaf: 9277. SyeikhAl-Albani, hasan, Irwa’: 937 fatwa Syeikhul Islam, Majmu’ Fatawa, 25:266].
Dilarang ke atas orang yang tidak ada keperluan merasai makanan, manakala yang memerlukan berbuat demikian, dibolehkan.

Bagaimana Hendak Taat Kepada Allah SWT Dan Rasul

0

Bagaimana Hendak Taat Kepada Allah SWT Dan Rasul

Tahukah anda semua bahawa ayat-ayat feqah hanya sekali atau dua kali disebut Allah SWT di dalam Al-Quran? Tetapi ayat-ayat lain, bab lain disebut berulang-ulang. Ayat berulang-ulang biasanya bab tawassul, tauhid dan syirik serta bidaah. Demikian juga bab syariat, jihad dan infaq.

Ayat-ayat bab lain adalah suruhan atau larangan perbuatan buruk manusia.

80% ayat-ayat Al-Quran adalah berkenaan tauhid atau mengenal Allah SWT. 20% ayat-ayat Al-Quran adalah bab feqah, suruhan dan larangan budi pekerti manusia.

Setiap kali ayat-ayat tauhid diturunkan akan diceritakan bab orang-orang beriman dan bab orang-orang yang ingkar tauhid atau kafir.

Selepas itu, Allah SWT akan beritahu sifat-sifat orang-orang beriman dan orang-orang yang ingkar. Diikuti dengan bab syurga dan neraka dan akhir sekali biasanya Allah SWT akan beritahu dalil kenapa Allah SWT begitu dan kenapa orang ingkar itu ingkar.

Oleh itu, tidak patut bagi mana-mana guru bila mengajar orang ramai tidak beritahu bab berkenaan:

1. Tauhid – Syirik
2. Orang beriman – Orang ingkar
3. Syurga – Neraka.
4. Alam barzakh – Hari kebangkitan.

Akibatnya ramai orang Islam mula bersifat munafik atau ahli kitab Kristian atau Yahudi atau Musyrikin. Oleh itu, marilah kita semua belajar tafsir Al-Quran. Selepas itu kita belajar hadis Nabi SAW.

Belajar tafsir = akàn taati Allah
Belajar hadis = akan taati Rasul

Wallahu a’lam.

HADITS YANG PADANYA TERDAPAT PERIWAYAT PELAKU BID’AH (مبتدع)

0

Panel: BroSyarief
#281216 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

02.12.04 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي)

#NotaBroSyarief #AsasIlmuHadits #UiTOBilik40

Susunan: BroSyarief

HADITS YANG PADANYA TERDAPAT PERIWAYAT PELAKU BID’AH (مبتدع)

Dari sudut bahasa ia berasal dari perkataan al-Ibtida’ (الابتداع), iaitu menimbulkan sesuatu yang baru yang tiada contoh terdahulu baginya.

Manakala dari sudut istilah, ia merujuk kepada periwayat yang mereka atau mencipta sesuatu dalam urusan agama dalam bentuk pemikiran atau amalan.

Kebiasaannya ia dimutlakkan kepada pelaku bid’ah dari sudut aqidah seperti Syiah Rafidhah, Mu’tazilah, Khawarij, Murjiah dan selainnya.

Hadits yang pada sanadnya terdapat periwayat Mubtadi (مبتدع) tidak mempunyai sebarang istilah khas, malah memadai ia dianggap hadits Dha’if dan perinciannya seperti di bawah:

1. Sekiranya periwayat Mubtadi tersebut terlibat dengan Bid’ah Mukaffirah (kufur, yang melibatkan akidah), seperti seseorang yang mengingkari rukun agama, maka periwayatannya ditolak secara mutlak, tanpa berpeluang untuk dinaik taraf kepada Hasan li Ghayrihi (الحسن لغيره)

2. Adapun sekiranya periwayat itu terlibat dengan Bid’ah yang tidak membawa kepada kekufuran, maka diperhatikan pula keadaannya:

a. Sekiranya dia mengajak orang lain kepada Bid’ah yang dilakukannya, maka majoriti ulama menolak haditsnya.

b. Namun, sekiranya dia tidak mengajak orang lain kepada Bid’ah yang dilakukan, maka haditsnya diterima dengan 2 syarat:

i – Hadits tersebut tidak berkaitan dengan bid’ah yang dilakukannya.

ii – Periwayat tersebut dinilai baik dari sudut kredibiliti personaliti (العدالة) dan kredibiliti intelektual (الضبط).

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.
__
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Rezeki, Ilmu dan Amal

0

Membaca Doa Permohonan Ilmu, Rezeki, dan Amal Setiap Pagi Dan Petang

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

“Allahumma innii as-aluka ‘ilman nafian, warizqon thayyiban, wa ‘amalan mutaqobala“

Ertinya: “Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat , rezeki yang halal dan amal yang diterima (di sisi-Mu dan mendapatkan ganjaran yang baik).”

(HR. Ibnu Sunni dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah no. 54, Ibnu Majah no. 925. Syaikh ‘Abdul Qodir dan Syu’aib Al Arnauth menyatakan sanad hadits ini hasan dalam tahqiq Zaadul Ma’ad 2/375.)

Tafsir Surah Ghafir – Tafsir Ayat Ke-71 hingga Ke-75

0

Tafsir Surah Ghafir

Tafsir Ayat Ke-71

Bagaimanakah azab itu? Ini adalah azab badani – azab yang dikenakan kepada tubuh mereka. Jadi ini adalah jenis ayat Takhwif Ukhrawi.

إِذِ الأَغلالُ في أَعناقِهِم وَالسَّلاسِلُ يُسحَبونَ

“Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka diseret”.

إِذِ الْأَغْلَالُ فِي أَعْنَاقِهِمْ

Ketika belenggu besi diikat pada leher-leher mereka

Tangan mereka akan disilang dan akan diikat ke leher mereka. Tidak boleh bergerak. Leher tidak boleh tengok ke bawah. Inilah cara tambat hamba abdi.

وَالسَّلَاسِلُ

dan besi-besi rantai.

Diikat dengan rantai besi. Dalam hadis dikatakan 40 hasta. Mereka akan diikat kaki dan tangan mereka. Jumlah muqaddar (penjelasan tambahan) – tidak disebut kaki dalam ayat ini, tetapi maksudnya adalah kaki mereka yang diikat.

يُسْحَبُونَ

diheret.

Setelah diikat, akan diseret macam binatang yang hina untuk dibawa ke neraka. Mereka tidak dijemput untuk masuk ke dalam neraka dengan mulia tetapi macam binatang!

Mereka kena heret kerana mereka tidak akan pergi sendiri. Mereka akan meronta untuk mengelak dari masuk, oleh itu malaikat akan mengheret mereka. Masya Allah!

Tafsir Ayat Ke-72

Allah teruskan lagi menceritakan keadaan di dalam neraka itu, supaya kita ada perasaan takut.

فِي الحَميمِ ثُمَّ فِي النّارِ يُسجَرونَ

“Ke dalam air panas yang menggelegak; kemudian mereka dibakar dalam api neraka”;

فِي الْحَمِيمِ

Dalam air panas

Mereka akan dicelur di dalam air yang amat-amat panas. Yang suhunya, ribu juta darjah. Ia lebih panas dari matahari, dicelur mereka di dalam air itu.

ثُمَّ فِي النَّارِ يُسْجَرُونَ

Kemudian dipanggang dalam api.

Lepas dihempuk dalam air panas, kena panggang dengan api pula. Macam sekarang, orang buat lemang, mereka akan rebus dulu kemudian baru bakar.

Tafsir Ayat Ke-73

Setelah disebut azab badani, sekarang disebut pula azab jiwa.

ثُمَّ قيلَ لَهُم أَينَ ما كُنتُم تُشرِكونَ

“Akhirnya dikatakan kepada mereka: “Mana dia berhala-berhala yang kamu dahulu sekutukan”

ثُمَّ قِيلَ لَهُمْ

Kemudian dikatakan kepada mereka

Semasa mereka yang guna perantaraan dalam berdoa itu disiksa, dikatakan kepada mereka soalan yang menyeksa jiwa. Badan mereka memang sedang diazab, Allah tambah lagi dengan siksaan jiwa. Ini dipanggil ‘takzib rohani’ (azab jiwa).

Ini kadangkala lebih memedihkan lagi, macam seorang pelajar dirotan oleh gurunya. Kalau hanya dirotan sahaja, sakit itu lama-lama akan hilang, tetapi jika guru itu sambil rotan pelajar itu, dia hina budak itu dengan panggilan ‘bodoh’, ‘celaka’ dan sebagainya, pelajar itu akan ingat sampai pencen kejadian itu.

Itulah sebabnya Islam mengajar pasangan suami isteri yang bercerai, janganlah mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati pasangan masing-masing. Perceraian itu sekejap sahaja, lama-lama hilanglah kesedihan, tetapi jika dikeluarkan kata-kata nista dan hina, boleh menyebabkan sakit hati dan menyebabkan perhubungan panas selepas itu. Sedangkan mereka mungkin akan berjumpa lagi selepas itu kerana berkongsi anak atau berkongsi harta dan sebagainya.

Maka, begitulah Allah SWT seksa jiwa mereka dengan soalan-soalan yang menyakitkan hati.

Jadi apakah soalan yang hendak menyakitkan hati mereka itu?:

أَيْنَ مَا كُنْتُمْ تُشْرِكُونَ

“Di mana dia makhluk-makhluk yang kamu syirikkan (Aku dengannya dahulu)”?

Apakah soalan kepada mereka? Mana dia pujaan-pujaan selain Aku dahulu yang kamu seru dahulu? Mereka ada di sini untuk tolong kamu kah?

Tafsir Ayat Ke-74

مِن دونِ اللهِ ۖ قالوا ضَلّوا عَنّا بَل لَم نَكُن نَدعو مِن قَبلُ شَيئًا ۚ كَذٰلِكَ يُضِلُّ اللهُ الكافِرينَ

“(Dengan menyembahnya atau memujanya) selain Allah?” Mereka menjawab: “Benda-benda itu telah hilang lenyap dari kami, bahkan yang sebenarnya kami dahulu tidak pernah sekutukan sesuatu pun (dengan Allah)”. (Sebagaimana Allah menjadikan mereka sesat), demikian pula Allah menyesatkan orang-orang yang kufur ingkar (menentang maksud ayat-ayat-Nya).

مِنْ دُونِ الله

Selain daripada Allah?

Makhluk yang selalu disembah dan diseru selain Allah adalah Nabi, wali, malaikat dan jin. Mana dia roh-roh yang kamu sembah semasa di dunia dahulu? Sepatutnya sembah hanya Allah sahaja, tetapi kamu ada juga sembah makhluk dan roh-roh yang lain. Di mana mereka sekarang?

قَالُوا ضَلُّوا عَنَّا

Mereka menjawab: Hilang lenyap daripada kami

Jumlah muqaddar – mereka hilang lenyap dari membantu kami. Mereka tidak ada dengan kami, maka tidak dapat membantu kami.

Memang tidak akan ada sembahan-sembahan selain Allah yang akan datang menolong. Waktu itu mereka akan sedar dengan sesedar-sedarnya.

بَلْ لَمْ نَكُنْ نَدْعُو مِنْ قَبْلُ شَيْئًا

Bahkan sebenarnya kami dulu tidak pernah berdoa begitu.

Apabila dikatakan mereka bodoh kerana menyeru kepada sembahan selain Allah itu, mereka ubah tukar cerita. Mereka cuba membohongi. Mereka kata mereka tidak seru pun kepada sembahan-sembahan mereka itu.

كَذَٰلِكَ يُضِلُّ اللهُ الْكَافِرِينَ

Kerana sifat demikianlah, disesatkan Allah orang-orang kafir itu.

Lafaz كَذَٰلِكَ dalam ayat ini membawa maksud ‘kerana’. Disebabkan sikap mereka yang suka berbohong dan tidak mengaku salahlah yang menyebabkan Allah menyesatkan mereka. Bila kita tegur amalan salah mereka, ada sahaja alasan mereka berikan. Sebagai contoh, kita kata jangan seru Nabi Muhammad SAW dalam doa, mereka kata takkan tidak boleh? Mereka hendak minta syafaat baginda sahaja, mereka hendak ambil berkat sahaja dan bermacam-macam alasan yang diberikan.

Tafsir Ayat Ke-75

ذٰلِكُم بِما كُنتُم تَفرَحونَ فِي الأَرضِ بِغَيرِ الحَقِّ وَبِما كُنتُم تَمرَحونَ

“(Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa): “Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersuka ria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan), dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat)”.

ذَٰلِكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَفْرَحُونَ فِي الْأَرْضِ

Demikianlah, dengan sebab kamu dulu bersuka ria di dunia

Mereka bersuka ria dengan hidup dalam syirik. Kamu tidak belajar akidah tauhid kerana rasa senang hati dengan akidah syirik itu.

Atau ia bermaksud: Kamu hidup senang bergembira dengan kesenangan dunia sampai kamu lupa untuk beramal dan bersedia untuk akhirat.

Bukanlah hendak suruh kita bersedih sahaja, tetapi kalimah tafrahu itu bermaksud bergembira berlebihan yang tidak patut.

بِغَيْرِ الْحَقِّ

tanpa alasan yang benar.

Kamu buat amalan syirik itu bukannya ada dalil yang sah.

وَبِمَا كُنْتُمْ تَمْرَحُونَ

dan dengan apa yang kamunya sombong.

Maknanya sombong juga, tetapi kali ini sombong yang tunjuk dengan perbuatan. Tidak mahu belajar agama dan dia nampakkan perasaan dia yang tidak mahu belajar tu. Seolah-olah berbangga jadi orang yang tidak berilmu.

Kamu tunjuk sombong dengan orang yang beriman. Amalan yang dilakukan salah dan tiada dalil asas, tetapi mereka masih juga hendak beramal.

Allahu a’lam.

Popular

Iklan

Iklan