Utama Blog Halaman 122

Kesalahan Di dalam Solat / 15

0

BAB SATU

Beberapa kesalahan pesolat di dalam isu pakaian solat dan menutup aurat ketika solat.

الفصل الأول: جماع أخطاء المصلّين في ثيابهم وستر عوراتهم في الصلاة

1.3.3

Si ayah yang membawa anak kecil ke masjid dengan seluar pendek (الآباء الذين يلبسون أبناءهم السّراويل القصيرة )
ثالثاً : الآباء الذين يلبسون أبناءهم السّراويل القصيرة ((الشورطات))ويحضرونهم المساجد ، وهم على هذه الحالة ، لقوله مروهم بالصّلاة ، وهم أبناء سبع )
Isu kesalahan si ayah yang membawa anak-anaknya (yang belum baligh) ke masjid dan membiarkan dalam keadaan begitu.

 

Dalil hadith:
” Perintahkan mereka (anak-anak kalian) untuk melaksanakan solat saat mereka berusia tujuh tahun.”
قال الشيخ الألباني في صحيح سنن أبي داود [ 2 / 401 ] : وهذا اسناد حسن

 

Status hadith:
Dinilai hasan oleh Syaikh al Albani rhm.
ولا شك : أن هذا الأمر ، يشمل أمرهم بشروطها وأركانها أيضاً(3)، فتنبه ، ولا تكن من الغافلين (من تعليق الشيخ الألباني على رسالة (( حجاب المرأة ولباسها في الصلاة )) لابن تيمية .)
Menurut pendapat Syaikh al Albani rhm, perintah solat ke atas kanak-kanak yang berumur 7 tahun dan ke atas. Hendaklah diterapkan dengan lengkap, syarat-syarat dan rukun-rukun solat.
(Rujuk kitab Ta’aliq Hijab al Mar’ah dan pakaian wanita perempuan di dalam solat oleh Syaikhul Islam, Ibnu Taimiyyah rhm)”

Tafsir Surah Az-Zukhruf – Tafsir Ayat Ke-30 hingga Ke-34

0

Tafsir Surah Az-Zukhruf

Tafsir Ayat ke-30

Ayat Syikayah (rungutan Allah SWT)

‎وَلَمّا جاءَهُمُ الحَقُّ قالوا هٰذا سِحرٌ وَإِنّا بِهِ كٰفِرونَ

Dan ketika kebenaran (Al-Qur’an) itu disampaikan kepada mereka, berkatalah mereka: “Sesungguhnya ini adalah sihir, dan sesungguhnya kami tetap mengingkarinya”.

‎وَلَمَّا جَاءَهُمُ الْحَقُّ

Dan ketika kebenaran itu disampaikan kepada mereka,

Kebenaran wahyu yang disampaikan kepada manusia adalah jelas, tetapi musyrikin Mekah masih menolaknya. Maka Nabi Muhammad SAW telah bawa kembali wasiat Nabi Ibrahim seperti dalam ayat-ayat yang lepas tetapi apa mereka kata?

‎قَالُوا هَٰذَا سِحْرٌ

berkatalah mereka: “Sesungguhnya ini adalah sihir,

Maksudnya mereka hendak mengatakan bahawa al-Quran yang dibaca oleh Nabi SAW itu adalah ajaran sesat kerana mereka tidak pernah dengar. Musyrikin Mekah tidak dapat menjelaskan apakah al-Quran itu, ia bukan syair dan juga bukan kata-kata biasa.

Mereka sendiri terpegun dengan ayat-ayat al-Quran yang dibacakan oleh Nabi SAW itu tetapi mereka tidak mahu juga hendak menerimanya kerana hati mereka telah tertutup. Maka, mereka mengatakan bahawa apa yang dibaca oleh Nabi SAW itu adalah sihir semata-mata. Mereka kata begitu kerana mereka sudah tidak tahu hendak memberi label apa kepada al-Quran itu.

Mereka ada juga mengamalkan sihir dan pada mereka, sihir itu adalah sesuatu yang tidak dapat dijelaskan. Tambahan pula, mereka perasan yang kalau ada yang mendengar al-Quran itu, ada kemungkinan orang yang mendengar bacaan al-Quran itu akan masuk Islam.

Maka, mereka kata yang mereka yang ikut Nabi Muhammad SAW setelah mendengar bacaan al-Quran, mereka itu telah terkena sihir, telah terpukau. Pada mereka, al-Quran itu tidak benar tetapi masih juga ada orang yang ikut. Mereka hairan kenapa ada orang mengikut Nabi Muhammad SAW kerana biasanya, orang akan ikut perkara macam ini kalau ada imbuhan seperti harta.

Namun tidaklah Nabi Muhammad SAW itu menawarkan harta kepada orang yang ikut baginda SAW. Oleh kerana itulah mereka kata ini tidak lain dan tidak bukan, tentu sihir. Zaman sekarang juga ramai yang sebegitu juga. Apabila disampaikan kepada mereka tafsir kepada ayat-ayat al-Quran, mereka ada yang kata itu adalah tafsir yang sesat, tafsir yang salah.

Mereka kata ustaz yang mengajar Tafsir al-Quran itu pakai jin dalam mengajar sebab ramai yang ikut (Ustaz saya kena tuduhan ini). Kalau pakai jin, bermakna mereka hendak mengatakan yang ajaran itu adalah ajaran sihir. Mereka kata kalau belajar dengan ustaz yang ajar tafsir itu, ramai yang akan ikut telunjuk ustaz itu. Mereka gunakan hujah yang bodoh ini kerana mereka tidak dapat lagi berhujah melawannya dengan dalil lain.

Mereka sendiri tidak belajar Tafsir al-Quran, jadi mereka tidak dapat hendak berikan hujah lagi. Ini kerana, kalau apa yang kita tafsirkan ini salah, maka berilah tafsir yang benar, kalau ada. Mereka tidak dapat menjawab kerana mereka sendiri tidak belajar.

وَإِنَّا بِهِ كٰفِرُونَ

dan sesungguhnya dengannya kami ingkari”.

Mereka tidak dapat hendak lawan hujah yang diberikan dalam al-Quran, tetapi hati mereka tidak dapat menerimanya. Jadi, mereka tolak buta-buta sahaja. Mereka tolak dengan tidak beri hujah kerana kalau salah, tunjuklah mana yang salah. Mereka tidak dapat hendak tunjuk mana yang salah.

Tafsir Ayat Ke-31

Sesudah mereka mengatakan yang bacaan al-Quran itu sihir, mereka beri lagi hujah yang lain. Mereka tolak al-Quran dengan beri hujah yang tidak munasabah. Salah satunya, mereka hina kedudukan Nabi Muhammad SAW. Ini adalah ayat Syikayah (Rungutan Allah SWT).

Sekarang mereka hina Nabi Muhammad SAW pula. Mereka kata Nabi Muhammad SAW tidak layak terima wahyu kerana baginda SAW miskin dan tidak ada pengaruh walaupun mereka juga sudah kenal yang baginda itu seorang yang jujur.

Mereka berhujah dengan berkata sepatutnya wahyu itu kena diturunkan kepada orang yang ada pengaruh, barulah cepat orang terima. Begitulah Syaitan membisikkan kepada mereka untuk hina Nabi SAW. Sebelum ini mereka telah hina al-Quran, sekarang mereka hina penyampainya pula, iaitu Rasulullah SAW. Ini semua adalah syaitan yang ajar.

وَقالوا لَولا نُزِّلَ هٰذَا القُرءآنُ عَلىٰ رَجُلٍ مِّنَ القَريَتَينِ عَظيمٍ

Dan mereka berkata: “kenapa al-Quran ini tidak diturunkan kepada seorang besar dari salah sebuah dua bandar yang (terkenal) itu?”

وَقَالُوا لَوْلَا نُزِّلَ هَٰذَا الْقُرْءآنُ

Dan mereka berkata: “kenapa al-Quran ini tidak diturunkan

Sekarang, mereka hendak mempersoalkan pilihan Allah SWT pula. Lihatlah apa kata mereka:

عَلَىٰ رَجُلٍ مِّنَ الْقَرْيَتَيْنِ عَظِيمٍ

kepada seorang yang hebat dari salah sebuah dua bandar itu?”

Dua bandar yang dimaksudkan adalah Mekah dan Taif. Mekah adalah bandar yang besar waktu itu kerana ada Kaabah padanya. Taif adalah tempat peranginan orang-orang kaya Arab kerana ia mempunyai cuaca yang molek kalau dibandingkan dengan Mekah. Orang-orang kaya akan ada rumah peranginan mereka di sana.

Mungkin ada yang hairan, kenapa bukan ‘Mekah dan Madinah’? Kita kena ingat bahawa Madinah waktu itu bukan bandar yang besar lagi. Namanya adalah Yathrib pada waktu itu dan ia hanya menjadi besar dan terkenal hanya selepas Nabi Muhammad SAW berhijrah ke sana.

Orang hebat dari Taif, yang dimaksudkan adalah Urwah ibn Mas’ud As-Tsaqafi. Manakala dari Kota Mekah pula, yang dimaksudkan adalah Walid al Mughirah ataupun Utbah ibn Rabi’ah. Mereka itu adalah orang-orang yang hebat dan berpengaruh pada pandangan masyarakat Arab pada waktu itu.

Pada mereka, sepatutnya wahyu yang diturunkan kepada manusia itu diberikan kepada dua orang ini yang sudah ada pengaruh dalam masyarakat kerana cakap mereka juga sudah didengari oleh masyarakat waktu itu. Maka senanglah orang hendak ikut suruhan wahyu itu, kata mereka.

Mereka kata begitu adalah kerana mereka hanya melihat kelebihan seseorang itu daripada segi kekayaan dan pengaruh sahaja. Allah SWT menegur mereka yang bersifat begini, bertepatan dengan tema surah ini yang menyentuh tentang salah faham manusia tentang kebendaan dan kemewahan dunia.

Memang ramai yang ada masalah begini. Kita mengagung-agungkan mereka yang ada harta dan ada pengaruh dalam masyarakat. Apa-apa sahaja yang mereka kata, kita lebih mudah untuk terima kalau dibandingkan dengan kata-kata mereka yang miskin dan tidak ada pengaruh.

Padahal, tanda kebenaran seseorang itu bukanlah dari segi keduniaan, tetapi dari segi iman dan taqwa mereka.

Musyrikin Mekah tidak dapat menerima yang Nabi Muhammad SAW yang diberikan dengan wahyu kerana mereka rasa ada lagi orang lain yang lebih layak dari baginda. Mereka lihat Nabi SAW itu adalah seorang yang tidak pandai membaca, tidak boleh bersyair.

Baginda SAW juga seorang yang miskin dan anak yatim piatu pula. Padahal, baginda SAW jadi miskin itu hanya sebab baginda banyak menolong orang. Ingatlah bahawa baginda SAW telah berkahwin dengan Siti Khadijah rah yang seorang jutawan tetapi kenapa pula mereka berdua jadi miskin?

Ini adalah kerana baginda telah melihat kesesatan yang diamalkan kaumnya itu dan baginda cuba berdakwah dengan mereka menggunakan harta benda mereka. Apabila ada yang bertawaf telanjang di Kaabah, baginda telah memberi mereka wang untuk membeli kain ihram. Baginda juga seorang yang amat dermawan dan sentiasa memberi pertolongan.

Namun, tidaklah baginda SAW dapat memberi hidayah kepada kaumnya itu dengan kemurahan hatinya, sehinggalah baginda SAW mendapat wahyu dari Allah SWT. Maka dengan wahyu itulah, baru baginda SAW dapat mengubah keseluruhan Tanah Arab itu menjadi Muslim dan menegakkan kalimah tauhid.

Maknanya, berdakwah guna wang itu tidak akan berjaya. Berdakwah sebenarnya adalah dengan menggunakan al-Quran. Oleh itu, mereka hendak katakan Nabi SAW itu hina sebab miskin. Tentulah apabila Nabi SAW mendengar kata-kata mereka ini, sedihlah hati baginda SAW.

Hakikatnya kelebihan yang sebenar adalah dalam ketulusan dan kesucian hati seseorang itu. Nabi Muhammad SAW itu memang terkenal dengan kebaikan hati baginda SAW dan sifat amanah baginda sampaikan baginda dikenali dengan gelaran al-Amin.

Masyarakat Arab Mekah waktu itu juga telah terima baginda SAW sebagai seorang yang amanah. Bagaimana pula kaitan ayat ini dengan zaman sekarang? Kita boleh lihat bagaimana manusia memandang status orang yang mengajar. Mereka hanya mahu belajar dengan orang yang terkenal dan berpengaruh.

Pada mereka, sepatutnya yang mengajar tafsir dan mengajar agama itu mestilah orang yang ‘nampak pandai’, terkenal di seluruh negara dan sudah masuk televisyen, barulah dipercayai, kan? Namun, apabila yang mengajar itu nampak seperti orang biasa sahaja, kelas juga tidak penuh orang datang, mereka sudah tolak (kerana mereka rasa tentu tidak terkenal).

Janganlah begitu, yang penting adalah kebenaran yang dibawa. Kalau seseorang itu terkenal sekalipun, sudah masuk televisyen, tetapi kalau ajarannya salah, takkan kita hendak terima pula?

Tafsir Ayat ke-32

Allah SWT patahkan hujah mereka itu

‎أَهُم يَقسِمونَ رَحمَتَ رَبِّكَ ۚ نَحنُ قَسَمنا بَينَهُم مَّعيشَتَهُم فِي الحَيَوٰةِ الدُّنيا ۚ وَرَفَعنا بَعضَهُم فَوقَ بَعضٍ دَرَجٰتٍ لِّيَتَّخِذَ بَعضُهُم بَعضًا سُخرِيًّا ۗ وَرَحمَتُ رَبِّكَ خَيرٌ مِّمّا يَجمَعونَ

(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan rahmat Tuhanmu? Kami yang membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.

‎أَهُمْ يَقْسِمُونَ رَحْمَتَ رَبِّكَ

Adakah mereka yang membahagi-bahagikan rahmat Tuhanmu?

Mereka kah yang layak hendak tentukan siapa dapat apa? Mereka sangka mereka siapa? Sampai mereka sanggup mempersoalkan pemberian wahyu yang Allah SWT tentukan itu? Begitu kurang ajar mereka seperti mereka mengatakan yang Allah SWT telah silap pilih dalam memberi wahyu itu?

Perkara yang dimaksudkan dengan رَحْمَتَ رَبِّ dalam ayat ini adalah wahyu Allah SWT, iaitu al-Quran.

Beginilah juga kata-kata Syiah sekarang. Mereka kata Jibrail silap beri wahyu kepada Nabi Muhammad SAW. Mereka kata sepatutnya diberikan wahyu itu kepada Saidina Ali. Kalau mereka kata Jibrail silap, tentunya Allah SWT turut silap juga dalam pemberian itu.

Malangnya, amat ramai yang telah terpesong dengan menganut agama Syiah yang sesat itu. Itu adalah kerana mereka tidak ada pelajaran agama dan kerana itu, mereka senang ditipu oleh penganut Syiah yang memang pandai memutar belitkan fakta dan hujah.

‎نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُم مَّعِيشَتَهُمْ فِي الْحَيَوٰةِ الدُّنْيَا

Kamilah yang membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini,

Dalam kehidupan dunia, siapakah yang membahagi-bahagikan keperluan hidup manusia? Siapa yang beri? Tentulah Allah SWT. Ada penekanan dalam ayat ini.

Ini adalah ayat jumlah ismiah dan selalunya dari segi balaghah, jumlah ismiah digunakan untuk beri penekanan. Kalau kita terjemah ayat ini dengan tepat, ada pengulangan ‘Kami’ dalam ayat ini: نَحْنُ قَسَمْنَا [Kami, Kamilah yang membahagikan]

Kalau manusia juga diberi peluang untuk membahagikan harta kepada manusia , mereka tidak akan mampu. Sebagai contoh, banyak persatuan yang cuba untuk membantu manusia lain. Adakah mereka mampu untuk menolong semua orang? Tentu tidak. Usaha manusia adalah terhad.

Kaya dan miskin bukanlah bermakna Allah SWT sayang atau benci kepada seseorang itu. Tidaklah kaya itu bermaksud bagus dan miskin itu bermaksud buruk. Miskin dan kaya kedua-duanya adalah dugaan daripada Allah SWT.

Oleh itu, apabila Musyrikin Mekah mempersoalkan keputusan Allah SWT untuk memberikan pangkat kenabian dan wahyu kepada seorang yang miskin, maka itu adalah satu pemahaman yang amat salah.

Allah SWT pandai hendak bahagikan rahmat-Nya dan kekayaan manusia dan pengaruh manusia bukanlah tanda orang itu hebat dan benar. Tidak ada hinanya orang yang miskin. Kita boleh perhatikan bagaimana mereka yang dimuliakan oleh Allah SWT, bukanlah mereka yang kaya-raya.

Seperti para Nabi, mereka kebanyakannya hidup dalam kemiskinan. Adakah mereka itu hina? Tentu tidak. Mereka itu amat mulia di mata Allah SWT.

Maka rezeki kita Allah SWT yang tentukan pembahagiannya. Oleh kerana keperluan kehidupan manusia hanya ditentukan oleh Allah SWT, maka keputusan untuk memberikan pangkat kenabian dan menerima wahyu juga hanya boleh diberikan oleh Allah SWT.

‎وَرَفَعْنَا بَعْضَهُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجٰتٍ

dan Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tinggi dari darjat setengahnya yang lain;

Ada manusia yang tinggi darjatnya dan ada yang rendah serta ada yang kaya dan yang miskin. Itu adalah kerana Allah SWT yang menentukan darjat setiap orang. Allah SWT menentukan itu dalam hikmah-Nya. Jangan kita sekali-kali mempersoalkan keputusan Allah SWT.

Ayat ini juga mengajar kita bahawa jikalau kita hendak memberikan kesamarataan kepada seluruh rakyat, ia tidak akan berjaya. Ahli-ahli politik cuba hendak menghapuskan kemiskinan dalam negara ini, tetapi ia tidak akan berjaya kerana Allah SWT memang telah menetapkan yang akan ada orang yang kaya dan miskin. Memang itulah sunnah alam ini yang Allah SWT telah tetapkan.

Allah SWT hendak menempelak Arab Mekah yang memandang kekayaan – seolah-olah Allah SWT berkata: “Wahai musyrikin Mekah, bukan beginikah keadaannya sekarang? Ada kuli dan ada tuan tetapi tuan itu juga jadi kuli kepada orang lain pula.”

Allah SWT yang jadikan begitu. Kalau sesiapa yang kaya dan berpengaruh, ada lagi yang lebih kaya dan lebih berpengaruh dari dia. Bagi yang menjadi pemimpin di Mekah, mereka tetap duduk di bawah takluk Yaman juga.

Tafsir Ayat Ke-33

Sebenarnya pangkat dan kedudukan dunia tidak ada nilai pada Allah SWT. Bukan itu cara ukuran Allah SWT dalam memilih Rasul-Nya. Harta tidak ada harga pada Allah SWT. Ia cuma ada harga pada manusia sahaja.

‎وَلَولا أَن يَكونَ النّاسُ أُمَّةً وٰحِدَةً لَّجَعَلنا لِمَن يَكفُرُ بِالرَّحمٰنِ لِبُيوتِهِم سُقُفًا مِّن فِضَّةٍ وَمَعارِجَ عَلَيها يَظهَرونَ

Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka daripada perak, dan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (daripada perak juga),

‎وَلَوْلَا أَن يَكُونَ النَّاسُ أُمَّةً وٰحِدَةً

Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu

Oleh kerana harta tidak ada harga pada Allah SWT, maka Allah SWT boleh beri sahaja harta itu kepada manusia, walaupun mereka kafir. Allah SWT boleh bagi semua kaya raya tetapi Allah SWT tidak buat begitu kerana ia akan menyebabkan kekufuran semakin banyak. Allah SWT tidak mahu seluruh umat manusia berada di dalam kekufuran. Allah SWT tidak mahu semua manusia ‘satu’ dalam kekufuran.

‎لَّجَعَلْنَا لِمَن يَكْفُرُ بِالرَّحْمَٰنِ لِبُيُوتِهِمْ سُقُفًا مِّن فِضَّةٍ

nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka daripada perak,

 ‎سُقُفًا adalah bumbung yang dilihat dari bahagian dalam. Maknanya kalau kita berada di dalam rumah itu kita memandang ke atas, kita akan nampak bumbung itu dibuat daripada perak. Bumbung ini adalah satu bahagian binaan dalam rumah yang tidak dikisahkan sangat.

Jadi, kalau bumbung juga sudah daripada perak, bagaimana pula dengan hiasan dalaman dan dinding, tentulah lagi hebat, bukan? Maknanya, kalau Allah SWT sudah beri sampai bumbung juga daripada perak, maknanya orang itu memang kaya sangat. Tidaklah ada yang jadi macam itu.

Kalau kita tengok orang kafir yang banyak harta dalam dunia ini, tidaklah sampai bumbung rumah juga sampai dibuat daripada perak, bukan? Orang yang paling kaya sekarang adalah Bill Gates; adakah dia buat bumbung rumahnya daripada perak? Tidak.

Allah SWT boleh sahaja memberikan kekayaan yang melimpah-limpah kepada orang kafir iaitu kekayaan yang tidak dapat difikirkan oleh akal kita sekalipun. Ini kerana kekayaan dunia itu tidak bernilai langsung kepada Allah SWT. Macam kita hendak beri besi buruk kepada orang lain, kita tidak kisah juga sebab besi buruk itu tidak ada nilai.

Namun, kalau Allah SWT beri kekayaan yang banyak sangat kepada orang kafir, maka orang-orang Islam juga apabila tengok orang kafir teramat kaya, maka mereka turut teringin pula hendak jadi macam orang kafir itu.

Mereka akan terikut-ikut dengan amalan-amalan orang kafir itu. Maka mereka akan terikut-ikut dengan cara hidup orang kafir itu sampaikan agama mereka turut tergugat juga. Akhirnya semua sekali akan jadi umat yang satu dalam kekufuran.

Sekarang Allah SWT beri kekayaan lebih sedikit sahaja, ada orang Islam yang sudah tergugat, bukan? Sudah mula ikut cara hidup orang kafir, sudah tiru cara hidup mereka yang hidup dalam kekufuran. Bayangkan kalau kekayaan mereka itu tidak ada had? Tentulah semua orang Islam hendak jadi orang kafir juga. Allah SWT sudah tahu sifat manusia, kerana Dia Maha Tahu.

‎وَمَعَارِجَ عَلَيْهَا يَظْهَرُونَ

dan tangga-tangga yang mereka naik di atasnya

‎مَعَارِجَ adalah tangga yang jenis panjang dan tinggi yang boleh membawa orang yang menaikinya ke tempat yang tinggi.

Maknanya rumah itu bertingkat-tingkat dan jika hendak naik kena guna tangga yang tinggi. Allah SWT boleh jadikan tangga itu pun sebagai perak juga tetapi adakah Allah SWT jadikan bumbung rumah mereka dan tangga rumah mereka daripada perak? Tidak. Tidak ada manusia kafir mana-mana jua yang melakukan begitu.

Allah SWT tidak jadikan begitu kerana kalau orang kafir kaya sangat, orang beriman juga jadi kafir. Allah SWT tidak mahu jadikan itu sebagai ujian kepada orang Islam.

Tafsir Ayat ke-34

‎وَلِبُيوتِهِم أَبوابًا وَسُرُرًا عَلَيها يَتَّكِئونَ

Dan juga pintu-pintu rumah mereka (daripada perak juga), dan kerusi-kerusi panjang yang mereka berbaring di atasnya (daripada perak juga),

وَلِبُيُوتِهِمْ أَبْوَابًا

Dan juga pintu-pintu rumah mereka

Allah SWT boleh sahaja jadikan pintu-pintu rumah mereka daripada perak juga tetapi adakah pintu-pintu rumah mereka ada dibuat daripada perak? Tidak. Allah SWT tidak jadikan orang-orang kafir sampai kaya begitu.

‎وَسُرُرًا عَلَيْهَا يَتَّكِئُونَ

dan kerusi-kerusi yang mereka berbaring di atasnya

Kalau zaman ayat ini diturunkan, mereka yang ada kerusi sebegini adalah orang yang kaya tetapi, kalau kaya setara mana pun, tidaklah kerusi itu dijadikan daripada perak juga. Ini kerana kalau mereka diberikan dengan kekayaan yang bersangatan, orang-orang Islam turut akan tergugat keimanan mereka.

Allahu a’lam.

Doa ketika Berbuka Puasa dan Sahur Mustajab di sisi Allah SWT

0

Doa Ketika Berbuka Puasa Dan Sahur Mustajab Di Sisi Allah SWT

“Sesungguhnya do’a orang yang berpuasa ketika berbuka tidaklah tertolak”. Jadi jangan lupakan memohon hajat lewat do’a setiap kita berbuka.

Imam Ibnu Majah menyebutkan beberapa hadits yang menyebutkan bahawa secara umum, do’a orang yang berpuasa adalah do’a yang mustajab.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ »

Dari Abu Hurairah, ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada tiga do’a yang tidak tertolak:

(1) do’a pemimpin yang adil,

(2) do’a orang yang berpuasa sampai ia berbuka,

(3) do’a orang yang dizalimi.”

 (HR. Tirmidzi no. 3595, Ibnu Majah no. 1752. Hadits ini dishahihkan oleh Ibnu Hibban dalam shahihnya no. 2408 dan dihasankan oleh Ibnu Hajar. Lihat catatan kaki Zaadul Ma’ad, 2: 50).

Juga ada hadits,

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ »

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya do’a orang yang berpuasa ketika berbuka tidaklah tertolak.” (HR. Ibnu Majah no. 1753. Dalam sanadnya terdapat Ishaq bin ‘Ubaidillah. Ibnu Hibban memasukkan perawi ini dalam perawi tsiqah. Perawi lainnya sesuai syarat Bukhari.

Hadits ini dikuatkan dengan hadits sebelumnya yang telah disebutkan. Lihat catatan kaki Zaadul Ma’ad, 2: 49-50.

Waktu Sahur Mustajab Doa

Sebagian kita mengira bahawa waktu sahur hanyalah waktu untuk menyantap makanan. Padahal waktu tersebut boleh pula kita gunakan untuk memanjatkan doa kepada Allah Ta’ala, untuk memohon setiap hajat-hajat kita.

Dalam hadits muttafaqun ‘alaih, dari Anas bin Malik, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِى السَّحُورِ بَرَكَةً

“Makan sahurlah kalian kerana dalam makan sahur terdapat keberkahan.” (HR. Bukhari no. 1923 dan Muslim no. 1095).

Imam Nawawi berkata bahawa bentuk keberkahan makan sahur di antaranya adalah kerana waktu itu orang bangun, ada zikir dan do’a pada waktu mulia tersebut. Saat itu adalah waktu diturunkannya rahmat serta diterimanya doa dan istighfar. (Syarh Shahih Muslim, 9: 182)

Dalam hadits ini kita akan melihat keberkahan waktu sahur tersebut. Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِى فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِى فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِى فَأَغْفِرَ لَهُ

“Rabb kita tabaroka wa ta’ala turun ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir. Lantas Dia berfirman, “Siapa saja yang berdo’a kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku beri. Siapa yang meminta ampunan kepada-Ku, maka akan Aku ampuni.” (HR. Bukhari no. 1145 dan Muslim no. 758).

Imam Nawawi berkata, “Pada waktu itu adalah waktu tersebarnya rahmat, banyak permintaan yang diberi dan dikabulkan, dan juga nikmat semakin sempurna kala itu.” (Idem, 6: 36).

Ibnu Hajar juga menjelaskan hadits di atas dengan berkata, “Doa dan istighfar di waktu sahur adalah  diijabahi (dikabulkan).” (Fathul Bari, 3: 32).

Allahu a’lam.

Bermusafir boleh Berbuka atau Berpuasa?

0

Bermusafir Boleh Berbuka atau Berpuasa

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ حَمْزَةَ بْنَ عَمْرٍو الْأَسْلَمِيَّ قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَأَصُومُ فِي السَّفَرِ وَكَانَ كَثِيرَ الصِّيَامِ فَقَالَ إِنْ شِئْتَ فَصُمْ وَإِنْ شِئْتَ فَأَفْطِرْ

Dari ‘Aisyah radliallahu ‘anha, isteri Nabi SAW, bahwa Hamzah bin ‘Amru Al Aslamiy berkata, kepada Nabi SAW: “Apakah aku boleh berpuasa ketika bermusafir? Dia adalah orang yang banyak berpuasa. Maka Baginda menjawab: “Jika kamu mahu, berpuasalah dan jika kamu mahu, berbukalah”.(HR Bukhari No: 1807)

Pengajaran:

1.  Orang yang sedang bermusafir (melebihi 89 km) diberi pilihan sama ada untuk meneruskan berpuasa ataupun berbuka.

2.  Orang yang bermusafir diberikan rukhsah (kemudahan) berbuka namun ia terikat pada syarat antaranya: perjalanan jarak yang membolehkan qasar solat dan perjalanan yang diharuskan.

3.  Mereka yang berbuka puasa dengan sebab musafir atau sakit perlu menggantikan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Firman Allah al-Baqarah: 184

فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ

“Barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain”

Walau bagaimanapun, jika ia tidak membebankan, berpuasa itu lebih baik

فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui (walau pun diberi kelonggaran berbuka)”.

Allahu a’lam.

 

Ruksah untuk Berbuka Puasa: Wanita Hamil dan Menyusukan Anak

0

Rukhsah untuk berbuka puasa: Wanita hamil dan menyusukan anak.

أغارت علينا خيلُ رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم فأتيتُ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم فوجدتُه يتَغَدَّى، فقال : ( ادنُ فكُلْ )، فقُلْتُ : إني صائمٌ، فقال : ( ادنُ أحدِّثْك عن الصومِ – أو الصيامِ – : إن اللهَ وضع عن المسافرِ الصوم وشطرَ الصلاةِ، وعن الحاملِ – أو المرضعِ – الصومَ – أو الصيامَ – ) واللهِ لقد قالهما النبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم كليهما أو أحدَهما، فيا لَهفَ نفسي ! أن لا أكونَ طَعِمتُ من طعامِ النبيِّ صلى اللهُ عليه وسلَّم

الراوي : أنس بن مالك الكعبي القشيري | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي

الصفحة أو الرقم: 715 | خلاصة حكم المحدث : حسن

Pasukan Rasulullah ﷺ menyerbu kami, aku (iaitu Anas bin Malik Al-Ka`bi) datang bertemu Rasulullah ﷺ ketika baginda sedang makan. Lalu baginda berkata: “Datanglah dekat, dan makanlah.” Lalu aku menjawab: “Aku berpuasa.” Baginda berkata: “Datanglah dekat, aku akan ceritakan kepadamu tentang puasa. Sesungguhnya Allah Ta`ala telah menggugurkan puasa kepada musafir dan separuh solat, dan menggugurkan puasa daripada wanita hamil dan wanita yang menyusukan anaknya.” Demi Allah! Nabi ﷺ telah menyebutkan kedua-duanya atau salah satu daripada kedua-duanya. Sangat sayang sekiranya aku tidak makan makanan Nabi ﷺ. – Sunan At-Tirmidzi, no. 715. Kata At-Tirmidzi: Hasan.

عن ابن عبًاس ( وعلى الذين يطيقونه فدية طعام مسكين ) قال كانت رخصة للشيخ الكبير والمرأة الكبيرة وهما يطيقان الصيام أن يفطرا ويطعما مكان كل يوم مسكينا والحبلى والمرضع إذا خافتا

الراوي : سعيد بن جبير | المحدث : أبو داود | المصدر : سنن أبي داود

الصفحة أو الرقم: 2318 | خلاصة حكم المحدث : سكت عنه

Daripada Ibnu `Abbas: “Dan wajib bagi orang yang berat mengerjakannya untuk membayar fidyah, (iaitu) memberi makan seorang miskin.” Kata Ibn `Abbas: “Ayat ini memberikan keringanan kepada lelaki dan wanita yang sudah tua, mereka berasa berat untuk berpuasa, maka mereka dibolehkan untuk tidak berpuasa. Namun, mereka harus memberi makan setiap hari satu orang miskin sebagai ganti tidak berpuasa. Ini juga berlaku untuk wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak, sekiranya kedua-duanya bimbang (keselamatan anaknya).” – Sunan Abi Dawud, no. 2318.

* Sahih menurut Syu`aib Al-Arna’uth.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Dalam bab wanita hamil dan menyusukan anak, terdapat beberapa pendapat yang masyhur tentang cara menggantikan puasanya:

(a) Perlu qadha’, tidak perlu fidyah. Inilah pendapat Al-Auza`i, Ats-Tsauri, Abu Hanifah, dan selain mereka. Antara hujahnya:

(i) Hukum asal kepada orang yang berbuka puasa adalah qadha’.

(ii) Hadits Anas bin Malik Al-Ka`bi, yang mana Nabi ﷺ menggandingkan musafir dengan wanita hamil dan menyusu. Ini bererti hukum wanita hamil dan menyusu adalah sama seperti orang musafir, iaitu mengqadha’ puasanya sebanyak hari yang ditinggalkan.

(b) Perlu fidyah, tidak perlu qadha’. Inilah pendapat Ishaq. Antara hujahnya adalah penafsiran Ibn `Abbas terhadap ayat 184 surah Al-Baqarah.

(c) Perlu qadha’, dan perlu fidyah. Inilah pendapat Sufyan, Malik, Asy-Syafi`i, dan Ahmad. Namun tidak diketahui dasar pendapat ini daripada Al-Qur’an dan As-Sunnah.

(d) Tidak perlu qadha’, dan tidak perlu fidyah. Inilah pendapat Ibn Hazm. Antara hujahnya adalah:

(i)  Tiada dalil yang mewajibkan qadha’ atau fidyah.

(ii) Tiada kesepakatan `ulama’ sama ada perlu qadha’ atau fidyah.

2.  Pendapat yang paling tepat – wallahu a`lam – adalah:

(a)  Sekiranya wanita tersebut mampu untuk berpuasa, dan telah berbincang dengan doktor tentang keadaan dan risiko untuk berpuasa, maka dia boleh berpuasa.

(b)  Sekiranya dia tidak mampu, atau tidak diizinkan oleh doktor (puasanya akan berisiko terhadap janin atau bayinya), maka dia hendaklah berbuka puasa, dan mengqadha’ puasanya apabila dia mampu di kemudian hari.

(c)  Sekiranya dia tidak mampu untuk mengqadha’nya (sama ada kerana berisiko kepada janin atau bayinya, atau kerana terlalu banyak hari yang ditinggalkannya, atau kerana tubuhnya tidak mampu untuk berpuasa), maka dia boleh memilih untuk membayar fidyah.

Menurut Ibnu Umar dan Ibnu Abbas r.a. jika wanita-wanita tersebut khuatir akan membahayakan diri mereka sendiri dan anaknya, bolehlah mereka berbuka. Itulah kelonggaran yang diberikan oleh Allah SWT kepada kaum wanita. Dalam sebuah hadits At-Thabari meriwayatkan kata-kata daripada Ibnu Abbas r.a. yang berbunyi :

اِذَا خَافَتِ الْحَامِلُ عَلَى نَفْسِهَا وَالْمُرْضِعُ عَلَى وَلَدِهَا فِيْ رَمَضَانَ، يُفْطِرَانِ وَيُطْعِمَانِ مَكَانَ كُلِّ يَوْمٍ مِسْكِيْنًا وَلاَ يَقْضِيَانِ صَوْمًا

“Jika orang hamil takut akan keselamatan dirinya apabila berpuasa dan orang yang menyusukan anaknya khuatir akan keselamatan anaknya dalam bulan Ramadhan, keduanya duanya berbuka dan memberi makan seorang miskin pada tiap tiap hari dan kedua duanya tidak mengqadha puasanya.” Hadits shahih riwayat At-Thabari.

Dan dari Said bin Jubair meriwayatkan daripada Ibnu Abbas dan Ibnu Umar r.a. katanya:

اَلْحَامِلُ وَالْمُرْضِعُ تَفْطِرُ وَلاَ تُقْضِيْ

“Wanita yang mengandung dan yang menyusukan anaknya boleh berbuka dan tidak wajib qadha.” Hadits shahih riwayat Ad-Daruquthni.

Dari Nafi’yang ia meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. yang berbunyi :

اَنَّ اِمْرَاَتَهُ سَأَلَتْهُ وَهِيَ حُبْلَى فَقَالَ: اَفْطِرِيْ وَاَطْعِمِيْ عَنْ كُلِّ يَوْمٍ مِسْكِيْنًا وَلاَ تُقْضِيْ

“Bahawasanya isterinya yang sedang mengandung bertanya kepadanya maka beliau menjawab : Hendaklah engkau berbuka puasa dan memberi makan orang miskin bagi tiap tiap hari dan engkau tidak mengqadhanya.” Hadits shahih riwayat Ad-Daruquthni.

🔵 Mazhab Hanafi berpandangan kedua-dua wanita ini boleh berbuka dan wajib ke atas mereka mengqadhakan puasa dan tidak perlu membayar fidyah.

🔵 Mazhab Maliki berpandangan wajib mengqadhakan puasa dan membayar fidyah bagi wanita yang menyusukan anak tetapi yang hamil cukup sekadar mengqadhakannya.

🔵 Mazhab Syafei pula berpandangan jika wanita yang hamil atau menyusukan anak khuatir akan keselamatan diri kedua duanya (wanita hamil / wanita menyusukan anak)dan anak anaknya sahaja maka wajib mengqadhakan puasanya. Tetapi jika hanya khuatir keselamatan anak anak sahaja maka mereka wajib qadha dan fidyah.

🔵 Mazhab Hambali pula berpandangan jika wanita hamil dan menyusukan anak, jika berpuasa di khuatiri akan menyebabkan bahaya keselamatan diri kedua duanya dan anak kedua duanya, atau keselamatan diri kedua duanya sahaja maka mereka boleh berbuka dan wajib mengqadha puasanya, tetapi jika hanya khuatir keselamatan anak anak sahaja maka wajib membayar fidyah.

 

Prosedur Bidang Perubatan yang Tidak Membatalkan Puasa

0

Beberapa prosedur di bidang perubatan yang tidak membatalkan puasa:

1.  Mana-mana prosedur yang memasukkan sesuatu ke dalam mana-mana rongga terbuka, sama ada melalui:

(a) Mata, misalnya ubat titik mata (eye drop).

(b) Telinga, misalnya ubat titik telinga (ear drop), ubat cuci telinga (earwash).

(c) Hidung, misalnya ubat titik hidung (nasal drop), menerima gas oksigen atau ubat bius (sekiranya bius seluruh tubuh untuk beberapa jam, tidak membatalkan puasa).

(d) Mulut, misalnya ubat GTN (glyceryl trinitrate, ubat sakit jantung) yang diletakkan di bawah lidah, ubat kumur (gargle), penggunaan inhaler (ubat asthma), teropong ke dalam rongga perut (endoscope).

(e) Anus, misalnya ubat supositori (seperti ubat demam atau ubat sawan), pemeriksaan dubur dengan menggunakan jari (digital rectal examination) atau menggunakan alat (anoscope, proctoscope, rectoscope).

(f) Vagina, misalnya ubat, alat perancang keluarga, pemeriksaan vagina sebelum bersalin sama ada dengan menggunakan alat (spekulum) atau jari.

(j) Saluran kencing, misalnya kateter (untuk mengeluarkan kencing), teropong (cystoscopy, ureteroscope).

2.  Suntikan ubat dan seumpamanya:

(a) Intravenous (ke dalam pembuluh darah), seperti antibiotik, ubat tahan sakit, ubat tahan muntah, ubat gastrik.

(b) Intramuscular (ke dalam otot), seperti ubat tahan sakit, vaksin.

(c) Subcutaneous (ke lapisan lemak di bawah kulit), seperti suntikan insulin.

(d) Intradermal (ke lapisan di antara kulit), seperti ujian pengesanan TB (Mantoux tuberculin skin test).

 

Tafsir Surah Az-Zukhruf – Tafsir Ayat Ke-27 hingga Ke-29

0

Tafsir Surah Az-Zukhruf

Tafsir Ayat Ke-27

 Apakah akidah Nabi Ibrahim?

إِلَّا الَّذي فَطَرَني فَإِنَّهُ سَيَهدينِ

“Yang lain dari Tuhan yang menciptakan daku, kerana sesungguhnya Ia tetap memberi hidayah petunjuk kepadaku”.

إِلَّا الَّذِي فَطَرَنِي

Melainkan Tuhan yang menciptakan daku,

Ini sama dengan illa Allah SWT (melainkan Allah) dalam syahadah kita. Selepas tolak akidah yang salah, maka kena ithbat (tetapkan) dengan akidah yang benar. Maknanya Nabi Ibrahim tidak akan menyembah melainkan Tuhan Allah SWT sahaja.

Kaum Nabi Ibrahim itu ada juga yang menyembah Allah SWT tetapi dalam masa yang sama, mereka sembah juga benda lain. Itulah sebabnya dalam ayat ini, ada perkataan إِلَّا – melainkan iaitu Nabi Ibrahim tolak semua sembahan mereka, kecuali Allah SWT.

Ini sama dengan syahadah kita – kita tolak ilah yang lain, kecuali Allah SWT sahaja. Maknanya, kaum Nabi Ibrahim macam Musyrikin Mekah juga – mereka sembah Allah SWT juga, tetapi dalam masa yang sama, mereka sembah entiti yang lain.

Macam kaum musyrikin kita juga, kenal Allah SWT, kenal Nabi Muhammad SAW, tetapi masih buat syirik juga. Mereka solat dan puasa, mengucap dua kalimah syahadah, tetapi masih lagi buat perkara khurafat, syirik dan bidaah kerana mereka tidak tahu apakah tauhid, apakah syirik dan apakah bidaah.

Kenapa? Puncanya kerana tidak belajar. Dalam ayat ini diberikan dalil dan hujah kenapa Nabi Ibrahim hanya sembah Allah SWT sahaja. Ini kerana Allah lah yang menjadikan baginda dan seluruh alam. Allah SWT sahaja yang menciptakan alam ini; adakah lagi entiti lain yang boleh cipta alam ini?

فَإِنَّهُ سَيَهْدِينِ

sesungguhnya Dia memberi petunjuk kepadaku”.

Huruf س dalam lafaz سَيَهْدِينِ bukanlah bermaksud ‘akan’ seperti yang selalu kita faham tetapi ini adalah س tahkik – sebagai penguat.

Nabi Ibrahim yakin yang Allah SWT akan memberi hidayah kepada baginda selepas itu. Hidayah yang dimaksudkan ada dua jenis: petunjuk dalam bentuk agama dan petunjuk dalam kehidupan kerana selepas Nabi Ibrahim mengatakan yang baginda berlepas diri dari bapa dan kaumnya itu, tentulah baginda tidak boleh lagi tinggal di situ.

Baginda juga sudah kena tangkap dan dibakar dalam api yang besar. Oleh itu baginda tidak akan selamat lagi kalau duduk dengan mereka, maka baginda perlu meninggalkan mereka. Baginda berharap kepada Allah SWT untuk memberi petunjuk kepada baginda tempat yang baginda perlu pergi selepas itu kerana baginda nanti akan pergi ke Jurusalem dari Iraq, satu perjalanan yang amat jauh sekali.

Kenapa baginda perlu meninggalkan mereka? Ini kerana kalau baginda tinggal lagi di situ, baginda dan anak-anak baginda akan ada masalah dengan tauhid. Mereka akan susah untuk hidup dalam iman untuk mengamalkan tauhid.

Oleh itu, kadang-kadang kita kena tinggalkan tempat tinggal kita kalau ia akan memberi mudharat kepada iman kita. Bumi Allah SWT ini luas dan ada banyak tempat lagi. Lihatlah keyakinan Nabi Ibrahim kepada Allah SWT. Lihatlah pengharapan baginda kepada Allah SWT.

Kita turut kena berharap begitu juga. Kita serahkan diri kita kepada Allah SWT. Itulah yang dinamakan ‘tawakal’.

Tafsir Ayat Ke-28

Allah SWT puji Nabi Ibrahim, supaya kita tahu yang apa yang dilakukannya itu adalah benar dan sepatutnya menjadi ikutan kita.

‎وَجَعَلَها كَلِمَةً باقِيَةً في عَقِبِهِ لَعَلَّهُم يَرجِعونَ

Dan Nabi Ibrahim menjadikan kalimah tauhid itu tetap kekal pada keturunannya, supaya mereka kembali

‎وَجَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِيَةً فِي عَقِبِهِ

Dan Nabi Ibrahim menjadikan kalimah tauhid itu tetap kekal pada keturunannya,

Baginda pastikan untuk sampai kalimah itu kepada keturunan baginda melalui wasiat, baginda ajar ahli keluarga baginda. Maka kita perlu kena ikut juga.

Kalimah yang mana? Itulah kalimah La ilaaha illallah. Nabi Ibrahim telah menyampaikan ajaran tauhid dan Kalimah Tauhid itu kepada keturunannya. Jadi, walaupun baginda telah tiada, Nabi Ibrahim terkenal sebagai ‘bapa’ kepada Nabi-nabi.

Ini telah disebut dalam [ Baqarah: 132 ]:

‎وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”.

Nabi Ibrahim telah mengajar tauhid kepada anaknya sebelum baginda mati, dan anaknya juga mengajar anaknya. Sepanjang hidup baginda, baginda mengajar tauhid kepada anak-anaknya, dan semasa hendak mati turut baginda ajar perkara yang sama.

Baginda juga berdoa supaya mereka tetap dalam tauhid. Seperti yang disebut dalam [ Ibrahim: 40 ]:

‎رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Ini mengajar kita supaya mengikut sunnah Nabi Ibrahim ini dengan mengajar tauhid kepada anak-anak kita. Mesti sampaikan wasiat kepada mereka tentang agama. Jangan kita bergantung harap pengajaran agama kepada orang lain sahaja. Kita sendiri kena mengajar anak cucu kita.

Ada yang ajar dan beritahu kepada orang lain, tetapi keluarga sendiri, mereka tidak ajar. Sanggupkah kita tengok anak-anak kita hidup dalam kesesatan?

Kadang-kadang usaha yang kita lakukan untuk menjaga iman kita adalah kita kena tinggalkan masyarakat kita yang telah teruk dalam tauhid supaya iman anak-anak dan keluarga kita terjaga. Kita disuruh ikut sunnah Nabi Ibrahim dalam [ Mumtahanah: 4 ]:

‎قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ

Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya – contoh ikutan yang baik.

Oleh itu, kita kena belajar tentang apakah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim supaya kita boleh ikut sunnah baginda. Nabi Ibrahim berusaha untuk menjaga iman dan dalam masa yang sama, baginda banyak berdoa kepada Allah SWT.

Maka, selalulah kita berdoa kepada Allah SWT supaya memberi iman kepada kita dan anak-anak kita dan ingatlah bahawa doa sahaja tidak cukup, kita kena juga berusaha mendidik anak-anak kita.

Luangkan masa untuk mengajar agama kepada mereka. Kalau kita hendak anak kita menghafal al-Quran contohnya, kita kena paksa mereka dari kecil lagi untuk sayang kepada al-Quran. Kita kena jadikan al-Quran itu menarik kepada mereka. Dari kecil lagi kita ajar mereka baca al-Quran. Janganlah ajar mereka menyanyi pula – tetapi ajarlah mereka al-Quran.

Tafsir Ayat Ke-29

Apakah sebab kekufuran manusia berterusan? Persoalan yang timbul adalah kenapa Musyrikin Mekah tidak menerima akidah seperti Nabi Ibrahim? Allah SWT jawab dalam ayat ini.

Masalah yang sama juga dihadapi dengan kebanyakan manusia iaitu, bila mereka hidup senang, mereka senang lupa agama kerana mereka rasa bila hidup mereka senang atas dunia, Allah SWT sudah redha kepada mereka dan mereka tidak perlu memperbaiki diri mereka lagi.

Orang kafir tidak mahu masuk Islam kerana tengok orang Islam susah dalam bentuk keduniaan dan mereka tidak mahu susah kerana mereka mahu hidup senang sahaja. Mereka rasa seolah-olah kalau masuk Islam, hidup mereka akan susah.

Oleh itu, tidak terjadi apa yang Nabi Ibrahim harapkan kepada keturunan baginda kerana Musyrikin Mekah meninggalkan ajaran Nabi Ibrahim itu. Mereka buat juga syirik dan jauh dari agama tetapi adakah Allah SWT jadikan mereka mati sampai tidak ada baka? Allah SWT tidak buat begitu kepada keturunan Nabi Ibrahim a.s. Bahkan Allah SWT beri nikmat kepada mereka.

‎بَل مَتَّعتُ هٰؤُلاءِ وَآباءَهُم حَتّىٰ جاءَهُمُ الحَقُّ وَرَسولٌ مُّبينٌ

(Kebanyakan mereka tidak kembali kepada tauhid, dan Aku pula tidak segerakan azab mereka) bahkan Aku memberikan mereka dan datuk nenek mereka menikmati kesenangan hidup, sehingga datanglah kepada mereka kebenaran (Al-Quran), dan seorang Rasul yang menerangkan tauhid.

 ‎بَلْ مَتَّعْتُ هَٰؤُلَاءِ وَآبَاءَهُمْ

Bahkan Aku telah memberikan kesenangan hidup kepada mereka dan datuk nenek mereka

Inilah sebab mereka tetap kufur dan jadi musyrik kerana mereka dapat kesenangan dan apa yang mereka mahu. Mereka diberikan dengan kesenangan hidup dalam dunia. Mereka tidak terus dihukum walaupun mereka melakukan syirik.

Mereka terpedaya dengan kesenangan dunia kerana Allah SWT tetap beri mereka kesenangan sekali pun akidah mereka akidah syirik. Oleh kerana itu mereka tidak berfikir hendak cari kebenaran kerana hidup mereka sudah senang. Begitulah mereka yang selesa dalam hidup tidak terfikir hendak belajar agama.

Mereka rasa mereka sudah selamat dan tidak perlu apa-apa lagi. Begitulah juga yang terjadi kepada masyarakat kita yang mengamalkan bidaah dalam agama. Mereka mendapat kesenangan dengan menjual agama.

Sebagai contoh, ada yang ambil upah untuk mandikan kereta dengan doa-doa tertentu supaya kereta itu kononnya dapat berkat dan jauh dari sial. Itulah yang diajar oleh guru-guru yang salah faham tentang agama. Ada ustaz yang menasihatkan orang yang baru beli kereta untuk beri ustaz atau tok imam pakai dulu kereta itu supaya kereta itu selamat/berkat.

Itu adalah satu pengambilan berkat yang salah. Tidak ada berkat pada ustaz atau imam, atau siak masjid yang membolehkan kereta itu selamat dari terkena bala dan musibah. Itu bukanlah cara yang pernah diajar Nabi SAW untuk menjaga keselamatan.

Ada juga yang mendapat upah dengan berbomoh. Mereka menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk mengubat orang dan menghalau jin. Mereka mengenakan bayaran yang tinggi. Maka, berleluasalah perniagaan ini sampaikan penuhlah pusat-pusat perubatan mereka.

Mereka dikatakan boleh ‘scan’ berapa ekor jin dalam tubuh seseorang itu dan mereka boleh halau atau letak jin-jin itu dalam botol. Padahal, kebolehan mengesan jin tidak ada pada Nabi Muhammad SAW sendiri. Maka, bila mereka kata mereka boleh kesan jin, halau jin, masukkan jin dalam botol, mereka telah berkata bahawa mereka lebih hebat dari Rasulullah SAW. Memang mereka tidak kata begitu, tetapi begitulah hakikatnya.

Padahal, mereka mengamalkan amalan yang salah terang-terangan antaranya, mereka amalkan Selawat Syifa’ yang ada unsur kesyirikan di dalamnya. Kalau setiap hari beramal dengan amalan yang syirik, apa lagi jadi dengan mereka?

Mereka ramai yang tertipu kerana apa yang dilakukan oleh pengamal-pengamal amalan sesat itu seumpama ‘menjadi’ (berjaya). Kalau dulu macam kena rasuk, sekarang sudah jadi baik. Kalau dulu sakit, sekarang sudah lega. Itu semua bukanlah dalil yang mengatakan amalan mereka benar. Tidak sama sekali. Ini telah disentuh dalam Surah Fussilat.

Ada yang dapat kekayaan dengan mengajar agama. Mereka mengenakan upah yang tinggi untuk mengajar, padahal kita tidak boleh meminta upah dalam mengajar. Mengajar agama sepatutnya percuma tetapi, kebanyakan dari guru-guru agama dalam negara ini sekarang telah mengenakan bayaran yang tinggi.

Sampaikan ada yang boleh buat profit-sharing dengan masjid tempat diadakan kelas pengajian (bila ada ceramah mereka, ramai yang datang dan bagi sumbangan). Maka, kerana hendak pendatang yang ramai, mereka telah berjenaka dalam kuliah mereka. Sampai keras perut mereka yang datang.

Orang yang datang itu juga terhibur sampai meleleh air mata kerana gelak. Daripada tengok ‘Mahajara Lawak’, lebih baik tengok kuliah agama, kata mereka. Padahal, tidak boleh berjenaka di dalam kelas pengajian kerana apa yang diajar adalah hal agama dan hal agama adalah perkara serius.

Mereka akan jawab yang tujuan mereka berjenaka itu adalah supaya ramai datang ke kelas pengajian dan ia adalah salah satu cara untuk menarik orang muda untuk datang ke kelas agama tetapi, ketahuilah, apabila jenaka digunakan dan orang datang kerana jenaka, mereka tidak mendapat pengajaran dari kelas itu.

Kalau ditanya mereka apakah yang mereka pelajari dari kelas berjenaka itu, mereka tidak tahu. Apa yang mereka ingat hanyalah lawak jenaka itu. Ada juga yang ambil upah dalam amal ibadat – jadi imam Solat Hajat, jadi tekong Majlis Tahlil, Doa Selamat, jadi pembaca talqin, jadi imam dan makmum Solat Jenazah dan macam-macam lagi.

Ketahuilah bahawa tidak boleh mengambil upah dalam amal ibadat. Jikalau ambil upah juga, maka amal ibadat itu terbatal. Jadi, apabila mereka mendapat imbuhan dengan mengamalkan ajaran yang salah, mereka tetap berada dalam kesesatan. Mereka tidak mahu meninggalkan apa yang sedang mereka lakukan, kerana ia memberi keuntungan kepada mereka.

Secara ringkasnya, mereka sesat kerana:

1. Mereka dapat apa yang mereka hajatkan di dunia ini walaupun tidak amalkan agama yang sebenar.

2.  Keadaan dunia mereka tidak tergugat walaupun mereka tidak mengendahkan tentang agama. Kehidupan mereka tetap senang lenang.

3. Mereka anggap kesenangan yang mereka miliki itu kerana mereka Allah SWT redha kepada mereka.

Mereka sangka kalau Allah SWT redha kepada mereka semasa mereka di dunia, maka Allah SWT tentu redha kepada mereka di akhirat nanti.

‎حَتَّىٰ جَاءَهُمُ الْحَقُّ

sehingga datanglah kepada mereka kebenaran

Kesesatan yang diamalkan mereka itu hanya dapat dihapuskan dengan ‘kebenaran’. Perkara yang dimaksudkan dengan kebenaran itu adalah al-Quran. Apabila al-Quran diturunkan kepada Musyrikin Mekah, barulah mereka tahu tentang agama dan tentang kebenaran dan ia mengeluarkan mereka dari kegelapan syirik kepada cahaya keimanan.

Ada antara mereka yang menerima kebenaran wahyu itu dan mereka mengamalkan tauhid dan menyebarkan tauhid itu ke seluruh dunia. Begitu jugalah pada zaman sekarang, kesesatan hanya dapat dihapuskan dengan mempelajari tafsir al-Quran.

Kalau kita belajar apakah maksud al-Quran, iaitu dengan belajar Tafsir al-Quran, barulah kita dapat menyelamatkan diri kita. Kalau tidak belajar tafsir al-Quran, ramailah dari kalangan manusia yang tidak tahu agama dan terus berada dalam kesesatan.

Berapa ramai yang telah belajar Tafsir al-Quran baru tahu apakah maksud ‘tauhid’, apakah maksud ‘syirik’ dan lain-lain lagi tentang agama. Mereka mengaku yang selama ini mereka duduk dalam kesesatan. Mereka sangka sebelum ini mereka telah beramal yang benar, telah selamat, tetapi setelah belajar, barulah mereka tahu apakah kebenaran itu.

Waktu itu baru mereka menangis kerana menangisi masa lampau yang mereka telah buang kerana mengamalkan amalan yang salah dan sia-sia. Mereka baru sedar yang kalaulah mereka mati sebelum tahu tafsir al-Quran, tentulah mereka akan masuk neraka.

‎وَرَسُولٌ مُّبِينٌ

dan seorang Rasul yang jelas nyata

Allah SWT telah memakbulkan doa Nabi Ibrahim dalam [ Baqarah: 129 ] untuk membangkitkan Rasul dari kalangan keturunannya yang akan membacakan ayat-ayat Allah SWT:

‎رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

“Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firman-Mu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

Yang dimaksudkan adalah Nabi Muhammad SAW. Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW dikatakan sebagai مُّبِينٌ (jelas)? Ini kerana jelas nyata kerasulan baginda SAW, tanpa syak lagi dan baginda SAW menjelaskan agama Islam dengan menggunakan al-Quran yang juga jelas nyata.

Zaman sekarang, selain dari belajar Tafsir al-Quran, kita kena belajar Sunnah Nabi SAW kerana Nabi SAW sudah tidak ada dalam kalangan kita. Apa yang ditinggalkan kepada kita adalah kitab-kitab hadis yang telah disusun oleh ulama-ulama hadis. Namun, kita kenalah pastikan yang hadis yang kita gunakan sebagai pegangan kita adalah hadis-hadis yang sahih.

Malang sekali apabila ramai dari kalangan masyarakat kita yang belajar agama, tetapi mereka tidak belajar hadis yang sahih. Maka, mereka tetap berada dalam kesesatan. Hadis yang selalu beredar dalam kalangan kita adalah hadis-hadis yang palsu ataupun lemah. Maka, mereka menggunakan hadis yang tidak benar. Mereka sangka mereka benar kerana pakai hadis, tetapi apabila tidak belajar, hanya baca sendiri sahaja, atau belajar dengan guru yang salah, mereka telah melakukan kesalahan dalam agama.

Itulah bahayanya kalau tidak belajar dengan betul. Inilah bahayanya kalau tersalah pilih guru. Begitulah penat setiap tahun kami kena jelaskan tentang amalan bidaah Nisfu Syaaban sebab semua baca hadis tetapi tidak tengok sahih atau tidak.

Allahu a’lam.

DIDIKLAH HATI, HAYATI PERINGATAN INI

0

Panel: BroSyarief

DIDIKLAH HATI, HAYATI PERINGATAN INI

Muhammad ibn ‘Ubadah al-Mu’afiri berkata:

كنَّا عند أبي شريحٍ المعافريِّ رحمه الله فكثرت المسائل،

Kami dahulu selalu bersama Abu Syuraih al-Mu’afiri (w.167H) rahimahulLah, lalu banyak permasalahan yang ditimbulkan.

فقال: قد درنت قلوبكم، فقوموا إلى خالد بن حميدٍ المهريِّ،

Lalu katanya: Hati-hati kalian telah kotor. Pergilah kepada Khalid ibn Hamid al-Mahriy (kerana beliau sering memberi nasihat-nasihat).

استقلُّوا قلوبكم، وتعلَّموا هذه الرغائب والرقائق؛

Tundukkanlah hati-hati kalian, pelajarilah perkara-perkara ini (peringatan-peringatan) berkait galakan-galakan dan pelembut-pelembut hati,

فإنَّها تجدِّد العبادة، وتورث الزَّهادة، وتجرُّ الصَّداقة، وأقلُّوا المسائل؛

Ia sesungguhnya memperbaharui semangat beribadah, mewariskan kerendahan diri, mengeratkan hubungan persahabatan dan mengurangkan permasalahan,

فإنَّها في غير ما نزل تقسِّي القلب، وتورث العداوة

Kerana permasalahan ini jika tidak pada tempatnya, akan mengeraskan hati dan melahirkan permusuhan.

[Siyar al-A’lam an-Nubala’] #BSS

BroSyarief kongsikan beberapa faedah,

01 Kata-kata ini dinukilkan oleh Syaikh Dr ‘Umar al-Muqbil di pembukaan kitabnya Mawa’iz as-Sahabah (Peringatan-peringatan para Sahabat) yang menukilkan kata-kata hikmah dan peringatan-peringatan oleh para sahabat radhiyalLaahu ‘anhum ajma’in. ( Link download kitab » bit.ly/1k63oaq ) #BSS

02 Bukanlah satu kesalahan untuk mengambil kata-kata hikmah dengan bertujuan untuk memotivasi diri, tetapi dahulukan apa yang lebih mengikut keutamaannya iaitu al-Quran, Hadits-hadits, kata-kata para sahabat dan seterusnya.

03 Sebagai manusia, kita cenderung untuk lupa hakikat perlunya kita kepada dorongan dan sokongan, sehingga apabila kita tenggelam dalam kelalaian atau dalam kesibukan, hati kita menjadi keras kerana tiada siraman peringatan dari semasa ke semasa. #BSS

04 Kelembutan hati bukan satu perkara yang mengaibkan, malah ia menjadikan hubungan dan komunikasi sesama manusia menjadi lebih harmoni, penuh sangka baik, adab, toleransi, dll; kerana ukhuwwah sesama orang beriman adalah nikmat dan juga tanggungjawab dariNya, yang perlu dipelihara sebagaimana nikmat ilmu dan tanggungjawab memeliharanya.

05 Bacalah peringatan-peringatan dari al-Quran, hadits-hadits Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam dan hadirlah ke majlis-majlis yang memberi peringatan walau sekadar sekali seminggu, ambillah pengajaran daripadanya untuk kita membuat perubahan walau sekecil menambah kadar senyuman setiap hari. #BSS

#صحّح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Tafsir Surah Az-Zukhruf – Tafsir Ayat Ke-24 hingga Ke-26

0

Tafsir Surah Az-Zukhruf

Tafsir Ayat ke-24

Apakah Allah SWT suruh Rasulullah SAW berhujah terhadap dakwaan mereka yang hendak ikut apa yang diamalkan oleh orang-orang terdahulu itu?

Sebelum ini telah disebut bagaimana manusia ramai hendak ikut ajaran dan amalan tok nenek sahaja. Musyrikin Mekah begitu, masyarakat melayu begitu juga. Beginilah yang Allah SWT ajar Nabi SAW bagaimana hendak menjawab kepada mereka dan kita juga kena ikut bagaimana Nabi SAW menjawab dan berhujah dengan mereka.

‎۞ قٰلَ أَوَلَو جِئتُكُم بِأَهدىٰ مِمّا وَجَدتُّم عَلَيهِ ءآباءَكُم ۖ قالوا إِنّا بِما أُرسِلتُم بِهِ كٰفِرونَ

Rasul itu berkata: “Adakah (kamu akan menurut juga mereka) walaupun aku membawa kepada kamu ugama yang lebih jelas hidayah petunjuknya daripada jalan ugama yang kamu dapati datuk nenek kamu menurutnya?” Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya”.

‎قٰلَ أَوَلَوْ جِئْتُكُم بِأَهْدَىٰ

Rasul itu berkata: “Walaupun aku membawa kepada kamu yang lebih jelas hidayah petunjuknya?

Rasul itu berkata: “Masihkah hendak ikut mereka lagi walaupun aku bawa wahyu yang lebih baik lagi?”

 Kita juga kena kata begitu. Takkan hendak pakai lagi ajaran tok nenek kalau kita sudah bawa dalil dari al-Quran ataupun bawa dalil yang sah dari hadis yang sahih? Masih kamu hendak ikut juga? Ayat ini bukanlah hendak mengatakan ajaran tok nenek itu ada pimpinan, dan ajaran Islam punya lebih terpimpin. Tidaklah begitu.

Kalau faham macam itu, bahaya pula kerana seolah-olah mereka juga ada terpimpin, cuma kurang sahaja. Kita kena faham yang ayat ini sebagai cara berlembut hendak ajak sahaja. Ini cara dialog muzakarah yang Allah SWT ajar.

‎مِمَّا وَجَدتُّمْ عَلَيْهِ ءآبَاءَكُمْ

daripada jalan ugama yang kamu dapati datuk nenek kamu menurutnya?”

 Ajaran dari al-Quran dan sunnah itu jauh lebih baik dari apa yang mereka amalkan dan ia tidak sama dengan apa yang mereka belajar itu. Mereka sahaja yang sangka amalan yang mereka lakukan itu benar, tetapi kalau dibandingkan dengan ajaran al-Quran dan sunnah, ia amat berlawanan dengan apa yang mereka lakukan.

‎قَالُوا إِنَّا بِمَا أُرْسِلْتُم بِهِ كٰفِرُونَ

Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya”.

Setelah diberikan dengan dalil-dalil yang sah, akan ada juga yang masih ingkar tidak mahu ikut. Mereka ada yang berkata: “Apa yang kamu katakan itu sudah betul, tetapi yang guru aku ajar ini betul juga”.

Mereka yakin sangat yang guru-guru dan amalan tok nenek itu benar, sampaikan mereka tidak mahu juga hendak terima dalil yang diberikan. Hati mereka masih juga mahu menolak. Kedegilan mereka lebih kuat lagi. Padahal sudah habis hujah diberikan kepada mereka.

Allah SWT hendak beritahu kita yang memang ada manusia yang jenis macam ini, jadi jangan terkejut. Mereka tolak sebab mereka degil sahaja.

Tafsir Ayat ke-25

Ayat Takhwif Duniawi.

Selepas mereka menolak apa yang dibawa oleh penyebar tauhid dan penyebar tauhid tinggalkan mereka, adakah mereka akan dibiarkan begitu sahaja oleh Allah SWT?

‎فَانتَقَمنا مِنهُم ۖ فَانظُر كَيفَ كانَ عٰقِبَةُ المُكَذِّبينَ

Lalu Kami balas keingkaran mereka dengan azab yang membinasakan; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.

 ‎فَانتَقَمْنَا مِنْهُمْ

Lalu Kami balas keingkaran mereka dengan azab yang membinasakan;

Allah SWT tidak akan lepaskan mereka begitu sahaja. Allah SWT akan beri azab kepada mereka kelak. Ada kaum yang Allah SWT putuskan langsung baka mereka sampai mereka tidak ada keturunan langsung.

‎فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عٰقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan.

Allah SWT telah musnahkan kaum dan umat yang mendustakan kebenaran dahulu. Lihatlah sejarah apa yang terjadi kepada mereka. Ambillah pengajaran dari mereka. Jangan hanya membaca sahaja kisah mereka.

Maknanya, Allah SWT boleh balas keingkaran mereka semasa di dunia lagi, tidak perlu tunggu di akhirat. Allah SWT jadikan mereka sebagai pengajaran kepada kita supaya jangan jadi seperti mereka.

Telah banyak umat-umat yang telah dimusnahkan kerana telah ingkar kepada Rasul-rasul mereka, seperti kaum Nabi Nuh, Luth, Aad, Tsamud dan banyak lagi. Lihatlah sikit bagaimana kesudahan buruk yang mereka alami.

Kalau Allah SWT tidak musnahkan mereka dengan azab yang menghancurkan tubuh badan, Allah SWT boleh hina mereka semasa mereka di dunia lagi.

Tafsir Ayat ke-26

Ini adalah Dalil Naqli Tafsili (kerana disebut nama Rasul).

Sekarang kita masuk kepada Kisah Nabi Ibrahim a.s kerana Allah SWT hendak ajar bagaimanakah akidah para Nabi. Kisah ini tentang bagaimana Nabi Ibrahim menghadapi kaumnya yang hanya ikut sahaja apa yang diamalkan oleh tok nenek mereka.

Kisah ini mulanya diberikan kepada Musyrikin Mekah. Ini adalah kisah sebenar Nabi Ibrahim a.s. dan Allah SWT sampaikan kerana Musyrikin Mekah perasan mereka ikut ajaran agama Nabi Ibrahim tetapi tidak sebenarnya.

Macam orang kita juga yang ramai perasan mereka sudah ikut ajaran Nabi Muhammad, tetapi tidak sebenarnya. Musyrikin Mekah tidak ikut ajaran Nabi Ibrahim padahal mereka sudah keturunan Nabi Ibrahim. Tidak boleh sangka baik dalam perkara ini.

Walaupun mereka keturunan Nabi, tetapi kalau salah, tetap salah. Tidak kira keturunan sesiapa termasuk sama ada mereka golongan ‘Habib’. Kita kena lihat benar-benar kisah Nabi Ibrahim ini dan ambil pengajaran darinya. Kisah ini adalah tentang akidah kerana pertembungan antara Nabi Muhammad SAW dan penduduk Mekah adalah tentang akidah.

وَإِذ قالَ إِبرٰهيمُ لِأَبيهِ وَقَومِهِ إِنَّني بَراءٌ مِّمّا تَعبُدونَ

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah

وَإِذْ قَالَ إِبْرٰهِيمُ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ

Dan (ingatkanlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya:

Nabi Ibrahim berkata dalam ayat ini kepada bapa dan kaumnya selepas baginda dibakar kerana selepas baginda dinaikkan menjadi Nabi, baginda telah berdakwah kepada kaumnya.

Begitu juga dengan kita-apabila telah mendapat hidayah, kita kena sebarkan kepada orang lain. Jangan simpan sahaja. Apabila Nabi Ibrahim berdakwah kepada kaumnya, baginda telah ditangkap dan telah dimasukkan ke dalam api. Kisah itu ada disebut dalam surah yang lain.

Apakah kata baginda kepada mereka?

إِنَّنِي بَرَاءٌ مِّمَّا تَعْبُدُونَ

“Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah

Ini ada persamaan dengan kalimah syahadah la ilaaha illa Allah – iaitu menolak fahaman yang salah. Iman kena dimulakan dengan menolak fahaman yang salah.

Kalimah بَرَاءٌ bermaksud kita isytihar yang kita tidak ada kena mengena dengan perkara yang kita tidak suka. Kita jauhkan diri kita sebab kita tidak setuju.

Inilah yang dinamakan konsep wala’ wal bara’ – Cinta dan Benci iaitu kita tunjuk kita cinta kepada sesuatu yang baik dan benci kepada sesuatu yang tidak baik. Tidaklah kita tengok sahaja dan tidak buat apa-apa.

Kalau ada orang yang buat amalan bidaah seperti Majlis Tahlil, jangan kita ikut mereka pula. Kita kena tunjuk kita tidak suka. Yang Nabi Ibrahim berlepas diri itu adalah kerana mereka menggunakan perantaraan dalam berdoa.

Inilah penyebab kesesatan kepada manusia. Mereka mengaku bahawa Allah SWT adalah Tuhan tetapi mereka menggunakan perantaraan dalam doa. Itulah yang dinamakan Tawassul. Walaupun dalam masa yang sama, mereka percaya ada Tuhan yang Satu yang menjadikan alam ini.

Semua agama yang kufur ada perantaraan dalam doa mereka. Termasuk Syiah yang memuja Ahlul Bayt untuk menyampaikan doa mereka kepada Allah SWT. Bayangkan bapanya dan kaumnya semua sekali mengamalkan syirik tetapi baginda tidak ikut mereka walaupun baginda berseorangan sahaja.

Bayangkan bagaimana baginda menolak ayah baginda dan kaumnya yang dia hidup dengan mereka dari kecil lagi. Maka tentu payah tetapi baginda sanggup lakukan. Maka kita jangan takut dengan kawan-kawan dan keluarga kita – kita kena berani menyatakan kebenaran.

Dalam ayat sebelum ini, disebut tentang mereka yang mengikut sahaja amalan orang lain. Memang jadi satu masalah apabila orang ramai dalam kalangan masyarakat kita buat perkara yang salah, tetapi kita hendak buat perkara yang benar.

Kita hendak larang sudah jadi satu masalah sebab ramai sangat yang buat. Kita hendak lawan pun, kita seorang sahaja. Maka, dalam keadaan begitu, kita disuruh mengikut sunnah Nabi Ibrahim yang menggunakan akalnya untuk menilai manakah yang benar.

Memanglah paling senang adalah kita ikut sahaja apa yang diamalkan oleh masyarakat yang ramai; tetapi tidak boleh begitu. Kita tidak boleh ikut mereka kalau mereka melakukan perkara yang salah. Kalau kita tidak boleh halang dan lawan mereka, sekurangnya kita kena isytihar yang kita tidak ikut cara mereka.

Ayat ini mengajar kita untuk berlepas diri dari mereka yang berbuat syirik. Kita kena beritahu mereka yang kita tidak setuju dengan cara mereka dan kita kena tinggalkan mereka. Jangan kita duduk-duduk dalam majlis mereka.

Jangan kita ada kena mengena dengan majlis mereka kerana kalau kita masih lagi bersama dengan mereka, ditakuti kita akan terikut-ikut dengan mereka. Kalau masyarakat buat Majlis Tahlil, jangan ikut serta, walaupun untuk makan sahaja.

Kenapa kita disuruh untuk ikut sunnah Nabi Ibrahim ini dengan isytihar yang kita tidak suka dengan apa yang mereka lakukan?

Ini kerana kalau kita tidak cakap dan senyap sahaja, nanti boleh dikira yang kita bersetuju dengan mereka. Macam kita sebahagian dari mereka pula. Oleh itu, kita kena pisahkan diri kita dari mereka dan untuk memisahkan diri kita dari mereka, kita kena isytiharkan. Tentunya ini memerlukan kekuatan iman.

Kita tahu, bukan senang hendak cakap perkara yang benar yang berlawanan dengan apa yang diamalkan oleh masyarakat tetapi itulah agama – kena ada pengorbanan dan keberanian. Beranilah kerana benar.

Kita kena beritahu mana yang salah. Jangan kita senyap sahaja. Kalau kita senyap, macam kita setuju dengan kesalahan yang dilakukan oleh manusia. Nanti orang jadikan kita sebagai jahil: “kau tengoklah, ustaz fulan itu pun senyap jer bila kita buat majlis ini…”.

Nabi Muhammad SAW juga telah isytiharkan perkara yang sama. Sebelum baginda SAW berpindah ke Madinah, baginda SAW telah isytihar yang baginda berlepas diri dari Musyrikin Mekah tetapi, bilakah baginda kata begitu? Selepas baginda SAW berdakwah kepada mereka bertahun-tahun lamanya.

Maknanya, kenalah dakwah dulu. Begitu jugalah yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim. Maka bukan terus cakap kita tidak setuju dengan mereka. Hanya selepas mereka tolak ajakan dakwah kita berkali-kali, barulah kita isytihar sebegitu.

Allahu a’lam.

 

 

 

HADITH ARBA’IN – 42

0

 

LUASNYA AMPUNAN ALLAH TAALA

 

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : قَالَ اللهُ تَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَاكَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّماَءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطاَياَ ثُمَّ لَقِيْتَنِي لاَ تُشْرِكْ بِي شَيْئاً لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

[رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح ]

 

Terjemahan Hadith

Dari Anas Radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Allah Ta’ala berfirman: “Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu). Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni engkau. Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan“.

(Riwayat Tirmidzi dan dia berkata : haditsnya hasan shahih)

 

Catatan :

 

1. Berdoa diperintahkan dan dijanjikan untuk dikabulkan.

 

2. Pemberian maaf Allah SWT dan ampunan-Nya lebih luas dan lebih besar dari dosa seorang hamba jika dia minta ampun dan bertaubat.

 

3. Berbaik sangka kepada Allah Ta’ala, Dialah semata Yang Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat dan istighfar.

 

4. Tauhid adalah pokok ampunan dan sebab satu-satunya untuk meraihnya.

 

5. Membuka pintu harapan bagi ahli maksiat untuk segera bertaubat dan menyesal betapapun banyak dosanya.

Popular

Iklan

Iklan