Utama Blog Halaman 107

Tekanan Darah Tinggi: Soal Jawab Seputar Masalah Hipertensi

0
AHA: American Heart Association.

Soalan:
🍓Doktor, bacaan tekanan macam ni adakah perlu pada makan ubat… saya kerap periksa, memang yang ni time tengah relax… kadang-kadang bila makan makanan tertentu sampai sakit kepala saya.

Dr Kamaluddin:
Jika ada penyakit lain contohnya kencing manis atau sakit jantung atau kolesterol tinggi kena makan ubat darah tinggi, jika tiada penyakit lain kena follow up.

🔴 Jika kepala sering rasa macam kebas-kebas..adakah ia berkaitan dengan tekanan darah tinggi atau apa ye?

Dr Kamaluddin:
InsyaAllah tak ada kaitan dengan hypertension

🔴Jadi, kemungkinan kenapa ye? Perubahan hormon? Jika ke klinik, bagaimana diagnosisnya?

Dr Kamaluddin:
Mungkin kurang calcium atau (vitamin) b1 b6 b12.

🔴Saya nak mintak pandangan dari doktor. Sebenarnya 3 hari lepas saya ada buat rawatan untuk periksa tekanan darah…
1. 151/115
2. 135/110
3. 169/110

Dan pagi ini saya ke klinik kerajaan untuk buat rawatan susulan … tekanan darah saya 146/90 tapi pening sakit kepala masih ada… Masalahnya sekarang dari jam 7 smpai jam 12 baru dipanggil nombor untuk jumpa Dr. Itupun belum ambik ubat.
Kat sini saya nak tanya pada Dr. LAYAKKAH SAYA DAPAT MC ATAU TIME SLIP Saya mohon pandangan Dr doktor
Terima kasih..

Dr Kamaluddin:
Pening sebenarnya bukan disebabkan tekanan darah yang lebih dari normal, tekanan darah tinggi adalah penyakit yang silent, itu sebabnya ramai orang yang tidak hiraukannya

🔴 Tumpang tanya, kalau kita selalu pening tiba-tiba. Itu akibat apa ya??? Macam saya, saya selalu jalan-jalan dekat bandar, lepas tu dalam saya seronok berjalan tiba-tiba saya rasa badan saya hampir rebah dan tiba-tiba saya pening…

Dr كمال الدين
Mungkin tekanan darah rendah seketika disebabkan berjalan atau paras gula menjadi rendah sebab makan terlalu sedikit sebelum berjalan tadi.

🔴 Kenapa ada sesetengah kes strok pesakit ditebuk kepalanya untuk keluarkan pendarahan dan ada kes yang tidak ditebuk..

Adakah benar di hospital kerajaan..pesakit berumur lebih 50 tahun tidak akan ditebuk kepala jika pendarahan strok..

Dr كمال الدين
Bergantung pada jenis stroke samada pendarahan atau salur darah sumbat. Ia juga dipengaruhi oleh kedudukan yang terlibat di otak. Mengenai umur tu tidak betul.

🔴Strok pendarahan, doktor..

Kawasan yang terlibat adalah bahagian yang mengawal pernafasan dan jantung..

Satu lagi pesakit memberikan respon bergerak dan buka mata setelah 24jam..hanya reaksi dalam tempoh 24jam sahaja yang akan diambil tindakan penyembuhan lanjut.

Betul kah?

Dr كمال الدين
Kawasan yang mengawal pernafasan dan jantung merupakan kawasan yang sangat vital, dan jika stroke melibatkan kawasan in jarang diambil tindakan invasive, dikhuatiri pernafasan dan jantung berhenti berfungsi.

Dalam stroke susah kita menjangka outcome, kadang kala kita lihat pada awalnya begitu teruk tapi result akhirnya sangat memberangsankan. Sebenarnya dalam stroke rawatan bergantung pada penyebab, jika tekanan darah tinggi, rendahkan, jika ada darah beku dalam salur akan cuba dicairkan. Selain dari itu hanya supportive dan observation.

🔴Assalamualaikum Dr, adakah orang yang bacaannya bp nya selalu tinggi, tak mau makan ubat jugag ada risiko sakit buah pinggang…katanya kalau mkn ubat perutnya pedih.

Dr كمال الدين
Iye, disebabkan tekanan yang tinggi menyebabkan kerosakan pada sistem penapisan di buang pinggang

🔴 Blood pressure (bp) tinggi (140/100) selain makan ubat.. makanan apa lagi yang boleh turunkan bacaan? Selain delima, cuka epal, cuka kurma?

Dr Adli Khalim:
Hindari makanan yang tinggi kandungan garam.

Selain ubah pola makan, kena bersenam, berhenti merokok.

Dr كمال الدين
Tambah exercise

🔴Dr.Kamal, adakah pengambilan kafein dalam jangka masa panjang salah satu sebab kepada serangan jantung?

Dr كمال الدين
Belum ada lagi dokumetasi mengenai ini. Lagi pun pengambilan cafein tak lah menyebabkan jantung berdenyut hingga 140 bpm.

Tapi caffein ni banyak dikaitkan dengan gastritis and reflux

IKLAN:
Sekedar nak mengingati kawan kawan ;

1) Pergilah check kolestrol 3 bulan sekali. Kolestrol yang tidak merbahaya ialah di bawah 3.5

2) Belilah alat check darah tinggi harganya hanya 100 dan baterinya harganya 5 ringgit. Boleh tiap tiap hari check di rumah sambil makan atau sambil tengok TV pun boleh. Bacaan normal dan sehat ialah 120/80. Kalau lebih dari 140 pergilah jumpa doktor segera jangan buat bodoh sombong kerana anda tidak tau apa apa sebenarnya.

3) Janganlah percaya pada tukang jual jamu atau herba kerana kelulusan mereka hanya SPM dan tidak faham tentang ilmu kedoktoran. Mereka pandai saja cakap sebab hendak lariskan produk mereka sahaja.

4) Jangan sekali kali lengahkan jumpa doktor jika rasa sakit kepala melampau atau pening melampau kerana umur kita sudah USIA SAKIT yakni 40 tahun ke atas. Dan kita tidak tahu apa apa pasal sebab sebab sakit kepala. Minyak cap kapak bukan ubat saluran darah tersumbat.

5) Berhentilah minum teh tarik atau kopi susu isian pekat manis kerana ianya bukan susu malah ianya adalah pekatan kelapa sawit yang diperkaya dengan gula dan di diwarna putih.

6) Sebenarnya kita, awak dan kawan kawan semua tak tahu apa satu pasal penyakit. Hanya cakap pandai dan besar saja. Hakikatnya seringlah jumpa doktor.
Jangan takut jumpa doktor kerana doktor bukan hantu atau rimau.

7) Lebih baik kita tahu dari awal penyakit kita agar kita boleh berusaha mengubati dari dok sembang deras padahal kita tak tahu gapa satu.

8) Jawatan tinggi dan kedudukan kewangan yang banyak bukan ukuran bahawa kita tahu akan penyakit kita.

9) Cari masa untuk bersenaman semampu anda mengikut usia dan kemampuan masing-masing. Jalan kaki pun boleh, apa susah.

BERINGATLAH.
Pesanan ikhlas untuk sahabat sahabat demi menjaga kesihatan.

Dr Farhani Azizan:
☝️guideline terbaru yang dikeluarkan AHA. 130/80 dah masuk stage 1 hypertension. Berita yang heboh dalam kalangan pengamal perubatan semalam.

AHA: American Heart Association.

Bantahan Dakwaan al Umm Bukan Karya al-Syafi’iy rh

0

Soalan:
🔴Bukankah Al Umm adalah tulisan anak murid imam Asy Syafie ustaz ? jika tak silap Al Iraqi ..Apa yang ada adalah kata kata imam asy syafie bukannya karangan imam asy syafie….betulkan saya jika tersilap…

THTL al-Jazani توان حسن:
al Umm bukan karya al Syafi’iy r.h. adalah kata-kata Imam al Ghazali dalam Ihya adalah karya dua muridnya al Buwati dan al Robi’ bin sulamaiman bukan al Iraqi. al Iraqi adalah muhaqqiq kitab ihya’.

Ahli hadith, Syaikh Ahmad Syakir, Muhaqqiq al Risalah membantah al Ghazali dan menetapkan al Umm memang karya asal al Syafi’iy
komentar Syaikh Ahmed Syakir rh:

فقد تعرض للجدل في هذا الكتاب، عن غير بينة ولا دراسة منه لكتب المتقدمين وطرق تأليفهم، ثم طرق رواية المتأخرين عنهم لما سمعوه، فأشبهت عليه بعض الكلمات في (الام) فظنها دليلا

“…(orang yang mendakwa al Umm bukan karya al Syafi’ii) telah tampil mendebat tentang kitab (Al-Umm) ini tanpa bukti dan studi terhadap kitab-kitab mutaqoddimin dan metode-metode penulisan mereka. Kemudian (beliau juga tidak melakukan studi terhadap) metode-metode riwayat mutaakhirin yang memperoleh berita dari mereka pada saat mendengarnya. Karena itu menjadi kaburlah beberapa kalimat dalam kitab Al-Umm sehingga beliau menyangkanya sebagai bukti…” (Muqoddimah Ar-Risalah, hlm 9)

cuma kata Syaikh Ahmad, terdapat sisipan dari al Buwaiti dan al Robi’ kepada naskhah asal, maka al Umm adalah bukan asli 100% karya al Syafi’iy melainkan ada sisipan/tambahan dari muridnya al Buwaiti dan al Robi’.

CARILAH KEMULIAAN HIDUP DENGAN BERTAQWA

0
Tazkirah ringkas dari team UiTO Klik di aplikasi Telegram @Tazkirah Channel Rasmi @UiTO2017

~Tadabbur Kalamullah 13 Rabiulawwal 1437H~

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”[Surah al-Hujurat 13]

#Sahabat juga sepupu Nabi saw, Ibn Abbas r.a berkata:

كرم الدنيا الغنى، وكرم الآخرة التقوى

“Mulianya seseorang di dunia adalah kerana kaya. Namun mulianya seseorang di akhirat kerana takwanya.”(Tafsir Al Baghawi)

#Amalan-amalan untuk menjadi insan yang lebih mulia dan menggapai taqwa:

1. Kembali kepada asas agama
2. Banyakkan membaca tentang akhlak
3. Contohi akhlak Rasulullah dan para sahabat
4. Menghormati orang lain tanpa mengira latar belakang
5. Tertib dalam semua keadaan (jaga maruah dan adab)
6. Bertimbang rasa, sabar dan baik hati
7. Guna bahasa yang sopan
8. Menepati masa
9. Bersedia membantu tanpa di minta

♡Carilah kemuliaan hidup dengan bertaqwa kepada Allah swt dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan semua laranganNya♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1764/ 6078.

Dari ‘Adi bin Hatim r.a. bahawa Nabi S.A.W. menyebut neraka, lalu memalingkan mukanya dan Mohon berlindung dari neraka. Kemudian beliau menyebutnya sekali lagi, lalu memalingkan mukanya dan Mohon berlindung dari neraka. Kemudian beliau bersabda: “Pelihara diri mu dari neraka, walaupun dengan memberikan sebelah kurma (bersedekah) . Siapa yang tidak sanggup hendaklah dengan mengucapkan perkataan yang baik.”

٦٠٧٨ – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَمْرٍو عَنْ خَيْثَمَةَ عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ النَّارَ فَأَشَاحَ بِوَجْهِهِ فَتَعَوَّذَ مِنْهَا ثُمَّ ذَكَرَ النَّارَ فَأَشَاحَ بِوَجْهِهِ فَتَعَوَّذَ مِنْهَا ثُمَّ قَالَ اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ

Tinggal 10 Hari Lagi Untuk Daftar Konvensyen UiTO Ke-4 2018

0

Salam.
Terima kasih atas sokongan anda semua terhadap Konvensyen Ke-4 UiTO ini.

Setakat jam 6: 00 petang ini, ada seramai 70 orang sudah mendaftar dan 55 orang sudah membuat bayaran.

Mohon jasa baik semua untuk menarik lebih ramai peserta agar faedah daripada Konvensyen ini dapat disebarluaskan.

Mohon juga jasa baik semua agar menyegerakan bayaran yuran, kerana wang diperlukan untuk membuat persiapan seperti tempahan tempat, kos percetakan dan sebagainya.

Mohon juga jasa baik bagi yang mahu menderma atau menaja Konvensyen ini, agar dapat segera berbuat demikian.

Semoga Allah memudahkan perjalanan ilmu kita dan merahmati kita semua.

♦️Ahli Grup yang dihormati♦️

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa:

1. Tarikh mendaftar dan bayaran akhir sebagai Peserta Konvensyen UiTO Ke-4 2018 adalah pada atau sebelum 15 November 2018. Ini adalah untuk memastikan semua keperluan seminar dapat diuruselia dengan sempurna dan teratur.

2. Individu/Syarikat yang ingin menyumbang/menaja/infaq di Konvensyen UiTO Ke-4 2018 adalah digalakkan dan dihargai untuk berbuat demikian pada atau sebelum 10 November 2018. Semua penajaan/sumbangan sebelum 10 November 2018 akan dimasukkan di dalam Prosiding Konvensyen UiTO Ke-4 2018.

3. Peserta Konvensyen UiTO Ke-4 2018 akan dibekalkan dengan kit berikut:

a. Prosiding Konvensyen UiTO Ke-4 2018
b. Goodies bag termasuk barangan cenderahati
c. Name Tag
d. Sijil Penyertaan Konvensyen

4. Bagi sesiapa yang tidak dapat hadir tetapi ingin mendapatkan Prosiding Konvensyen UiTO Ke-4 2018, boleh menempah dan membuat bayaran sebanyak RM25 sebelum 15 November 2018. Prosiding akan dipos selepas konvensyen tamat.

5. Pendaftaran/ pembayaran lewat masih diterima, tetapi Kit peserta bergantung kepada stok yang terhad, selagi masih ada.

Sila berhubung dengan Urusetia di aplikasi TELEGRAM untuk info lanjut:

1. Cikgu Rahim @RektorUiTO
2. Aliza @Fayyadh_anNur
3. Haffiza @ilaisyah
4. Benjamin @BenSyz
5. Zainun @Zainura18
6. Fawwaz @FawwazJohari
7. Zahiri @ZahiriP7
8. Nzms @tiangong9669
9. Syafni @Syarp
10. Hananzita @HananHalim

Kerjasama dan perhatian antum semua amatlah dihargai bagi memastikan Konvensyen UiTO ke-4 2018 ini dapat direalisasikan serta berjalan dengan baik dan berjaya. Insya Allah.

Jazaakumullahu khayran.

Hubungan Rapat Ujian Dengan Orang Beriman

0

TAZKIRAH HARIAN UiTO

Tadabbur Kalamullah 23 Zulhijjah 1439H☆

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” [Surah al-Ankabut 2]

#Ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini tidak dapat lari daripada ujian. Hakikatnya ujian hadir untuk menguji semua manusia. Dunia ini adalah tempat ujian untuk menilai sejauh mana tahap kekuatan iman seseorang.

وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta” [Surah al-Ankabut 3]

#Allah swt bukan menguji kita saja-saja. Ujian yang didatangkan untuk menilai sama ada kita beroleh kebaikan atau kesengsaraan tatkala dijemput pulang mengadapNya suatu hari kelak.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

“Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan” [Surah al-Anbiya’ 35]

#Ketahuilah bahawa ujian selain untuk menjadikan kita lebih kuat, ia juga dapat menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu dan meningkatkan darjat kita. Nabi saw bersabda:

فَمَا يَبْرَحُ الْبَلَاءُ بِالْعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِي عَلَى الْأَرْضِ وَمَا عَلَيْهِ مِنْ خَطِيئَةٍ

“Ujian itu akan selalu menimpa seorang hamba sampai Allah membiarkannya berjalan di atas bumi dengan tidak memiliki dosa” [HR at-Tirmizi, an-Nasaie dan Ibnu Majah]

#Kadangkala kita diuji sedikit hari ini hanya untuk mengelakkan perkara yang lebih mudarat di masa hadapan. Kadangkala ujian hadir hanya mahu mengukur sejauh mana rasa mahu dan usaha kita. Adakah kita benar bersungguh dan ikhlas?.

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ

“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu” [Surah Muhammad 31]

Hendaklah kita letakkan pengharapan hanya pada Allah. Berusaha, berdoa dan berserahlah padaNya. Doa itu tiada keterbatasan dan rahmat Allah itu terlalu luas, maka berdoalah apapun selagi masih hidup. Haraplah hanya padaNya dan bersabarlah atas segala ujian kerana Allah itu sentiasa bersama orang yang sabar

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE:
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

BLOG :
https://tadabburkalamullah.wordpress.com

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4031/4021.

Mewartakan kepada kami Muhammad bin Rumh, memberitakan kepada kami Al-Laits bin Sa’ed, dari Yazid bin Abu Habib, dari Sa’ed bin Sinan, dari Anas bin Malik, dari Rasulullah S.A.W bahawasanya beliau bersabda:

Besarnya pahala/balasan adalah seimbang dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya Allah, bila menyukai suatu kaum, Dia akan memberi cubaan kepada mereka. Maka barangsiapa yang redha kepada Allah, maka baginya mendapat keredhaan Allah. Dan barangsiapa yang marah” tidak menerima mendapatkan cobaan”, maka baginya mendapat kemurkaan Allah”.

٤٠٢١ – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ أَنْبَأَنَا اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ عَنْ سَعْدِ بْنِ سِنَانٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ عِظَمُ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السُّخْطُ

Konvensyen UiTO Ke-4, 2018 – Kenapa perlu hadir?

0

Kenapa perlu hadir Konvensyen UiTO Ke-4, 2018

UiTO berbesar hati dan terharu menerima sambutan hangat dari asatizah sama ada yang menjadi Panelis di UiTO mahupun dari pertubuhan yang bekerjasama dengan UiTO untuk mereliasasikan Konvensyen UiTO ke-4 ini dengan penerimaan tajuk kertas kerja/artikel yang mereka sudi bentangkan antaranya:

Tajuk Kertas Kerja yang telah diterima:

1. Islam Rahmatul ‘alamin
Pembentang: Cikgu Rahim

2. Fakta-Fakta Menarik dalam Sirah Nabawiyyah
Penulis: Ustaz Azril Ismail @Abu Qais

3. Kesan Ilmu Hadis Dalam Interaksi Media Sosial
Penulis: Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

4. Belajar Cara Belajar
Pembentang: Ustz Azlizan Nueq

5. Bahasa dan Suara
Penulis: Ust Masran Arshad

6. Fiqh Bahr
Pembentang: Tuan Hasan Tuan Lah

7. Cabaran & Peranan Imam dalam Menyebarkan Sunnah di dalam aliran “Mainstream”
Pembentang: Ustaz Suhailan Safian

8. Sunnah Sumber Pengetahuan dan Kemajuan
Pembentang: Ustz Daud At-Tetouani

9. 12 Ciri Negara Rahmah
Penulis: Ustz Syazalie Hirman Ahmad Najib – Wakil IKRAM

10. Dakwah Masa Kini: Bagaimana Menarik Generasi Muda kepada Islam
Pembentang: Tn Hj Mohd Fadzil Salleh – Pengerusi Suara Prihatin

11.  Makanan kita: Mana Silapnya?
Pembentang: Dr Zubaidi Ahmad

12. ‘Perkembangan Industri Hutang dan Penghakisan Nilai Islam sebagai Faktor  Masalah Ekonomi’.
Pembentang: Prof Dr. Mohd Nazari Ismail, Universiti Malaya

13.  Hayati 10 Sifat dan Akhlak Terpuji Dalam Islam
Penulis: Ustaz Makmum  bin Sundari @Abu Basyer

14. Praktikalkah Islam?
Pembentang: Ustaz Fikri Alamghiri

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bersama-sama kita hayati pembentangan kertas kerja/artikel yang telah mereka sediakan untuk santapan rohani kita.

klik pautan untuk mendaftar sebagai peserta:

https://t.me/KonvensyenUiTOke4

 

 

Peluang Infak Dan Taja Program UiTO

0

Konvensyen UiTO Ke-4 2018, Lumut, Perak

UiTO amat menghargai dan mengalu-alukan sebarang bentuk penajaan sama ada berupa barangan mahu pun kewangan untuk membantu UiTO merealisasikan Konvensyen UiTO Ke-4 2018 di The Star Orient, Lumut, Perak.

Individu/Syarikat yang berminat untuk menaja Konvensyen UiTO boleh menghubungi Urusetia berikut di aplikasi Telegram untuk keterangan lanjut:

1. Cikgu Rahim @RektorUiTO
2. Aliza @Fayyadh_anNur
3. Haffiza @ilaisyah
4. Benjamin @BenSyz
5. Zainun @Zainura18
6. Fawwaz @FawwazJohari

Penaja yang membuat tajaan sebelum 10/11/2018 akan dimasukkan di dalam Prosiding Konvensyen UiTO Ke-4 2018.

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. [ al-Hadid: 18 ].

Jazaakumullahu khayran.

 

Kertas Kerja Ustaz Adou Fr
Kertas Kerja Ustaz Abu Basyer
Kertas Kerja Ustaz Azlizan Nueq

Abstrak dari Kertas Kerja Panelis UiTO yang akan dibentangkan di Prosiding Konvensyen UiTO Ke-4 2018

8 & 9 Disember, 2018
The Orient Star Lumut, Perak

Daftar segera tempat terhad!

Page konvensyen UiTO ke-4
Hadiah menarik menunggu peserta. Sila follow, klik gambar di bawah

Konvensyen UiTO Ke-4 2018, The Orient Star, Lumut, Perak

0

Salamu’alaykum wm bth.

Dengan penuh takzim dan rasa kesyukuran Universiti Islam Telegram Online (UiTO) dengan kerjasama IKRAM Manjung dan Pertubuhan Suara Prihatin Malaysia (Suara Prihatin) akan mengadakan Konvensyen UiTO Kali Ke-4 seperti berikut:

Tarikh:  Sabtu, 8 Disember 2018 & Ahad, 9 Disember 2018
Tempat : The Orient Star Resort, Lumut, Perak
Tema : Islam Deen Praktikal

Pengisian:
Ucapan Rektor UiTO
Sesi Ilmiah dan Dialog bersama wakil IKRAM dan Suara Prihatin
Pembentangan Kertas Kerja Terpilih
Sembang Santai bersama Panelis UiTO
Slot Praktikal Fiqh di pantai (bab Air & Tanah)

Yuran Penyertaan:

RM50.00

Tarikh tutup Penyertaan adalah pada atau sebelum 15 November 2018.

Pendaftaran penyertaan Konvensyen UiTO Ke-4 2018 sila ke pautan berikut:

Pautan Peserta Konvensyen

https://t.me/KonvensyenUiTOke4/64

Moga Allah SWT mudahkan segala urusan kita dalam membantu melaksanakan kebaikan dan taqwa.

Jazaakumullahu khayran.

uito.org

Muliakan Darjat Rasulullah S.A.W

0

~Tadabbur Kalamullah 11 Rabiulawal 1437H~

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ

Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?”
[Surah al-Sharh 4]

#Tersebut dalam Tafsir al-Qurtubi: “Kami meninggikan sebutan tentang dirimu pada kalangan para malaikat, pada kalangan orang mukmin di atas muka bumi dan Kami meninggikan sebutan tentang dirimu di akhirat dengan mengurniakan kedudukan yang terpuji dan darjat-darjat yang mulia”

#Baginda saw sudah semestinya seorang manusia yang begitu istimewa hingga diberikan kedudukan-kedudukan yang agung di dunia dan di akhirat.

#Antara keistimewaan Rasulullah saw:
1. Merupakan pemimpin bagi semua para Nabi
2. Akan membawa panji-panji kepujian di tangannya pada hari kiamat kelak dan Nabi Adam akan berdiri di bawah panji Nabi saw
3. Nabi saw diampunkan segala dosa oleh Allah (Maksum)
4. Orang pertama memberi syafaat
5. Separuh umat Nabi Muhammad merupakan ahli Syurga
6. Diutus kepada seluruh manusia dan jin
7. Ramai umat Nabi Muhammad masuk Syurga tanpa hisab
8. Dianugerahi kolam di Syurga dan di luar Syurga
9. Menerima darjat al-Wasilah
10. Allah melebihkan Nabi saw mengatasi kelebihan semua para Nabi dan Rasul-RasulNya daripada kalangan manusia.

#Beruntungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad saw. Pelbagai keistimewaan dapat kita kecapi hasil daripada keistimewaan yang diperolehi Nabi saw yang tumpah kepada umatnya. Malang jika peluang ini diabai dan tidak dipedulikan.

#Perlu diingat bahawa hebat, gagah, cemerlang, mulia umat Islam dari zaman dahulu kala antaranya disebabkan berpegang teguh dengan ajaran Baginda. Jika kita pada hari ini ingin kembali menjadi umat yang hebat, gagah, cemerlang dan mulia maka kita kena kembali berpegang teguh dan menjadikan 100% ajaran Nabi saw sebagai panduan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

Jika hanya sekadar selawat dan berarak sempena sambutan Maulid Nabi tapi ajaran Nabi saw ditentang, dihina dan tidak diamalkan maka belum tentu beroleh kegembiraan di Mahsyar kelak

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)

AMAL KETAATAN MILIK SIAPA?

0

AMAL KETAATAN MILIK SIAPA?

Abu Bakr radhiyalLaahu ‘anhu berpesan,

أطوع الناس لله أشدُّهم بغضًا لمعصيته

Manusia yang paling taat kepada Allah, adalah yang paling dibenci ketika mengingkariNya

[Jamharah Khutobil-‘Arab]

Dr. Umar al-Muqbil menyebutkan,

وهذا معنى دقيقٌ؛

Dan kata-kata ini mempunyai makna yang sangat dalam,

فإنَّ كثيرًا من الناس قد يفعل جملة من الطاعات، بل ويكثر منها،

Sungguh, ramai orang yang melakukan sejumlah amal ketaatan, malah mereka memperbanyak lagi dalam melakukannya.

لكنَّه ضعيف المقاومة عند وجود أسباب المعصية؛

Tetapi mereka menjadi lemah untuk teguh melawan apabila timbulnya punca-punca penyebab maksiat

فمن كان كذلك، فطاعته ناقصةٌ، وولايته فيها خللٌ،

Barangsiapa yang keadaannya sedemikian rupa, ketaatannya dalam keadaan kekurangan, dan terdapat kekosongan dalam keupayaannya (dalam melakukan ketaatan)

وهذا معنى قول سهل بن عبد الله التُّستريِّ رحمه الله:

Dan inilah yang dimaksudkan oleh Sahl ibn ‘Abdillah at-Tustariy rahimahullah,

أعمال البرِّ يعملها البرُّ والفاجر، ولا يجتنب المعاصي إلا صدِّيقٌ

Amal kebaikan itu dilakukan oleh semua samada orang yang baik atau tidak, adapun menjauhi maksiat hanyalah dilakukan oleh orang-orang yang benar dan jujur.

[Hilyatul-Awliya]

Disalin dari buku Mawa’iz as-Sahabah, karangan Syaikh Dr Umar al-Muqbil.

Terjemahan oleh BroSyarief

#صحّح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Popular

Iklan

Iklan