Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Tekanan Darah Tinggi: Soal Jawab Seputar Masalah Hipertensi

Tekanan Darah Tinggi: Soal Jawab Seputar Masalah Hipertensi

3825
0
AHA: American Heart Association.
Iklan

Soalan:
🍓Doktor, bacaan tekanan macam ni adakah perlu pada makan ubat… saya kerap periksa, memang yang ni time tengah relax… kadang-kadang bila makan makanan tertentu sampai sakit kepala saya.

Dr Kamaluddin:
Jika ada penyakit lain contohnya kencing manis atau sakit jantung atau kolesterol tinggi kena makan ubat darah tinggi, jika tiada penyakit lain kena follow up.

🔴 Jika kepala sering rasa macam kebas-kebas..adakah ia berkaitan dengan tekanan darah tinggi atau apa ye?

Dr Kamaluddin:
InsyaAllah tak ada kaitan dengan hypertension

🔴Jadi, kemungkinan kenapa ye? Perubahan hormon? Jika ke klinik, bagaimana diagnosisnya?

Dr Kamaluddin:
Mungkin kurang calcium atau (vitamin) b1 b6 b12.

🔴Saya nak mintak pandangan dari doktor. Sebenarnya 3 hari lepas saya ada buat rawatan untuk periksa tekanan darah…
1. 151/115
2. 135/110
3. 169/110

Dan pagi ini saya ke klinik kerajaan untuk buat rawatan susulan … tekanan darah saya 146/90 tapi pening sakit kepala masih ada… Masalahnya sekarang dari jam 7 smpai jam 12 baru dipanggil nombor untuk jumpa Dr. Itupun belum ambik ubat.
Kat sini saya nak tanya pada Dr. LAYAKKAH SAYA DAPAT MC ATAU TIME SLIP Saya mohon pandangan Dr doktor
Terima kasih..

Dr Kamaluddin:
Pening sebenarnya bukan disebabkan tekanan darah yang lebih dari normal, tekanan darah tinggi adalah penyakit yang silent, itu sebabnya ramai orang yang tidak hiraukannya

🔴 Tumpang tanya, kalau kita selalu pening tiba-tiba. Itu akibat apa ya??? Macam saya, saya selalu jalan-jalan dekat bandar, lepas tu dalam saya seronok berjalan tiba-tiba saya rasa badan saya hampir rebah dan tiba-tiba saya pening…

Dr كمال الدين
Mungkin tekanan darah rendah seketika disebabkan berjalan atau paras gula menjadi rendah sebab makan terlalu sedikit sebelum berjalan tadi.

🔴 Kenapa ada sesetengah kes strok pesakit ditebuk kepalanya untuk keluarkan pendarahan dan ada kes yang tidak ditebuk..

Adakah benar di hospital kerajaan..pesakit berumur lebih 50 tahun tidak akan ditebuk kepala jika pendarahan strok..

Dr كمال الدين
Bergantung pada jenis stroke samada pendarahan atau salur darah sumbat. Ia juga dipengaruhi oleh kedudukan yang terlibat di otak. Mengenai umur tu tidak betul.

🔴Strok pendarahan, doktor..

Kawasan yang terlibat adalah bahagian yang mengawal pernafasan dan jantung..

Satu lagi pesakit memberikan respon bergerak dan buka mata setelah 24jam..hanya reaksi dalam tempoh 24jam sahaja yang akan diambil tindakan penyembuhan lanjut.

Betul kah?

Dr كمال الدين
Kawasan yang mengawal pernafasan dan jantung merupakan kawasan yang sangat vital, dan jika stroke melibatkan kawasan in jarang diambil tindakan invasive, dikhuatiri pernafasan dan jantung berhenti berfungsi.

Dalam stroke susah kita menjangka outcome, kadang kala kita lihat pada awalnya begitu teruk tapi result akhirnya sangat memberangsankan. Sebenarnya dalam stroke rawatan bergantung pada penyebab, jika tekanan darah tinggi, rendahkan, jika ada darah beku dalam salur akan cuba dicairkan. Selain dari itu hanya supportive dan observation.

🔴Assalamualaikum Dr, adakah orang yang bacaannya bp nya selalu tinggi, tak mau makan ubat jugag ada risiko sakit buah pinggang…katanya kalau mkn ubat perutnya pedih.

Dr كمال الدين
Iye, disebabkan tekanan yang tinggi menyebabkan kerosakan pada sistem penapisan di buang pinggang

🔴 Blood pressure (bp) tinggi (140/100) selain makan ubat.. makanan apa lagi yang boleh turunkan bacaan? Selain delima, cuka epal, cuka kurma?

Dr Adli Khalim:
Hindari makanan yang tinggi kandungan garam.

Selain ubah pola makan, kena bersenam, berhenti merokok.

Dr كمال الدين
Tambah exercise

🔴Dr.Kamal, adakah pengambilan kafein dalam jangka masa panjang salah satu sebab kepada serangan jantung?

Dr كمال الدين
Belum ada lagi dokumetasi mengenai ini. Lagi pun pengambilan cafein tak lah menyebabkan jantung berdenyut hingga 140 bpm.

Tapi caffein ni banyak dikaitkan dengan gastritis and reflux

IKLAN:
Sekedar nak mengingati kawan kawan ;

1) Pergilah check kolestrol 3 bulan sekali. Kolestrol yang tidak merbahaya ialah di bawah 3.5

2) Belilah alat check darah tinggi harganya hanya 100 dan baterinya harganya 5 ringgit. Boleh tiap tiap hari check di rumah sambil makan atau sambil tengok TV pun boleh. Bacaan normal dan sehat ialah 120/80. Kalau lebih dari 140 pergilah jumpa doktor segera jangan buat bodoh sombong kerana anda tidak tau apa apa sebenarnya.

3) Janganlah percaya pada tukang jual jamu atau herba kerana kelulusan mereka hanya SPM dan tidak faham tentang ilmu kedoktoran. Mereka pandai saja cakap sebab hendak lariskan produk mereka sahaja.

4) Jangan sekali kali lengahkan jumpa doktor jika rasa sakit kepala melampau atau pening melampau kerana umur kita sudah USIA SAKIT yakni 40 tahun ke atas. Dan kita tidak tahu apa apa pasal sebab sebab sakit kepala. Minyak cap kapak bukan ubat saluran darah tersumbat.

5) Berhentilah minum teh tarik atau kopi susu isian pekat manis kerana ianya bukan susu malah ianya adalah pekatan kelapa sawit yang diperkaya dengan gula dan di diwarna putih.

6) Sebenarnya kita, awak dan kawan kawan semua tak tahu apa satu pasal penyakit. Hanya cakap pandai dan besar saja. Hakikatnya seringlah jumpa doktor.
Jangan takut jumpa doktor kerana doktor bukan hantu atau rimau.

7) Lebih baik kita tahu dari awal penyakit kita agar kita boleh berusaha mengubati dari dok sembang deras padahal kita tak tahu gapa satu.

8) Jawatan tinggi dan kedudukan kewangan yang banyak bukan ukuran bahawa kita tahu akan penyakit kita.

9) Cari masa untuk bersenaman semampu anda mengikut usia dan kemampuan masing-masing. Jalan kaki pun boleh, apa susah.

BERINGATLAH.
Pesanan ikhlas untuk sahabat sahabat demi menjaga kesihatan.

Dr Farhani Azizan:
☝️guideline terbaru yang dikeluarkan AHA. 130/80 dah masuk stage 1 hypertension. Berita yang heboh dalam kalangan pengamal perubatan semalam.

AHA: American Heart Association.

Komen dan Soalan