Utama Blog Halaman 100

Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran – Tip 19: Cemerlang dengan Sikap Sabar dan Positif

0

TIP 19
CEMERLANG DENGAN SABAR DAN SIKAP POSITIF

“Sesungguhnya Tuhan mengganjar mereka yang bersabar dengan ganjaran yang banyak yang tidak dapat dihitung.” [ Az-Zumar: 10 ].

Akhlak yang mulia melahirkan sikap positif.

Antara sikap yang perlu dimiliki dalam kehidupan hari ini adalah sabar dan cekal.

Kesabaran dalam Islam mempunyai hubungkait dengan Tuhan. Kesabaran mempunyai keuntungan dan kebaikannya di sisi Tuhan. Bersabar menerima ujian kerana itu adalah jambatan bagi mendapat pertolongan Ilahi.

“Berilah khabar gembira kepada mereka yang sabar.” [ Al-Baqarah: 155 ].

Jaminan seperti ini pasti melahirkan optimism di hati orang yang diuji yang akan melahirkan usaha dan amal. Semuanya dilakukan dengan ketabahan dan kecekalan kerana adanya keimanan dan keyakinan kepada Tuhan.

Tiga Bahagian Sabar

Sabar bukan bermaksud terima sahaja keadaan serta menanti perubahan tanpa usaha. Sebaliknya disuruh bersabar dan serentak dengan itu melakukan amal dan usaha.

“Bersabarlah sebagaimana bersabarnya rasul-rasul ulul azmi.” [ al-Ahqaf: 35 ].

Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad SAW beramal serta berusaha bersungguh-sungguh di samping bersabar.

Sabar mempunyai tiga bahagian – Said Hawa [ al-Asas fit Tafsir ]
1. Sabar dalam meninggal maksiat
2. Sabar dalam melakukan ibadah
3. Sabar apabila ditimpa ujian dan musibah.

Dalam konteks ibadah, sahabat-sahabat Nabi SAW adalah golongan yang tinggi kesabarannya demi melakukan ibadah. Semasa sedang berperang mereka tetap disuruh salat fardhu tanpa pengeculian.

Musibah dan Sikap yang Betul

Dunia adalah tempat ujian dan tribulasi. Syurga tempat kesenangan yang abadi. Justeru, umat Islam bersedia untuk bersabar dengan segala ujian di dunia. Pada masa yang sama mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat. “Sesunggunya Kami pasti akan mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada mereka yang sabar” [ al-Baqarah: 155 ].

Ujian yang menimpa tidak berterusan selama-lamanya. Ia hanya satu proses pendidikan dan pembangunan diri yang diperlukan sebelum kejayaan dan kemenangan dicapai. “Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan.” [ as-Syarh: 5 ]. “Sesungguhnya kejayaan bersama-sama dengan kesabaran, kelapangan. Bersama-sama dengan kesusahan dan sesungguhnya berserta dengan kepayahan adalahlah kesenangan.” [ Imam at-Tirmizi ].

Ujian menggugurkan dosa.

“Tidak ada satu pun musiah yang menimpa ke atas Muslim, sama ada kepenatan, sakit yang kronik, kerisauan, kesedihan, sebarang kesakitan dan kemurungan, sehingga duri yang terkena di badannya, melainkan ia akan menjadi kifarat baginya dari dosa.” [ HR Bukhari Muslim ].

“Apabila aku mendapat ujian duniawi, aku bersyukur kerana terdapat padanya empat nikmat. Pertama, ujian itu tidak berkaitan dengan agama. Kedua, ia tidak begitu besar berbanding ujian agama. Ketiga, aku akan mendapat keredhaannya dengan ujian itu dan keempat aku mengharapkan pahala daripadanya.” [ Omar al-Khattab ].

Golongan yang Menakjubkan

“Keadaan orang mukim amat menakjubkan kerana segala keadaan yang dihadapinya menjadi baik baginya. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur dan itu adalah baik baginya. Sebaliknya, jika dia menghadapi kesulitan dia bersabar dan itu adalah baik baginya.” [ Imam Muslim ].

Contoh terbaik adalah Nabi SAW dan para sahabat semasa mereka berjuang menyebarkan dakwah di Mekah. Pelbagai ujian dan cabaran di hadapi oleh sahabat-sahabat Muhajirin, ditindas dan diseksa selama 13 tahun di Mekah.

Walau berdepan dengan pelbagai rintangan, umat Islam terus bersbar dan beramal dengan keyakinan bahawa Tuhan akan memberikan pertolongan kepada mereka.

Fisiologi Sabar dan Fikiran Positif

Kajian Havard School of Public Health and the Department of Veterans Affairs menunjukkan golongan tua yang optimis mempunyai risiko rendah menghidap sakit jantung koronari.

Kajian Bringham and Women’s Hospital dan Harvard Medical School mendapati mereka yang optimis mempunyai kehidupan yang lebih sihat lagi ceria. Sistem pertahanan badan menjadi semakin baik yang dirangsang oleh fikiran positif.

Mereka yang berfikiran negatif sering dihinggapi tekanan. Pengeluaran hormone kortisol meningkat pada waktu stres yang boleh menyebabkan penyakit darah tinggi.

Nabi Yusuf yang Cekal

Nabi Yusuf a.s adalah contoh yang baik bagi semua manusia. Semasa kecil dibuang ke dalam telaga buruk oleh saudara-saudaranya, dipungut oleh ahli perniagaan dan kemudiannya dijual kepada Raja Mesir dengan harga yang murah. “Dan mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah iaitu beberapa dirham sahaja dan mereka tidak tertarik hati kepadanya.” [Yusuf: 20 ].

Beliau difitnah semasa hidup di istana dan dipenjarakan. “Kemudian timbul dalam fikiran mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka sepatutnya memenjarakannya hingga ke satu waktu tertentu.” [ Yusuf: 35 ].

Ujian bertubi-tubi yang datang dihadapi dengan sabar tanpa keluh kesah. Berkat kesabaran dan kecekalan akhirnya dibebaskan dan menjadi Raja Mesir. “Dan demikianlah Kami memberikan kedudukan kepada Yusuf di negeri Mesir. (Dia berkuasa penuh) untuk pergi ke mana yang dia kehendaki di bumi Mesir itu. Kami limpahkan rahmat kepada sesiapa yang Kami kehendaki dan Kami tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang melakukan kebaikan.” [ Yusuf: 56 ].

Kajian ke atas 10,000 orang yang dilakukan oleh Carnegie Institut mendapati 15% kejayaan adalah berpunca daripada latihan teknikal, 85% berpunca daripada personaliti. Aspek personaliti yang paling penting untuk kejayaan adalah sikap.

Ledakan Kecemerlangan

Sikap kita ditentukan oleh cara kita melihat masalah.

Apabila melihat masalah sebagai kesempatan untuk membangunkan diri, kita berfikiran positif.

Sebaliknya, apabila melihat masalah sebagai perkara yang bakal memusnahkan diri, kita berfikiran negatif.

Semasa berdepan dengan masalah senyumlah dan berkata “Alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk menjadi lebih berjaya.”

Lakukan analisis ke atas masalah itu satu persatu.

Tafsir Surah Al- Ahqaf – Tafsir Ayat Ke-9 hingga Ke-12

0

Tafsir Ayat ke-9

Dalil bahawa Nabi Muhammad ﷺ tidak tahu perkara ghaib. Namun, tidaklah ini merendahkan martabat baginda ﷺ sebagai Rasul.

قُل ما كُنتُ بِدعًا مِّنَ الرُّسُلِ وَما أَدري ما يُفعَلُ بي وَلا بِكُم ۖ إِن أَتَّبِعُ إِلّا ما يوحىٰ إِلَيَّ وَما أَناْ إِلّا نَذيرٌ مُّبينٌ

Katakanlah lagi: “Bukanlah aku seorang Rasul pembawa agama yang berlainan dari agama yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang telah lalu), dan aku tidak mengetahui apa yang akan dilakukan kepadaku dan kepada kamu. Aku tidak melakukan sesuatu melainkan menurut apa yang diwahyukan kepadaku, dan aku tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata”

قُل ما كُنتُ بِدعًا مِّنَ الرُّسُلِ

Katakanlah lagi: “Bukanlah aku seorang Rasul yang pertama dari Rasul-rasul,

Nabi Muhammad ﷺ disuruh untuk beritahu mereka bahawa baginda ﷺ bukanlah Rasul yang pertama; ada ramai lagi rasul yang sebelum baginda. Malah baginda ﷺ adalah Rasul dan Nabi yang terakhir.

Rasul-rasul yang dulu turut membawa perkara yang sama juga dalam hal akidah, bukan lain dari apa yang baginda ﷺ bawakan. Perkara itu boleh diperiksa dengan kitab-kitab wahyu yang lain.

Mereka juga pernah mendengar tentang kisah rasul-rasul yang dahulu dengan umat-umat mereka. Musyrikin Mekah memang kenal Nabi Ibrahim عليه السلام dan Nabi Ismail عليه السلام kerana ada dalam sejarah mereka. Malah mereka juga tahu Nabi-nabi lain secara umum. Maknanya mereka kenal agamalah juga dan tahu ada yang kena azab akibat menentang apa yang disampaikan oleh Rasul mereka.

Kita juga boleh guna hujah ini dengan memberitahu kepada puak bid’ah yang apa kita sedang bawa ini sebenarnya dari Al-Quran dan Sunnah. Mereka sendiri juga tahu yang kita sebagai orang Islam kena ikut A-Quran dan Sunnah. Jadi apa yang kita sedang bawa inilah Al-Quran dan Sunnah, bukan sumber lain pun. Mereka boleh periksa dalam Al-Quran dan hadis kalau tidak percaya.

وَما أَدري ما يُفعَلُ بي وَلا بِكُم

dan aku tidak mengetahui apa yang akan dilakukan kepadaku dan kepada kamu.

Kafir Mekah telah mencabar Nabi ﷺ. Mereka kata kalau baginda ﷺ benar seorang Nabi, tentu mempunyai kuasa luar biasa. Malah sekarang mereka sudah menentang baginda, maka apa yang akan jadi kepada mereka nanti?

Mereka ejek: kamu kata kalau kami lawan kamu, kami kena azab, mana azab itu?; mereka tanya lagi Nabi: tidak mungkin baginda ﷺ tidak tahu apa yang akan terjadi kepada mereka esok hari atau masa depan?

Allah ﷻ mengajar Nabi Muhammad ﷺ supaya jangan kata yang baginda ﷺ tahu perkara ghaib kerana itu adalah sifat Allah ﷻ sahaja. Sebaliknya baginda ﷺ diajar untuk menjawab seperti dalam ayat ini. Katakanlah sahaja yang baginda sendiri tidak tahu ilmu ghaib. Rasul dulu juga tidak tahu tentang masa depan mereka. Hal baginda sendiri juga baginda tidak tahu, apatah lagi hal mereka.

Semua itu terpulang kepada Allah ﷻ dan apa yang Allah ﷻ hendak buat dengan mereka. Kalau Nabi Muhammad ﷺ sebagai seorang Rasul juga tidak tahu perkara ghaib, maka apatah lagi manusia biasa? Oleh itu, kalau ada orang kata ada makhluk lain yang tahu perkara ghaib, itu adalah satu kesyirikan.

Sebagai contoh, puak Syiah kata imam-imam mereka tahu perkara ghaib secara mutlak. Maka mereka itu telah sesat dan syirik. Malanglah sekali apabila ramai orang kita yang tertipu dengan dakyah mereka.

إِن أَتَّبِعُ إِلّا ما يوحىٰ إِلَيَّ

Aku tidak ikut sesuatu melainkan menurut apa yang diwahyukan kepadaku,

Tugas baginda ﷺ diutus sebagai Rasul bukanlah untuk beritahu perkara ghaib tetapi untuk ikut apa yang telah diarahkan kepada baginda seperti dalam wahyu. Baginda ﷺ hanya menyampaikan apa yang perlu disampaikan dan hanya menjalankan tugas baginda sahaja.

Tidaklah baginda ﷺ mendapat ilmu ghaib melainkan apa yang diberitahu kepada baginda ﷺ sahaja.

وَما أَناْ إِلّا نَذيرٌ مُّبينٌ

dan aku tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata

Dan baginda ﷺ disuruh beritahu yang tugas baginda ﷺ bukan memaksa sesiapa jadi beriman tetapi hanya boleh menyampaikan sahaja. Baginda kena sampaikan dengan sejelas-jelasnya. Bukan hendak mengajar sorok-sorok, atau cakap tetapi dalam bahasa yang susah difahami. Itulah yang baginda ﷺ telah lakukan.

Oleh kerana baginda ﷺ telah sampaikan dengan jelas, maka kalau tetap tolak, itu hanya kerana sifat degil mereka sahaja, kerana semua maklumat telah disampaikan dan mereka tidak boleh kata tidak faham apa yang disampaikan.

Tafsir Ayat ke-10

Zajrun dan juga Dalil Naqli Tafsili.

قُل أَرَءيتُم إِن كانَ مِن عِندِ اللهِ وَكَفَرتُم بِهِ وَشَهِدَ شاهِدٌ مِّن بَني إِسرٰءيلَ عَلىٰ مِثلِهِ فَئآمَنَ وَاستَكبَرتُم ۖ إِنَّ اللَهَ لا يَهدِي القَومَ الظّٰلِمينَ

Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu jika Al-Quran ini (yang datangnya) dari Allah dan kamu mengingkarinya, pada hal ada seorang saksi dari Bani Israil memberi keterangan mengakui (sahnya Kitab) yang sama seperti Al-Quran ini, lalu dia percayakan (Al-Quran ini dari Allah), sedang kamu dengan sombong angkuh mengingkarinya? (Tidakkah dengan yang demikian kamu bersifat zalim)? Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim (yang degil dalam kekufurannya)”.

قُل أَرَءيتُم

Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu

Sekarang Allah ﷻ mengajar Nabi ﷺ untuk berhujah dengan mereka supaya mereka fikir-fikirkan – supaya gunalah akal itu sedikit.

إِن كانَ مِن عِندِ اللهِ وَكَفَرتُم بِهِ

jika Al-Qur’an ini dari Allah dan kamu mengingkarinya,

Cuba kamu fikir, kalau benar Al-Quran ini benar dari Allah ﷻ, dan kamu engkar kepadanya, apakah akan jadi dengan kamu nanti? Tidak takutkah kamu menolak ayat-ayat dari Allah ﷻ? Apa kamu sangka kamu akan selamatkah?

وَشَهِدَ شاهِدٌ مِّن بَني إِسرٰءيلَ عَلىٰ مِثلِهِ

padahal telah ada seorang saksi dari Bani Israil memberi keterangan mengakui (sahnya Kitab) yang sama seperti Al-Quran ini,

Ini adalah Dalil Naqli: Dan telah bersaksi satu ulama Bani Israil yang muktabar, yang Al-Quran ini benar dari Allah ﷻ dan ia seperti yang ada dalam Taurat. Musyrikin Mekah kata Al-Quran itu adalah sihir, tetapi kalau begitu, kenapa ada ulama Bani Israil yang mengakui kebenaran Al-Quran itu?

Maksud ayat ini lebih kurang sama seperti yang Allah ﷻ telah sebut dalam [ Syu’ara:197 ]. Ada pendapat yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan adalah Abdullah bin Salam. Namun, yang menolaknya mengatakan tidak mungkin kerana Abdullah bin Salam hanya masuk Islam di Madinah, bukan di Makkah dan ayat ini adalah ayat Makkiah.

Ataupun, mungkin yang dimaksudkan adalah apa yang akan terjadi di masa hadapan iaitu ada yang akan memberikan pengakuan tentang kebenaran Al-Quran. Ini akan berlaku di Madinah nanti. Allahu a’lam siapakah yang dimaksudkan.

Maka, kalau ada dalam kalangan bani Israil yang tidak mahu beriman dengan al-Quran maka itu adalah kerana degil sahaja. Ini kerana ulama mereka sendiri sudah mengakui kebenaran Al-Quran.

✍🏻Apa pun, ayat ini bertepatan dengan firman Allah ﷻ:

{إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلأذْقَانِ سُجَّدًا وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولا}

Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud dan mereka berkata, “Mahasuci Tuhan kami; sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi.” [ Al-Isra: 107-108 ].

Atau yang dimaksudkan adalah Nabi Musa عليه السلام kerana Nabi Musa عليه السلام ada berkata bahawa akan lahir Nabi akhir zaman yang macam baginda. Ini ada terdapat dalam ‘Old Testament’. Memang Nabi Muhammad ﷺ banyak persamaan dengan Nabi Musa عليه السلام. Maksudnya Nabi Musa عليه السلام memberitahu tentang kedatangan Nabi Muhammad ﷺ.

فَئآمَنَ وَاستَكبَرتُم

lalu dia beriman, sedang kamu dengan sombong angkuh dari menerimanya?

Ini kerana ulama itu percaya dengan apa yang diturunkan dalam Qur’an itu, maka dia telah beriman. Namun, kamu sombong hendak menerima sedangkan kamu jahil. Orang alim pun kamu tidak mahu ikut? Sesat kamu itu kerana degil sahaja, bukan kerana lain. Semua bukti sudah ada tetapi kamu masih tidak mahu menerimanya.

إِنَّ اللَهَ لا يَهدِي القَومَ الظّٰلِمينَ

Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim

Kalau degil juga, tidak ada ubat. Allah ﷻ tidak akan memberi hidayah kepada mereka yang zalim degil tidak terima kebenaran.

Tafsir Ayat ke-11

Kebanyakan dari kalangan Musyrikin Mekah adalah orang kenamaan dan bangsawan. Sedangkan para sahabat hampir kesemuanya adalah orang bawahan sahaja.

Apabila golongan yang rendah kedudukan yang ikut ajaran Nabi Muhammad ﷺ, golongan bangsawan itu tidak pandang kepada ajaran Nabi ﷺ kerana mereka melihat kemuliaan dari segi kekayaan dunia sahaja.

Ini kerana pada mereka, kalau yang mengikuti baginda ﷺ adalah orang-orang yang miskin dan lemah, pada mereka itu bukanlah sesuatu yang bagus kerana mereka tidak menggunakan akal yang sihat. Begitulah juga kebanyakan orang lain. Maka Allah ﷻ tegur pemahaman yang sebegini.

وَقالَ الَّذينَ كَفَروا لِلَّذينَ ءآمَنوا لَو كانَ خَيرًا مّا سَبَقونا إِلَيهِ ۚ وَإِذ لَم يَهتَدوا بِهِ فَسَيَقولونَ هٰذا إِفكٌ قَديمٌ

Dan (kerana sombong angkuhnya orang-orang kafir itu) mereka berkata tentang kepercayaan orang-orang yang beriman: “Kalaulah (apa yang dibawa oleh Muhammad) itu perkara yang baik tentulah mereka tidak mendahului kami mempercayainya (kerana kamilah yang sepatutnya menerima segala kebaikan)!” Dan setelah mereka tidak dapat menerima petunjuk Al-Quran itu, (mereka memusuhinya) lalu mereka mencacinya dengan berkata: “Al-Quran ini ialah rekaan dusta yang sudah lama”.

وَقالَ الَّذينَ كَفَروا لِلَّذينَ ءآمَنوا

Dan orang-orang kafir itu berkata kepada orang-orang yang beriman:

Ini adalah hujah musyrikin Mekah yang kaya dan berpengaruh. Kali ini mereka berhujah dengan orang-orang yang beriman daripada kalangan para sahabat. Kalangan sahabat itu adalah mereka yang miskin, tidak berpengaruh malah ada daripada

kalangan mereka yang hamba abdi.

Begitulah kalau zaman sekarang, jalan sunnah itu selalunya dipegang oleh golongan yang lemah, yang tiada ada kuasa apa-apa dalam kerajaan selalunya, golongan miskin dan juga tidak berpengaruh dalam masyarakat. Ustaz-ustaz Sunnah kita pun tidaklah masuk dalam TV dan mendapat liputan yang meluas.

لَو كانَ خَيرًا مّا سَبَقونا إِلَيهِ

“Kalaulah (apa yang dibawa oleh Muhammad) itu perkara yang baik tentulah mereka tidak mendahului kami mempercayainya!”

Mereka kata sekiranya ajaran dari Al-Quran itu adalah benar dan baik, nescaya orang bawahan tidaklah yang dahulu terima sebelum mereka. Mereka kata, kalau ia ajaran yang benar, merekalah yang lebih awal terima, bukan golongan miskin itu.

Tafsir Ayat ke-12

Dalil Naqli dari Taurat. Allah berhujah dengan menggunakan Kitab Taurat.

وَمِن قَبلِهِ كِتٰبُ موسىٰ إِمامًا وَرَحمَةً ۚ وَهٰذا كِتٰبٌ مُّصَدِّقٌ لِّسانًا عَرَبِيًّا لِّيُنذِرَ الَّذينَ ظَلَموا وَبُشرىٰ لِلمُحسِنينَ

mereka tergamak mengatakan Al-Quran ini rekaan dusta yang telah lama?) Pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya); dan Al-Quran pula sebuah Kitab – yang mengesahkan kebenaran (kitab-kitab yang telah lalu), – diturunkan dalam bahasa Arab untuk memberi amaran kepada orang-orang yang zalim, dan berita gembira bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.

وَمِن قَبلِهِ كِتٰبُ موسىٰ إِمامًا وَرَحمَةً

Pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat

Sebelum ini sudah ada kitab dari langit, iaitu Kitab Taurat. Kitab Taurat itu menjadi panduan hidup bagi Bani Israil dan kalau diamalkan, ia memberi rahmat kepada mereka yang mengamalkannya.

Digunakan kalimah إِمامًا untuk memberi analogi macam orang ikut imam dalam solat – bila imam rukuk, semua rukuk sekali iaitu makmum kena ikut. Maka, begitulah juga dengan kitab wahyu manusia kena ikut arahan yang ada dalam kitab wahyu itu.

وَهٰذا كِتٰبٌ مُّصَدِّقٌ

dan Kitab ini yang mengesahkan kebenaran

‘Kitab ini’ yang dimaksudkan adalah Al-Quran. Al-Quran ini juga adalah kitab dari langit, yang membenarkan isi Kitab Taurat yang sebelum itu. Kandungan tauhid di dalam kitab Taurat dan Al-Quran itu sama sahaja iaitu untuk mengesakan Allah ﷻ.

لِّسانًا عَرَبِيًّا

dalam bahasa Arab

Cuma Al-Quran ini diturunkan dalam Bahasa Arab yang fasih. Ia bahasa yang amat tinggi yang dapat menjelaskan sesuatu perkara itu dengan jelas. Perkara yang panjang dapat dijelaskan dengan Bahasa Arab yang hebat. Maka memang bertepatan apabila Allah ﷻ turunkan kitab wahyu-Nya yang terakhir dalam Bahasa Arab.

Maka, molek sangatlah kalau kita semua dapat belajar Bahasa Arab ini supaya kita dapat lebih memahami Al-Quran. Kalau kita ada kehendak untuk lebih memahami Al-Quran, maka kita akan cuba belajar bahasa Arab sedikit demi sedikit.

لِّيُنذِرَ الَّذينَ ظَلَموا

untuk memberi amaran kepada orang-orang yang zalim,

Kepada mereka yang kufur, Al-Quran itu memberi ancaman kepada mereka bahawa mereka akan mendapat mendapat azab yang buruk kerana kezaliman dan kekufuran mereka itu. Ancaman keras diberikan kepada mereka, maka hendaklah mereka ambil perhatian buat perubahan.

وَبُشرىٰ لِلمُحسِنينَ

dan berita gembira bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.

Dan berita gembira pula diberikan kepada orang yang berhati baik iaitu mereka yang boleh ikut beriman dengan Al-Quran dan taat arahan Allah ﷻ dengan mudah. Ini adalah kerana hati mereka masih dalam fitrah.

Fitrah manusia adalah lahir untuk taat kepada arahan Allah ﷻ. Kita memang sudah kenal Allah ﷻ dari sebelum kita lahir lagi. Maka kalaulah manusia mendengar isi hati mereka, pasti akan nampak kebenaran Al-Quran itu. Ini kerana fitrah kejadian kita memang sudah kenal Allah ﷻ, sudah kenal kebenaran.

Begitu juga, kalau masyarakat kita dengar kepada isihati mereka, mereka akan nampak kebenaran tauhid yang dibawa oleh Al-Quran ini. Mereka tidak akan berbuat syirik dalam doa dan tidak akan mengamalkan tawassul yang dilarang.

Fitrah manusia adalah lahir untuk taat kepada arahan Allah ﷻ. Kita memang sudah kenal Allah ﷻ dari sebelum kita lahir lagi. Maka, kalaulah manusia mendengar isi hati mereka, pasti akan nampak kebenaran Al-Quran itu. Ini kerana fitrah kejadian kita memang sudah kenal Allah ﷻ, sudah kenal kebenaran.

✍🏻SESI MUZAKARAH
Tafsir surah Al-Ahqaf ( Ayat ke-9 hingga ke-12 )

📍Adakah ini bermaksud apa yang ada di dalam fikiran dan hatinya tidak sama? Bagi orang yang ingkar mereka itu mengikut akal dan bukan dari hatinya?

🔵 Ya benar. Oleh sebab itu penentang wahyu hati tidak berasa tenang kerana melawan kehendak hati dia.

📍 Pemahaman saya tawassul juga ada dalam upacara doa selamat. Bagaimana pula dengan adat masyarakat Melayu yang setiap kali hendak buat sesuatu mesti akan ada kepala yang mengetuai doa. Selain bid’ah adakah unsur tawassul terdapat juga dalam adat membaca doa ini?

🔵 Ya itu juga tawassul. Tawassul dengan tekong doa itu. Seolah-olah kalau dia yang jadi tekong, doa lebih makbul.

📍Mengenai doa kebiasaan dibaca dalam majlis rasmi. Adakah ini dikira sebagai tawassul dan kita langsung tidak boleh lakukan kerana ini akan melibatkan akidah?

🔵Kalau sekali sekala, tidak mengapa. Macam majlis penyampaian hadiah kat sekolah. Sama macam kita buat solat istisqa, kenalah ada seorang yang jadi ketua doa. Cuma, bukan dijadikan majlis ‘khas untuk doa’ macam doa selamatan yang tidak ada contohnya dalam agama. Bezanya sikit sahaja.

📍Ini pertanyaan orang kafir kepada org muslim tentang di mana keadilan Allah ﷻ. Musyrik walaupun baik sekalipun kekal di neraka dan Muslim sekalipun jahat tetap masuk syurga dengan rahmat dari Allah ﷻ.

Bapa saudara Rasulullah ﷺ juga sebaik-baik insan dan ada pencerahan dari Rasulullah ﷺ sendiri tentang Islam. Adakah yang tidak tahu mengenai Islam kerana tiada orang berdakwah tentang Islam padanya, Islam tidak sampai padanya atau dia salah faham pada Islam akan masuk neraka disebabkan akidah tauhid?

🔵Maksud ‘syirik’ secara ringkas adalah menduakan Allah ﷻ. Ini adalah dosa terbesar yang boleh dilakukan oleh makhluk Allah ﷻ. Kenapa ia terbesar? Saya beri analogi.

Katakan seorang suami ada isteri. Isterinya mungkin tidak berapa cantik, tidak pandai masak, tidak pandai mengemas. Semua itu boleh dimaafkan. Kecantikan itu subjektif, makanan boleh beli di kedai dan boleh pakai maid untuk kemas rumah. Namun, kalau isterinya itu menduakan suaminya atau bawa lelaki lain masuk bilik dan naik atas katil? Adakah ini boleh dimaafkan?

Analogi satu lagi: seorang ayah ada anak yang dijaganya dari kecil. Dilahirkan, diberi didikan, makan pakai dan semua keperluan. Adakah patut kalau anak itu panggil lelaki lain sebagai ayahnya?

Begitulah hubungan kita dengan Allah ﷻ. Allah ﷻ berikan segalanya kepada kita, tetapi kita menganggap selain-Nya sebagai Tuhan? Bagaimana kalau orang kafir yang baik? Apakah balasan bagi mereka ?

Allah ﷻ tidak zalim. Mereka tetap akan dapat balasan baik. Segala kebaikan mereka akan dibalas di dunia. Sebab itu orang-orang bukan Islam yang banyak derma dapat banyak keuntungan. Lagi banyak dia derma lagi banyak untung dia dapat tetapi mereka tidak akan ada bahagian di akhirat.

Bagaimana mereka yang tidak kenal Islam? Pada zaman sekarang, amat sukar untuk dikatakan seseorang itu tidak kenal Islam kerana maklumat tentang Islam merata-rata.

Peringkat pertama: Alam yang begini indah dan hebat, menjadi tanda kewujudan Tuhan. Takkan dunia ini terjadi sendiri?

Peringkat kedua: Selepas tahu adanya Tuhan, maka tindakan seterusnya adalah mencari apakah Tuhan itu? Adakah Allah ﷻ, Jesus, Buddha atau lain-lain?

Maka, ramailah manusia yang melakukan kajian dengan hati terbuka dengan keinginan untuk tahu manakah agama yang benar. Melalui kajian mereka, maka mereka sedar bahawa Islam itulah agama yang benar. Walaupun penganutnya bukanlah semestinya insan terbaik, tetapi Islam itu agama yang sebenarnya.

Kita kena lihat ‘agama’ itu, bukan ‘penganutnya’. Kena ada keinginan dalam hati insan itu: wahai Tuhan, siapa sahaja nama Engkau, berikan aku kebenaran. Kerana aku hendak amalkan agama yang benar. Semua perkara yang bagus untuk didapati, memerlukan usaha dari kita. Bukanlah ia datang bergolek.

🔴Maksudnya bapa saudara Rasullullah ﷺ sebaik-baik manusia juga ,kemudian telah diberi penerangan tentang islam oleh Rasullullah sendiri ,tetapi tidak memeluk agama Islam maka adakah ke neraka juga?

🔵Abu Talib tempatnya di neraka. Abu Talib sayang Nabi Muhammad ﷺ kerana baginda anak saudaranya, bukan kerana baginda seorang Rasul. Beliau bantu dan pertahankan Nabi Muhammad ﷺ kerana baginda anak saudaranya dan Abu Talib tidak pernah menyatakan keimanannya kepada agama bawaan Nabi Muhammad ﷺ.

Mungkin beliau boleh sahaja hendak beriman tetapi beliau malu dikatakan telah meninggalkan agama tok nenek. Dia tidak melakukan ‘leap of faith’ yang sepatutnya dilakukan. Dia lebih malu kepada manusia daripada malu kepada Allah ﷻ.

Ini mengajar kita, tidak boleh satu kaki dalam Islam dan satu kaki lagi masih dalam agama lama. Jika hendak selamat kena terus tinggalkan agama lama.

Allahu a’lam.

Bagaimanakah cara untuk berinteraksi dengan kisah-kisah yang datang dari Bani Israel?

0

🔴 Bagaimanakah cara untuk berinteraksi dengan kisah-kisah yang datang dari Bani Israel?

🔵
1. Makna

◾️ Kisah atau kejadian yang diriwayatkan daripada sumber Israel iaitu Ya’aqub .

◾️ Ulama’ tafsir dan hadith: Setiap perkara yang terdapat di dalam hadith atau tafsir tentang cerita-cerita lama yang dinisbahkan kepada sumber asal Yahudi dan Nasrani.

◾️ Setiap tuduhan berupa cerita yang tiada asalnya di dalam mana-mana sumber lama mereka di dalam tafsir dan hadith Nabi ﷺ seperti kisah Al-Gharaniq dan kisah perkahwinan Nabi ﷺ dengan Zainab binti Jahsy.

2. Punca penyerapan Israeliyyat ke dalam Islam

◾️ Bermula sejak budaya Yahudi yang menyerap masuk ke dalam budaya Arab jahiliyyah;
Ini kerana Arab menetap dengan mereka sangat lama. Mereka berhijrah ke tanah Arab dan membawa bersama mereka segala riwayat-riwayat kitab agama mereka yang diriwayatkan daripada para Nabi dan pendeta mereka. Mereka mempunyai tempat dipanggil “al-Madras” iaitu tempat mempelajari kitab mereka.

◾️ Arab dikenali dengan rihlah mereka iaitu al-Syita’ ke Yaman dan al-Saif ke Syam. Berlaku perjumpaan dengan Yahudi di sana.

◾️ Di Madinah Nabi ﷺ mengajar sahabat. Di situ ada penempatan Yahudi. Berlaku pertemuan sesama mereka dan pertukaran ilmu dan budaya melalui pertanyaan, debat, perbincangan dengan Nabi ﷺ.

◾️ Keislaman beberapa pendeta mereka seperti Abdullah bin Salam, Abdullah bin Suuri dan Kaab Al-Ahbar.

◾️ Pengaruh budaya mereka ke dalam ilmu dan karya-karya Islam seperti Sejarah, Tafsir, Ilmu Debat dan Ilmu Kalam. Bahkan kebanyakan ajaran kumpulan sesat di dalam sejarah Islam adalah berasal daripada mereka.

Contoh:
Ibnu Al-Atsir di dalam kitab sejarahnya menyatakan daripada Ahmad bin Abi Da’wad bahawa dia pernah berkata bahawa Al-Quran itu makhluk yang mana ia berasal daripada Bisyr Al-Marisi-Jahm Ibnu Safwan-Ja’ad Ibnu Dirham-Abaan Ibnu Sam’an-Tholut-Lubaid ibnul A’sam iaitu seorang Yahudi yang pernah menyihir Nabi ﷺ dan dia pernah berkata bahawa Al-Quran itu makhluk.

Contoh:
Abu Mansur Al-Baghdadi di dalam al-Farqu bainal Firaq menyatakan bahawa aqidah Sabaieyah yang percaya bahawa Ali رضي الله عنه tidak dibunuh tetapi syaitan telah menyerupainya dan dinaikkan ke langit seperti Isa Ibnu Maryam. Akan turun ke dunia untuk menuntut bela, ia berasal daripada Abdullah bin Saba’ seorang Yahudi.

3. Punca penyerapan ke dalam ilmu tafsir dan hadith

◾️ Kedua-duanya melalui dua marhalah iaitu riwayah (periwayatan) dan tadwin (pengumpulan).

◾️ Riwayah →Nabi ﷺ →Sahabat→Tabi’in→Tabi’ Tabi’in.

◾️ Mereka bukan sahaja meriwayatkan daripada Nabi ﷺ Al-Quran dan hadith bahkan tafsir dan syarah terhadap keduanya sekali.

◾️ Zaman sahabat mereka melakukan tasabbut iaitu memeriksa riwayat perawi dengan persaksian dan sumpah. Periwayatan ketika ini mudah diterima dan tidak susah kerana unsur adalah, dhobith dan amanah yang dimiliki para sahabat.

◾️ Zaman tabi’in ketat sedikit kerana pemalsuan hadith sudah mula berlaku. Mereka hanya terima khabar yang ada sanad serta perawi yang adil dan dhobith.

◾️ Zaman tabi’ tabi’in lebih ketat kerana pemalsuan lebih hebat berlaku. Ia membawa kepada perkembangan ilmu riwayah dengan mereka meletakkan kaedah-kaedah untuk mengenalpasti khabar yang boleh diterima dan ditolak. Kaedah golongan ini adalah setiap riwayat mesti disertakan sanad.

◾️ Golongan selepas mereka pula sudah mula ambil mudah dalam riwayat. Mereka membuang sanad riwayat dan tidak bertanya tentang sanad.

Tadwin

Pada hujung kurun pertama dan permulaan kurun kedua. Kedua-duanya bermula pada zaman yang sama.

◾️ Bermula ketika Umar Abdul Aziz meminta agar dikumpulkan hadith-hadith Nabi ﷺ, disusun mengikut bab tertentu dan tafsir termasuk di dalam bab-bab tersebut. Kedua-duanya adalah satu yang mana tafsir ketika itu adalah hadith.

◾️ Kemudian tafsir mula terpisah daripada hadith dan menjadi ilmu yang tersendiri. Waktu ini riwayat yang dikumpulkan masih ma’thur daripada Nabi ﷺ dan sahabat.

◾️ Tadwin pada waktu ini juga masih menyatakan sanad dan masih dapat diketahui darjat sesuatu riwayat.

◾️ Kemudian terdapat beberapa mufassir dan muhaddith yang mula mengumpulkan riwayat tafsir dan hadis tanpa sanad. Sama yang berlaku seperti riwayah. Ia bahaya kerana bakal menatijahkan dan orang akan menyangka bahawa setiap apa yang dikumpulkan adalah sahih belaka kerana percaya kepada pengumpulnya.

Di mana Israeliyyat masuk?

Ia masuk ke dalam tafsir sama waktunya ia masuk ke dalam hadith.

◾️ Riwayah
Ketika sahabat membaca Al-Quran dan terbaca ayat-ayat berkenaan kisah-kisah umat terdahulu mereka telah menerangkan dengan lebih lanjut kisah-kisah tersebut dengan apa yang telah mereka ketahui sebelum ini daripada Ahli Kitab. Ini kerana percampuran mereka dengan Yahudi dan beberapa pendeta mereka yang telah memeluk Islam. Mereka merasakan Taurat dan Injil akan menerangkan dengan lebih mendalam lagi berkenaan hal tersebut. Ini kerana keduanya mengandungi hampir kesemua yang dikandungi oleh Al-Quran, lebih-lebih lagi berkenaan hal nabi-nabi mereka.

◾️ Sebahagian sahabat yang teringin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kisah tersebut telah berjumpa dengan pendeta Yahudi yang telah memeluk Islam. Para sahabat telah bertanya berkenaan hal tersebut kepada mereka dan mereka memberitahunya. Akan tetapi setiap penjelasan tersebut tidak tsabit daripada Nabi ﷺ.

◾️ Tabi’in
Mengambil riwayat daripada Ahli Kitab lebih luas lagi, ini kerana ramai daripada mereka yang memeluk Islam. Keterujaan mereka untuk mengetahui kisah di dalam kitab mereka. Maka, banyak riwayat tafsir daripada mereka yang mengandungi cerita dongeng seperti kitab tafsir yang dinisbahkan kepada Qatadah dan Mujahid.

◾️ Zaman selepas mereka lebih hebat dan meluas lagi. Mereka tidak menolak walau apa-apa riwayat dan menerima sahaja apa pun yang sampai kepada mereka walau tidak masuk aqal sekalipun.

◾️ Ia banyak dilakukan oleh golongan Qusas (penglipur lara) yang mengajar di masjid-masjid.

◾️ Tadwin
Era ini hanya ada sedikit sahaja Israeliyyat. Jika ada pun ia masih tidak melanggari nas syara’, semasa tafsir terpisah daripada hadith dan tadwin mula berasingan, yang mana tadwin pada mulanya masih bersanad lagi ketika itu. Akan tetapi masih terdapat ramai yang mengambil riwayat daripada Israeliyyat yang mengandungi segala dongengan, iaitu golongan mufassir yang beranggapan; asalkan ada sanad, supaya dengan sanad ia dapat diperiksa kesahihanya, antaranya ialah Ibnu Jarir Al-Thabari (310H).

◾️ Pada era tadwin yang membuang sanad pula, mereka tidak memeriksa apa pun yang mereka tulis. Di samping ada riwayat yang sahih terdapat juga riwayat Israeliyyat. Semakin lama semakin terbiasa para pengarang kitab hadith dan tafsir meletakkan riwayat Israeliyyat dalam kitab mereka antaranya Abu Ishaq As-Tsa’labi (427H).

◾️ Ibnu Khaldun رحمه الله‎:
Punca: Bangsa Arab asalnya bukan Ahli Kitab, tiada ilmu yang luas dan kebanyakannya buta huruf. Apabila mereka ingin mengetahui berkenaan asal usul kejadian alam dan manusia, maka mereka akan bertanya dengan Ahli Taurat yang telah duduk lama bersama mereka. Kebanyakannya diambil daripada golongan Humair yang banyak mengambil ilmu daripada Yahudi. Apabila mereka memeluk Islam mereka membawa bersama ilmu tersebut, begitu juga dengan Ka’ab Al-Ahbar, Wahab bin Munabbih, Abdullah bin Salam dan lain-lain lagi.

Maka, tafsir dipenuhi dengan riwayat mereka. Terdapat para mufassir yang memandang ringan riwayat tafsir sebegini kerana beranggapan ini bukan berkenaan hukum-hakam yang perlu dipastikan kesahihannya!

4. Kenapa Israeliyyat senang diterima oleh masyarakat?

◾️ Ini kerana sifat teks Israeliyyat adalah kebanyakannya disulami dengan unsur-unsur yang terlampau mempesonakan pendengar. Melebihi teks syara’ yang hanya bersifat secara langsung terus ke titik asal dan biasa.

◾️ Ia juga bersifat mempengaruhi perasaan dan emosi manusia untuk terus didengari yang banyak dilakukan oleh golongan Qusas.

◾️ Qusas selalunya menisbahkan cerita bohong mereka kepada tokoh-tokoh riwayat tertentu untuk menjadi alasan ceritanya diterima.

5. Bahaya Israeliyyat kepada aqidah Islam

◾️ Teksnya yang menjisim dan tasybihkan Allah ﷻ dan menyifatkan-Nya dengan sesuatu yang tidak layak bagi zat Allah ﷻ. Menafikan kemaksuman para Anbiya’ dan Rasul dan cerita-cerita yang menunjukkan mereka mengikut hawa nafsu yang melampau sehingga tidak layak untuk lelaki pilihan Allah ﷻ berperangai sebegitu.

Contoh:
Allah ﷻ datang bersama dua malaikat dengan menyerupai lelaki, Nabi Ibrahim menjemput mereka, membasuh kaki mereka dan menyuruh disiapkan makanan berupa daging dan roti, mereka makan di bawah pokok, habis makan Allah ﷻ ceritakan berkenaan Sarah dan kehancuran kaum Luth, selepas itu Allah ﷻ pulang. Sedangkan Al-Quran menceritakan cerita yang berlainan.

◾️ Selepas Allah ﷻ mencipta dunia ini Allah ﷻ berehat pada hari ketujuh lalu dimuliakan hari ketujuh kerana rehat ini.

◾️ Nabi Luth عليه السلام diberi minum arak oleh kedua anak perempuannya. Lalu mabuk dan berzina dan keduanya melahirkan anak.

◾️ Nabi Daud عليه السلام melihat seorang perempuan cantik sedang mandi lalu berkenan dengannya dan berzina dan apabila mengetahui perempuan tersebut adalah isteri orang diarahkan agar dibunuh suaminya.

🔴 Apakah ini bermaksud masih boleh menyampaikan kisah-kisah Israeliyyat tetapi perlu silang-semak kesahihannya dengan Al-Quran dan sunnah Rasullullah ﷺ yang tsabit supaya tidak terjerumus dalam keadaan yang boleh merosakkan aqidah kita?

🔵
Betul.

Wallahu a’lam

@ustazdaud
#berinteraksidenganhadis

Tafsir Surah Al-Ahqaf – Tafsir Ayat Ke-6 hingga Ke-8

0

Tafsir Surah Al-Ahqaf
Tafsir Ayat ke-6

وَإِذا حُشِرَ النّاسُ كانوا لَهُم أَعداءً وَكانوا بِعِبادَتِهِم كٰفِرينَ
Dan apabila manusia dihimpunkan (di akhirat), menjadilah segala yang disembah itu musuh kepada orang-orang yang menyembahnya, dan segala yang disembah itu juga tidak mengakui penyembahan mereka kepadanya.

وَإِذا حُشِرَ النّاسُ
Dan apabila manusia dihimpunkan

Iaitu apabila manusia dikumpulkan di Mahsyar nanti untuk dihitung amalan mereka. Mereka dikumpulkan dari merata tempat, tidak kira do mana mereka mati.

Bagi yang dipuja dan yang memuja akan dikumpulkan sekali pada satu tempat. Ini kerana Allah ﷻ hendak menghakimi mereka atas perbuatan yang dilakukan di dunia dahulu.

كانوا لَهُم أَعداءً
menjadilah segala yang disembah itu musuh kepada orang-orang yang menyembahnya,

Mereka yang menyembah ilah-ilah selain Allah ﷻ itu sangka yang sembahan-sembahan itu akan menjadi penolong, penyokong yang akan menyelamatkan mereka. Kononnya sudah ada ‘peguam’ yang akan jadi pembela mereka. Namun, sebaliknya yang terjadi; mereka yang disembah itu menjadi musuh pula bagi mereka.

Ini amat mengejutkan sekali kerana orang yang kita sangka kawan kita, jadi lawan pula. Kalau di mahkamah, katakanlah kita ada saksi yang kita telah pilih sebagai penyokong kita, tetapi tiba-tiba dia menentang kita pula.

Malah dia menjadi saksi kepada pendakwaraya yang mendakwa kita! Tentu kita terkejut yang amat sangat.

وَكانوا بِعِبادَتِهِم كٰفِرينَ
dan segala yang disembah itu juga tidak mengakui penyembahan mereka kepadanya.

Bagi yang disembah akan dikatakan bahawa mereka tidak pernah suruh manusia menyembah mereka dahulu dan tidak redha dengan penyembahan yang dilakukan itu.

Malah, mereka sendiri tidak tahu yang ada manusia yang menyembah mereka dan mereka sudah tiada lagi di alam dunia kerana telah lama mati.

Apabila mereka telah mati, telah terputus hubungan dengan dunia kerana itu mereka tidak mendengar seruan-seruan manusia. Ini kerana alam yang berbeza iaitu di Alam Barzakh.

Tafsir Ayat ke-7

Ayat Syikayah. Apakah tuduhan Musyrikin Mekah terhadap Al-Quran?

وَإِذا تُتلىٰ عَلَيهِم ءآيٰتُنا بَيِّنٰتٍ قالَ الَّذينَ كَفَروا لِلحَقِّ لَمّا جاءَهُم هٰذا سِحرٌ مُّبينٌ

Dan apabila dibacakan kepada mereka (yang kafir) ayat-ayat Al-Quran kami yang jelas nyata, berkatalah mereka terhadap kebenaran (Al-Quran) bila sahaja disampaikan kepada mereka: “Ini ialah sihir yang nyata!”.

وَإِذا تُتلىٰ عَلَيهِم ءآيٰتُنا بَيِّنٰتٍ
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Al-Quran kami yang jelas nyata,

Nabi Muhammad ﷺ telah membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada musyrikin Mekah. Begitu juga akan ada penyebar tauhid yang akan membacakan dan menjelaskan makna ayat-ayat dalam Al-Quran kepada manusia zaman berzaman.

Mereka yang menentang tauhid itu sudah dengar ayat-ayat itu dan apakah maksudnya. Pengajaran tauhid dalam wahyu Allah ﷻ adalah amat jelas kepada mereka yang membuka hati mereka dan belajar. Cuma yang tidak jelas adalah kerana mereka tidak belajar, atau tidak membuka hati kepada kebenaran.

Apakah alasan mereka hendak menolak ajaran Al-Quran?

قالَ الَّذينَ كَفَروا لِلحَقِّ لَمّا جاءَهُم
berkatalah orang-orang kafir terhadap kebenaran (Al-Quran) bila sahaja disampaikan kepada mereka

Apabila mereka telah dengar kata-kata yang haq dari ayat-ayat Al-Quran itu, mereka tidak dapat menerimanya. Malah, mereka akan menentang dan memberikan berbagai-bagai alasan. Maka sekarang akan diberitahu apakah salah satu alasan itu.

هٰذا سِحرٌ مُّبينٌ
Ini ialah sihir yang nyata!

Ini adalah salah satu dari tuduhan mereka selepas mereka mengatakan Nabi Muhammad ﷺ itu orang gila, penyair dan pengikut ajaran agama lain. Itu telah disebut dalam ayat-ayat yang lain.

Hati mereka tidak dapat terima ajaran Al-Quran kerana mereka tidak membuka hati mereka kepada kebenaran. Mereka akan menentang, tetapi apa yang mereka akan katakan?

Mereka tuduh yang ayat-ayat Al-Quran itu adalah sihir semata-mata. Beginilah yang dikatakan oleh Musyrikin Mekah dahulu. Ini adalah tuduhan kosong sahaja kerana mereka tidak ada hujah lain lagi, maka mereka menggunakan hujah ‘sihir’.

Ini kerana pada mereka, sihir adalah sesuatu yang luar biasa yang tidak dapat dijelaskan. Mereka tidak dapat hendak kategorikan Al-Quran ini sebagai apa sama ada hendak katakan syair atau cerita dongeng kerana keduanya pun bukan. Maka, mereka tuduh ia adalah sihir sahaja.

Tambahan pula, apabila masyarakat Arab mendengar sahaja ayat-ayat Al-Quran dibacakan oleh Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabat, ramai yang terpesona dan masuk Islam. Jadi, penentang tauhid akan kata bahawa mereka yang masuk Islam itu telah kena sihir oleh Nabi ﷺ dan para sahabat baginda.

Masyarakat sekarang turut menolak juga, tetapi mereka menggunakan gelaran-gelaran yang lain mengikut kesesuaian zaman. Kalau zaman sekarang, mungkin kita boleh katakan yang mereka menggunakan label ‘Wahabi’ sahaja untuk menolak sunnah.

Mereka sudah tidak tahu hendak memakai alasan apa lagi, jadi yang senang pada mereka, tuduh sahaja bagi yang hendak berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah itu sebagai golongan Wahabi.

Apabila ditanya apakah Wahabi, mereka sendiri tidak dapat menjawab. Memang ia akan datang dari mereka yang jahil, tidak tahu apakah yang mereka kata.

Tafsir Ayat ke-8

Syikayah kedua dan jawapan balas.

أَم يَقولونَ افتَرَىٰهُ ۖ قُل إِنِ افتَرَيتُهُ فَلا تَملِكونَ لي مِنَ اللهِ شَيئًا ۖ هُوَ أَعلَمُ بِما تُفيضونَ فيهِ ۖ كَفىٰ بِهِ شَهيدًا بَيني وَبَينَكُم ۖ وَهُوَ الغَفورُ الرَّحيمُ
(Bukan setakat itu sahaja mereka katakan) bahkan mereka menuduh dengan berkata: “Muhammad telah merekakan Al-Quran itu.” Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kalau aku merekakan Al-Quran itu (maka tentulah aku tidak terlepas dari azab kesalahan itu) kerana kamu (dan juga yang lain daripada kamu) tidak berkuasa memberikan daku sebarang perlindungan dari (azab) Allah. Allah lebih mengetahui akan (tuduhan-tuduhan yang tidak berasas) yang kamu perkatakan itu; cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

أَم يَقولونَ افتَرَىٰهُ
bahkan mereka menuduh dengan berkata: “Muhammad telah mereka Al-Quran itu.

Satu lagi alasan yang mereka gunakan adalah: Nabi Muhammad ﷺ sendiri yang buat ayat-ayat Al-Quran itu. Ini tidak dapat diterima akal, kerana takkan manusia biasa boleh buat ayat-ayat Al-Quran sebegitu rupa.

Ia amat indah, sampaikan membungkamkan mereka yang mahir dalam bahasa pada zaman itu. Sedangkan mereka sendiri tahu yang Nabi Muhammad ﷺ tidak tahu membaca dan menulis.

Masyarakat kita tidak boleh hendak tuduh penyebar tauhid sebagai mereka-reka ayat-ayat Al-Quran pula. Namun, mereka akan kata tafsir yang disampaikan itulah yang direka-reka dan kata kita sendiri yang mereka tafsir itu. Sedangkan mereka sendiri tidak belajar.

Apabila kita tanya mereka balik, apakah maksud ayat-ayat itu, mereka tidak dapat menjawab dan hanya mahu menolak sahaja. Kalau kita salah tafsir, maka beritahulah apa maksudnya yang sebenar tetapi tidak boleh pula.

قُل إِنِ افتَرَيتُهُ فَلا تَملِكونَ لي مِنَ اللهِ شَيئًا
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kalau aku merekakan Al-Quran itu, kamu tidak berkuasa memberikan daku sebarang perlindungan dari (azab) Allah sedikit pun.

Nabi Muhammad ﷺ diajar bagaimana menjawab tuduhan mereka itu. Nabi ﷺ suruh mereka berfikir: kalaulah baginda ﷺ mereka sendiri ayat-ayat itu, kemudian kata ia dari Allah ﷻ, maka tentulah Allah ﷻ tidak akan membiarkan baginda begitu sahaja.

Tentu baginda ﷺ telah lama mati kerana Allah ﷻ tentu tidak akan membiarkan baginda ﷺ terus berdusta atas nama-Nya kalau benar telah berdusta. Baginda ﷺ juga tentu tidak dapat menyelamatkan diri, dan kalau bangsa Arab semua bersatu untuk menyelamatkan baginda ﷺ pun tidak boleh.

✍🏻Ini bertepatan dengan firman Allah ﷻ :

{وَلَوْ تَقَوَّلَ عَلَيْنَا بَعْضَ الأقَاوِيلِ. لأخَذْنَا مِنْهُ بِالْيَمِينِ. ثُمَّ لَقَطَعْنَا مِنْهُ الْوَتِينَ. فَمَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ عَنْهُ حَاجِزِينَ}
Seandainya dia (Muhammad) mengada-adakan sebahagian perkataan atas (nama) Kami, nescaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya. Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya. Maka sekali-kali tidak ada seorang pun dari kamu yang dapat menghalangi (Kami), dari pemotongan urat nadi itu [ Al-Haqqah: 44-47) ].

Jadi, apabila Nabi Muhammad ﷺ masih hidup, tidak dimatikan, tidak diberi azab oleh Allah ﷻ apabila mengatakan yang wahyu yang disampaikan itu datang dari Allah ﷻ, maka itu sebagai bukti bahawa apa yang baginda ﷺ sampaikan adalah benar.

هُوَ أَعلَمُ بِما تُفيضونَ فيهِ
Allah lebih mengetahui akan yang kamu perkatakan itu;

Allah ﷻ suruh Nabi Muhammad ﷺ ingatkan mereka yang Allah Maha Mengetahui akan tuduhan-tuduhan dan tohmahan mereka itu. Allah ﷻ mendengar dan melihat. Maknanya, kalau Dia tahu, Dia akan hukum mereka atas tuduhan tidak berasas mereka itu.

كَفىٰ بِهِ شَهيدًا بَيني وَبَينَكُم
cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu,

Nabi Muhammad ﷺ tidak dapat hendak pertahankan diri baginda melainkan dengan hujah-hujah yang Allah ﷻ telah berikan kepada baginda ﷺ. Selain dari itu, baginda ﷺ hanya berserah sahaja kepada Allah ﷻ .

Allah ﷻ lah yang jadi saksi bahawa apa yang baginda sampaikan itu adalah kebenaran. Maka baginda ﷺ tidak risau dengan kata-kata mereka, kerana kalau Allah ﷻ sendiri yang jadi saksi, itu lebih dari cukup.

وَهُوَ الغَفورُ الرَّحيمُ
dan Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Kata-kata mereka itu adalah tuduhan yang mengundang dosa dan neraka tetapi kalau mereka bertaubat, Allah ﷻ masih boleh terima lagi taubat mereka asalkan mahu mengubah cara hidup dan mula menerima tauhid.

Allahu a’lam.

Maksud Mimpi

0

“Maksud mimpi”

📍Tentang mimpi
1. Mimpi anak dan suami lemas dalam kolam.

2. Bermimpi 3 malam berturut-turut. Orang yang pernah saya kenal dan sayang datang mencari. Setiap kali bermimpi sedemikian saya akan bangun salat tahajud untuk memohon petunjuk.

🔵Mimpi buruk memang mainan tidur atau datang daripada syaitan jadi tidak baik untuk ditakwil.

الرؤيا الصالحة من الله، والحلم من الشيطان، فإذا رأى أحدكم ما يكره فلينفث عن يساره ثلاثا، وليتعوذ بالله من الشيطان ومن شر ما رأى ثلاثاً، ثم ينقلب على جنبه الآخر، فإنها لا تضره ولا يخبر بها أحداً

“Mimpi yang baik itu daripada Allah, sedangkan mimpi yang buruk itu dari syaitan. Jika salah seorang dari kalian bermimpi yang tidak ia sukai, maka hendaklah ia meniup ke sebelah kirinya tiga kali dan membaca ta’awwudz sebanyak tiga kali. Kemudian setelah itu hendaklah ia membalikkan tubuhnya ke sisi yang lain, dengan demikian tidak ada lagi yang membahayakan dan jangan ceritakan kepada seorang pun mimpi tersebut”
[ Bukhari no. 6995, Muslim no. 2261 ].

2. Itu adalah syaitan, syaitan ini kerjanya hendak mengganggu rumahtangga sedia ada.

Dalil:

وَالرُّؤْيَا ثَلَاثَةٌ فَرُؤْيَا الصَّالِحَةِ بُشْرَى مِنْ اللَّهِ وَرُؤْيَا تَحْزِينٌ مِنْ الشَّيْطَانِ وَرُؤْيَا مِمَّا يُحَدِّثُ الْمَرْءُ نَفْسَهُ

“Mimpi itu ada tiga jenis: (1) Mimpi yang baik sebagai khabar gembira daripada Allah. (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan, datangnya daripada syaitan. (3) mimpi yang timbul kerana ilusi angan-angan atau khayal seseorang.”
[ HR Muslim ]

قَالَ ثُمَّ يَجِيْءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُوْلُ مَا تَرَكْتُهُ حَتَّى فَرَّقْتُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ امْرَأَتِهِ

“Kemudian datang yang lain lagi dan berkata, “Aku tidak meninggalkannya (untuk digoda) hingga aku berhasil memisahkan antara dia dan isterinya.
[ HR Muslim, no 2813 ]

Jawapan dari Syeikh THTL
@FiqhWanitaUito

Hadis 74: Apa Yang Datang Berkenaan Kasut Rasuli Llah

0

Syarah Hadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah – Hadis 74

Mohd ‘Adlan Bin Mohd ShariffuddinDecember 16, 2018

74 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ زَكَرِيَّا بْنِ أَبِي زَائِدَةَ، عَنِ الْحَسَنِ بْنِ عَيَّاشٍ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ الشَّعْبِيِّ، قَالَ: قَالَ الْمُغِيرَةُ بْنُ شُعْبَةَ: أَهْدَى دِحْيَةُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُفَّيْنِ، فَلَبِسَهُمَا. وَقَالَ إِسْرَائِيلُ، عَنْ جَابِرٍ، عَنْ عَامِرٍ: وَجُبَّةً فَلَبِسَهُمَا حَتَّى تَخَرَّقَا، لَا يَدْرِي النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَذَكِيٌّ هُمَا أَمْ لَا. قَالَ أَبُو عِيسَى: وَأَبُو إِسْحَاقَ هَذَا هُوَ أَبُو إِسْحَاقَ الشَّيْبَانِيُّ، وَاسْمُهُ سُلَيْمَانُ.

74- Telah bercerita kepada kami Qutaybah bin Sa`id, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Yahya bin Zakariyya bin Abi Za’idah, daripada Al-Hasan bin `Ayyasy, daripada Abi Ishaq, daripada Asy-Sya`biy, dia berkata: Telah berkata Al-Mughirah bin Syu`bah: Dihyah telah menghadiahkan kepada Nabi sepasang kasut, kemudian dia telah memakainya. Dan berkata Isra’il, daripada Jabir, daripada `Amir: Dan sehelai jubbah. Kemudian dia memakai kedua-duanya sehingga kedua-duanya koyak. Nabi tidak tahu adakah telah disembelih kedua-duanya atau tidak. Berkata Abu `Isa: Dan Abu Ishaq ini, dia ialah Abu Ishaq Asy-Syaybaniy, dan namanya Sulayman.

Syarah Adou_Fr:

Hadis ini menceritakan bahawa Nabi juga menerima hadiah sepasang kasut daripada seseorang yang bernama Dihyah. Dihyah Al-Kalbiy ialah seorang sahabat, tetapi kisah ini berlaku sebelum keislamannya. Walau bagaimanapun, hadis ini disebut dengan lafaz yang berbeza di dalam Mu`jam Al-Kabir oleh At-Tabaraniy.

عَنْ جَابِرٍ، عَنْ عَامِرٍ، عَنْ دِحْيَةَ الْكَلْبِيُّ، قَالَ: أُهْدِيَتْ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جُبَّةٌ صُوفٌ وخُفَّيْنِ فَلَبِسَهُمَا حَتَّى تَخَرَّقَا، وَلَمْ يَسْأَلْ عَنْهُمَا ذَكَّيْنَاهُمَا أَمْ لَا.

Daripada Jabir, daripada `Amir, daripada Dihyah Al-Kalbiy, dia berkata: Dihadiahkan kepada Rasuli Llah sehelai jubbah bulu dan sepasang kasut, kemudian dia memakai kedua-duanya sehingga kedua-duanya koyak. Dan dia tidak bertanya tentang kedua-duanya, kami telah menyembelih kedua-duanya atau tidak.

Lafaz At-Tabaraniy ini tidak menyebut bahawa hadiah itu daripada Dihyah, sebaliknya, yang disebutkan ialah Dihyah menceritakan bahawa Nabi menerima hadiah. Hadis At-Tabaraniy ini mengukuhkan hadis At-Tirmizi bahawa hadiah yang diterima oleh Nabi ialah dua benda iaitu sehelai jubbah dan sepasang kasut. Hadis At-Tabaraniy ini juga menyebut tambahan bahawa jubbah yang diterima itu ialah jubah bulu.

Secara am, apabila dilihat isnad hadis At-Tirmizi ini, kita tidak dapat melihat perkaitan antara isnad yang pertama dengan isnad yang kedua. Isnad yang pertama: Qutaybah – Yahya – Al-Hasan – Abi Ishaq – Asy-Sya`biy – Al-Mughirah. Isnad yang kedua: Isra’il – Jabir – `Amir. Di sinilah peranan ilmu tentang rawi dan rijal, khususnya ilmu yang disebut (الْأَسْمَاءُ وَالْكُنَى) Al-Asma’ Wal-Kuna. Al-Asma’ bermakna nama-nama, manakala Al-Kuna bermakna (كُنْيَة) kunyah atau nama panggilan. Contoh mudah untuk hal ini ialah nama Nabi kita ialah Muhammad. Pada masa yang sama, Nabi kita memakai kunyah atau nama panggilan iaitu (أَبُو الْقَاسِم) Abu l-Qasim. Sesetengah ahli ilmu menambah satu lagi istilah ialah (الْأَلْقَاب) Al-Alqab. Al-Alqab ialah nama gelaran, seperti Si Bongkok, Si Pendek dan sebagainya.

Imam At-Tirmizi menyebut dalam isnad pertama hadis ini, “Daripada Asy-Sya`biy”. Nama sebenar Asy-Sya`biy ialah `Amir, iaitu seperti yang ada dalam isnad kedua hadis ini. Justeru, dapat dilihat bahawa jika seseorang itu tidak mempelajari ilmu Al-Asma’ Wal-Kuna Wal-Alqab, dia akan menganggap bahawa kedua-dua isnad ini tidak ada kaitan. Berbeza dengan orang yang mempunyaï ilmu, dia akan tahu bahawa Imam At-Tirmizi sebenarnya membawa kedua-dua isnad ini kerana ia bersambung pada rawi yang sama iaitu `Amir Asy-Sya`biy, iaitu salah seorang daripada (كِبَارُ التَّابِعِين) kibaru t-tabi`in yang meninggal pada tahun 103 Hijrah. Walau bagaimanapun, dalam isnad yang kedua, hanya ada tiga rijal sahaja yang disebutkan sekali gus menunjukkan bahawa isnad ini memang sengaja disebutkan begitu.

Dalam hadis ini, apabila Nabi menerima hadiah, dia menggunakannya dengan sebaik-baiknya, iaitu sehingga ia koyak. Hal ini berbeza dengan amalan sebahagian kita pada hari ini yang apabila dia menerima hadiah, dia akan menyimpannya di dalam almari atau bekas, dan tidak akan menggunakannya kerana takut rosak. Dengan membaca hadis Syama’il ini, kita seharusnya tahu bahawa kita perlu mula menggunakan semua hadiah yang kita terima, bahkan setiap barangan yang kita beli atau miliki. Ini kerana sesuatu yang tidak digunakan, samalah ia seperti sesuatu yang tidak ada atau tidak dimiliki. Menggunakan barang yang ada, sama ada diterima sebagai hadiah, atau dibeli, pasti akan menyebabkan perubahan atau kerosakan pada barang tersebut. Namun, itulah tanda ia berguna dan diambil faedah oleh tuan yang empunya barang itu.

Dalam hadis ini juga disebutkan tentang perkataan ‘sembelih’. Membaca teks ini untuk pertama kali pasti akan menyebabkan sesiapa sahaja terperanjat dan terkejut. Apakah maksud perkataan sembelih di dalam hadis ini? Di sinilah keindahan bahasa `Arab yang merangsang tahap pemikiran seseorang, sehingga dia perlu berfikir untuk memahami kata-kata ini.

Kasut dalam hadis ini, ialah sepasang kasut yang diperbuat daripada kulit, contohnya kulit lembu. Jubbah bulu pula ialah jubbah yang diperbuat daripada bulu binatang, contohnya biri-biri. Justeru, kedua-dua benda ini menggunakan sumber binatang sebagai punca bahan mentahnya, iaitu kulit seperti kulit lembu, dan bulu seperti bulu kambing biri-biri. Apabila disebut “Nabi tidak tahu adakah telah disembelih kedua-duanya atau tidak”, ia bermakna sumber kulit dan bulu ini, tidak diketahuï adakah ia datang daripada binatang yang disembelih oleh orang Islam atau tidak.

Hadis ini sebenarnya menyebutkan satu masalah fiqh iaitu hukum menggunakan bulu dan kulit binatang. Melaluï hadis ini, diketahuï bahawa barangan kulit dan bulu tidak perlu disiasat asal usulnya, sama ada ia datang daripada binatang yang disembelih atau tidak. Justeru, ia adalah satu keluasan dalam agama Islam, dan menunjukkan bahawa Islam itu tidak menyusahkan umatnya.

Dewasa ini, ada banyak kasut yang diimport dari luar negara, khususnya negara kafir. Secara am, kita boleh membeli kasut tersebut dan menggunakannya, tanpa perlu tahu sama ada kulitnya itu datang daripada haiwan yang telah disembelih atau tidak. Begitu juga dengan beg kulit, atau apa-apa barangan kulit yang lain.

Baju bulu juga ada banyak dijual di pasaran, khususnya pakaian tebal seperti kot atau jaket untuk musim sejuk. Tidak perlu ditanya atau disiasat adakah bulu itu datang daripada kambing atau biri-biri yang disembelih atau tidak. Begitu juga dengan pakaian atau barangan bulu yang lain seperti topi, alas kaki, permaidani, selimut, berus dan sebagainya.

Secara am, bulu haiwan boleh digunakan dan diambil manfa`at, tanpa perlu dirisaukan tentang adakah haiwan itu telah disembelih atau tidak. Ini kerana, tujuan penyembelihan adalah untuk menghalalkan daging, iaitu untuk membolehkan daging haiwan itu dimakan. Disebabkan bulu bukan untuk dimakan, maka, bulu tidak perlu disinonimkan dengan sembelih, berbeza dengan daging.

Di hujung hadis ini, Imam At-Tirmizi menjelaskan tentang seorang rawi hadis iaitu Abu Ishaq. “Abu Ishaq” ialah kunyah, sedangkan nama sebenarnya ialah Sulayman. “Abu Ishaq Asy-Syaybaniy” pula ialah nama panggilan yang lebih khusus. Imam At-Tirmizi menyebut “Dan Abu Ishaq ini, dia ialah Abu Ishaq Asy-Syaybaniy” disebabkan ada beberapa orang yang dipanggil dengan Abu Ishaq. Antaranya Abu Ishaq Al-Hamdaniy, Abu Ishaq Al-Fazariy dan Abu Ishaq Asy-Syaybaniy. Justeru, apabila kunyah beberapa orang adalah sama, nama panggilan yang lebih khusus digunakan.

Hisab yang Mudah

0

🌿 Tazkirah Isnin 🌿

Berdoalah semoga kita dihisab dengan hisab yang mudah

SEMUA manusia akan dihisab di hari akhirat kecuali mereka yang masuk syurga tanpa hisab.

Semua manusia yang berhimpun di Padang Mahsyar ketika itu akan merasa gerun, bimbang dan gementar sebelum amalannya dihisab di mahkamah Allah SWT.

Mahkamah Allah adalah mahkamah yang paling adil , tidak ada siapa yang boleh mempengaruhi hakim, seperti mahkamah di dunia. Dosa atau pahala yang paling kecil sehingga dosa atau pahala yang paling besar semuanya akan disiasat, disemak dan ditentukan nilainya sebelum dijatuhkan hukuman.

Sebuah doa yang patut kita hafal dan amalkan demi meraih kemudahan saat dihisab di akhirat kelak.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ سَمِعْتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ فِى بَعْضِ صَلاَتِهِ « اللَّهُمَّ حَاسِبْنِى حِسَاباً يَسِيرًا ». فَلَمَّا انْصَرَفَ قُلْتُ يَا نَبِىَّ اللَّهِ مَا الْحِسَابُ الْيَسِيرُ قَالَ « أَنْ يَنْظُرَ فِى كِتَابِهِ فَيَتَجَاوَزَ عَنْهُ إِنَّهُ مَنْ نُوقِشَ الْحِسَابَ يَوْمَئِذٍ يَا عَائِشَةُ هَلَكَ وَكُلُّ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ يُكَفِّرُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهِ عَنْهُ حَتَّى الشَّوْكَةُ تَشُوكُهُ

Dari Aisyah, ia berkata, saya telah mendengar Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pada sebagian solatnya membaca,

“Allahumma haasibnii hisaabay yasiiroo

(Ya Allah hisablah aku dengan hisab yang mudah).

Ketika baginda berpaling saya berkata,

“Wahai Nabi Allah, apa yang dimaksudkan dengan hisab yang mudah?”

Baginda bersabda, “Seseorang yang Allah melihat kitabnya lalu memaafkannya kerana orang yang diperdebatkan hisabnya pada hari itu, pasti celaka wahai Aisyah. Dan setiap musibah yang menimpa orang beriman Allah akan menghapus (dosanya) kerananya, bahkan sampai duri yang menusuknya.”

[ HR Ahmad 6/48 ].

Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahawa hadith ini sahih selain perkataan: “Saya telah mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada sebahagian solatnya membaca: “Allahumma haasibnii hisaabay yasiiroo”.

Ini adalah tambahan di mana Muhammad bin Ishaq bersendirian dalam meriwayatkannya.)

Yang dimaksudkan dengan doa tersebut diterangkan dalam hadith di atas. Maksud “hisab yang mudah” adalah saat di mana dosa-dosa seorang mukmin di hadapkan kepada Allah, lalu ia pun mengakui dosa-dosanya itu. Kemudian setelah itu Allah mengampuni dosa-dosanya setelah ia bersendirian dengan Allah dan tidak ada seorang pun yang melihatnya ketika itu.

Dari Shafwan bin Muhriz bahawa seorang laki-laki pernah bertanya kepada Ibnu Umar, “Bagaimana anda mendengar sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam tentang An Najwa (bisikan di hari kiamat)?” Ibnu Umar menjawab,

يَدْنُو أَحَدُكُمْ مِنْ رَبِّهِ حَتَّى يَضَعَ كَنَفَهُ عَلَيْهِ فَيَقُولُ عَمِلْتَ كَذَا وَكَذَا . فَيَقُولُ نَعَمْ . وَيَقُولُ عَمِلْتَ كَذَا وَكَذَا . فَيَقُولُ نَعَمْ . فَيُقَرِّرُهُ ثُمَّ يَقُولُ إِنِّى سَتَرْتُ عَلَيْكَ فِى الدُّنْيَا ، فَأَنَا أَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ

“Yaitu salah seorang dari kalian akan mendekat kepada Rabb-nya. Kemudian Dia meletakkan naungan-Nya di atasnya. Kemudian Dia berfirman, “Apakah kamu telah berbuat ini dan ini?” Hamba itu menjawab, “Ya, benar.” Dia berfirman lagi, “Apakah kamu telah melakukan ini dan ini?” Hamba itu menjawab, “Ya, benar.” Dia pun mengulang-ulang pertanyannya, kemudian berfirman, “Sesungguhnya Aku telah menutupi dosa-dosa tadi (merahsiakannya) di dunia dan pada hari ini aku telah mengampuninya bagimu.”

[HR. Bukhari no. 6070].

Inilah yang dimaksudkan dengan hisab yang mudah di mana dosa-dosa seorang hamba yang beriman itu diampunkan.

Salah satu amalan yang akan memudahkan hisab di akhirat adalah kurang dosa sesama manusia.

Apakah amalan yang boleh meringankan hisab di akhirat?

1. Mudah memaafkan kesalahan orang lain. Kelak Allah SWT akan ampunkan dosa- dosa kita.

2. Tutup aib orang lain di dunia nanti Allah SWT akan tutup aib kita di dunia dan di akhirat.

3. Memudahkan orang yang berhutang kepada kita, jika boleh halalkan itu lebih baik. Kelak akan diberi perlindungan Arasy.

4. Memberi sedekah kepada fakir miskin, anak-anak yatim, dan banyakkan sedekah jariyah dan infak di jalan Allah SWT. Hal ini boleh meredakan kemurkaan Allah SWT terhadap dosa- dosa kita.

Marilah sama- sama beramal soleh, jauhi dosa sesama manusia dan jika berdosa segera meminta maaf kerana ramai manusia kecundang ketika dihisab apabila dosa sesama manusia tidak dapat diselesaikan sebelum saat di panggil pulang oleh Allah SWT.

🥦 Wassalam 🥦

Makmum Sundari
14.1.2019

#MS#AB
#SuaraPrihatin

Kaedah berinteraksi dengan Hadith yang bertentangan Mafhumnya

0

🔴 Dua hadith di bawah seakan bertentangan mafhumnya.

Bagaimana kaedah untuk berinteraksi dengan kedua hadis tersebut berserta syarah?

Contoh:
1. Ketika menziarah pesakit.

2. Ketika diri sendiri sedang sakit.

3. Penyakit tua.

Dalil hadis:

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِه وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

“Ya Allah ﷻ, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain”
[Bukhari no. 535 dan Muslim no. 2191]

Dalil hadis anjuran untuk berubat:

تداووا ، فإن الله لم يضع داء إلا وضع له شفاء إلا داء واحد
قالوا : يا رسول الله وما هو ؟ قال : الهرم (رواه الترمذي (2038) وصححه الألباني في صحيح الترمذي )

“Berubatlah, kerana Allah ﷻ telah menetapkan ubat bagi setiap penyakit yang diturunkan-Nya, kecuali satu penyakit!” Para sahabat bertanya: “Penyakit apa itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Penyakit tua.”
[At-Tirmizi, menurut Syaikh Al-Albani, hadith ini sahih]

Dalil hadith anjuran bersabar lebih utama:

إِنْ شِئْتِِ صَبَرْتِ ولكِ الجنةُ، وإن شئتِ دعوتُ اللهَ أن يعافِيَكِ

“Jika kamu mahu bersabar, maka bagi kamu itu syurga dan jika kamu mahu aku berdoa maka, aku akan berdoa agar Allah ﷻ menyembuhkan kamu.’ Lalu perempuan itu memilih untuk sabar.”
[Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

🔵Begini, apabila diteliti kedua buah hadith tersebut, kita lihat seolah-olah ia bertembung iaitu hadith pertama anjuran berubat manakala hadith kedua anjuran bersabar jika sakit.

Maka, ada dua kaedah untuk berinteraksi dengan hadith sebegini:

1. Kaedah tarjih lafaz:

Hadith pertama anjuran untuk berubat jelas ada ‘lafaz amr’ anjuran berubat. Suruhan tersebut berhukum wajib dan tiada ‘qarinah sarifah’ iaitu suatu isyarat yang memalingkan lafaz wajibnya kepada hukum lain seperti sunat. Ini kerana jika difahami dengan mengatakan ia sunat sahaja berubat, maka ia ada pilihan.
Ini akan mengakibatkan kepada membinasakan diri sendiri dan membunuh sedangkan anjuran jelas supaya berusaha mencari ubat.

Hadith kedua lafaznya ifadah ikhtiyar (berbentuk pilihan) iaitu pada إن شئتِ ‘jika kamu mahu.’

Maka, jika terjadi pertembungan begini kita akan tarjih lafaz anjuran wajib mendepani anjuran pilihan.

2. Kaedah jam’u dengan menggunakan keduanya

◾️ Hadith pertama anjuran wajib berubat.

◾️ Hadith kedua anjuran bersabar atau berubat.

Jika hadith kedua kita anggapkan sebagai lafaz hadith khususiah hanya kepada perempuan tersebut sahaja dan tidak tertakluk kepada semua orang kerana ia berkaitan janji Nabi ﷺ terhadap perkara ghaib iaitu balasan syurga.

Inilah yang dinamakan sunnah tidak syar’ie iaitu sunnah tidak wajib kepada semua orang. Ia cuma tertakluk kepada orang tertentu dalam sesebuah hadith. Jadi, masukkan hadith kedua ke dalam hadith pertama dan berhukum bahawa berubat ke atas semua penyakit itu adalah wajib. Bagi perempuan tersebut boleh bersabar dan dia mendapat syurga (namun tidak menolak kuasa doa untuk menolak penyakit)

Manakala perkataan إلا الهرم kecuali penyakit tua perlu difahami. Bahawa tua di situ adalah penyakit yang membawa kematian, dan hadith ini merujuk kepada kematian kerana terdapat hadith-hadith lain dengan lafaz: kecuali mati.
Ini lah kaedah jika bertemu sebuah hadith berlainan lafaz dan berbentuk musytarak (sama makna) dan tafsirkan lafaz tersebut dengan lafaz yang lebih jelas dan khusus iaitu mati.

Wallahu a’lam

@ustazdaud
#berinteraksidenganhadis

Koleksi Tazkirah Harian UiTO Tertinggal (5)

0

Cikgu Rahim: Ingat, ada makhluk yang sentiasa mendampingi kita.

Dari Ibnu Mas’ud radhiallahu’anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ، إِلَّا وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ مِنَ الْجِنِّ

Setiap orang di antara kalian telah diutus untuknya seorang qorin (pendamping)
dari golongan jin.(HR. Muslim 2814).

Baca 3 qul 3x pagi dan petang. Moga kita selamat daripada syirik.

t.me/BicaraCR

Engkau ingin nasihat seseorang tetapi engkau melukakan hatinya. Engkau ingin dia mendapat hidayah tetapi engkau memalukannya.

@BicaraCR

SOALAN:

Adakah pelawak atau penghibur termasuk dalam hadis Nabi SAW: “Celakalah orang yang berbicara lalu berdusta agar orang lain tertawa, celakalah dia dan celakalah dia!” [Riwayat Abu Daud, al-Tirmidziy, al-Nasa’iy dan lain-lain]?

JAWAPAN:

Sesiapa sahaja sama ada pelawak atau penghibur atau ustaz atau penceramah atau gurauan rakan atau pemimpin atau sesiapa pun yang SENGAJA BERDUSTA dengan mereka-reka cerita demi membuat pendengar ketawa terhibur, maka dia termasuk dalam kecelakaan yang didoakan Nabi SAW kepada pelakunya.

Kecelakaan tersebut berpunca dari dua faktor:

1. Berdusta dalam berbicara. Dalam hadis Ibn Mas’ud RA riwayat al-Bukhariy dan Muslim, Nabi SAW bersabda: “Hindarilah kalian dari berdusta, dan sesungguhnya dusta itu membawa kepada fujur (menyimpang dari kebenaran), dan sesungguhnya fujur itu membawa (pelakunya) kepada neraka. Dan seorang lelaki yang sering berdusta dan sentiasa mencari-cari pendustaan sehinggakan dia ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta”.

2. Menggalakkan orang tertawa sedangkan banyak ketawa punca hati menjadi gelap. Dalam hadis Abu Hurayrah RA riwayat al-Tirmidziy, Nabi SAW berpesan: “Janganlah kamu banyak ketawa, kerana ketawa yang banyak itu boleh mematikan hati”.

Islam tidak menegah dari menghiburkan manusia. Nabi SAW juga bergurau dan gemar menggembirakan manusia, namun baginda SAW tidak pernah berdusta demi tujuan tersebut.

Hari ini sebahagian penyampai tanpa mengira status dan kerjaya lebih gemar menghiburkan para pendengar hingga kadangkala melampaui batas kebenaran dan sebahagian pendengar juga kadangkala lebih gemarkan hiburan dari fakta kebenaran.

Berhati-hatilah, kerana kecelakaan yang didoakan sang kekasih Allah bukan suatu yang ringan!

-Ustaz Kamilin Jamilin

Nikmat iman

Waktu Membaca Surah Al-Muawwizat

1.     Ketika Wirid Selepas Solat
.

1. Selesai solat dianjurkan pula membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas, setiap satunya sekali. Daripada Uqbah bin Amir, katanya;

أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ الْمُعَوِّذَاتِ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan padaku untuk membaca Muawwizaat  di akhir solat (sesudah salam).” (HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).
.

2.  Uqbah bin ‘Amir membawakan hadis dari Rasulullah shalallahu’ alaihi wasallam, bahawa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam berkata:

اقْرَأُوا الْمُعَوِّذَاتِ فِيْ دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ

“Bacalah Al-Muawwizat pada setiap kali selepas solat.” (HR. Abu Dawud no. 1523, disahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Ash Shahihah no. 1514)

.

 2. Di Waktu Pagi Dan Petang
.
Pada waktu pagi dan petang, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperolehi adalah, akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan).

“Al-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.” (HR. Abu Dawud no. 4419, An Naasaa’i no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399)

.

3. Waktu Malam Dan Hujan

‘Surah Al-Muawwizat’ digalakkan dibaca ketika hujan dan pada waktu malam;

.
1.  Dari Mu’adz bin Abdullah bin Khubaib dari bapaknya ia berkata;

خَرَجْنَا فِى لَيْلَةِ مَطَرٍ وَظُلْمَةٍ شَدِيدَةٍ نَطْلُبُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لِيُصَلِّىَ لَنَا فَأَدْرَكْنَاهُ فَقَالَ « أَصَلَّيْتُمْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا فَقَالَ « قُلْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ثُمَّ قَالَ « قُلْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ثُمَّ قَالَ « قُلْ ». فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَقُولُ قَالَ « (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ حِينَ تُمْسِى وَحِينَ تُصْبِحُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ تَكْفِيكَ مِنْ كُلِّ شَىْءٍ »

.
“Pada malam hujan lagi gelap-gelita kami keluar mencari Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam untuk solat bersama kami, lalu kami menemuinya. Baginda bersabda, “Apakah kamu telah solat?“ Namun sedikitpun aku tidak berkata-kata. Baginda bersabda,“Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Baginda bersabda,“Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Kemudian Baginda bersabda, “Katakanlah“. Hingga aku berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang harus aku katakan?” Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Katakanlah (bacalah surah)‘Qul Huwallahu Ahad’, ‘Qul A’udzu Birabbil Falaq’ dan ‘Qul A’udzu Birabbinnaas’ ketika petang dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan.“ (HR. Abu Daud no. 5082 dan An Nasai no. 5428. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

.
2.  Dalam kitab Tirmidzi, an-Nasai dan sunan Abu Daud disebutkan bahawa Abdullah bin Habib berkata, “Kami keluar pada waktu malam, ketika itu hujan sedang turun dan sangat gelap, kami mencari Nabi untuk mendoakan akan kami, lalu kami mencari Baginda lalu bersabda,“Katakanlah”, maka aku tidak mengatakan sesuatu, kemudian Nabi bersabda lagi, “Katakanlah”, Aku tidak mengatakan apa-apa, kemudian Nabi bersabda lagi, “Katakanlah”, maka, aku berkata, “Ya Rasulullah! Apa yang harus aku katakan?” Nabi menjawab :“Katakanlah ‘Surah Muawwizat’ ketika pagi dan petang hari sebanyak tiga kali,maka hal tersebut akan membuatmu terlindung dari segala sesuatu.”“ Imam Tirmidzi mengatakan bahawa hadis ini berdarjat hadis hasan sahih.

.

4. Baca Al-Muawwizat Sebelum Tidur

.
Pada waktu ini, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas) dengan terlebih dahulu mengumpulkan kedua telapak tangan, lalu keduanya ditiup, lalu dibacakanlah tiga surah ini. Setelah itu, kedua telapak tangan tadi diusapkan pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Cara seperti tadi diulang sebanyak tiga kali.

.
1.  “Demikian juga disunahkan membaca Al-Muawwizat sebelum tidur. Caranya, membaca ketiga Surah  ini lalu meniupkan pada kedua-dua telapak tangannya, kemudian diusapkan ke kepala, wajah dan seterusnya ke seluruh anggota badan, sebanyak tiga kali.” (HR. Al-Bukhari 4630)

2.  Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa Rasulullah SAW pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas, Ditiupkan pada kedua-dua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala Baginda. Katanya:

أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ) ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ

“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017)

.

5. Al-Muawwizat Ketika Perawatan (Ruqyah)

.

Tatkala meruqyah, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas).

.

1.  Sayyidatina ‘Aisyah Radhiallahu’ anha ada meriwayatkan:

عَنْعَائِشَةَرَضِياللَّهُعَنْهَاأَنَّرَسُولَاللَّهِصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَكَانَإِذَااشْتَكَىيَقْرَأُعَلَىنَفْسِهِبِالْمُعَوِّذَاتِوَيَنْفُثُفَلَمَّااشْتَدَّوَجَعُهُكُنْتُأَقْرَأُعَلَيْهِوَأَمْسَحُبِيَدِهِرَجَاءَبَرَكَتِهَا. )رواهالبخاري(

Daripada Aisyah radiallahu ‘anhaa;“Bahawasanya Rasulullah sallaLlahu-‘ alaihi-wa-sallam apabila sakit baginda membaca sendiri Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas), kemudian meniup padanya. Dan apabila rasa sakitnya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tangannya mengharap keberkahan dari surah-surah tersebut.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

.

2.  Bukhari membawakan bab dalamsahihnya ‘Meniupkan bacaan ketika ruqyah’. Lalu dibawakanlah hadits serupa di atas dan dengan cara seperti dijelaskan:

عَنْ عَائِشَةَ – رضى الله عنها – قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ نَفَثَ فِى كَفَّيْهِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَبِالْمُعَوِّذَتَيْنِ جَمِيعًا ، ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا وَجْهَهُ ، وَمَا بَلَغَتْ يَدَاهُ مِنْ جَسَدِهِ . قَالَتْ عَائِشَةُ فَلَمَّا اشْتَكَى كَانَ يَأْمُرُنِى أَنْ أَفْعَلَ ذَلِكَ بِهِ

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliauberkata, “Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam hendak tidur, Bagindaakan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surah Al Ikhlas) dan Mu’awidzatain (Surah An Naas dan Al Falaq), kemudian Baginda mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika sakit, Baginda menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika Baginda hendak tidur).“  (HR. Bukhari no. 5748)

https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/05/29/keutamaan-dan-fadhilat-surah-al-muawwizat/amp/

Tafsir Surah Al-Jathiyah: Tafsir Ayat Ke-34 hingga Ke-37

0

Tafsir Surah Al-Jathiyah
Tafsir Ayat ke-34:

Sambungan Takhwif Ukhrawi.

وَقيلَ اليَومَ نَنسٰكُم كَما نَسيتُم لِقاءَ يَومِكُم هٰذا وَمَأوٰكُمُ النّارُ وَما لَكُم مِّن نّٰصِرينَ
Dan dikatakan (kepada mereka): “Pada hari ini Kami tidak hiraukan kamu (menderita di dalam azab seksa) sebagaimana kamu tidak hiraukan persediaan untuk menemui hari kamu ini; dan tempat kamu ialah neraka, dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.

وَقِيلَ الْيَوْمَ نَنسٰكُمْ
Dan dikatakan: “Pada hari ini Kami lupakan kamu

Inilah kata-kata Allah ﷻ kepada mereka yang berdosa itu. Allah ﷻ kata yang Dia ‘lupakan’ mereka iaitu bermaksud Allah ﷻ tidak hiraukan mereka yang menderita di dalam azab seksa.

Allah ﷻ sengaja ‘lupa’ hendak masukkan mereka ke dalam syurga. Inilah bahasa kiasan yang Allah ﷻ gunakan. Ini kerana bukanlah Allah ﷻ pelupa, takkan Allah ﷻ boleh lupa cuma tidak layan sahaja. Meraung meronta macam mana pun, Allah ﷻ buat tidak kisah sahaja.

كَمَا نَسِيتُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَٰذَا
sebagaimana kamu lupakan persediaan untuk menemui hari kamu ini;

Sebab dulu mereka buat tidak kisah kepada Hari Qiyamah dan tidak bersedia pun menghadapi hari itu. Malah mereka juga tidak takut kerana tidak percaya.

Mereka leka dengan keindahan dan kesenangan di dunia sampai tidak beramal dengan amalan yang soleh. Mereka sibuk ke sana dan ke sini sampai tidak luangkan masa untuk belajar agama dengan benar.

وَمَأْوٰكُمُ النَّارُ
dan tempat kamu ialah neraka,

Kalimah مَأْوٰ adalah tempat tinggal yang kekal sampai bila-bila. Kekal mereka di dalamnya, bergantung kepada dosa yang telah dilakukan. Kalau dosa syirik, mereka tidak akan ada peluang untuk keluar dari neraka itu.

Kalau mereka beriman dan tidak melakukan syirik, tetapi ada melakukan dosa, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka untuk waktu yang tertentu – tidak tahu berapa lama. Kemudian baru mereka akan dimasukkan ke dalam syurga.

وَمَا لَكُم مِّن نّٰصِرِينَ
dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.

Selalunya di dunia, ada sahaja sesiapa yang boleh tolong kita; keluarga kita, kawan-kawan kita dan sebagainya. Namun, tidak ada sesiapa yang dapat menolong mereka di neraka itu.

Tafsir Ayat ke-35

Kenapa mereka mendapat balasan seteruk itu? Ini akan diberitahu kepada mereka sebagai takzib rohani. Sebagai azab kepada jiwa mereka.

ذٰلِكُم بِأَنَّكُمُ اتَّخَذتُم ءآيٰتِ اللهِ هُزُوًا وَغَرَّتكُمُ الحَيَوٰةُ الدُّنيا ۚ فَاليَومَ لا يُخرَجونَ مِنها وَلا هُم يُستَعتَبونَ
(Balasan buruk) yang demikian ini ialah kerana kamu telah menjadikan ayat-ayat keterangan Allah sebagai ejek-ejekan, dan kerana kamu telah membiarkan diri kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia”. Maka pada hari itu mereka tidak akan dikeluarkan dari neraka, dan mereka tidak diberi peluang untuk bertaubat (memperbaiki kesalahannya).

ذَٰلِكُم بِأَنَّكُمُ اتَّخَذْتُمْ ءآيٰتِ اللهِ هُزُوًا
Yang demikian ini ialah kerana kamu telah mengambil ayat-ayat Allah sebagai ejek-ejekan,

Mereka jadikan ayat-ayat Al-Quran itu sebagai mainan sahaja. Bermacam cara mereka mengejek ayat-ayat Allah ﷻ itu. Mereka tidak ambil kisah ayat yang pada mereka tidak masuk akal, dan mereka kutuk ayat-ayat itu. Mereka kata kenapalah orang-orang Islam bodoh sangat sampai boleh percaya.

Bukan orang bukan Islam sahaja yang mengejek ayat-ayat Allah ﷻ sebagai ejekan, orang Islam pun begitu juga. Apabila mereka tidak belajar, dan kita katakan ayat ini membawa maksud yang tertentu, mereka kata kita yang salah, mereka buat ejek-ejekan pula.

Atau mereka kata kepada mereka yang berdakwah dengan menggunakan ayat Al-Quran: “Tak habis-habis dengan Al-Quran, tidak ada benda lain lagi kah?”. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak belajar langsung? Apabila kita ajak mereka belajar Tafsir Al-Quran, mereka kata tidak perlu belajar, sebab sudah faham Al-Quran.

Ada yang lebih karut mengatakan Al-Quran sudah ada dalam dada mereka, kerana mereka ada ilmu ‘sedut’ Al-Quran. Begitulah macam-macam lagi alasan yang mereka berikan. Ingatlah, tidak belajar Tafsir Al-Quran pun sudah dikira main-main sebab tidak menghiraukan ayat Allah ﷻ. Mereka merendahkan kepentingan memahami Al-Quran.

وَغَرَّتْكُمُ الْحَيَوٰةُ الدُّنْيَا
dan kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia

Mereka telah diisibukkan dengan keinginan berlebihan untuk dunia. Sibuk dengan berbagai hal – kerja, persatuan, anak dan isteri, rukun tetangga dan sebagainya hingga hendak belajar pun susah.

Kalau diajak, ada sahaja masalah mereka – tidak senang, anak sakit, anak kena hantar ke tuisyen dan macam-macam lagi. Mereka terpesona dengan segala keindahan dunia. Mereka hendak buat itu dan ini, pergi main golf, jalan-jalan ke tempat perlancongan, pergi gym dan sebagainya.

Mereka juga inginkan keindahan dan kegemerlapan dunia. Ini seperti barang kemas, jam yang cantik, kereta yang cantik, rumah yang cantik, isteri yang cantik dan berbagai lagi. Jadi, untuk mendapatkan semua itu, mereka kena bekerja keras, berniaga dengan tekun.

Kerja dan berniaga tidaklah salah tetapi kalau sampai ia menyebabkan lupa kepada agama, sibuk sangat sampai tidak belajar, maka itulah yang jadi salahnya. Ini kerana apabila tidak belajar, maka mereka jadi jahil dan apabila jahil, ada benda salah yang mereka lakukan. Syaitan pun senang hendak menipu mereka.

Ingatlah bahawa agama ini kena nombor 1. Ia kena duduk di atas dalam prioriti kehidupan kita. Bukanlah belajar agama ini kalau ‘ada masa lapang’, ‘bila senang’, ‘bila tidak ada apa-apa hendak buat’.

Kena cari masa untuk belajar agama dan tinggalkan perkara lain kalau terpaksa. Janganlah sampai hendakkan dunia sangat sampaikan lupa tentang agama. Ini kerana kalau untuk belajar kena tunggu bila masa percuma memang tidak akan ada, kerana kita akan disibukkan sentiasa dengan masalah dunia.

فَالْيَوْمَ لَا يُخْرَجُونَ مِنْهَا
Maka pada hari itu mereka tidak akan dikeluarkan dari neraka,

Kalau mereka telah melakukan syirik atau ada fahaman syirik, mereka akan tinggal selama-lamanya di dalam neraka. Tidak akan ada peluang untuk keluar.

وَلَا هُمْ يُسْتَعْتَبُونَ
dan mereka tidak diberi peluang untuk menyelamatkan diri.

Kalimah يُسْتَعْتَبُونَ adalah apabila seseorang mengurangkan marah orang lain dengan meminta maaf, minta ampun, bertaubat, minta tolong. Di akhirat kelak, mereka tidak dibenarkan minta maaf pun.

✍🏻Seperti disebut dalam [ Zukhruf: 77 ].

وَنَادَوْا يَا مَالِكُ لِيَقْضِ عَلَيْنَا رَبُّكَ قَالَ إِنَّكُم مَّاكِثُونَ
Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): “Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)!” Malaikat Malik menjawab: “Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!”

Apa sahaja yang mereka minta di neraka nanti tidak akan dilayan. Zaman untuk bertaubat sudah terlepas. Masa untuk merayu sudah tiada lagi.

Tafsir Ayat ke-36

Dalil Aqli. Siapakah Allah ﷻ? Allah ﷻmemberitahu sifat-sifat-Nya dalam ayat ini.

فَلِلَّهِ الحَمدُ رَبِّ السَّمٰوٰتِ وَرَبِّ الأَرضِ رَبِّ العٰلَمينَ
(Demikianlah ajaran dan peringatan Allah Yang Maha Adil) maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit, dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, – Tuhan sekalian alam.

فَلِلَّهِ الْحَمْدُ
maka hanya bagi Allah jualah segala pujian dan penghargaan,

Segala pujian itu milik Allah ﷻ. Satu puji, dua puji dan segala puji. Perkataan ini telah dibincangkan dengan panjang lebar dalam perbahasan Surah Al-Fatihah.

Namun, ada sedikit perbezaan dalam penggunaan kata alhamdu dalam surah Al-Fatihah dan surah ini. Apabila diterbalikkan dengan didahulukan kalimah فَلِلَّهِ itu, ia bermaksud hanya iaitu dalam bentuk eksklusif.

Dalam Al-Fatihah tidak disebut ‘hanya’ Allah ﷻ sahaja yang terpuji. Kenapa ada penambahan dalam ayat ini? Sebab ada manusia yang menyembah selain dari Allah ﷻ. Allah ﷻ menekankannya bahawa itu tidak boleh, yang sepatutnya kita lakukan adalah hanya sembah Allah ﷻ sahaja.

Allah ﷻ tekankan dalam ayat ini kerana ada jenis manusia yang menyembah dan memuja juga kepada selain Allah ﷻ. Jadi Allah ﷻ perbetulkan pemahaman mereka.

Namun, di dalam surah Al-Fatihah itu adalah pemberitahuan tentang sifat Allah ﷻ sahaja dan bukannya untuk menidakkan salah faham golongan-golongan yang musyrik. Maka, susunan dalam ayat Al-Fatihah itu adalah dalam bentuk normal sahaja.

رَبِّ السَّمٰوٰتِ
Tuhan yang mentadbirkan langit,

Allah ﷻ lah yang menjadikan dan mentadbir langit itu. Bukan sahaja Allah ﷻ menjadikan langit itu dari tiada kepada ada, tetapi selepas Allah ﷻ jadikan, Allah ﷻ mentadbir langit itu. Allah ﷻ tidak membiarkan sahaja alam ini bergerak sendiri tetapi Allah ﷻ yang menjaga dan urus segala perkara.

وَرَبِّ الْأَرْضِ
dan Tuhan yang mentadbirkan bumi,

Allah ﷻ lah yang menjadikan dan mentadbir bumi ini. Bukan sahaja Allah ﷻ menjadikan bumi ini dari tiada kepada ada, tetapi selepas Allah ﷻ jadikan, Allah ﷻ mentadbir bumi ini.

رَبِّ الْعٰلَمِينَ
Tuhan sekalian alam.

Bukan sahaja langit dan bumi, tetapi seluruh alam. Allah ﷻ sebutkan langit dan bumi dahulu kerana itulah yang kita tahu dan kita nampak. Ada lagi alam lain yang kita tidak nampak dan kita tidak tahu.

Inilah juga kata-kata yang terdapat dalam surah Al-Fatihah juga. Terdapat persamaan dan perbezaan antara ayat ini dan ayat dalam Al-Fatihah nampaknya.

Tafsir Ayat ke-37

Oleh kerana Allah ﷻ sahaja yang ada sifat sebegitu, maka hendaklah kita sembah dan seru doa kepada Allah ﷻ sahaja.

وَلَهُ الكِبرِياءُ فِي السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۖ وَهُوَ العَزيزُ الحَكيمُ
Dan bagi-Nyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

وَلَهُ الْكِبْرِيَاءُ فِي السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ

Dan bagi-Nyalah kebesaran di langit dan di bumi;

Kehebatan dan kekuasaan hanya milik Allah ﷻ. Allah ﷻ menekankan dalam ayat ini kerana ada manusia yang sombong. Allah ﷻ hendak kata, apalah yang hendak disombongkan sangat, padahal mereka itu bukan besar mana pun. Allah ﷻ yang paling besar dan tidak ada yang lebih besar dari Allah ﷻ.

Maka oleh kerana Dia lah yang paling besar, maka kepada-Nya sahajalah kita sembah dan seru dalam doa. Jangan sembah dan buat ibadat kepada selain daripada Allah ﷻ dan berdoa kepada yang selain-Nya. Selain daripada itu jangan gunakan entiti mana-mana sebagai wasilah dalam amalan tawassul.

وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Allah ﷻ berkuasa untuk melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki. Allah ﷻ boleh menghukum hamba-Nya bila-bila masa sahaja yang Dia mahu.

Namun, walaupun Maha Berkuasa, Allah ﷻ mentadbir alam ini dengan Sifat-Nya yang Maha Bijaksana. Allah ﷻ boleh seksa dan azab makhluk-Nya bila-bila masa, tetapi dengan kebijaksanaan-Nya, Dia tangguhkan seksaan itu sehingga ke waktu yang tertentu.

Ini memberi peluang kepada manusia untuk bertaubat. Tidaklah kita terus diberi balasan azab setiap kali kita melakukan dosa.

✍🏻SESI MUZAKARAH
Tafsir surah Al-Jathiyah ( Ayat ke-34 – ayat ke-37)

📍Bolehkan setiap kali kita sampaikan pengajaran dan disudahi dengan wallahhualam?
🔵Bagus lah begitu.

📍Adakah sihir boleh terjerumus kepada syirik?
🔵 Untuk sihir menjadi, kena buat syirik dulu.

📍Bagaimana dengan mereka yang tidak mahu belajar Al-Quran? Adakah mereka itu tiada keinginan atau rasa bersalah tidak belajar tadabbur Al-Quran dan tidak tahu pula membaca Al-Quran?

🔵 Mereka belum terbuka hati. Maka kita kena ajak. Kena cerita kepada mereka apa yang bagusnya faham pasal Al-Quran ini. Kalau tidak pandai membaca masih boleh belajar. Senang sahaja Tafsir Al-Quran ini, jangan takut hendak belajar.

📍Apakah cara terbaik yang perlu digunakan untuk mengajak mereka belajar Al-Quran? Jika belum terbuka pintu hati mereka susah juga kita hendak mengubah mereka melainkan diri mereka sendiri.
🔵 Tentulah dengan cara lembut dan kena guna psikologi. Nabi Muhammad ﷺ juga tahayyun: pilih waktu sesuai hendak berdakwah. Dalam ‘NLP’, kita diajar hendak nasihat kena ada ‘rapport’ dengan orang itu.

📍Ada yang kata kita tafsir ikut akal sendiri apabila ayat Al-Quran bertentangan dengan apa yang mereka buat ikut nenek moyang, bagaimana pula dengan orang jenis ini?
Adakah kita perlu tinggalkan?

🔵 Itu antara cara-cara menolak. Tanya balik: ‘Habis tu bagaimana tafsir yang benar?’ Ini boleh sembang lagi. Tinggalkan kalau dia menolak dengan keras, muka merah dll. Ya, insya Allah itu sebaiknya. Cumanya, ilmu dan cara setiap orang berbeza, ada cara kasar dan lembut.

📍Benarkah dosa yang telah dibalas di dunia tidak akan dibalas di akhirat nanti?

🔵 Ada kebenarannya. Sebab itu para sahabat lebih rela menerima hukuman hudud di dunia. Namun, banyak dosa-dosa kita Allah ﷻ tidak balas di dunia. Sebab kalau Allah ﷻ balas, tidak mampu kita hidup.

📍Seseorang menghadapi masalah atau jatuh sakit atau apa-apa sahaja perkara buruk yang menimpa diri mereka,dan bila bersama dengan kawan, sahabat atau ahli keluarga, mereka akan minta kepada mereka “Tolong doakan ‘kebaikan’ untuk saya ya…”.
Adakah ini dipanggil tawassul juga dan bolehkah kita meminta tolong kepada orang lain untuk mendoakan kita?
🔵 Dibolehkan untuk niat mengingatkan mereka sahaja. Tidak bergantung kepada doa mereka kerana pergantungan kita hanya kepada Allah.

📍Kata orang, ujian dan sakit jadi penghapus dosa jika redha. Namun, kalau kita rasa tidak mampu dan berat ujian tersebut, tidak terhapuskah dosa kita?

🔵 Rasa berat itu biasa. Perlu redha dan terima kerana ujian itu adalah datang daripada Allah ﷻ.

Allahu a’lam.

Popular

Iklan

Iklan