عن جابر رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:«ينزل عيسى مريم فيقول أميرهم المهدي تعال صل بنا فيقول :لا إن بعضهم أمير بعض :تكرمة الله هذه الأمة»
Dari Jabir ra, bahawa Nabi saw bersabda:
NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 13
13. Apabila terjaga di malam hari.
Jika seseorang tiba-tiba terjaga di pertengahan malam, sebelum dia menyambung tidurnya semula, alangkah baiknya dia berzikir sedikit dan berdoa kerana ia adalah waktu yang mustajab.
Dalil hadith:
Dari ‘Ubadah bin Shamit ra, Rasulullah saw bersabda,
مَن تَعارَّ من الليل فقال: لا إله إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ ولهُ الْحَمْدُ وهُوَ على كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، الحمدُ للهِ، وسبحانَ اللهِ، ولا إله إلا اللهُ، واللهُ أَكْبَرُ، ولا حَوْلَ ولا قُوَّةَ إلا بِاللهِ، ثم قال: اَللّهُمَّ اغْفِرْ لي – أو دعا – استُجِيبَ له، فإنْ توضأ وصلى قُبِلتْ صلاتُه
Terjemahan:
“Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca (zikir tersebut di atas):
Segala puji bagi Allah Tiada sembahan yang benar kecuali Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah segala kerajaan(kekuasaan) dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia maha mampu atas segala sesuatu, segala puji bagi Allah, maha suci Allah, tiada sembahan yang benar kecuali Allah, Allah maha besar, serta tiada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah, kemudian dia mengucapkan:
اَللّهُمَّ اغْفِرْ لي
“Ya Allah, ampunilah (dosa-dosa)ku“, atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya, jika dia berwuduk dan melaksanakan solat maka akan diterima solatnya”
(HR al-Bukhari (no. 1103), Abu Dawud (no. 5060), at-Tirmidzi (no. 3414) dan Ibnu Majah (no. 3878))
Fiqh hadith:
1. Jika terjaga dari tidur di pertengahan malam, maka janganlah kembali tidur tanpa berzikir dulu.
2. Jika sudah sepertiga akhir malam, lebih baik dia solat tahajjud dan witir.
Nota:
Disalin dari Dr Abu Ammar Yasin Qadhi, kitab doa: silahul Mukmin.
131.10 Hadith-hadith seputar al-Mahdi : Hadith 4
HADIS 4
Hadith Ummu Salamah
عن أم سلمه- رضي الله عنها -أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«المهدي من عترتي من ولد فاطمة>
“Al-Mahdi adalah dari Ahli Baitku, dari keturunan Fatimah” (Sunan Abi Daud (XI/373 dan Sunan Ibni Majah (II/1368). Al-Albani berkata dalam Sahiihul Jaami’, “Sahih” (VI/22, no. 6610))
Tahqiq Syaikhul Islam Ibn Taymiyah rhm
:
المهديُّ من عِتْرتي من ولدِ فاطمةَ
الراوي : أم سلمة هند بنت أبي أمية | المحدث : ابن تيمية | المصدر : منهاج السنة
الصفحة أو الرقم: 8/255 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
Minhaj as-sunnah, 8:255, sahih.
Juga sahih di sisi Ibn katsier dan Ibn Hajar.
Dhaif di sisi mutaqaddimin, antaranya al-Bukhari dan al-Uqaili. Kata Imam Bukhari dalam tarikh al-Kabeer, dalam sanadnya kena dihalusi lagi.
حديث (( المهدي من ولد فاطمة ))
قال البخاري في التاريخ الكبير (( في إسناده نظر ))
Kosa kata:
<من عترتي»:اي من آل بيتي وذريتي
«من ولد فاطمة»:أي من نسل فاطمة رضي الله عنها
” Min ‘Itriti” =
Dari keturunanku, maksudnya al-Mahdi akhir zaman adalah keturunan Nabi saw, ahlul bait dan zuriat baginda.
“min waladi Fathimah”=
Dari keturunan Fatimah binti Muhammad ra
Petanda mengenali siapa al-Mahdi ialah dua, keturunan Nabi saw dan khusus dari jalan Fatimah dan Ali ra. Maka al Mahdi yang muncul, kita kena periksa nasab beliau terlebih dahulu.
131.10.Hadith hadith seputar al-Mahdi: Hadith 3
HADITH 3
Ali bin Abi Thalib , amirul mukminin, ra
حدثنا فضل بن دكين ثنا ياسين العجلي عن إبراهيم بن محمد بن الحنفية عن أبيه عن على رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : المهدي منا أهل البيت يصلحه الله في ليلة
Telah menceritakan kepada kami Fadhl bin Dukain, telah menceritakan kepada kami Yaasin Al-‘Ijliy, dari Ibrahiim bin Muhammad bin Al-Hanafiyyah, dari ayahnya, dari ‘Ali ra, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw : “Al-Mahdi itu berasal dari keturunan kami, Ahlul-Bait. Allah akan memperbaikinya dalam satu malam”
[Diriwayatkan oleh Ahmad 1/84; Ahmad Syaakir (1/444) berkata : “Sanadnya shahih”] sahih di sisi mutaakhirin, antaranya ibn Hajar, Ahmad Syakir, al-Albani dan Bustawi dan mulla Ali al-Qari. Tahqiq al-Albanii
المَهْدِيُّ مِنَّا أهلَ البيتِ ، يُصْلِحُهُ اللهُ في لَيْلِه
الراوي : علي بن أبي طالب | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الصحيحة
الصفحة أو الرقم: 2371 | خلاصة حكم المحدث : صحيح بمجموع طرقه
Hukum: Sahih dengan pelbagai jalur riwayat.
Dhaif menurut mutaqaddimin, antaranya Imam Bukhari.
Syarah Mulla Ali al-Qari dalam Mirqah, 5:180:
1. al-Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah dari keturunan Ali dan Fatimah.
2. Akan tetapi ia bukanlah Imam ke-12 dalam akidah syi’ah.
3. Di perbaiki sifat dan ilmunya pada satu malam bermaksud inilah keajaiban al-Mahdi, di mana Allah menyempurnakan ilmu dan kepimpinannya dalam satu malam, atau waktu yang singkat.
4. Ini bukan bermakna al-Mahdi adalah orang yang tidak layak atau ahli maksiat, akan tetapi Allah mempersiapkannya dirinya untuk menjadi pemimpin dengan kun fayakun (cepat sekali).
5. al-Mahdi adalah seseorang yang tidak ada ambisi khalifah, tidak mengetahui dia adalah al-Mahdi, dia tidak memiliki sifat pemimpin, hinggalah secara tiba-tiba dia disempurnakan dan di bai’ah.
131.10 Hadith-hadith seputar al-Mahdi : Hadith 2
HADITH 2
Abu Sa’id al-Khudry ra
/ وعنه رضي الله عنه أن النبي صلى اله عليه وسام قال:«أبشركم بالنهدي يبعث على اختلاف من الناس وزلازل فيملأ الأرض قسطا وعدلا كما ملأت جورا وظلما يرضى عنه سكن السماء وساكن الأرض يقسم المال صحاحا»فقال له رجلا:ما صحاحا؟ قال:«بالسوية بين الناس»قال ويملأ الله قلوب أمة محمد عدله حتى يأمر منادي فينادي :ائت السدان –يعني الخازن– فقل له :إن المهدي يأمرك أن تعطيني مالا فيقول له:احث حتى إذا حجزه وأبرزه :ندم فيقول:كنت أشجع أمة محمد نفسا أو عجز عني ما وسعهم ؟!قال :فيرده فلا يقبل منه فيقال له:غنا لا نأخذ شيئا أعطيناه فيكون سبع سنين أو تسع سنين ثم لا خير في العيش بعده –أو قال:ثم لا خير في الحياة بعده-» المسند(3/37) ورجاله ثقات وانظر مجمع الزوائد(7/313-314)
Terj: “Aku berikan khabar gembira dengan kedatangan al-Mahdi, yang diutus ketika banyaknya perselisihan di antara manusia dan banyaknya kegoncangan. Dia akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kekejaman dan kezaliman. Penduduk langit dan penduduk bumi meredhainya, dia akan membahagikan harta dengan cara shihahan. Dan berkata seorang lelaki: “Apakah shihah itu”. Beliau menjawab: “Dengan tersebar secara adil dikalangan manusia”
Dan Allah memenuhi hati umat Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan kekayaan (rasa cukup), meliputi mereka dengan keadilannya, sehingga dia memerintahkan seorang penyeru, maka penyeru itu berkata, ‘Siapakah yang memerlukan harta?’ Lalu tidak ada seorang pun berdiri kecuali satu orang dan orang itu berkata: “Saya”. Dia (al-Mahdi) berkata: ‘Pergilah bertemu penjaga (gudang harta) dan katakan kepadanya, Sesungguhnya al-Mahdi memerintahkanmu untuk memberikan harta kepadaku’. Kemudian dia (penjaga gudang harta) berkata kepadanya, ‘Ambillah sedikit’, Sehingga ketika dia telah menyimpan dipangkuannya dan menampakkannya, dia menyesal dan berkata: ‘Aku adalah umat Muhammad yang jiwanya paling rakus, atau aku tidak mampu mencapai apa yang mereka capai”
Beliau berkata, ‘Lalu dia mengembalikannya dan harta itu tidak diterima, maka para penjaga gudang harta berkata kepadanya, ‘Sesungguhnya kami tidak menerima apa-apa yang telah kami diberikan’. Demikianlah akan terus berlaku selama tujuh tahun atau lapan tahun atau sembilan tahun, kemudian tidak ada lagi kehidupan yang baik setelah itu” Atau beliau berkata: “Kemudian tidak ada lagi hidup yang baik setelahnya”
لراوي : أبو سعيد الخدري | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد
الصفحة أو الرقم: 7/316 | خلاصة حكم المحدث : رجاله ثقات
HR Ahmad, Musnad, 3:37, di nilai sahih sanadnya oleh al-haithami, Majma’ 7:316
131.10 Hadith-hadith seputar al-Mahdi : Hadith 1
HADITH 1
Abu Sa’id al-Khudry ra
أخبرني أبو العباس محمد بن أحمد المحبوبي بمرو ، ثنا سعيد بن مسعود ، ثنا النضر بن شميل ، ثنا سليمان بن عبيد ، ثنا أبو الصديق الناجي ، عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه ، أن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم ، قال : ” يخرج في آخر أمتي المهدي يسقيه الله الغيث ، وتخرج الأرض نباتها ، ويعطي المال صحاحا ، وتكثر الماشية وتعظم الأمة ، يعيش سبعا أو ثمانيا ” يعني حججا .
هذا حديث صحيح الإسناد ، ولم يخرجاه .
(al-Haakim, al-Mustadrak no 8716)
Terj: Dari perawi akhir, Abu Sa’id al-Khudri ra, bahawa Nabi saw bersabda: “Pada akhir umatku akan keluar al-Mahdi. Allah menurunkan hujan kepadanya, keluar dari bumi tumbuhannya, harta dibahagikan secara adil, banyaknya binatang ternak dan umat Islam menjadi perkasa semula. Dia akan hidup selama tujuh atau lapan (iaitu musim haji)”
(Mustadrak al-Hakim (IV/557-558), beliau berkata: “Sanad hadis ini sahih, akan tetapi keduanya (Bukhari dan Muslim) tidak meriwayatkannya”. Dan disepakati oleh Az-Dzahabi. Albani berkata: “Ini adalah sanad yang sahih, perawinya tsiqah”, silsilah al-Sahihah, no 711)
Cabang-Cabang Iman – Cabang Iman Ke-71 hingga Ke-77
Cabang-Cabang Iman
Cabang Iman Ke-71
Menjauhi sifat dayus
Menjauhi dan menegur kesalahannya dan memperbetulkan kesilapannya yakni isteri.
Dayus bermakna tidak berani dalam erti kata menegur dan memperbetulkan keadaan. Sikap yang dianggap sporting atau open-minded dalam Islam tidak ada pada perkara maksiat
وروي عن ابي سعيد الخدري عن النبي انه قال الغيرة من الايمان وان المذاء من النفاق
telah berkata Abu Said Al-Khudri daripada Rasulullah SAW bersabda “Cemburu/Kewaspadaan itu sebahagian dari Iman dan dayus/pengecut itu bahagian dari Nifaq.
Cabang Iman Ke-72
Menjauhi perkara sia-sia
Sia-sia adalah suatu yang tidak mendatangkan manfaat kepada agama, diri dan makhluk lain.
Dalam Matan Ar’bain (hadis 40) Al-Imam An-Nawawi ada disebut satu hadis riwayat At-Tirmizi
Di antara baiknya Islam adalah meninggalkan perkara yang sia-sia.
Kehidupan Nabi SAW adalah ‘bench mark’ kepada perbuatan yang manfaat segala yang dilakukan oleh Rasulullah SAW baik dalam bentuk ibadat khusus, akhlak dan tabii kebiasaan Nabi SAW memberikan manfaat kepada ummah.
Ulama-ulama terdahulu bagi memastikan mereka dapat memanfaatkan masa 24 jam satu hari telah mengumpulkan hadis-hadis amalan siang dan malam. Amal Yaum Wa-Lail seperti Ibnu Sunni dan beberapa muhaddithin yang lain. Bahkan begitu banyak tulisan-tulisan yang menghimpunkan sunnah siang dan malam sehingga untuk kita mensia-siakan masa kita adalah mustahil jika kita mengamalkannya.
Waktu yang lapang adalah ujian buat Islam, kerana di sisi ulama-ulama terdahulu masa mereka dipenuhi dengan belajar, mengajar, beribadat, berjihad dan mentarbiyyah keluarga.
Berapa banyak Autobiografi Ulama’ semisal yang ditulis oleh Ibnul Jawzi, As Suyuti dan Zakariyya Al Khandlawi bahkan biografi-biografi ulama semisal Al-Imam Ahmad, An-Nawawi dan As-Syaikh Al-bani betapa mereka memaksimumkan masa yang dikurniakan kepada mereka.
Imam Malik menghabiskan masa lebih 20 tahun untuk menyiapkan Al-Muwatha’ begitu juga dengan hal Al-Imam Al-Bukhari dalam menyiapkan sahihnya.
Syaikh Dr Wahbah Az Zuhaili menguzlahkan diri selama lebih 12 jam sehari selama kira-kira 7 tahun untuk menyiapkan karya magnum opus Ensiklopedia Fiqh.
Syaikh Al-Albani masuk ke perpustakaan Zahiriyyah seawal Dhuha dan duduk mengkaji kitab sehingga sebelum hari gelap dan banyaklah lagi penggunaan masa yang diceritakan di dalam Al-Quran yang menakjubkan kita seperti 950 tahun dakwah Nabi Nuh a.s. Lawan dari perkara sia-sia adalah memanfaatkan masa .
Cabang Iman yang Ke-73
Menyemai sifat pemurah dan dermawan
Terdapat hadis Riwayat At-Tirmizi yang agak panjang matannya, mafhumnya:
Sesungguhnya orang dermawan itu dekat dengan Allah SWT, dekat dengan manusia dan dekat pula dengan syurga, jauh dari neraka.
Banyak hadis-hadis dermawan boleh dilihat dalam al-Bukhari dan Al-Muslim.
Sifat dermawan ini telah menjadi sifat Nabi SAW sehingga setiap Khumus (1/5) dari bahagian rampasan perang habis dibelanjakan kepada fakir dan yang lebih memerlukan di kalangan ahlusuffah. Beginilah kehidupan seorang yang telah mendapat lebih dari 10 Khumus.
Dari gambaran ini menunjukkan bahawa harta Baginda SAW telah di dermakan sehingga apa yang tersisa seperti yang digambar dalam rumah Baginda SAW.
Jika hendak diberikan gambaran tentang Khumus jika rampasan itu berjumlah 100,000 dinar maka 1/5 = 20% . Jadi, bahagian Rasulullah SAW adalah 20,000 dinar. Jika ditukarkan 1 dinar dengan nilai RM, satu dinar bersamaan dengan 4.25 gram emas. Jika diambil harga purata RM150 per gram maka 1 dinar lebih kurang 637.50. Maka, 20,000 dinar bersamaan dengan 12,750,000 kurang lebih 13 juta.
Berapakah nilai rampasan perang dengan Bani Quraizah?
Apa yang hendak di maklumkan adalah bahawa Rasulullah SAW adalah sangat-sangat PEMURAH dan Baginda telah menunjukkan sifat dermawan yang sangat tinggi.
Cabang Iman Ke-74
Mengasihi yang kecil/muda dan mengutamakan/menghormati/ mendahulukan yang besar/tua
لحديث جرير بن عبد الله في صحيح مسلم من لا يرحم الناس : لا يرحمه الل
Dari hadis Jabir RA seperti disebut di dalam Sahih Muslim mafhumnya sesiapa yang tidak mengasihi manusia, tidak dikasihi akan dia oleh Allah SWT. Manusia semua layak kita cintai kerana mereka adalah ciptaan Allah SWT yang terbaik. Tingkatan kasih atau tahap kasih di sebut dalam hadis yang lain:
وحديث عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما في سنن ابي داود ومسلم من لم يرحم صغيرنا ولم يعرف حق كبيرنا فليس منا
dan juga Hadis Abdullah bin Amr Ra disebut dalam sunan Abu Daud dan Sahih Muslim.
Sesiapa tidak kasih kepada yang kecil/muda di antara mereka, dan tidak menunaikan hak/menghormati yang besar/tua di antara mereka, bukanlah di kalangan kami.
Hubungan iman dan kasih serta hormat ini sangatlah akrab. Seorang yang memahami maksud iman lebih kasihnya pada yang muda dan lebih hormatnya pada yang tua. Kerana apa ? Kasih dan rahim ini adalah nikmat dan kurniaan dari Allah SWT seperti yang disebut:
وحديث ابي هريرة رضي الله عنه في الصحيحين جعل الله الرحمة مائة جزء فأمسك عنده تسعة وتسعين جزءا وانزل في الارض جزءا واحدا فمن ذلك الجزء يتراحم الخلائق حتى ترفع الفرس حافرها عن ولدها خشية ان تصيبه
Hadis Abu Hurairah RA dalam Sahihain. Allah SWT menciptakan Ar-Rahmah itu 100 bahagian, 99 bahagian dipegang oleh Allah SWT dan menurunkan satu bahagian ke muka bumi (dunia), dengan satu bahagian ini kita dapat lihat berkasih-kasihan makhluk di bumi sesama mereka, hingga lihat haiwan mengasihi anak mereka, memberi makanan dan membesar, menjaga dan memelihara anaknya.
Mengasihi yang kecil dan menghormati yang tua adalah cabang iman yang sangat-sangat penting begitu banyak dalil dan penegasan Rasulullah SAW mengenainya. Ayat “bukan lah daripada kalangan kami”. Itu adalah satu penegasan yang sangat keras. Jika kita bukan dalam kalangan pengikut Rasulullah SAW maka, kita pengikut siapa ? Nauzubillahimin zalik.
Cabang Iman Ke-75
Mencintai saudara seperti mana mencintai dirinya
Mengasihi Saudara sebagai Mengasihi Diri Sendiri
عن أنس بن مالك قال قال رسول الله صلى الله عليه والسلام لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتىَّ يُحِبَّ ِلأَخِيُهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Dari Anas bin Malik RA katanya:
“Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga ia mengasihi untuk saudaranya seperti apa yang dikasihinya untuk dirinya sendiri.”
Iman bukan sahaja mengenai perkara ghaib tetapi ianya juga berkait rapat dengan hubungan sesama manusia dan sesama makhluk.
Dengan mengasihi sesama manusia, ianya dapat menzahirkan sifat keRahiman Allah SWT
Allah SWT mahu sifat kasih sayang di sebar luaskan
Tahap kasih sayang yang paling tinggi, biasanya kita peruntukkan untuk diri sendiri. Seperti mana jika kita memilih barang atau sesuatu sudah pasti kita memilih yang cocok dan bagus untuk kita. Begitulah juga sifat kasih untuk diri kita, kita akan memastikan kita menerima layanan kasih sayang yang terbaik untuk diri kita sendiri
Rasulullah ﷺ memberikan isyarat bahawa tahap Iman kita tidak akan sampai ke tahap sempurna sehinggalah apa yang kita mahu untuk diri kita dari hal kebaikan dan kebajikan, itulah juga kita mahu saudara-saudara kita dapat dan perolehi.
Cabang Iman Ke-76
Mendamaikan dan meredakan pertelingkahan
Mendamaikan dan meredakan pertelingkahan ia seperti yang disebut dalam As-Sahihain dari hadis Umm Kalsum:
ولحديث ام كلثوم بنت عقبة بن ابي معيط رضي الله عنها في
الصحيحين ليس الكذاب الذي يصلح بين الناس فيقول خيرا وينمي خيرا قالت ولم اسمعه يرخص في شيء مما يقول الناس كذبا الا في ثلاث الحرب والاصلاح بين الناس وحديث الرجل امراته وحديث المراة زوجها
Yang mafhum maksudnya “tidaklah menipu seseorang yang mendamaikan sesama manusia..”
Bagaimanakah Rasulullah SAW mendamaikan manusia. Ia telah ditunjukkan dengan sunnah baginda dalam sirah apabila Aus dan Khazraj didamaikan dari peperangan yang telah menjadi tradisi ratusan tahun. Banyak lagi contoh ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam hal mendamaikan, antara lain mendamaikan dalam kes parit dan saliran air untuk tanaman kurma.
Cabang Iman Ke-77
Membuang duri atau halangan dari jalan atau laluan manusia
Ia di letakkan paling akhir dalam perbincangan cabang-cabang Iman kerana bersandarkan pada hadis cabang iman ini iaitu “serendah-rendah iman adalah mengalihkan duri dari laluan”
Dalam bab ini jika kita tidak mampu mengalihkan duri/halangan dari laluan yang dikatakan serendah iman, bagaimanakah kefahaman dan tahap keimanan yang ada pada kita.
Apatah lagi jika kita yang menjadi duri dan halangan kepada laluan manusia, seperti amalan parkir kereta di pintu jiran rumah, atau di laluan keluar masuk. Apakah kita benar-benar telah mengerti erti keimanan?
Wallahu a’lam.
Muqaddimah pengarang (Siri 1)
1. Pentingnya solat sah.
أن الصّلاة هي اَّحد أركان الإسلام الخمسة – كما قال الرسول – وأنها أولى الواجبات الإسلامية بعد التّوحيد ، وأنها إذا صلحت صلح عمل المسلم كله ، وإذا فسدت ، فسد عمله كله
Terjemahan:
Menurut Syaikh Abu Ubaidah, tujuan beliau menulis kitab akhta’ kerana
1. Solat adalah salah satu rukun Islam
2. Solat adalah wajibaat(kewajiban) paling utama setelah tauhid.
Sebagaimana hadith,
” amal baik dan rosak bergantung kepada solatnya”.
Matan yang sahihnya adalah seperti berikut:
روى أبو داود (864) ، والترمذي (413) ، والنسائي (465) عن أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قاَلَ رَسُولُ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – : (( إنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ العَبْدُ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلاَتُهُ ، فَإنْ صَلُحَتْ ، فَقَدْ أفْلَحَ وأَنْجَحَ ، وَإنْ فَسَدَتْ ، فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ ، فَإِنِ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ ، قَالَ الرَّبُ – عَزَّ وَجَلَّ – : اُنْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ ، فَيُكَمَّلُ مِنْهَا مَا انْتَقَصَ مِنَ الفَرِيضَةِ ؟ ثُمَّ تَكُونُ سَائِرُ أعْمَالِهِ عَلَى هَذَا )) رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ ، وَقَالَ : (( حَدِيثٌ حَسَنٌ )) وصححه الألباني في ” صحيح سنن الترمذي
Terjemahan:
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya amal yang pertama kali dihisab pada seorang hamba pada hari kiamat adalah solatnya. Maka, jika solatnya baik, sungguh ia telah beruntung dan berhasil. Dan jika solatnya rosak, sungguh dia telah gagal dan rugi. Jika berkurang sedikit dari solat wajibnya, maka Allah Ta’ala berfirman, ‘Lihatlah apakah hamba-Ku memiliki solat sunnah.’ Maka disempurnakanlah apa yang kurang dari solat wajibnya. Kemudian begitu pula dengan seluruh amalnya.”
(HR. Tirmizi, ia mengatakan hadith tersebut hasan. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani)
HADITH ARBA’IN – 33
KEHARUSAN MENGHADIRKAN BUKTI
DAN SAKSI KETIKA MENUDUH
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم : لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ، لاَدَّعَى رِجَالٌ أَمْوَالَ قَوْمٍ وَدِمَاءَهُمْ، لَكِنَّ الْبَيِّنَةَ عَلَى الْمُدَّعِيْ وَالْيَمِيْنَ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ
[حديث حسن رواه البيهقي وغيره هكذا، وبعضه في الصحيحين]
Terjemahan Hadith
Dari Ibnu Abbas radhiallahuanhuma, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Seandainya setiap pengaduan manusia diterima, niscaya setiap orang akan mengadukan harta suatu kaum dan darah mereka, kerana itu (agar tidak terjadi hal tersebut) maka bagi pendakwa agar mendatangkn bukti dan sumpah bagi yang mengingkarinya.
(Hadits hasan riwayat Baihaqi)
Catatan :
1. Seorang hakim harus meminta dari kedua orang yang bersengketa sesuatu yang dapat menguatkan pengakuan mereka.
2. Seorang hakim tidak boleh memutuskan sebuah perkara dengan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
3. Pada dasarnya seseorang bebas dari tuduhan hingga terbukti perbuatan jahatnya.
4. Seorang hakim harus berusaha keras untuk mengetahui permasalahan sebenarnya dan menjelaskan hukumnya berdasarkan apa yang tampak baginya.
5. Bersumpah hanya diperbolehkan atas nama Allah.
Pengenalan Kitab Kesalahan Dalam Solat
Panelis Bilik UiTO Kesalahan di dalam solat
Nama: Tuan Hassan Tn Lah @ Abdullah
Akronim: Abu Syaima’ dan thtl al-jazani
Panelis akan menggunakan kitab al Qawl al Mubin fi Akhta’ al Mushallin dari Syaikh Masyhur Hasan Salman untuk siri kesalahan di dalam solat. Buku terjemahan al Qawl al Mubin fi Akhta’ al Mushallin Syaikh Masyhur Hasan Salman
Mukhtasyar syarah kitab:
الكتاب: القول المبين في أخطاء المصلين المؤلف: أبو عبيدة مشهور بن حسن بن محمود آل سلمان الناشر: دار ابن القيم، المملكة العربية السعودية، دار ابن حزم، لبنان الطبعة: الرابعة، 1416 هـ – 1996 م عدد الأجزاء: 1
Kitab al Qawl al Mubin fi Akhta’ al Mushallin (Pencerahan Komprehensif seputar Kesalahan Pesolat)
Karya: Abu Ubaydah, Masyhur Hasan bin Mahmuud Abu Salman.
Penerbit: Daar Ibn Qayyim , KSA; Daar Ibn Hazm, Lebanon, cetakan 1996













