Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Singa Serigala Anjing Kambing (Daif), Merasa Makanan Berpuasa

Singa Serigala Anjing Kambing (Daif), Merasa Makanan Berpuasa

5006
1
Iklan

1. Sahihkah hadis di bawah ini?
Dari Anas RA, Rasulullah SAW pernah bersabda, “Satu waktu nanti akan tiba atas umatku penguasa seperti singa, para menterinya seperti serigala, dan hakim-hakimnya seperti anjing. Sementara itu umat kebanyakan bagaikan kambing. Bagaimana boleh kambing hidup di antara singa, serigala dan anjing?”

ان الحمد لله الذى أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله. أرسله بشيرا ونذيرا وداعيا الى الله باذنه وسراجا منيرا. أشهد ان لا اله الا الله وحده لا شريك له. شهادة اعدها للقائه ذخرأ. واشهد ان محمدا عبده و رسوله. ارفع البرية قدرا. اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى أله وأصحابه وسلم تسليما كثيرا. أما بعد. فياأيها الناس اتقوالله حق تقاته ولاتموتن الا وأنتم مسلمون.

Diriwayatkan Az-Zahabi. Dari sahabat Anas bin Malik.

روى الطبراني في الاوسط
من طريق إسحاق بن وهب العلاف قال : نا سهل بن سعيد قال : نا زياد الجصاص قال : نا أنس بن مالك قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
(( يأتي على الناس زمان ، هم ذئاب ، فمن لم يكن ذئبا أكذئاب ))
لم يرو هذا الحديث عن زياد الجصاص إلا سهل بن سعيد ، تفرد به : إسحاق بن وهب
وسنده ضعيف
قال الهيثمي في المجمع = وفيه من لم أعرفهم.

Kata Haithami dalam Majma’, dalam sanadnya ada perawi yang tidak dikenali, hadis daif.
Tabrani menyebut daif kerana perawi Ishaq bin Wahab.

2. Benarkah seperti yang dinyatakan bahawa hadis tersebut diriwayatkan oleh Az-Zahabi?
Tidak betul, yang sahihnya seperti di atas at-Tabrani, Mu’jam Al-Awsath. Beliau wafat 748 H. Pengumpul hadis ini semua sekitar 300 hijrah. Tabrani, wafat 360H.

3. Bolehkah jelaskan hukum merasa makanan ketika berpuasa dan dalilnya?
Boleh, fatwa Ibn Abbas.

لاَ بَأْسَ أَنْ يَذُوْقَ الخَلَّ أَوْ الشَّيْءَ مَا لَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَ صَائِمٌ

“Bagi seseorang yang sedang berpuasa merasai cuka atau sesuatu (masakan), selama tidak masuk sampai ke kerongkongan.” [Ibnu Abi Syaibah, Mushonnaf: 9277. SyeikhAl-Albani, hasan, Irwa’: 937 fatwa Syeikhul Islam, Majmu’ Fatawa, 25:266].
Dilarang ke atas orang yang tidak ada keperluan merasai makanan, manakala yang memerlukan berbuat demikian, dibolehkan.

1 KOMEN

  1. boleh terangkan tak mengenai hadis ni, penerangan di atas tidak berapa faham, maaf kerana tidak dapat memahami jawapan yang diberi, mohon beri pencerahan pada saya yang fakir ini.

    Dari Anas RA, Rasulullah SAW pernah bersabda, “Satu waktu nanti akan tiba atas umatku penguasa seperti singa, para menterinya seperti serigala, dan hakim-hakimnya seperti anjing. Sementara itu umat kebanyakan bagaikan kambing. Bagaimana boleh kambing hidup di antara singa, serigala dan anjing?”

Komen dan Soalan