Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

364
0
Iklan

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.1 Muqaddimah (مقدمة عن الدابة)

Dabbah menurut bahasa arab (Mukhtar As Sihah, 1:101) bermaksud semua haiwan yang berjalan di atas muka bumi. Menurut Syeikhul Azhar Sayyid Tantawi, Tafsir Al Wasit, dabbah adalah semua haiwan di atas muka bumi yang memiliki roh*; menurut istilah agama, dabbah adalah tanda besar kiamat, sejenis haiwan yang keluar di akhir zaman. (Tafsir As Sa’di, 1:610) ia juga disebut binatang melata, maksudnya yang merayap di atas muka bumi.

Kata Dr al Areefi حفظه الله:

في آخر الزمان مع انتشار الفساد ,وظهور المنكرات , واعتياد الناس عليها , يختلط الحابل بالنابل , والمؤمن بالمنافق,بل المسلم بالكافر, عندها يأذن الله تعالى بخروج الدابة

Di akhir zaman, ketika kerosakan melanda, zahirnya kemungkaran dan bersebati antara golongan mukmin dan munafiq atau muslim dan kafir (tidak ada beza antara golongan beriman dan kufur), maka ketika Allah ‎ﷻ mengizinkan keluarnya sejenis binatang.

*⃣ Misalnya dalam Surah Saba’ ayat 14:

فَلَمَّا قَضَيْنَا عَلَيْهِ الْمَوْتَ مَا دَلَّهُمْ عَلَىٰ مَوْتِهِ إِلَّا دَابَّةُ الْأَرْضِ تَأْكُلُ مِنسَأَتَهُ ۖ

Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan anai-anai yang telah memakan tongkatnya.

Maka kalimah dabbah dalam ayat tersebut adalah anai-anai.

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.2 Ayat-ayat berkaitan Dabbah (الآيات الواردة في ذكر الدابة)

۞ وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ

Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.

[An Naml: 82]

معنى قوله تعالى:{ تُكَلِّمُهُمْ } :قيل: تخاطبهم..ومنه قراءة سعيد بن جبير وعاصم الجحدري وأبو رجاء العطاري:(تكلمهم) أي :تجرحهم بفتح التاء

Dari segi qiraat (bacaan), kalimah “tukallimuhum” (تُكَلِّمُهُمْ) bermaksud “akan memberitahu mereka” .

Jumhur menurut pendapat Ibn Abbas رضي الله عنهما maksudnya berbicara dengan manusia. Binatang yang boleh berbicara dengan bahasa manusia.

Manakala pendapat minoriti, seperti Said bin Jubair (tabi’in Kufah, murid Ibn Abbas رضي الله عنهما, w.95H, dibunuh syahid oleh Al Hajjaj) ia bermaksud melukai (membinasakan/mencederakan) manusia.

Juga pendapat ‘Ashim Al Jahdary (Qari masyhur dari Basrah, w.130H) dan Abu Raja’ Al ‘Athaaridi bukan athari (tabi’in, w.107H, perawi Bukhari-Muslim)

⏩ Yang rajih ialah tukallimuhum bermaksud berbicara dengan manusia, yakni animasi yang hakiki.

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar no 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.2 Ayat-ayat berkaitan Dabbah (الآيات الواردة في ذكر الدابة)

Bahagian 2: Tafsir Ibn Kathir

۞ وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ

Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.

[An Naml: 82]

⚠️ Apa yang dibicarakan oleh Dabbah kepada orang ramai?

وقال عطاء الخراساني : تكلمهم فتقول لهم : إن الناس كانوا بآياتنا لا يوقنون . ويروى هذا عن علي ، واختاره ابن جرير . وفي هذا [ القول ] نظر لا يخفى

Atha’ Al-Khurrasani (tabiin Khurasan, murid Ibn Abbas, w.135H) mengatakan bahawa binatang itu berbicara kepada manusia seraya mengatakan, “Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.” Hal yang sama telah diriwayatkan daripada Ali dan dipilih oleh Ibnu Jarir Tobari (mufassir Tabristan, Iran, w.310H), tetapi pendapat ini perlu dinilai semula.

وقال ابن عباس – في رواية – تجرحهم . وعنه رواية ، قال : كلا تفعل يعني هذا وهذا ، وهو قول حسن ، ولا منافاة

Ibnu Abbas رضي الله عنهما dalam riwayat lain menyebutkan bahawa binatang itu melukai mereka. Dalam riwayat yang lainnya lagi daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما disebutkan pula bahawa binatang itu mengatakan, “Janganlah kamu me­lakukan itu ini.” Pendapat ini merupakan pendapat yang baik, tidak ada pertentangan di antaranya.

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.2 Ayat-ayat berkaitan Dabbah (الآيات الواردة في ذكر الدابة)

Bahagian 3: Tafsir Ibn Kathir

Hadith Talhah

وحديث طلحة أتم وأحسن – قال : ذكر رسول الله – صلى الله عليه وسلم – الدابة فقال :
“لَهَا ثَلَاثُ خَرْجَاتٍ مِنَ الدَّهْرِ، فَتَخْرُجُ خَرجة مِنْ أَقْصَى الْبَادِيَةِ، وَلَا يَدْخُلُ ذِكْرُهَا الْقَرْيَةَ -يَعْنِي: مَكَّةَ -ثُمَّ تَكْمُنُ زَمَانًا طَوِيلًا ثُمَّ تَخْرُجُ خَرْجة أُخْرَى دُونَ تِلْكَ، فَيَعْلُو ذِكْرُهَا فِي أَهْلِ الْبَادِيَةِ، وَيَدْخُلُ ذِكْرُهَا الْقَرْيَةَ” يَعْنِي: مَكَّةَ. -قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “ثُمَّ بَيْنَمَا النَّاسُ فِي أَعْظَمِ الْمَسَاجِدِ عَلَى اللَّهِ حُرْمَةً وَأَكْرَمِهَا: الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ، لَمْ يَرُعْهم إِلَّا وَهِيَ تَرْغو بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ، تَنْفُضُ عَنْ رَأْسِهَا التُّرَابَ. فَارْفَضَّ النَّاسُ عَنْهَا شتَّى وَمَعًا، وَبَقِيَتْ عِصَابَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ، وَعَرَفُوا أَنَّهُمْ لَمْ يُعْجِزُوا اللَّهَ، فَبَدَأَتْ بِهِمْ فجَلَت وُجُوهَهُمْ حَتَّى جَعَلَتْهَا كَأَنَّهَا الْكَوْكَبُ الدُّرِّيُّ، وَوَلَّتْ فِي الْأَرْضِ لَا يُدْرِكُهَا طَالِبٌ، وَلَا يَنْجُو مِنْهَا هَارِبٌ، حَتَّى إِنَّ الرَّجُلَ لِيَتَعَوَّذُ مِنْهَا بِالصَّلَاةِ، فَتَأْتِيهِ مِنْ خَلْفِهِ فَتَقُولُ: يَا فُلَانُ، الآن تصلي؟ فَيُقْبِلُ عَلَيْهَا فَتَسِمُهُ فِي وَجْهِهِ، ثُمَّ تَنْطَلِقُ وَيَشْتَرِكُ النَّاسُ فِي الْأَمْوَالِ، وَيَصْطَحِبُونَ فِي الْأَمْصَارِ، يُعْرَفُ الْمُؤْمِنُ مِنَ الْكَافِرِ، حَتَّى إِنَّ الْمُؤْمِنَ لَيَقُولُ: يَا كَافِرُ، اقْضِنِي حَقِّي. وَحَتَّى إِنَّ الْكَافِرَ لَيَقُولُ: يَا مُؤْمِنُ، اقْضِنِي حَقِّي”

Binatang itu muncul tiga kali. Pertama kali muncul ialah di daerah pedalaman, dan kisah kemunculannya tidak sampai kepada penduduk kota (yakni Mekah). Lalu ia bersembunyi dalam masa yang cukup lama. Kemudian ia muncul lagi di lain waktu di daerah yang tidak terlalu dalam sehingga beritanya tersiar dalam kalangan semua penduduk daerah pedalaman dan sampai pula kepada penduduk kota, yakni Mekah.” Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda: Ketika manusia sedang berada di masjid yang paling besar kesuciannya dan paling dimuliakan oleh Allah ‎ﷻ — iaitu Masjidil Haram— dalam keadaan tenang, tiba-tiba muncullah binatang itu di antara rukun (Yamani) dan Maqam Ibrahim seraya mengeluarkan suara lenguhan dan mengibaskan kepalanya menepiskan debu yang ada di kepalanya. Maka orang-orang pun bubar meninggal­kannya menuju ke pelbagai arah, sendiri-sendiri dan berbondong-bondong. Dan yang tinggal hanyalah segolongan kaum mukmin, mereka merasa yakin bahawa diri mereka tidak berdaya terhadap kekuasaan Allah ‎ﷻ. Maka binatang itu mulai mengecap mereka sehingga bersinarlah wajah mereka, dan menjadikan wajah mereka seakan-akan bintang yang bercahaya. Lalu binatang itu pergi mengembara ke seluruh dunia, tiada seorang pun yang dapat mengejarnya dan tiada seorang pun yang melarikan diri selamat daripadanya. Sehingga ada seseorang yang melindungi dirinya daripada (kejaran) binatang itu dengan (berpura-pura) salat. Lalu binatang itu datang dari arah belakang dan berkata, “Hai Fulan, sekarang engkau baru mahu salat.” Maka lelaki itu menghadap ke arahnya, dan dia mengecapnya di wajahnya (dengan cap kafir), lalu ia pergi sedangkan lelaki itu kembali bergaul dengan orang-orang banyak bermuamalah dengan mereka dalam harta. Dan orang-orang di tempat-tempat yang ramai di kota-kota dapat dibezakan antara orang mukmin dan orang kafirnya (kerana semuanya telah dicap pada wajahnya oleh binatang tersebut). Sehingga seorang mukmin berkata, “Hai orang kafir, bayarlah hakku.” Begitu pula orang kafir mengatakan, “Hai orang mukmin, bayarlah hakku.”

Takhrij/tahqiq:

HR Abu Daud Al Tayalisi, marasil, 1165; At Tabrani, Al Kabir, 3035; Al Mustadrak Al Haakim, 8490. Al Haithami, Majma’ az zawaid, 8/10, dhaif kerana perawi Thalhah bin Amru, matruk.

الراوي : حذيفة بن أسيد الغفاري | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد
الصفحة أو الرقم: 8/10 | خلاصة حكم المحدث : فيه طلحة بن عمرو وهو متروك
التخريج : أخرجه أبو داود الطيالسي (1165 )، والطبراني في ((المعجم الكبير )) (3/ 173) (3035)،والحاكم في ((المستدرك)) (8490 )

🐉🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.2 Ayat-ayat berkaitan Dabbah (الآيات الواردة في ذكر الدابة)

Bahagian 4: Tafsir Ibn Kathir

قال أبو داود الطيالسي أيضا : حدثنا حماد بن سلمة ، عن علي بن زيد ، عن أوس بن خالد ، عن أبي هريرة ، رضي الله عنه ، قال : قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – : ” تخرج دابة الأرض ، ومعها عصا موسى وخاتم سليمان ، عليهما السلام ، فتخطم أنف الكافر بالعصا ، وتجلي وجه المؤمن بالخاتم ، حتى يجتمع الناس على الخوان يعرف المؤمن من الكافر “

Abu Daud At-Tayalisi (muhaddith Basrah, w.204H) mengatakan:

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه yang mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda: “Kelak akan muncul haiwan melata bumi yang membawa tongkat Musa dan cincin Sulaiman عليه السلام. Lalu ia mencucuk hidung orang kafir dengan tongkat, dan mencerahkan wajah orang mukmin dengan cincinnya sehingga manusia berkumpul di suatu perjamuan, sedangkan orang mukmin dan orang kafir dapat dibezakan.”

(HR Ahmad, Termidzi dan Ibn Majah)

Status hadith:
Muhaqqiq tafsir Ibn Kathir, Pustaka Daar Ibn Haitham, Cairo, dhaif.

Dhaif menurut Al-Arnaout dan Al-Albani
Syeikh Al-Arnaout, dhaif, takhrij al Musnad, 10,361.

الراوي : أبو هريرة | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند

الصفحة أو الرقم: 10361 | خلاصة حكم المحدث : إسناده ضعيف
التخريج : أخرجه الترمذي (3187)، وابن ماجه (4066)، وأحمد (10361) واللفظ له

Syeikh Ahmad Syakir menilainya sahih, tahqiq Musnad Ahmad

الراوي : أبو هريرة | المحدث : أحمد شاكر | المصدر : مسند أحمد
الصفحة أو الرقم: 15/80 | خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.2 Ayat-ayat berkaitan Dabbah (الآيات الواردة في ذكر الدابة)

Bahagian 5: Tafsir Ibn Kathir
Al Naml: Ayat 82

ورواه الإمام أحمد ، عن بهز وعفان ويزيد بن هارون ، ثلاثتهم عن حماد بن سلمة ، به . وقال : ” فتخطم أنف الكافر بالخاتم ، وتجلو وجه المؤمن بالعصا ، حتى إن أهل الخوان الواحد ليجتمعون فيقول هذا : يا مؤمن ، ويقول هذا : يا كافر ” .
ورواه ابن ماجة ، عن أبي بكر بن أبي شيبة ، عن يونس بن محمد المؤدب ، عن حماد بن سلمة ، به .

Imam Ahmad meriwayatkannya daripada Bahz, Affan, dan Yazid ibnu Harun. Ketiga-tiganya menerima hadith ini daripada Hammad Ibnu Salamah dengan sanad yang sama. Dan disebutkan:

فَتَخْطِمُ أَنْفَ الْكَافِرِ بِالْخَاتَمِ، وَتَجْلُو وَجْهَ الْمُؤْمِنِ بِالْعَصَا، حَتَّى إِنَّ أَهْلَ الْخُوَانِ الْوَاحِدِ لَيَجْتَمِعُونَ فَيَقُولُ هَذَا: يَا مُؤْمِنُ، وَيَقُولُ هَذَا: يَا كَافِرُ”.

Maka hidung orang kafir dicucuk dengan cincin dan wajah orang mukmin dibuat bersinar dengan tongkat, sehingga para peserta suatu jamuan berkumpul dan seseorang (daripada mereka) berkata, “Hai orang mukmin, ” dan yang lainnya berkata, “Hai orang kafir.”

Tahqiq Syeikh Syuaib Al Arnaout:
Dhaif kerana perawi Hammad tersebut

الراوي : أبو هريرة | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند
الصفحة أو الرقم: 10361 | خلاصة حكم المحدث : إسناده ضعيف

Ibnu Majah meriwayatkannya daripada Abu Bakar ibnu Abu Syaibah, daripada Yunus ibnu Muhammad Al-Muaddib, daripada Hammad ibnu Salamah dengan sanad yang sama.

Tahqiq Al Albani:
Dhaif Ibn Majah 811, dhaif.

الراوي : أبو هريرة | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف ابن ماجه
الصفحة أو الرقم: 811 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.2 Ayat-ayat berkaitan Dabbah (الآيات الواردة في ذكر الدابة)

Bahagian 6: Tafsir Ibn Kathir

Al Naml: Ayat 82

Hadith lain. Ibnu Majah mengatakan:

حَدَّثَنَا أَبُو غَسَّانَ مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو، حَدَّثَنَا أَبُو تُمَيْلة، حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ عُبَيْد، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُرَيدة، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: ذَهَبَ بِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى مَوْضِعٍ بِالْبَادِيَةِ، قَرِيبٍ مِنْ مَكَّةَ، فَإِذَا أَرْضٌ يَابِسَةٌ حَوْلَهَا رَمْلٌ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “تَخْرُجُ الدَّابَّةُ مِنْ هَذَا الْمَوْضِعِ. فَإِذَا فِتْر فِي شِبْرٍ”.

Telah menceritakan kepada kami Abu Gassan Muhammad ibnu Amr, telah menceritakan kepada kami Abu Tamilah, telah menceritakan kepada kami Khalid ibnu Ubaid, telah menceritakan kepada kami Abdullah ibnu Buraidah, daripada ayahnya (Buraidah bin Husaib) yang menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pernah membawanya pergi ke suatu tempat di padang pasir, pinggiran Mekah. Ketika sampai di suatu tanah kering yang dikelilingi oleh pasir, maka Rasulullah ﷺ bersabda: Haiwan (Dabbah) itu akan muncul dari tempat ini.”

(HR Ibn Majah)

✍ Tahqiq:

Al Albani, dhaif Ibn Majah 812, amat dhaif

الراوي : بريدة بن الحصيب الأسلمي | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف ابن ماجه
الصفحة أو الرقم: 812 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف جداً

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.2 Ayat-ayat berkaitan Dabbah (الآيات الواردة في ذكر الدابة)

Bahagian 7: Tafsir Ibn Kathir

Al Naml: Ayat 82

وقال عبد الرزاق عن معمر ، عن قتادة ; أن ابن عباس قال : هي دابة ذات زغب ، لها أربع قوائم ، تخرج من بعض أودية تهامة

Abdur Razzaq (w.211, Yemeni) mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ma’mar, daripada Qatadah, bahawa Ibnu Abbas رضي الله عنهما pernah mengatakan, “Haiwan melata itu berbulu, berkaki empat, muncul dari salah satu Lembah Tihamah*.”

*⃣ Lembah Tihamah adalah pesisiran pantai Arab Saudi menghadap Laut Merah, dari Jazan ke Aqabah.

وقال ابن أبي حاتم : حدثنا أبي ، حدثنا عبد الله بن رجاء ، حدثنا فضيل بن مرزوق ، عن عطية قال : قال عبد الله : تخرج الدابة من صدع من الصفا كجري الفرس ثلاثة أيام ، لم يخرج ثلثها

Ibnu Abu Hatim (w.327H, Farsi) mengatakan, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Abdullah ibnu Raja’, telah menceritakan kepada kami Fudail ibnu Marzuq, daripada Atiyah yang telah mengatakan bahawa Abdullah pernah mengatakan, “Binatang melata itu akan muncul dari tanah retak yang ada di Bukit Safa, selama tiga hari sepertiganya belum keluar; haiwan itu larinya kencang seperti kuda lumba.”

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.2 Ayat-ayat berkaitan Dabbah (الآيات الواردة في ذكر الدابة)

Bahagian 8: Tafsir Ibn Kathir

Al Naml: Ayat 82

وقال محمد بن إسحاق ، عن أبان بن صالح قال : سئل عبد الله بن عمرو عن الدابة ، فقال : الدابة تخرج من تحت صخرة بجياد ، والله لو كنت معهم – أو لو شئت بعصاي الصخرة التي تخرج الدابة من تحتها . قيل : فتصنع ماذا يا عبد الله بن عمرو ؟ قال : تستقبل المشرق فتصرخ صرخة تنفذه ، ثم تستقبل الشام فتصرخ صرخة تنفذه ، ثم تستقبل المغرب فتصرخ صرخة تنفذه ، ثم تستقبل اليمن فتصرخ صرخة تنفذه ، ثم تروح من مكة فتصبح بعسفان . قيل : ثم ماذا ؟ قال : لا أعلم

Muhammad ibnu Ishaq telah meriwayatkan daripada Aban ibnu Saleh yang mengatakan bahawa Abdullah ibnu Amr pernah ditanya tentang binatang dabbah tersebut. Maka beliau menjawab, “Dabbah itu keluar dari bawah batu besar yang terdapat di Jiyad (Ajyad Mekah, belakang Hotel Zam zam Tower). Demi Allah, seandainya aku ada bersama mereka (di masanya) atau kalau aku mampu berbuat dengan tongkatku ini, tentulah aku akan membantu mengangkat batu besar yang muncul haiwan tersebut dari bawahnya.” Ketika ditanyakan, “Lalu apa yang dilakukan oleh dabbah itu, hai Abdullah ibnu Amr?” Beliau menjawab, “Dabbah itu menghadap ke arah timur, lalu mengeluarkan teriakannya yang dapat menembus semua kawasan timur, dan ia menghadap ke arah Syam/Syria, lalu mengeluarkan teriakan yang terdengar sampai ke negeri Syam, lalu menghadap ke arah barat dan mengeluarkan suara teriakannya hingga terdengar sampai ke barat, lalu menghadap ke arah negeri Yaman dan mengeluarkan suara teriakannya hingga terdengar sampai ke Yaman. Kemudian di petang hari ia pergi dari Mekah, dan pada keesokan harinya telah berada di Asfan.” Ketika ditanyakan lagi, “Lalu apa yang dilakukannya?” Abdullah ibnu Amr menjawab, “Saya tidak tahu.”

(Tafsir Ibn Abi Hatim, No 16,600)

🔏 Tahqiq Dr Saad Abdullah Al Jamid, dhaif kerana Aban bin Saleh Al Qurashi tidak mendengar daripada Abdullah bin Amru kerana berlainan tahap atau tabaqat; tidak seangkatan.

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.2 Ayat-ayat berkaitan Dabbah (الآيات الواردة في ذكر الدابة)

Bahagian 9: Tafsir Ibn Kathir

Al Naml: Ayat 82

وعن عبد الله بن عمر ، أنه قال : تخرج الدابة ليلة جمع . ورواه ابن أبي حاتم . وفي إسناده ابن البيلمان

Abdullah ibnu Umar رضي الله عنهما menurut riwayat yang bersumber daripadanya menyebutkan bahawa binatang melata itu muncul di malam Juma’ (berkumpulnya orang haji di Mina). Ini diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim, tetapi di dalam sanadnya terdapat Ibnul Bailamani.

ورواه ابن أبي شيبة في المصنف (١٥/١٨٠) من طريق عبد الملك بن المغيرة، عن ابن البيلمان، عن ابن عمر قال

Dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam al Musyannaf, No. 38,760. Muhaqqiq, Syeikh Muhammad Awwamah, Dar Al Qiblah, Jeddah, KSA, dhaif kerana perawi Ibn Al Bailamaan (khadam Umar Al Khattab رضي الله عنه)

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.2 Ayat-ayat berkaitan Dabbah (الآيات الواردة في ذكر الدابة)

Bahagian 10: Tafsir Ibn Kathir

Al Naml: Ayat 82

وعن وهب بن منبه : أنه حكى من كلام عزير ، عليه السلام ، أنه قال : وتخرج من تحت سدوم دابة تكلم الناس كل يسمعها ، وتضع الحبالى قبل التمام ، ويعود الماء العذب أجاجا ، ويتعادى الأخلاء ، وتحرق الحكمة ، ويرفع العلم ، وتكلم الأرض التي تليها . وفي ذلك الزمان يرجو الناس ما لا يبلغون ، ويتعبون فيما لا ينالون ، ويعملون فيما لا يأكلون . رواه ابن أبي حاتم ، عنه

Wahab ibnu Munabbih (tabi’in Yemeni, w.113H) telah menceritakan sabda Nabi Uzair عليه السلام yang mengatakan bahwa kelak akan muncul dari kota Sodom (di Palestine) seekor dabbah yang dapat berbicara dengan manusia; semua orang mendengar suaranya. Wanita-wanita yang sedang mengandung melahirkan kandungannya sebelum sempurna masa kandungannya, air yang tadinya tawar berubah menjadi masin, orang-orang yang tadinya bersahabat saat itu menjadi saling bermusuhan, kitab-kitab yang bermanfaat dibakar dan ilmu diangkat ke langit (dilenyapkan), dan di masa itu manusia mengharapkan apa yang tidak dapat mereka capai, bersusah payah untuk meraih apa yang tidak mereka jangkau, dan bekerja untuk mencari apa yang tidak mereka makan. Demikianlah menurut riwayat Ibnu Abu Hatim.

Tahqiq:

Israeliyat, dhaif, daripada Wahab bin Munabbih dan ia adalah kalam Nabi Uzair, عليه السلام, nabi Bani Israel. Kebanyakan muhaqqiq Tafsir Ibn Kathir akan membuang kisah ini, tidak dicetak.

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.2 Ayat-ayat berkaitan Dabbah (الآيات الواردة في ذكر الدابة)

Bahagian 11: Tafsir Ibn Kathir

Al Naml: Ayat 82

وقال ابن أبي حاتم : حدثنا أبي ، حدثنا أبو صالح – كاتب الليث – حدثني معاوية بن صالح ، عن أبي مريم : أنه سمع أبا هريرة ، رضي الله عنه ، يقول : إن الدابة فيها من كل لون ، ما بين قرنيها فرسخ للراكب

Ibnu Abu Hatim (w.327H) mengatakan, telah menceritakan kepada kami ayahku (Abu Jatim Al Razi, w. 277H), telah menceritakan kepada kami Abu Saleh jurutulis Al-Laith, daripada Mu’awiyah Ibnu Saleh, daripada Abu Maryam; beliau pernah mendengar Abu Hurairah رضي الله عنه mengatakan, “Bahawa sesungguhnya binatang melata (dabbah) itu mempunyai bulu yang beraneka ragam, semua warna ada pada bulunya, dan jarak antara satu hujung tanduk ke hujung tanduk lainnya sama dengan jarak satu farsakh (45 KM).”

Tahqiq:

Mauquf kepada Abu Jurairah, dhaif menurut Syeikh Saleh Al Munajjid (https://almunajjid.com/courses/lessons/352) جاء فيها روايات لكنها ضعيفة، أن ما بين قرنيها فرسخ للراكب

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.2 Ayat-ayat berkaitan Dabbah (الآيات الواردة في ذكر الدابة)

Bahagian 12: Tafsir Ibn Kathir

Al Naml: Ayat 82

وقال ابن عباس : هي مثل الحربة الضخمة

Ibnu Abbas رضي الله عنهما mengatakan bahawa binatang melata (dabbah) tersebut bentuknya seperti tombak yang sangat besar.”

Ia adalah mauquf kepada Ibn Abbas رضي الله عنهما. Dikeluarkan oleh Ibn Abi Hatim, tafsirnya No. 16,598.

وعن أمير المؤمنين علي بن أبي طالب ، رضي الله عنه ، أنه قال : إنها دابة لها ريش وزغب وحافر ، وما لها ذنب ، ولها لحية ، وإنها لتخرج حضر الفرس الجواد ثلاثا ، وما خرج ثلثها . ورواه ابن أبي حاتم

Amirul Mukminin Ali Ibnu Abu Talib رضي الله عنه telah mengatakan bahawa sesungguhnya Dabbah itu mempunyai bulu dan rambut serta mem­punyai teracak (berkuku seperti kuda), tetapi tidak berekor dan mempunyai janggut. Sesungguh­nya binatang ini sangat besarnya memerlukan tiga hari untuk keluar (sepenuhnya), sepertiga daripada tubuhnya masih belum muncul (dari bumi). Athar diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim.

Juga mauquf kepada Ali Amirul Mukminin.

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.2 Ayat-ayat berkaitan Dabbah (الآيات الواردة في ذكر الدابة)

Bahagian 13: Tafsir Ibn Kathir

Al Naml: Ayat 82

وقال ابن جريج عن ابن الزبير أنه وصف الدابة فقال رأسها رأس ثور، وعينها عين خنزير، وأذنها أذن فيل، وقرنها قرن أيل، وعنقها عنق نعامة، وصدرها صدر أسد، ولونها لون نمر، وخاصرتها خاصرة هر، وذنبها ذنب كبش، وقوائمها قوائم بعير، بين كل مفصلين اثنا عشر ذراعاً، تخرج معها عصا موسى وخاتم سليمان، فلا يبقى مؤمن إلا نكتت في وجهه بعصا موسى نكتة بيضاء، فتفشو تلك النكتة حتى يبيض لها وجهه، ولا يبقى كافر إلاَّ نكتت في وجهه نكتة سوداء بخاتم سليمان، فتفشو تلك النكتة السوداء حتى يسود بها وجهه، حتى إن الناس يتبايعون في الأسواق بكم ذا يا مؤمن؟ بكم ذا يا كافر؟ وحتى إن أهل البيت يجلسون على مائدتهم، فيعرفون مؤمنهم من كافرهم، ثم تقول لهم الدابة يا فلان أبشر أنت من أهل الجنة، ويا فلان أنت من أهل النار

Ibnu Juraij (w.150H) telah meriwayatkan daripada Ibnuz Zubair yang menggambarkan tentang binatang melata tersebut. Beliau mengatakan bahawa kepala binatang itu seperti kerbau, matanya seperti babi, telinganya seperti gajah, tanduknya seperti kijang jantan, lehernya seperti burung unta (panjang), dadanya seperti dada singa, tetapi warnanya adalah berbintik, pinggangnya mirip dengan pinggang kucing hutan, ekornya seperti ekor biri-biri, dan kaki-kakinya seperti kaki unta; di antara dua tulang ruasnya, panjangnya adalah dua belas hasta (18 kaki)

Ia membawa tongkat Nabi Musa عليه السلام dan cincin Nabi Sulaiman عليه السلام; maka tidak dibiarkannya seorang mukmin melainkan diberi tanda pada wajahnya dengan tongkat Nabi Musa عليه السلام, capnya putih, lalu cap itu menyebar ke seluruh wajahnya sehingga wajahnya menjadi putih bersinar. Dan tidak dibiarkannya seorang kafir pun melainkan ia cap dengan cap hitam daripada cincin Nabi Sulaiman عليه السلام, lalu warna hitam itu tersebar ke seluruh wajahnya hingga wajahnya menjadi hitam.

Sehingga orang-orang melakukan transaksi jual beli di pasar-pasar, lalu mereka mengatakan, “Berapakah ini, hai orang mukmin; dan berapakah ini hai orang kafir?” Sehingga suatu keluarga duduk di jamuan mereka, sedangkan mereka mengetahui siapa yang beriman di antara mereka dan siapa yang kafir (karena semua ada tanda capnya).

Kemudian binatang melata itu berkata kepada mereka, “Hai Fulan, bergembiralah, engkau termasuk ahli syurga; dan hai Fulan, engkau termasuk penghuni neraka.”

🔏 Muhaqqiq tafsir Ibn Kathir, Sami Muhammad Al Salaamah, ia merupakan kisah Israeliyat, dhaif.

Komen dan Soalan