Utama Bilik (09) Ulum Al-Quran 06.07.04 Riwayat yang Pelbagai pada Satu Sebab Nuzul

06.07.04 Riwayat yang Pelbagai pada Satu Sebab Nuzul

158
0
Iklan

BroSyarief:
asSalaamu ‘alaikum, nota seterusnya telah siap. Semoga bermanfaat.

#310517 Bilik (09) Ulum al-Quran – Bab Sebab-sebab Penurunan al-Quran (أَسْبَابُ النُّزُول)

06.07.04 Riwayat yang Pelbagai pada Satu Sebab Nuzul – تَعَدُّدُ الرِّوَايَاتِ فِي سَبَبِ النُّزُولِ

#NotaBroSyarief #UlumQuran #UiTOBilik09

5. Sekiranya kesemua riwayat adalah sama kuat dan tak dapat ditarjihkan, maka dihimpunkan keseluruhan riwayat sekiranya boleh.

Lalu ayat tersebut dilihat turun disebabkan beberapa sebab nuzul atau terdapat berbilang sebab pada waktu yang berdekatan antara satu sama lain.

Contohnya ayat Li’an di bawah, di mana Allah – subhanahu wa ta’ala berfirman –

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ يَكُن لَّهُمْ شُهَدَاءُ إِلَّا أَنفُسُهُمْ

Dan orang-orang yang menuduh isteri-isteri mereka dalam keadaan mereka tidak memiliki saksi-saksi kecuali diri mereka sendiri,

فَشَهَادَةُ أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ ۙ إِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ

maka persaksian mereka (memadai dengan) 4 kali mengucapkan persaksian dengan nama Allah bahawa dia merupakan dari kalangan orang-orang yang jujur (pada tuduhannya),

وَالْخَامِسَةُ أَنَّ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَيْهِ إِن كَانَ مِنَ الْكَاذِبِينَ

Dan pada kali yang ke-5 (dia mengucapkan) bahawa laknat Allah akan menimpanya sekiranya dia (sebenarnya) dari kalangan orang-orang yang berbohong.

وَيَدْرَأُ عَنْهَا الْعَذَابَ أَن تَشْهَدَ أَرْبَعَ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ ۙ إِنَّهُ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ

Dan (bagi si isteri) menghalang dari ditimpa seksa (hukuman), hendaklah dia pula mengucapkan 4 kali persaksian dengan nama Allah, bahawa dia (yakni: suaminya) adalah dari kalangan orang-orang yang berbohong,

وَالْخَامِسَةَ أَنَّ غَضَبَ اللَّهِ عَلَيْهَا إِن كَانَ مِنَ الصَّادِقِينَ

Dan kali ke-5, (dia mengucapkan) bahawa kemurkaan Allah akan menimpanya, jika (sebenarnya) dia (yakni: suaminya) adalah dari kalangan orang-orang yang jujur.”

[an-Nur(24):6-9]

al-Bukhari, at-Tirmizi & Ibn Majah meriwayatkan dari Ibn ‘Abbas di mana dia menyebutkan ianya diturunkan kerana kes Hilal ibn Umayyah yang telah melemparkan tuduhan qazaf terhadap isterinya bersama Syuraik ibn Sahma’ sebagaimana yang telah disebutkan dalam nota 06.05.03.

Di dalam riwayat lain pula, al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka meriwayatkan dari Sahl ibn Sa’d, katanya:

جَاءَ عُوَيْمِرٌ إِلَى عَاصِمِ بْنِ عَدِيٍّ، فَقَالَ : سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- عَنْ رَجُلٍ وَجَدَ مَعَ امْرَأَتِهِ رَجُلًا أَيَقْتُلُهُ فَيُقْتَلُ بِهِ أَمْ كَيْفَ يَصْنَعُ؟

‘Uwaimir datang bertemu ‘Ashim ibn ‘Adiy, lalu dia berkata: ‘RasululLah – sallalLaahu ‘alaihi wa sallam – ditanya tentang seorang lelaki yang mendapati seorang lelaki bersama isterinya.. adakah dia boleh membunuhnya lalu dia di(hukum) bunuh, atau apa yang perlu dia lakukan?’

Maka, dihimpunkan kesemua riwayat-riwayat ini dengan melihat bahawa peristiwa aduan Hilal berlaku dahulu dan diikuti dengan kisah ‘Uwaymir, lalu turunnya ayat tersebut selepas kedua-dua kejadian tersebut.

Ibn Hajar (w.852H) menyebutkan:

لَا مَانِعَ مِنْ تَعَدُّدِ الْأَسْبَابِ .

‘Tiada masalah untuk berlakunya beberapa sebab yang berbeza (bagi ayat yang sama).’

[Fathul Bari]

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan, Cet. ke-7, m/s 85.
__
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Bagi yang dah selesai baca, berikan respon 👌 ya.. Terima kasih. Note: No sticker please!

Soalan:
Saya masih kurang faham..dihimpunkan kedua-dua riwayat dan di lihat peristiwa Hilal berlaku dahulu sebelum peristiwa Uwaiwir …tetiba ayat ” turunnya ayat selepas kedua-dua peristiwa tersebut”??….apa maksudnya ustaz? Macam tergantung pula penerangan tersebut?

BroSyarief:
Peristiwa 1: Hilal mengadu kepada Nabi, lepas tu ayat tu turun
Peristiwa 2: ‘Uwaimir cerita kat ‘Ashim ada orang mengadu kat Nabi, lepas tu ayat tu turun

Kalau secara terasing nampak macam ada 2 kes yang berbeza menyebabkan turunnya ayat Li’an, tapi hakikatnya dua riwayat ini bila dihimpunkan sebenarnya berlaku pada waktu yang berdekatan.

Maknanya, Hilal mengadu kepada Nabi, ‘Uwaimir nampak Hilal mengadu dan cerita kat ‘Ashim.. dan ayatpun turun.

Wa antum fajazaakumulLaahu khayran katsiira

06.07.04

Komen dan Soalan