Utama Blog Halaman 104

02.16 ZIYAADAH ATS-TSIQAH FIL-MATAN

0

BroSyarief:
asSalaamu ‘Alaikum. Nota seterusnya telah siap. Semoga bermanfaat.

#300517 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

02.16 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي) – Percanggahan Riwayat Tsiqah dan Jenis-jenisnya (مخالفة الثقات وأنواعها).

#NotaBroSyarief #AsasIlmuHadits #UiTOBilik40

Susunan: BroSyarief

ZIYAADAH ATS-TSIQAH FIL-MATAN (زيادة الثقة في المتن)

Dari sudut bahasa, perkataan ats-Tsiqah (الثقة) merujuk kepada sifat seseorang yang beramanah dan boleh dipercayai.

Adapun secara istilah, ia adalah penilaian bagi seseorang yang terhimpun padanya sifat al-‘Adalah (العدالة) dan ad-Dhobt (الضبط). *Rujuk Nota 02.05.03(sila klik)

Ziyadah ats-Tsiqah (زيادة الثقة) berlaku apabila beberapa orang periwayat yang Tsiqah meriwayatkan hadits yang sama melalui beberapa jalan periwayatan, namun pada riwayat salah seorang dari mereka terdapat tambahan yang tidak terdapat pada riwayat periwayat-periwayat yang lain.

Ataupun, seorang periwayat meriwayatkan hadits yang sama beberapa kali melalui jalan yang berbeza, dan pada salah satu riwayat tersebut terdapat tambahan pada matan, yang tidak terdapat pada jalan periwayatan yang lain.

Hukum penambahan pada riwayat tersebut diperselisihi oleh para ulama sama ada untuk menerima atau menolaknya:

Pandangan 01: Diterima secara mutlaq, sama ada tambahan itu datang dari periwayat yang sama atau tidak, atau sama ada ianya sekadar berbeza lafaz atau berbeza makna sekaligus. Ini adalah pandangan jumhur ulama hadits dan fiqh (kerana periwayatnya tsiqah).

Pandangan 02: Tidak diterima. Ianya merupakan pandangan sebahagian ulama hadits.

Pandangan 03: Diterima sekiranya ianya datang dari periwayat yang lain, dan tidak diterima jika ianya dari periwayat yang sama.

Pandangan 04: Ini merupakan pandangan Ibn as-Solah (w.643H), di mana dia membahagikannya kepada 3 bahagian:

(i) Tambahan yang tidak menyelisihi asal kandungan hadits tersebut, iaitu apabila seorang periwayat bersendirian meriwayatkan tambahan pada matan yang tidak bercanggah dengan baki matan hadits yang asal, sama ada ia membawa kepada hukum yang baru ataupun tidak.

(ii) Tambahan yang menyelisihi apa yang diriwayatkan oleh ramai periwayat yang tsiqah, maka ianya dihukum sebagai syaz dan ditolak. *Rujuk nota 02.12.06(sila klik)

(iii) Tambahan yang bersifat tidak jelas, kelihatan berada di antara bahagian (i) dan bahagian (ii). Tambahan jenis ini tidak dihukum oleh Ibn as-Solah sebagai diterima atau ditolak, malah diserahkan penilaiannya kepada mujtahid.

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi, Cet. ke-6, m/s 246.
__
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Panelis UiTO: Ustaz Daud At-Tetouani

0

Nama:
Daud bin Dalib At-Tetouani
Nama Pena:
Ustaz Daud At-Tetouani
Pendidikan:
• Maahad Al-Ahmadi Al-Islami Sg. Udang, Melaka
• Maahad Darul Anuar Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan
• Pondok Baitul Qurra’ Sg. Udang, Melaka
• Universiti Abdel Malek Essaadi, Tetouan, Morocco
• Universiti Al-Karawiyin Tetouan, Morocco
• IPG Kampus Tun Hussien Onn Batu Pahat, Johor

Profesion:
Guru Bahasa Arab di SK Kg. Chamek, Kluang, Johor

Kegiatan Dakwah:
Pengerusi Badan Dakwah dan Kebajikan Ibn al-Qayyim, Negeri Johor
AJK IKRAM Kluang, Johor
Pengerusi Grup Pencinta Hadith, Kluang, Johor

-FB : Daud At-Tetouani

Panelis Bilik UiTO:
Bilik (35) Berinteraksi dengan Hadith
https://telegram.me/joinchat/A0jOFD-2-0mdw6FOapC4vg

Berbuat Baik Kepada Haiwan

0

Tajuk: Berbuat baik kepada haiwan

Panel: Ustaz Adli Khalim

= = = = = = = = = =

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu `anhu, sabda Rasulullah ﷺ:

بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيفُ بِرَكِيَّةٍ كَادَ يَقْتُلُهُ الْعَطَشُ، إِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِي إِسْرَائِيلَ، فَنَزَعَتْ مُوقَهَا فَسَقَتْهُ،
فَغُفِرَ لَهَا بِهِ

Ketika seekor anjing mengelilingi sebuah perigi, hampir-hampir ia mati kerana dahaga, tiba-tiba ia dilihat oleh salah seorang wanita pelacur daripada para pelacur Bani Isra’il. Lalu wanita itu menanggalkan kasutnya lantas memberi minum kepada anjing berkenaan (dengan menggunakan kasutnya). Allah mengampunkan wanita itu kerana perbuatan tersebut.
[HR Al-Bukhari, no 3467]

= = = = = = = = = =

Ulasan:

1. Hadits ini menunjukkan bahawa betapa besarnya rahmat Allah ﷻ terhadap hamba-Nya, ketika Dia memberikan keampunan kepada pelacur tersebut, walaupun dosa zina yang dilakukannya adalah salah satu daripada dosa besar.

2. Hadits ini juga mengajarkan kepada kita supaya berbuat baik walaupun terhadap haiwan-haiwan, termasuklah anjing.

3. Jangan sesekali kita memandang remeh terhadap perbuatan baik. Boleh jadi perbuatan tersebut kecil di mata kita, tetapi boleh jadi perbuatan tersebut mempunyai nilai yang besar di sisi Allah ﷻ. Begitu juga dengan perbuatan buruk, boleh jadi kita menganggapnya kecil (sehingga kita mengulanginya berkali-kali), sedangkan boleh jadi perbuatan buruk tersebut besar di sisi Allah ﷻ.

4. PERHATIAN: Hadits ini bukanlah alasan untuk kita melakukan dosa dan maksiat terhadap Allah ﷻ. Bukan semua pelacur dan orang yang berbuat maksiat dijanjikan syurga!

= = = = = = = = = =

Hashtag: #kenalquransunnah

Wajib Keluar Daripada Terus Menjadi Orang Awam

0

DARI MEJA REKTOR

Panel: Cikgu Rahim

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته… الحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله.

Orang awam wajib keluar daripada terus menjadi orang awam. Jadi satu ummat yang menyeru/berdakwah kepada mentauhidkan Allah melalui ajaran al-Qur’ān. (3:104)
Tidak ada yang terkecuali.

Wajib ke atas kita semua untuk menjadi ulama, bukan lagi orang awam. Ulama itu gelaran dari Allah kepada hamba-Nya yang mencapai tahap yang Allah wajibkan ke atas setiap hamba-Nya. (35:28)

Ulamak itu bukan gelaran manusia kepada manusia lain yang pada pandangan manusia ialah seorang alim.

Jadi, wajiblah ke atas setiap daripada kita belajar sehingga faham akan al-Qur’ān, supaya dapat amal, ajarkan kepada yang lain, keluarga terutamanya (66:6) dan kemudiannya sebarkan ke serata dunia dengan penuh kesabaran supaya kita dapat gelaran ulama daripada Allah.

WalLāhu a‘lam.

UiTO gembira dengan penglibatan tuan/puan dalam kelas-kelas pengajian via telegram milik kita bersama. Tugas untuk menyebarkan ajaran Islam yang murni adalah suatu usaha yang sangat dituntut hari ini. Akibat daripada meninggalkan sumber yang suci; Al-Quran dan As-Sunnah, umat Islam kehilangan Islam sebagai nikmat sempurna(5:3) dan rahmat untuk seluruh alam.

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. Surah Al-Anbiya (21:107).

Sebarkan mesej UiTO kepada keluarga dan rakan-rakan baik anda. Wassalam. CR. Surah An-Nahl, ayat 99:

إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.

Allah SWT berfirman:

وَلْتَكُنْ مِّنْكُمْ اُمَّةٌ يَّدْعُوْنَ اِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَاُولٰٓئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (QS. Ali ‘Imran 3: Ayat 104)

Allah SWT berfirman:

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَآ بِّ وَالْاَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ اَ لْوَانُهٗ كَذٰلِكَ ۗ اِنَّمَا يَخْشَى اللّٰهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمٰٓ ؤُا ۗ اِنَّ اللّٰهَ عَزِيْزٌ غَفُوْرٌ

“Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” (QS. Fatir 35: Ayat 28)

Allah SWT berfirman:

يٰۤاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا قُوْۤا اَنْفُسَكُمْ وَاَهْلِيْكُمْ نَارًا وَّقُوْدُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُوْنَ اللّٰهَ مَاۤ اَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُوْنَ مَا يُؤْمَرُوْنَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.(QS. At-Tahrim 66: Ayat 6)

Allah SWT berfirman:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيْرِ وَمَاۤ اُهِلَّ لِغَيْرِ اللّٰهِ بِهٖ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوْذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيْحَةُ وَمَاۤ اَكَلَ السَّبُعُ اِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ ۗ وَمَا ذُ بِحَ عَلَى النُّصُبِ وَاَنْ تَسْتَقْسِمُوْا بِالْاَزْلَامِ ۗ ذٰ لِكُمْ فِسْقٌ ۗ اَلْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا مِنْ دِيْـنِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۗ اَ لْيَوْمَ اَكْمَلْتُ لَـكُمْ دِيْنَكُمْ وَاَ تْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِيْ وَرَضِيْتُ لَـكُمُ الْاِسْلَامَ دِيْنًا ۗ فَمَنِ اضْطُرَّ فِيْ مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّاِثْمٍ ۙ فَاِنَّ اللّٰهَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ‏

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (QS. Al-Ma’idah 5: Ayat 3)

Quran Terjemahan Harfiyyah Wa I’rab – Al-Baqarah Ayat Ke-21

0

Al-Baqarah Ayat Ke-21

بسم الله الرحمن الرحيم

يٓأَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ…….

Makna harfiah :

يٓأَيُّهَا : Wahai

النَّاسُ : Manusia

اعْبُدُوا : Sembahlah

رَبَّ : Tuhan

كُمْ : Kamu

الَّذِي : Yang

خَلَقَ : Mencipta

كُمْ : Kamu

Makna terjemahan:

Wahai sekelian manusia sembahlah Tuhan kamu yang telah mencipta kamu.

I’rab:

يٓأَيُّهَا : أداة نداء : أَيُّ : اسم منادي مبني على الضم في محل نصب . ها: للتنبيه زتئدة

Yaaiyuha: Kata seru . أَيُّ kata nama yang diseru dibina dengan baris hadapan ضمة berkedudukan nasab dan huruf هاء tambahan berfungsi supaya diberi perhatian ( للتنبيه ) kepada pengertian atau tujuan ayat selepasnya.

النَّاسُ : صفة – نعت – للمنادى ” أَيُّ ” ويجوز أن نكون بدلا من ” أَيُّ ” مرفوع بالضمة.

An-nassu : Berkedudukan sebagai sifat bagi kalimah أي ( المنادى dirofa’kan dengan baris hadapan ضمة , boleh dii’rab sebagai kata susulan ( بدل ) kepada أَيُّ .

اعْبُدُوا : فعل أمر مبني على حذف النون لأن مضارعه من الأفعال الخمسة .والواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل.

U’buduu : Kata kerja perintah yang dibina dengan membuang huruf nun ( ن ) kerana mudori’nya terdiri dari kata kerja yang lima. Huruf wau ( و ) ialah ganti nama bersambung ( ضمير متصل ) dibina dengan baris mati ( سكون ) berkedudukan rofa’ ( رفع ) berfungsi sebagai pelaku perbuatan ( فاعل )

رَبَّ : مفعول به منصوب باعبدوا وعلامة نصبه الفتحة الظاهرة في آخره.

Rabba : Objek ( yang dikenai perbuatan ) hukum i’rabnya mansub disebabkan kata perintah اعبدوا , tanda nasabnya ialah baris atas ( فتحة ) yang jelas diakhirnya.

كُمْ : الكاف ضمير متصل للمخاطبين مبني على الضم في محل جر بالإضافة و الميم علامة جمع الذكور.

Huruf kaf ialah ganti nama yang boleh bersambung dengan sebarang perkataan, ganti nama ini merujuk kepada orang kedua ( المخاطب ) lelaki. Dibina dengan baris hadapan ضمة berkedudukan jar kerana sandaran ( إضافة ) dan huruf mim dihujungnya tanda jamak lelaki ramai.

الَّذِي : اسم موصول مبني على السكون في محل نصب – صفة للموصول ” رَبَّكُم ”

Allazi : Kata nama penyambung yang dibina dengan baris mati ( سكون ) berkedudukan nasab sebab ia ialah sifat bagi yang disifati ( الموصوف ) dari kalimah ربكم .

خلَقَكُمْ : الجملة الفعلية : صلة الموصول ” الذي ” وهي فعل ماض مبني على الفتح والفاعل ضمير مستتر فيه جوازا تقديره ” هو ” يعود على ” ربكم ” والكاف ضمير متصل ، ضمير للمخاطبين مبني على الضم في محل نصب مفعول به و الميم علامة جمع الذكور.

Khalaqakum : Ayat kata kerja : menjadi صلة الموصول kepada ” الذي” . Ia kata kerja ( خلق ) yang menunjukkan masa lepas dibina dengan baris atas dan pelaku perbuatannya ( الفاعل ) ialah ganti nama tersembunyi yang harus ditaqdirkan kepada dia ( هو ) yang merujuk kepada ربكم . Huruf kaf ialah ganti nama bersambung ( ضمير متصل ) bagi orang kedua lelaki ramai, dan mim dihujungnya tanda jamak bagi lelaki.

الذى : yang

خلق : telah mencipta

كم   : kamu semua

و     : dan

الذىن : orang2 yang

من   :

قبل   : sebelum

كم     : kamu

لعل   : mudah2an

كم     : kamu

تتقون : bertaqwa

PENJELASAN KEDUDUKAN KALIMAH DALAM AYAT ( الاعراب )

و         : الواو حرف عطف

Waw adalah huruf penghubung yang bermakna dan

الذىن : اسم موصول مبنى علي الفتح فى محل نصب مفعول به بالفعل ( خلق ) لأنه معطوف علي منصوب وهو الضمىر فى ( خلقكم )

أى ضمىر المخاطبىن

Al laziina : Kata nama penyambung dibina (kekal) dengan baris atas berkedudukan nasab kerana مفعول به (yang dikenai perbuatan) disebabkan kata kerja خلق , dan juga kerana ia معطوف (dihubungkan ) dengan isim yang dinasabkan iaitu ضمىر متصل ( ganti nama bersambung) كم pada kata kerja خلق. Ia adalah ضمرر المخاطبىن ( ganti nama bagi orang kedua lelaki jamak)

من : حرف جر :huruf jar, peranannya ialah kata nama yang terletak selepasnya berbaris

bawah. Baris bawah iaitu كسرة salah satu tanda isim.

قبل : اسم مجرور بحرف الجر ( من ) وعلامة جره الكسرة الظاهرة فى آخره وهو مضاف .

Qabli : Kata nama yang terletak selepas من hukum i’rabnya majrur, tanda jarnya baris bawah كسرة yang jelas diakhirnya..

كم   : الكاف ضمىر متصل – ضمر المخاطبىن – مبنى نلي الضم فى طر مضاف إلىه و الويم علامة جمع الذكور ، الجار و الوجرور (من قبلكم ) متعلق بصلة الموصول ( الذىن ) المحذوفة التقدىر والمعني : والذىن هم كائنون من قبلكم.

Huruf kaf : Ialah ضمىر متصل ( ganti nama bersambung ) bagi orang kedua lelaki jamak dibina dengan ضمة baris hadapan berkedudukan jar kerana مضاف إلىه ( sandaran ) dan huruf م mim ialah tanda jamak lelaki. Jar dan majrur (من قبلكم ) adalah terikat dengan silah al mausul الذىن yang dibuang ( tidak disebut ) yang ditaqdirkan :

والذىن هم كائنون من قبلكم

bermaksud : orang2 yang berada (كائنون ) sebelum kamu

لعل : حرف مشبة بالفعل من أخوات ( إن ) ىنصب الأول و ىرفع الثاهى .

la’alla : Huruf yang seakan-akan kata kerja bermakna mudah-mudahan , peranannya menasabkan kata nama yang terletak selepasnya dan merofa’ kan khabar ( prediket )

تتقون : فعل مضارع مرفوع لتجرده من الناصب و الجازم و علامة رفعه ثبوت النون لأنه من الأفعال الخمسة و الواو ضمىر متصل ومبنى علي السكون فى محل رفع فاعل و الجملة الفعلىة ( تتقون ) فى محل رفع خبر ( لعل )

Tattaqun : Kata kerja sedang berlaku (فعل وضارع ) yang bebas dari amil nasab dan jazam, dan tanda rofa’nya dengan mengekalkan huruf nun diakhirnya kerana ia terdiri dari kata kerja yang lima. Dan huruf wau yang berada di antara nun dan qaf ialah ضمىر وتصل ganti nama yang bersambung dengan kata kerja dibina dengan baris sukun berkududukan rofa’ kerana ia ialah فاعل (pelaku perbuatan ) dan ayat fe’liah تتقون berkedudukan rofa’ kerana menjadi خبر (prediket ) bagi لعل.

Allahu ‘alam.

06.07.04 Riwayat yang Pelbagai pada Satu Sebab Nuzul

0

BroSyarief:
asSalaamu ‘alaikum, nota seterusnya telah siap. Semoga bermanfaat.

#310517 Bilik (09) Ulum al-Quran – Bab Sebab-sebab Penurunan al-Quran (أَسْبَابُ النُّزُول)

06.07.04 Riwayat yang Pelbagai pada Satu Sebab Nuzul – تَعَدُّدُ الرِّوَايَاتِ فِي سَبَبِ النُّزُولِ

#NotaBroSyarief #UlumQuran #UiTOBilik09

5. Sekiranya kesemua riwayat adalah sama kuat dan tak dapat ditarjihkan, maka dihimpunkan keseluruhan riwayat sekiranya boleh.

Lalu ayat tersebut dilihat turun disebabkan beberapa sebab nuzul atau terdapat berbilang sebab pada waktu yang berdekatan antara satu sama lain.

Contohnya ayat Li’an di bawah, di mana Allah – subhanahu wa ta’ala berfirman –

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ يَكُن لَّهُمْ شُهَدَاءُ إِلَّا أَنفُسُهُمْ

Dan orang-orang yang menuduh isteri-isteri mereka dalam keadaan mereka tidak memiliki saksi-saksi kecuali diri mereka sendiri,

فَشَهَادَةُ أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ ۙ إِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ

maka persaksian mereka (memadai dengan) 4 kali mengucapkan persaksian dengan nama Allah bahawa dia merupakan dari kalangan orang-orang yang jujur (pada tuduhannya),

وَالْخَامِسَةُ أَنَّ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَيْهِ إِن كَانَ مِنَ الْكَاذِبِينَ

Dan pada kali yang ke-5 (dia mengucapkan) bahawa laknat Allah akan menimpanya sekiranya dia (sebenarnya) dari kalangan orang-orang yang berbohong.

وَيَدْرَأُ عَنْهَا الْعَذَابَ أَن تَشْهَدَ أَرْبَعَ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ ۙ إِنَّهُ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ

Dan (bagi si isteri) menghalang dari ditimpa seksa (hukuman), hendaklah dia pula mengucapkan 4 kali persaksian dengan nama Allah, bahawa dia (yakni: suaminya) adalah dari kalangan orang-orang yang berbohong,

وَالْخَامِسَةَ أَنَّ غَضَبَ اللَّهِ عَلَيْهَا إِن كَانَ مِنَ الصَّادِقِينَ

Dan kali ke-5, (dia mengucapkan) bahawa kemurkaan Allah akan menimpanya, jika (sebenarnya) dia (yakni: suaminya) adalah dari kalangan orang-orang yang jujur.”

[an-Nur(24):6-9]

al-Bukhari, at-Tirmizi & Ibn Majah meriwayatkan dari Ibn ‘Abbas di mana dia menyebutkan ianya diturunkan kerana kes Hilal ibn Umayyah yang telah melemparkan tuduhan qazaf terhadap isterinya bersama Syuraik ibn Sahma’ sebagaimana yang telah disebutkan dalam nota 06.05.03.

Di dalam riwayat lain pula, al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka meriwayatkan dari Sahl ibn Sa’d, katanya:

جَاءَ عُوَيْمِرٌ إِلَى عَاصِمِ بْنِ عَدِيٍّ، فَقَالَ : سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- عَنْ رَجُلٍ وَجَدَ مَعَ امْرَأَتِهِ رَجُلًا أَيَقْتُلُهُ فَيُقْتَلُ بِهِ أَمْ كَيْفَ يَصْنَعُ؟

‘Uwaimir datang bertemu ‘Ashim ibn ‘Adiy, lalu dia berkata: ‘RasululLah – sallalLaahu ‘alaihi wa sallam – ditanya tentang seorang lelaki yang mendapati seorang lelaki bersama isterinya.. adakah dia boleh membunuhnya lalu dia di(hukum) bunuh, atau apa yang perlu dia lakukan?’

Maka, dihimpunkan kesemua riwayat-riwayat ini dengan melihat bahawa peristiwa aduan Hilal berlaku dahulu dan diikuti dengan kisah ‘Uwaymir, lalu turunnya ayat tersebut selepas kedua-dua kejadian tersebut.

Ibn Hajar (w.852H) menyebutkan:

لَا مَانِعَ مِنْ تَعَدُّدِ الْأَسْبَابِ .

‘Tiada masalah untuk berlakunya beberapa sebab yang berbeza (bagi ayat yang sama).’

[Fathul Bari]

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan, Cet. ke-7, m/s 85.
__
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Bagi yang dah selesai baca, berikan respon 👌 ya.. Terima kasih. Note: No sticker please!

Soalan:
Saya masih kurang faham..dihimpunkan kedua-dua riwayat dan di lihat peristiwa Hilal berlaku dahulu sebelum peristiwa Uwaiwir …tetiba ayat ” turunnya ayat selepas kedua-dua peristiwa tersebut”??….apa maksudnya ustaz? Macam tergantung pula penerangan tersebut?

BroSyarief:
Peristiwa 1: Hilal mengadu kepada Nabi, lepas tu ayat tu turun
Peristiwa 2: ‘Uwaimir cerita kat ‘Ashim ada orang mengadu kat Nabi, lepas tu ayat tu turun

Kalau secara terasing nampak macam ada 2 kes yang berbeza menyebabkan turunnya ayat Li’an, tapi hakikatnya dua riwayat ini bila dihimpunkan sebenarnya berlaku pada waktu yang berdekatan.

Maknanya, Hilal mengadu kepada Nabi, ‘Uwaimir nampak Hilal mengadu dan cerita kat ‘Ashim.. dan ayatpun turun.

Wa antum fajazaakumulLaahu khayran katsiira

06.07.04

Bahasa Arab Asas – Pelajaran Kelima – Kata Nama

0

بسم الله الرحمن الرحيم

PELAJARAN KELIMA

الدَّرْسُ الخَامِسُ

عَلَامَاتُ الإسْمِ

Tanda-tanda untuk mengenal pasti kata nama ( noun )

١ – يُمْكِنُ تَنْوِيْنه

1. Boleh menerima tanwin.

seperti:

رَجُلٌ – lelaki

كِتَابٌ – buku

شَجَرَةٌ – pokok

PERHATIAN : Kalimah-kalimah di atas huruf akhirnya ditanwinkan.

٢ – يمكن اِدْخَالُ ال عَلَيهِ

2.  Boleh menerima alif lam ال diawalnya seperti:

الرَّجُلُ – lelaki itu

الكِتَابُ – buku itu

الشَّجَرَةُ – pokok itu

PERHATIAN : kalimah-kalimah di atas diawali dengan alif lam ال

٣ – يمكن ادْخَالُ حَرْف النِّدَاءِ عَلَيه

3. Boleh didahului dengan kata seru seperti:

يَا رَجُلُ – wahai orang lelaki!

يَا مُحَمَّدُ – wahai Muhammad!

PERHATIAN : Kalimah di atas dimasuki kata seru يا

٤ – بَعْدَ حَرْفِ الجَّر

4. Selepas huruf jar seperti

عَلَى الشَّجَرَةِ – di atas pokok

فِيْ البَيْتِ : di rumah

بِالقَلَمِ : dengan pen

PERHATIAN : Kalimah-kalimah di atas didahului oleh huruf jar ( kata sendi atau sendi nama) secara umumnya kalimah yang tandanya baris bawah كسرة menunjukkan kata nama.

الدَّرْسُ الآتِي مِن المَدِينَةِ المُنَوَّرَةِ

Pelajaran berikut dari al-madinah al-munauwarah

وَأَيضًا عِنْدَمَا يَصْبَحُ الاسْمُ مُضَافًا

إلَيهِ فَإِنَّ حَرَكَةَ آخَر حَرْف منْ حُرُفٍ

ذَلِكَ الاسْمِ تَتَبَدَّلُ مِنْ حَالَةِ الرَّفْعِ

أَوْ النَّصْبِ إِلَى حَالَةِ الجَرِّ

Begitu juga bila mana sesuatu kata nama اسم menjadi mudhofilaih, justeru baris akhir pada huruf kata nama akan bertukar dari kedudukkan rafa’ atau nasab kepada kedudukkan jar.

Seperti:

المَدْرَسُةُ – بَابُ المَدْرَسَةِ

أَيُّ كَلِمَةٍ فِي اللغَةِ العَرَبِيَّةِ تَقْبَلُ

عَلَامَةً وَاحِدَةً مِنْ تِلْكَ العَلَامَاتِ

الخَمْسِ السَّابِقَةِ فَإنَّ تِلْكَ الكَلِمَة

تَكُونُ اسْمًا و أيُّ كَلِمَةٍ لا تَقْبَلُ أي

عَلامَاتٍ من تِلْكَ العلامَاتٍ السَّابِقَة

فَإنَّ تِلْكَ الكلمة لَيْسَتْ اسْمًا.

Jadi, mana-mana perkataan dalam bahasa arab yang menerima salah satu dari lima tanda di atas maka, perkataan itu ialah kata nama dan mana-mana perkataan yang tidak menerima tanda-tanda tersebut ia bukan terdiri dari kata nama.

Allahu a’lam.

 

Syarah Hadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah – Hadis 72, Dari Kowloon, Hong Kong

0

http://telegra.ph/Syarah-Hadis-Asy-Syamail-Al-Muhammadiyyah—Hadis-72-Dari-Kowloon-Hong-Kong-07-08

July 9, 2018 by Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

72 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ: حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ سُلَيْمَانَ الضُّبَعِيُّ، عَنْ مَالِكِ بْنِ دِينَارٍ، قَالَ: مَا شَبِعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خُبْزٍ قَطُّ وَلَا لَحْمٍ، إِلَّا عَلَى ضَفَفٍ. قَالَ مَالِكٌ: سَأَلْتُ رَجُلًا مِنْ أَهْلِ الْبَادِيَةِ: مَا الضَّفَفُ؟ قَالَ: أَنْ يَتَنَاوَلَ مَعَ النَّاسِ.

72- Telah bercerita kepada kami Qutaybah, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Ja`far bin Sulayman Adh-Dhuba`iy, daripada Malik bin Dinar, dia berkata: Tidak kenyang Rasulu Llah disebabkan roti sekali pun, dan tidak disebabkan daging, melainkan apabila dhafaf. Berkata Malik: Saya telah bertanya seorang lelaki dari kalangan penduduk gurun, “Apa itu dhafaf?” Dia berkata: Iaitu makan bersama orang.

Syarah Adou_Fr:

Hadis Malik bin Dinar ini turut diriwayatkan oleh Anas bin Malik dengan lafaz:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يُجْمَعْ لَهُ غَذَاءٌ وَلَا عَشَاءٌ مِنْ خُبْزٍ وَلَحْمٍ إِلَّا عَلَى ضَفَفٍ

bahawa Rasula Llah, tidak terkumpul baginya makan siang dan tidak makan malam daripada roti dan daging melainkan apabila dhafaf.

Kedua-dua hadis ini saling melengkapi dalam menunjukkan bahawa Nabi tidak memenuhi hidupnya dengan makanan atau makan seperti yang kita lakukan pada hari ini.

Dalam hadis Malik bin Dinar, ia menunjukkan bahawa Nabi tidak pernah makan roti sehingga kenyang seorang diri. Begitu juga, Nabi tidak pernah makan daging sehingga kenyang seorang diri. Hanya apabila banyak tangan yang menjamah, iaitu apabila Nabi bersama dengan para sahabat, barulah Nabi dapat makan roti atau daging sehingga Nabi kenyang.

Berlawanan dengan budaya kita pada hari ini, ramai antara kita yang suka makan secara seorang diri, agar tidak diganggu ketika makan. Ramai antara kita yang mahu menikmati hidangan makanan tanpa ada yang meminta, atau yang berkongsi, supaya kita dapat makan dengan banyak dan puas. Lihatlah apabila kita pergi ke restoran atau kedai makan, ramai yang akan membeli dan makan seorang diri, tanpa ada teman atau orang di sebelah. Jika kita pergi ke negara-negara maju, budaya makan seorang diri ini lebih ketara.

Benar, pada zaman ini, kita ada banyak duit untuk membeli makanan. Jadi, dengan duit yang ada, kita boleh membeli sebanyak mana dan sekerap mana makanan yang kita mahu. Namun, apabila kita membaca hadis Malik bin Dinar ini, kita seharusnya sedar bahawa Nabi menunjukkan contoh bahawa hidup bukanlah untuk makan sahaja. Apabila Nabi makan seorang diri, dia akan makan sedikit sahaja, bukan sehingga kenyang.

Barangkali kita terlupa bahawa banyak masalah dan penyakit yang muncul pada hari ini adalah disebabkan oleh banyak makan. Pertama, banyak makan bermaksud banyaklah kos yang dikeluarkan untuk membeli makanan. Sedar atau tidak, banyak antara belanja kita seharian dihabiskan untuk makanan sahaja. Justeru, apabila makanan dikurangkan, belanja kita juga akan berkurangan.

Di Malaysia, ada yang makan sehingga enam kali sehari: sarapan pagi, minum dhuha (kudapan), makan tengah hari (merarau), minum petang (cicipan), makan malam, dan minum malam (gabi). Kos makan bagi orang yang makan sebegini sudah tentu lebih tinggi berbanding orang yang makan hanya dua atau tiga kali sehari seperti yang dilakukan oleh ramai pelajar di kolej dan universiti demi menjimatkan wang.

Jika seseorang makan sebanyak RM 10 sehari, ia akan menjadi RM 300 sebulan. Rata-rata kita akan makan lebih daripada itu. Ada yang makanannya bernilai RM 20 sehari, justeru, untuk sebulan, dia perlu mengeluarkan biaya sehingga RM 600. Bagi orang yang makan lebih banyak atau lebih mewah, maka kos sebulan untuk makan pasti menjadi lebih tinggi dan menjadi beban kepada kewangan.

Banyak makan juga bermakna kita membahayakan kesihatan dengan risiko penyakit. Orang yang banyak makan akan bertambah berat badannya, sehingga Indeks Jisim Tubuh atau BMI seseorang akan meningkat melebihi berat badan unggul kepada lebih berat, obes atau obes melampau. Kencing manis (diabetis), penyakit jantung, tekanan darah meningkat, dan pelbagai jenis penyakit lain menanti orang yang lebih berat badan. Dalam banyak keadaan, orang yang lebih berat akan mengalami ketidakselesaan hidup disebabkan tidak dapat melakukan aktiviti fizikal yang memerlukan kelincahan, sering sesak nafas atau mudah semput, kadar metabolisme rendah, serta badan cepat letih.

Justeru, apabila seseorang mencontohi Nabi dalam hal makanan seperti dalam hadis Malik bin Dinar ini, dia dapat hidup dengan lebih sihat dan bahagia.

Dhafaf ialah istilah yang menunjukkan banyak tangan dan orang yang menjamah makanan itu. Justeru, ia menunjukkan bahawa Nabi hanya makan sehingga dua pertiga perutnya apabila dia dijemput makan oleh para sahabat, atau apabila ada tetamu bertandang, atau apabila Nabi berkumpul bersama-sama dengan sahabat.

Pada hari ini, ramai orang agama yang gemuk badannya, banyak lemaknya dan kuat makannya. Ini kerana mereka sering dijemput untuk menghadiri jamuan, kenduri dan pelbagai majlis yang diikuti dengan sesi makan. Hal ini juga bercanggah dengan apa yang ditunjukkan dalam hadis Malik bin Dinar ini, kerana dhafaf itu tidak berlaku setiap hari atau dengan kerap. Ia hanya peristiwa yang berlaku secara sekali-sekala, dan apabila ia berlaku, ia seolah-olah satu keraian. Berbeza dengan realiti hari ini, jamuan makan itu seolah-olah satu perkara yang tetap, contohnya ada masjid yang membuat kenduri setiap malam Juma`at, atau jamuan setiap kali habis kuliah mingguan atau harian, atau makanan selepas doa selamat dan tahlil. Lantas, tanpa disedari, kita telah makan secara berlebihan dan tidak selari dengan apa yang ditunjukkan oleh Nabi.

Dalam lafaz hadis Anas bin Malik pula, ia menunjukkan menu makanan Nabi. Nabi tidak makan roti dan daging sekali gus. Hal ini disebabkan kebanyakan makanan Nabi adalah kurma. Jika ada roti, Nabi hanya makan roti, dan itu pun roti kosong. Jika ada daging, ia ialah daging yang dipanggang. Nabi tidak makan pelbagai juadah seperti yang kita makan pada hari ini.

Ada orang, dia tidak akan makan melainkan di hadapannya ada beberapa jenis lauk. Ada orang, dia akan merungut jika tiada telur dadar, walaupun di atas meja sudah ada ikan dan daging. Lihatlah bahawa kita, disebabkan makan, sudah mula menjadi manusia yang kufur, sehingga kita tidak melihat apa yang ada sebagai ni`mat!

Nabi hanya makan roti kosong! Bayangkan kita makan roti canai atau roti nan kosong! Namun, kebanyakan kita sekarang makan roti dengan kari daging atau kari ayam!

Mempelajari hadis ini bukanlah menegah kita daripada makan, dan bukan juga untuk mengehadkan kita dengan hanya satu atau dua menu makanan sahaja. Kita bebas untuk makan apa yang Tuhan ciptakan dan sediakan untuk kita di bumi ini.

Namun, kita seharusnya menjadi hamba Tuhan yang lebih bersyukur atas apa yang kita ni`mati hari ini. Andai ibu kita, atau isteri kita tidak masak melainkan telur goreng, itu sudah satu rezeki yang harus kita syukuri. Andai hanya ada nasi kosong, itu juga makanan yang harus kita syukuri. Syukur bermakna, kita makan dengan penuh bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan, bukan memaki hamun ibu atau isteri yang tidak menyediakan lauk, atau menjadi enggan untuk makan kerana tiada lauk.

Mempelajari hadis Malik bin Dinar ini juga seharusnya menjadikan kita lebih menghargaï makanan kita, dan kita tidak harus membuang makanan. Jika Nabi dahulu begitu kurang makanannya, adakah patut kita sekarang membuang pula makanan? Jika Nabi dahulu makan tanpa ada lauk, patutkah kita sekarang, memilih-milih dan cerewet pula dengan makanan?

Bagi ibu bapa, kefahaman dan pengajaran hadis ini harus diterapkan kepada anak-anak, agar mereka tidak membazir atau menjadi cerewet dengan makanan. Ini kerana makan adalah sesuatu yang kita lakukan seharian sepanjang hidup kita. Jika kita mencontohi Nabi dalam hal makan, makan kita telah mengikut sunnahnya setiap hari. Jika kita melanggar dan meninggalkan sunnah Nabi dalam hal makan, bermakna kita meninggalkan sunnahnya setiap hari! Betapa rugi orang yang meninggalkan sunnah yang mudah, dan betapa rugi orang yang tidak cuba meniru Nabi dalam sunnah seperti ini.

Di hujung hadis ini, disebut bahawa Malik bin Dinar bertanya kepada penduduk di gurun tentang maksud perkataan dhafaf. Malik bin Dinar ialah seorang tabi`in, dan dengan banyak hadis yang diriwayatkannya, dia masih bertanya tentang masalah bahasa kepada orang Badwi yang menghuni padang pasir, kerana mereka paling `arif dengan bahasa `Arab. Ini juga satu perkara yang harus kita contohi dalam hidup kita, iaitu bertanya tentang bahasa.

Ramai antara kita yang tidak suka melihat kamus, dan tidak begitu endahkan bahasa yang kita guna, jumpa atau baca. Ramai antara kita menganggap bahawa bahasa itu ialah apa yang kita tahu dan guna sahaja, sedangkan bahasa adalah sesuatu yang sangat luas. Bayangkan seorang tabi`in sendiri tidak tahu satu maksud perkataan! Lihat juga apa tindakannya apabila tidak tahu! Ya, dia bertanya, dan dia bertanya kepada yang pakar.

Hari ini, kita semua lebih mudah kerana ada telefon bimbit dan Internet. Apabila kita tidak tahu sesuatu perkataan, kita seharusnya boleh mencari maksudnya, bukan membiarkan dan kemudian mengabaikannya. Setiap hari ada sahaja perkataan baru yang dicipta, atau digunakan, atau diberikan maksud baru. Justeru, setiap kita perlu mengemas kini pengetahuan bahasa kita sepanjang hayat, selagi kita hidup.

Dalam era digital dan global dewasa ini, dengan pelbagai bahan bacaan, dengan pelbagai istilah dan bahasa, maka dengan mencontohi tabi`in ini, kita seharusnya segera mencari maksud perkataan atau istilah yang kita tidak tahu dan tidak pasti. Kita boleh merujuk kepada kamus, atau glosari, atau melihat bagaimana ia digunakan. Semua ini boleh dilakukan dengan hanya satu klik di internet. Persoalannya, adakah kita buat? Dan adakah kita sanggup untuk buat?

Mempelajari agama tidak akan lengkap tanpa kita mempelajari bahasa. Ini kerana agama memerlukan bahasa untuk difahami dan untuk disampaikan. Semoga dengan mempelajari satu hadis ini, kehidupan kita bertambah baik, dan kita lebih dekat dengan gaya hidup serta sunnah Nabi yang kita sayangi.

Tafsir Surah Al-Jathiyah – Tafsir Ayat Ke-20 dan Ke-21

0

Tafsir Surah Al-Jathiyah

Tafsir Ayat Ke-20

Kesimpulan dari Dakwa Surah.

هٰذا بَصٰئِرُ لِلنّاسِ وَهُدًى وَرَحمَةٌ لِّقَومٍ يوقِنونَ

Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka mata hati manusia dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).

هَٰذَا بَصٰئِرُ لِلنَّاسِ

Ini adalah pandangan jelas bagi manusia,

‘Ini’ yang dimaksudkan adalah Al-Quran. Al-Quran itu memberi pandangan yang jelas kepada manusia. Hanya dengan memahami Al-Quran, akan memberikan kepada kita pandangan yang benar tentang agama, kehidupan di dunia dan akhirat.

Digunakan kalimah بَصَائِرُ (dari kalimah ب ص ر yang bermaksud pandangan) kerana ia adalah dalil yang boleh difahami oleh akal kita.

Kalau kita dapat pandang sesuatu, barulah ia jelas bagi kita, bukan? Maka, hujah dari Al-Quran ini adalah hujah yang jelas, bukannya jelas hujah yang ‘kena percaya’ sahaja, tetapi dapat difahami dan dijelaskan oleh akal. Ayat ini memberitahu kepada kita bahawa Al-Quran ini ditujukan kepada seluruh manusia.

Al-Quran ini membawa mesej universal yang memberi kebaikan kepada semua, bukan hanya kepada orang Islam sahaja. Sepatutnya setiap manusia mengkaji Al-Quran itu tetapi sekarang ini yang hanya mengambil perhatian adalah orang-orang Islam sahaja. Itu pun bukan semua.

Ramai yang mengaku Muslim, tetapi tidak menggunakan Al-Quran sebagai panduan hidup mereka. Amat jarang sekali orang yang mahu belajar dan memahami Al-Quran. Bilangan yang membaca Al-Quran memang ramai, tetapi yang memahami Al-Quran, amat kurang. Mereka berasa asing dengan Al-Quran.

Pada mereka, ia sesuatu yang tidak akan dapat difahami, melainkan oleh mereka yang ‘istimewa’ sahaja. Maka, kalau Al-Quran ini untuk semua manusia, kita yang kenal Al-Quran inilah yang kena sampaikan kepada mereka.

Oleh kerana mereka lahir dalam keluarga kufur, maka tentu tidak akan dapat memahami Al-Quran kalau kita tidak sampaikan kepada mereka. Apabila Al-Quran dikatakan sebagai ‘pandangan’ kepada manusia, itu bermaksud tanpa Al-Quran, kita seperti buta.

Apabila kita tidak dapat melihat, tentu kita tidak dapat menemui jalan dan akan tersesat. Begitu jugalah, jika kita tidak mempunyai panduan hidup, pasti akan tersesat di jalanan, bukan?

Maka panduan Al-Quran ini sangat penting agar kita tidak tersesat di dalam kehidupan. Sekiranya kita sesat, pasti di akhirat kelak kita akan dimasukkan ke dalam neraka jahannam.

وَهُدًى وَرَحْمَةٌ

dan petunjuk serta rahmat

Kita sudah tahu bagaimana Al-Quran itu adalah petunjuk. Ia adalah sumber ilmu untuk membezakan mana yang benar dan salah, antara haq dan bathil.

Al-Quran juga mengajar kita apa yang perlu dilakukan semasa di atas muka bumi ini. Kalau tidak belajar, tentu ramai yang terkeliru dan senang kena tipu oleh syaitan dari kalangan jin dan syaitan dari kalangan manusia.

Selain dari petunjuk, Al-Quran itu juga akan menjadi sumber rahmat kepada mereka yang mengikutinya. Ia akan memberi rahmat kepada kita kalau kita mengamalkannya. Namun, untuk menggunakannya, kenalah kita belajar. Kalau setakat membaca sahaja, rahmat itu tidak sempurna kerana tidak tahu apakah yang dibaca.

لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

bagi kaum yang meyakini.

Al-Quran itu untuk semua manusia, tetapi yang boleh mengambil manfaat darinya adalah mereka yang ‘mahu’ menyakini sahaja iaitu mahu yakin dengan kebenaran yang Al-Quran bawa.

Bukanlah semua manusia terus yakin dengan Al-Quran kerana keyakinan tidak dapat terus, kena ada usaha – dimulai dengan keinginan dulu. Apakah yakin yang dimaksudkan? Yakin bahawa Allah ﷻ itu Tuhan kita dan kita adalah hamba-Nya.

Jadi, kalau seseorang itu lahir dalam keluarga bukan Islam, tetapi kerana ada keinginan dalam hatinya kepada kebenaran, Allah ﷻ akan heret mereka kepada cahaya keimanan sampai yakin bahawa Islam inilah agama yang benar.

Dari ayat ini, kita boleh tahu bahawa boleh mendapat hidayah dan rahmat kalau yakin. Itulah syaratnya tetapi tentulah tidak semua bermula dengan yakin. Maka, kita hendaklah bermula dengan kehendak kepada kebenaran. Dalam jiwa kita, kita mahu ditunjukkan manakah jalan yang benar.

Tafsir Ayat ke-21:

Ini adalah ayat Zajrun.

أَم حَسِبَ الَّذينَ اجتَرَحُوا السَّيِّئَاتِ أَن نَّجعَلَهُم كَالَّذينَ ءآمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ سَواءً مَّحياهُم وَمَماتُهُم ۚ ساءَ ما يَحكُمونَ

Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu.

أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ اجْتَرَحُوا السَّيِّئَاتِ

Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka

Kalimah اجْتَرَحُوا dari kata dasar ج ر ح yang antaranya bermaksud ‘luka’. Maka kalimah تجترح boleh bermaksud ‘melukakan orang lain’. Jadi dalam ayat ini, ia bermaksud melakukan sesuatu dengan anggota badan, mulut dan kata-kata.

Selain itu ia juga boleh bermaksud mereka melukakan diri sendiri dengan perbuatan dosa-dosa. Perbuatan dosa-dosa itu akan menyebabkan kesusahan dan menyakitkan mereka nanti. Mungkin bukan di dunia, tetapi sudah pasti di akhirat mereka akan menerima kesannya.

Kalimah السَّيِّئَاتِ pula bermaksud amalan yang bercanggah dengan syariat. Maknanya mereka melukakan diri sendiri dengan perbuatan buruk dan berdosa. Mereka telah banyak berbuat dosa, tetapi mereka ada sangkaan yang salah. Apakah sangkaan mereka itu?

أَن نَّجْعَلَهُمْ كَالَّذِينَ ءآمَنُوا

bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman

 Orang yang melakukan dosa-dosa itu tentulah tidak sama dengan orang yang beriman. Oleh itu, adakah patut kalau mereka hendak Allah ﷻ layan mereka sama seperti Allah ﷻ akan layan orang-orang yang beriman? Adakah mereka sangka yang mereka akan selamat? Mereka sangka diri mereka siapa?

وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ

dan beramal soleh,

Seseorang itu bukan sahaja perlu beriman, tetapi juga kena melakukan amal yang soleh. Ini kerana iman itu bukan hanya di hati sahaja tetapi perlu ditunjukkan dalam perbuatan. Jadi kalau tidak membuat amalan agama yang daripada syariat, bagaimana mereka sangka akan selamat?

Amalan itu juga hendaklah amalan yang ‘soleh’. Apakah amalan yang ‘soleh’ itu? Itulah amalan yang ada dasarnya dari ajaran Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabat.

Bukanlah amalan-amalan yang bid’ah. Ini kerana amalan bid’ah bukan dari ajaran Nabi ﷺ dan ia tidak dikira sebagai amalan yang ‘soleh’. Jadi, adakah sama orang yang berbuat dosa dengan orang yang beriman dan beramal soleh? Tentulah tidak sama. Jadi, adakah patut mereka mengharap Allah ﷻ akan memberi layanan yang sama kepada mereka?

سَوَاءً مَّحْيَاهُمْ وَمَمَاتُهُمْ

dengan menyamakan keadaan semasa mereka hidup dan semasa mereka mati?

Tidak akan Allah ﷻ samakan mereka yang baik dengan mereka yang jahat? Mereka hendak diberikan sama sahaja balasan seperti yang diberi kepada orang yang beriman dan beramal soleh, walaupun apa sahaja yang mereka lakukan di dunia.

Ini tidak mungkin sedangkan amalan mereka di dunia berlainan dengan amalan orang mukmin. Maka, tidak mungkin balasan akan boleh sama juga.

Khitab ayat ini mulanya kepada Musyrikin Mekah. Mereka sangka kalau mendapat kebaikan di dunia ini, tentunya mereka dapat kebaikan di akhirat (kalau ada – kerana mereka tidak mempercayai kepada kebangkitan di akhirat). Ini adalah pengharapan yang salah.

Namun, ia membawa fahaman yang universal. Kita boleh melihat bagaimana ada orang yang tidak takut akhirat kerana tidak nampak akhirat itu. Mereka tidak yakin yang akhirat itu ada hingga sanggup melakukan dosa, kezaliman, penipuan dan segala macam lagi perkara yang salah di dunia ini.

Oleh itu walaupun mereka melakukan jenayah, kezaliman, penindasan dan sebagainya, mereka selamat sahaja di dunia. Mereka juga mungkin lebih kaya lagi dari orang yang baik. Ini adalah kerana mereka sudah ikut undang-undang, maka peluang mereka membuat duit lagi banyak kerana memang tidak kisah dari sumber mana wang itu datang.

Maka tidak akn mereka itu diberi dengan balasan yang sama? Jadi, ini tentu tidak adil. Mereka mendapat segala kesenangan di dunia, tetapi tidak dikenakan dengan balasan buruk di akhirat? Lalu apa kelebihan kepada mereka yang melakukan kebaikan dan menjaga diri dari melakukan dosa? Tentu tidak patut kalau sama sahaja balasan yang diberikan kepada orang yang jahat.

Maka, ini adalah hujah bahawa syurga dan neraka itu pasti ada kerana dunia ini tidak memberi balasan setimpal kepada mereka yang baik dan tidak memberi balasan buruk yang setimpal kepada pelaku kejahatan. Maka balasan yang sempurna tentunya di akhirat kelak.

سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ

Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu.

Buruk sungguh anggapan mereka terhadap keadilan Allah ﷻ. Adakah mereka sangka yang Allah ﷻ tidak membalas kesalahan mereka? Adakah mereka sangka yang Allah ﷻ tidak pandai membalas kebaikan yang dilakukan manusia dan membalas dengan azab kepada kejahatan yang dilakukan oleh mereka?

Kalau begitu, mereka tidak faham dengan maksud keadilan dari Allah ﷻ. Memang itu yang dialami kerana mereka (musyrikin Mekah) sudah lama tidak ada Nabi yang menyampaikan ajaran agama yang benar kepada mereka. Begitu juga, orang yang jahil agama zaman sekarang juga tidak tahu perkara ini kerana jauh dari agama.

✍🏻SESI MUZAKARAH

Tafsir surah Al-Jathiyah (Ayat ke20- dan ke-21)

📍Adakah benar pandangan mengatakan bila sudah belajar ayat-ayat al-Quran ini, kita kena amalkan semua. Jika 1 ayat tidak diamal maka, Allah ﷻ akan tanya kelak?

🔵 Pertama, semua ayat kena terima dan kena amal dan tidak boleh tolak dan tidak boleh kata tidak mahu amal pula. Kedua, tetapi ada yang kita tidak mampu lagi. Maka terus kita berazam hendak amal dan terus minta ampun kerana tidak mampu lagi hendak amal. Doa supaya Allah ﷻ beri kekuatan dan taufik untuk kita amalkan. Inilah sikap kita dalam belajar tafsir dan mendampingi Al-Quran.

Namun, ramai saja kan yang mengukur redha Allah ﷻ dengan kebendaan yang bersifat duniawi. Dalam ceramah motivasi juga selalu dengar begitu .Orang yang Allah ﷻ sayang akan diberi bahagia, kaya , berjaya. Orang yang Allah ﷻ benci akan sentiasa ditimpa bala dan kegagalan.

Ini memang banyak disentuh dalam Al-Quran. Sebab manusia memang salah faham kesenangan dunia dengan kaitkan dengan akhirat antaranya kisah lelaki kaya dalam surah Kahfi. Ini juga adalah fahaman salah satu mazhab dalam Kristian. Mereka suruh penganut dapatkan kesenangan hidup, kononnya tanda Tuhan sayang. Kalaulah kesenangan dunia tanda Allah ﷻ sayang, maka tentulah semua para Nabi kaya raya belaka.

📍Memang semua Nabi hidup susah dan penuh ujian. Ramai yang kata orang yang banyak ditimpa ujian sebab dia banyak dosa dengan Allah ﷻ.

🔵 Bukan semua Nabi hidup susah. Nabi Daud عليه السلام dan Nabi Sulaiman عليه السلام hidup senang. Kena faham konsep ini:

Susah itu ujian dan senang juga ujian. Dua-dua dugaan untuk manusia dan dugaan kesenangan lagi bahaya. Ramai dapat senang dan gagal. Hidup susah bukan tanda Allah ﷻ benci atau tanda dia dosa. Itu hanya ujian sahaja. Kalau dia redha maka dia akan dapat pahala yang banyak.

📍Orang yang baik tu lebih berat ujiannya Allah ﷻ beri berbanding dengan ujian orang yang kurang baik. Ada yang berpandangan sebegini.

🔵 Kedudukan atau maqam manusia akan menyebabkan dia dapat ujian yang lebih berat. Oleh kerana itu para Nabi ujian mereka berat dan paling berat menerima ujian adalah Nabi Muhammad ﷺ kerana kedudukan baginda.

📍Ini sudah kebiasaan atau sudah lali didengar. Tertimpa musibah dan sakit semua beri ulasan atas dosa yang dilakukan. Alhamdulillah ala kulli hal. Bila belajar Al-Quran dan As-Sunnah, kita boleh fahami, ujian Allah ﷻ di dunia ini untuk menguji ketaqwaan manusia sebenarnya.

🔵Ya, benar.

📍Selalunya orang akan kaitkan ujian dengan dosa yang dibuat. Orang tidak diuji berat macam tidak ada dosa.

🔵 Ini salah faham.

📍Orang kaya raya yang jarang susah pun satu ujian juga. Lagi menakutkan, bimbang kesenangan dunia tanpa ujian adalah istidraj.

🔵 Ujian berat, lagi bahaya, disangkakan Allah ﷻ sayang, tetapi sebenarnya istidraj. Allah ﷻ tarik sedikit demi sedikit ke arah kehancuran. Dia dibuai dengan kesenangan, sangka diri selamat, tetapi sebenarnya menuju neraka.

📍Ujian berat dalam nikmat?

🔵 Ya, berat. Sebab itu ulama’ kata, orang kaya yang bersyukur lebih tinggi pahala dari orang miskin yang sabar. Sebab memang susah sangat hendak bersyukur.

📍Memang begitu mentaliti majoriti masyarakat kita. Apabila ada yang ditimpa ujian yang teruk, mereka akan kaitkan dengan dosa.

🔵 Ini di sebabkan majoriti adalah jahil.

📍Teringat kisah Qarun di zaman Nabi Musa عليه السلام , Qarun menjadi kaya raya hingga dia lupa itu semua pemberian dari Allah ﷻ. Dia mengatakan kekayaan dia itu dari usahanya sendiri bukan pemberian dari Allah ﷻ, hingga akhirnya Allah ﷻ turunkan bala ke atas Qorun, dan Qorun mati di kambus tanah dalam keadaan dia kufur.

🔵 Ya betul tu. semoga kita dapat belajar nanti kisah Qarun dalam Al-Quran, menarik.

📍Kalau redha itu maksudnya dia tidak perlu keluar dari ujian dan perlu sabar dan redha sahaja?

🔵 Kita ahli sunnah duduk di tengah-tengah. Usaha dan redha tetapi tidaklah redha sahaja. Namun, berusaha untuk keluar, berusaha untuk tidak kena masalah, tetapi bila kena juga, dia sabar dalam redha dan berusaha dalam redha.

Allahu a’lam.

 

Popular

Iklan

Iklan