Utama Bilik (66) Kesalahan Dalam Solat Pengenalan Kitab Kesalahan Dalam Solat

Pengenalan Kitab Kesalahan Dalam Solat

236
0
Iklan
Panelis Bilik UiTO Kesalahan di dalam solat
Nama: Tuan Hassan Tn Lah @ Abdullah
Akronim: Abu Syaima’ dan thtl al-jazani
Panelis akan menggunakan kitab al Qawl al Mubin fi Akhta’ al Mushallin dari Syaikh Masyhur Hasan Salman untuk siri kesalahan di dalam solat. Buku terjemahan al Qawl al Mubin fi Akhta’ al Mushallin Syaikh Masyhur Hasan Salman
Mukhtasyar syarah kitab:
الكتاب: القول المبين في أخطاء المصلين المؤلف: أبو عبيدة مشهور بن حسن بن محمود آل سلمان الناشر: دار ابن القيم، المملكة العربية السعودية، دار ابن حزم، لبنان الطبعة: الرابعة، 1416 هـ – 1996 م عدد الأجزاء: 1
Kitab al Qawl al Mubin fi Akhta’ al Mushallin (Pencerahan Komprehensif seputar Kesalahan Pesolat)
Karya: Abu Ubaydah, Masyhur Hasan bin Mahmuud Abu Salman.
Penerbit: Daar Ibn Qayyim , KSA; Daar Ibn Hazm, Lebanon, cetakan 1996

 

Syaikh Abu Ubaydah Masyhur, 59 tahun, kelahiran Palestin, namun menjadi warga Jordan dan merupakan murid utama allamah almuhaddith Syaikh Nasiruddin al Albani (wafat 1999).
Beliau sekarang merupakan Pengarah Institut Imam al Albani, Jordan dan mengajar mingguan di Masjid Umawi, di Damsyiq.
Kitab al Qawl al Mubin fi Akhta’ al Mushallin memaparkan seputar 200 kesalahan pesolat bermula dari persiapan untuk solat sehinggalah kesalahan di dalam melaksanakan pelbagai solat sunnah.
Metod yang kita akan pelajari adalah secara ringkas sahaja kerana kitab ini sudah lama diterjemahkan di dalam Bahasa Melayu.
Juga akan ada tambahan dari beberapa kitab lain, Akhta’ al Mushalin karya Mahmud al Misri dan juga kitab al Irsyaadaat Dr Abd Aziz al Sadhan dari Arab Saudi.

Komen dan Soalan