Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Fiqh Sunnah: Puasa Muharram – Kaitan Puasa Asyura dengan Yahudi

Fiqh Sunnah: Puasa Muharram – Kaitan Puasa Asyura dengan Yahudi

139
0
Iklan

KAITAN PUASA ASYURA DENGAN YAHUDI

🔴 Boleh jelaskan pendapat yang mengatakan Puasa Asyura adalah untuk keselamatan Yahudi?


Asal Puasa Asyura (10 Muharram) dilakukan sempena keselamatan Bani Israel menyeberangi Laut Merah ketika dikejar tentera Fir’aun. Maka, peristiwa tersebutlah merupakan illat atau maqosyid Puasa Asyura. Dalilnya:

Daripada Ibn Abbas رضي الله عنهما, berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ صِيَامًا، يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِي تَصُومُونَهُ؟ فَقَالُوا: هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ، أَنْجَى اللهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ، وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ، فَصَامَهُ مُوسَى شُكْرًا، فَنَحْنُ نَصُومُهُ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ فَصَامَهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

“Sesungguhnya Rasulullah ﷺ datang ke Madinah dan mendapati orang Yahudi sedang berpuasa pada hari Asyura’. Lalu Nabi ﷺ berkata kepada mereka: Mengapakah kamu berpuasa pada hari ini? Mereka menjawab: Hari ini adalah hari yang agung di mana Allah ‎ﷻ telah menyelamatkan Nabi Musa عليه السلام dan kaumnya serta Allah ‎ﷻ menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Nabi Musa عليه السلام berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda syukur. Disebabkan itu kami pun turut berpuasa. Maka Nabi ﷺ bersabda: Kami lebih berhak dan utama mengikut Nabi Musa عليه السلام berbanding kamu. Dengan itu, Rasulullah ﷺ berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa pada hari tersebut.” (HR Muslim (1130))

Akan tetapi selepas itu, Nabi ﷺ tidak lagi memberatkan Puasa Asyura, berdasarkan dalil:

Daripada Ibn Umar رضي الله عنهما, berkata:

صَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَاشُورَاءَ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تُرِكَ

“Nabi ﷺ berpuasa pada hari Asyura’ dan baginda memerintahkan untuk (para sahabat Madinah) berpuasa padanya. Apabila difardhukan berpuasa Ramadan, Baginda ﷺ tinggalkannya (tidak berpuasa pada hari Asyura’).” (HR Bukhari (1892))

🔴 Adakah ini bermaksud kita tidak perlu berlumba-lumba untuk mendapatkan ganjaran Puasa Asyura tersebut; termasuk puasa pada 9 atau 11 Muharram sekali?

✅ Kena fahami terlebih dahulu Fiqh Puasa Muharram:

1.Bulan Muharram sememangnya dianjurkan untuk berpuasa keseluruhan bulannya.

2. Keutamaan hanya pada 9 dan 10 Muharram.

3. Maqosyid Puasa Asyura adalah kerana mensyukuri keselamatan Bani Israel yang berjaya diselamatkan oleh Nabi Musa عليه السلام.

4. Puasa Tasu’a (9 Muharram) adalah untuk membezakan puasa Yahudi.

5. Sesiapa yang ingin meneruskan puasa 9 dan 10 memang dibolehkan sebab ia tidak dimansukhkan oleh Nabi ﷺ, cuma apabila diwajibkan puasa Ramadan, Nabi ﷺ telah membuat proklamasi, iaitu sesiapa yang ingin meneruskan puasa 9 dan 10 silakan, tetapi sesiapa yang ingin meninggalkannya juga dibolehkan, kerana kita sudah mempunyai puasa Ramadan.

6. Puasa Asyura adalah syariat Nabi Musa عليه السلام dan bukannya syariat Muhammad ﷺ. Nabi ﷺ tidak memberatkan lagi Puasa Asyura. Ini merupakan kaedah di bawah bab Syar’un Man Qablana iaitu syariat Nabi-Nabi terdahulu. Contoh syariat Yahudi adalah puasa King David atau Nabi Daud عليه السلام: Puasa satu hari dan tidak puasa satu hari, iaitu berpuasa selang seli. Nabi ﷺ hanya menyebutnya sahaja, tetapi baginda tidak mengamalkannya.

✳️ Oleh kerana sekarang Zionis di negara haram Israel terlalu kejam, maka saya secara peribadi tidak akan berpuasa 10 Muharram kerana bersimpati dengan nasib bangsa Palestin. Walau bagaimanapun ia merupakan pilihan peribadi masing-masing.

#bicarathtl
#ilmu
#amal
#prihatin

Komen dan Soalan