Utama Blog Halaman 139

NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 3 DAN 4

0

Waktu Doa Mustajab.

3. Bila azan dilaungkan.
Dalil hadith:
ثِنْتَانِ لاَ تُرُدَّانِ- أَوْ قَلَّمَا تُرَدَّانِ- الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ وَعِنْدَ الْبَأْسِ حِيْنَ يُلْحِمُ بَعْضُهُمْ بَعْضًا
“Ada dua doa yang tidak ditolak (atau sedikit sekali ditolak)iaitu doa setelah azan dan doa ketika perang di waktu sebahagian mereka merapat dengan sebahagian yang lain.”
(HR. Abu Daud no. 2540, hadith ini disahihkan oleh al-Albani di dalam sahih Abi Daud)

 

يَا رَسُوْلَ اللهِ، إِنَّ الْمُؤَذِّنِيْنَ يُفَضِّلُوْنَنَا. فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ: قُلْ كَمَا يَقُوْلُوْنَ، فَإِذَا انْتَهَيْتَ فَسَلْ تُعْطَهْ
“Wahai Rasulullah! Para muazin melebihi kami.” Rasulullah bersabda, ”Ucapkanlah sebagaimana yang diucapkan muazin. Bila engkau telah selesai (menjawab azan), mintalah niscaya engkau akan diberi.”
(HR. Abu Daud no. 524, sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam sahih Abi Daud)

 

 

4. Waktu antara azan dan iqamat.
Dalil hadith:
إِنَّ الدُّعَاءَ لاَ يُرَدُّ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالْإِقَامَةِ فَادْعُوْا
“Sesungguhnya doa di antara azan dan iqamat tidak ditolak, maka berdoalah kalian.”
(HR. Ahmad 3/155, Abu Daud, 521, Termidzi ,212 dari jalur Anas ra. Imam Abu Isa berkata, hadith ini hasan sahih)
Syarah hadith:
Doa mustajab berkaitan azan ada dua. Sebaik saja habis azan dan jarak di antara azan dan iqamat bagi yang menunggu imam solat berjemaah.

TTK 131.9 Seputar Kemunculan al-Mahdi (Bahagian 2)

0

131.9 Seputar Kemunculan al-Mahdi, Bai’ah, Lokasi dan Bila

Koleksi hadith-hadith yang ada kaitan dengan kemunculan al-Mahdi di Hijaz

 

1. Hadith Aisyah Ummul Mukminin ra:
عبث رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ في منامِه . فقلنا : يا رسولَ اللهِ ! صنعتَ شيئًا في منامك لم تكن تفعلْه . فقال ” العجبُ إنَّ ناسًا من أمتي يؤمُّون بالبيتِ برجلٍ من قريشٍ . قد لجأ بالبيتِ . حتى إذا كانوا بالبيداءِ خُسف بهم ” فقلنا : يا رسولَ اللهِ ! إنَّ الطريقَ قد يجمعُ الناسَ . قال ” نعم . فيهم المستبصرُ والمجبورُ وابنُ السبيلِ . يهلكون مهلكًا واحدًا . ويصدرون مصادرَ شتى . يبعثهم اللهُ على نيَّاتهم ” .
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2884
Terj:” Aisyah nampak Nabi banyak bergerak dalam tidurnya, lalu bertanya kenapa, Nabi menjawab, ajaib sekali, ada satu pasukan dari ummatku yang datang ke Kaabah kerana ingin menangkap seorang lelaki dari bangsa Quraish yang berlindung di dalamnya, ketika pasukan itu sampai di Baidha’ Maka Allah tenggelamkan mereka.” Mengenai mereka yang menyertai pasukan itu secara dipaksa, atau yang kebetulan berada di situ yang turut terkorban, Nabi berkata, mereka akan dibenamkan juga, tapi Allah akan bangkitkan berdasarkan niat-niat mereka.”
(HR Muslim no 2884)

 

 

2. Hadith Ummu Salamah, Ummul Mukminin ra:
يعوذُ عائذٌ بالبيتِ فيبعثُ إليهِ بَعثٌ . فإذا كانوا ببيداءَ مِنَ الأرضِ خُسِفَ بِهمْ فقلتُ : يا رسولَ اللهِ ! فكيفَ بمَنْ كان كارهًا ؟ قال : يُخسفُ بهِ معهُمْ . ولكنَّهُ يُبعثُ يومَ القيامةِ على نيتِهِ . وفي روايةٍ : بهذا الإسنادِ ، وفي حديثِهِ : قال فلقيتُ أبا جعفرٍ فقلتُ : إنَّها إنَّما قالتْ : ببيداءَ مِنَ الأرضِ . فقال أبو جعفرٍ : كلاَّ . واللهِ ! إنَّها لبيداءُ المدينةِ .
الراوي : أم سلمة هند بنت أبي أمية | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2882
Terj:Dari Ubaidillah bin al-Qabthiyyah,” aku bersama Harith bin Abi Rabi’ah dan Abdullah bin Sofwan masuk menemui Ummu Salamah bertanyakan hadith pasukan yang dibinasakan (di Baidha’),maka Ummul Mukminin menjelaskan, ” ada lelaki yang berlindung di Baitullah (Masjidil Haram) kemudian satu pasukan tentera di kirim untuk menangkapnya. Ketika mereka sampai di Baidha’, mereka ditelan oleh bumi (tanah jerlus), lantas aku bertanya Nabi saw, “bagaimana nasib orang yang tidak senang dengan perbuatan pasukan tentera (yang berada di kawasan itu)?
Nabi saw bersabda,” mereka akan turut terbenam bersama tentera tersebut, akan tetapi mereka akan dibangkitkan di akhirat kelak bersama niat-niat mereka.”
Melalui jalur periwayatan yang lain, Abu Jaafar meriwayatkan dari Ummu Salamah bahawa Baidha’ itu adalah suatu tanah kosong di antara Madinah dan Mekkah (dinamakan (Dzul Hulaifah). “
(HR Muslim 2882)

 

 

3. Hadith Hafshah Ummul Mukminin ra:
لَيَؤُمَّنَّ هذا البيتَ جيشٌ يَغزونَهُ . حتى إذا كانوا ببيداءَ مِنَ الأرضِ ، يُخسَفُ بأوسطِهِمْ . ويُنادي أولُهُمْ آخرَهُمْ . ثمَّ يُخسَفُ بِهمْ . فلا يَبقى إلا الشريدُ الذي يُخبرُ عنهُمْ .
الراوي : حفصة بنت عمر | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2883
Terj: “Sungguh akan ada tentera yang menyerang Baitullah hingga mereka sampai kepada Baidha’ (suatu tanah lapang di luar Madinah) ,barisan tengah tentera itu dibenamkan ke dalam bumi hingga barisan depan menyeru barisan belakang, akhirnya semua di benamkan tidak akan tersisa kecuali segelintir yang selamat yang menceritakan kejadian ini.”
(HR Muslim no 2883)

 

 

4. Hadith Aisyah Ummul Mukminin ra:
سيعوذُ بهذا البيتِ – يعني الكعبةَ – قومٌ ليسَتْ لهمْ مَنعةٌ ولا عددٌ ولا عٌدةٌ . يُبعثُ إليهمْ جيشٌ . حتى إذا كانوا ببيداءَ مِنَ الأرضِ خُسِفَ بِهِمْ
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2883
Terj: “Akan ada suatu kaum yang berlindung di Baitullah kelak, mereka tidak memiliki pelindung, bilangan anggota dan persenjataan. Satu pasukan tentera di utus untuk menghancurkan mereka, bila tiba di Baidha’, mereka di telan bumi (pasir jerlus).
(HR Muslim no 2883)

 

 

5. Hadith Ummu Salamah, Ummul Mukminin ra:
ينَا رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم مُضطجعًا في بيتي إذِ احْتَفَزَ جالسًا وهو يَسْتَرْجِعُ قُلْتُ بأَبِي أنتَ وأُمِّي مَا شأْنُكَ تَسْتَرْجِعُ قال لجيشٍ مِنْ أمتي يَجيئونَ من قِبَلِ الشامِ يَؤُمُّونَ البيتَ لِرَجُلٍ يمنعهم اللهُ منه حتى إذا كانوا بالبيداءَ مِنْ ذِي الحُلَيْفَةِ خُسِفَ بِهم ومَصَادِرُهُمْ شَتَّى
الراوي : أم سلمة هند بنت أبي أمية | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد
الصفحة أو الرقم: 7/319 | خلاصة حكم المحدث : فيه علي بن زيد وهو حسن الحديث وفيه ضعف
Terj:Rasulullah sedang berbaring di rumahku, tiba-tiba baginda bingkas dalam keadaan terkejut lantas mengucap kalimah istirja’ (Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun). Saya menyapa dengan cemas, “demi ayah dan ibuku, apa yang terjadi sehingga kamu sampai beristirja’? Beliau bersabda,” ada satu pasukan tentera dari Syam (Syria) hendak menyerang Kaabah untuk menangkap seorang lelaki, namun Allah menghalang mereka di suatu tanah lapang di Dzul Hulaifah, di mana mereka dibenam ke dalam pasir.”
(HR Ahmad, no 26746, komen al-Haithami, Majma’, 7:319, hadith hasan walaupun terdapat perawi dhaif, Ali bin Zayd)

 

 

6. Hadith Ummu Salamah, Ummul Mukminin ra:
يكونُ اختلافٌ عندَ موتِ خليفةٍ فيخرجُ رجلٌ من أهلِ المدينةِ هاربًا إلى مكةَ فيأتيه ناسٌ من أهلِ مكةَ فيُخرِجونه وهو كارهٌ فيُبايعونه بينَ الركنِ والمقامِ ويُبعثُ إليه بعثٌ من الشامِ فيُخسفُ بهم بالبيداءِ بينَ مكةَ والمدينةِ فإذا رأى الناسُ ذلك أتاه أبدالُ الشامِ وعصائبُ أهلِ العراقِ فيُبايعونَه ثم ينشأُ رجلٌ من قريشٍ أخوالُه كلبٌ فيبعَثُ إليهم بعثًا فيظهرون عليهم وذلك بعثُ كلبٍ ويعملُ في الناسِ بسنةِ نبيِّهم ويُلقِي الإسلامُ بِجرانِه في الأرضِ فيلبثُ سبعَ سنينَ ثم يتَوفَّى ويُصلِّي عليه المسلمون
الراوي : أم سلمة هند بنت أبي أمية | المحدث : ابن القيم | المصدر : المنار المنيف
الصفحة أو الرقم: 110 | خلاصة حكم المحدث : حسن
Terj:“Akan berlaku perselisihan ketika matinya seorang khalifah, ketika itu akan keluarlah seorang penduduk Madinah lari ke Makkah lalu ia didatangi oleh penduduk Makkah. Mereka mengeluarkannya sedangkan beliau tidak menyukainya beliau pun dibai’ah di antara Al-Rukun dan Al-Maqam, lalu digerakkan kepadanya pasukan tentera daripada Syam. Tentera itu ditelan oleh bumi (Al-Baidaa’) di satu kawasan padang pasir antara Makkah dan Madinah. Bila perkara itu dilihat oleh orang maka ia didatangi oleh Abdal Al-Syam dan beberapa kumpulan dari Iraq untuk berbai’ah dengannya di antara Al-Rukun dan Al-Maqam. Kemudian muncul seorang pemuda daripada Quraisy. Bapa saudara sebelah ibunya daripada qabilah Kalb yang akan menghantar tentera untuk menentang orang itu (Al Mahdi) tetapi tenteranya (Al Mahdi) dapat mengalahkan mereka. Kerugian bagi orang yang tidak menyaksikan harta ghanimah qabilah Kalb. Dia (Al Mahdi) akan membahagikan harta ghanimah itu dan beramal mengikut sunnah Nabi mereka di kalangan manusia. Ketika itu Islam tersebar dengan luas. Dia akan memerintah selama tujuh tahun kemudian wafat dan jenazahnya disolati oleh orang-orang Islam”
(HR Abu Daud, no 4366 (dia tidak komen) dan Ahmad, no 26745 dan al Hakim dia mensahihkannya. Dinilai sahih oleh Ibn Hibban Hasan oleh Ibn Qayyim dan al-Haithami. Dhaif di sisi Mutaqaddimin).

HADITH ARBA’IN – 21

0

PERINTAH UNTUK ISTIQAMAH

عَنْ أَبِي عَمْرو، وَقِيْلَ : أَبِي عَمْرَةَ سُفْيَانُ بْنِ عَبْدِ اللهِ الثَّقَفِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ قُلْ لِي فِي اْلإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَداً غَيْرَكَ . قَالَ : قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ

[رواه مسلم]

Terjemahan Hadits

Dari Abu Amr, -ada juga yang mengatakan- Abu ‘Amrah, Suufyan bin Abdillah Ats Tsaqofi radhiallahuanhu dia berkata, saya berkata: Wahai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, katakan kepada saya tentang Islam sebuah perkataan yang tidak saya tanyakan kepada seorangpun selainmu. Beliau bersabda: Katakanlah: saya beriman kepada Allah, kemudian berpegang teguhlah.

(Riwayat Muslim)

Catatan:
1. Iman kepada Allah t a’ala harus mendahului ketaatan.

2. Amal shaleh dapat menjaga keimanan.

3. Iman dan amal saleh keduanya harus dilaksanakan.

4. Istiqomah merupakan derajat yang tinggi.

5. Keinginan yang kuat dari para sahabat dalam menjaga agamanya dan merawat keimanannya.

6. Perintah untuk istiqomah dalam tauhid dan ikhlas beribadah hanya kepada Allah semata hingga mati.

Tafsir Surah Asy-Shura – Tafsir Ayat Ke-12

0

Tafsir Surah Asy-Shura

Tafsir Ayat Ke-12

Satu lagi dalil kenapa kita kena sembah dan seru doa kepada Allah sahaja.

لَهُ مَقاليدُ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۖ يَبسُطُ الرِّزقَ لِمَن يَشاءُ وَيَقدِرُ ۚ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيءٍ عَليمٌ

Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Dia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia juga yang menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

لَهُ مَقَالِيدُ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ

Dia lah jua yang menguasai kunci perbendaharaan langit dan bumi;

Allah sahaja yang memiliki kunci langit dan bumi dan Dia tidak memberikannya kepada sesiapa sahaja. Kunci khazanah atau umpamanya kunci peti besi ada pada Allah SWT sahaja.

Dari segi balaghah, apabila kalimah لَهُ ditakdimkan (diawalkan, letak kat depan), ia memberi isyarat takhsis (khusus). Maknanya, kunci perbendaharaan hanya ada pada Allah SWT sahaja.

Kalau kuncinya dengan Allah SWT, maka mohonlah apa sahaja yang kita hendak kepada Allah SWT. Kerana kalau Allah SWT memegang kunci khazanah dunia dan langit, maka apa yang di dalamnya juga adalah kepunyaan-Nya.

Janganlah minta kepada yang lain. Janganlah ikut mereka yang tersilap faham yang minta kepada makhluk. Kononnya mereka tidak layak hendak minta terus kepada Allah SWT maka kena gunakan perantaraan pula. Itu sudah menjadi amalan tawassul yang dikutuk oleh Allah SWT.

يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ

Dia meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya

Allah SWT yang menentukan rezeki kita. Tidak ada entiti lain yang boleh menentukan rezeki kita. Allah SWT lah sahaja yang membuat keputusan siapa yang akan dapat banyak mana rezeki. Setiap rezeki yang ditetapkan kita akan mendapatnya, menunggu kita sahaja untuk sampai kepadanya. Ia tidak akan pergi ke mana-mana.

Allah SWT meluaskan rezeki kepada seseorang itu sebagai ujian bagi orang itu. Kerana kadang-kadang kalau kita ada harta, waktu itulah kita mudah lupa kepada Allah SWT.

وَيَقْدِرُ

dan Dia juga yang menyempitkannya

Sebagaimana Allah SWT meluaskan rezeki kepada seseorang sebagai ujian, begitu juga Allah SWT sempitkan harta seseorang sebagai ujian juga.

Hanya Allah SWT sahaja yang dapat menentukan rezeki kita. Maka janganlah kita rasa yang ada selain Allah SWT yang dapat memberi rezeki atau menahan rezeki kita. Sebagai contoh, janganlah kita cakap: “Kalau ayah aku sudah tiada nanti, apa kami nak makan?” Itu adalah kata-kata yang sesat kerana bukanlah ayah kita yang beri rezeki kepada kita, tetapi Allah SWT.

Allah SWT luas dan sempitkan rezeki kita sebagai ujian. Maka janganlah kita dengki kepada orang yang kaya, yang sihat (kesihatan pun rezeki juga) dan sebagainya. Semua itu adalah anugerah dari Allah SWT. Semuanya dalam taqdir Allah SWT. Kalau kita dengki, itu bermaksud kita tidak setuju dengan keputusan Allah SWT. Maka kena belajar redha. Jangan mengeluh.

Setiap makhluk ada mendapat sesuatu dari rezeki. Bezanya adalah sama ada sikit atau banyak sahaja. Jangan kita kata kita tidak ada apa-apa kerana pasti Allah SWT telah beri sesuatu kepada kita, bukan? Dan Allah SWT sentiasa memberi kepada kita. Jangan kita menidakkan pemberian Allah SWT kepada kita.

Maka Allah SWT sahaja yang buat keputusan siapa yang dapat banyak dan siapa yang dapat sikit. Jadi pulangkan balik kepada Allah SWT. Jangan kita merungut. Apa yang Allah SWT telah tetapkan, ada kebaikan padanya. Mungkin kita sahaja yang tidak nampak.

Sebagai contoh, Allah SWT tahu bahawa kalau seseorang itu dapat kemewahan, ia akan merosakkannya. Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam ayat ke 27 surah ini:

وَلَوْ بَسَطَ اللهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَٰكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَّا يَشَاءُ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ

Dan kalaulah Allah SWT memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah SWT menurunkan (rezeki-Nya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hamba-Nya, lagi Melihat dengan nyata.

Kadang-kadang kita boleh lihat bagaimana seorang yang mulanya baik dan warak, tetapi apabila dia jadi kaya, perangainya bertukar serta merta, bukan? Sebagai contoh, dia sudah mula menggunakan kekayaannya itu untuk bermaksiat dan sebagainya. Tidakkah kekayaannya itu menjadikannya melampaui batas? Maka gunakan rezeki untuk kebaikan, bukan setakat sebut Alhamdulillah sahaja.

Bila syukur, Allah SWT akan tambah rezeki. Bila kufur tidak hargai nikmat, Allah SWT bagi azab. Mungkin rezeki ada sebagai istidraj. Azab itu pula mungkin di akhirat. Di dunia kaya raya. Itu sebab ramai yang tidak sedar diri.

Tiada doa atau zikir khusus untuk kita beramal supaya bersifat qana’ah. Qana’ah ini rasa cukup dengan apa yang ada. Ia perasaan yang boleh dipupuk dalam hati.

Allah SWT juga jadikan ada yang kaya dan ada yang miskin untuk kebaikan manusia juga. Bayangkan, kalau semua manusia kaya, siapakah lagi yang akan jadi tukang sapu sampah? Apa akan jadi dengan alam sekitar kita kalau tidak ada orang yang kerjanya menyapu sampah?

Miskin itu sebagai ujian kepada manusia, hendak uji dia sama ada dia taat kalau dia miskin dan lemah. Tetapi yang ramai orang tidak perasan adalah, kaya itu juga adalah ujian kerana Allah SWT hendak lihat adakah manusia itu akan taat kepada Allah SWT kalau dia mendapat kekayaan dan kesenangan. Selalunya kalau miskin dan susah, orang senang hendak ingat Allah SWT; tetapi bila telah senang lenang, susah pula hendak ingat Allah SWT.

إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Allah SWT Maha Mengetahui bagaimana hendak memberi rezeki kepada hamba-Nya. Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita perlukan, apa yang baik untuk kita. Bila masanya diberi rezeki itu kepada manusia dan di mana hendak diberikan rezeki itu. Maka, kita terima sahajalah apa keputusan Allah SWT.

Allah SWT yang berikan rezeki kepada kita semua. Janganlah sesekali kita kata kita kaya sebab kita buat ini dan itu. Jangan kata sebab ‘nasib’ dan sebagainya. Sebenarnya Allah SWT lah yang menentukan yang kita akan dapat rezeki atau tidak. Kita kena kata yang Allah SWT lah yang menentukan rezeki itu. Allah SWT lah yang menentukan kita dapat atau tidak. Bukannya sebab kita dan bukannya sebab orang lain.

Allah SWT sebut tentang rezeki dalam surah ini adalah kerana salah satu perkara yang banyak manusia mula berbalah adalah kerana rezeki, harta dan wang. Dan surah ini tentang perbezaan pendapat di kalangan manusia.

Maka, Allah SWT beri isyarat dalam ayat ini bahawa rezeki itu adalah dalam tangan Allah SWT. Terimalah apa yang terjadi dan apa yang Allah SWT telah tetapkan. Jangan jadikan rezeki sebagai satu penyebab kepada pemecahan dalam umat kita.

Allahu a’lam.

Kalau tidak pandai baca Al-Quran, pasti masuk neraka ke?

0

Kalau tidak pandai baca Al-Quran, pasti masuk neraka ke?

Jika tidak pandai baca Al-Quran tetapi cuba belajar membaca Al-Quran walaupun merangkak-rangkak akan mendapat 2 pahala iaitu pahala membaca Al-Quran dan pahala kerana kesukaran untuk membaca. Jika surah Al-Fatihah pun tidak tahu baca dan tidak mahu belajar dan tidak pernah sembahyang, jika mati dalam keadaan jahil dan tidak bertaubat maka masa depan cerah untuk masuk neraka. Sekurang-kurangnya kena tahu membaca Al-Quran kerana syarat sah solat adalah boleh membaca Al-Fatihah.

Wallahu a’lam.

Tafsir Surah Al-Ma’un – Tafsir Ayat Ke-6 dan Ke-7

0

Tafsir Surah Al-Ma’un

Pada perbincangan yang lepas, kita telah membincangkan :

1. Suatu amaran Allah SWT kepada orang yg “telah” melakukan amal (solat)

2. Beberapa jenis kelalaian dalam melakukan ibadah (solat)

Mereka melakukan ibadat itu bukan kerana Allah SWT, tetapi kerana hendak menunjuk-nunjuk.

Tafsir Ayat Ke-6:

ا َّلذي َن ُهم ُيراءو َن

Orang-orang yang berbuat riya,

Allah amat murka kepada mereka sehingga ada tiga penekanan :

Pertama :

الَّذينَ

(mereka yang) – dalam bentuk jamak

Kedua :

هُم

Mereka – ini ditambah sebagai penekanan.

Ketiga :

يُراءونَ

Mereka hendak menunjuk-nunjuk

Antara yang termasuk dalam golongan riya’ dalam solat adalah golongan munafik (sama ada dari dulu sehingga sekarang).

Ini disebut dalam surah [ An-Nisa (4) : 142 ]

إِنَّ المُنافِقينَ يُخادِعونَ اللَّهَ وَهُوَ خادِعُهُم وَإِذا قاموا إِلَى الصَّلاةِ قاموا كُسالىٰ يُراءونَ النّاسَ وَلا يَذكُرونَ اللَّهَ إِلّا قَليلًا

Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya’ (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.

Perasaan riya’ salah satu dari penyakit hati (sifat mazmumah).

Ini termasuk dalam Syirik Khafi (syirik tersembunyi) kerana kita mengharapkan orang nampak amalan ibadat kita selain dari Allah SWT.

Tafsir Ayat Ke-7:

وَيَمنَعونَ الماعونَ

Dan enggan (menolong dengan) barang berguna.

Akhir sekali disebut satu lagi sifat buruk iaitu mereka menegah orang lain berbuat kebaikan.

Ingatlah bahawa kita perlu berbuat baik kepada manusia dan juga kepada Allah SWT. Tidak boleh meninggalkan salah satu darinya.

Kena ada keseimbangan antara hubungan dengan manusia dan hubungan dengan Allah.

Ibrah dan Kesimpulan :

1. Kita hendaklah jauhi riya’. Bukan sahaja meninggalkan sifat menunjuk “khusyuk” termasuk juga perasaan hebat dalam melakukan ibadah.

2. Orang Islam mestilah seimbang melakukan ibadah kepada Allah dan berbuat baik sesama manusia.

3. Sungguh buruk sifat orang yang tidak memberi pertolongan kepada orang lain, TETAPI lebih buruk lagi orang yang menghalang orang lain memberikan pertolongan.

Allahu a’lam.

Usah Makin Hanyut Dalam Dakyah Orang Kafir

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian:

~Tadabbur Kalamullah 2 Rabiulawal 1437H~

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ فَسَيُنْفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ ۗ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ

“Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam”[Surah al-Anfal 36]

#Permusuhan antara keimanan dan kekufuran terus berlangsung. Pertembungan antara Islam dan jahiliah terus berlaku kerana ia merupakan sunnatullah dalam menguji kekuatan iman pejuang Islam.  Musuh Islam berfikir dan berusaha siang dan malam dalam memerangi Islam dan umatnya samada melaui serangan fizikal mahu pun mental.

#Antara cara yahudi menghancurkan dan merosak masyarakat dunia adalah dengan memperkenalkan:

1. Seks bebas dengan pelbagai usaha dalam menyuburkan pusat pelacuran di negara umat Islam yang telah diatur dengan penuh licik.

2. Seks sejenis bermula dengan mengajak wanita untuk berpakaian ala lelaki dan berperilaku seperti lelaki dan juga sebaliknya.

3. Filem dan kesenian dengan menerapkan cara hidup yang bebas daripada agama termasuk zina, filem, wayang, hiburan melampau yg menjurus kepada dadah, arak dan sebagainya.

4. Memomokkan Islam dengan keganasan.

#Untuk merealisasikan rencana jahat ini Yahudi dan kuffar berusaha menguasai dunia penyebaran maklumat, media massa, media sosial kemudian menyemakkan agaenda mereka dan membuat penipuan dengan putar belit maklumat tersebut untuk propaganda misi yahudi secara menyeluruh.

#Malangnya dalam suasana umat Islam sedang dirosakkan, umat Islam terus lena diulit mimpi dan masih hidup dalam khayalan

Ayuh, bangun seluruh umat Islam, daulatkan dan gemilangkan agama yang kamu anuti ini agar kembali bersinar sebagaimana di zaman awal Islam

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)

💫Untaian Faidah Nabawiyah

🛬2️⃣8️⃣Tengoklah Ke Bawah, Jangan Mendongak Ke Atas !✈️

☀️Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

انْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ, وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ, فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اَللَّهِ عَلَيْكُمْ – مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

“Lihatlah terhadap siapa yang di bawah kalian dan jangan kalian melihat kepada siapa yang di atas kalian, itu lebih tepat agar kalian tidak meremehkan nikmat Allah atas kalian.” (Muttafaqun ‘alaihi)

#Untaian_Faidah

Join channel telegram:
🌐 https://goo.gl/8TGjRf

🎯Lentera Wahyu 2⃣8⃣

📈 Sebab Bertambahnya Ilmu

☝️Barangsiapa yang menghendaki ilmu, hendaknya dia bertakwa kepada Allah Subhânahu wa Ta’âlâ.
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman,

وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ

“Bertakwalah kepada Allah, Allah (pasti) memberi ilmu kepada kalian.”

📖 [Al-Baqarah: 282]

#lentera_wahyu

Join channel telegram
🌐 https://goo.gl/8TGjRf

Tafsir Surah Asy-Shura – Tafsir Ayat Ke-10 dan Ke-11

0

Tafsir Surah Asy-Shura

Tafsir Ayat Ke-10

وَمَا اختَلَفتُم فيهِ مِن شَيءٍ فَحُكمُهُ إِلَى اللهِ ۚ ذٰلِكُمُ اللهُ رَبّي عَلَيهِ تَوَكَّلتُ وَإِلَيهِ أُنيبُ

Tentang sesuatu apa pun kamu berselisih maka putusannya [terserah] kepada Allah; [Yang mempunyai sifat-sifat demikian] itulah Allah Tuhanku; kepada-Nyalah aku berserah diri dan kepada-Nyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)”.

وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِن شَيْءٍ

Dan apa jua perkara yang kamu berselisihan padanya

Sama ada berselisih dalam perkara agama atau perkara dunia iaitu perkara apa sahaja. Sama ada perbezaan itu antara sesama Islam atau dengan orang bukan Islam pun.

Apa-apa sahaja perbezaan. Manusia memang ada banyak perbezaan pendapat yang mereka berselisihan. Tetapi perbezaan yang paling penting adalah tentang Tauhid. Ini adalah kerana perkara inilah yang menyebabkan sama ada kekal atau tidak di neraka atau syurga. Dan inilah pemisahan antara manusia yang utama kerana perbezaan pendapat inilah yang ada Ahli Haq dan Ahli Bathil.

Kalau ada perbezaan itu, apa yang boleh kita lakukan?

فَحُكْمُهُ إِلَى اللهِ

maka hukumnya terserah kepada Allah;

Allah SWT akan buat keputusan dalam bentuk ‘amali’. Hukum dalam bentuk teori telah ada dalam kitab Allah SWT. Kita sudah tahu mana yang benar dan mana yang tidak berdasarkan apa yang Allah SWT beritahu dalam wahyu. Asalkan mahu belajar sahaja dan meluangkan masa untuk belajar. Kalau tidak tahu itu kerana tidak belajar.

Dan di akhirat nanti, akan dijelaskan perkara itu dalam bentuk kenyataan (bentuk amali) nanti. Waktu itu menyesallah mereka yang tidak melihat dan memahami apakah hukum dalam bentuk teori semasa di dunia.

Maka, dari sini kita tahu yang kita KENA rujuk kepada Allah SWT apabila kita ada perbezaan pendapat itu. Allah SWT yang menentukan manakah yang benar dan baik. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh menentukan manakah yang betul dengan pasti. Kita kena ikut apa yang Allah SWT beritahu kita, bukannya ikut hawa nafsu dan akal kita. Sebaliknya kita kena cari apakah keputusan Allah SWT dalam sesuatu perkara itu. Kerana keputusan Allah SWT lah yang terbaik.

Allah SWT juga telah berfirman dalam [ An-Nisa: 59 ]

فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah SWT (Al-Qur’an) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Tetapi bagaimanakah cara untuk merujuk kepada Allah SWT? Tentulah dengan merujuk kitab Allah SWT iaitu Al-Quran. Dalam Al-Quran telah diberikan berbagai-bagai hukum yang lengkap untuk menangani apa-apa masalah yang kita hadapi. Tetapi untuk faham, kenalah pula belajar tafsir dan kaji pendapat ulama dalam pentafsiran ayat-ayat itu.

Allah SWT Maha Bijaksana, maka keputusan Allah SWT adalah keputusan yang terbaik. Allah SWT tidak tertakluk kepada emosi. Macam manusia, keputusannya ada yang terikut-ikut dengan nafsu dan kerana itu keputusannya tidak berapa tepat. Dan Allah SWT juga sempurna ilmu-Nya, maka tentulah Dia sahaja yang boleh keputusan dengan tepat.

Di dunia, Allah SWT telah beri hidayah dan hukum manakah yang perlu dipakai. Dan di akhirat nanti, kalau ada perselisihan yang tidak dapat diselesaikan di dunia, Allah SWT akan tetapkan manakah yang benar antara dua pendapat itu.

Namun, kalau keputusan itu kita hanya tahu di akhirat sahaja, sudah terlambat untuk kita memperbetulkan keputusan kita itu. Maka, hendaklah kita tahu manakah keputusan yang benar semasa di dunia lagi. Maka kerana itu, hendaklah kita belajar wahyu ini semasa hidup lagi supaya kita tidak menyesal di akhirat kelak.

Malangnya, ramai orang kita yang pandai membaca ayat ini tetapi mereka tidak mengamalkannya langsung. Mereka selalu mengatakan “marilah kembali kepada ajaran Al-Quran”, tetapi mereka sendiri tidak pernah pun belajar tafsir Al-Quran.

Lalu bagaimana mahu kembali kepada Al-Quran kalau tidak belajar pun apakah makna yang hendak disampaikan oleh Al-Quran itu? Maka kata-kata mereka itu hanyalah kata-kata kosong sahaja. Itu adalah kata-kata menunjuk sahaja – hendak menunjuk bahawa kononnya mereka itu beriman.

ذَٰلِكُمُ اللهُ رَبِّي

Itulah untuk kamu, Allah Tuhanku;

Allah SWT menekannya sifat Rabb dalam ayat ini. Rabb bukan sahaja bermaksud ‘Tuhan’ tetapi ia merangkumi sifat Allah SWT yang mencipta, memelihara makhluk-Nya. Allah SWT sentiasa mentadbir kehidupan kita.

Allah SWT bukan sahaja mencipta kita dari tidak ada kepada ada, kemudian biarkan kita hidup begitu sahaja. Allah SWT tidak biarkan kita tetapi Allah SWT bekalkan kita dengan petunjuk wahyu dan diangkat para Rasul-Nya untuk membimbing. Oleh kerana Allah SWT yang jadikan kita, maka tentunya Allah SWT yang paling tahu apa yang kita perlukan.

عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ

Kepada-Nyalah aku berserah diri

Kita hendaklah menerima apa sahaja yang Allah SWT telah tetapkan. Itulah maksud ‘tawakal’. Iaitu kita usaha dan kemudian kita serahkan kepada Allah SWT. Apa-apa sahaja yang terjadi selepas itu, kita serahkan kepada Allah SWT dan kita redha dengan keputusan Allah SWT dalam hal itu.

Kita mungkin tidak faham kenapa Allah SWT suruh buat begini dan begitu. Akal kita tidak mungkin dapat mencapai pemahaman seperti Allah SWT. Tetapi kerana kita percaya dengan Allah SWT, kita terima sahaja. Kerana kita tahu yang Allah SWT adalah Maha Bijaksana.

وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

dan kepada-Nyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)”.

Kita rujuk kepada Allah SWT dalam membuat keputusan kita. Tetapi kita tidak boleh bercakap-cakap dengan Allah SWT. Oleh itu, kita hendaklah belajar ayat-ayat Allah SWT kerana itulah cara yang Allah SWT telah tetapkan untuk kita berinteraksi dengan-Nya.

Oleh kerana itu, satu tips yang dapat mendekatkan diri kita dengan Al-Quran adalah bayangkan kita sedang berinteraksi dengan Allah SWT semasa kita baca Al-Quran. Bayangkan yang Allah SWT sedang bercakap-cakap dengan kita. Ini akan lebih memberi kesan kepada pembacaan Al-Quran dan tadabbur kita.

Maksud ayat ini adalah kena taat kepada Allah SWT. Oleh kerana itu, tawakal kepada Allah SWT hanya boleh dilakukan setelah taat kepada Allah SWT.

Tafsir Ayat Ke-11

Dalil kenapa kita kena ikut hukum Allah SWT dan kena tawakal kepada-Nya sahaja.

فاطِرُ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۚ جَعَلَ لَكُم مِّن أَنفُسِكُم أَزوٰجًا وَمِنَ الأَنعٰمِ أَزوٰجًا ۖ يَذرَؤُكُم فيهِ ۚ لَيسَ كَمِثلِهِ شَيءٌ ۖ وَهُوَ السَّميعُ البَصيرُ

Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi binatang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkan-Nya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran-Nya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

 فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

Dia lah yang menciptakan langit dan bumi;

Allah SWT sahaja yang mencipta alam ini. Yang selain Allah SWT, tidak boleh mencipta apa-apa. Nabi, wali dan malaikat yang disembah dan dipuja oleh mereka yang sesat itu, tidak boleh mencipta. Langsung tidak boleh cipta apa-apa pun walaupun seekor lalat. Maka kenapa hendak sembah dan buat ibadat kepada mereka?

جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا

Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri,

Manusia kahwin dengan manusia dan jin kahwin dengan jin. Itulah lumrah alam. Maka, kalau ada kisah karut yang mengatakan ada manusia yang berpasangan dengan jin, bunian dan sebagainya, itu adalah kisah dongeng sahaja dan tidak perlu dilayan. Walau pun ada pendapat yang mengatakan harus, tetapi sifat jin dan manusia tidak sama, maka macam mana mahu kahwin?

Kenapa tiba-tiba disebut tentang pasangan pula? Kerana sebelum ini disebut tentang perbezaan pendapat. Dan dengan pasangan kitalah kita selalu ada perbezaan pendapat ini. Kerana kita selalu berhubungan dengan mereka, duduk rumah sekali dan sentiasa berkomunikasi, maka tentulah sekali sekala akan ada perbezaan pendapat dan berbalah. Ini biasa sahaja.

Tetapi hendaklah kita ingat bahawa pasangan kita adalah nikmat dari Allah SWT. Sebagaimana Allah SWT telah memberikan Hawa kepada Nabi Adam. Kerana Allah SWT tahu apa yang kita perlukan. Iaitu setiap manusia memerlukan pasangan hidup masing-masing. Allah SWT ingatkan kita dalam ayat ini tentang nikmat pasangan itu.

وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا

dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan.

Binatang juga ada pasangan mereka. Kita memerlukan binatang ternak itu untuk makanan dan kegunaan kita, maka Allah SWT beri pasangan juga kepada binatang itu. Kerana kita memerlukan binatang ternak itu berpasangan untuk berkembang biak.

يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ

dengan jalan yang demikian dikembangkan-Nya (zuriat keturunan) kamu semua.

Allah SWT mengembangbiakkan manusia dan binatang di dunia dengan proses pasangan itu. Kalau sendirian sahaja, tidak akan ada lahir anak dan penambahan bilangan. Ini cara yang Allah SWT jadikan bagi kita walaupun Allah SWT boleh sahaja lahirkan anak tanpa bapa seperti Nabi Isa a.s. dan tanpa ibu dan bapa sekali seperti Nabi Adam a.s.

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ

Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan-Nya.

Makhluk tidak sama langsung dengan Allah SWT. Allah SWT tahu segala-galanya. Allah SWT tahu apa yang baik untuk kita. Maka sebab itu kita perlu menggunakan hukum Allah SWT itu. Keputusan yang Allah SWT buat bukan seperti keputusan kita. Semua yang Allah SWT lakukan adalah untuk kebaikan kita.

Kerana Allah SWT tidak sama dengan makhluk, kerana itulah Dia marah kalau minta kepada selain dari-Nya, kerana selain dari-Nya, tidak boleh memberikan kita apa-apa.

Ayat ini pun menjadi satu perbalahan di antara manusia yang beragama Islam. Ramai yang berhujah dengan ayat ini untuk mengatakan Allah SWT langsung tidak bersifat dengan makhluk.

Salah satu perbalahan antara manusia sesama Islam adalah sama ada Allah SWT bersemayam di Arash atau tidak. Satu pihak mengatakan kalau Allah SWT bersemayam di Arash, maka itu sudah menyamakan Allah SWT dengan makhluk. Kerana mereka mengatakan pernyataan itu membawa maksud yang ‘Allah SWT bertempat’.

Kita yang mengamalkan ilmu sunnah ini mengatakan bahawa pernyataan yang Allah SWT bersemayam di Arash itu tidaklah berlawanan dengan ayat ini kerana kita tidak menyamakan duduknya Allah SWT itu seperti duduk kita di kerusi dan sebagainya.

Kita katakan yang duduknya Allah SWT itu tidak sama dengan duduknya makhluk. Ini bermakna, kita masih berpegang dengan ayat ini. Allah SWT memang berada di langit kerana banyak ayat-ayat yang menyebut perkara itu. Tetapi keberadaan Allah SWT tidak seperti makhluk kerana Allah SWT tidak sama dengan makhluk.

Dan pemahaman sebenarnya kita serahkan balik kepada Allah SWT. Kita sebenarnya tidak perlu memikirkan tentang Dzat Allah SWT kerana kita tidak akan dapat mencapai pengetahuan itu. Itu semua adalah buang masa dan kerana itu tidak perlu dipanjangkan perbincangan ini. Semua ini adalah termasuk dalam perkara-perkara mutashabihat – ada persamaan dengan makhluk, tetapi tidak sama. Yang sebaiknya ditinggalkan sahaja perbincangan yang tidak memberi faedah ini.

Kena tahu ayat ini kerana ayat ini adalah penawar bagi banyak salah faham antara manusia. Dalam apa-apa hal, Allah SWT tidak akan sama dengan makhluk. Apabila Allah SWT kata Dia ada tangan, tangan-Nya pasti tidak sama dengan tangan makhluk; kalau Allah SWT sebut tentang ‘wajah’, tentu ‘wajah’ Allah SWT tidak sama dengan wajah kita pula. Kalau dapat terima perkara ini, maka senang hendak teruskan dengan perkara yang lebih penting.

وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

Sebelum ini disebut yang Allah SWT tidak sama dengan makhluk. Tetapi dalam ayat ini disebut Dia juga mendengar dan melihat, makhluk juga mendengar dan melihat, bukan?

Ini maksudnya, cara Allah SWT mendengar dan melihat tidaklah sama dengan cara makhluk mendengar dan melihat. Inilah pemahaman yang susah sangat kebanyakan masyarakat Islam kita hendak terima. Mereka menolak langsung yang Allah SWT berada di Arash, yang Allah SWT ada tangan, yang Allah SWT bersuara dan sebagainya.

Mereka kata kita yang berkata begitu adalah mujassimah (mengatakan Allah SWT berjisim macam makhluk) kerana menyifatkan Allah SWT sama dengan makhluk, tetapi bila sebut tentang sifat Allah SWT mendengar dan melihat, kenapa tidak takwil sekali? Sebab kita pun mendengar dan melihat juga, kan?

Padahal, apa yang kita katakan itu adalah apa yang Allah SWT sendiri katakan, bukan kita yang reka. Cuma, kita tambah dengan satu lagi pemahaman seperti yang disebut dalam ayat ini – tidak ada yang sama dengan-Nya – maknanya, kalau Allah SWT duduk, tidaklah duduk-Nya itu sama macam duduk kita. Tangan Allah SWT tidak sama dengan tangan makhluk. Suara Allah SWT tidak sama dengan suara makhluk dan sebagainya.

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Al-Ma’un – Tafsir Ayat Ke-4 dan Ke-5

0

Tafsir Surah Al-Ma’un

Pada perbahasan yang lalu, kita telah membincangkan :

A) Perkara mendustakan agama termasuklah berlaku tidak baik kepada anak yatim.

B) Sifat buruk manusia yang tidak suka membantu orang miskin.

C) Perihal kejahatan manusia dengan manusia yang lain.

Allah SWT menyebut tentang sifat buruk mereka dengan Allah SWT pula, iaitu di dalam solat.

Tafsir Ayat Ke-4

فَوَيلٌ لِلمُصَلّينَ

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat,

Apabila Allah SWT gunakan huruf ف di dalam ayat ini, ianya adalah kesinambungan dari ayat yang sebelumnya iaitu Allah SWT sedang “mencelakakan mereka” yang solat.

Bagaimana? Semoga dapat kita fahami dengan baik agar tidak tersalah faham dengan firman Allah SWT.

Kalimah

فَوَيلٌ

Maka kecelakaanlah

Terdapat banyak ayat-ayat lain dalam Al-Quran di mana Allah SWT menyebut tentang kecelakaan.

Sebagai contoh, dalam Surah At-Tuur (52) : 11

فَوَيلٌ يَومَئِذٍ لِلمُكَذِّبينَ

Maka kecelakaan yang besarlah di hari itu bagi orang-orang yang mendustakan,

Apabila Allah SWT sudah kata ‘celaka’, maka malanglah nasib mereka yang dicelakakan itu. Tetapi dalam ayat ini, Allah SWT sebut:

يَومَئِذٍ

(hari itu) Yang bermaksud hari akhirat

AKAN TETAPI kecelakaan yang disebutkan dalam Surah Al-Ma’un ini dalam bentuk umum sahaja. Ia bermakna bukan sahaja di akhirat, bahkan sejak dunia lagi boleh tertimpa kecelakaan Allah SWT.

Tetapi mengapakah kecelakaan yang dimaksudkan adalah untuk “mereka yang solat”..?

Kenapa Allah SWT marah kepada mereka yang solat? Bukankah solat itu perbuatan yang baik?

Ayat ini juga adalah untuk “mengejutkan” orang yang solat. Allah SWT berfirman dengan bersambung ayat selepas ini (ayat ke-5), tetapi Allah SWT tidak berbuat begitu. Ini kerana Allah SWT hendak menarik perhatian semua orang.

Kalimah ‘solah’ sudah digunakan sebelum Al-Quran diturunkan lagi. Kepada masyarakat Arab waktu itu, ia sudah bermaksud ‘sembahyang’ dan ‘doa’. Oleh itu ayat ini untuk menarik perhatian musyrikin Mekah dan juga orang Islam sendiri.

Kedua-duanya akan terkesan dengan ayat ini.

Kalimah

مُصَلّينَ

Bukan sahaja bermaksud ‘orang yang solat’, tetapi ia bermaksud ‘orang yang selalu solat’.

Kerana ia dalam isim fa’il (pembuat). Jadi, ini menyebabkan semua mereka yang solat akan takut dan tertanya-tanya: “aku pun solat juga, adakah aku termasuk dalam ayat ini?

Ada pun dalam Al-Quran, Allah SWT juga pernah mengutuk orang munafik yang solat. Kerana sifat orang munafik itu mereka tidak menjaga solat. Allah SWT telah berfirman dalam Surah An-Nisa (4) : 142;

إِنَّ الْمُنافِقِينَ يُخادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خادِعُهُمْ وَإِذا قامُوا إِلَى الصَّلاةِ قامُوا كُسالى يُراؤُنَ النَّاسَ وَلا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah SWT (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah SWT pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah SWT (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

Antara isyarat ayat ke-4 ini dengan ayat sebelumnya, kita dapat tahu bahawa orang yang ada masalah dengan menzalimi manusia, selalunya akan ada masalah dengan kewajipan dengan Allah SWT.

Tafsir Ayat Ke-5:

الَّذينَ هُم عَن صَلاتِهِم ساهونَ

(iaitu) orang-orang yang lalai tentang solatnya,

Ayat ini adalah sambungan kepada ayat sebelumnya. Seperti telah kita sebutkan, Allah SWT boleh menyambung terus ayat ini dengan ayat sebelumnya. Tetapi Allah SWT tidak melakukan begitu agar kita memberi perhatian kepada setiap ayat.

Kesannya adalah, kalimah “solat” disebut dua kali dalam kedua-dua ayat ini (memberi kesan penekanan kerana dua kali ia disebutkan).

Mereka yang lalai di dalam solat, tidak mendapat kebaikan dari solat itu. Allah SWT telah sebut dalam Surah Al-Ankabut (29) : 45;

إِنَّ الصَّلاةَ تَنهىٰ عَنِ الفَحشاءِ وَالمُنكَرِ

Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.

Kalau solat itu sudah mencegah orang yang mengerjakannya dari perbuatan keji, kenapa pula mereka itu sanggup menindas dan menidakkan hak orang lain? Ini yang kita hendak jelaskan.

Apakah maksud “lalai dalam solat” pada ayat ini? Ada DUA pendapat yang diberikan oleh Mufassir :

Pertama :

Ada yang mengatakan yang dimaksudkan adalah solat orang munafik. Mereka itu solat kerana hendak menunjuk-nunjuk sahaja kepada orang lain. Mereka solat berjemaah bersama dengan para sahabat yang lain kerana mereka mahu turut dilihat sebagai orang Islam.

Kedua :

Ada juga yang mengatakan ayat ini tentang solat pemimpin Quraish. Mereka juga ada mengamalkan solat. Kita jangan lupa bahawa mereka adalah keturunan Nabi Ibrahim a.s. yang mula-mula membuka Mekah semula. Dan Nabi Ibrahim juga mengamalkan solat seperti yang disebut dalam Surah Ibrahim (14) : 37

رَبَّنا إِنّي أَسكَنتُ مِن ذُرِّيَّتي بِوادٍ غَيرِ ذي زَرعٍ عِندَ بَيتِكَ المُحَرَّمِ رَبَّنا لِيُقيمُوا الصَّلاةَ

Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunan ku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat,

Oleh itu, keturunan awal Quraish Mekah itu memang mengerjakan solat. Dan amalan solat itu diturunkan turun temurun kepada keturunan mereka.

CUMA mereka tidak lagi solat seperti yang ditunjukkan oleh Nabi SAW yang datang kepada mereka.

Kalimah

ساهونَ

Diambil dari kata dasar س ه و yang bermaksud terlupa sesuatu kerana lalai disebabkan ada benda yang lebih penting dalam fikiran kita.

 

Ia adalah dalam format fa’il (pembuat), iaitu mereka yang melakukan kelalaian dan kelupaan itu. Juga boleh bermaksud, “tidak ambil kisah” sama ada solat atau tidak.

 

Kadang-kadang ramai memandang ringan solat itu, sampaikan jika terlepas, merasakan tidak bersalah. Sedang Allah SWT mengingatkan kita bahawa solat itu adalah amat penting. Berdasarkan banyak dalil-dalil tentang perkara ini.

Antaranya:

A) Surah Toha (20) : 14

Bagaimana pertama kali Allah SWT memperkenalkan diri-Nya kepada Nabi Musa a.s.

إِنَّني أَنَا اللَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا أَنا فَاعبُدني وَأَقِمِ الصَّلاةَ لِذِكري

Sesungguhnya Aku ini adalah Allah SWT, tidak ada ilah selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.

B) Surah Al An’am (6) : 162

Solat lebih penting dari kehidupan dan kematian.

قُل إِنَّ صَلاتي وَنُسُكي وَمَحيايَ وَمَماتي لِلَّهِ رَبِّ العالَمينَ

Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah SWT, Tuhan semesta alam.

C) Surah Al Baqarah (2) : 143

Solat disamakan dengan “iman”

وَما جَعَلنَا القِبلَةَ الَّتي كُنتَ عَلَيها إِلّا لِنَعلَمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلىٰ عَقِبَيهِ ۚ وَإِن كانَت لَكَبيرَةً إِلّا عَلَى الَّذينَ هَدَى اللَّهُ ۗ وَما كانَ اللَّهُ لِيُضيعَ إيمانَكُم

(Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah SWT petunjuk hidayah dan Allah SWT tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah SWT amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Nya kepada orang-orang (yang beriman).

Imam Ash Shawkani mengatakan – Allah SWT menegur mereka yang tidak menjaga solat mereka :

A) Ada yang kadang solat dan kadang tidak. (Ikut suka mereka sahaja).

B) Ada yang tidak menjaga syarat-syarat dan kewajipan dalam mengerjakan solat.

C) Ada pula yang solat seperti ayam mematuk makanan di tanah. (Mereka solat tetapi solat dengan laju dan tidak menjaga tumakninah).

D) Ada yang melengahkan solat dan hanya melakukannya di hujung-hujung waktu.

Oleh itu, perbahasan lalai bukan sahaja berkaitan khusyuk. Tetapi keseluruhan aspek yg terdapat dalam ibadah solat ini.

Ibrah dan Kesimpulan

Pertama :

Perhatian dan peringatan Allah SWT kepada orang yang solat, secara tidak langsung mengajar kita (yang telah melakukan kebaikan) untuk turut bermuhasabah dalam amal ibadah semasa yang kita lakukan supaya kekal konsisten dalam objektif yang digariskan oleh Allah SWT.

Kedua :

Orang beriman yang bijaksana sepatutnya sentiasa menjaga ibadah dengan ikhlas. Contoh kecelakaan kepada golongan yang solat, sepatutnya turut dilihat dalam segenap aspek ibadah yang lain. Agar kita kembali kepada Allah SWT dalam keadaan beruntung.

Ketiga :

Sentiasa tingkatkan kualiti amalan kita. Ini kerana amatlah rugi sekiranya amalan kita tidak dapat memberikan kesan yang baik terhadap hubungan kita sebagai hamba Allah.

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Asy-Syura – Tafsir Ayat Ke-8 dan Ke-9

0

Tafsir Surah Asy-Shura

Tafsir Ayat Ke-8

Allah SWT memberitahu Qudrat-Nya dalam ayat ini. Allah SWT boleh buat apa sahaja.

وَلَو شاءَ اللهُ لَجَعَلَهُم أُمَّةً وٰحِدَةً وَلٰكِن يُدخِلُ مَن يَشاءُ في رَحمَتِهِ ۚ وَالظّٰلِمونَ ما لَهُم مِّن وَلِيٍّ وَلا نَصيرٍ

Dan jika Allah SWT menghendaki, tentulah Dia menjadikan mereka satu umat (yang bersatu dalam ugama Allah SWT yang satu); akan tetapi Allah SWT (tidak merancang yang demikian bahkan Dia akan) memasukkan sesiapa yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya; dan orang-orang yang zalim, tidak ada baginya sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan dan pertolongan.

وَلَو شاءَ اللهُ لَجَعَلَهُم أُمَّةً واحِدَةً

Dan jika Allah SWT menghendaki, tentulah Dia menjadikan mereka satu umat.

Allah SWT boleh sahaja jadikan semua makhluk-Nya beriman belaka. Atau semua makhluk–Nya kafir belaka. Allah SWT mampu untuk melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki. Tetapi Allah SWT tidak mahu untuk buat begitu. Allah SWT berikan manusia kebolehan untuk memilih sama ada untuk beriman atau tidak. Terpulang kepada makhluk, tetapi kalau tidak taat kepada-Nya, akan dikenakan dengan balasan azab.

Mungkin ada yang tanya, kalau Allah SWT sangat berkuasa, kenapa Allah SWT tidak buat semua manusia dan jin taat sahaja? Jawapannya, Allah SWT boleh jadikan semua makhluk beriman, sebagaimana Allah SWT jadikan semua malaikat itu beriman dan taat sahaja tanpa soal. Akan tetapi Allah SWT tidak mahu jadikan begitu dan semua ini adalah atas kebijaksanaan-Nya. Mungkin kita sendiri tidak nampak kenapa, tetapi Allah SWT Maha Tahu.

وَلَٰكِن يُدْخِلُ مَن يَشَاءُ فِي رَحْمَتِهِ

akan tetapi Allah SWT memasukkan sesiapa yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmatNya.

Allah SWT memasukkan seseorang itu dalam rahmat-Nya dengan menjadikannya beriman. Ini kerana mereka sendiri mahu beriman dan mereka buat amalan baik sebagai persiapan untuk menuju akhirat.

Mungkin amalan mereka itu tidak cukup untuk menempatkan mereka ke dalam syurga, tetapi kerana ikhlasnya mereka, dan ada usaha dari mereka, Allah SWT terima juga dan masukkan mereka ke dalam syurga yang mereka akan kekal di dalamnya.

Maknanya, Allah SWT yang berikan kita rahmat iman itu. Bukannya kita dapat sendiri atau dengan usaha kita. Kita beriman dan beramal soleh bukannya kerana kita baik, kita pandai atau sebagainya, tidak. Kita jadi begitu kerana Allah SWT yang beri kita peluang itu.

Maka jangan kita bangga sangat. Sebaliknya hendaklah kita bersyukur kepada Allah SWT. Dan salah satu tanda kita bersyukur itu adalah dengan menyampaikan dakwah itu kepada orang lain.

وَالظَّالِمُونَ مَا لَهُم مِّن وَلِيٍّ

dan orang-orang yang zalim tidak ada baginya sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan

Zalim bermaksud zalim dengan diri sendiri kerana apabila diajarkan wahyu kepada mereka, mereka tidak mahu terima.

Mereka yang sebegitu tidak akan mendapat sesiapa pun yang mahu menjadi pelindung kepada mereka.

وَلَا نَصِيرٍ

dan tidak ada pertolongan.

Ramai yang sangka mereka akan dapat pertolongan dari taghut-taghut yang mereka sembah sebagai wali. Tetapi itu tidak akan terjadi.

Tafsir Ayat Ke-9

 Ayat Zajrun.

 أَمِ اتَّخَذوا مِن دونِهِ أَولِياءَ ۖ فَاللهُ هُوَ الوَلِيُّ وَهُوَ يُحيِي المَوتىٰ وَهُوَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ

Adakah patut mereka menjadikan sesuatu yang lain dari Allah SWT sebagai pelindung-pelindung (yang disembah dan dipuja) sedangkan Allah SWT jualah Pelindung yang sebenar-benarnya, dan Dia lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati. Dan (ingatlah), Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

أَمِ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ

Patut kah mereka mengambil selain dari Allah SWT sebagai wali-wali mereka?

Tidak patut sama sekali kerana entiti-entiti yang mereka ambil sebagai wali itu, tidak mempunyai kekuasaan apa-apa. Allah SWT tidak pernah lantik mereka pun. Allah SWT tidak pernah beritahu pun perkara ini.

فَاللهُ هُوَ الْوَلِيُّ

padahal Allah SWT jualah wali yang sebenar-benarnya,

Tidak patut kerana Allah SWT lah wali yang sebenarnya. Sepatutnya, makhluk hanya mengambil Allah SWT sahaja sebagai wali. Berharap hanya kepada-Nya, taat hanya kepada-Nya sahaja. Kita telah sebut bagaimana ‘wali’ antaranya bermaksud ‘pelindung’. Maka kita sebagai umat Islam hendaklah menjadikan Allah SWT sebagai pelindung kita. Dan kita juga telah memberitahu bahawa wali itu juga perlu ditaati. Maka kita kenalah taat kepada Allah SWT sahaja sepenuhnya.

وَهُوَ يُحْيِي الْمَوْتَىٰ

dan Dia lah yang menghidupkan yang mati.

Kenapa Allah SWT sahaja sebenar-benar wali? Kerana hanya Allah SWT sahaja yang boleh menghidupkan yang sudah mati. Ini bukanlah kerja selain Allah SWT boleh buat dan HANYA Allah SWT sahaja yang mampu melakukannya. Kerana Allah SWT sahaja yang Maha Kuasa. Nabi, wali dan malaikat tidak boleh buat begitu. Semua sudah tahu perkara ini.

Kalau Allah SWT boleh melakukan satu perkara yang hebat, menghidupkan yang telah mati, maka bolehkah Allah SWT menyelesaikan masalah kita? Tentu boleh. Maka, hendaklah kita berdoa kepada-Nya sahaja. Selain dari Allah SWT tidak boleh. Jadi kalau minta kepada selain Allah SWT itu memang tidak masuk akal.

وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan (ingatlah), Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Tidak ada entiti lain yang Maha Berkuasa seperti Allah SWT. Maka, janganlah kita sembah dan berdoa kepada entiti selain Allah SWT.

Allah yang menentukan segalanya. Ini termasuk dalam perkara Qadha dan Qadar. Dan kita pun tahu yang kita kena beriman dengan Qadha dan Qadar. Maka apa-apa sahaja yang Allah telah tentukan, maka kita kena redha dan kena terima.

Allahu a’lam.

Popular

Iklan

Iklan