Utama Konvensyen UiTO Tinggal 10 Hari Lagi Untuk Daftar Konvensyen UiTO Ke-4 2018

Tinggal 10 Hari Lagi Untuk Daftar Konvensyen UiTO Ke-4 2018

133
0
Iklan

Salam.
Terima kasih atas sokongan anda semua terhadap Konvensyen Ke-4 UiTO ini.

Setakat jam 6: 00 petang ini, ada seramai 70 orang sudah mendaftar dan 55 orang sudah membuat bayaran.

Mohon jasa baik semua untuk menarik lebih ramai peserta agar faedah daripada Konvensyen ini dapat disebarluaskan.

Mohon juga jasa baik semua agar menyegerakan bayaran yuran, kerana wang diperlukan untuk membuat persiapan seperti tempahan tempat, kos percetakan dan sebagainya.

Mohon juga jasa baik bagi yang mahu menderma atau menaja Konvensyen ini, agar dapat segera berbuat demikian.

Semoga Allah memudahkan perjalanan ilmu kita dan merahmati kita semua.

♦️Ahli Grup yang dihormati♦️

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa:

1. Tarikh mendaftar dan bayaran akhir sebagai Peserta Konvensyen UiTO Ke-4 2018 adalah pada atau sebelum 15 November 2018. Ini adalah untuk memastikan semua keperluan seminar dapat diuruselia dengan sempurna dan teratur.

2. Individu/Syarikat yang ingin menyumbang/menaja/infaq di Konvensyen UiTO Ke-4 2018 adalah digalakkan dan dihargai untuk berbuat demikian pada atau sebelum 10 November 2018. Semua penajaan/sumbangan sebelum 10 November 2018 akan dimasukkan di dalam Prosiding Konvensyen UiTO Ke-4 2018.

3. Peserta Konvensyen UiTO Ke-4 2018 akan dibekalkan dengan kit berikut:

a. Prosiding Konvensyen UiTO Ke-4 2018
b. Goodies bag termasuk barangan cenderahati
c. Name Tag
d. Sijil Penyertaan Konvensyen

4. Bagi sesiapa yang tidak dapat hadir tetapi ingin mendapatkan Prosiding Konvensyen UiTO Ke-4 2018, boleh menempah dan membuat bayaran sebanyak RM25 sebelum 15 November 2018. Prosiding akan dipos selepas konvensyen tamat.

5. Pendaftaran/ pembayaran lewat masih diterima, tetapi Kit peserta bergantung kepada stok yang terhad, selagi masih ada.

Sila berhubung dengan Urusetia di aplikasi TELEGRAM untuk info lanjut:

1. Cikgu Rahim @RektorUiTO
2. Aliza @Fayyadh_anNur
3. Haffiza @ilaisyah
4. Benjamin @BenSyz
5. Zainun @Zainura18
6. Fawwaz @FawwazJohari
7. Zahiri @ZahiriP7
8. Nzms @tiangong9669
9. Syafni @Syarp
10. Hananzita @HananHalim

Kerjasama dan perhatian antum semua amatlah dihargai bagi memastikan Konvensyen UiTO ke-4 2018 ini dapat direalisasikan serta berjalan dengan baik dan berjaya. Insya Allah.

Jazaakumullahu khayran.

Komen dan Soalan