Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits HADITS YANG PADANYA TERDAPAT PERIWAYAT PELAKU BID’AH (مبتدع)

HADITS YANG PADANYA TERDAPAT PERIWAYAT PELAKU BID’AH (مبتدع)

446
0
Iklan

Panel: BroSyarief
#281216 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

02.12.04 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي)

#NotaBroSyarief #AsasIlmuHadits #UiTOBilik40

Susunan: BroSyarief

HADITS YANG PADANYA TERDAPAT PERIWAYAT PELAKU BID’AH (مبتدع)

Dari sudut bahasa ia berasal dari perkataan al-Ibtida’ (الابتداع), iaitu menimbulkan sesuatu yang baru yang tiada contoh terdahulu baginya.

Manakala dari sudut istilah, ia merujuk kepada periwayat yang mereka atau mencipta sesuatu dalam urusan agama dalam bentuk pemikiran atau amalan.

Kebiasaannya ia dimutlakkan kepada pelaku bid’ah dari sudut aqidah seperti Syiah Rafidhah, Mu’tazilah, Khawarij, Murjiah dan selainnya.

Hadits yang pada sanadnya terdapat periwayat Mubtadi (مبتدع) tidak mempunyai sebarang istilah khas, malah memadai ia dianggap hadits Dha’if dan perinciannya seperti di bawah:

1. Sekiranya periwayat Mubtadi tersebut terlibat dengan Bid’ah Mukaffirah (kufur, yang melibatkan akidah), seperti seseorang yang mengingkari rukun agama, maka periwayatannya ditolak secara mutlak, tanpa berpeluang untuk dinaik taraf kepada Hasan li Ghayrihi (الحسن لغيره)

2. Adapun sekiranya periwayat itu terlibat dengan Bid’ah yang tidak membawa kepada kekufuran, maka diperhatikan pula keadaannya:

a. Sekiranya dia mengajak orang lain kepada Bid’ah yang dilakukannya, maka majoriti ulama menolak haditsnya.

b. Namun, sekiranya dia tidak mengajak orang lain kepada Bid’ah yang dilakukan, maka haditsnya diterima dengan 2 syarat:

i – Hadits tersebut tidak berkaitan dengan bid’ah yang dilakukannya.

ii – Periwayat tersebut dinilai baik dari sudut kredibiliti personaliti (العدالة) dan kredibiliti intelektual (الضبط).

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.
__
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Komen dan Soalan