Utama Bilik (93) Cabang Cabang Iman Cabang-Cabang Iman – Cabang Iman Ke-26 hingga Ke-31

Cabang-Cabang Iman – Cabang Iman Ke-26 hingga Ke-31

194
0
Iklan

Cabang-Cabang Iman

Cabang Iman Ke-26.

Ribath

Ribath adalah menjaga perbatasan atau sempadan daripada ancaman serta serangan musuh Islam.

Tasdiqkanlah betapa pentingnya pertahanan dan penjagaan sempadan negara atau kawasan ISLAM dari ancaman musuh-musuhnya.

Tablighkanlah akan kelebihan kelebihannya.

Amallah dengan bersedia untuk dihantar oleh pemerintah Islam untuk mengawal sempadan.

Cabang Iman ke 27

Melawan Musuh

Sama ada dalam perang (qital) mahupun semasa Ribath jika ada serangan dari musuh hendaklah kita menentang mereka sehabis mahu.

Tasdiqkan lah akan kewajiban melawan musuh dalam ISLAM.

Tablighkan lah betapa banyaknya kelebihan menentang musuh Islam yang nyata.

Amalkan dengan persiapan mental dan fizikal dalam melawan musuh Islam.

Cabang Iman Ke-28

Hak 1/5 (Khumus) dari perang

Ia adalah pembahagian harta ghanimah bagi kepala atau ketua ekspedisi. Jika dalam konteks moden ketua misi / Chief de Mission sebanyak 1/5 daripada semua harta rampasan.

Tasdiqkanlah haq ini adalah untuk panglima atau ketua misi.

Amalkanlah dengan memberikan hak bilamana ianya telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Ia adalah bahagian Rasulullah SAW dan setelah kewafatan baginda ia jadi hak perbendaharaan negara. Perjanjian Geneva menghapuskan hamba tawanan dan sebarang bentuk penaklukan dengan sendiri khumus tidak diamal lagi.

Cabang Iman Ke-29

Memerdekakan hamba sahaya

Ia adalah bahagian penting apabila berlaku perang tawanan dan rampasan yang berupa manusia halal dijadikan hamba.

Sampaikanlah akan kepentingan bahagian ini. Walaupun begitu sebagai orang beriman afdol di merdekakan sahaja hamba-hamba tadi.

Sekiranya perang terjadi maka amallah cabang ini.

Cabang Iman Ke-30:

Kafarah

Yakni suatu perbuatan timbal balik bagi mengisyaratkan suatu denda atas sesalan dosa.

Misalnya apabila kita bersetubuh dengan isteri di siang hari Ramadhan maka kafarahnya adalah puasa 3 bulan berterusan. Jika tidak mampu sedekah makanan pada 60 orang fakir.

Maka tasdiqkan lah kafarah adalah satu rasa sesalan akan dosa-dosa.

Tablighkan lah akan sesalan atas dosa-dosa boleh dimanifestasikan dalam bentuk kafarah.

Amalkanlah sekira kita ada melakukan dosa yang diwajibkan kafarah maka buat lah.

Cabang Iman Ke-31

Menunaikan Hak Akad Perjanjian

Akad adalah lafaz atau tanda setuju bagi sesuatu perjanjian. Contoh Akad Nikah.

Akad Perjanjian adalah bahagian dari amanah, dan merupakan satu amal yang sangat berat.

“Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al ‘Alaa’, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah, dari Buraid bin ‘Abdullah, dari Abu Burdah, dari Abu Musa, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “”Seorang bendahara yang amanah, yang dia melaksanakan tugasnya (dengan baik) “” –Dan adakalanya Beliau bersabda–: “”Yaitu yang dia melaksanakan apa yang diperintahkan kepadanya dengan sempurna dan jujur serta memiliki jiwa lapang dada, yang dia mengeluarkannya (shadaqah) kepada orang yang berhak sebagaimana diperintahkan adalah termasuk salah satu dari Al Mutashaddiqin””.”

Akad Amanah Harta

Seorang yang diberikan amanah menjaga harta anak yatim sehingga umur 21 tahun misalnya di mana ia berakad dan bersetuju untuk menjaga dan melepaskan amanah harta anak yatim tersebut dalam tempoh yang dipersetujui.

Tasdiqkan lah akad adalah satu sunnah yakni perintah Allah SWT dan memberikan kita tanggungjawab yang besar, barang siapa yang berjaya menunaikannya ganjarannya sangatlah besar.

Tablighkan lah kelebihan dan ancaman bagi mereka yang berakad pada sesuatu perjanjian atau amanah.

Amallah dengan menunaikan hak-hak yang telah dipersetujui dalam akad perjanjian dan amanah.

 

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan