Utama At-Tazkirah Qurthubi Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi: Bab 44 -Rahmat Allah ﷻ sebaik...

Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi: Bab 44 -Rahmat Allah ﷻ sebaik Hamba-Nya masuk ke dalam Kubur

60
0
Iklan

Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi

Kod/Bab 44-1: Rahmat Allah ‎ﷻ kepada hamba-hamba-Nya sebaik sahaja dimasukkan ke dalam Kubur

(رحمة الله بعبده إذا أدخل في قبره)

  1. Athar Ibn Abbas رضي الله عنهما (Dhaif)

قال عطاء الخراساني : أرحم ما يكون الرب بعبده . إذا دخل في قبره و تفرق الناس عنه و أهله . و روي عن ابن عباس مرفوعاً

Atha’ Al Khurasani (عطاء بن أبي مسلم الخراساني, w.135H, Khurasan, guru Imam Malik dan Sufyan Uyainah) berkata, ” Rahmat Allah ‎ﷻ yang maha besar ialah sebaik sahaja mayat di masukkan ke dalam kubur, yakni ketika selepas orang yang mengiringi jenazah dan keluarganya mula beredar dari kuburnya.”

Tahqiq✍️: Muhaqqiq Khalid bin Muhammad Uthman berkata dhaif kerana tiada sanad .

2. Athar Abu Umamah daripada Abu Ghalib (Dhaif)

و قال أبو غالب : كنت أختلف إلى أبي أمامة الباهلي بالشام ، فدخلت يوماً على فتى مريض من جيران أبي أمامة و عنده عم له و هو يقول : يا عدو الله ، ألم آمرك ؟ ألم أنهك ؟ فقال الفتى : يا عماه لو أن الله دفعني إلى والدتي : كيف كنت صانعة بي ؟ قال : تدخلك الجنة . قال : الله أرحم بي من والدتي ، و قبض الفتى ، فدخلت القبر مع عمه ، فلما أن سواه صاح و فزع . قلت له مالك ؟ قال : فسح له في قبره ، و ملئ نوراً

Abu Ghalib (اسمه حزور، وقيل سعيد بن الحزور, nama asal Hazawwir atau Sa’id bin Al Hazawwir, tabi’in, murid Abu Umamah Al Bahili, Basrah)* berkata, Saya berulang alik datang kepada Abu Umamah Al Bahili di Syam (Syria). Satu hari saya menjenguk seorang pemuda yang sakit yang juga jiran kepada Abu Umamah; Pemuda itu dijaga oleh bapa saudaranya. Pemuda itu dimarahi pakciknya,” Wahai musuh Allah ‎ﷻ , bukankah aku menyuruhmu, bukankah aku melarangmu?” Pemuda itu membalas,” Wahai pakcikku, jika aku diketemukan dengan ibuku (ibunya sudah wafat), apakah yang dia lakukan kepadaku?” Jawab pakciknya,” Dia akan memasukkan kamu ke dalam syurga” Ulas pemuda itu,” Allah‎ ﷻ mengasihi daku kerana ibuku. ” Kemudian pemuda itu meninggal dunia. Saya (Abu Ghalib) masuk ke dalam kuburnya bersama pakciknya dan ketika merapikan kuburnya (dengan tanah), dia bertempik, lantas aku bertanya kenapa? Pakciknya menjawab,”Kuburnya dilapangkan dan diterangi cahaya.”

✍️Perawi Abu Ghalib, Dhaif menurut Abu Hatim, Ibn Hibban dan Ibn Hajar Asqolani .

3. Athar Abu Sulaiman Al Darani (Dhaif)

و كان أبو سليمان الداراني يقول في دعائه : يا من لا يأنس بشيء أبقاه ، و لا يستوحش من شيء أفناه ، و يا أنيس كل غريب ، ارحم في القبر غربتي ، و يا ثاني كل وحيد ، آنس في القبر وحدتي

Abu Sulaiman Al Darani (Abdul Rahman bin Ahmad, sufi Syria, w. 215H, Siyar A’lam An Nubala’, 10/182) berkata dalam doanya,” Wahai Tuhan yang tidak suka dengan apa yang mengekalkan, yang tidak kesepian terhadap sesuatu yang binasa, Ya Tuhan peneman segala kesepian, kasihanilah daku saat kesepian dalam kubur. Ya Tuhan peneman setiap orang yang kesepian, hiburkan daku saat kesendirian dalam kubur.”

Tahqiq✍️: Khalid Muhammad Uthman berkata, Dhaif, tidak ditemui sanadnya .

#Ilmu
#Amal
#Prihatin

Artikel sebelumnyaTafsir Surah Al-Maidah: Tafsir Ayat Ke-112 hingga Ke-116
Artikel seterusnyaTafsir Surah Al-Maidah: Tafsir Ayat Ke-117 hingga Ke-120

Komen dan Soalan